tatabahasa
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

tatabahasa

on

  • 4,479 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,479
Views on SlideShare
4,472
Embed Views
7

Actions

Likes
2
Downloads
230
Comments
1

1 Embed 7

http://upsi4.blogspot.com 7

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

 tatabahasa tatabahasa Presentation Transcript

  • Bahasa Melayu
  • Kata ialah bunyi ataugabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yangdiucapkan atau ditulisdengan menggunakan huruf-huruf untukmenyampaikan maksud atau makna tertentu.
  • BENTUK KATAKATA ASAL / KATA KATA TERBITAN TUNGGAL KATA MAJMUK KATA GANDA
  • KATA ASAL / KATA TUNGGALKata Asal merupakan perkataan yang - tidak menerima imbuhan, - tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Contohnya: sekolah aroma cenderamata
  • KATA TERBITANPerkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan. b. Kata Terbitan Berawalan c. Kata Terbitan Berakhiran d. Kata Terbitan Berapitan e. Kata Terbitan Bersisipan
  • KATA TERBITAN BERAWALANi. dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-, per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-ii. dengan Awalan Kata Kerja: meN, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper-iii. dengan Awalan Kata Adjektif: ter-, se-, te-
  • KATA TERBITAN BERAKHIRANi. dengan Akhiran Kata Nama: -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,ii. dengan Akhiran Kata Kerja : -kan, -i
  • KATA TERBITAN BERAPITAN• dengan Apitan Kata Nama: peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an• dengan Apitan Kata Kerja: meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an• dengan Apitan Kata Adjektif: ke-...-an
  • KATA TERBITAN BERSISIPANi. dengan SIsipan Kata Nama: -el, -emii. dengan Sisipan Kata Adjektif: -el, -er, -em, -in
  • KATA MAJMUKRangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
  • BENTUK KATA MAJMUKi. Rangkai kata bebas. Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta lembu, kuning langsatii. Istilah khusus. Contohnya: lut sinar, garis pusatiii. Kiasan atau simpulan bahasa. Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu
  • KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAPantarabangsa kakitangansuruhanjaya jawatankuasatandatangan setiausaha matahari warganegarapesuruhjaya olahraga kerjasama beritahubumiputera tanggungjawab sukarela
  • PENJAMAKAN KATA MAJMUKi. menggandakan pertama sahaja. Contohnya: guru besar guru-guru besarii. menggunakan penanda jamak. semua, banyak, sekumpulan, beberapa, persatuan, para, pertubuhan, sebilangan, sebahagian Contohnya: semua Menteri Besar, sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas Perajurit
  • PENGIMBUHAN KATA MAJMUK• pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja. Contihnya: campur aduk dicampur aduk daya serap daya serapanii. apitan. Contohnya: campur aduk mencampuradukkan daya serap kedayaserapan
  • KATA GANDAa. Penggandaan penuh. Contohnya: rama-rama, pulau-pulaub. Penggandaan separa. Contohnya: lelaki, lelayang, dedaunc. Penggandaan berentak. Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak
  • Kesalahan penggunaan bentuk jamak Contoh: salah betulmereka-mereka me re karakyat-rakyat r a k ya tkita-kita k it asemua guru-guru s e mua g uruguru besar-guru besar g u r u -g u r u bes ar
  • GOLONGAN KATA Kata Nama (KN) Kata Kerja (KK) Kata Adjektif (KA) Kata Tugas
  • Kata Nama (KN)a. Kata Nama Am Contoh: baju, mimpi, idaman, pokokb. Kata Nama Khas Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan Bandaran Kelangc. Kata Ganti Nama Contoh: saudara, tuan, beta, beliau
  • Kata Kerja (KK)a. Kata Kerja Transitif: kata kerja yang mesti diikuti oleh objek. Contohnya: membeli (makanan) mendiami (kawasan) mempererat (hubungan)
  • Kata Kerja (KK)b. Kata Kerja Tak Transitif: kata kerja yang tidak diikuti oleh objek. Contohnya: bangun tersenyum membesar (kk tak transitif tak berpelengkap) beransur berbantalkan (kk tak transitif berpelengkap)
  • Kata Adjektif (KA)Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.
