Your SlideShare is downloading. ×
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah uthm

1,370

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,370
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
51
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. LITERASI PENTAKSIRAN DALAM KALANGAN PENSYARAH UTHM SURIANORBAYA BINTI ZAMANI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • 2. vii KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN iii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiv SENARAI ISTILAH xv SENARAI LAMPIRAN xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Latar belakang masalah 4 1.2 Pernyataan masalah 6 1.3 Objektif kajian 7 1.4 Soalan kajian 7 1.5 Hipotesis kajian 8 1.6 Skop kajian 8 1.7 Batasan kajian 9 1.8 Kepentingan kajian 10 1.9 Kerangka konsep kajian 10 1.10 Definisi operasional 12 1.10.1 Literasi pentaksiran 12 1.10.2 Aras kesukaran item 14 1.10.3 Indeks diskriminasi item 14 1.10.4 Piawaian kecekapan guru dalam pentaksiran 15 1.11 Rumusan 18
  • 3. viii BAB 2 KAJIAN LITERATUR 20 2.1 Perkembangan teori pembelajaran dan hubungan dengan peralihan pentaksiran 20 2.2 Perkembangan pentaksiran di Malaysia 22 2.2.1 Hubungan pentaksiran, penilaian dan pengukuran di Malaysia 22 2.2.2 Jenis-jenis pentaksiran 23 2.2.3 Amalan pentaksiran dalam bilik darjah dan mata pelajaran di sekolah 25 2.2.4 Amalan pentaksiran di IPTA 26 2.3 Peranan guru sebagai pembuat keputusan dan implikasi kepada negara 28 2.4 Kepentingan literasi pentaksiran dalam menandatangani perubahan yang drastik dalam pendidikan 30 2.5 Definisi literasi pentaksiran 31 2.6 Literasi pentaksiran dari aspek inventori amalan pentaksiran, Classroom Assessment Literacy Inventory (CALI) dan Assessment Literacy Inventory (ALI) 33 2.7 Rumusan 35 BAB 3 METODOLOGI 37 3.1 Reka bentuk kajian 37 3.2 Model pengukuran Rasch 38 3.3 Kerangka operasi 39 3.4 Lokasi kajian 41 3.5 Populasi dan sampel kajian 41 3.6 Instumen kajian 42 3.7 Kajian rintis 43 3.7.1 Kesahan inventori 44 3.7.2 Kesahan muka dan kandungan 44
  • 4. ix 3.8 Analisis kajian rintis 45 3.8.1 Analisis aras kesukaran dan indeks diskriminasi item 45 3.8.2 Analisis kebolehpercayaan responden dan indeks pengasingan 47 3.8.3 Alpha Cronbach 47 3.8.4 Peta taburan responden dan item inventori 48 3.9 Kaedah mengumpul data 48 3.91 Instrument inventori 49 3.10 Kaedah analisis data 49 3.11 Rumusan 51 BAB 4 ANALISIS DATA 53 4.1 Maklumat demografi responden 53 4.1.1 Jantina 54 4.1.2 Umur 54 4.1.3 Bangsa 55 4.1.4 Tahap pendidikan 55 4.1.5 Pengalaman mengajar 56 4.1.6 Kursus pentaksiran 56 4.1.7 Tahap persediaan menilai prestasi pelajar dalam kelas 57 4.2 Dapatan kajian 57 4.2.1 Apakah aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item berdasarkan kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran dalam kelas? 58 4.2.2 Apakah tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut “piawaian kecekapan guru dalam penilaian pendidikan pelajar”? 60 4.2.2.1 Analisis tujuh piawaian kecekapan guru dalam penilaian pendidikan pelajar. 61 4.2.2.2 Analisis tahap literasi pentaksiran mengikut tujuh piawaian kecekapan guru dalam penilaian 66
  • 5. x pendidikan pelajar. 4.2.3 Dapatan objektif kajian 3 67 (i) Adakah terdapat perbezaan diantara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran dalam kelas? 67 Analisis perbezaan taburan logit di antara item dan pensyarah melalui variable maps mengikut jantina 68 (ii) Adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman mengajar pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran dalam kelas? 70 Analisis perbezaan taburan logit di antara item dan pengalaman mengajar melalui variable maps menggunakan model Rasch 71 (iii) Adakah terdapat perbezaan di antara kursus pentaksiran pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran dalam kelas? 73 Analisis perbezaan taburan logit di antara item dan kursus pentaksiran melalui variable maps menggunakan model Rasch. 73 4.4 Rumusan 75 BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 76 5.1 Perbincangan dapatan kajian 76 5.1.1 Mengukur aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item berdasarkan kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran dalam kelas? 77 5.1.2 Menentukan tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut “piawaian kecekapan guru dalam penilaian pendidikan pelajar”? 78 5.1.3 Mengenal pasti perbezaan di antara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan, tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan pernah mengikuti kursus 80
  • 6. xi terhadap tahap literasi pentaksiran dalam kelas? 5.2 Kesimpulan dapatan kajian 82 5.3 Cadangan dan saranan 84 5.3.1 Cadangan terhadap kajian 84 5.3.2 Cadangan kajian lanjutan 85 5.4 Rumusan 86 RUJUKAN 87 LAMPIRAN 96
  • 7. v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah UTHM sebagai keperluan dalam menjayakan transformasi pendidikan negara. Tahap literasi pentaksiran ini berasaskan kepada tujuh piawaian pensyarah dalam perlaksanaan penilaian terhadap pelajar. Objektif kajian ini adalah mengukur aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item berdasarkan kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran, menentukan tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut piawaian kecekapan guru dalam penilaian pendidikan pelajar dan mengenal pasti perbezaan diantara demografi pensyarah dari segi jantina, pengalaman mengajar, kursus pentaksiran dengan tahap literasi pentaksiran. Hasil dapatan kajian ini hanya mendapat 55 orang responden sahaja. Oleh demikian, dapatan penyelidikan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada seluruh pensyarah UTHM. Pengumpulan data adalah dengan menggunakan Instrumen Inventori Literasi Pentaksiran Bilik Darjah (CALI) yang terdiri dari 35 item merangkumi tujuh piawaian. Data dianalisis menggunakan Model Rasch, dan SPSS. Walaubagaimanapun, pengkaji telah mencadangkan agar lebih banyak kursus literasi pentaksiran disediakan bagi meningkatkan tahap literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah UTHM.
