Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)

on

  • 565 views

 

Statistics

Views

Total Views
565
Views on SlideShare
565
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
17
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1) Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1) Document Transcript

  • Sistem Latihan Dual NasionalNoor Azyani A. Jalil1, Rawiyah Abd Hamid2, Ijlal Saja3, Hazwani Husna Zainudin4Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.noorazyannie@gmail.com, rh521575@gmail.com, arabiah_smile@yahoo.com,husnazainudin@gmail.comAbstrakSLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. Dual bermaksudlatihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yang sebenar dan institut latihan.Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan. Artikelmembincangkan mengenai aplikasi SLDN itu sendiri juga membincangkan mengenai kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman yang boleh meningkatkan penggunaan sistem ini diMalaysia. SLDN salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti pekerja di Malaysia.Kata kunci: SLDN, syarikat, institut latihan.AbstractNDTS is a shortform for National Dual Training System. Dual stands for training in dualsituation learning, in real workplace and learning institute. It being managed by joint ventureof companies and learning institutes in Malaysia. This article disscussing the application ofNDTS in our education system and also expalin about the SWOT analysis which are thestrenghts, weaknesses, opportunities, and threats that can increased the used of NDTS inMalaysia. It is known NDTS also one of an effort to increase the quality of workers inMalaysiaKeywords: NDTS, companies, learning institutes1.0 PengenalanSLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. Dual bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yangsebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuatpada 19 Mei 2004 dan perasmiannya telah dilaksanakan oleh YAB Perdana
  • Menteri Malaysia pada 3 Mei 2008. Ini adalah berikutan hubungan kerjasamayang terjalin di antara kita Malaysia dengan negara Jerman pada 1996. Satuhasil penyelidikan telah ditemui dan seterusnya mengesyorkan bahawahubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jerman harus diperkukuhkan lagipada masa hadapan. Hubungan kerjasama antara Malaysia dan Jerman inidipanggil Projek Sistem Dua Hala (DSP). Pembentukan DSP ini terdiridaripada pemimpin pasukan Jerman bersama-sama dengan empat ahli lainyang dilantik secara sepenuh masa. Jangka masa untuk projek ini ialah bermulapasa tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 (DSP,2001).2.0 Definisi KonsepKonsep pembelajaran SLDN ini telah lama digunakan di negara Jerman. Didalam sejarah Jerman sistem ini merupakan sistem yang panjang dimana iatelah diterapkan seawal abad ke 20 dan latihan apperantice telah bermula sejakabad ke 17. Matlamat utama SLDN di negara Jerman ini dilaksanakan adalahkerana pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum mudadengan kelayakan yang diperakui. Selain itu juga di negara Jerman ini terdapatperangkaan undang-undang dimana akta undang-undang yang mantap telahdisediakan. Akta undang-undang tersebut adalah Vocational Training Act 1969untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihandi sekolah-sekolah.Titik permulaan pembelajaran SLDN ini masih lagi baru dalam sistempendidikan di negara kita. Konsep pembelajaran di negara Malaysia bermulaapabila perjanjian usaha sama di antara negara Jerman dan Malaysia di lakukanpada pertengahan tahun 1990-an. Tujuan utama konsep SLDN ini dilaksankandi Malaysia adalah khusus kepada keperluan tenaga pekerja yang berkemahiranuntuk kepentingan dan meningkatkan ekonomi Malaysia semata-mata. Selainitu juga, di negara Malaysia belum lagi terdapat undang-undang yang khususdiakta kan untuk konsep pendidikan ini.
  • Selain meningkatkan ekonomi di negara kita, objektif utama yangdifikirkan adalah melahirkan tenaga pekerja yang berketrampilan k-pekerjadimana merangkumi kompetensi teknikal, kemahiran sosial dan kemanusianserta metodologi pembelajran. Seterusnya melahirkan mereka yamg sanggupuntuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat, berupaya bekerja dalamjaringan dan berkumpulan serta berupaya untuk menjangka keperluan masahadapan di tempat kerja.Pada Julai 2008, CIAST telah diberikan mandate oleh kerajaan negarakita bagi memberi latihan kepada pusat-pusat yang telah didaftarkan denganSLDN. Selain daripada CIAST pusat-pusat latihan yang turut terlibat adalahMajlis Amanah Rakyat (MARA), Kolej Komuniti – Kementerian PengajianTinggi, Jabatan Tenaga Manusia dan Institut Kemahiran Belia Negara.3.0 Aplikasi Sistem Latihan Dual NasionalSehingga bulan Jun 2007, penyertaan syarikat-syarikat dalam pelaksanaanSistem Latihan Dual Nasional adalah tidak menggalakkan. Sebanyak 31syarikat yang menaja 929 perantis, diantaranya ialah Daimler Chrysler (M)Sdn. Bhd., Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd., Tractors Malaysia Sdn.Bhd., Majuikan, HICOM Engineering Sdn. Bhd., Panasonic HA AirConditioning (M) Sdn. Bhd., Chelos Sdn. Bhd., UEM Group Berhad,Elektrisola (M) Sdn. Bhd. dan sebagainya.Faktor utama yang mengehadkan pelaksanaan SLDN ini termasuklahkurangnya penglibatan syarikat sederhana dan kecil, bilangan yang terhad bagiKurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) dan bilangan latihan diinstitusi yang terhad untuk meliputi semua latihan pekerjaan atau industri yangpelbagai.Ianya juga telah melibatkan pelbagai pusat latihan bertauliah daripelbagai kementerian dalam negara seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP),Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dan sebagainya (Jailani, 2006; JPK,2009). Statistik penglibatan pelatih, pusat latihan bertauliah dan syarikat
