Your SlideShare is downloading. ×
Tekno pdf
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Tekno pdf

2,033
views

Published on


0 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,033
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
106
Comments
0
Likes
8
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 11.0 PENGENALANDalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internetmerupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebookmerupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologiyang semakin canggih. Memandangkan kesan penggunaan facebook telah memberi satufenomena dan memberikan impak yang besar kepada penggunanya, jadi banyak kajian telahdilakukan. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris,2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruhdunia. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beglama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahlipolitik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celikIT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsipendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yangdiselitkan dengan politik. (The Malaysiainsider, 2010). Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati ramai pelajar menggunakanfacebook untuk tujuan sosial. Namun demikian, pada masa yang sama mereka jugamenggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam penulisan inipenulis cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan danpengajaran dan pembelajaran alaf ke-21.2.0 TEORI PEMBELAJARANTeori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukumpembelajaran yang dihasilkan melalui kajian saintifik.Kepentingan teori pembelajaran: 1) Menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku. 2) Asas pembentukan strategi pengajaran.
  • 2. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 2TEORI BEHAVIORISMETeori pembelajaran behavioris adalah teori yang melihat perubahan tingkah laku yang dapatdiperhatikan sebagai hasil daripada pengalaman manusia. Tumpuan teori ini ialah kepadabagaimana perlakuan baru diperolehi, bukannya kepada bagaimana pengetahuan barudipelajari. Pelopor – pelopor bagi teori ini ialah Ivan Pavlov (1849-1936), Thorndike E. L.(1874-1949), Watson J. B. (1878-1958), Guthrie E. R. (1886-1959), Skinner, B.F. (1904-1990dan John B. Watson.Jenis pembelajaran mengikut Teori Behaviorisme :1. Pelaziman Klasik • Pembelajaran merupakan tindak balas manusia secara psikologi dan emosi tehadap persekitarannya. • Tindak balas dibentuk melalui proses pelaziman suatu rangsangan tidak terlazim dengan tindak balas tak terlazim menjadi rangsangan dan tindak balas terlazim. • Teori ini juga digunakan untuk menjelaskan pembelajaran emosi (Watson).2. Pelaziman Operan: • Mengikut Thorndike pembelajaran berlaku melalui proses cuba jaya dalam membuat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas. • Menjelaskan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang terhasil daripada kesan tingkah laku. • Memperkenalkan tiga hukum pembelajaran: a) Hukum kesediaan: Pelajar perlu mempunyai persiapan dalam dirinya untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan. b) Hukum latihan: Ikatan rangsangan – gerak balas menjadi kukuh melalui latihan yang berulang-ulang. c) Hukum kesan: Kesan yang memuaskan menjadi motivasi untuk pelajar meneruskan tingkah laku yang dikehendaki dan mengukuhkannya. • Mengikut Skinner, pembelajaran berlaku secara pelaziman operan melalui penggunaan peneguhan. • Sesuatu perlakuan/ kemahiran yang hendak dipelajari perlu dibentuk secara berperingkat-peringkat menggunakan unsur peneguhan.
  • 3. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 3BEHAVIORISME • Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. • Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran • atau hukuman. • Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang • boleh diukur atau diperhatikan. • Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid • dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan merekatertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yangmelibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan polaperlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itudilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberiganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, makakita menghukum atau menghentikan ganjarannya.Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner(2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akanmenulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran.Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakahperubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru hanyamengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuanyang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepadaapa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid.Implikasi amalan ini ke atas pembelajaran : Pedagogi yang biasa diamalkan ialah kaedah pemusatan guru dan pelajar menerima maklumat secara pasif. Hasil pembelajaran yang dikehendaki mesti dinyatakan secara eksplisit.
