Assignment bmm3106

4,256 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,256
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
182
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Assignment bmm3106

  1. 1. 1 PENDIDIKAN PEMULIHAN 1.PENGENALAN Menurut Kamus Dewan‟ pulih‟ bermakna kembali seperti biasa atau sembuh. Maksud perkataan pulih disini adalah berkait rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang tidak betul.Ianya bertujuan untuk mengatasi sesuatu kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran pemulihan.Program ini adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang lambat pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan.. Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahira 3M (membaca,menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah. Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasi hasil pembelajaran yang belum dicapai.Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai suatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperolehi pendidikan yang perluy dan potensi mereka akan terbenam.Justeru melalui program pemulihan ,keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.Mereka akan diasingkan dari pembelajaran biasa untuk diberi pengajaran yang lebih khusus oleh guru pemulihan.
  2. 2. 2 2.KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM BAHASA MELAYU Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal.Mereka ini dikenal pasti menunjukkan kesulitan untuk menguasai bahasa .Penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak merupakan asas perkembangan kognitif atau kegiatan memperolehi pengetahuan dan mengenali sesuatu melalui pengalaman sendiri.Kelemahan penguasaan bahasa lama-kelamaan akan membawa kesan akumulatif atau kelemahan-kelemahan yang menimbun dan berlanjutan. Pengajaran bahasa bermaksud membentuk kemahiran bahasa para pelajar.Kemahiran bahasa seperti lazim yang kita ketahui meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.Kelemahan pelajar menguasai satu atau beberapa kemahiran tersebut akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam bidang bahasa. Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat, intonasi dengan gaya yang betul. Ketidakupayaan murid menguasai kedua-dua kemahiran ini pasti memberikan masalah kepada mereka untuk melahirkan ekspresi melalui tulisan. Antaranya, masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis. Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis garis perkataan dengan tepat serta mencampur aduk huruf besar dengan huruf kecil dalam satu ayat. Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .
  3. 3. 3 3 . ISU ATAU MASALAH: MENYEBUT SUKU KATA DAN PERKATAAN Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkan mereka tidak menguasai kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti membunyikan huruf yang seakan-akan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti menyebut perkataan. Salah satu masalah utama yang biasa dialami oleh murid pemulihan ialah masalah membunyikan suku kata dan perkataan. Antara masalah sebutan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut: a) membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut ‟uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; ”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya. b) Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.
  4. 4. 4 d) Tambahan (insertion) Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya “buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.” e) Pembalikan (reversals) Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ; ”Bala” disebut ”laba”, Manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa. f) Tidak kenal huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal menyebut perkataan dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. g) Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya.
  5. 5. 5 4.FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH MEMBACA Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun punca masalah membaca boleh dibahagikan kepada tiga faktor besar , iaitu : i. Faktor fizikal ii. Faktor kognitif dan bahasa iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan 4.1 Faktor Fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll). 4.2 Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. 4.3 Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa murid. Sistem
  6. 6. 6 persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara mereka. Tambahan lagi, sebilangan murid yang tercicir daripada arus perdana pembelajaran di sekolah adalah akibat faktor pembentukan dan penggunaan amalan berbahasa yang tidak baku. Kekurangan pengalaman dan pergaulan yang tidak sihat menjadikan murid lebih terdedah kepada pertuturan dan amalan penggunaan bahasa daerah, bahasa pasar juga sebagai penyumbang kepada permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya. 5.CADANGAN STRATEGI PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK SERTA AKTIVITI 5.1 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang boleh gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya.
  7. 7. 7 Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata. 5.2 Kaedah Mengajar Bacaan Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah: i. Kaedah abjad/huruf ii. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan iii. Kaedah fonik/bunyi iv. Kaedah Gabungan Bunyi-kata v. Kaedah VAK vi. Kaedah pelbagai deria - VAKT vii. Kaedah Fernald viii. Kaedah Gillingham 5.2.1 Kaedah Abjad/huruf Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama- nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
  8. 8. 8 Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca. 5.2.2 Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan- perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. 5.2.3 Kaedah Fonik/bunyi Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
  9. 9. 9 Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. [ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ] 5.2.4 Kaedah Gabungan Bunyi – Kata ( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan ) Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).Contoh; i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut. ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf. iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar). vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;
  10. 10. 10 i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula. 5.2.5 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989). 5.2.6 Kaedah VAK Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar : i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari ii. menyebut perkataan itu iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul. Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT(Multisensory Reading Method) Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
  11. 11. 11 V - visual (penglihatan) A – audio (pendengaran) K - kinesthetic ( pergerakan ) T - tactile ( sentuhan) Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut: - kaedah ini menggunakan surihan (tracing)‟ untuk mengajar bacaan - guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”( menggunakan krayon ) - Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu - Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain. - Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ; v. lihat huruf (V) vi. dengar guru sebut huruf (A) vii. menyebut huruf (A) viii. dengar huruf yang disebut (A) ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A) Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.
