Pengalaman Kena Denda di SekolahBy admin | Published: January 29, 2012                                                    ...
Laporan tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensifdaripada sembilan bahagian, te...
Dalam hal ini, bagi memberi persekitaran yang baik untuk kanak-kanak, Youssoufmencadangkan cara alternatif bagi menggantik...
Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sainsOleh Sabri Ahmad2012/03/29MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Kha...
Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggimenyaksikan peratusan pelajar yan...
Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajarsubjek berkaitan kejurute...
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antaraaktiviti latihan ini termasuklah pemikiran ...
“bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang.Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang...
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH               DAN PROGRAM PENDIDIKAN                                   oleh Azman Kanil...
Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawakepintaran seseorang kanak-kanak b...
Para pendidik telah sedar bahawa konsep pintar cerdas bukanlah merujuk      kepada markah IQ semata-mata tetapi juga melih...
Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah:   a. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaj...
penyelidikan masalah sebenar.Program PengayaanAktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bid...
Komputer dan Kanak-kanak Pontar CerdasGeoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students W...
pada kanak-kanak tadi.RUJUKANGardner, H., 1983. Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intelligence. New York : Basic Books...
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antaraaktiviti latihan ini termasuklah pemikiran ...
“bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer jugaboleh melakukan kerja-kerja yang...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

masalah pembelajaran

3,769 views
3,724 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,769
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
121
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