  • industri ini terus meningkat dan mendapat sambutan dari tahun ke tahunsepanjang perlaksanaan SLDN.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK sendiri, sehinggabulan Disember tahun 2010 terdapat sejumlah 25, 021 orang pelatih yangsedang menjalani atau telah menyelesaikan program latihan di bawah sistemdual ini yang mana ianya telah melibatkan sekitar 1028 syarikat perindustriandan 119 pusat latihan bertauliah yang berbeza (JPK, 2010). Berdasarkanstatistik yang dikeluarkan ini juga, didapati bahawa fasa pertama pelaksanaanSLDN yang dijalankan bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini tidakberjaya dengan sepenuhnya mencapai target enrolmen iaitu matlamatmengeluarkan sejumlah 31, 500 orang pekerja mahir menjelang tahun 2010sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.Rajah 1. Graf Pencapaian SLDN sehingga Tahun 2010Bagi mengembangkan perlaksnaan sistem ini,terdapat empat pakej yangberbeza telah dibangunkan dan ciri-ciri pakej tersebut ialah:Pakej A
  • Program latihan selama dua tahun di syarikat dan institusi latihan Penanda arasbagi latihan ialah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atauKurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) Perantis yang berkelayakanakan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Perantis dipilih olehsyarikat sama ada lepasan sekolah atau majikan yang sedia ada.Pakej BMenjalani latihan dalaman yang sedia ada yang dijalankan oleh syarikat-syarikat. Syarikat-syarikat mewujudkan usaha sama dengan Pusat Bertauliahyang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan KemahiranPenanda aras bagi kualiti latihan ialah Standard Kemahiran PekerjaanKebangsaan (SKPK) atau Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK)Perantis yang berkelayakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Perantis dipilih oleh syarikat sama ada lepasan sekolah atau majikanyang sedia ada.Pakej CPusat bertauliah telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran danmembangun dan menguruskan program latihan SLDN. Pusat yanng bertauliahtersebut akan menghantar perantis kepada syarikat untuk menjalani programlatihan pekerjaan atau industri.Pakej DProgram latihan yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahirantetapi terdapat usaha sama diantara pusat yang bertauliah dengan syarikat yangterlibat dan telah didaftarkan dibawah SLDN. Perantis yang dipilih ialahpekerja yang berkerja dengan syarikat yang terlibat dengan SLDN atau calonperantis dipilih dari pangkalan data SLDN.
  • Rajah 2 : Carta Alir Proses Perlaksanaan Sistem LatihanDual Nasional.
  • Diantara contoh aplikasi SLDN ialah yang melibatkan industri ialah SyarikatCubic Group SDN BHD, syarikat ini mengaplikasikan metodologi SLDNdibawah Cubic Integrated Learning dimana ia boleh mengurangkanpengeluaran tenaga kerja yang kurang mahir dan tidak memenuhi kehendaksemasa industri. Konsep latihan yang mereka sediakan ialah berada di dualapangan iaitu di tapak pembuatan di Cubic Integrated Manufacturing danlatihan di kelas di Cubic Integrated Learning dengan nisbah latihan tersebutialah 80/20.Di tapak pembuatan perantis akan menjalani latihan dan kerja kursusselama empat atau lima hari dan dua hari untuk pembelajaran di institusilatihan. Kursus ini berterusan selama enam bulan. Perantis diberi pelbagaikemudahan oleh syarikat Cubic Group diantranya ialah yuran latihan ditajaoleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan perantis diberi elaunsebayank RM300 setiap bulan untuk menghabiskan keseluruhan latihantersebut. Perantis yang cemerlang akan dianugerahkan dengan Sijil SLDN K-pekerja (sama taraf dengan SKM 3) yang diiktiraf oleh JPK dan industri yangberkaitan. Perantis mempunyai peluang yang luas untuk bekerja dibawahsyarikat Cubic Group.Selain daripada indusri kilang, terdapat juga institusi yang lain yangmengaplikasi sistem latihan ini iaitu Yayasan Pembangunan KeluargaTerengganu merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan NegeriTerengganu, institusi diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan KemahiranMalaysia. Konsep latihan yang dilaksanakan meliputi dua peringkat iaitukonsep latihan sebanyak 20% hingga 30% dan juga praktikal dalam industrisebanyak 70% hingga 80%. Jangkamasa keseluruhan prgram ini adalahdiantara 18 bulan hingga 24 bulan.Manakala kaedah perlaksanaan SLDN di Yayasan PembangunanKeluarga Terengganu dijalankan di dua lokasi iaitu 70-80 peratus melibatkanlatihan yang dijalankan di industri yang berfokuskan kepada pengalamanmembuat secara praktik dan selebihnya sebanyak 20-30 peratus latihan
