Your SlideShare is downloading. ×
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Komsas Tingkatan 2 PMR

24,233

Published on

Published in: Education
2 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
24,233
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
249
Comments
2
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. DENDAM (SHARIZA A RAHMAN) SinopsisCerpen ‘Dendam’ ini mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu danayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkanbuku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng bukulatihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangatberang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya.Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepadaibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu. Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telahdikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarangdari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan ituperbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikansehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Alongberhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya. Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantaipusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapiAlong menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angahyang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yangmemutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan talipinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah. Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukulsebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malamlarut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurungAngah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan talipinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angahmengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Alongmemeluk Angah kerana rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik. 1
  • 2. TemaKonflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah,ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibukerana sering menyebelahi Angah. Persoalan1. Persoalan hubungan kekeluargaan. Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.2. Persoalan kebencian kepada adik. Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.3. Persoalan kasih sayang antara adik dan kakak. Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut. PlotPermulaanCerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibelisemalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu bukukerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk membeli bukuteks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah keranaperbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis. 2
  • 3. PerkembanganSemasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkanAngah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah.Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membeladiri dengan mengatakan bukan dia yang melakukan. Along juga merungut kerana setiapkesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adilpadanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along jugamelawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakaporang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncakkemarahan , Along menghalau adiknya dari ruang tamu.KlimaksKlimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalumenyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untukmembetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidakmengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angahdisebat dengan tali pinggang oleh ayah.PeleraianAlong memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurungdan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Alongmemohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya, Along sedaradiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.Teknik Penceritaan1. Dialog Contoh: “Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along.” “Angah Cuma tengok saja…”2. Imbas kembali. Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu. 3
  • 4. 3. Monolog dalaman. Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah? Watak dan PerwatakanAlong Cepat meradang terutama kepada adiknya. Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan. Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan. Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya.Angah Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along. Berwajah comel. Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah. Wajahnya pucat apabila dimarahi. Buah hati ibu.Abah Seorang yang tegas. Memukul adik dengan tali pinggang.Emak Suka menyebelahi adik. Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah. Bersikap garang kepada Along. 4
  • 5. LatarMasa1. Malam Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.2. Tengah hari. Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah.Tempat1. Ruang tamu Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.2. Di rumah Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.3. Di meja makan Contoh: Ayah merungut-rungut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.4. Di katil Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.Masyarakat1. Masyarakat Pelajar Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama . Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.2. Masyarakat Guru Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik. 5
  • 6. 3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkkan hukuman kepadanya. Gaya Bahasa1. Sinkope Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. (Singkatan kata ku ) Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.2. Kata Ganda Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.3. Peribahasa Contoh: Berat sebelah,tebal muka, menagih kasih.4. Metafora Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.5. Personifikasi Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.6. Antomomisia (memperlihatkan sifat sesaorang) Contoh: Hantu kecil7. Totologi (Perulangan untuk penegasan) Contoh: Benci. Aku benci. 6
  • 7. Nilai1. Nilai kasih sayang Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.2. Nilai berdikari Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.3. Nilai hemah tinggi Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.4. Nilai hormat menghormati Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.5. Nilai kesyukuran Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya. Pengajaran1. Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.2. Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga. 7
  • 8. 3. Kita janganlah memperbesarkan perkara-perkara yang kecil Contoh: Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.4. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali ini aku aku memeluk dan mengucupinya.5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain. Latihan1. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas? “Angah maafkan Along”.2. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas? “Angah boleh simpan rahsia. Angah tak bohong. Angah tak susahkan Along. Along sayang Angah tak?’Jawapan1. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.2. Nilai kasih sayang, kebersihan fizikal dan mental, dan hemah tinggi. 8