  • 8. BAB 1 PENDAHULUAN Peredaran masa dan tuntutan perkembangan dalam teknologi dan dunia pekerjaan menuntut pentaksiran yang lebih autentik dan mengukur pentaksiran sebenar yang lebih komplek. Isu-isu pembaharuan dalam pentaksiran dipengaruhi oleh perubahan dalam matlamat pendidikan. Pentaksiran altenatif telah menjadi satu kaedah penilaian yang semakin mempengaruhi dunia pendidikan pada masa kini. Pentaksiran tradisional iaitu dengan menggunakan pensel dan kertas telah dirasakan semakin tidak sesuai dengan arus perubahan perdana dalam pendidikan. Tuntutan pembelajaran berasaskan hasil telah menjadi satu trend yang diguna pakai oleh semua pentaksiran pendidikan di Malaysia. Pelbagai istilah baru yang diguna pakai seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Kompetansi Perubahan dialetik dalam dunia pentaksiran telah menuntut literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah. Literasi pentaksiran adalah merujuk kepada kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran, yang perlu dikuasai oleh semua pensyarah. Menurut Black dan William (1998), mengesahkan literasi pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah menjayakan matlamat pendidikan berkualiti. Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, pengetahuan dan kemahiran pentaksiran seharusnya dipertingkatkan bagi membolehkan pensyarah melaksanakan proses pembelajaran secara berkesan. Pensyarah merupakan individu yang penting dalam membuat keputusan terhadap prestasi penilaian untuk membuat keputusan yang tepat, mengenai kebolehan pelajar dan secara langsung menjaga kualiti pendidikan. Setiap pensyarah mestilah mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi melaksanakan pentaksiran yang lebih berkesan. Menurut Marso &
  • 9. 2 Pigge (1997), seorang pensyarah perlu mahir di dalam mempelbagaikan teknik pentaksiran di dalam bilik darjah. Pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk memberi dan mendapatkan maklumat kemajuan dan pencapaian seorang pelajar. Sehubungan itu, beberapa kajian berkaitan amalan pentaksiran telah mencadangkan agar pensyarah diberikan latihan berterusan dalam bidang pentaksiran. Justeru, pembinaan instrumen bertujuan mengukur tahap literasi pentaksiran pensyarah adalah signifikan. Hasil pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan pengetahuan pentaksiran pensyarah dan dijadikan panduan dalam merancang program pembangunan profesionalisme. Selain itu terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dan sumatif, kedua- duanya adalah merujuk kepada pengumpulan maklumat untuk membolehkan sesuatu perkara itu dapat diperbaiki (Catherine et al, 2006). Oleh demikian, penilaian sumatif merujuk kepada penggunaan bukti pentaksiran untuk membuat keputusan mengenai penilaian tahun persekolahan atau keberkesanan kursus sepanjang semester. Penilaian sumatif bertujuan untuk membantu pensyarah membuat keputusan pada akhir pengajaran. Sebaliknya, penilaian formatif adalah satu proses di mana penilaian di buat secara berterusan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam membezakan sumatif dan formatif, pentaksiran mempunyai cara yang berbeza terutamanya di dalam membuat penilaian, penilaian formatif boleh dilihat di dalam bilik darjah seperti pensyarah memberi kuiz untuk melihat perkembangan pelajar. Fungsi penilaian formatif adalah proses untuk mengesan prestasi pelajar dan tahap pencapaian matlamat pembelajaran untuk mewujudkan peluang-peluang penambahbaikan (Popham, 2008). Tujuan pentaksiran dibahagikan dalam tiga kategori. Iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment for learning). Pentaksiran untuk pembelajaran adalah untuk para pendidik yang bertujuan untuk memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi pentaksiran sebagai pembelajaran pula adalah lebih kepada murid tersebut di mana memberi fokus terhadap peranan mereka sebagai penghubung di antara pentaksiran dan pembelajaran. Dan akhirnya, pentaksiran kepada pembelajaran pula adalah berbentuk sumatif dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang boleh dilakukan oleh pelajar.