  • dijalankan di institut latihan yang memfokuskan kepada pengetahuan asas danteori berkaitan dengan sesuatu bidang. Menggunakan Kurikulum TerasPekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Core Curriculum (NOCC)bagi menurut kehandak pasaran masa kini dan akan datang. Setiap pelatih yangberjaya mengikuti kursus dibayar elaun hadir sebanyak RM 300.00 sebulan.Bagi menjaga kebajikan para pelatih di Akademi Jahitan, mereka disediakandengan pelan perlindungan berkelopok skim Takaful Ikhlas dan dikenakanbayaran sebayak RM20 setahun . Bayaran untuk skim perlindungan iniditolak dariapada elaun kehadiran pelatih4.0 Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang Dan Ancaman)Terhadap Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).Analisis SWOT adalah sesuatu teknik yang mudah membuat pemeriksaanterhadap Kekuatan dan Kelemahan dalaman organisasi dan persekitaran yangberkaitan dengan Peluang dan Ancaman. Ianya merupakan satu alat yangsecara umumnya digunakan sebagai asas atau peringkat permulaan bagimembuat keputusan menghala ke arah perancangan strategik.Analisis SWOT boleh dilaksanakan oleh pentabir secara individu ataupun secara kumpulan. Sungguhpun begitu, teknik secara berkumpulan lebihefektif bagi menyediakan objektif, struktur, penerangan dan fokusperbincangan tanpa dipengaruhi oleh politik dan kepentingan peribadiSungguhpun penggunaan asal analisis SWOT adalah dalam urusan perniagaantetapi penggunaannya dalam institusi atau pusat penggajian bukanlah suatupendekatan yang tidak wajar kerana terdapat persamaan dalam bidangpengurusan oleh kedua-dua bidang ini. Teknik ini juga boleh digunakan dalammengatur polisi dan strategi dalam Teknologi Maklumat.Perkembangan SLDN terbaru dalam bidang teknologi, industri, inovasi danberbagai-bagai ciptaan baru terutama dalam bidang teknologi yangberkembang pesat telah menyebabkan perubahan dalam permintaan terhadappekerja mahir dan separuh mahir. Penyediaan kemahiran terhadap permintaan
  • berkaitan memerlukan kepekaan bagi institusi yang menawarkan kursusberbentuk kemahiran dan juga akademik. Berdasarkan beberapa sumber danrujukan, Kumpulan kami dapat menyediakan analisis swot denganmenggunakan kaedah persoalan dan jawapan yang perlu di perolehi samadasecara teori dan praktikal mengenai Kekuatan, Kelemahan, Peluang danancaman SLDN.4.1 Kekuatan SLDNAnalisis mengenai Kekuatan difokuskan mengenai faktor dalaman yangmemberi kesan kepada SLDN seperti elaun, jangka masa latihan, tempatlatihan dan minat. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenaiKekuatan secara teori dan praktikal di antaranya ialah:a. Kelebihan SLDN yang ada.(i) Digunapakai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.(ii) Dijadikan sebagai asas bagi penyediaan bahan-bahan dan keperluanlatihan.(iii) Dijadikan sebagai standard bagi menentukan tahap pencapaian dankualiti kemahiran perantis dalam pelaksanaan SLDN.(iv) Dijadikan sumber rujukan utama dalam menyediakan TugasanPembelajaran dan Tugasan Kerja (Learn and Work Assignment; LWA).(v) Elaun sara diri RM500 - RM800 sebulan .(vi) Yuran dibiayai(vii) Persijilan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran,Sijil KemahiranMalaysia (SKM)(viii) Penempatan kerja bergaji setelah tamat (Jawatan and Majikan sedia ada)tempoh latihan hanya 3 bulan
  • b. Bidang atau ruang terbaik dapat dilakukan.Bidang Latihan Pekerjaan/ Training Occupation (To) yang bermaksud suatutajuk latihan bagi sesuatu bidang pekerjaan. Ianya berasaskan proses kerjasesuatu bidang latihan bagi mengeluarkan k-pekerja mempunyai ciri-cirikompetensi iaitu Kompetensi Teknikal, Kompetensi Sosial dan Kemanusiaandan Kompetensi Pembelajaran dan MetodologiKonsep Latihan SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkanlatihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70%hingga 80% dan di institusi latihan yang meliputi 20% hingga 30%.Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri bersama-sama denganpihak institusi latihan sama ada memilih pendekatan ‘day release’ atau ‘blockrelease’ iaitu mengikut kesesuaian industri tersebut. Kaedah pembelajaranmengikut pendekatan day release ialah perantis akan menjalani latihan selama4 hingga 5 hari di industri dan 1 hingga 2 hari di institusi latihan pada setiapminggu. Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan ‘block release’ ialahpelatih akan menjalani latihan di industri selama 4 hingga 5 bulan serta latihanselama 1 hingga 2 bulan di institusi latihan. Jangka masa latihan adalah selama2 tahun yang dibahagikan kepada 4 semesterc. Kekuatan organisasi SLDN dalam pasaran.Pembangunan Human Capacity dapat meningkatkan kualiti kerana latihan yangdijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proseskerja industri. Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasanpekerja.Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagimelaksanakan tanggungjawab sosial negara. Membantu mewujudkan satumekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkankemahiran pekerja sediada. Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada diindustri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.
