Your SlideShare is downloading. ×
Model assure
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Model assure

4,019
views

Published on


0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,019
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
310
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) LAMPIRAN 2 PEMARKAHAN 1. BAHAN PP 2. ESEI 3. FORUM JUMLAH RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS EDU 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 TAJUK PORTFOLIO KUMPULAN TAWAU02 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON RUSINAH BINTI ANAS D20112054279 0138675172NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD NIZAM BIN NASRIFANTARIKH SERAH: 12 MEI 2012 1
  • 2. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )Kandungan HalamanPengenalan 3&4Model ASSURE 4-7Contoh pelaksanaan Model ASSURE dalam P&P 7 - 11Rumusan 11 - 12Rujukan 12 2
  • 3. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )Pengenalan Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapatmencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas merekadengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yanghendak dibuat dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya. Daya penarik,pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakanpengganti kepada perancangan yang berterusan dan berkesan.(Prenh, 1980) Menurut Hunter (1987), mengajar perkarapperkara yang tidak berguna secara baik ataumengajar perkara-perkara yang buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. Dengan itu,pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah penting kepada seorang guru bagimemastikan keberkesanan pengajaran yang dirancang dan disampaikan. Terdapat beberapareka bentuk pengajaran yang boleh digunakan oleh para guru. Apakah reka bentukpengajaran? Menurut Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu prosessistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey(1986), pula mendifinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasipengajaran dengan terperinci untuk pengembagan, penilaian dan penyelenggaraan suatukeadaan yang memudahkan pembelajaran. Justeru itu, walaupun terdapat banyak model reka bentuk pengajaran, tetapikeseluruhannya, harus mengambil enam perkara asas yang merangkumi seluruh prosespengajaran, iaitu, menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat dan objektif, membinaprosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistempengajaran dan menilai keseluruhan sistem.Gustafon (1991), telah membahagikan model-model tersebut kepada 3 tumpuan iaitu; ModelBerorentasikan Bilik Darjah, Model Berorentasikan Prodak dan Model Berorentasikan Sistem.Model ASSURE merupakan satu contoh reka bentuk pengajaran yang berorentasikan bilikdarjah kerana ia merupakan model reka bentuk yang berskala kecil yang tertumpu kepadaperancangan bagi satu masa pengajaran.Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untukmenghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989),pengajaran yangberkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yangdiharapkan. Pelajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar. Oleh yang demikian, dapatlahdisimpulkan bahawa, pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan membantumewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar,sekaligus membantu membina disiplin yang positif di kalangan murid atau pelajar juga pengajar. 3
  • 4. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancer, menarik serta tidakmembazir masa juga teratur sepanjang proses P&P berlangsung.Model ASSURE Model ASSURE digubal pada tahun 1982 oleh Heinich dan rakan-rakannya. Model inimerupakan model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancangpenggunaan media dalam proses pengajaran secara sistematik. Model ini lebih berfokuskepada perancangan pengajaran dalam bilik darjah. Perancangan pengajaran yang dirancangdengan teliti dan lengkap dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan.Terdapat enam langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE iaitu;A – analyse learner (Analisis murid)S – State objective ( Nyatakan objektif )S – Select method, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan )U – Utilise media and materials ( Guna media dan bahan )R – Require learner participation ( Penglibatan murid )E – Evaluate and revise ( Nilai dan semak )Analyse learner ( Analisis murid ) Menganalisis murid atau pelajar atau pelanggan dalam di dalam bilik darjah merupakanlangkah pertama dalam model ASSURE. Di dalam langkah ini, terdapat tiga ciri utama yangdianggap kritikal dan perlu diambil perhatian iaitu, ciri-ciri umum perwatakan murid,pengetahuan sedia ada murid serta gaya pembelajaran mereka. Dalam proses menganalisis pelajar, seseorang guru perlu mengetahui latar belakang,tahap sosio-ekonomi, umur, jantina, bakat, budaya dan gaya pembelajaran pelajar. Ini bertujuanuntuk memudahkan seseorang guru menyesuaikan isi kandungan pelajaran dan media dengantahap kebolehan dan keyakinan pelajar. Pemerhatian sedemikian rupa boleh diperolehi semasasuai kenal, sesi pengajaran dan pembelajaran juga melalui borang data. Bagi membantu keberkesanan pengajaran, pengetahuan sedia ada murid juga pentinguntuk diambil kira. Dalam sesebuah bilik darjah, pengalaman dan pengetahuan murid adalahberbeza. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu mengetahui tahap pengetahuan sedia adamurid terlebih dahulu sebelum memulakan topic pengajaran yang dirancang. Bagaimanapun,sekiranya analisis mendapati murid-murid telah menguasai kemahiran dan pengetahuan 4
  • 5. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )berkenaan, maka guru boleh menukar method kepada pembelajaran yang member penekananindividu serta menyediakan instruksional kendiri yang membolehkan murid memenuhikemampuan masing-masing. Manakala gaya pembelajaran merupakan kluster trait psikologi yang menerangkanbagaimana seseorang itu menanggapi sesuatu, berinteraksi serta memeberi respon kepadapersekitaran pembelajaran yang disediakan oleh guru. Ia merujuk kepada cara yang palingsesuai dan berkesan untuk seseorang menguasai pelajaran. Gaya pembelajaran individu dapatmempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi.Sesuatu perancangan pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikansesuatu pembelajaran lebih berkesan dan berkualiti.State objectives ( Nyatakan objektif ) Langkah kedua model ini , merupakan satu tahap penekanan kepada ilmu pengetahuanatau kemahiran atau sikap baru yang akan atau perlu dikuasai oleh murid pada akhirpembelajaran. Pernyataan objektif haruslah berfokus, jelas dan spesifik. Misalnya, ‘pada akhirpelajaran, murid dapat membina 5 ayat penyata dengan menggunakan perkataan yang diberi.Objektif-objektif yang jelas dapat memastikan adakah pencapaian murid mencapai kehendakatau menepati ilmu pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari.Select method, media dan materials ( Pilih kedah, media dan bahan ) Terdapat tiga langkah penting dalam pemilihan bahan yang perlu dijalankan. Pertama,pilih kaedah yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada murid, gayapembelajaran serta objektif pembelajaran. Kedua ialah format media. Pemilihan format mediainstruksional bergantung kepada objektif dan cara yang difikir paling berkesan dapatmenyampaikan isi kandungan pelajaran. Format media instruksional ini adalah merujuk kepadaalat yang digandingkan untuk menampilkan imej atau mesej. Misalnya, set computer multimediayang boleh menampilkan imej, grafik, teks, audio, dan video, televisyen, papan tulis, alat audioseperti radio. Ketiga, memilih bahan sedia ada atau mengubah suai bahan yang sedia ada ataumereka bentuk bahan yang baru. Ketiga-tiga tindakan ini haruslah merujuk kepada kesesuaianobjektif dan kesesuaian perancangan pembelajaran yang dirancang serta memenuhi semuakehendak kurikulum dan tidak membebankan mana-mana pihak. 5
  • 6. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )Utilise media and materials ( Guna media dan bahan ) Pada peringkat ini, merupakan aras yang memerlukan penyediaan bahan yangsempurna dan harus berakhir dengan penggunaan yang sempurna dan berkesan semasaproses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan sesuatu media dan bahan haruslahmember manfaat kepada guru dan murid. Heinich (2005) mencadangkan lima langkahpenggunaan media instruksional yang berkesan iaitu; 1. Pratonton bahan : guru perlu melihat dan menilai terlebih dahulu media atau bahan yang hendak digunakan sebelum dipertontonkan kepada murid bagi memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan isi kandungan pembelajaran, bersesuaian dengan budaya, kepercayaan, serta mempunyai nilai-nilai yang positif. 2. Sediakan bahan : sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang berkaitan berada dalam keadaan yang sedia untuk digunakan, serta tersusun penggunaannya. 3. Sediakan persekitaran pembelajaran : penyediaan bahan yang dipilih perlu disesuaikan dengan persekitaran ruang pembelajaran yang dirancang, boleh dilihat, guru dan murid dan murid boleh melihat antara satu sama lain. 4. Sediakan murid : ada murid atau penonton yang menonton kerana berminat atau sediakan set induksi yang boleh menarik perhatian semua lapisan murid agar p&p dapat dijalankan tanpa gangguan atau mengikut apa yang telah dirancang. 