Adat Resam Masyarakat Iban
Pensyarah: Puan Sharifah Binti Said
Disediakan oleh:
Nurhidayah Binti Mohd Azman
Safiah Atikhah...
PENGENALAN
• Masyarakat Iban merupakan masyarakat
peribumi terbanyak di Sarawak.
• Masyarakat Iban juga dikenali sebagai
d...
CARA HIDUP
• Hidup dalam satu rumah panjang.
• Struktur organisasi dalam rumah
panjang itu diterajui oleh Tuai
Rumah kemud...
EKONOMI
• Bercuuck tanam sayur-sayuran dan lada, membura,
menangkap ikan.
• Menanam padi-Tanaman padi ini akan diusahakan
...
Gawai Dayak
PAKAIAN: LELAKI
• Dikenali juga sebagai ngepan iban.
• Terkenal dengan tatu (pantang)-
menggambarkan seni masyarakat iban
...
• Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula
dikenali sebagai baju burung. Baju burung adalah
merupakan sejenis kain ...
PAKAIAN: WANITA
- Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke
bahagian kaki.
- Bahagian kepa...
PUA KUMBU
• Pua kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan
penting di dalam upacara-upacara seperti perubatan,gaw...
Pua Kumbu
PANTANG LARANG: MENGANDUNG
• Tidak boleh menggali parit di kawasan padi
atau di mana-mana sahaja, tidak boleh
menyiang dag...
PANTANG LARANG: KELAHIRAN BAYI
• Tempoh berpantang: 30 hari selepas melahirkan anak dan makanan akan dicampurkan dengan ha...
ADAT PERKAHWINAN
1. Merisik
• Dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.
2. Bertunang
3. Berkahwin (melah pinang...
• Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan
perbincangan di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi ...
KEMATIAN
• Semasa kematian, sanak-saudara(kaban belayan) akan datang menghadirinya.
• Mayat si mati akan dimandikan dan di...
TARIAN/NYANYIAN
• Tarian popular: Ngajat
• Antara jenis tarian yang diamalkan ialah tarian ngajat
lesong, ngajat bebunoh, ...
TAMAT
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Adat resam masyarakat iban

1,428

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,428
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
49
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Adat resam masyarakat iban