masalah pembelajaran

  1. 1. Pengalaman Kena Denda di SekolahBy admin | Published: January 29, 2012 Ramai kanak-kanak semasa dialam persekolahan mempunyai pengalaman kena denda di sekolah atau hukuman yangmelibatkan jasmani seperti dirotan, ditengking dan dipukul sama ada di negara ini mahupun disekolah di luar negara. Begitupun, laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan itu hanyaakan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka.Laporan tersebut menyebut, hukuman denda dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberikesan positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mulaberanggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.“Tindak tanduk seperti menengking, memukul dan hukuman denda yang melibatkan fizikal danpsikologi, berakhir dengan kesan kemarahan serta perasaan malu kepada pelajar tersebut,” ujarwakil UNICEF di Malaysia, Youssouf Oomar.Beliau menambah, terlalu sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalanihukuman fizikal di sekolahSebaliknya, apa yang lebih merisaukan pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dankurang bermotivasi untuk berjaya.
  2. 2. Laporan tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensifdaripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak.Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 kerajaan diseluruh dunia termasuk Malaysia.Laporan yang dikeluarkan dua tahun lalu mendedahkan skop yang mengejutkan ke ataskeganasan terhadap kanak-kanak , keluarga, komuniti terhampir mahupun komuniti yang lebihmeluas.Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pengalaman merasai hukuman jasmani oleh individu yangsepatutnya melindungi mereka.Dalam laporan yang sama, sekolah turut direkodkan sebagai kawasan hitam kepada pelajar yangpernah menjalani hukuman jasmani mahupun mereka yang pernah merasai pengalaman dibuli.Laporan tersebut turut memberitahu, kanak-kanak yang diberi hukuman jasmani di sekolahmempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif.“Hukuman jasmani mengikis kepercayaan pelajar terhadap guru dan sekolah mereka. Ia jugaboleh menyebabkan pelajar tersebut menjadi tidak hormat dan mempunyai perasaan marahterhadap pendidik mereka, selain menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang tindak balasterhadap sesuatu perkara.“Kanak-kanak yang mempunyai sikap anti sosial, agresif dan berasa tertekan biasanya akanterbawa-bawa perangai tersebut sehingga mereka dewasa,” jelas Youssouf.Di Malaysia, hukuman jasmani dilihat sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan pelajar yangmempunyai masalah disiplin serta salah laku.Manakala, untuk kesalahan yang lebih serius seperti mencuri, merokok, gangsterisme dan bulimenjadi penyebab mengapa rotan dan pembaris kayu panjang perlu ada dalam bilik darjah dinegara ini.Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan denganhukuman jasmani.UNICEF percaya bahawa hukuman jasmani ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaandan tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisiplin.Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turutmengharamkan cara hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa juakeadaan sekalipun.
  3. 3. Dalam hal ini, bagi memberi persekitaran yang baik untuk kanak-kanak, Youssoufmencadangkan cara alternatif bagi menggantikan hukuman jasmani, sekali gus meningkatkanprestasi pelajar dalam pelajaran dan keperluan psikologi mereka.“Pelajar, pendidik, para guru dan ibu bapa mestilah bersama-sama berkongsi matlamatmenjadikan suasana kelas yang lebih berdisiplin.“Ia secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk memiliki sikap kawalan diri yang tinggi,keyakinan dan sifat hormat menerusi proses pembelajaran yang bukan bersifat keganasan.“Kanak-kanak dengan sendirinya akan membetulkan tidak tanduk mereka sekiranya kitamemberikan satu panduan yang positif.“Dengan sumber yang betul dan pendekatan yang berkesan, pihak sekolah akan dapat jugamencari alternatif terbaik bagi menggantikan hukuman fizikal bagi memastikan generasi yanglebih positif dan lebih berkualiti pada masa hadapan,” katanya
  4. 4. Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sainsOleh Sabri Ahmad2012/03/29MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil matapelajaran sains di peringkat sekolah.Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupunbanyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara majuseperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untukmengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbandingjumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolahtinggi.Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatifdaripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi.Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengancemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti.Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajarberalih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalampeperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti.Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sainslebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebihluas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadannegara.Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlakulambakan graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang merekaikuti.Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiridaripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calonmahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologibagi menjayakan agenda pembangunan negara.Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal
  5. 5. Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggimenyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunansehingga 27 peratus pada 2012.Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripadajangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belumtercapai.Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalambidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulusdengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadigraduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti.Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenagamahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadapmata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialahmembangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaranberkenaan lebih menarik dan menyeronokkan.Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapatperhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakanprogram bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatifdan inovatif.Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian PembelajaranAntarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialahpengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open SourceScience or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan diAmerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakanvideo yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologidi negara ini.Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan,Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dankreatif.
  6. 6. Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajarsubjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan KejuruteraanPertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), ProfDr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanitaagar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’.Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysiamemerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera keranaseperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asasteknologi dan tranformasi ekonomi negara.Penulis ialah Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi MalaysiaPROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDASMemandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yangberlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satuprogram pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan,percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihanberkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.PROGRAM PENGAYAANAktiviti pendedahanMurid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satusudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah.Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , darimana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidangini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlumengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktivitipendedahan.Latihan berkelompok
  7. 7. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antaraaktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projekdan inkuiri-penemuan.Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secarakumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalahsebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintarcerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yangdibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuatlaporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.Program PercepatanIni bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskandengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas,melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentudalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) danmemendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.Program PengelompokanProgram ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas inidikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yangterlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untukmenentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluangkepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebihsempurna.Komputer dan Kanak-kanak Pontar CerdasGeoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted StudentsWork Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhikeperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minatindividu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang mediumyang memberi keselesaan kepada pelajar.o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajaruntuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. WordProcessors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-programkomputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikanpelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakinmembina pelbagai “skills” mereka.o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
  8. 8. “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang.Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telahbersedia untuk menggunakannya.o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasaipenggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmatuntuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran,mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakatluar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui“software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akanlebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologikomputer ini.KesimpulanKanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepadamakhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untukmembentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berhargadalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanyadibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritualamatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintarcerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai keranamasalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat padakebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.http://reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm
  9. 9. KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN oleh Azman Kanil @KonilPENGENALANSatu hari hari semasa menyelia praktikum di dalam sebuah kelas, seorang murid mendekatisaya dan bertanya, “Cikgu, mengapa kanak-kanak tahun satu mesti diajar ABC walaupun sayadah boleh membaca?” Kemudian murid tadi terus duduk di kerusinya setelah menerimaarahan daripada guru di hadapan kelas. Kemudian dia bangun dan bergerak lagi ke tempatrakannya yang lain untuk membantu rakannya mengeja, pergi ke tempat yang lain mengusikrakan dan menjawab soalan guru tanpa diminta. Saya dapat lihat bermacam-macam lagiaktiviti yang dilakukannya sehingga guru pelatih tersebut kelihatan malas untuk melayankerenah murid tadi.Ini satu fenomena yang sering terjadi di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kanak-kanakpintar cerdas. Kadangkala kanak-kanak pintar cerdas boleh mendatangkan gangguan kepadapengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.KONSEPMengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas puladidefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagaikebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi danmanipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikanistilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitumempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat.Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadapsesuatu fenomena yang abstrak.Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalahmereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umumyang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanakpintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yangtinggi.
  10. 10. Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawakepintaran seseorang kanak-kanak boleh dilihat melalui tujuh jenis kebolehan iaitu: 1. Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan sesuatu perkataan; kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing. 2. Kepintaran logikal (matematik). Kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal atau perkara. 3. Kepintaran ruang. Kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual. 4.Kinetik badan. Kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor. 5. Kemahiran muzikal. 6. Kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori auditori. 7.Interaksi sosial (interpersonal skills). 8. Kemahiran memahami dan berkomunikasi dengan orang lain. 9.Hubungan dalaman (intrapersonal). 10. Kemahiran mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain.Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasadalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yanglain.Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana, namun kita amat sukar untuk memberidefinisi kepada maksud pintar cerdas. Sebagai contoh adakah individu berikut bolehdiklasifikasikan sebagai pintar cerdas? o Seorang profesor yang pakar dalam bidang matematik tetapi kehidupan peribadi dan keluarganya kacau bilau. o Seorang ahli muzik yang terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya tetapi menagih dadah. o Seorang yang pakar dalam bidang kewangan tetapi melakukan pecah amanah.
  11. 11. Para pendidik telah sedar bahawa konsep pintar cerdas bukanlah merujuk kepada markah IQ semata-mata tetapi juga melihat kepada tanggungjawab dan perkembangan diri individu.CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDASKanak-kanak pintar cerdas ini boleh dilihat beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dansosialnya. Antara sifat positif yang ada pada kanak-kanak pintar ialah: a. Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat. b. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain. c.Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka juga berminat mengetahui pelbagai hal. d. Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran. e. Mereka boleh memberi sebab, berfikir dengan jelas, mengenali perkaitan dan memahami makna. f. Mereka juga mempunyai sifat kelakar. g. Boleh menggunakan alat-alat, perkataan dan idea dengan cara yang baru. h. Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang tinggi. i. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan tepat. j. Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang baru. k.Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat mereka. l. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik. m. Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta idea orang lain
  12. 12. Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah: a. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja. b. Mahu membuat sesuatu perkara mengikut caranya sendiri. Sekiranya tidak dibenarkan mereka akan mempersoalkan mengapa tidak boleh? c. Kadangkala boleh menjadi seorang pengacau atau yang suka menimbulkan masalah. d. Mereka juga dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat dan mahu menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut. e. Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti yang lain. f. Boleh terlalu bersikap autokratik. g. Kadangkala terlalu inovatif. h. Mereka juga biasanya tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti. i. Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi pengetahuan itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas. j. Mereka juga bersikap terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan yang diterima (tidak menerima kegagalan). k. Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain. l. Boleh menghasilkan kelakar yang boleh “mengena” pada orang dewasa tetapi tidak semua menghargainya. m. Apabila melihat seorang guru yang tidak konsisten dengan arahannya maka dia akan berkata, “Tapi, cikgu selalu kata….”Program PendidikanMemandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripadakanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untukmemenuhi keperluan kanak-kanak ini.Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdasini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan
  13. 13. penyelidikan masalah sebenar.Program PengayaanAktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati.Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkanmaklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah,pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dansebagainya sebagai aktiviti pendedahan.Latihan berkelompok. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak.Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan.Penyelidikan masalah sebenar. Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil.Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti inimenggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula denganpembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan,menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skimpenghayatan yang mantap.Program PercepatanIni bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengancepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebihmuda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagiandaripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran sepertikurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untukmempelajari kurikulum yang lebih tinggiProgram PengelompokanProgram ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalamsatu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan inimemerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas.Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmatipembelajaran yang lebih sempurna.
  14. 14. Komputer dan Kanak-kanak Pontar CerdasGeoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart”telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanakpintar cerdas. Antaranya ialah o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka. o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.KESIMPULANKanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya.Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintarcerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasankanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunanakhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintarcerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalahkemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada
  15. 15. pada kanak-kanak tadi.RUJUKANGardner, H., 1983. Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intelligence. New York : Basic Books.Hasan Hj Mohd Ali, 1996. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publications andDistributors Sdn. Bhd.Hasnah Udin, 1992. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Jones, G., 1990. Personal Computers Help Gifted Students Work Smart. ERIC Digest.Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa, 1989. “Kanak-kanak Pintar Cerdas: Satu Perspektif BersepaduTentang Konsep , Masalah dan Program Pendidikan” dalam Jurnal Pendidikan,Universiti Malaya. ©JPMMPKS, 2004 PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak- kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan. Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar. PROGRAM PENGAYAAN Aktiviti pendedahan Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat- maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan. Latihan berkelompok
  16. 16. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antaraaktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projekdan inkuiri-penemuan.Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secarakumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalahsebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintarcerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yangdibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuatlaporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.Program PercepatanIni bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengancepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebihmuda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripadamasa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikutminat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulumsetahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajarikurikulum yang lebih tinggi.Program PengelompokanProgram ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkandalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Programpengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdasuntuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.Komputer dan Kanak-kanak Pontar CerdasGeoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students WorkSmart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluanbelajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individuuntuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberikeselesaan kepada pelajar.o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untukmembina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapatmemperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitandengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabarminda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka.o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
  17. 17. “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer jugaboleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untukmenggunakannya.o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaankomputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat.Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapatmenggunakan teknologi ini dengan cekap.o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar bolehdidapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletinatau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golonganmasyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.KesimpulanKanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintarandan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-matamalah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kitasekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan ataupenebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinanmasyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.Posted by KHADIJAH ISHAK at 5:29 PMEmail Thishadishak.blogspot.com/2011/04/masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-pintar.html

×