  • 9. CAPA RENGAT (BAHARUDDIN KAHAR) SinopsisCerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan dikampung ibunya. Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto,ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” sepertibelangkas. Pada sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kintopergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama dikampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu disebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya. Seorang budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka.Permainan yang dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannyatetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali,“Aku” diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akanmemecahkannya. “Aku” cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpadiduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat ataubunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabilaberganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan. Tiba-tiba, ketika “Aku” dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan,seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumahdengan segera. “Aku” mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripadakawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya. Pada sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengatdiletakkan di dalam botol berisi air. “Aku” ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengatdalam tidur. 1
  • 10. Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampungdipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh dikampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku” berasa terharu untukmeninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu. Dalam keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentangkesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasanuntuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai.Keputusan ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa Rengat yangsudah layu dan terkenangkan wajah Su. TemaPerasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. “Aku” telah mengalamipengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa “Aku” mengikut Pak CikKinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar. Persoalan1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul. Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya. 2
  • 11. PlotPermulaanAku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusakadan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara “Aku”.Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani “Aku” dengan membawanya berjalan-jalan di bukitsekeliling kampung.PerkembanganPada sebelah petang, “Aku” merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto kekota untuk berurusan dengan peguam. “Aku” bertemu dengan sekumpulan budak kampungyang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yangbernama Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Sutelah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain,Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. “Aku” pulang ke rumah danmeletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.KlimaksKeesokan paginya, “Aku” dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. “Aku”berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasanakampung.Peleraian“Aku” pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengatdaripada Su, seorang gadis kampung.Teknik PenceritaanCerita disusun mengikut kronologi urutan masa.1. Pemerian Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak. 3
  • 12. 2. Dialog Contoh: “Cantik,ya !” kata budak perempuan itu. “Cantik, “ jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.3. Kejutan Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa “Aku” sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya. Watak dan Perwatakan“Aku” Seorang anak remaja Menghargai alam sekitar Proaktif dan cergas Mempunyai pandangan bernas Berfikiran positifIbu Pertengahan usia Tegas dengan pendirian Sikap terburu-buru membuat keputusan Prihatin terhadap orang lain Berperilaku mesraSu Budak perempuan awal remaja Bersikap periang Aktif dan cergas Bijak mengolah keadaan Taat kepada ibu 4
  • 13. Pakcik Kinto Bapa saudara “Aku” Mahir selok-belok di kampung Mempunyai kemahiran menembak Ikhlas melayani tetamu Melaksanakan urusan dengan cekap LatarMasaCerita berlatarkan masa sehari “Aku” tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah olehpengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam. Pagi – “Aku” dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung. Petang – “Aku” dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. Malam – “Aku” tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.TempatLatar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan tanah paya Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto – tempat Pak Cik Kinto membawa “Aku” bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. Paya – tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya. Rumah Pak Cik Kinto – tempat “Aku” dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.Masyarakat1. Masyarakat bandar Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.2. Masyarakat kampung Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu. 5
  • 14. 3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.5. Masyarakat yang suka berburu Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan. Gaya Bahasa1. Kata Ganda Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik2. Anafora Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?3. Inversi (Keterbalikan ayat) Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.4. Personifikasi Contoh: Melahirkan sinar cemburu.5. Simile Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.6. Simpulan bahasa Contoh: Seperti belangkas Nilai1. Nilai keberanian Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.2. Nilai hemah tinggi Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa. 6
  • 15. 3. Nilai kerajinan Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.4. Nilai kerjasama Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain. Pengajaran1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.2. Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar. Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak. Latihan1. Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah? “Cantik,ya !” kata budak perempuan itu. “Cantik,” jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.2. Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan di bawah? “Hei…! Nanti kau jatuh!” aku berseru demi melihat tangannya tergewang-gewang meniti batang. 7
  • 16. Jawapan1. Sinkof - Jawabku Anafora pengulangan kata cantik, cantik2. Nilai keberanian dan kerjasama 8