  • Kata TugasKata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas,penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain
  • Kata Tugasa. Kata hubung dan, atau, tetapib. Kata seru wah, amboi, aduh, aduhaic. Kata tanya bagaimana, siapa, bila, berapa
  • Kata Tugasd. Kata perintah sila, tolong, harape. Kata pangkal ayat hatta, maka, syahdanf. Kata bantu akan, pernah, sudah
  • Kata Tugasg. Kata penguat amat, sangat, palingh. Kata penegas juga, lah, tah, puni. Kata nafi tidak, bukan
  • Kata Tugasj. Kata pemeri ialah, adalahk. Kata sendi nama di, dari, dalaml. Kata pembenar ya, benar, betul
  • Kata Tugasm. Kata bilangan dua, segala, masing-masingn. Kata arah atas, sini, dalamo. Kata pembenda yang, -nya
  • Kata Tugasp. Kata penekan -nya
  • AKRONIM Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal sukukata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar.
  • AKRONIMi. Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas yang disingkatkan dengan huruf besar. Contohnya: ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)
  • AKRONIMii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: tabika (taman bimbingan kanak-kanak) cerpen (cerita pendek)
  • AKRONIMiii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar. Contohnya: Bernama ( Berita Nasional Malaysia) Mara ( Majlis Amanah Rakyat)
  • 1. Kata Ganti Nama: contoh : digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepadaaku Tuhan,beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat. digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan.patik digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan. digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/saya orang lain pada umumnya. digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta temankami atau teman-temannya apabila bercakap dengan diri orang kedua. digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang keduakita yang menjadi teman bercakap. digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kitaanda tidak berhadapan muka dengan dia.
  • digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannyaAwak/ kamu dengan kita seperti kawan/adik.tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja. digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, sepertibeliau menteri dan guru. digunakan untuk diri orang ketiga yang umumia/dia ( untuk manusia sahaja ).apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang. digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang danmana tempat.siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang.apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu.siapa-siapa, digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu.sesiapamana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
  • •KATA SENDIKata Sendi : dari dan daripadadari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah, waktu dan masa sahaja.daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan.•Kata Sendi ‘di’1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat.2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya.•Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yangmenerangkan waktu, masa dan zaman. Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahanSultan Mansor Syah. ( salah )
  • •Pada•Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa. Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi.2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan.3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau FrasaNama yang bermaksud sasaran. Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah) Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)
  • •Ke•TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALItempat,arah,waktu atau masa.•TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujukmanusia atau haiwan. Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah ) Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )
  • •kepada1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan danunsur mujarad. contoh: - Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali. - Adik memberi susu kepada kucing. - Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah.2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia. Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerahdengan segera.3. Digunakan untuk menyatakan pecahan. Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan.4. Digunakan untuk menyatakan keadaan. Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C .5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’ Contoh : daripada 70% kepada 80 %.
  • •oleh, oleh kerana dan oleh sebab•‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayatpasif.(di,ter dan kena) Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali. Budak itu kena pukul oleh ibunya.2. Yang membawa maksud sebab. Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekuranganlatihan.3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama-sama. Contoh:Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah)Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)
  • •dalam dan di dalam1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawamaksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuaratsemalam. (betul)2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif. Contoh: Air perigi itu sungguh dalam.3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruangfizikal) Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.
  • •antara dan di antara•‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidakmempunyai ruang atau jarak. Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah) Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul)2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarakruang fizikal. Contoh :Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian.(salah)Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian. (betul)
  • •demi dan untuk•Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakansekali. Contoh : - Kita mesti hidup bersatu padu demi untukkesejahteraan negara.(salah) - Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraannegara.(betul)
  • •KATA PEMERI :ialah dan adalah•ialah•Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antarasubjek dengan predikat berpola FN + FN.•Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama.Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat. Contoh1 : Angin ialah udara Udara ialah angin Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah) Singapura ialah jiran Malaysia. (betul)•adalah•Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikatyang berpola FN + FA atau FN + FS. 2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yangdisebut sebelumnya. Contoh : Perkara ini adalah sangat penting. Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.
  • •KATA NAFI•Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak.2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendinama(FS). Contoh : Ini bukan buku saya. Sumbangan itu bukan daripada Ali.3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif(FA). Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah) Dia tidak memanggil saya. (betul) Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah) Ayah tidak sihat hari ini. (betul)
  • •KATA ADJEKTIF• Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului ataudiikuti dengan Kata Penguat Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/ amat pintar sekali / sangat enak sekali/ teramat pandai / tinggi sekali2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabilabertugas sebagai predikat dalam ayat. Contoh : Baju itu cantik (subjek) (predikat)3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLUdiikuti oleh perkataan sekali.