  • d. Halatuju strategik SLDN yang jelas.Pelaksanaan SLDN dilaksanakan pada 19 Mei 2004. Jabatan PembangunanKemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) telahdipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi sistem SLDN ini.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunanyang diperolehi, pada tahun 2006 sehingga 2010 seramai 25, 021 perantis telahdilatih melibatkan 1028 syarikat dalam perlaksanaan SLDN. Menurut Yab TanSri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, beliau mensasarkan seramai27 500 perantis akan dilatih dengan melibatkan 967 syarikat bagi tempoh2011-2015. Pelaksanaan SLDN ini adalah berdasarkan konsep Self ReliantLearning (SRL):-(i) Pendekatan di mana perantis bertanggungjawab terhadap pembelajaranmereka.(ii) Perantis perlu mengikuti latihan melalui proses kerja sebenar tanpapenyeliaan sepenuhnya.(iii) Perantis juga berupaya untuk menentukan aktiviti, sumber dan suasanapembelajaran dengan pemantauan coach.4.2 Kelemahan SLDNAnalisis sudut Kelemahan juga seperti Kekuatan yang merupakan faktordalaman yang memberi kesan kepada SLDN. Persoalan dan jawapan yangperlu diperolehi mengenai Kelemahan secara teori dan praktikal di antaranyaialah:a. Apa yang boleh diperbaiki?Pada 3 November, 2011 Bernama.com menyiarkan bahawa SLDN dikajisemula. Ringkasan daripada berita tersebut menytakan bahawa Sistem LatihanDual Nasional (SLDN), iaitu konsep latihan teknikal di dua tempat, akan dikajisemula dalam memperbaiki kelemahan pelaksanaannya, kata Menteri Sumber
  • Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. Beliau berkata sistem itu masih belummencapai kejayaan seperti yang dilakukan Jerman."Kita sedang lihat prosesyang ada sekarang, meningkatkannya dan buat perubahan untuk pastikansistem ini capai kejayaan seperti yang ada di Jerman. "Kita harap mereka yangkeluar daripada sistem ini akan ada pengalaman dan kemahiran yang tinggiuntuk bolehkan mereka berjaya dalam kerjaya mereka," katanya kepadapemberita selepas merasmikan persidangan Pendidikan dan Latihan Malaysia-Jerman yang pertama kali diadakan di sini, hari ini. SLDN, yang diwujudkanpada 2005, adalah bertujuan melahirkan pekerja berpengetahuan, iaitu 70peratus latihan di tempat kerja sebenar di industri dan 30 peratus di pusatlatihan. Beliau juga menyataka bahawa pada masa ini terdapat kira-kira 1,000institut latihan vokasional dan teknikal di seluruh negara di mana 48 peratusdaripadanya merupakan institut latihan yang dibiayai kerajaan.Kerajaan membelanjakan RM1.2 bilion setahun untuk menguruskaninstitut latihan dan RM4 bilion lagi untuk membiayai keseluruhan programlatihan, katanya. Subramaniam berkata pembiayaan itu perlu dikaji semuladengan mengambil kira keberkesanan sesebuah institut latihan berbandingjumlah pengambilan pelajar dan jenis kursus yang ditawarkan. "Kami sedangmendesak institut ini untuk memberi keutamaan kepada apa yang merekahasilkan dan indeks pengurusan yang berjaya adalah bagaimana para pelajarmenepati kehendak industri, kebolehpasaran pelatih dan apakah gaji yang patutmereka peroleh menurut beliau lagi sejak 2006 hingga 2010, seramai 25,021perantis dilatih melibatkan 1,028 syarikat di bawah SLDN.b. Apakah yang terburuk telah dilaksanakan?Faktor utama yang mengehadkan pelaksanaan SLDN ini termasuklahkurangnya penglibatan syarikat sederhana dan kecil, bilangan yang terhad bagiKurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) dan bilangan latihan diinstitusi yang terhad untuk meliputi semua latihan pekerjaan atau industri yangpelbagai.