  1. 1. Adat Resam Masyarakat Iban Pensyarah: Puan Sharifah Binti Said Disediakan oleh: Nurhidayah Binti Mohd Azman Safiah Atikhah Binti Alang Ahmed Siti Aishah Binti Mutazah
  2. 2. PENGENALAN • Masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi terbanyak di Sarawak. • Masyarakat Iban juga dikenali sebagai dayak laut atau Sea Dayak yang mendiami semua kawasan di Sarawak. • Dianggap sebagai masyarakat Pemotong Kepala berikutan pada zaman dahulu Iban terkenal dengan amalan ngayau atau memotong kepala.(Chemaline Usop,2006:1). • Selalu berpindah randah atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari makanan dan kehidupan baru.
  3. 3. CARA HIDUP • Hidup dalam satu rumah panjang. • Struktur organisasi dalam rumah panjang itu diterajui oleh Tuai Rumah kemudian beberapa orang yang akan membantu beliau dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran dalam rumahnya. • Tuai Rumah akan berperanan dalam undang-undang rumah panjang dan juga mengendalikan adat-adat dalam rumah panjang tersebut.
  4. 4. EKONOMI • Bercuuck tanam sayur-sayuran dan lada, membura, menangkap ikan. • Menanam padi-Tanaman padi ini akan diusahakan setiap setahun sekali iaitu selepas penghujung bulan Jun atau bulan 1 bagi masyarakat Iban, yang menganggap bulan Jun sebagai bulan permulaan dalam takwim mereka. Padi akan selesai dituai pada bulan Februari. • Pada 1 haribulan Jun, sambutan Hari Gawai Dayak akan diadakan sebagai meraikan semangat padi yang telah memberikan rezeki kepada mereka.
  5. 5. Gawai Dayak
  6. 6. PAKAIAN: LELAKI • Dikenali juga sebagai ngepan iban. • Terkenal dengan tatu (pantang)- menggambarkan seni masyarakat iban yang unik • Ukiran-ukiran yang sering diukir pada badan mereka ialah seperti ukiran bungai terong, binatang-binatang buas,dan sebagainya. • Pada zaman dahulu, lelaki juga memakai kain sirat- sehelai kain yang berukuran 50m X 500 cm, bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Manik dan kulit siput juga kadang-kadang dijadikan sebagai hiasan itu.
  7. 7. • Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula dikenali sebagai baju burung. Baju burung adalah merupakan sejenis kain tenunan yang mempunyai corak yang bermotifkan burung dan coraknya sangat cantik. • Baju burung masih lagi dipakai sehingga zaman sekarang tetapi pemakaiannya hanyalah pada hari-hari tertentu sahaja seperti musim perayaan, majlis dan keramaian dan juga menyambut tetamu atau pengabang. PAKAIAN: LELAKI
  8. 8. PAKAIAN: WANITA - Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke bahagian kaki. - Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang merupakan hiasan yang diperbuat daripada logam timah dan kelihatan cantik apabila wanita Iban menggunakannya. - Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan marik empang,yang diperbuat daripada manik-manik yang disusun mengikut corak. - Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan yang diperbuat daripada timah dan kelihatannya seperti syiling yang disusun berjuntai-juntai. Kaki juga mempunyai perhiasan yang cantik dan setiap gelang kaki akan diletakkan gerunung yang mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya. - Pakaian dijadikan baju dinamakan selayah(bedong) yang merupakan sejenis kain tenunan yang sangat panjang dan dilit di bahagian dada. - Kain sarung pula dipakai separas lutut- ditenun dengan corak jalur yang berwarna- warni. Malah ada diantaranya juga dihiasi dengan corak bermotif tradisional dan disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
  9. 9. PUA KUMBU • Pua kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti perubatan,gawai dan seumpamanya. • Diperbuat daripada benang yang ditenun dengan pelbagai motif atau corak yang sangat unik dan menarik. • Pua kumbu digunakan juga dalam majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai mas kahwin. • Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah ‘sengkuap’ untuk mendapat restu daripada saudara tua. Seringkali juga pua digunakan sebagai pelamin dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian. • Namun pada masa sekarang, penggunaan pua kumbu ini adalah sebagai hiasan dan merupakan hasil tangan yang sangat unik bagi masyarakat Iban.
  10. 10. Pua Kumbu
  11. 11. PANTANG LARANG: MENGANDUNG • Tidak boleh menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja, tidak boleh menyiang daging, membunuh binatang dan juga tidak boleh menanam pokok pisang. • Semua pantang larang ini mesti diamalkan untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir dan juga menghalang kuasa- kuasa ghaib yang tidak diingini daripada mengganggu bayi tersebut.
  12. 12. PANTANG LARANG: KELAHIRAN BAYI • Tempoh berpantang: 30 hari selepas melahirkan anak dan makanan akan dicampurkan dengan halia supaya dapat memanaskan badan. • Selepas bersalin, wanita kaum Iban akan menjalani satu amalan iaitu berdiang (selama 40 hari) , di mana si ibu perlu dekat dengan unggun api. Kayu yang dijadikan unggun api pula ialah kayu malam, langsat, dan sebagainya yang boleh menyembuhkan penyakit ibu yang baru lepas bersalin. • Adat menanggalkan pusat bayi. • Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi itu akan dibawa ke tanju atau ke anjung untuk melihat matahari dan diberi air garam. • Selepas itu disusuli dengan pemberian nama kepada bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir itu, diberikan nama sempena nama nenek moyang mereka. Tujuannya adalah agar anak yang baru lahir itu mewarisi jasa dan sumbangan datuk dan neneknya yang telah tiada. • Selepas itu pula disusuli oleh adat mandi sungai. Adat ini dijalankan pada usia bayi berumur satu bulan dan untuk membiasakan bayi dengan sungai. Bayi itu akan dipakaikan dengan kain pua belantan dan diiringi dengan doa dan mantera meminta supaya bayi itu menjadi seorang yang sempurna. • Sebaik sahaja mantera dibaca,dua orang lelaki akan menetak air dan ayam disembelih; bayi lelaki: sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. bayi perempuan :benang tersebut digantung pada galah laletan. • Selepas itu bayi dimandikan dan gendang akan dipalu untuk selepas itu jamuan ringan akan diadakan.
  13. 13. ADAT PERKAHWINAN 1. Merisik • Dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. 2. Bertunang 3. Berkahwin (melah pinang) • Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. • Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan tempat duduk. Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki. Rombongan pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
  14. 14. • Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan perbincangan di ruai dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan,pengantin perempuan akan meminta berian. Tetapi nilainya adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin perempuan pula akan meminta bayaran “pemecah tangga”iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain. • Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. • Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding di sebelah malam sahaja. • Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu, pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta untuk memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka akan hilang bagi setiap individu. ADAT PERKAHWINAN
  15. 15. KEMATIAN • Semasa kematian, sanak-saudara(kaban belayan) akan datang menghadirinya. • Mayat si mati akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-tengah rumah panjang(ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. • Semua barang-barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan. • Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke dunya sebayan. • Pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira pukul empat pagi. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya. • Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian, upacara berkabung atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa. • Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup.setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara berkabung pun tamat. • Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati akan dijalankan( Bernedict Sandin ,1994: 119)
  16. 16. TARIAN/NYANYIAN • Tarian popular: Ngajat • Antara jenis tarian yang diamalkan ialah tarian ngajat lesong, ngajat bebunoh, ngajat pua kumbu, ngajat indu dan banyak lagi. Semasa tarian ini ditarikan, gendang akan dibunyikan dan penari akan menarikan tarian mengikut paluan gendang. • Nyanyian/leka main: Antara leka main yang masih relevan lagi pada zaman sekarang ialah pantun, ramban, renong, ganu, pengap, sampi,timang,bebiau, naku antu pala,geliga dan banyak lagi. rasa kerinduan, menyindir dengan cara yang halus,menyampaikan rintihan dan keluhan, hiburan kanak-kanak dan juga sebagai pembakar semangat atau motivasi.
  17. 17. TAMAT
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×