  • 10. 3 Dalam hal ini pentaksiran harus dianggap bukan sekadar ujian tradisional seperti pensel dan kertas atau sebarang ujian rasmi. Sebaliknya, penilaian mungkin terdiri daripada pelbagai teknik lain seperti meminta pelajar untuk memberi maklumbalas terhadap pertanyaan pensyarah, perbualan secara lisan di antara pensyarah dan pelajar di dalam bilik darjah. Begitu juga penilaian sikap pelajar mungkin menampilkan penggunaan di dalam laporan kendiri. Untuk menilai kemahiran kognitif pelajar, pensyarah menggunakan ujian prestasi di mana pelajar mesti melengkapkan, kemudian menerangkan secara bertulis, membuat eksperimen, dan kajian saintifik (W.James Popham, 2009). Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran (Ibrahim A. & Reduan S. Z., 2002), memperbaiki pembelajaran pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred (Airasian, 2001; Black & William, 1998). Pentaksiran yang dimaksudkan ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran sehingga akhir tahun (Ibrahim & Reduan, 2002). Pentaksiran yang berkesan dapat membantu pensyarah mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran pensyarah. Oleh yang demikian, pensyarah perlu mahir dalam melaksanakan pentaksiran terhadap pelajar. Literasi pentaksiran, juga bertujuan di dalam proses memerhatikan pelajar di mana pensyarah-pensyarah mengumpul dan mentaksir maklumat pengajaran pelajar (Carter, 2005). Oleh itu, penilaian perlu untuk mengukur semula dimensi pelajar di dalam memberikan hasil terhadap pendidikan dan literasi pentaksiran dapat melihat kefahaman pelajar terhadap pembelajaran secara holistik (Wright, 2001). Literasi pentaksiran penting di dalam pendidikan kerana dapat mencari kebenaran di dalam sistem pendidikan, dan perlu memenuhi beberapa prosedur pentaksiran yang telah di tetapkan (Rowntree, 1987). Secara rasionalnya, literasi pentaksiran memerlukan pensyarah memiliki pengetahuan tentang prinsip- prinsip asas terhadap penilaian yang baik, pembangunan dan penggunaan penilaian, kaedah dan teknik, berdasarkan piawaian kualiti dalam penilaian. Oleh itu, pensyarah yang mahir untuk menyediakan maklum balas dan menetapkan matlamat yang boleh di capai oleh pelajar merupakan tahap literasi pentaksiran bermutu dan betul (Stiggins & Chappius, 2006), yang sepatutnya di miliki oleh semua pensyarah.
  • 11. 4 1.1 Latar belakang masalah Transformasi pentaksiran merupakan salah satu fokus dalam Pelan Strategik Interim 2011-2020. Sistem peperiksaan sedia ada dikembangkan konsepnya kepada pentaksiran yang bersifat holistik, seimbang, fleksibel, adil dan merujuk kepada piawaian yang telah ditetapkan (Farrington dan Small, 2008). Oleh sebab itu, peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Justeru, isu pendidikan berorientasikan peperiksaan sering dibincangkan oleh masyarakat sejak kebelakangan ini (Carter, 2005; Mertler, 2003; Talib, 2008) . Pentaksiran harus dianggap bukan sekadar ujian tradisional seperti pensel dan kertas atau sebarang ujian rasmi. Sebaliknya, penilaian mungkin terdiri daripada pelbagai teknik lain seperti meminta pelajar untuk memberi maklumbalas terhadap pertanyaan pensyarah, perbualan secara lisan di antara pensyarah dan pelajar di dalam bilik darjah. Namun, pentaksiran alternatif boleh dilaksanakan oleh pensyarah melalui pemerhatian, pentaksiran authentik, pentaksiran portfolio dan pentaksiran berasaskan kemajuan (Garies & Grant, 2008). Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Menerusi pentaksiran yang sistematik, pensyarah merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam literasi pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti literasi pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh pensyarah amat diberi perhatian. Justeru, para pensyarah perlu mempunyai literasi pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan. Pensyarah menggunakan pelbagai teknik pentaksiran, walaupun mereka mungkin tidak diberi latihan yang bersesuaian dalam aspek pentaksiran dalam bilik darjah (Marso & Pigge, 1988b). Pembelajaran berasaskan hasil mula diperkenalkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mulai tahun 2010 adalah salah satu pendekatan yang di
  • 12. 5 gunakan untuk memenuhi keperluan Kelayakan Kerangka Malaysia (MQA). Oleh itu, antara perubahan besar yang dilaksanakan oleh pihak universiti adalah dengan melaksanakan kurikulum baru yang menggunakan pendekatan outcome based education (OBE), merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam pendidikan. Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh pelajar semasa pengajian di universiti. OBE merangkumi domain pegetahuan dan kemahiran praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7) domain kemahiran insaniah (KI). Menurut Yasin, M., (2009), sistem pendidikan di Malaysia sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan dari masa ke semasa seiring dengan peredaran zaman. Menurutnya lagi keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asal untuk melahirkan insan yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan rakyat. Dengan penerapan konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE) di seluruh institusi pengajian tinggi (terutama dalam bidang kejuruteraan) di Malaysia hari ini, ianya dapat memberi peluang kepada pihak berwajib untuk memastikan graduan yang dihasilkan kelak adalah selaras dengan kehendak dan keperluan negara (Mohd Nor M. J., Zaharim, A., 2007). Justeru itu, menjadi tanggungjawab pensyarah untuk memberikan keputusan yang tepat mengenai keputusan pelajar serta dapat membantu proses penganjaran dan pembelajaran di dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta latihan dalam bidang literasi pentaksiran pendidikan. Walaubagaimanapun, bergantung kepada faktor demografi juga memainkan peranan penting di dalam membuat literasi pentaksiran iaitu jantina, pengalaman mengajar dan pernah mengikuti kursus pentaksiran. Menurut pengkaji seperti Black dan William(1998), Stiggins(1999a) dan Arter(2003) dalam laporan mereka mengesahkan bahawa faktor literasi pentaksiran pensyarah merupakan kriteria penting ke arah memajukan pengalaman pembelajaran seterusnya dapat mencapai pencapaian pendidikan yang berkualiti. Keputusan yang tepat tentang prestasi seorang pelajar boleh diperolehi daripada maklumat yang berkualiti. Oleh demikian, maklumat yang berkualiti diperolehi daripada pentaksiran yang baik. Di mana literasi pentaksiran pensyarah membantu proses pembelajaran (Stiggins, 1995) dan membuat keputusan yang adil
  • 13. 6 dan tepat (Mertler, 2003). Masalah utama dalam usaha mengetahui tahap literasi pentaksiran dan pengetahuan dikalangan pensyarah di UTHM diperlukan untuk menerangkan konsep literasi pentaksiran yang di jalankan. Rentetan perubahan dalam pendidikan, tuntutan terhadap literasi pentaksiran amat diperlukan. Namun sejauh manakah literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah masih lagi menjadi persoalan. UTHM juga dikenali sebagai pusat TVET yang terkemuka, kerana penawaran program-program teknikal yang selari dengan keperluan pembangunan negara. Namun begitu, perubahan yang radikal dalam pentaksiran menuntut kemahiran yang tinggi dalam literasi pentaksiran untuk menjamin kualiti pendidikan. 1.2 Pernyataan masalah Kesediaan pensyarah untuk menilai prestasi pelajar dengan berkesan masih lagi menjadi persoalan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini, proses menilai prestasi pelajar adalah menentukan keberkesanan pendidikan salah satu aspek yang paling kritikal, literasi pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah menjayakan matlamat pendidikan berkualiti. Sehubungan itu, beberapa kajian berkaitan amalan pentaksiran telah mencadangkan agar pensyarah diberikan latihan berterusan dalam bidang pentaksiran. Oleh sebab itu, tahap literasi pentaksiran pensyarah adalah signifikan, hasil pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan pengetahuan pentaksiran pensyarah dan dijadikan panduan dalam merancang program pembangunan profesionalisme. Selain itu, pengetahuan mengenai literasi pentaksiran adalah penting bagi pensyarah untuk memastikan literasi pentaksiran kepada pelajar dapat di laksanakan secara adil dan berkesan. Hal ini jelas menunjukkan, literasi pentaksiran adalah satu mekanisme atau suatu proses mengumpul maklumat dan data untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Maka pensyarah juga seharusnya menerima latihan dan mengamalkan pentaksiran yang sesuai dengan peralihan perkembangan teori dan juga peredaran zaman. Justeru itu, literasi pentaksiran dan pengetahuan yang tinggi dikalangan pensyarah amat diperlukan dan sejauhmanakah tahap literasi pentaksiran yang diperolehi oleh semua pensyarah UTHM. Oleh itu, penyelidik telah mengenal pasti dan mengesan literasi pentaksiran yang dimiliki oleh staf akademik di UTHM, Maka
  • 14. 7 kajian ini mengambil peluang untuk melihat tahap literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah di UTHM berdasarkan tujuh piawaian kecekapan pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar, dan mengukur konsep umum berkaitan dengan penilaian dan pengujian termasuklah memberikan gred kepada pelajar. 1.3 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap literasi pensyarah-pensyarah di UTHM, dalam mentaksir pembelajaran pelajar. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut: (i) Mengukur aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item berdasarkan kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran. (ii) Menentukan tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut piawaian kecekapan pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar (iii) Mengenal pasti perbezaan diantara demografi pensyarah dari segi jantina, tahap pendidikan, pengalaman mengajar, kursus pentaksiran dengan tahap literasi pentaksiran. 1.4 Soalan kajian Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan dikemukakan di dalam kajian ini. (i) Apakah aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item berdasarkan kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran? (ii) Apakah tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut piawaian kecekapan pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar? (iii) Adakah terdapat perbezaan diantara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran? (iv) Adakah terdapat perbezaan diantara pengalaman mengajar pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran? (v) Adakah terdapat perbezaan diantara kursus pentaksiran pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran?