  • c. Apakah perkara yang perlu dielakkan?Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK sendiri, sehingga bulanDisember tahun 2010 terdapat sejumlah 25, 021 orang pelatih yang sedangmenjalani atau telah menyelesaikan program latihan di bawah sistem dual iniyang mana ianya telah melibatkan sekitar 1028 syarikat perindustrian dan 119pusat latihan bertauliah yang berbeza (JPK, 2010). Berdasarkan statistik yangdikeluarkan ini juga, didapati bahawa fasa pertama pelaksanaan SLDN yangdijalankan bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini tidak berjayadengan sepenuhnya mencapai target enrolmen iaitu matlamat mengeluarkansejumlah 31, 500 orang pekerja mahir menjelang tahun 2010 sebagaimanayang dinyatakan sebelum ini. Ianya juga telah melibatkan pelbagai pusatlatihan bertauliah dari pelbagai kementerian dalam negara seperti InstitutLatihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dansebagainya (Jailani, 2006; JPK, 2009). Statistik penglibatan pelatih, pusatlatihan bertauliah dan syarikat industri ini terus meningkat dan mendapatsambutan dari tahun ke tahun sepanjang perlaksanaan SLDN4.3 Peluang SLDNPeluang adalah merupakan faktor yang berkaitan dengan perkara luaran ataufaktor luaran berkaitan SLDN. Elemen yang mempengaruhinya sebahagiannyaberkisar mengenai politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat. Persoalan danjawapan yang perlu diperolehi mengenai Peluang secara teori dan praktikal diantaranya ialah:a. Adakah pasaran dan pelangan mempunyai daya tarikan?Peluang untuk Pelatih adalah terbuka kepada lepasan SPM dan/atau pekerjayang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikattidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan Elaun Pelatihiaitu seperti berikut:(i) Semester 1 – RM 350.00 Sebulan
  • (ii) Semester 2 – RM 400.00 Sebulan(iii) Semester 3 – RM 450.00 Sebulan(iv) Semester 4 – RM 500.00 SebulanManakala penganugerahan kelayakan adalah Sijil K-Pekerja, setarafdengan SKM Tahap 3 atau DKM Kelayakan (Tahap 4) atau DLKM (Tahap 5)yang diluluskan oleh JPK dan pertubuhan majikan yang berkaitan. LepasanSPM dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji olehpihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepastamat latihan.b. Apakah halatuju yang menarik perhatian?Melalui RMKe 10, kerajaan telah memperluaskan liputan pelaksanaan SLDNbagi menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi golongan pelajartercicir. Golongan ini adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensiuntuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengankemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilanganpekerja mahir. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluangpeningkatan kemahiran kepada individu yang cenderung kepada bidangteknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikanasas. Di samping itu juga terdapar beberapa faedah iaitu dari segi:(i) Insentif KewanganDengan adanya insentif kewangan dapat mengurangkan kos pengambilanpekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung PembangunanSumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.Peningkatan Kualiti Produktiviti disamping itu juga dapat meningkatkankualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di
  • industri. Ia juga dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja yangmengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.SLDN juga dapat meningkatkan daya saing kerana syarikat/ majikandibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi. SLDNjuga dapat meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisenkerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologiterkini semasa proses pembelajaran.(ii) Faedah Kepada PerantisElaun kepada perantis layak menerima elaun bulanan minumum olehpihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti Kerajaantelah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehifaedah daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpasempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaranmaklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatanmasa.Di samping itu juga laman web Institut Latihan Perindustrian KualaTerengganu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus danaktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan denganinstitut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secaraberterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi. Institut LatihanPerindustrian Kuala Terengganu diamanahkan untuk membekalkan tenagakerja mahir yang terlatih.Dengan itu, SLDN juga telah berjanji akan membangun danmenjalankan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan negaradan perkemebangan teknologi; Mengeluarkan tenaga mahir dan pensyarahkompeten, berkualiti dan berhemah tinggi; Contohnya , dengan mengiklankan
  • maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di InstitutLatihan Perindustrian Kuala Terengganu tiga bulan sebelum pengambilan;Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang tigaminggu sebelum kursus bermula; dan memberi respon kepada semua jenispertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam. Untuk melaksanakantanggungjawab yang diamanahkan kepada Institut Latihan Perindustrian KualaTerengganu, khidmat yang mesra dan cemerlang adalah menjadi pegangankami.c. Adakah SLDN mempunyai teknologi atau cara tersendiri untukmenarik perhatian?Peluang dapat diperolehi dan dimanfaatkan juga melalui perubahan pasarandan teknologi, perubahan polisi kerajaan yang berhubungkait bidangorganisasi, perubahan gaya hidup dan seumpamanya.(i) Pembangunan Kurikulum SLDNTerdapat enam peringkat SLDN iaitu;Peringkat Aktiviti HasilPertama Analisis latihan dan proses pekerjaanDraf Latihan Pekerjaan Profil Pekerjaan OCWPKeduaPengesahan Profil pekerjaan danOCWP di tempat pekerjaan (industri) Latihan Pekerjaan Profil Pekerjaan OCWPKetigaPengenalan kepada ObjektifPembelajaran dan Kompetensi Induk. ObjektifPembelajaran Kompetensi IndukKeempat Pembangunan LWA. Draf LWA
  • Kelima Pengesahan kurikulum SLDN. Draf Kurikulum SLDN.KeenamKelulusan kurikulum dan JPPK dariAhlijawatankuasa Teknikal SLDNKurikulum SLDN(ii) Struktur Pensijilian SKM4.4 Ancaman SLDNAncaman seperti juga Peluang yang berkaitan aspek luaran yang dipengaruhidengan elemen politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat dan sebagainya.Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Ancaman secara teoridan praktikaldi antaranya ialah:
  • a Apakah pesaing lakukan?Dari segi kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah satu konsep latihanyang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yangmeliputi 70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%.Pendekatan latihan SLDN Khas akan ditentukan oleh industri bersama-samadengan pusat latihan sama ada memilih pendekatan seperti berikut:(i) Day releasePerantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 hari diindustri dan latihan teori selama 1 hingga 2 hari di Pusat Latihan SLDNsetiap minggu.(ii) Block releasePerantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 bulan diindustri dan latihan teori selama 1 hingga 2 bulan di Pusat Latihan SLDNsecara berterusan.(iii) Kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah berdasarkan Peraturan.Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem PersijilanKemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)yang masih berkuatkuasa. Manakala dari segi tempoh latihan jangkamasa latihan adalah selama 12 bulan bagi program yang bermula dariTahap 1 dan 6 bulan bagi program Tahap 2 sahaja.b. Adakah perubahan teknologi menjejaskan keupayaan SLDN?Program yang boleh diikuti adalah berdasarkan Standard Kemahiran PekerjaanKebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS). Keutamaandiberi kepada sepuluh (10) bidang di bawah Bidang Keberhasilan EkonomiUtama (National Key Economic Areas - NKEAs) iaitu Oil, Gas and Energy;Palm Oil; Financial Services; Tourism; Business Services; Electronics andElectrical; Wholesale and Retail; Healthcare; Communications Content andInfrastructure; and Agriculture.
