• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)
 

5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

on

  • 746 views

Penulis: Doktor Berpengalaman.. Dr. Harmy abdul yusuf, Ustaz Syamsul Kamal Abdulllah, Dr, Rosediani Muhammad, Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Penulis: Doktor Berpengalaman.. Dr. Harmy abdul yusuf, Ustaz Syamsul Kamal Abdulllah, Dr, Rosediani Muhammad, Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Statistics

Views

Total Views
746
Views on SlideShare
746
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
3
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2) 5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2) Document Transcript

    • Penetapan Hukum MASALAH HAID 1. Bagaimana sekiranya remaja perempuan berusia 16 tahun masih tidak didatangi haid sedangkan keadaan fizikal menunjukkan tanda-tanda seksual sekunder dan tanda-tanda prahaid setiap bulan? Disarankan berjumpa doktor. Remaja berkenaan mungkin mengalami masalah contohnya imperforate hymen. Doktor akan membuat bukaan pada selaput dara (hymen) bagi mengalirkan darah haid yang terkumpul di dalam faraj (yang menyebabkan kesakitan pada setiap bulan). Selepas bukaan pada selaput dara, darah keluar dan pada masa itu gadis berkenaan dikira mengalami haid dan wajib mengikuti hukum-hukum berkenaan dengan haid. 2. Anak perempuan yang mengalami pendarahan pada kali pertama kurang dari tempoh minimum 24 jam. Hukum: Mazhab Syafii berpendapat untuk anak perempuan yang mengalami haid pertama dan tidak mematuhi syarat tempoh minimum haid selama 24 jam sehari semalam ataupun 24 jam dalam masa 15 hari 15 malam bagi pendarahan yang sedikit dan berpanjangan, pendarahan ini tetap dihukum sebagai istihadah, bukannya haid. 3. Anak perempuan yang mengalami pendarahan pertamanya melebihi 15 hari 15 malam (contohnya: 16 hari). Hukum: Mazhab Syafii berpendapat untuk anak perempuan yang mengalami haid pertama dan tidak mematuhi syarat tempoh maksimum haid, pendarahan yang dikira haid hanyalah satu hari satu malam. Hari yang selebihnya dikira darah istihadah. Ini kerana perempuan itu baru kedatangan haid kali pertama dan belum dapat membezakan ciri dan sifat darah haid. 1 2 14 15 16 17 18 19 hari Haid Istihadah
    • 4. Wanita yang mengalami haid melebihi tempoh maksimum untuk haid seterusnya (bukan pendarahan kali pertama). Hukum penentuan haid untuk wanita yang mempunyai masalah pendarahan adalah mengikut kaedah di bawah: a) Kenal pasti warna dan ciri sifat darah haid.  Darah haid adalah darah kehitaman manakala istihadah adalah merah terang.  Darah pekat dan hangat adalah sifat darah haid yang kuat manakala darah cair adalah sifat darah haid yang lemah.  Darah haid berbau hanyir manakala darah istihadah tidak berbau.  Sekiranya wanita mampu membezakan salah satu daripada 3 ciri ini, maka darah yang mempunyai sifat seperti darah haid dihukum haid dan selebihnya adalah istihadah.  Contoh: o Puan Marina mengalami pendarahan selama 18 hari. o 5 hari pertama: Darah merah kehitaman, pekat dan hanyir. o Hari ke-6 hingga 18: Merah terang, cair, tidak berbau. o Hukum: 5 hari pertama adalah darah haid manakala hari berikutnya adalah darah istihadah. 1 2 3 4 5 14 15 16 17 18 hari Haid Istihadah b) Bagaimana jika wanita tidak dapat membezakan sifat dan ciri-ciri darah haid seperti diatas? Jika dia berkitaran tetap, maka hendaklah dia mengira haid mengikut kebiasaan dia berhaid.  Contoh: o Puan Marina biasanya mengalami haid pada 1 hb setiap bulan selama 7 hari. o Maka haidnya adalah pada 1 ke 7 hb. Selebihnya adalah istihadah. 1 7 14 15 16 17 18 hari Haid: Kebiasaan Istihadah