  • 17. ANAK PENGGUNTING RAMBUT ( NOR HIDAYAH ASARI) SinopsisCerpen “Anak Penggunting Rambut” mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seoranganak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yangberambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis.Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baikberambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam. Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambutwalaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambutManis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenaldengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterimamenjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dariladang. Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaanayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakankesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasukmenggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakanrezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertamabelajar menggunting rambut. Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawakemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manisselesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakanorang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelakidisebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagiManis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayahsibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupamenggunting rambut Manis. 1
  • 18. Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untukkanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalambekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalumengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidakmemarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor dikantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telahmenambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpakebenarannya. Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masapelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tigaorang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lainseperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggalilubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting. Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburuioleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnyamenggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendektelah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya. Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur.Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cumamenelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung. Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawanManis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan menghidapleukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaiandan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudahseparuh botak. Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulansahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnyadi atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masihterngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna danManis tidak mampu menyimpannya lagi. 2
  • 19. TemaKasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang guntingmenyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk berguntingrambut hingga ke akhir hayat anaknya. Persoalan1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak. Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar. PlotPermulaanPengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang guntingyang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang guntingbermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manispula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek. 3
  • 20. PerkembanganManis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakanoleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telahdikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambutpendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya.Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnyadan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.KlimaksManis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selamabeberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran ituPeleraianPenyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayahmenerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manisyang gugur akibat penyakit leukemia.Teknik PenceritaanCerita disusun mengikut kronologi urutan masa.1. Dialog Contoh: “Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini?”2. Imbas kembali Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.3. Monolog Dalaman Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu. 4
  • 21. Watak dan PerwatakanAyah Sudah berusia lewat 60-an. Seorang bapa tunggal. Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut. Hidup menduda setelah kematian isteri.Manisah (Manis) Memiliki raut wajah yang comel. Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran. Rajin membantu orang lain. Gemar berambut pendek. LatarMasa Petang – Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis. Subuh – waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia. Waktu siang – waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.Tempat Kampung Batu 25, Bagan Datoh – kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA. 5
  • 22. Tanah rancangan FELDA – tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Tadika – Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut. Asrama – Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah. Hospital – tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.Masyarakat Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup. Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya. Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya. Masyarakat yang berani mempertahankan risiko. Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung. Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha. Gaya Bahasa1. Sinkope Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis.2. Kata Ganda Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,3. Simile Contoh: Seperti Busut Hitam4. Personifikasi Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri 6
  • 23. Nilai1. Nilai keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.2. Nilai berdikari Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya.3. Nilai semangat bermasyarakat Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.4. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.5. Nilai kerajinan Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut. Pengajaran1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia. 7
  • 24. 3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya. Latihan1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah? “ Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayangkan Manis. Subuh itu Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaanku.”2. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah? “Abah hanya mahu merindumu, Manis.”3. Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas? “Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh.”Jawapan1. Kita haruslah menerima takdir Ilahi.2. Gaya bahasa sinkope, contoh merindumu.3. Tukang gunting rambut, nama gelaran Mat Gunting, Pernah tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, dan terkenal di Kampung Batu 25. 8