  • •KATA PENGUAT ADJEKTIF•Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif. Contoh : terlalu nakal / lambat benar2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum KataAdjektif. Contoh : Sungguh amat merdu Terlalu amat pedih3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka KataPenguat TIDAK DIPERLUKAN lagi. Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.(salah ) Ali pelajar yang tercerdik. (betul ) Ali pelajar yang paling cerdik.
  • •PENJODOH BILANGAN•Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata namaAbstrak. Contoh:Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima.(salah)Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul)2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi KataBilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah,sebahagian dan para. Contoh:Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah.(salah)Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)
  • •KATA TANYA• Apa dan Siapa Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untukmenanyakan nama benda atau binatang sahaja. Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untukmenanyakan nama manusia.2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam AyatPenyata.
  • •BUNYI HAIWANnyamuk - dengungular - desisburung - kicauankeldai - meringkikitik - mengakaktikus - berdecit-decitterkukur - berkukurserigala - meraungcengkerik - mengilaiberuang - menderampuyuh - berdengutgajah - bertempik
  • harimau - mengaumanak ayam - mencicittebuan - berdengungkumbang - berdengunganjing - menyalak / berdengkingkambing - mengembekkatak - berdengungkuda - berdengusikan - berdengussinga jantan - mengaumkera - mengerih
  • •BAHASA ISTANAberadu - tidurmurka - marahgering - sakitkaus - katilwakil Mahkota - wakil rajasantap - makanbersiram - mandikurnia - menganugerahkanbertitah - berkata
  • jenazah - mayatdinobat - dilantikBersemayam - tinggalpeterana - tempat dudukpermaisuri - isteri rajaberdaulat - bertuahbahtera - kapalSepersalinan - sepasang bajualmarhum - arwah
  • KATA BILANGAN•KATA BILANGAN•Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilanganpisahan tiap-tiap, dan kata himpunan kedua-dua dansebagainya tidak boleh dipisahkan.•Contoh: 1. Setengah orang tidak suka akan durian.(salah) Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak suka akandurian. (betul) 2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul) 3. Kedua orang itu anggota polis. (salah) Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul) 4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah) Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. (betul)
  • •KATA BILANGAN•Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh diulangmenjadi para-para.Contoh: 1. Para-para peserta sedang berbaris. (salah) Para peserta sedang berbaris. (betul)•Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga danseterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengankata bilangan pecahan. Contoh: 1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah) Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul) 2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah) Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
  • Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu1. Kesalahan Dari Segi KataKesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yangterdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kataadjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dansebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujukkesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM,penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan penggunaterkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untukdia atau beliau. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diriianya yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi katabilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yangmenunjukkan jamak seperti semua digunakan pada kata namayang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan katabilangan himpunan yang berawalan ber.. yang perludigandakan.
  • Contohnya;Semua pelajar-pelajar (Salah)Semua Pelajar (Betul)Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah)Kebanyakan penghuni (Betul)Berminggu lamanya (Salah)Berminggu-minggu lamanya (Betul)
  • Begitu juga pada penggunaan hukum DM(Diterangkan dan Menerangkan).ContohnyaKlinik Aminah atau Aminah Klinik,Contoh lain adalah;Lain-lain hal (Salah)Hal-hal lain (Betul)Lain-lain agenda (Salah)Agenda-agenda lain (Betul)
  • Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan penjodoh bilanganbuah, dan orang’, pada kata bilangan himpunan seperti semuabuah rumah atau semua rumah, Contoh lain adalah seperti; Kebanyakan buah kedai (Salah) Kebanyakan kedai (Betul) Beberapa orang pelajar (Betul) Beberapa pelajar (Salah)Penjodoh bilangan orang tidak boleh digunakan pada katabilangan tak tentu kecuali kata bilangan beberapa. Sementarakesalahan yang paling ketara apabila menggunakan katabilangan ramai dan banyak. Kedua-dua kata bilangan tersebutbermaksud jamak, namun kata banyak lebih merujuk padajumlah bilangan sementara kata ramai menggambarkan jumlahpada keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan pulaseperti setengah tidak boleh berada bersebelahan kata bilangantentu. Contohnya tiga suku kilometer atau tiga kilometer suku.