  • 4. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 4 Pelajar perlu mempunyai kesediaan pembelajaran. Bagi memantapkan maklumat yang diterima pelajar perlu diberi latihan yang berulang dan menyediakan kesan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan. Peneguhan (reinforcemen) sama ada bersifat positif atau negatif digunakan bagi mengekalkan tingkah laku yang diingini atau menghapuskan tingkah laku yang tidak diperlukan. Pilih penggunaan peneguhan yang sesuai untuk mencapai hasrat yang dijangkakan. Pelajar perlu digalakkan membuat perbandingan bagi membolehkan pelajar membuat generalisasi dan diskriminasi. Perlunya guru memberikan maklum balas yang jelas dan informatif mengenai hasil kerja pelajar. Guru perlu membentuk tingkah laku pelajar yang dikehendaki. Guru perlu memberi “cues” kepada tingkah laku yang dikehendaki.TEORI KOGNITIVISMESetiap manusia mempunyai kebolehan kognitif – mengelola, menyimpan dan mengeluarkansemula segala pengalamannya. Oleh itu, aktiviti pembelajaran mestilah melibatkan aktivitipemerolehan dan pengelolaan pengetahuan/pengalaman yang diperolehi. Pembelajaranadalah perubahan struktur mental seseorang yang membolehkannya menunjukkanperubahan dalam tingkah lakunya. Fokus teori ini mengenai pembelajaran adalah kepadaperubahan dalaman proses mental yang digunakan oleh individu untuk memaknakandunianya. Penjelasan tentang peranan mental dalam proses pembelajaran dibuat secarainferen. Golongan pelopor bagi teori ini adalah Gestalt Psychology, John Piaget, CognitiveDevelopment Stages, Bruner, Jerome, Discovery Learning, Suchman, Richard, InquiryMethod, Ausubel, David dan Expository Teaching.Implikasi Terhadap Pengajaran: Uruskan pembelajaran secara bentuk (patterns), bukan bahagian-bahagian (parts). Berikan satu overview kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk berkenaan.
  • 5. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 5 Masalah yang mempunyai ciri, unsur dan struktur yang sama diselesaikan dengan kaedah yang sama. Tidak berminat dengan pengajaran secara langkah demi langkah, latih tubi, atau penerangan arbitrari oleh guru.Cara guru membantu pelajar memperolehi celik akal. Melatih pelajar melihat secara keseluruhan sebelum memahami secara terperinci. Menegaskan pembelajaran integratif. Melatih pelajar mengamati sesuatu secara jelas dan objektif. Merangsang pemikiran pelajar dalam proses pembelajaran. Menekankan hipotesis dalam pembelajaran – membantu pelajar menyelesaikan masalah mengikut tatacara yang betul. Menjelaskan pembelajaran yang hendak dicapai.KOGNITIVISME • Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. • Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai.Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialahsecara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utamaKognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakilimelalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimanadata dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat inisecocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalamskema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolakatau diubah suai atau skema akan diubah suai.