  • 25. GEMA SEPI GADIS GENIUS (AZMAH NORDIN) SinopsisBasirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapundaripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut,Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hananidi tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyakperbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirahmenjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistemkomputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, diadikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikansebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejutapabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan.Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirahmenganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluraninternet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaanpendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji denganmenggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh.Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembuldi muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat harijadi. Basirah cukup terharu. Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar.Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan dikomputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspadaterhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hananiyang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok 1
  • 26. penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentangperkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena. Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh.Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikanselama ini menjadi kenyataan yang indah. TemaKepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer. Persoalan1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer. Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal.2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi.3. Contoh: Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.4. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya: Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan. PlotPermulaanBasirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapundaripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut,Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hananidi tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyakperbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yangsentiasa sibuk. 2
  • 27. PerkembanganBasirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistemkomputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, diadikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikansebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telahmembuka buku log untuk merekod penceroboh.KlimaksBasirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan denganketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya.Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusisaluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlakuperbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikajidengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal denganpenceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakanHanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.PeleraianBasirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya,Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama inimenjadi kenyataan yang indah.Teknik penceritaan1. Deskriptif (pemerian) Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)2. Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)3. Imbas kembali Contoh: Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4). 3
  • 28. 4. Imbas muka Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17) Watak dan Perwatakan1. Watak utama Basirah Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun. Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani. Siswi dalam jurusan Sains Komputer. Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu. Seorang yang pintar dalam bidang komputer.2. Watak sampingan Hanani Anak sulung kepada ahli perniagaan dan baru berusia 16 tahun. Kakak kepada Basirah. Seorang yang lincah dan kreatif. Suka mengambil berat akan adiknya. Mempunyai ramai kawan. Seorang yang suka kegiatan rekreasi. LatarMasa Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal Perdana Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di makmal sistem komputer, Makmal Perdana 4
  • 29. Tempat Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan amali tahun akhir jurusan Sains Komputer Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak- kanak Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi jurusan Sains KomputerMasyarakat Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer Masyarakat terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan- rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung Gaya Bahasa1. Metafora Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2)2. Diksi Bahasa Inggeris - hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8) Bahasa IT - Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2) Istilah Sains - Osiloskop (m/s 11)3. Hiperbola Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9)4. Sinkope Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak) 5
  • 30. 5. Simplok Contoh: Dipuji macam bidadari Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16)6. Perlambangan Contoh: Busut Nilai1. Nilai kasih sayang Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi Basirah yang ke-14.2. Nilai berusaha Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.3. Nilai bertanggungjawab Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya. Pengajaran1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita. Latihan1. Apakah tema cerpen ‘Gema Sepi Gadis Genius?’2. Nyatakan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerpen ini serta buktikan.3. Bincangkan pengajaran-pengajaran yang boleh diambil daripada cerpen ini. 6
  • 31. Jawapan:1. Tema cerpen Gema Sepi Gadis Genius adalah kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.2. Nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen ini adalah tanggungjawab, contohnya Basirah berasa bertanggungjawab untuk menghalang penceroboh yang menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Nilai kasih sayang juga ditonjolkan apabila kakak Basirah iaitu Hanani mengingati hari jadinya dengan membawa kek harijadi.3. Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. 7