  • •Kesalahan Dari Segi Kata KerjaKesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata kerjatransitif dan kata kerja tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jeniskata kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat. Contohnyamenentukan kesalahan sama ada ibu menanak akan nasi atau ibumenanak nasi. Contoh kesalahan lain adalah;Ayah menanam akan pokok (Salah)Ayah menanam pokok (Betul)Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja mestilah diikuti denganobjek frasa nama. Contoh lain;Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah)Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)
  • Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja taktransitif seperti tidur berbantalkan lengan atautidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitankata kerja tak transitif ber..kan, tidakmemerlukan lagi sebarang kata sendi setelah katakerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja taktransitif ber-. Contoh kesalahan lain adalahseperti;nenek tidur berbantal lengan (Salah)Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul)Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)
  • Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukanapabila menggunakan kata kerja pasif diri pertamadan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya;Baju itu kakak jahit (Salah)Baju itu dijahit oleh kakak (Betul)Kuih itu dimakan oleh saya (Salah)Kuih itu saya makan (Betul)
  • 2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kanSering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaanapitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebihmengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan-apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi danmaksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga ataugadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i danmemper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yangberbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah;Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah)Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul)Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah)Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya(Betul)
  • Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak bolehdigunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif.Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya;Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah)Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul)Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kenapada objek utama. Contohnya;Doktor menjalani pembedahan (Betul)Doktor menjalankan pembedahan (Betul)Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yangberlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedahsementara ayat kedua doktor yang membedah.
  • 3. Kesalahan Penggunaan Kata AdjektifKesalahan lebih tertumpu pada kesalahanpenggunaan kata penguat hadapan dan kata penguatbelakang seperti sekali, paling, sungguh dansebagainya mahupun pada imbuhan ter... yangmenunjukkan paling. Contohnya;Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah)Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul)Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah)Rumah itu yang terbesar (Salah)Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)
  • Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidakboleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahanjuga dapat dikesan pada penggunaan kata penguatsangat atau paling’ pada kata adjektif yang digandakanyang juga telah menunjukkan sangat atau palingtersebut. Contohnya;Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar(Salah)Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul)Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah )Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)
  • 1. Kesalahan Penggunaan Kata SendiRamai yang terkeliru apabila menggunakan kate sendi dari dan daripada dalam ayat. Contohnya;Kita kini berada di zaman sains dan teknologi (Salah)Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi (Betul)Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila menggunakan kata sendi di’ dan ke’ pada kata yang menunjukkan ruang, tempat. Contohnya;Malah di antara pendapat tersebut (Salah)Malah antara pendapat tersebut (Betul) Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Salah) Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Betul)Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya (Salah)Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya (Betul)
  • 1. Kesalahan Dari Segi Kata HubungKesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung apabila bagi menggantikan kata tanya bila. Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata apabila dan bila. Contohnya;Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah)Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)
  • Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung yangdan bahawa pada ayat pancangan. Kita kerapmenyamakan penggunaan kedua-dua kata hubungtersebut. Contohnya;Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah)Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)
  • 6. Kesalahan Penggunaan Kata MajmukKesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengankesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak ataumenggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempangdigunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yangdigandakan.Contohnya;Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah)Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul)Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah)Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul)Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisahitu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagaisatu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut.Contohnya setiausaha-setiausaha.
  • 1. Kesalahan Penggunaan Kata GandaKata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama ada kata tersebut kata nama, kata kerja dan sebagainya. Hanya yang perlu diberi perhatian ialah kata ganda yang menunjukkan jamak yang digunakan bersama-sama kata bilangan. Contohnya; Semua barang-barang itu (Salah) Semua barang itu (Betul) Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah) Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam (Betul)
  • Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata gandayang jelas menunjukkan ‘sangat, paling, sungguh atau saling. Bagi kata-kata tersebut tidakperlu lagi dituliskata sangat, sungguh tersebut. Contohnya; Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah) Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul) Mereka saling bersalam-salaman (Salah) Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)
  • 8. Kesalahan Penggunaan Kata PemeriAspek penggunaan kata pemeri adalah dan ialahkerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan penggunabahasa tidak memahami fungsi kata tersebut.Contohnya; Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah) Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul)Jelasnya kata pemeri adalah digunakan pada kataadjektif atau kata sendi sementara kata pemeri ialahdigunakan pada kata nama.