  • c. Apakah Ancaman yang dihadapi?Dalam melaksanakan SLDN ini, cabaran yang perlu ditempuhi adalahmenangani masalah syarikat-syarikat yang tidak sedar akan kepentinganSLDN. Syarikat termasuklah syarikat-syarikat besar masih enggan mengambilbahagian dalam SLDN . Disamping itu juga antara cabaran SLDN adalahdengan mengadakan Penilaian Berterusan bagi Kompetensi Penilaian Teknikal,Pembelajaran Dan Metodologi dilakukan di Syarikat dan Pusat Latihan adalahsalah satu cabaran atau cabaran SLDN.Penilaian Berterusan di SyarikatPenilaian di Syarikat meliputi aktiviti berdasarkan LWA atau NOSS yangmengandugi gabungan aktiviti berikut:(i) Markah Lulus bagi setiap penilaian adalah 60%(ii) Pelaksanaan penilaian praktikal di syarikat dilakukan oleh coachberpandukan kepada aktviti latihan yang dijalankan oleh perantis.(iii) Coach akan menggunakan jobsheet yang sediada atau dibangunkan bagitujuan penilaian. Manakala perantis perlu merekodkan aktiviti latihan didalam Buku Log Bilangan aktiviti berasaskan kepada modul / skop kerjayang telah dikenalpasti dan meliputi keperluan LWA/NOSS.(iv) Disamping kaedah penilaian secara pemerhatian (Kaedah Rubrik) olehcoach terhadap perantis semasa latihan praktikal, coach juga bolehmenguji perantis berdasarkan soalan lisan, kuiz, persembahan, laporanteknikal atau ujian bertulis.(v) Perantis yang tidak mencapai tahap minimun dibenarkan untukmengulang penilaian tersebut, tetapi markah maksimum yang diambilkiraadalah 60%. Penilaian ulangan perlu dilakukan sebelum tarikhPeperiksaan Akhir.
  • Penilaian Berterusan di Pusat Latihan(i) Markah Lulus bagi setiap penilaian adalah 60%(ii) Pusat Latihan hendaklah menilai keterampilan perantis secara penilaianberterusan berdasarkan LWA/NOSS yang telah dikenalpasti.(iii) Tenaga pengajar perlu menilai keterampilan teori perantis melalui aktivitilatihan yang dijalankan. Kaedah penilaian yang dicadangkan adalahLaporan teknikal, Persembahan, Lisan, Ujian bertulis, Kuiz, tugasan,Kajian kes atau lain-lain yang berkaitan.(iv) Perantis yang tidak mencapai tahap minimun dibenarkan untukmengulang penilaian tersebut, tetapi markah maksimum yang diambilkiraadalah 60%. Penilaian ulangan perlu dilakukan sebelum tarikhPeperiksaan Akhir.(v) Pengajar di Pusat Latihan adalah dipertanggungjawabkan untuk merekodkeputusan penilaian perantis dalam Borang Rekod Bukti Pencapaian(JPK/SLDN/P01).d. Adakah diperlukan perubahan terhadap spesifikasi perkhidmatanatau pengeluaran?Kekurangan budaya latihan yang dianggap sebagai kos dan bukan daripadapelaburan dan Syarikat-syarikat yang masih enggan menerima teknologi barudan masih menggunakan tenaga buruh asing. Bilangan yang terhad dalamlatihan atau pekerjaan. Bilangan jurulatih atau tenaga pengajar yang terhaduntuk melaksanakan kaedah SLDN.Oleh itu, dengan membuat analisis terhadap Ancaman ianya mernberigambaran lebih jelas mengenai SLDN secara teori dan praktikal . kita dapatmengetahui apakah keperluan yang perlu dilakukan dan meletakkan ataumelihat permasalahan dalam perspektif yang betul.