  • 15. 8 1.5 Hipotesis kajian Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai beberapa hipotesis untuk dikaji. Hipotesis yang dibina adalah untuk menjawab persoalan kajian (iii,iv dan v). Hipotesis null: H0 dan Hipotesis alternatif: Ha bagi kajian ini adalah seperti berikut: Persoalan kajian (iii) : Adakah terdapat perbezaan diantara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran? H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran. Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan antara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran. Persoalan kajian (iv): Adakah terdapat perbezaan diantara pengalaman mengajar pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran? H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran. Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran. Persoalan kajian (v): Adakah terdapat perbezaan diantara kursus pentaksiran pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran? H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pentaksiran pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran. Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pentaksiran pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran. 1.6 Skop kajian Skop kajian dari segi memilih kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran membina kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mentadbir, menentukan markah dan mentafsirkan keputusan luaran dan penilaian oleh
  • 16. 9 pensyarah, kemahiran membuat keputusan bagi setiap pelajar, merancang pengajaran dan membuat cadangan untuk kemajuan sekolah, kemahiran untuk membina prosedur penggredan yang sah yang menggunakan pentaksiran oleh murid, kemahiran untuk memaklumkan keputusan pentaksiran kepada murid, ibu bapa, stake holders dan pendidik lain, dan kemahiran untuk mengenal pasti kaedah penilaian yang tidak beretika, tidak sah, dan yang kurang sesuai. Kajian tertumpu kepada literasi pentaksiran pensyarah dan perbezaan tahap pengetahuan pensyarah di dalam membuat literasi pentaksiran. Selain itu, kajian ini memfokuskan samada terdapat perbezaan diantara demografi iaitu jantina, pengalaman mengajar dan kursus pentaksiran terhadap literasi pentaksiran. Justeru itu, literasi pentaksiran diukur menggunakan inventori literasi pentaksiran dalam bilik darjah (CALI), yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Craig A. Mertler, 2003. Selain itu kajian ini hanya menumpukan kepada tujuh piawaian kecekapan pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar, Piawaian kecekapan pensyarah (AFT, NCME, & NEA, 1990), pentaksiran ditakrifkan sebagai proses mendapatkan maklumat yang digunakan untuk membuat keputusan pendidikan mengenai pelajar, memberi maklum balas kepada pelajar berkenaan dengan kemajuan, kekuatan dan kelemahan untuk menilai keberkesanan pengajaran dalam kurikulum. 1.7 Batasan kajian Kajian ini hanya dibataskan kepada pensyarah-pensyarah akademik yang aktif sahaja di UTHM, tidak termasuk pensyarah-pensyarah yang bercuti atau melanjutkan pelajaran. Justeru itu kajian ini hanya terbatas kepada pensyarah-pensyarah di UTHM. Selain itu, faktor kos dan masa yang menyebabkan kajian ini dijalankan dan difokuskan kepada pensyarah di UTHM sahaja. Ini kerana sekiranya pengkaji mengambil responden dari universiti lain akan memakan masa untuk mendapatkan maklum balas dan kos untuk mendapatkan maklumat adalah tinggi yang melibatkan kos penghantaran (pos) instrumen ke universiti lain. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk program secara kerja kursus tentunya mempunyai masa yang terhad, bukannya program secara penyelidikan sepenuh masa.
  • 17. 10 1.8 Kepentingan kajian Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberikan maklumat tentang kompetensi pensyarah dan pihak universiti. Maklumat mengenai norm dan profil literasi pentaksiran sangat berguna untuk pensyarah membuat refleksi kendiri (Gallagher, 1998). Menurut Covino; Iwanicki (1996); Stiggins (1997), amalan refleksi berupaya memberi kesan kepada pensyarah untuk meningkatkan semangat untuk menjadi yang terbaik. Literasi pentaksiran seseorang pensyarah di dalam membuat pentaksiran dapat diketahui dengan jelas dan terperinci serta berkualiti. Oleh itu, diharap kajian ini akan membantu meningkatkan literasi pentaksiran dan juga meningkatkan motivasi kepada pensyarah untuk terus cemerlang di dalam membuat pentaksiran dalam pembelajaran bahkan kesedaran pensyarah untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan pentaksiran berupaya menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan secara keseluruhan (Black & William, 1998). Sehubungan itu, pensyarah yang mahir di dalam pentaksiran dapat merancang strategi pengajaran dengan berkesan selain mampu meningkatkan motivasi pelajar (Brookhart, 1999). Sekiranya, pensyarah tidak dapat menghasilkan keputusan yang adil (Stiggins, 2001), perancangan pengajaran yang lemah (Brookhart, 1999) dan tidak dapat mencungkil potensi sebenar pelajar (Stiggins, 2001). Bagi pihak universiti pula, literasi pentaksiran ini dapat membantu pihak universiti untuk mengetahui tahap pentaksiran dalam kalangan pensyarah dan juga dapat melahirkan pensyarah-pensyarah yang berkemahiran dan dapat menjamin dan peningkatan kualiti pendidikan di dalam membuat literasi pentaksiran. 1.9 Kerangka konsep kajian Kerangka konsep ini bertujuan memberi penjelasan secara grafik terhadap kajian yang akan dijalankan. Melalui kerangka ini, persembahan di lakukan dalam bentuk gambar rajah atau peta minda bagi memberikan permahaman yang jelas kepada pembaca. Selain itu, kerangka konsep adalah bertujuan bagi memudahkan penyelidik menerangkan kajian yang akan dilaksanakan melalui sistem yang terancang tentang