  • 6. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 6TEORI KONSTRUKTIVISMEMenurut Vygotsky, teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial.Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentukidea orang lain. Mengikut Funderstanding Group (1998), konstruktivism;“.. Is a philosophy of learning founded in the premise that, by reflecting on ourexperiences, we construct our own understanding of the world we live in.”Ciri-ciri “constructivist learning environment”. • Menyediakan pembelajaran yang menggambarkan kerencaman dunia sebenar. • Menekankan pembinaan pengetahuan. • Menekankan tugasan yang autentik dalam konteks yang bermakna. • Menekankan pembelajaran yang berasaskan kes dan bukannya kepada bentuk pengajaran yang telah ditetapkan. • Menyediakan pelbagai bentuk realiti. • Menggalakkan pemikiran reflektif berdasarkan pengalaman. • Menyediakan peluang pembinaan pengetahuan baru berdasarkan konteks dan kandungan pelajaran. • Menyokong pembinaan pengetahuan secara kolaboratif.KONSTRUKTIVISME • Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentangcara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuandibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif
  • 7. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 7sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarangmaklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan barudalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGIPedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru menyediakanpeluang-peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentukkemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau(old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan. Menggunakan pemprosesan atas-bawah, dimana pelajar bermula denganmasalah atau tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dankemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untukmenyempurnakan tugasan berkenaan.1. Pemprosesan Atas-Bawah• Mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Contohnya, menulis karangan dahulu sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca. Dalam proses ini, kemahiran asas secara beransur-ansur diterapkan menjadi kemahiran kompleks.2. Pembelajaran Koperatif: • Berasaskan pendapat bahawa pelajar lebih mudah mempelajari dan memahami konsep yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk membincangkannya dengan orang lain.3. Generative Learning• Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara mental maklumat-maklumat baru.4. Pembelajaran Discovery:
  • 8. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 8• Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dengan prinsip dan konsep. Guru pula menggalakkan pelajar untuk mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen yang akan membolehkan mereka menemui prinsip.3.0 PENDIDIKAN ABAD KE-21 Globalisasi dalam pendidikan bermaksud merentas sempadan dan media denganpenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebarang bentuk ilmu dan maklumatyang diperoleh tidak terhad di bangku sekolah sahaja tetapi boleh berlaku melalui internet.Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan atau GATS (General Agreement on Trade andService:1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju bersetuju untukmenghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang untukpertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan serta pengiktirafan sijil-sijil darisemua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan di antara anggota-anggota.Berdasarkan kenyataan setiausaha Agung Universiti komanwel iaitu Profesor MicahelGibbons, globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yangtelah berlaku lama dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan danpelaksanaan pengajaran berkualiti. Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran danpembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian. Merujuk kepada pelaksanaan pendidikan di Finland yang merupakan tempat ketigadunia dalam penilaian global, usaha Kementerian Pelajaran untuk memperkasakanpendidikan vokasional telah mengambil sistem pendidikan Finland sebagai rujukan.Umumnya, sistem pendidikan vokasional di Finland bersifat disentralisasi. Pendekatanterhadap pendidikan umum juga berbeza yang mana hanya satu peperiksaan awam iaitupada peringkat akhir menengah atas. Sistem pendidikannya juga tidak menetapkan saizkelas kecuali untuk pelajar berkeperluan khas. Finnish National Board Of Education (FNBE)merupakan satu badan yang menentukan kerangka kurikulum yang akan dilaksanakan diseluruh negara. Guru yang ditugaskan mengajar akan menentukan metodologi pengajarandan bahan pengajaran yang akan digunakan. Ibu bapa boleh mengikuti perkembangananak-anak mereka secara online manakala pihak sekolah akan menyediakan pangkalan datayang lengkap tentang pelajar untuk disemak oleh ibu bapa. Kurikulum untuk pendidikanmenengah atas disediakan untuk tiga tahun. Pendidikan vokasional peringkat menengah atasdisediakan di kolej vokasional. Pendidikan vokasional di pandang tinggi dan diterima sebagai