  • 9. Kesalahan Dari Segi EjaanKesalahan ejaan yang paling ketara ialah mengeja kata yangdipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa atau bahasaasing yang lain. Terdapat juga kegagalan mengeja kata asaldalam bahasa Melayu. Contohnya; Pamer atau pamir , Calon atau calun Oditorium atau auditoriumTerdapat juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah ejakerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa Melayu.Contohnya; Raksaksa atau raksasa , nenas atau nanas,tauladan atau teladanKesalahan dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan diatau ke pada kata, sama ada perlu dieja rapat atau dijarakkan.Begitu juga kata sendi tersebut yang digunakan pada keadaanyang tidak menunjukan ruang atau tempat. Contohnya; Mengucapkan tahniah di atas kejayaan (Salah) Mengucapkan tahniah atas kejayaan (Betul)
  • 10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan Kadang kala imbuhan yang digunakan padasesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada katapengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbulapabila menggunakan awalan tertentu, contohnyasama ada menggunakan awalan ‘per’ atau pe padakata dasar ‘laksana. Kesalahan dari segi imbuhan jugadilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepatdengan kata dasar yang digunakan. Contohnyamenentukan penggunaan imbuhan menge... Perserta atau peserta Pemprosesan atau pemerosesan Mengambarkan atau menggambarkan Mengcat atau mengecat
  • 1.Kesalahan Dari Segi Ayat Selain struktur ayat yang salah dan tergantung, kesalahanayat dapat dilihat daripada kesalahan pada ayat nafi, ayat tanyadan ayat pasif. Kekeliruan timbul untuk menentukan samaada untuk menggunakan bukan atau `tidak pada ayat nafi.Begitu juga kesalahan menggunakan partikel kah dalam ayattanya. Contohnya; Dia membeli baju itu bilakah? (Salah) Bilakah dia membeli baju itu? (Betul) Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri pertama dan ayatpasif diri ketiga. Contohnya; Nota itu Azman taip (Salah) Nota itu ditaip oleh Azman (Betul) Ikan itu dipancing oleh saya (Salah) Ikan itu saya pancing (Betul)
  • Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayatgabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasasendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa senditersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya; Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johoratau Melaka (Salah) Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johoratau di Melaka (Betul)
  • Peribahasa MaksudAda padi semua Semua pekerjaan dapat dilaksanakankerja jadi, ada sekiranya ada kemampuan, kemahiranberas semua kerja atau bayaran.deras.Ada ubi ada batas, Perbuatan jahat akan dibalas juaada hari boleh akhirnyabalas.Adat juara menang Dalam setiap usaha mesti terdapatkalah. untung ruginyaAir dicincang tiada Perselisihan antara saudara, tidakputus. akan memutuskan persaudaraan itu.Air yang tenang Orang yang diam bukan pengecut.jangan disangkatiada buaya.
  • Alah membeli Biar membeli barangan yang mahalmenang memakai. sedikit, asalkan tahan lama.Bagai balak Orang yang gemuk dan malasterendam. bergerak.Bagai Belanda Orang yang telah diberi sedikit namunminta tanah. minta banyak lagi.Bagai berkain tiga Berada dalam keadaan yang serbahasta. tidak cukup.Cacing hendak Orang kecil-kecilan yang hendakmenjadi naga. menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya.Carik-carik bulu Pergaduhan antara keluarga, akhirnyaayam, lama-lama akan berbaik juga.bercantum juga.
  • Cubit paha kanan, Jika seseorang ahli keluargapaha kiri sakit juga. mendapat susah yang lain akan turut susah.Dapat durian Mendapat keuntungan atau kekayaanruntuh. dengan mudah.Dapur tidak Terlalu miskin.berasap.Daripada Daripada tidak ada langsung sedikitcempedak baiklah pun cukuplah.nangka.Embun di hujung Bersifat sementara, tidak kekal.rumput.Enggang sama Berkawan dengan orang yang samaenggang, pipit taraf dengan kita.sama pipit.
  • Gajah mati Orang baik meninggalkan nama yangmeninggalkan baik dan orang jahat meninggalkantulang, harimau nama yang jahat setelah meninggalmati meninggalkan dunia.belang, manusiamati meninggalkannama.Gajah sama gajah Raja-raja yang berselisih, rakyat yangberjuang, pelanduk mendapat kesusahanmati di tengah-tengah.