  • 18. 11 keseluruhan idea yang ingin disampaikan. Kerangka konsep ini akan di gunakan dalam kajian ini adalah seperti Rajah 1.1. Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian (Adaptasi American Federation of Teachers. National Council on Measument in Education, 1990) Kerangka konsep menerangkan beberapa peranan yang perlu ada pada seseorang pensyarah. Seseorang pensyarah digalakkan bertindak sebagai seorang pemikir yang berupaya menyatupadukan segala aspek, fakta dan pengalaman yang releven bagi membina hubungan manusia dan teknikal serta memiliki set kecekapan seperti kemahiran, kebolehan dan keterampilan (Lebar M. S., 2000). Justeru itu, para pensyarah harus prihatin dengan perkembangan serta inovasi terbaru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan, penpensyarahsan dan perancang di dalam bilik darjah bagi proses menghasilakan keputusan yang bermutu tinggi (Bajunid, I. A., 2006). Oleh demikian, bagi membolehkan hasil pembelajaran yang berkualiti pensyarah perlu mengunakan teori pembelajaran yang berkesan di dalam Pensyarah Literasi pentaksiran 1. Memilih kaedah penilian. 2. Membina kaedah penilian. 3. Mentadbir, menentukan markah 4. Membuat keputusan prestasi. 5. Membina prosedur pengredan 6. Memaklumkan keputusan (ibu bapa, pelajar) 7. Mengenalpasti kaedah Demografi 1. Jantina 2. Tahap pendidikan 3. Pengalaman mengajar 4. Kursus pentaksiran Kesan terhadap kualiti pendidikan
  • 19. 12 pembelajaran. Pensyarah adalah tunjang utama bagi menjayakan segala dasar, perancangan dan pelaksanaan proses pendidikan sama adalah berbentuk kurikulum atau kokurikulum sejajar dengan perkembangan arus pendidikan masa kini. Literasi pentaksiran pensyarah perlul selaras dengan piawaian kecekapan pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar yang mengandungi tujuh piawaian iaitu , di antara piawaian yang terdapat dalam kajian ini adalah, kemahiran memilih kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran membina kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mentadbir, menentukan markah dan menginterprestasikan keputusan luaran dan penilian oleh pensyarah, kemahiran membina prosedur penggredan yang sah yang menggunakan pentaksiran oleh pelajar, kemahiran untuk memaklumkan keputusan pentaksiran kepada murid, ibu bapa, stake holder dan pendidik lain dan kemahiran untuk mengenal pasti kaedah penilaian yang tidak beretika, tidak sah, dan yang kurang sesuai. Selain itu aspek jantina, pengalaman mengajar dan kursus pentaksiran memainkan peranan penting di dalam membuat literasi pentaksiran bagi menghasilkan kesan kualiti dan mutu pendidikan (Campbell et.al.,2002). 1.10 Definisi Operasional Terdapat istilah dan konsep yang dapat di terangkan dengan jelas tentang perkara- perkara yang digunakan di dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut : 1.10.1 Literasi Pentaksiran Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, literasi adalah kebolehan menulis dan membaca, celik huruf atau kemahiran menggunakan komputer, tahu menggunakan dan mengendalikan komputer. Dari segi definisinya, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (Lambert, D. & Lines, D 2000). Menurut Mohd Majzub R., & Nordin A. B., (1989), penilaian dan pentaksiran adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang
  • 20. 13 berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan pensyarah membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses merancang, proses melaksanakan penaksiran dan proses merekod maklumat. Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun (Ibrahim A., & Reduan S. Z., 2002). Pentaksiran yang berkesan dapat membantu pensyarah mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran pensyarah. Konsep literasi pentaksiran merujuk kepada kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran (Schaefer, 1993; Stiggins, 1999; Mertler, 2005) merangkumi pengetahuan deklaratif (mengenai fakta, konsep, prinsip – knowing what) dan pengetahuan prosedural (aplikasi pengetahuan kepada amalan- knowing how) (Chen Jiamu, 2001). Assessment literates know the difference between sound and unsound assessment. They know what they are assessing, why they are doing it, how best to assess the knowledge or skill of interest, also aware of the potential negative consequences of poor and inaccurate assessment. (Stiggins, 1995; 240). Secara konseptual, literasi pentaksiran di definisikan sebagai kompetensi pengetahuan pensyarah dalam bidang pentaksiran, oleh itu, literasi pentaksiran pensyarah dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan keputusan yang tepat mengenai pelajar dan program pendidikan secara keseluruhan. Dalam kajian ini literasi pentaksiran bermaksud piawaian kecekapan pengetahuan pentaksiran pensyarah dalam membantu di dalam proses pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah secara berkesan dan dapat membuat keputusan yang tepat dan adil (Mertler, 2003). Istilah literasi pentaksiran atau kompentensi pentaksiran digunapakai dalam laporan kajian ini dengan merujuk maksud yang sama.