  • RumusanRumusan keseluruhannya, apa yang dapat dilihat bahawa Keputusan Kerajaanuntuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004.SLDN diperkenalkan adalah bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir negara(k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yangmemenuhi kehendak industri semasa. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)telah dilantik sebagai agensi pelaksana didalam mengendalikan sistem ini.Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2004 telah bersetuju agar semuaInstitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melaksanakan SLDN dalammeningkatkan penglibatan sektor swasta dan mempergiatkan latihan kemahiranberasaskan industri. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai PembangunanModal Insan (JKMPMI) bilangan 2/2010 pada 17 Mei 2010 pula bersetuju agarILKA melaksanakan SLDN dengan pengambilan perantis sekurang-kurangnya30% daripada jumlah pengambilan pelajar. Melalui RMKe 10, kerajaan telahmemperluaskan liputan pelaksanaan SLDN bagi menyediakan latihan yangkhusus untuk memenuhi golongan pelajar tercicir. Walaubagaimana pungolongan ini adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untukdiberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengankemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilanganpekerja mahir.Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatankemahiran kepada individu yang cenderung kepada bidang teknikal atauvokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas.Pelaksanaan ini berkuatkuasa mulai dari 01 Julai 2011. Manakala program inijuga akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada individu yangcenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapatmelengkapkan 11 tahun pendidikan asas mengikut kriteria berikut:(i) Warganegara Malaysia.(ii) Berumur 16 hingga 35 tahun.
  • (iii) Boleh membaca, mengira, menulis serta bertutur Bahasa Malaysia atauBahasa Inggeris.(iv) Berminat untuk mengikuti latihan kemahiran.(v) Menandatangani kontrak perantisan.(vi) Sihat tubuh badan untuk menyertai program ini.Kita dapati bahawa program ini boleh diikuti adalah berdasarkanStandard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational SkillsStandard - NOSS). Keutamaan diberi kepada sepuluh (10) bidang di bawahBidang Keberhasilan Ekonomi Utama (National Key Economic Areas -NKEAs) iaitu Oil, Gas and Energy; Palm Oil; Financial Services; Tourism;Business Services; Electronics and Electrical; Wholesale and Retail;Healthcare; Communications Content and Infrastructure; and Agriculture.Walaubagaimanapun program SLDN Khas adalah satu konsep latihan yangmelibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%.Pendekatan latihan SLDNBerdasarkan beberapa sumber rujukan kami telah menemui beberapaKekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (analisis S.W.O.T) yang boleh diguna pakai untuk mengkaji sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya.Kita dapati bahawa kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalahberdasarkan Peraturan, Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan SistemPersijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)yang masih berkuatkuasa dan dalam jangka masa latihan adalah selama 12bulan bagi program yang bermula dari Tahap 1 dan 6 bulan bagi programTahap 2 sahaja. Pendaftaran perantis hendaklah dilakukan oleh PenyediaLatihan SLDN melalui sistem atas talian eJPK. Pengambilan perantis adalahberdasarkan surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak JPK kepada PenyediaLatihan SLDN yang berjaya. Oleh itu pelaksaan SLDN in mempunyai ciri-ciri
  • tertetu, kebaikan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. Oleh ituterdapat pro dan contra nya dalam pelaksanaan program ini. Semua pihakseperti pihak kerajaan, JPK, syarikat-syarikat tertentu dan pusat-pusat latihanperlulah memainkan peranan penting dari segi penkajian, analisis danpelaksaan SLDN untuk kebaikan dan faedah bersama.Saranan Menambah AplikasiDiantara saranan yang perlu dibaiki ialah dengan menaikkan jumlah elaun ataubayaran kepada pekerja atau pelatih yang menjalani latihan dan juga institutyang terlibat. Ini telah pub disarankan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S.Subramaniam. Beliau juga menyatakan bahawa pelatih atau pekerja jugamendapat hak dan dilindungi dibawah Akta Pekerja.PenutupKesimpulannya, selepas menyiapkan tugasan ini berdasarkan beberapa sumberdan maklumat kami dapati bahawa terdapat beberapa Kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman (analisis S.W.O.T) yang boleh di guna pakai untukmengkaji sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya samada dari segipelaksanaan program SLDN Khas adalah berdasarkan Peraturan, SyaratPentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran MalaysiaMelalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang masih berkuatkuasa dandalam jangka masa latihan adalah selama 12 bulan bagi program yang bermuladari Tahap 1 dan 6 bulan bagi program Tahap 2 sahaja. Pendaftaran perantishendaklah dilakukan oleh Penyedia Latihan SLDN melalui sistem atas talianeJPK. Pengambilan perantis adalah berdasarkan surat tawaran yangdikeluarkan oleh pihak JPK kepada Penyedia Latihan SLDN yang berjaya.Oleh itu pelaksaan SLDN in mempunyai ciri-ciri tertentu iaitumengenai kebaikan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. Oleh ituterdapat pro dan contra nya dalam pelaksanaan program ini. Semua pihakseperti pihak kerajaan, JPK, syarikat-syarikat tertentu dan pusat-pusat latihan