5. Sediakan pengalaman pembelajaran : sekiranya guru perlu sebagai pemuda cara dan murid adalah pengguna bahan yang dirancang, maka guru perlu bertindak professional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dan isi kandungan bagi membantu murid menimba pengalaman pembelajaran.Require learner participation ( Penglibatan Murid) Penglibatan murid merupakah suatu suasana pembelajaran yang memerlukanpenglibatan murid atau pelajaran secara aktif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku yangdiharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai contohnya penggunaan gambar,gambar bersiri, video dan animasi akan dapat mencetuskan perbincangan kumpulan,penjanaan idea dan penglibatan aktif murid. Selain daripada itu, teknik membuat latihan, latihtubi, kuiz juga simulasi adalah salah satu teknik menarik yang boleh meanarik minat semuamurid untuk turuf bergiat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. 6
  • 7. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )Evaluate and revise ( Melakukan penilaian dan pengubahsuaian ) Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula. Proses iniberlaku berterusan semenjak awal perancangan, semasa pelaksanaan dan akhir prosesinstruksional. Penilaian dan pengubahsuaian sangatlah penting agar proses pengajarantersebut berkesan. Refleksi akhir pengajaran sangat perlu bagi mendapatkan respon hasilpembelajaran tercapai atau tidak. Ia adalah bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dankelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang berkesan atau tidakagar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang.Contoh pelaksanaan model ASSURE dalam pengajaranTajuk : Ke Puncak Jaya 1(a)Kelas : Tahun 5Masa : 60 minitObjektif : Di akhir pelajaran ini, murid dapat; 1. Membina ayat ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan diksi yangsesuai. Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan 1. Tunjuk gambar (rujuk buku teks Bahasa Media :Set Induksi Mentafsir gambar Melayu Tahun 5 m/s 86) Buku teks(5 minit ) . berdasarkan 2. Teliti dan fahami aktiviti dalam gambar Pengtahuan gambar dan buat soal jawab seketika; minta dua sedia ada aktiviti mendaki orang murid menceritakan pengalaman murid; gunung masing- masing semasa mendaki Pernah gunung atau bukit bersama rombongan mengikuti atau bersama rakan- rakan atau semasa aktiviti jungle tracking yang dianjurkan oleh unit perkhemahan beruniform sekolah. unitberuniform (ada aktiviti 7
  • 8. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alat Bantu Mengajar pengembaraan dan mendaki bukit) Berbincang dan 1. Bentuk dua kumpulan murid. Edarkan Media :Langkah 1 menyenaraikan diksi kad manila dan pen marker. Beri Buku teks(10 minit ) yang bersesuaian tugasan kepada setiap kumpulan; dengan gambar Bahan : Gambar A untuk kumpulan 1 Kad manila . Berdasarkan aktiviti mendaki Pen marker gambar aktiviti mendaki Gambar B untuk kumpulan 2 gunung/bukit dan mengembara Objektif : mengembara Murid dapat murid 2. Berdasarkan gambar dan cerita menyenaraikan pengalaman rakan, minta murid sekurang- menyenaraikan seberapa banyak diksi kurangnya 5 yang bersesuaian dengan aktiviti yang diksi yang dipaparkan. berkaitan dengan aktiviti Contoh : Gambar 1 mendaki atau mendaki, berani, letih, mengembara Gambar 2 Mengharung, meredah Media :Langkah 2 Pembentangan 1. Ahli kumpulan membentang hasil Hasil kerja(10 minit ) kumpulan dapatan kumpulan kumpulan 8
  • 9. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Membina 5 ayat 1. Berdasarkan hasil perbincangan, Bahan :Langkah 3 contoh kumpulan diminta membina ayat hasil kerja(20 minit ) menggunakan 3 atau dengan menggunakan diksi yang kumpulan lebih diksi yang diperoleh bagi mengungkap cerita dipilih oleh kumpulan disebalik gambar kumpulan masing- Kad manila masing-masing masing. Pen marker 2. Pembentangan kumpulan Objektif: Murid dapat membina sekurang- kurangnya 5 ayat dengan menggunakan diksi yang sesuai bagi mengungkapkan cerita di sebalik gambar. Bahan :Penutup Membina ayat sendiri 1. Murid diminta membina lima ayat bagi Buku kerja(15 minit ) berdasarkan gambar setiap gambar dengan menggunakan murid dengan diksi yang dipilih menggunakan diksi Objektif: yang dipilih Gambar A lima ayat Murid dapat membina 10 Gambar B lima ayat ayat dengan menggunakan diksi yang sesuai bagi mengungkapkan cerita di sebalik 9