  • 9. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 9satu alternatif oleh rakyat Finland. Pendidikan di Finland juga tidak terlalu tertumpu padapeperiksaan tetapi lebih bersifat menjadikan pelajar mampu berfikir dan berdikari. Sistem pendidikan negara Finland turut memartabatkan guru dalam usahamelahirkan guru abad ke 21. Ramai dalam kalangan graduan cemerlang cenderung untukmemohon menjadi sehingga berlaku peningkatan dalam tempoh lima tahun terakhir ini.Beban mengajar guru di Finland adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti diAmerika Syarikat dan New Zealand. Guru-guru secara langsung dilatih untuk mengajarpelajar bagi membolehkan pelajar melepasi ujian dengan skor yang baik. Guru dan pelajartidak didoktrinkan dengan ujian tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru-gurujuga di latih agar menggunakan pendekatan yang lebih bercorak pembelajaran kreatif danbersahaja. Ia bertujuan untuk merangsang perkembangan minda dan menggalakkan budayaberfikir dalam kalangan pelajar. Usaha memartabatkan guru termasuklah memastikankerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat. Sistem pendidikan di Jepun merupakan salah satu contoh pendidikan yang maju diAsia Tenggara. Kemajuan sistem pendidikan Jepun dapat dilihat dalam pelbagai bidangseperti ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan lain-lain. Kesemuakemajuan ini sangat berkait rapar dengan kemajuan dalam pendidikan. Pendidikan di Jepundibangunkan atas prinsip-prinsip seperti legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral,penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Tujuan pendidikandi Jepun adalah untuk membesarkan anak yang sihat fikiran dan badan serta penuh estetikasehingga melahirkan pelajar yang ideal iaitu pelajar yang selalu melatih diri sendiri,mematuhi peraturan, bersedia bekerja secara sukarela dan mempunyai dasar untuk berfikirsecara internasional. Umumnya, kaedah pengajaran yang digunakan adalah kombinasidaripada penjelasan dan soal jawab dengan guru, perbincangan sesama pelajar danpenerokaan oleh pelajar dengan menggunakan alat pembelajaran. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yangmendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan RukunNegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Negara dalam proses menyediakanwarganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utamaiaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus denganteliti. Ini amat penting untuk menentukan agar kurikulum ini sesuai dengan keperluan danberkualiti cemerlang.
  • 10. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 10 Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhadkepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektorperindustrian dan perdagangan. Kurikulum abad ke 21 adalah relevan dan koheran dandapat memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Perancangan kurikulum mestilah bersifatfuturistik, fleksibel dan dinamil agar dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsadan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia abad 21 mestilah dapat menanganicabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegaraberupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepatsesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif,kurikulum yang direncanakan haruslah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diriyang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum haruslahlebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaanpelbagai kemahiran iaitu kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, kemahiranberkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan senikemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran mencari, menginterpretasidan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain,kemahiran kepimpinan dan pengurusan.3.1 KEMAHIRAN ABAD KE 21. Guru selaku penyampai maklumat kepada pelajar perlu memiliki kemahiran danpengetahuan yang secukupnya dalam bidang teknologi maklumat kerana sumberpengetahuan utama abad ke 21 berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu,Kesinambungan integrasi ICT bermula di peringkat universiti yang melatih bakal guru,kemudiannya guru ini pula akan mengajar generasi baru di sekolah. Dalam kontekspendidikan, perkembangan bidang teknologi maklumat dapat memudahkan manusiaberkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggihsama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti internet perlu disediakan untukdigunakan oleh semua pelajar. Menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segalakemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
  • 11. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 11 Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan adalahsalah satu pendekatan utama dalam pemupukan kemahiran abad ke-21 dalam kalanganpelajar. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat.Amatlah penting generasi baru menguasai kemahiran abad ke-21 ini supaya mereka bolehmengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi. Malahlebih penting lagi ialah pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapiinovasi dan kreativiti baru yang mengolah proses pembelajaran dalam suasana yang baru.Oleh itu, setiap pelajar perlu memiliki kemahiran dalam penggunaan komputer atau lebihdikenali sebagai celik komputer. Ini kerana, komputer beupaya meningkatkan mutupembelajaran. Menjelang abad ke 21, komputer menjadi alat standard di semua sekolahsama ada di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Semua sekolah diMalaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnyaINTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam global classroom. Mereka berpeluangbersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lainmalah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Pengisian kurikulum perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang menjurus kearah pembelajaran koperatif iaitu kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahandan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai tahapkebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuatkeputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan antara ahli kumpulan.Penekanan terhadap cara berfikir secara kritis dan reflektif iaitu setiap aktiviti kurikulummenjurus kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebabyang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian,idea, pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baikatau penghasilan produk baru. Selain itu, pengembangan kreativiti kurikulum perlu banyakmenonjolkan aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasidan boleh memberi pandangan. Kemahiran Generik juga diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum generikbolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan ditempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepadamajikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidangyang berlainan. Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa juga turut diberi penekanan. Arus
  • 12. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 12globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa supaya bolehberkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan segala maklumat dalampelbagai bahasa.3.2 GURU ABAD KE 21. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa guru ialah teras kepada pelaksanaanproses pendidikan walaupun proses pendidikan boleh berlangsung tanpa adanya guru.Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam melaksanakan tugas dantanggungjawabnya sebagai pendidik. Dalam usaha melahirkan manusia yang berkualiti, parapendidik perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu agar generasi alaf baru yang kayamaklumat, kekuatan minda, memiliki nilai luhur, bersemangat jati diri, jaya diri, berdayausahawan dan berketrampilan berjaya dilahirkan. Abad ke 21 akan membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains,teknologi dan pengetahuan. Gelombang ini akan terus mewarnai dunia dengan pelbagaiwarna mengakibatkan berlakunya perubahan yang tidak dapat dijangka. Dalam konteks ini,guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Paling mustahak, guru mesti dapatmengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. Guru juga seharusnya memainkanperanan sebagai pemimpin dan paling kurang sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Gurumesti berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua aspektermasuk intelek dan rohaninya. Guru perlu bersedia untuk menjadi seorang guru yanginovatif dan kreatif agar pelajar yang kreatif dan inovatif dapat di bentuk. Selaras denganperubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu direformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasiteknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbukabagi mengembangkan budaya saintifik di kalangan pelajar. Sebagai seorang profesional, guru mesti memahami akan keperluan pelajarnya dalampengajaran dan pembelajaran. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku penyelidik di bilikdarjah agar dapat mengenal pasti pencapaian pelajar, menilai keberkesanan pengajaran,mengukur keberkesanan dan seterusnya berusaha memperbaiki segala kelemahan. Gurujuga mesti mengamalkan sikap sebagai pelajar iaitu sentiasa menambah ilmu pengetahuandan memperbaharui ilmunya. Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantasdan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu
  • 13. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 13segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadipenyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedangbergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruangyang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guruboleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat. Secararingkasnya, guru mesti menjadikan pembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya Guru yang berkualiti ialah guru yang bersifat profesional, mahir dalam semua halperguruan, tahu tentang teori dan amalannya, tahu tentang pengajaran dan pembelajaran,peka kepada perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepadatatasusila profesion perguruan. Proses pendidikan yang berkualiti merujuk kepada prosespengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu apa yang diajar oleh guru dapat diterimadan dihayati oleh murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhikecenderungan dan minat pelajar terhadap pelajaran. Guru perlu mempunyai kemahirankaunseling di samping memahami psikologi pembelajaran. Guru juga seharusnya mempunyaipengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapatdilakukan dengan berkesan. Antara ciri-ciri guru abad ke 21 ialah: • Mempunyai ciri beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas sebagai pendidik. • Berorientasikan maklumat iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru untuk dikongsikan. • Mempunyai wawasan iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi yang ingin di capai. • Berpandangan secara global yang melihat perspektif pendidikan bukan terhad dalam negeri tetapi secara global. • Sentiasa berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam pendidikan serta perubahan kurikulumnya. • Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan. • Mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan. • Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan. • Merebut peluang pendidikan terbuka iaitu mengamalkan budaya pendidikan sepanjang hayat. • Mampu mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan.