  • 32. MAAF KUPINTA (REJAB FI) SinopsisFauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya.Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzimenonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkanFauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinyajuga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulangke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan. Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi, Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuhdan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci danmarah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunyaberbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telahmembantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama. Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya seringmembawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang sakuuntuk kegunaannya di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannyadan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnyaSyahir dan juga ustaznya. Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untukpulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzimengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya di atas segala kesalahandan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikapFauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Beliau juga turut menunjukajar adiknya dalam pelajaran. TemaMenghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan. Fauzi akhirnyamenghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanyadia memberontak. 1
  • 33. Persoalan1. Persoalan persahabatan. Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama.2. Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak. Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi.3. Persoalan ketegasan semasa mendidik. Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan. PlotPermulaanPengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak sabaruntuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapatmelelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang telahdiaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun haritelah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat punca diatinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi adasebab lain mengapa dia tinggal di asrama.PerkembanganFauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya berbualdengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas dalam mendidikFauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak dibenarkan menontonrancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan bertanyakan kerja rumahyang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauziterjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empatkilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam mendidikFauzi. 2
  • 34. KlimaksSelepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya selamaini. Fauzi sedar tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cubamenyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkankepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannyakepada keuarganya tercapai.PeleraianFauzi memenuhkan cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah.Dia juga akanturun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi juga menolong adik-adiknya dalampelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.Teknik Penceritaan1. Monolog dalaman. Contoh: “Benar kata-kata Syahir itu?” Fauzi berkata-kata sendiri.2. Dialog Contoh: “Emak kamu tahukah kamu ke sini?” Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal.3. Imbas Kembali Contoh: Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung.4. Imbas Muka. Contoh: Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila pulang bercuti nanti.5. Pemerian Contoh; Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu. 3
  • 35. Watak dan PerwatakanFauzi Tinggal di Asrama A Mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri Mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir Ayahya meninggal dunia akibat penyakit barah. Mempunyai seorang nenek bernama Sapiah Memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan Pintar dalam pelajaran Terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama.Ayah Tiri Ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya. Memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama Baik kepada anak tirinya. Tegas dalam mendidik anak. Sering memberikan wang saku kepada Fauzi.Ibu Suka mengawal pergerakan anaknya Fauzi. Kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tirinya mendidik Fauzi Selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di Asrama. 4
  • 36. LatarMasa1. Waktu malam Contoh: Ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur.2. Waktu pagi Contoh: Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung.3. Cuti sekolah akhir tahun Contoh: Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cutinya.4. Lima Minggu Contoh: Jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.Tempat1. Rumah Contoh: Fauzi menonton televisyen1. Asrama A Contoh: Fauzi tinggal di Asrama A2. Rumah Nenek Sapiah Contoh: Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan keluarganya.3. Stesen Bas Contoh: Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampong4. Sekolah Contoh: Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk melawat Fauzi. 5
  • 37. Masyarakat1. Masyarakat Pelajar Contoh: Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah sekolah menengah dan tinggal di Asrama A2. Masyarakat Petani Contoh: Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani yang mengerjakan sawah.3. Masyarakat Pendidik Contoh: Cikgu Zainudddin merupakan seorang Guru Kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama.4. Masyarakat yang bersifat prihatin Contoh: Ayah tiri Fauzi sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia berkawan.5. Masyarakat yang mementingkan pelajaran Contoh: Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi. Gaya Bahasa1. Kata Ganda Contoh: Berbalam-balam, buku-buku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan, kerja-kerja2. Sinkope Contoh: Ayahku tidak seperti ayahmu.3. Hiperbola Contoh: Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam4. Peribahasa Contoh: Buah tangan 6
  • 38. Nilai1. Nilai berdikari Contoh: Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di Asrama A.2. Nilai kerajinan Contoh: Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk mencari rezeki bagi keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.3. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi.4. Nilai kesyukuran Contoh: Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada kesilapannya yang bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya.5. Nilai hormat menghormati Contoh: Fauzi sangat menghormati ayah tirinya. Pengajaran1. Kita hendaklah taat kepada kedua orang tua kita. Contoh: Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya.2. Kita perlulah berbincang dalam membuat satu keputusan penting. Contoh: Ayah tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama.3. Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita Contoh: Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya. 7