  • 10. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) gambar. Refleksi : …..murid boleh membina ayat…. …..murid tidak dapat membina ayat… Tindakan susulan: Jika perlu berdasarkan refleksi Pada peringkat analisis pelajar, terlebih dahulu guru telah mengetahui dan mengenalpasti semua murid yang hendak diajar sama ada lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, rajinatau malas, pandai atau tidak telah merasai sendiri situasi pengembaraan dan pendakiansemasa aktiviti perkhemahan unit beruniform sekolah dijalankan. Oleh itu, adalah mudah bagiguru merancang kesesuaian objektif, media dan bahan yang hendak atau boleh digunakan,cara penggunaan bahan (TV/video/komputer) oleh murid. Keberangkalian penglibatan aktifmurid dan nilai yang akan diperolehi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaranberlangsung adalah sangat memuaskan. Berdasarkan rancangan pengajaran di atas, langkah-langkah pelaksanaan modelASSURE sepenuhnya berfungsi pada semua peringkat seperti; 1. Dalam set induksi (pemilihan bahan, pengetahuan sedia ada murid) Media yang digunakan ialah gambar yang telah disediakan pada muka surat buku berkenaan. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video berkaitan 10
  • 11. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) dengan mendaki gunung ataupun pengembaran atau mungkin melalui tayangan discovery chanel. 2. Langkah 1 (objektif, pemilihan bahan, dan penglibatan murid ) Dalam langkah 1, selaian mentafsir gambar, murid-murid juga boleh menyenaraikan diksi (berdasarkan objektif P&P) melalui tayangan yang ditonton tadi. Dalam langkah ini juga, murid tidak akan teragak-agak mengemukakan pendapat kerana pengalaman mereka dan tayangan yang ditonton saling berkaitan. Oleh itu, penglibatan aktif murid dapat dilihat dan dinilai pada peringkat ini. 3. Langkah 2 (objektif, penglibatan murid, penilaian) Berdasarkan hasil dapatan kumpulan, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana keberkesanan media dan bahan yang digunakan. Sekiranya murid menguasai sepenuhnya objektif yang hendak dicapai, maka penambahan baikan mungkin tidak diperlukan diperingkat ini (bergantung kepada tahap sosio-pembelajaran murid yang berikutnya) atau sebelumnya. Jika sebaliknya, maka tindakan susulan perlu diambil sebagai langkah kepada keberkesanan sesi pengajaran pada hari berikutnya. 4. Langkah 3 (objektif, pemilihan bahan, penglibatan murid, penggunaan bahan) Pada peringkat ini, murid digalakkan bercerita dengan menggunakan ayat sendiri berdasarkan diksi yang disediakan oleh kumpulan masing-masing. Ahli kumpulan juga digalakan menghidupkan sendiri media yang digunakan dengan mod mute dan menceritakan tayangan yang sedang ditonton dengan menggunakan diksi yang sesuai dan bahasa sendiri. Objektif yang hendak dicapai dalam langkah ini ialah boleh mengungkapkan isi bahan dengan menggunakan bahasa sendiri dan pemilihan diksi yang sesuai. 5. Langkah 4 atau penutup (objektif, penglibatan murid, keberkesanan pemilihan bahan penggunaan media atau bahan dan nilai) Bagi mengetahui objektif pembelajaran tercapai dan penggunaan bahan berkesan,murid akan diberikan tugasan peneguhan seperti, mengarang cerita pendek berkaitan aktiviti mendaki, atau aktiviti pengembaraan, atau membina ayat berkaitan aktiviti yang ditayangkan atau dibincangkan dengan menggunakan diksi yang sesuai. Selain itu, aktiviti menjawap soalan juga boleh dilakukan oleh murid melalui word yang telah sedia diset oleh guru jika sekolah yang berkenaan menyokong media dan bahan yang diperlukan serta murid-murid sudah mempunyai kemahiran menggunakan computer. 11
  • 12. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )Rumusan Model reka bentuk ASSURE merupakan satu model pengajaran yang mempunyaibanyak kebaikan kepada guru dalam perancang pengajaran dan pembelajaran. Sebelummemulakan sesi pengajaran, terlebih dahulu guru telah bersedia dengan keberadaan murid-murid yang dihadapinya. Langkah-langkah yang diperkenalkan dalam model ASSURE secaralansung membantu guru merancang strategi pengajaran berdasarkan tahap keupayaan dankesediaan murid. Penggunaan sumber yang menarik, terancang dan berkualiti pasti tidak akanmembosankan murid. Hasil daripada itu, kesan positif yang diperoleh daripada aktivitipembelajaran akan dapat diaplikasikan oleh murid dalam proses P&P yang mendatang.RujukanProf Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2011). HBEF Prinsip Teknologi Pengajaran. Hak cipta Open Universiti Malaysia (OUM)Modul Pengajaran KPD3016 & KPD3026 (2011). Pengajaran, Teknologi & Pentaksiran (Jilid 2), PPL Universiti Pendidikan Sultan Idris . Tanjong Malim Perakhttp://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure-pdfhttp://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.phphttp://www.itc.utk.edu/”bobannon/writing_objektives.html 12

×