    • c) Bagaimana jika wanita tidak dapat mengenal pasti sifat darah haid dan kitaran haid wanita tersebut tidak teratur? o Maka hendaklah wanita tersebut mengira haidnya selama 6 atau 7 hari sahaja setiap bulan (berdasarkan hadis berkenaan Hamnah bt. Jahsyin riwayat Imam Tirmizi). 1 7 14 15 16 17 18 hari Haid: Berdalilkan hadis Istihadah 5. Pendarahan berlaku selepas wanita putus haid. Sekiranya SAH wanita tersebut telah putus haid, maka darah tersebut dihukum darah istihadah. Putus haid mengikut kaedah saintifik adalah apabila wanita di usia menopause dan tidak didatangi haid selama setahun ataupun 6 bulan dengan sokongan ujian makmal paras hormon. 6. Masalah yang timbul kerana rawatan ubat-ubatan/penggunaan alat dalam rahim. a) Pendarahan biasa kerana penggunaan pil perancang. o Contoh: Anis, 17 tahun mengalami masalah haid tidak teratur. Dia kemudian menggunakan pil kombinasi hormon sebagai rawatan kepada masalah berkenaan dan selepas 3 minggu mengambil pil, dia mengalami pendarahan selama seminggu. o Adakah pendarahan ketika dibawah pengaruh ubat hormon itu haid? – Ya, kerana masih memenuhi syarat haid. b) Pendarahan berpanjangan secara berterusan ataupun terputus-putus akibat penggunaan alat dalam rahim (IUD: Intrauterine device). o Contoh: Puan Marina, 30 tahun menggunakan IUD dengan tujuan merancang keluarga dan akibatnya mengalami pendarahan sedikit dan berpanjangan selama 30 hari. o Adakah pendarahan disebabkan kesan sampingan alat tersebut dikira haid? o Hukum: Sekiranya pendarahan kurang dari tempoh maksimum haid, maka pendarahan tersebut dikira haid. Sekiranya lebih seperti kes Puan Marina ini, maka rujuk 4.
    • Aplikasi Hukum ke atas Wanita HAID dan NIFAS 1. Hukum SOLAT HARAM mengerjakan sebarang solat. Jika tetap solat? – Maka tidak sah. Jika sempat bersolat satu rakaat solat fardu dalam waktunya dan tiba-tiba didatangi haid? – Maka WAJIB meneruskan solat hingga selesai. Wanita tidak perlu menggantikan solat itu (orang yang mendapat satu rakaat daripada solat maka sesungguhnya dia sudah mendapat solat, direkod oleh Bukhari dan Muslim). Jika haid datang dalam waktu solat fardu dan wanita belum sempat menunaikan solat? – Maka WAJIB menggantikan solat itu. Terdapat 3 masalah: 1) Haid pada AWAL waktu solat fardu. o Sekiranya haid di awal waktu dan wanita mempunyai masa paling minimum (contohnya dia biasa mengambil masa 2 ke 3 minit menyelesaikan rakaat pertama solat), dan dia masih belum bersolat, maka dia perlu menggantikan solat itu. 2) Suci haid pada AKHIR waktu solat fardu. o Apabila wanita itu mendapati dirinya suci daripada haid beberapa minit sebelum tamatnya waktu solat fardu, sedangkan jarak waktu suci dan waktu solat fardu masih memungkinkan dia memperoleh satu rakaat solat, dia perlu menggantikan solat selepas dia selesai mandi wajib. 3) Suci pada PERTENGAHAN waktu solat fardu. o Wanita yang tamat haid dan sempat bersuci pada pertengahan waktu solat fardu, contohnya Asar, maka WAJIB solat fardu Asar tapi TIDAK perlu menggantikan atau menjamak solat fardu sebelumnya iaitu Zohor. 2. Hukum PUASA HARAM. Jika tetap berpuasa? – Maka tidak sah. Berlainan dengan solat, puasa fardu yang ditinggalkan WAJIB diganti kembali. Terdapat 3 masalah boleh berlaku: 1) Haid SEBELUM waktu berbuka. o Sekalipun haid datang beberapa minit sebelum berbuka, puasa tetap tidak sah. o Sekiranya wanita merasakan dia mengalami haid sebelum waktu berbuka, sedangkan apabila dia memeriksa, darah haid masih BELUM mengalir keluar, maka puasa pada masa itu masih lagi SAH. 2) Haid yang SEDIKIT selepas azan subuh. o Puasa tetap TIDAK sah.