  • perlulah memainkan peranan penting dari segi penkajian, analisis danpelaksaan SLDN untuk kebaikan dan faedah bersama. Seperti kita ketahuibahawa Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005telah dibuat pada 19 Mei 2004 dan perasmiannya telah dilaksanakan oleh YABPerdana Menteri Malaysia pada 3 Mei 2008. Ini adalah berikutan hubungankerjasama yang terjalin di antara kita Malaysia dengan negara Jerman pada1996. Satu hasil penyelidikan telah ditemui dan seterusnya mengesyorkanbahawa hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jerman harusdiperkukuhkan lagi pada masa hadapan. Hubungan kerjasama antara Malaysiadan Jerman ini dipanggil Projek Sistem Dua Hala (DSP). Pembentukan DSP initerdiri daripada pemimpin pasukan Jerman bersama-sama dengan empat ahlilain yang dilantik secara sepenuh masa. Jangka masa untuk projek ini ialahbermula pasa tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 (DSP,2001).Disamping itu juga kami dapat mengetahui tentang konseppembelajaran SLDN ini yang telah lama digunakan di negara Jerman. Dalamsejarah Jerman sistem ini merupakan sistem yang panjang dimana ia telahditerapkan seawal abad ke 20 dan latihan apperantice telah bermula sejak abadke 17. Matlamat utama SLDN di negara Jerman ini dilaksanakan adalahkerana pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum mudadengan kelayakan yang diperakui. Selain itu juga di negara Jerman ini terdapatperangkaan undang-undang dimana akta undang-undang yang mantap telahdisediakan. Akta undang-undang tersebut adalah Vocational Training Act 1969untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihandi sekolah-sekolah.Selain itu juga, hasil daripada beberapa sumber atau maklumat yangkami perolehi dapat kami ketahui bahawa titik permulaan pembelajaran SLDNini masih lagi baru dalam sistem pendidikan di negara kita. Konseppembelajaran di negara Malaysia bermula apabila perjanjian usaha sama diantara negara Jerman dan Malaysia di lakukan pada pertengahan tahun 1990-an. Tujuan utama konsep SLDN ini dilaksankan di Malaysia adalah khusus
  • kepada keperluan tenaga pekerja yang berkemahiran untuk kepentingan danmeningkatkan ekonomi Malaysia semata-mata. Selain itu juga, di negaraMalaysia belum lagi terdapat undang-undang yang khusus diakta kan untukkonsep pendidikan ini. Disamping meningkatkan ekonomi di negara kita,objektif utama yang difikirkan adalah melahirkan tenaga pekerja yangberketrampilan k-pekerja dimana merangkumi kompetensi teknikal, kemahiransosial dan kemanusian serta metodologi pembelajran. Seterusnya melahirkanmereka yamg sanggup untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat,berupaya bekerja dalam jaringan dan berkumpulan serta berupaya untukmenjangka keperluan masa hadapan di tempat kerja. Jesteru itu, panduanpenilaian ini dibangunkan bagi memastikan pengeluaran k-Pekerja dapatmencapai tahap kualiti yang dikehendaki oleh industri negara.Akhirnya dengan jayanya kami dapat menyiapkan tugasan ini dan kamidapat memperolehi banyak maklumat dan pengetahuan baru tentang SLDN.
  • PenghargaanAlhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukurankehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasanini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepadaEncik Mohd Noor B. Hashim pensyarah mata pelajaran PembangunanKurikulum dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (MBE 22503) ataskesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Tugasan yang bertajukSistem Latihan Duo Nasional (SLDN) telah memberi banyak kefahamankepada kami seperti konsep perlaksanaan persijilan, kemahiran malaysiamelalui SLDN, peranan dan tanggungjawab personel dalam perlaksanaanSLDN, kaedah penilaian dan persijilan kepada perantis sistem pengrekodandan dokumentasi, aplikasi SLDN dan hingga akhir sekali kami dapat membuatanalisis SWOT SLDN. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepadarakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsungsepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapatkami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakanparadigmadalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswakhususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmupendidikan di muka bumi ini.
  • "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanyaracun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"RAWIYAH BT. ABDUL HAMID IJLAL BT SAJA@ MEARAJ______________________ _____________________(HB100073) (HB100193)NOOR AZYANI BT A. JALIL HAZWANI HUSNA BT.ZAINUDIN______________________ _____________________(HB100216) (HB100062)
  • Senarai RujukanSpahat, Ghazally & Wan Mohamed, Wan Azlinda, (2010) Sistem Latihan DualNasional-Satu Inovasi Dalam Program PLTV. Universiti Tun HusseinOnn Malaysia.Taklimat Pemantapan Program SLDN. Kuantan. 30 November 2010.Jabatan pembangunan Kemahiran (2012), Sistem Latihan Dual Nasional Dicapai Pada April,4 2012 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(www.ejpk.gov.my)Jabatan Pembangunan Kemahiran (2009), Laporan Tahunan KementerianSumber Manusia.Wan Ahmad (2008) To Inculcate Training Culture Amongst MalaysianIndustry Through National Dual Training System (NDTS) DepartmentOf Skills DevelopmentMajlis Latihan Vokasional Kebangsaan, (Mei 2005), Panduan PelaksanaanSistem Latihan Dual Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia.Ahmad, Wan Ahmad, Kasa, Gessler & Spootle (2010) Efectiveness OfLearning In The National Dualtraining System (NDTS) In MalaysiaPersidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan DanKeusahawanan