Mahar

1,106
-1

Published on

IFL

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,106
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
30
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Mahar

  1. 1. Mahar / Mas Kahwin Groupmates: HO KAH LENG (A132074) LAM KIAN YIP (A132158) NUR HANISAH BINTI HASIB (A132309) KOH SUET YEEN (A132504) CHUAH CHONG YEN (A132934)SARAH SAFIA BINTI KAMAL FASHA (A132962) REMYZEN BIN MOKSIN (A133516) NAQIAH BINTI AZIZAN (A133518)KAMAR AINAA BINTI KAMARUDDIN (A134090)JOSHUA RYAN A/L JAMES MOHAN (A134280)
  2. 2. Definisi Mahar• Menurut istilah syarak, Mahar atau di kenali dengan Mas Kahwin ialah suatu pemberian yang diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan yang menjadikan ianya hak isteri.
  3. 3. Hukum Mahar  Seorang suami di-WAJIB-kan memberi Mahar kepada isterinya walaupun Mahar itu bukan salah satu daripada syarat sah atau rukun nikah. Jika tidak disebutkan Mahar di dalam akad nikah atau ada perselisihan di dalamnya, maka pernikahan tersebut tetap sah. Kewajipan Mahar telah disebutkan dalam Al-Qur’an, Surah an-Nisa’: 4 yang tafsirnya : "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin- maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."
  4. 4. Syarat Mahar Mahar atau Mas Kahwin yang diberikan kepada pihak isteri itu mestilah merupakan sesuatu benda yang boleh dijual beli atau sesuatu yang ada harga atau boleh sewa sama ada yang nampak (ada di tangan seseorang) atau hutang yang dalam tanggungan. Syarat lain :1. Hendaklah Mahar itu terdiri daripada sesuatu yang suci dan bukan sesuatu yang haram. - Contoh seperti arak, bangkai, babi.2. Hendaklah Mahar itu dalam milik atau kuasa suami. - Contoh seperti barang curian, rampasan atau barang yang memang tidak dimilikinya3. Hendaklah Mahar itu bersih daripada sebarang penipuan, seperti sesuatu yang tidak ada atau tidak diketahui sama ada pada jenis, jumlah atau sifatnya. -Sebagai contoh, menjadikan rumah atau binatang ternak atau sebagainya.
  5. 5. Syarat Mahar (samb.)4. Demikian juga tidak sah dijadikan Mahar sesuatu yang belum sempurna miliknya, seperti barang belian yang belum diterima (qabadh) atau sesuatu yang tidak mampu untuk diserahkan. - Contohnya burung yang terbang di udara atau binatang liar di dalam hutan atau ikan di lautan.5. Hendaklah Mahar itu mempunyai nilai dan manfaat mengikut syara’ seperti memberi khidmat kepada pihak isteri. - Sebagai contoh, memelihara kambing si isteri dengan masa yang tertentu, menjahit pakaiannya, mengajar Al- Qur’an, mengajar sya‘ir yang dibolehkan oleh syara‘, mengajar menulis atau bertukang.
  6. 6. Mahar di MalaysiaDi negeri Kedah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan,diperuntukkan Mahar hendaklah biasanya: – dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya, – kepada pihak perempuan atau wakilnya, – di hadapan orang yang mengakad perkahwinan, – dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.Di Johor, diperuntukan: – Mahar atau belanja dan hantaran atau kedua-duanya sekali bolehlah dibayar oleh suami atau wakilnya, – kepada isteri atau wakilnya, – dengan tunai atau , – berhutang samada dengan cagaran atau jaminan atau tidak, – dan hendaklah diperbuat di hadapan jurunikah dan dua orang saksi.
  7. 7. Mahar di Malaysia (samb.)Di Pahang, Mahar hendaklah:– dibayar oleh suami atau wakilnya– kepada isteri atau wakilnya dengan tunai atau– berhutang di hadapan jurunikah dan dua orang saksi.Di Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, NegeriSembilan, Perlis dan Perak diperuntukan Mahar hendaklah:– dibayar oleh suami atau wakilnya kepada– isteri atau wakilnya semasa pernikahan– dan di hadapan dua orang saksi.
  8. 8. Kadar MaharKadar Mas Kahwin atau Mahar telah ditetapkan oleh pihak berkuasaagama negeri-negeri.Bagi negeri yang tidak membezakan kadar dengan statusperkahwinan pengantin perempuan, Negeri Jumlah Mas Kahwin Johor RM 22.50 Melaka RM40.00 Perak RM101.00 Pulau Pinang RM24.00 Pahang RM22.50 Sarawak RM120.00 Labuan RM80.00
