PENULISAN ILMIAH      1.   Pengenalan           Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas ke...
pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian,pengamatan, ataupun peninjauan yang m...
atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b)kertas kajian atau penyelidikan. Penu...
ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasidan Informasi Ilmiah, 1995)      1.   For...
Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnyadigunakan untuk menandakan halaman isi kandunga...
1.Pendahuluan          2.2        Tinjauan Am          2.2        Tinjauan relevan dengan soalan kajian          2.3      ...
1.3   Persoalan Kajian          1.4   Kepentingan Kajian          1.5   Batasan Kajian    2.0   Sorotan Kajian            ...
Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, ataupengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya ber...
Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannyatidak terlalu luas dan juga tidak terlalu semp...
3.   Format Rujukan             Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarairujukan meng...
Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalammenyediakan jadual waktu untuk universiti....
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda               Pengisian.Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Keme...
5.   Rumusan/ Kesimpulan         Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatukaedah dan fo...
5
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc

813 views
649 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
813
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
35
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Edaran3 contohpenulisanilmiah.doc

  1. 1. PENULISAN ILMIAH 1. Pengenalan Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja,projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium,simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal,buku atau majalah ilmiah. Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awalkepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkanhasil penulisan ilmiah yang baik. Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedahmenulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untukkegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalahdiharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan danmembentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti.2.0 Definisi Konsep Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untukmempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepadasesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalampenulisannya (APA, 2001). Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakansatu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana,Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajiansecara kerja kursus maupun penyelidikan. Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakanbahawa karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil5
  2. 2. pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian,pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:1. Penulisannya berdasarkan hasil penelitian;2. Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;3. Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;4. Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan;5. Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca. Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuandalam:1. Masalah yang diteliti,2. Kaedah penelitian,3. Teknik penulisan bahan ilmiah dan4. Penguasaan bahasa yang baik.3.0 Jenis Penulisan Ilmiah Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalahbeberapa contoh: 1.Kerta Kerja Konsep/ Kajian Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatupertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan ataukongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lainseperti pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan5
  3. 3. atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b)kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan idepenulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan.Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatandaripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu denganmenggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertaskajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajiandan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas. 2.Artikel Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanyauntuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orangawam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannyaadalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yangditerbitkan dalam jurnal juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertaskonsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. 3.Kertas Projek, Tesis dan Desertasi Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untukmemperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi.Kertas projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementaratesis disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasidihasilkan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001). 4.Laporan Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan ataugagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis danberisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan5
  4. 4. ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasidan Informasi Ilmiah, 1995) 1. Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikutadalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:4.1 Kertas dan Saiz Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalahdari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4. 1.Jidar/ Margins Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapilebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan. 2.Huruf/ Fonts Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah.Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan.Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidakbercampur-campur. 3.Jarak Antara Baris Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5spacing). 4.Muka surat5
  5. 5. Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnyadigunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutivesummary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya. Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk mukasurat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagianrujukan dan lampiran. 5.Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional HALAMAN JUDUL Halaman Judul Kandungan Senarai Jadual Senarai Singkatan Lampiran BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Tujuan Kajian 1.5 Rasional Kajian 1.6 Soalan Kajian 1.7 Batasan Kajian BAB 2 TINJAUAN LITERATUR5
  6. 6. 1.Pendahuluan 2.2 Tinjauan Am 2.2 Tinjauan relevan dengan soalan kajian 2.3 Rumusan BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Instrumen 3.4 Populasi/Sampelan 3.5 Prosedur Pengumpulan Data - kaedah - kajian rintis 1. Pemerosesan dan Analisis Data 2. Jadual Kerja 3. Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet BIBLIOGRAFI LAMPIRANBerikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian HalamanHalaman Judul iIsi kandungan iiAbstrak iii 1.0 Pengenalan 1 1.1 Matlamat Kajian 1.2 Objektif Kajian5
  7. 7. 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Batasan Kajian 2.0 Sorotan Kajian 4 3.0 Metodologi Kajian 6 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Persampelan 3.3 Instrumentasi 3.4 Prosedur Kajian 3.5 Kaedah Analisis Data 4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 11 4.1 Demografi 4.2 ................. 5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan 20RujukanLampiran5.0 Penggunaan Bahasa Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat sertasesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuahpenulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagimemperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.6.0 Perenggan5
  8. 8. Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, ataupengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dankedudukannya dalam penulisan :6.1 Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka • Pengantar • Menarik minat dan perhatian pembaca • Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan • Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan6.2 Perenggan Penghubung • Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan. • Analisa masalah • Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik6.3 Perenggan Penutup • Merumus dapatan • Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung • Ringkas, padat dan pendek 1. Topik dan Tajuk Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan)perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapahal berikut : 1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas 2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis 3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis 4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi5
  9. 9. Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannyatidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapatdipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramidberbentuk terbalik. Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telahdipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraandalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atausemacam label untuk suatu karangan.Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:a. Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh oranglainb. Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraanc. Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataand. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padate. Tidak mengandungi singkatan atau akronim. 2. Kerangka Penulisan Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun dalamkomposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulissebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yangdisusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedomankepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah inimelibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasanhasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut.Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalampenulisan dengan mudah dan cepat5
  10. 10. 3. Format Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarairujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:(a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)(b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA) Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakanSistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):(i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yangdirujuk, contohnya: Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahunperlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya: Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebihberkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, namakedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya: Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji olehKralj dan Petrovic (1995).(iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih,hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:5
  11. 11. Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalammenyediakan jadual waktu untuk universiti.(v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarangyang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perludigunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya: Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir danHalim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisionalJawa. 4. Bibliografi Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalambentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahanpustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahankepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatupenulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yangdigunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkanbibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasansuatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikankarya ilmiah tersebut. Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:(a) Buku5
  12. 12. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.(b) Artikel dalam bukuSouthworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. School Leadership and Management.Boston: Allyn & Bacon. 73-91.(c) Artikel dalam jurnalHallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.(d) TesisChew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya: DisertasiSarjana Pendidikan.(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkanSalim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk MeningkatkanKecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.11.0 Cadangan Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduanpenulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untukmenyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik danberkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah NegeriJohor 20085
  13. 13. 5. Rumusan/ Kesimpulan Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatukaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sanasini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentangpenulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman keranakaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.RujukanAmerican Psychological Association (2001). Publication Manual of the American Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author.Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC: Gallaudet University.Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi. Jakarta: LIPI.Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor: Penerbitan UTM.5
  14. 14. 5

×