Your SlideShare is downloading. ×
Analisis jurnal   kpt 6044
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Analisis jurnal kpt 6044

414
views

Published on

Analisi Jurnal "KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK".

Analisi Jurnal "KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK".

Published in: Education

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
414
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
31
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 SUBJECT : KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ANALISIS JURNAL "KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK" ________________________________________________________ PREPARED FOR : DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT PREPARED BY : NAMA NOR SA’ADAH BT JAMALUDDIN NO. PELAJAR M20122001392 FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI TARIKH HANTAR : 26 OKTOBER 2013 1
  • 2. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 TAJUK JURNAL : KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK SUMBER JURNAL : JURNAL PENDIDIKAN MALAYSIA 34 (1) (2009) : M/S 155 - 172 DITULIS OLEH : RUBIAH OMAR DAN JAMILAH HJ. AHMAD A) PENDAHULUAN Corak pendidikan berunsur e-pembelajaran telah bermula dari awal tahun 90-an lagi. Institut Teknologi MARA merupakan IPTA pertama yang menawarkan program komunikasi melalui e-pembelajaran. Malah, e-pembelajaran merupakan alternatif dalam dunia pendidikan global yang kini dipraktikkan secara berterusan terutama di Institut Pengajian Tinggi di luar negara. Ini kerana beberapa kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik penyelidik mendapati bahawa kaedah e-pembelajaran boleh dikaitkan dengan peningkatan prestasi akademik para pelajar. Mohd Koharudin (2004) menjelaskan bahawa kebanyakan IPTA awam dan swasta di Malaysia pada masa kini telah menyediakan kemudahan rangkaian komputer dan Internet untuk menggalakkan persekitaran e-pembelajaran bagi kegunaan masyarakat kampus. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) merupakan universiti maya pertama di negara ini yang telah menawarkan pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi e-pembelajaran. Selain itu, Universiti Multimedia di Cyberjaya merupakan antara universiti lain yang membangunkan sistem e-pembelajaran dengan pesat bermula daripada peristiwa Malaysia membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1999. Disamping itu, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) juga sedang giat mempertingkatkan kemudahan rangkaian e-pembelajaran bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2
  • 3. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 Justeru itu, Jurnal bertajuk "Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik" ini mengkaji dan membuat kajian tinjauan berkenaan dengan kesedaran, penilaian dan penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. B) PERSOALAN Di antara persoalan yang ditimbulkan oleh penulis jurnal bertajuk "Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik" ini ialah : 1. Sejauh mana kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia? 2. Apakah penilaian yang dapat dibuat terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik? 3. Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia? C) KAEDAH Bagi memastikan hasil dapatan bersesuaian dengan persoalan yang ditimbulkan, maka kaedah yang digunakan bagi memperolehi hasil dapatan adalah sangat penting dan ia turut memberi kesan kepada kesimpulan yang akan dikeluarkan. Berdasarkan jurnal ini, kajian berbentuk tinjauan deskriptif digunakan dengan tujuan untuk memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden kajian ini terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebanyak 165 borang soal selidik diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian dan hanya 119 borang soal selidik yang telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian. Analisis kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah program SPSS (Statistical package 3
  • 4. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 for social sciences) dengan perisian SPSS versi 14.0. Seterusnya, semua data yang diperoleh ditukarkan kepada kod - kod tertentu yang akan mewakili pembolehubah dan data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. D) DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian yang akan dijelaskan disini meragkumi tiga aspek daripada persoalan kajian yang ditimbulkan oleh penulis iaitu kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran ; penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik ; penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. 1) KESEDARAN TERHADAP KONSEP e-PEMBELAJARAN DALAM SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut Rubiah dan Jamilah (2009), antara lima konsep e-pembelajaran di USM yang telah diberikan perhatian iaitu : 1) e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar. 2) e-pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT. 3) e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. 4) e-pembelajaran dikendalikan menerusi penggunaan komputer dan Internet. 5) e-pembelajaran membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah, tanpa batasan jarak dan boleh melibatkan lebih ramai pelajar. Berdasarkan kepada kelima - lima konsep e-pembelajaran yang diketengahkan, tahap kefahaman responden terhadap konsep yang kedua; e-pembelajaran adalah salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT, memperolehi peratusan tertinggi yang membuktikan bahawa ahli akademik telah menyedari bahawa konsep e-pembelajaran yang mana ICT 4