    • 3) Haid tamat SEBELUM terbit fajar. o Sekiranya tamat haid sebelum terbit fajar tapi belum sempat mandi wajib, maka boleh berpuasa dan hukumnya puasa SAH. 3. Hukum ibadat HAJI Wanita yang mengalami haid semasa menunaikan haji hanya diHARAMKAN menyempurnakan TAWAF samada tawaf fardu atau sunat. Jika tetap tawaf? – Maka tidak sah. Selepas suci daripada haid? – Maka perlu melakukan tawaf wajib itu. Amalan yang lain? – Boleh dilaksanakan. Masalah yang sering berlaku: 1) Wanita didatangi haid berterusan sehingga ke saat dia perlu pulang ke negara asal padahal dia belum sempat menunaikan tawaf wajib. o Sekiranya wanita ini pergi bersama rombongan sedangkan rombongan sudah mahu pulang, maka keringanan diberikan. Wanita hendaklah bersuci daripada haid (meskipun masih lagi didatangi haid) kemudian menyumbat faraj dengan kain atau kapas kemudian melakukan tawaf fardu. 2) Wanita didatangi haid berterusan sehingga ke saat dia perlu pulang ke negara asal padahal dia belum sempat menunaikan tawaf wida’ (tawaf selamat tinggal). o Tidak perlu meyelesaikan tawaf itu kerana hukum tawaf wida’ hanyalah sunat. 4. Hukum membaca dan memegang al-QURAN Hukum asal menyentuh al-Quran tanpa terjemahan dan membacanya samada menggunakan masyaf ataupun hafalan adalah HARAM. Bagaimana jika membaca di dalam hati? – Dibenarkan. Sekiranya wanita membaca potongan ayat quran dengan niat sebagai doa atau zikir, maka itu diBENARkan, selagi tidak berniat membacanya. Sekiranya wanita terbabit sudah istiqamah membaca quran setiap hari atau ingin mengekalkan hafazan, maka hukum membaca quran adalah HARUS meskipun ketika didatangi haid. Hukum asal haram adalah terpakai kepada mereka yang daripada awal lagi memang tidak lazim membaca quran.
    • 5. Hukum MEMASUKI MASJID Hukum asal wanita berhadas besar memasuki masjid (ruang solat) tanpa sebarang tujuan adalah HARAM. Namun hukum adalah harus sekiranya adanya keperluan. Contoh: Ingin menuntut ilmu, menghadiri kuliah di masjid dll. Pastikan darah tidak menitis serta tidak mengotori masjid. Sekiranya tidak ada tujuan yang munasabah, maka hukum adalah makruh. Contoh: Ingin melihat perkahwinan kawan didalam masjid sedangkan mengalami haid. 6. Hukum BERSETUBUH HARAM (al-Baqarah: 222). Bagaimana jika suami ingin berseronok dengan anggota isteri SELAIN anggota antara pusat dan lutut? – Dibenarkan, tapi hendaklah memakai kain menutupi tempat haid. 7. Hukum PENCERAIAN HARAM (at-Talaq: 1) Bagaimanapun talak tetap JATUH. Waktu haid atau nifas semasa diceraikan tidak diambil kira sebagai permulaan idah. Maka hikmah pengharaman adalah bagi mengelakkan isteri teraniaya kerana wanita yang diceraikan semasa haid atau nifas terpaksa melalui tempoh idah yang lebih panjang jika dibenarkan perceraian berlaku pada waktu itu. RUJUKAN 1. FIKAH PERUBATAN (Dr. Harmy Mohd Yusoff dll) 2. Aplikasi Hukum ke atas Wanita HAID dan NIFAS: Hukum ibadat haji, hukum membaca dan memegang al-Quran, hukum memasuki masjid.