  • 14. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 14 Menjelang tahun 2012, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan dapatdilaksanakan. Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagailaluan kerjaya berbeza dan menerima kesan daripada pelan induk pembangunanprofesionalisme yang dirangka khusus untuk guru, serta pemberian ganjaran berdasarkanprestasi bukannya tempoh perkhidmatan. Abad ke 21 akan terus membawa perubahanakibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Dalam konteks ini, gurumesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Guru juga perlu dapat mengurus danmenjadi pengurus kepada perubahan ini.3.3 PELAJAR ABAD KE-21 Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahamitugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagitertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampumancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannyatetapi masih terdapat sesetengah sekolah sekolah masih bergelut dengan soal asaspembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masihpada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciripelajar abad ke-21 antaranya: • Berupaya menbuat hubung kait • Bijak menyoal • Yakin dalam berkomunikasi • Mengambil risiko • Dahagakan ilmu • Bersifat ingin tahu • Menjana idea • Fleksibel • Tidak mudah berputus asa • Mendengar dan membuat refleksi sendiri • Berani mencuba • Mampu berfikir sendiri • Mampu belajar dengan orang lain • Membuat perubahan
  • 15. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 15 • Berintegriti • Berkeperibadian tinggi Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, seseorang pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciritersebut. Hal ini kerana, melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu melahirkan generasimuda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan modal insan yang sangatberguna terhadap negara Selain dari itu, pelajar pada abad ke-21 juga mestilah mengikut perubahan yangdiperlukan untuk memenuhi keperluan semasa yang dicorakkan oleh pembangunanteknologi. Pembelajaran pelajar pada abad ke-21 patut memanfaatkan teknologi yang serbacanggih ini untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Pelajar pada abad ke-21sangat memerlukan pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumimembaca, menulis, dan mengira tetapi literasi abad ke-21 adalah melibatkan literasi digital.Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulasmaklumat yang diperolehi. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digitalsepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat di kalangan pelajar abad ke-21. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan pelajar untukberkomunikasi secara interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenaiprojek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alatmedia sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahirankomunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dankolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) sepertitelefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebookdan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat sepertiWikipedia dan YouTube. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukanperubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolahatau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjahmemerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusanperubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perludisediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
  • 16. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 164.0 WEB 2.0 FACEBOOK4.1 Apakah itu facebookDalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internetmerupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebookmerupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologiyang kian canggih. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dandimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahunke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebooklebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakandan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai maklumankepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkanoleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yangdigunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada parapenuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut salingmengenali. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya danrakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudianberansur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, danUniversiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-manapelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yangberumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktifseluruh dunia. Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuahsekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan danmengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluhtahun,iaitu "face book".4.2 Kelebihan facebookFacebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009).Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.“Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologimaklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai
  • 17. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 17kempen facebooknya,(The Malaysiainsider, 2010).Kementerian Penerangan Komunikasi DanKebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tandasokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook dikalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan(KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untukbersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya olehKetua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluangkepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasantanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkatbawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeridiwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihakterutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi,maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lainboleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga bolehmencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat"sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar.Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan daripengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepadapara pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan"melainkan ditetapkan sebaliknya. Penggunaan facebook sebagai media pembelajaran sangat membantu guru dalampenyampaian bahan-bahan pelajaran yang cukup banyak, sehingga guru tidak lagi dibatasioleh waktu yang terbatas kerana penggunaan media pembelajaran facebook, guru danpelajar boleh melakukannya di luar waktu sekolah, dan juga dengan mengunakan mediapembelajaran facebook pelajar menjadi lebih tertarik dan aktif dalam pembelajaran keranapembelajaran dengan media pembelajaran facebook tidak lagi merujuk kepada guru sebagaipusat, akan tetapi pelajar sebagai pusat dan membina pengetahuannya sendiri denganbelajar mandiri melalui internet, di sini guru hanya sebagai fasilitator dan evaluator.Dengan media pembelajaran facebook pelajar dilatih belajar mandiri/tanggung jawabbelajar, aktif, dan bekerja sama dalam menyelesaikan permasalahan, kolaboratif,membangunkan strategi belajar, juga melatih pelajar dalam penguasaan TMK dan melatihpenggunaan bahasa Inggeris, pembelajaran yang meaningfull dan engaged learning.