  • 5. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli akademik melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru. Namun begitu, kajian menunjukkan majoriti responden tidak bersetuju dengan konsep epembelajaran yang ketiga iaitu e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini terjadi mungkin disebabkan terdapat sebahagian ahli akademik yang masih ragu - ragu untuk menerima e-pembelajaran dengan sepenuhnya. Selain itu, ketidakcukupan maklumat, fasiliti yang kurang baik dan kekurangan pengetahuan bagi mengaplikasikan e-pembelajaran mungkin merupakan beberapa masalah lain yang menyokong kepada hasil dapatan ini. Secara keseluruhannya, hasil dapatan mendapati tahap kefahaman responden terhadap kelima - lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi. Hal ini membuktikan majoriti ahli akademik USM memahami dan menyedari peri pentingnya konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. 2) PENILAIAN KEFAHAMAN TERHADAP TERHADAP HUBUNGAN YANG e-PEMBELAJARAN SIGNIFIKAN DENGAN ANTARA KESEDIAAN PEMBELAJARAN ARAHAN KENDIRI DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK. Rubiah dan Jamilah Hj Ahmad (2009) menjelaskan, berdasarkan kajian yang dilakukan ahli akademik di USM mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara bersendirian dan pada masa yang sama mereka merasa selesa dalam persekitaran pembelajaran berstruktur mengikut pilihan mereka. Ia disebabkan oleh taraf pendidikan dan kerjaya sebagai seorang ahli akademik yang menuntut mereka untuk bijak menentukan kaedah dan persekitaran pembelajaran agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada pelajar. Selain itu, pemboehubah kefahaman tentang e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran kendiri mempunyai hubungan yang sederhana kerana terdapatnya faktor - faktor lain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman responden. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada perlaksanaan e-pembelajaran terutamanya faktor mempunyai 5
  • 6. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 kemudahan komputer dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja. Ahli akademik turut mempengaruhi dan menggalakkan pelajar bermotivasi ketika pembelajaran, seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran. 3) PENERIMAAN PENGGUNAAN e-PEMBELAJARAN DALAM MEMBANTU PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN. Menurut Rubiah dan Jamilah (2009), empat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ahli akademik ialah: i. Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah ii. Memuatnaikkan nota - nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa iii. Mengikuti latihan - latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM iv. Menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dengan tanggungjawab yang pertama dan keempat yang telah disenaraikan diatas ; tanggungjawab menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah dan tanggungjawab menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran. Melalui hasil kajian ini, ia membuktikan bahawa ahli akademik USM telah menerima sistem e-pembelajaran dalam pengajaran mereka. Malah, penglibatan terhadap perlaksanaan sesuatu kaedah pembelajaran yang baru seperti e-pembelajaran turut bergantung kepada individu itu sendiri yang mana ia merujuk kepada insiatif dan motivasi individu untuk belajar. Oleh hal yang demikian, pusat pengajian melalui jabatan atau panel pengajian, bertanggungjawab menyediakan isi kandungan bahan pembelajaran manakala pemantauan tentang perlaksanaan ini perlu dikawal selia dan sentiasa dipantau oleh pengurusan akademik. Bagi tanggungjawab memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa dan tanggungjawab mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan epembelajaran di USM, dapatan menunjukkan jumlah min berada pada tahap sederhana. Hal ini disebabkan oleh ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab yang perlu dilakukan merupakan satu tugas tambahan atau beban yang mengganggu rutin harian mereka 6
  • 7. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 terutamanya dalam mengikuti latihan yang disediakan. Seterusnya, berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalam kalangan ahli akademik terhadap penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran adalah positif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi sangat mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran berdasarkan jumlah responden sangat bersetuju paling tinggi. Hal ini membuktikan bahawa ahli akademik telah disediakan alatan yang mencukupi bagi melaksanakan e-pembelajaran dan alasan tidak mempunyai komputer sudah tidak boleh diterima pakai lagi. Walaubagaimanapun, faktor mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran serta sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT berada pada tahap sederhana. Penerimaan sistem e-pembelajaran tidak memadai dengan hanya mempunyai kemudahan komputer peribadi sahaja akan tetapi ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai ICT. Ini kerana, konsep sistem e-pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam sistem pembelajaran dan perlaksanaan e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepada alat-alat teknologi baru seperti komputer. Malah perlaksanaannya juga memerlukan kemahiran dalam bidang ICT. Selain itu, proses e-pembelajaran akan lebih memberi kesan yang positif sekiranya diaplikasikan dalam bentuk latihan dalam talian. Ini membuktikan bahawa adalah sangat penting bagi ahli akademik untuk mengikuti latihan dan meluangkan masa mereka mempelajari bidang ICT jika mereka ingin maju dalam era teknologi. E) KESIMPULAN Kesimpulannya, dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa walaupun masih ada sesetengah responden tidak menyokong konsep - konsep e-pembelajaran yang dinyatakan tetapi ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran 7
  • 8. ANALISIS JURNAL - KPT 6044 dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan terdapat faktor - faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula, didapati ahli akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. 8