  • •Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataanAntarabangsa, tandatangan,pesuruhjaya, suruhanjaya,bumiputera, jawatankuasa, sukarela,kerjasama, kakitangan, setiausaha,olahraga, tanggungjawab,warganegara, matahari, beritahu.
  • Rangkai kata umum berimbuhan•Kata yang menerima awalan atau akhiransahaja ditulis sebagai dua perkataan.•Contohnya: diambil alih, menerima pakai,kenal pastikan, diguna semula.•Kata yang menerima apitan ditulis sebagaisatu perkataan.•Contohnya: pengambilalihan,pengenalpastian, pengemaskinian.
  • Penjamakan Kata Majmuk•Mengulang sesuatu kata (menggandakan katamajmuk – melibatkan perkataan pertama)•Contoh alat tulis => alat-alat tulis guru besar => guru-guru besar kapal terbang => kapal-kapal terbang
  • •Penjamakan Kata Majmuk•Menggunakan kata yang membawa maknajamak (menggunakan penanda jamak)•Contohnya semua menteri besar (√) semua menteri-menteri besar (X) banyak kapal terbang (√) banyak kapal-kapal terbang (X)
  • Pengimbuhan Kata Majmuk•Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atauakhiran tetap dieja secara terpisah.•Contohnya: campur aduk => bercampur aduk ambil alih => mengambil alih daya serap => daya serapan•Pengimbuhan Kata Majmuk•Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secarabercantum (menjadi satu perkataan)•Contoh campur aduk => mencampuradukan ambil alih => pengambilalihan daya serap => kedayaserapan
  • Kata Pemeri (ialah)•Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan,dan hadir di hadapan frasa nama•Contoh:•Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu.•Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialahpentingnya membaca.Kata Pemeri (adalah)•Kata pemeri adalah digunakan secara huraian, hadir di hadapanfrasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: •Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas. •Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah untuk pelajar yang cemerlang.
  • Kesalahan Adalah dimaklumkan bahawa sekolahakan ditutup esok (X) Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolahakan ditutup esok (√)
  • Partikel•Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, -lah, -tah, -kahdan pun.•Partikel –lah, -tah, dan –kah ditulis serangkai dengan katadasar yang mendahuluinyaContoh:Buatlah, biarlah, apatah, benarkahPartikel•Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya.•Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisahContoh: dia pun pergi, sekali pun engkau belum bayar
  • Partikel•Ada 13 perkataan yang telah ditetapkanejaannya supaya ditulis serangkai denganpartikel pun.•Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun,kendatipun, lagipun, andaipun, biarpun,meskipun, bagaimanapun, ataupun, sekalipun,sungguhpun
  • Kata Ganti Singkat•Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif)ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.•Contoh: Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat kaulambaiKata Ganti Singkat•Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai akhiranditulis serangkai dengan yang mendahuluinya.•Contoh rumahku, rumahmu, rumahnya untukku, untukmu, untuknya
  • Kata Ganti Singkat•Kata Ganti singkatan mu dan nya yangmerujuk nama Tuhan hendaklahdigunakan huruf besar sebagai hurufpertama dan tanda sempang perlu ditulissebelum kata ganti singkatan itu.•Contoh Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku. Kita memohon petunjuk-Nya.
  • •Adakah ayat “Bola itu ditendang oleh saya”menyalahi tatabahasa?•Ayat tersebut memang salah kerana ayattersebut ialah ayat pasif kata ganti pertama(saya).•Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dankedua, kata ganti nama hendaklah hadirsebelum kata kerja pasif.Contohnya: Bola itu saya tendang. Pakaian itu kami simpan di dalam almari. Makanan itu engkau makan sampai habis.