  • 18. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 18Kelebihan bagi para guru adalah dalam peringkat jejaringnya, contohnya seorang guru mengadd / submit rakan guru lain atau menjadi fans dari Persatuan Guru-guru Semenanjungwalaupun guru tersebut bearada di Sabah, akhirnya mereka dapat dengan mudah bertukarmaklumat yang terkini.4.3 Cara menggunakan facebook dalam pendidikanAmat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepadapelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh memintapelajar untuk:1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenaitugasan kursus, serta permohonan kursus.3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.Cadangan idea dalam memanfaatkan Facebook untuk menyokong aktiviti pembelajaran.Caranya ialah:1. Semua pelajar membuat akaun facebook.2. Guru add semua pelajar di facebook dan memasukkannya satu group sesuai rombonganbelajar.3. Guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran melalui Nota / Notes.4. Pelajar membaca bahan-bahan dari Nota guru.5. Guru memberikan tugas melalui kotak mesej kepada semua pelajarnya sehingga bolehmemberikan tugas berbeza individu.6. Pelajar menjawab tugas dengan menghantar mesej ke gurunya.7. Guru memberikan ruang perundingan melalui forum / group8. Guru membentuk ruang perbincangan melalui kemudahan chat
  • 19. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 19Facebook sebenarnya tetap mempunyai banyak manfaat. Sebagai bukti akan nilai positifFacebook ini, khususnya bagi dunia pendidikan, dapat dilihat iaitu akan kewujudan beberapakemudahan dan ciri-ciri yang ada dalam Facebook. Justeru, bagaimana sebenarnya caramemanfaatkan facebook sebagai sarana pembelajaran / pendidikan ini dilakukan? Aktivitimelayari facebook dalam pendidikan adalah dengan cara menjalankan beberapa ciri-ciriaplikasi yang berikut : • Facebook Share: Ini merupakan ciri-ciri asas di facebook. Ciri-ciri ini pastinya juga boleh digunakan sebagai alat untuk membantu pembelajaran. Siapapun boleh berkongsi apapun (tulisan singkat, link, gambar, video dan sebagainya) ke semua rakan-rakannya. Dengan ciri-ciri ini guru dapat mencari laman-laman web atau gambar-gambar yang berkaitan dengan pembelajaran, kemudian di kongsi/share di facebook untuk seterusnya boleh diakses oleh pelajar, sehingga pelajar mempunyai panduan dalam mencari bahan-bahan pembelajaran di internet, dengan perkongsian ini juga guru boleh menugaskan pelajar untuk memberikan analisis, kritik atau komen terhadap fenomena sosial yang berada di dalam share / pautan tersebut. • Facebook Quiz : Pada masa ini, sudah banyak kuiz-kuiz yang terdapat di facebook. Kebanyakaan kuiz yang dibuat hanya untuk suka-suka. Ciri-ciri ini sejatinya boleh digunakan untuk melakukan quiz online. Guru boleh membuat kuiz dengan mudah kemudian mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk menjawab kuiz tersebut. Guru boleh menukar tugasan yang berbentuk soalan dengan membuat kuiz ini, di dalam kuiz ini guru juga boleh menetapkan skor yang diperoleh pelajar berdasarkan jawapan yang mereka berikan. • Facebook Note: Guru boleh memancing pelajar-pelajarnya saling berbincang mengenai topik tertentu. Guru hanya perlu membuat note di wall kemudian men tag ke seluruh pelajar-pelajarnya untuk memancing perbincangan. Dengan ini guru boleh menggalakkan murid-muridnya saling berbincang mengenai topik tertentu. • Facebook Apps: Dengan ciri-ciri ini hampir segalanya boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan membuat sebuah game edutainment pada platform facebook Apps ini. Salah satu contoh Facebook Apps game edutainment yang cukup terkenal dan banyak dimainkan adalah Geo Challenge. Sebuah aplikasi game untuk menguji pengetahuan geografi dari pemain-pemain.