  • 21. 14 1.10.2 Aras kesukaran item Aras kesukaran item adalah satu aras pengukuran tentang kesukaran item bagi sesebuah kumpulan yang diuji dan ditulis sebagai nilai p dan sebagai peratusan menjawab item dengan betul (Anastas, & Urbina,1997). Pengukuran ini digunakan untuk memgukur aras kesukaran item bagi sesuatu ujian yang di jalankan, selain itu aras ini digunakan untuk meneliti dan menentukan nilai serta kualiti item yang telah di gunakan berdasarkan kepada kriteria dan piawaian yang telah di tetapkan. Oleh demikian aras kesukaran juga boleh disebut sebagai perkadaran pensyarah dalam kumpulan yang diuji dapat menjawab item dengan betul. Pengkelasan julat di dalam aras kesukaran ini mempunyai beberapa aras seperti, terlalu sukar, mudah dan terlalu sukar (Ebel, 1979). Menurut Thorndike et.al, 1991, terma kesukaran boleh dalam bentuk kekerapan relatif pengambilan ujian memilih responden yang menjawab betul. Di dalam kajian ini aras kesukaran sebagai peratusan pensyarah yang menjawab betul, semakin banyak pensyarah menjawab betul, maka item tersebut adalah mudah (Wood,1960). Selalunya aras kesukaran dinyatakan dalam peratusan, iaitu 0% untuk yang amat sukar dan 100% untuk yang amat senang; 50% adalah baik dan 30% hingga 70% boleh diterima (Mohamad., 2011). 1.10.3 Indeks Diskriminasi item Indeks diskriminasi merupakan satu ciri yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan dan keberkesanan sesuatu item untuk mendiskriminasi antara skor tinggi dan skor rendah dalam sesuatu ujian (Aiken & Groth-Marnat, 2006). Indeks diskriminasi sebagai satu alat pengukuran yang sangat berkualiti digunakan untuk menilai kualiti sesuatu item soalan. Justeru itu item-item yang paling baik adalah item yang mempunyai nilai indeks diskriminasi 0.30 dan ke atas dianggap boleh diterima untuk dimuatkan dalam ujian. Sekiranya, indeks diskriminasi merupakan satu kaedah kuantitatif yang bertujuan untuk membezakan antara pensyarah yang berpencapaian tinggi dan rendah dengan menilai setiap satu item yang telah diuji, berpaksikan kepada matlamat tertentu seperti mengenalpasti tahap kefahaman kumpulan pensyarah
  • 22. 15 terhadap perkara yang dipelajari (Johari, J., et.al 2011). Oleh demikian, indeks diskriminasi dikira dengan membandingkan prestasi pelbagai kumpulan terhadap sesuatu item dengan prestasi ke atas sesuatu kriteria yang diukur. Walaubagaimanapun, indeks diskriminasi dapat mengenalpasti konsep yang perlu diajar, melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang tertentu, dan dapat memberi maklum balas, serta bagi item yang tidak mendiskriminasi perlu di ubah suai atau di gugurkan. 1.10.4 Piawaian kecekapan pensyarah dalam pentaksiran Piawaian ditakrifkan sebagai suatu dokumen prinsip-prinsip umum yang telah dipersetujui oleh badan professional yang bertanggungjawab untuk mendokumenkannya. Satu dokumen yang ditubuhkan oleh konsensus dan diluluskan oleh sebuah badan untuk penyelenggaraan umum, digunakan secara berulang-ulang, peraturan-peraturan, garis panduan dan kriteria-kriteria bagi aktiviti-aktiviti atau membuat keputusan, bertujuan untuk darjah pencapaian arahan yang optimum dalam konteks yang diberi. Dalam kajian ini kecekapan pensyarah di dalam pengetahuan perlu diperkasa supaya mampu melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan dan seorang pensyarah mampu membuat keputusan yang adil dan tepat (Mertler, 2003). terdapat tujuh prinsip piawaian kecekapan pensyarah dalam pentaksiran yang digunakan dalam kajian ini adalah: (i) Pensyarah-pensyarah harus mahir dalam memilih kaedah penilaian yang sesuai dalam membuat keputusan pengajaran. Kemahiran dalam memilih kaedah yang sesuai, berguna, mudah ditadbir, mencukupi dari segi teknikal dan kaedah penilaian yang adil merupakan prasyarat yang baik untuk menggunakan maklumat dalam menyokong keputusan pengajaran. Pensyarah yang menggunakan piawaian tentang konsep dan aplikasi perlu mengikut kemahiran masing-masing. Selain itu, mereka akan faham bagaimana maklumat yang tidak sah boleh menjejaskan keputusan pengajaran terhadap pelajar. Oleh demikian, boleh mengguna dan menilai opsyen
  • 23. 16 penilaian yang diperolehi, mempertimbangkan perkara-perkara lain seperti budaya, sosial, ekonomi dan latarbelakang bahasa pelajar-pelajar. Pensyarah mengetahui setiap pendekatan penilaian yang digunakan, kesesuaiannya untuk membuat keputusan terhadap pelajar. Opsyen-opsyen penilaian adalah pelbagai dan ianya termasuk teks seperti soalan kurikulum terancang dan ujian, menyeleraskan kriteria rujukan dan norma rujukan ujian, soalan lisan, kespontanan dan prestasi penilaian berstruktur, portfolio, pameran, demontrasi, skala penarafan, sampel-sampel penulisan, ujian bertulis, kerja kendiri dan kerja rumah, rakan sebaya dan penilaian kendiri, rekod pelajar, pemerhatian, temubual, projek, produk dan pandangan-pandangan lain. (ii) Pensyarah-pensyarah harus mahir dalam membangunkan kaedah penilaian yang sesuai dalam membuat keputusan pengajaran. Pensyarah yang menggunakan piawaian tentang konsep dan aplikasi perlu mengikut kemahiran masing-masing. Pensyarah akan menjadi mahir dalam merancang pengumpulan maklumat tentang