  • Sehubungan dengan itu atau sehubunganitu?•Bentuk yang lebih tepat ialahsehubungan dengan itu.•Hal ini demikian kerana sehubunganmembawa maksud ‘sama hubungan’.•Sehubungan dengan itu bermaksudsama hubungan dengan itu.•Lebih mantap jika ditulis “Sehubungan dengan hal/perkaraitu…”
  • Dari semasa ke semasa atau dari masa kesemasa?•Binaan kata sendi nama dari dan ke tidakmembenarkan pengguguran se- secaraberasingan.•Sekiranya bentuk se- pada bahagianpertama digugurkan, pengguguran bentukyang sama hendaklah dilakukan juga padafrasa sendi nama yang kedua untukkeseimbangan (bunyi)
  • Penggunaan saling sayang-menyayangi•Bentuk tersebut adalah salah.•Hal ini disebabkan sayang-menyayangi, kasih-mengasihi, bantu-membantu merupakanperbuatan yang saling berbalasan danpenggunaan saling tidak diperlukan lagi.•Oleh sebab itu, bentuk di atas bolehdigunakan seperti yang berikut: sayang-menyayangi saling menyayangi kasih-mengasihi saling mengasihi
  • Pelancong itu tertarik __________sikap ramah-tamah penduduk diMalaysia.A olehB akanC tentangD dengan
  • Pelancong barat lebih suka________ di bawah matahari.A dijemurB berjemurC terjemurD menjemur UPSR2000:21
  • buah, biji, baris, buku, ekor,das, jambak, genggam,kajang, untai, laras, pucuk,lembar, papan, keping, hiris
  • Untuk memasak gulai itu, kitaperlu memasukkan ___________asam gelugur dan beberapa___________ bawang putih.A sepotong...bijiB sehiris...ulasC seketul...bijiD sekeping...ulas UPSR1992
  • ada angin, anak buah, angkat kaki,bendera putih, batu api, cahaya mata,darah daging, gaji buta, harga mati,harga pokok, jaga hati, jauh hati,kepala batu, khabar angin, langkahkanan, makan angkat,mata duitan,omong kosong, sebatang kara, tahanlasak
  • Kecantikan corak kain-kain batikitu menyebabkan pelancong Jepunitu __________ sehingga dia tidaktahu yang mana satu hendakdibelinya.A gelap mataB putih mataC rambang mataD rabun mata UPSR1994:26
  • Gadis ________ yang memperagakanminyak wangi dalam iklan televisyenitu ialah sepupu saya.A lembutB pemaluC elokD ayu UPSR2002:25
  • Kesalahan penggunaan kata atauistilahContoh:Perkarangan rumah saya sangatbersih.Sepatutnya :Pekarangan rumah saya sangatbersih.
  • Contoh:Kedua ibu bapa saya guru.Sepatutnya :Kedua-dua ibu bapa saya guru.
  • Contoh:Bila hari hujan, latihan sukan terpaksadiberhentikan.Sepatutnya :Apabila hari hujan, latihansukan terpaksa diberhentikan.
  • Kesalahan Struktur AyatLantai ini kamu mesti cuci.(Salah)Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul) Nota itu Azman taip.(Salah)Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)
  • Kesalahan penggunaan sendi nama danawalan di dan ke- Penggunaan sendi nama untuk menunjukkan tempat atau arah, hendaklah ditulis terpisah.Contoh: salah betul didunia di dunia kebawah ke bawah diantara di antara keseluruh ke seluruh
  • Kesalahan Ejaan Jurukur / Juruukur / Juru ukur ? Istirehat / Istirahat ? Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ? Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?
  • Kesalahan EjaanContoh: salah betul olih oleh bolih boleh bilek bilik masok masuk lebeh lebih anih aneh
  • Kesalahan Tanda bacaContoh: salah betul tahun 1930an tahun 1930-an kehendakNya kehendak-Nya seMalaysia se-Malaysia antiAmerika anti-Amerika ke2, ke 2 ke-2
  • Tanda baca membezakan makna.Contoh: Ini jambu monyet. Ini, jambu monyet. Ini jambu, monyet.
  • Kesalahan ImbuhanTidak menggunakan imbuhan pada katayang sepatutnya menerima imbuhan.Contoh :Kakak tanak nasi.Sepatutnya :Kakak menanak nasi.“Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.
  • Menggunakan imbuhan yang tidak tepatatau tidak sesuai.Contoh :Mike Tyson seorang peninju.Sepatutnya :Mike Tyson seorang petinju.
  • Menggunakan imbuhan di tempat yangtidak perlu dibubuh imbuhan.Contoh :Saya meninggal di Muar.Sepatutnya :Saya tinggal di Muar.
  • KGD saya, Bola ini saya sepak. √ I aku, Bola ini disepak oleh saya. × kami.KGD awak, Buku ini awak balut. √ II kamu, Buku ini dibalut oleh awak. × anda.KGD Ali, ibu, Bunga ini ibu tanam. × III dia, Bunga ini ditanam oleh ibu. √ beliau.
  • √ √√ √√ √√ √√ √
  • √ √√ √√× ×× ×× ×