  • 20. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 20 • Up Date Status: Melalui Up Date Status, guru boleh mengingatkan pelajar tentang bahan-bahan yang akan dipelajari dalam pertemuan seterusnya, memberi rangsangan, atau memberi jalan sebagai pokok perbincangan melalui "komen", sehingga pelajar terpancing untuk berbincang. • Forum: Ciri-ciri ini juga boleh dijadikan sebagai cara perbincangan antara pelajar dengan guru mahupun pelajar dengan pelajar. • Up Load Photo: Dengan ciri-ciri ini guru mahupun pelajar biasa memuatnaik (upload) gambar / gambar yang berkaitan dengan bahan-bahan pelajaran, kemudian gambar tersebut boleh di share dan dijadikan tema perbincangan dengan cadangan "komen" • Mesej: Melalui perkhidmatan mesej, guru boleh memberikan tugas atau cadangan sumber yang boleh pelajar akses di internet.Pesan. Melalui layanan pesan, guru bisa memberikan tugas atau rekomen sumber yang pelajar boleh akses di internet. • Chating: Dengan ada perkhidmatan chating di facebook, guru dan pelajar boleh memanfaatkannya untuk aktiviti soal jawab ataupun perbincangan pelajar dalam mengerjakan suatu tugas dari guru walaupun pelajar tersebut berada di tempat yang berbeza, sebaiknya bagi kelas maya yang real time.4.4 Penggunaan facebook dalam P&P‘Facebook” merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia. Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan remaja. Sangat sukar untuk menemuiremaja yang tidak mempunyai laman sosial sendiri. Pada masa kini, laman sosial seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk berinteraksidengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang terhadapkepesatan dunia internet untuk mengubah cara mengajar dalam usaha mencapai tahappengajaran yang berkesan. Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagiberfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilikdarjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gayapengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam pengajaranterdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam pengajaran
  • 21. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 21mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan, memuatnaik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru perlumemikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial. Guruperlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah kepadamurid-murid. Untuk melakukan pengajaran melalui ‘facebook’, guru perlulah terlebih dahulumempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan,guru perlu menambah pelajar-pelajarnya sebagai rakan. Seterusnya,barulah guru bolehmelakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya, guruboleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai tatapanawal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberigambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat inimengukuhkan kefahaman pelajar. Dalam pengajaran guru boleh melakukan aktiviti pelbagai aktiviti sepertimenyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan didinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan ceritatersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalampengajaran guru. Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yaknisatu dunia pembelajaran yang baharu baginya. Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab olehpelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalan-soalan latihandalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akanberlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihatjawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing,pastilah pelajar=pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baikuntuk menjadi yang terbaik. Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaiksetiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas denganmenggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuktontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargaioleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajartersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba
  • 22. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 22membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja/jawapan pilihan yang bakaldimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di “Facebook”. Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar,video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naikvideo yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya.Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman webyang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan cara ini, guruboleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada didalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkan apayang terdapat dalam laman tersebut. Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guruadalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru,guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanandalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untukmenerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalanganteman-teman sosial yang lain.5.0 PENUTUP Kesimpulannya, dalam era internet sekarang, amat wajar guru mengaplikasikanlaman “facebook” dalam pengajaran. Cara ini dilihat lebih berkesan kerana pelajar banyakmenghabiskan masa di laman-laman sosial. Cara ini dapat membuatkan penggunaan lamansosial lebih berfaedah dan membuatkan pelajar seronok dan termotivasi apabila belajardengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikansuasana pengajaran lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyakinteraksi dan peluang pengajaran. Pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajarsewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkinmencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakansewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkankemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademikmereka (PennState 2007).
  • 23. Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 23RUJUKANICT Pupuk Kemahiran Abad ke-2 (2001) (Atas Talian).Diperoleh: http://pmr.penerangan.gov.my (12/11/2012).Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh: http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf (17 Disember 2012 ).Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21 (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (15/11/2012).Teori Pembelajaran Dalam Perlaksanaan Pengajaran (Atas Talian ). Diperoleh: http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 ( 10 Disember 2012).