keputusan fasiliti yang mereka akan buat. Mereka akan mengetahui prinsip-prinsip yang bersesuaian untuk membangunkan dan menggunakan kaedah penilaian dalam pengajarannya, mengelakkan kesulitan yang biasa berlaku dalam penilaian pelajar. Teknik seperti ini mengandungi beberapa opsyen yang disenaraikan dipenghujung piawaian yang pertama. (iii) Pensyarah harus mahir dalam mentadbir, memperoleh dan mentafsir keputusan yang dihasilkan secara luaran dan melalui kaedah penilaian. Pensyarah perlu berkemahiran dalam mentafsir maklumat dan menghasilkan keputusan penilaian oleh pensyarah secara formal, termasuk prestasi murid- murid di dalam kelas dan juga dalam tugasan kerja rumah. Pensyarah mesti berkemampuan untuk menggunakan panduan dalam mendapatkan soalan- soalan dan projek mudah, persentil untuk mendapatkan maklumbalas soalan pilihan dan skala untuk kadar prestasi penilaian. Pensyarah mampu untuk mentadbir piawaian ujian pencapaian dan mampu untuk mentafsir skor yang dilaporkan : kedudukan persentil, graf skor
  • 24. 17 persentil, piawaian skor dan gred kesetaraan. Pensyarah akan menyediakan satu rumusan indeks pemahaman konseptual yang akan dilaporkan bersama dengan keputusan penilaian : mengukur kecenderungan titik tengah, penyerakan, perhubungan, kebolehpercayaan dan kesilapan mengukur. (iv) Pensyarah harus mahir dalam menggunakan keputusan penilaian apabila membuat keputusan tentang individu pelajar, merancang pengajaran, membangunkan kurikulum dan penambahbaikan sekolah. Keputusan penilaian yang digunakan untuk membuat keputusan pendidikan berada pada beberapa tahap : di dalam bilik darjah mengenai pelajar-pelajar, di dalam komuniti mengenai sesebuah sekolah dan sekolah bagi satu daerah dan dalam masyarakat pada umumnya adalah mengenai tujuan dan hasil daripada pusat-pusat pendidikan. Pensyarah-pensyarah didapati gagal memantau kemajuan pembelajaran (Gallagher, 1998), tidak dapat menghasilkan keputusan yang adil (Stiggins, 2001), selain itu, pensyarah tidak dapat merancang pengajaran secara berkesan (Brookhart, 1999),. Pensyarah memainkan peranan penting apabila melibatkan diri dalam membuat keputusan pada setiap tahap dan mesti berkemampuan untuk menggunakan keputusan penilaian dengan lebih efektif. Apabila menggunakan keputusan penilaian dalam merancang atau menilai pengajaran dan kurikulum, pensyarah akan menginterpretasikan keputusan dengan betul dan mengelakkan penyalahtafsiran yang biasanya berlaku seperti keputusan berdasarkan skor yang kekurangan kesahan kurikulum. (v) Pensyarah harus mahir dalam memajukan prosedur menggred murid yang sah berdasarkan taksiran murid itu sendiri. Penggredan pelajar merupakan suatu bahagian amalan professional yang sangat penting bagi pensyarah-pensyarah. Penggredan didefinasikan sebagai mengindikasikan kedua-dua tahap prestasi seseorang pelajar dan pensyarah yang akan menilai prestasi tersebut. Prinsip-prinsip untuk menggunakan
  • 25. 18 penilaian bagi mendapatkan gred-gred sah yang diketahui dan pensyarah perlu menggunakannya. (vi) Pensyarah harus mahir dalam membuat keputusan penilaian secara komunikasi dengan pelajar, ibu bapa, badan-badan dan pendidik-pendidik lain yang terlibat. Pensyarah mesti melaporkan keputusan penilaian kepada pelajar dan ibu bapa atau penjaga secara rutin. Selain itu, mereka selalunya diminta membuat laporan atau membincangkan keputusan penilaian dengan pendidik-pendidik yang lain atau badan-badan yang terlibat. Sekiranya keputusan tidak diberitahu secara efektif, mereka mungkin disalahgunakan atau tidak digunakan. Justeru itu didapati pensyarah melaporkan kepada ibu bapa dan pelajar secara tidak tepat (Plake, 1993). Untuk menyampaikannya dengan efektif perkara-perkara lain mengenai penilaian pelajar, pensyarah mesti menggunakan terminologi yang bersesuaian dan juga mesti mengartikulasikan makna, had-had dan implikasi keputusan penilaian. (vii) Pensyarah harus mahir dalam mengenalpasti kaedah penilaian yang tidak beretika, haram, tidak sesuai dan juga menggunakan maklumat taksiran. Keadilan, semua hak-hak yang berkaitan dan etika tingkahlaku professional kesemua aktiviti penilaian pelajar daripada permulaan untuk merancang dan mengumpul maklumat untuk pentaksiran, dan pengumuman keputusan. Pensyarah mesti mahir dalam etikanya yang tersendiri dan bertanggungjawab dalam peraturan-peraturan penilaian. 1.11 Rumusan Dalam bab ini, membincangkan beberapa bahagian iaitu latarbelakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, batasan kajian, kepentingan kajian, definisi istilah berkenaan literasi pentaksiran, aras kesukaran, indeks diskriminasi
  • 26. 19 dan piawaian kecekapan pensyarah berserta tujuh piawaian berkaitan, dan kerangka konseptual kajian. Semua maklumat diatas berkaitan dengan literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah di UTHM. Semua persoalan dalam bab ini telah dikaji oleh pengkaji melalui kajian yang telah di jalankan. Dan bab seterusnya akan membincangkan tentang kajian literatur mengenai perkembangan teori pembelajaran, perkembangan literasi pentaksiran, hubungan pentaksiran, penilaian dan pengukuran di Malaysia, jenis-jenis dan amalan pentaksiran.

×