  • 39. 4. Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam kesusahan. Contoh: Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama.5. Kita hendaklah meminta maaf apabila melakukan kesalahan. Contoh: Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya atas kesalahannya. Latihan1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas? “Ayah… maafkan Fauzi. Selama ini Fauzi salah anggap terhadap ayah.” Kata Fauzi perlahan.2. Namakan dua watak sampingan dalam cerpen ini?Jawapan1. Kita haruslah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.2. Dua watak sampingan dalam cerpen ini ialah ibu Fauzi dan ayah tiri Fauzi. 8
  • 40. Tingkatan Dua Masa 80 Minit Genre Cerpen Tajuk Maaf Kupinta 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, Fokus plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. Utama Aras 2 Menganalisis watak dan perwatakan dalam karya. (i) 1.4 Bersoal jawab secara bertatsusila tentang sesuatu perkara dengan Fokus menggunakan pelbagai soalan. Sampingan Aras 1 Mengajukan soalan bercapah aras rendah dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbincangan secara terus terang. (iv) Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Membina soalan bertumpu dan bercapah aras rendah untuk mendapatkan maklumat. Objektif ii. Menganalisis watak dan perwatakan watak utama dan tiga watak sampingan dengan menggunakan borang pengurusan grafik. iii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 ayat tanya yang gramatis daripada pernyataan perwatakan. Kemahiran Kemahiran menulis Bahasa Kemahiran bertutur Tatabahasa: Ayat tanyaSistem Bahasa Kosa kata umum: Berkelip-kelip diulik, berbalam-balam, mendemah, memendam Kosa kata istilah: Warden, minyak rambut Zam-Zam Pengisian Ilmu: Pendidikan Moral / Agama Kurikulum Nilai: Kesyukuran, hormat-menghormati Kemahiran Berfikir: Pembelajaran Kontekstual Kemahiran - mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian Bernilai murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Tambah - Menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. 1
  • 41. PenilaianLangkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran KBT / Catatan Formatif Set • Guru meminta murid memainkan peranan Kad Situasi 1Induksi watak dalam situasi perpisahan. • Guru merangsang murid dengan amalan memohon maaf apabila berpisah dengan orang yang tersayang. • Guru membimbing murid kepada tajuk cerpen “Maaf Kupinta” karya Rejab F.I. 1 Teknik Kerusi Panas • Guru meminta setiap kumpulan memilih Objektif (i) Kad Undian satu watak secara undian. tercapai Contoh: Fauzi, ayah tiri, ibu, Nenek Sapiah, dan Syahir (kawan Fauzi). • Dalam setiap kumpulan, bincangkan perwatakan watak dengan merujuk kepada cerpen. • Bina soalan aras rendah berdasarkan Kad Arahan perwatakan watak untuk diajukan kepada watak yang dipilih oleh setiap kumpulan. Contohnya: Adakah nama kamu, Fauzi? Kamu berasal dari mana? Sukakah kamu tinggal di asrama? Seronokkah hendak meninggalkan asrama? Mengapa kamu nampak sedih? • Setiap kumpulan diminta membuat persembahan,setelah semua bentuk soalan disiapkan, Salah seorang daripada ahli kumpulan diminta memegang Fauzi dan duduk di atas kerusi di hadapan kelas. Soalan akan ditanya secara tertib dan bertubi-tubi serta dijawab oleh Fauzi secara spontan. Murid-murid daripada kumpulan lain juga dibenarkan menyoal beberapa soalan berkaitan dengan perwatakan Fauzi. 2
  • 42. PenilaianLangkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran KBT / Catatan Formatif • Kalau Fauzi tidak dapat menjawab, rakan-rakannya dalam kumpulan yang sama boleh membantu. 2 Menganalisis Watak dan Perwatakan • Semasa aktiviti Kerusi Panas dijalankan, Objektif (ii) Borang rakan-rakan yang menonton diminta tercapai Perwatakan mencatat perwatakan watak dalam Borang Perwatakan. • (Nota: Setelah selesai setiap kumpulan melakukan aktiviti Kerusi Panas, guru boleh merumuskan peranan setiap watak yang dilakonkan dalam cerpen. Guru juga boleh memberhentikan aktiviti ini jika masa yang diperuntukkan telah cukup) • Murid diminta mempersembahkan hasil kerja daripada Borang Perwatakan di hadapan kelas. 3 Tatabahasa: Ayat Tanya • Murid diminta menyenaraikan ayat-ayat Objektif (iii) Lembaran Kerja tanya yang digunakan dalam aktiviti tercapai Kerusi Panas. • Guru meminta murid berbincang tentang ayat-ayat tanya yang digunakan dalam aktiviti Kerusi Panas dan mempelbagaikan ayat tanya yang boleh digunakan. • Berdasarkan jawapan spontan daripada aktiviti Kerusi Panas, murid diminta menulis ayat-ayat tanya. 3
  • 43. PenilaianLangkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran KBT / Catatan Formatif 4 Pengukuhan dan Peneguhan • Guru meminta seorang murid merumuskan isi pelajaran pada hari ini. • Guru memberikan peneguhan sosial dengan mengingatkan murid agar mengambil iktibar daripada cerpen tersebut dan menegaskan bahawa kita seharusnya menghargai pengorbanan dan jasa orang lain terhadap pembangunan diri sendiri. 4
  • 44. Lampiran 1Kad Situasi Anda akan berangkat ke sekolah berasrama penuh. Sebelum berangkat, ahli keluarga anda bersalam- salaman untuk merestui pemergian anda. Lakonkan situasi tersebut dengan memainkan peranan ayah, ibu, adik-beradik dan sahabat-handai.Lampiran 2 AYAH IBU FAUZI TIRI NENEK SAPIAH SYAHIR 5
  • 45. Lampiran 3 Kumpulan 1 Kumpulan 3 Kumpulan anda diminta Kumpulan anda diminta membincangkan membincangkan tentang tentang watak dan Kumpulan 2 watak dan perwatakan Ibu perwatakan Fauzi. Bina Fauzi. Bina beberapa soalan beberapa soalan dan Kumpulan anda diminta dan jawapannya bagi jawapannya bagi membincangkan watak dan menjelaskan watak dan menjelaskan watak dan perwatakan ayah tiri Fauzi. perwatakannya. Pilih perwatakannya. Pilih Bina beberapa soalan dan seorang ahli kumpulan yang seorang ahli kumpulan jawapannya bagi yang akan memainkan yang yang akan menjelaskan watak dan peranan sebagai Ibu Fauzi. memainkan peranan perwatakannya. Pilih Pemegang peranan watak sebagai Fauzi. seorang ahli kumpulan yang harus bersedia menjawab Pemegang peranan yang akan memainkan soalan-soalan yang diajukan watak harus bersedia peranan sebagai ayah tiri menjawab soalan- Fauzi. Pemegang peranan soalan yang diajukan watak harus bersedia menjawab soalan-soalan yang diajukan. 6
  • 46. Lampiran 3 Kad Arahan Kumpulan 4 Kumpulan 5 Kumpulan anda diminta Kumpulan anda diminta membincangkan tentang watak membincangkan tentang watak dan perwatakan Nenek Sapiah. dan perwatakan Syahir. Bina Bina beberapa soalan dan beberapa soalan dan jawapannya bagi menjelaskan jawapannya bagi menjelaskan watak dan perwatakannya. Pilih watak dan perwatakannya. Pilih seorang ahli kumpulan yang yang seorang ahli kumpulan yang akan memainkan peranan yang akan memainkan peranan sebagai Nenek Sapiah. sebagai Syahir. Pemegang Pemegang peranan watak harus peranan watak harus bersedia bersedia menjawab soalan-soalan menjawab soalan-soalan yang yang diajukan diajukan 7
  • 47. Lampiran 4BORANG LPG PEMETAAN PERWATAKAN WATAKTajuk Cerpen : ____________________________ CERPEN MAAF KUPINTA Watak Perwatakan FAUZI AYAH TIRI IBU NENEK SAPIAH SYAHIR 8