  9. 9. Kadar Mahar (samb.)Bagi negeri yang membezakan kadar dengan statusperkahwinan pengantin perempuan.Negeri Dara JandaSelangor & K.L RM 80.00 RM 40.00Negeri Sembilan RM24.00 RM12.00Sabah RM 100.00 RM 80.00dan di Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan jumlahMahar tidak ditetapkan oleh pemerintah.
  10. 10. Jenis Mahar 1. Mahar Misil (Mahar yang sepadan): Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Mahar tersebut hendaklah diqiaskan (disamakan) dengan Mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri. -seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan Mahar perempuan-perempuanlain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakatSekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dantradisi setempat.
  11. 11. Jenis Mahar (samb.) Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan Mahar Misil ialah dari sudut: Rupa paras, Kekayaan, Keadaan setempat, Keagamaan , Ketakwaan, Keilmuan, Kecerdasan fikiran , Keluhuran budi, Status perkahwinan pengantin perempuan tersebut sama ada gadis atau janda, Perkara-perkara lain yang boleh dijadikan penilaian.
  12. 12. Jenis Mahar (samb.) 2. Mahar Muthamma:Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatuakad nikah .Ulama’ telah bersepakat bahawa Mahar musamma wajib dibayar olehsuami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atauisteri.
  13. 13. Isu Berkaitan Mahar (samb.) • Isu-isu berkaitan Mahar biasanya boleh dibahagikan dengan 4 kategori: 1) Keadaan bila gugur SEMUA Mahar? -Apabila isteri murtad sebelum berlaku persetubuhan. -Apabila suami menceraikan isteri sebelum persetubuhan dan kadar mas kahwin belum ditetapkan. 2) Keadaan bila gugur SEPARUH Mahar?-Apabila suami -Apabila suamimurtad sebelum menceraikan isteriberlaku sebelumpersetubuhan. persetubuhan dan kadar Mahar telah-Apabila suami ditetapkan.menceraikanisteri selepaspersetubuhan.
  14. 14. Isu Mahar (samb.)3) Keadaan bila suami wajib membayar semua Mahar? -Apabila penceraian berlaku selepas persetubuhan. -Apabila suami telah menetapkan bahawa mas kahwin akan dibayar sebelum persetubuhan,isteri berhak menghalang suami daripada menyetubuhinya sehingga suami membayar mas kahwin.4) Keadaan bila suami atau isteri meninggal dunia sebelum persetubuhan, bagaimana dengan mas kahwin? -Jika suami yang mati sebelum persetubuhan, warisnya wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada janda tersebut. -Jika isteri yang mati sebelum persetubuhan, pihak suami wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada waris keluarga isteri.
  15. 15. Kes Berkaitan MaharKes : Janat lwn Sheikh Khuda Baksh (1911) 2 FMSLR 61– Dalam kes ini, telah diputuskan bahawa maskahwin hendaklah dibayar dengan wang. Barang-barang yang diberi tidak boleh dianggap sebagai sebahagian maskahwin kecuali dapat dibuktikan oleh suami terdapat persetujuan oleh isteri terlebih dahulu.Kes : Rosnah lwn Ibrahim (1979) 1 JH (2) 94– Dalam kes ini, isteri telah diceraikan dan menuntut maskahwinnya RM58 dan baki perbelanjaaan kahwin sebanyak RM300. Kadi memutuskan bahawa maskahwin RM58 telah dijelaskan dan pihak suami dikehendaki membayar baki perbelanjaan kahwin sebanyak RM300.Kes : Salma lwn Mat Akhir (1983) 5 JH 161– Dalam kes ini, isteri yang telah dicerai telah menuntut pembayaran maskahwin sebanyak RM600 yang belum dibayar oleh bekas suami walaupun setelah mereka melakukan persetubuhan. Bekas suami telah mendakwa bahawa tuntutan itu telah ditinggalkan oleh isterinya dan bersetuju suaminya tidak perlu membayar maskahwin tersebut. Namun, isteri tersebut menafikan tuntutan tersebut. Bekas suami memanggil 2 orang saksi namum keterangan mereka ditolak atas sebab mereka tidak melihat orang yang bercakap itu. Mahkamah telah memberikan penghakiman kepada pihak menuntut, supaya membayar baki RM600 maskahwin yang tertunggak.
  16. 16. Terima Kasih! =D

×