  • 48. Lembaran KerjaContoh daripada aktiviti Kerusi Panas Kumpulan 1( Watak Fauzi)1. Adakah nama kamu, Fauzi?2. Kamukah Fauzi?3. Kamu, Fauzikah?Pernyataan Jawapan: Ya, nama saya Fauzi.Arahan: Tuliskan variasi ayat-ayat tanya yang menepati pernyataan jawapannya.1. Pernyataan jawapan: Saya berasal dari kampung. Variasi Ayat Tanya:_______________________________________________________________2. Pernyataan jawapan: Saya sangat suka tinggal di asrama. Variasi Ayat Tanya:_______________________________________________________________3. Pernyataan jawapan: Saya tidak seronok hendak meninggalkan asrama. Variasi Ayat Tanya:_______________________________________________________________4. Pernyataan jawapan: Saya bersedih kerana terpaksa pulang ke kampung. Variasi Ayat Tanya:_______________________________________________________________ 9
  • 49. WARKAH DARIPADA IBU (ROHANI DERAMAN) SinopsisMira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggaldi kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnyamenghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribupersoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharapagar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganyatelah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknyamenjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamuwalaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyaksekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu danbapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermaknakepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Miradengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu.Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawanbarunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalamkeheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membacasekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungiAllah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalamsurat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui danmenakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yangterbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni.Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan,namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawabsebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apayang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa juadugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal inimenunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat 1
  • 50. daripada ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir.Mira baru faham apa yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibudan ayah terhadap Mira. TemaPengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan.Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya kekampung untuk tinggal besama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar. Persoalan1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak- anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.2. Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi. Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.3. Persoalan masalah sosial di bandar. Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan. PlotPermulaanMira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal dikampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantarMira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalankepadanya. 2
  • 51. PerkembanganMira dan keluarganya telah bersia-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidurbersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira.Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mulabersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedarankepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulangkajipelajaran.KlimaksMira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunyamenyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adik ke kampung keranabimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yangmelanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corakpergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkanamalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadianak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.PeleraianSetelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnyadan adik-adiknya tinggal di kampung.Teknik Penceritaan1. Dialog Contoh: “Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini,” tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada suatu hari. (m.s: 60)2. Deskriptif (Pemerian) Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia kepada ayah. (m.s: 61)3. Monolog Dalaman Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan berbagai-bagai pertanyaan. (m/s 1) 3
  • 52. Watak dan PerwatakanWatak UtamaAmira Anak sulung daripada tiga beradik. Kakak kepada Aidil dan Manja. Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya. Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup. Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.Watak SampinganIbu Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja. Seorang yang lemah lembut. Setia kepada suami. Merupakan anak tunggal. Seorang ibu yang penyayang.Ayah Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja. Seorang yang memahami perasaan isteri. Menantu yang cukup mengasihi mentuanya. Seorang bapa yang penyayang. LatarMasa1. Waktu malam Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.2. Waktu siang Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop. 4
  • 53. 3. Waktu senja Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.Tempat1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.2. Di rumah datuk dan nenek Mira. Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.3. Di Kedai Pak Uda Usop. Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.Masyarakat1. Masyarakat bandar Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.2. Masyarakat kampung Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung. Gaya Bahasa1. Sinkope Contoh: bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)2. Metafora Contoh: Sembilu rindu (m/s64)3. Diksi Contoh: Bahasa arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63)4. Peribahasa Contoh: Tidur-tidur ayam (m.s 62), makan angin (m.s :61) 5
  • 54. Nilai1. Nilai kasih sayang Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.2. Nilai pengorbanan Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham, betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.3. Nilai kepatuhan Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung. Pengajaran1. Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi2. Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan3. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa Latihan1. Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen warkah daripada ibu? Berikan dua contoh bagi setiap gaya bahasa tersebut.2. Berikan dua nilai yang boleh diambil daripada cerpen ini.Jawapan:1. Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen Warkah daripada ibu ialah sinkope. Contoh: tak (tidak), nak (hendak).2. Nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu yang sangat menyayangi anak-anak dan ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Selain itu, nilai kepatuhan iaitu Mira patuh dengan kehendak ibu bapanya yang mahu menghantarnya dan adik-adiknya ke kampung. 6

×