  12. 12. 12 5.2.7 Kaedah Fernald Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu. Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu: i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi, ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi, iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks. Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut: Peringkat 1: - Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas. - Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). - Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) . - Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. - Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari. Peringkat 2: - Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut. - Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan. Peringkat 3: - Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). - Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku. Peringkat 4: - Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. - Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat
  13. 13. 13 membaca. Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu: i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan, ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP. 5.2.8 Kaedah Gillingham Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah- langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum) Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya. Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf – huruf. Enam kesatuan asas itu adalah: i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
  14. 14. 14 iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis. vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf. Aktiviti dan Langkah-Langkah Pengajaran Langkah 1: - Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid. - Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru - Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya - Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?” Langkah 2: - Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf. - Soalan guru, “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan Langkah 3: - Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
  15. 15. 15 - Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu. - guru mula memperkenalkan tulisan sambung. Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf- huruf menjadi perkataan.Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk. Latihan: Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan. 6. KESIMPULAN Membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah- kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.
  16. 16. 16 Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain.
  17. 17. 17 7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran :Bahasa Melayu Kelas : 4 Bestari Tarikh :28 September 2012 MASA :08.00 - 09.00 Bilangan Murid :25 Orang Tema :Pertanian Tajuk :Buah-buahan Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui tanaman buah-buahan di sekitar rumah / kawasan tampat tinggal Fokus Utama 5.2 Aras 3 i. Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan Intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. 8.1 Aras 1 i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdsarkan topik yang diberikan. Fokus Sampingan 5.1 Aras 3 i Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan Menarik. 8.2 Aras 1 i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan ayat. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat: i. Membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul ii. .Membina lima ayat tunggal yang lengkap dengan betul. iii. Menulis lima ayat majmuk yang lengkap berpandukan gambar
  18. 18. 18 Kemahiran Berbahasa : Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar Kemahiran Menulis Sistem Bahasa : Tatabahasa -Morfologi - Kata Kerja : Sebutan dan Intonansi - Membaca Ayat : Sistem ejaan – Kata dasar / Kata terbitan ( bajak-membajak ) Pengisian Kurikulum Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir : menjana idea,menghubungkait, Belajar Cara Belajar : mendengar dengan teliti , mencatat,menonton dengan aktif Kecerdasan Pelbagai : interpersonal,intrapersonal Nilai : Bersyukur, berdikari,kerjasama,mmenghargai Bahan Sumber P & P : Gambar ( Pokok Kelapa, Pisang) petikan,power point,LCD,komputer riba dan cekera padat,Kad Perkataan, Benda maujud ( pisang, daun kelapa ) Penekanan Konsep 5P : i. Penggabungjalinan : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis ii. Penyerapan : Sains, Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik. iii. Penilaian : Murid mengeja perkataan dan ayat, menulis ayat dengan tanda baca dan imbuhan yang betul iv. Pemulihan : Membina ayat tunggal dengan betul v. Pengayaan : Membina ayat majmuk yang gramatis
  19. 19. 19 LANGKAH/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN/BBM Set Induksi ( 5 minit ) Lagu: Bercucuk Tanam 1. Guru menayangkan power point lagu „Bercucuk Tanam‟ 2. Murid mendengar dengan teliti lagu yang diperdengarkan 3. Guru dan murid menyanyikan lagu bersama-sama 4. Bersoal jawab dan mengaitkan lagu dengan tajuk pelajaran hari ini. KB: Menghubung kaitkan BCB:Menonton dengan aktif KP – muzik BBM: Power point,LCD Langkah 1 (8 minit) 1.Khasiat buah-buahan 2.Kebaikan bercucuk- tanam 1.Guru menunjukkan buah pisang dan buah kelapa dan daunnya. 2.Guru dan murid bersoal jawab tentang nama buah dan khasiat buah-buahan. 3.Murid menyebutkan nama buah- buahan yang ditunjukkan oleh guru dan buah-buahan yang mereka tahu. 3.Guru menerangkan tentang kebaikan bercucuk- tanam KB:menjana idea ILMU: Sains BCB :mendengar dengan teliti Teknik bercerita KP: interpersonal BBM: Buah pisang, kelapa dan daun kelapa
  20. 20. 20 Langkah 2 (12 minit) Sistem ejaan tanam = menanam bajak = membajak siram= menyiram 1.Guru meminta murid membaca petikan dialog yang diberi 2.Murid membaca dialog dengan secara mekanis mengikut gaya sebutan dan intonasi yang betul. 3.Guru menerangkan dan memberikan contoh tentang perkataan berimbuhan . 4.Murid mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam dialog yang dibaca. KB: BCB: bacaan mentalis, Teknik: bersoal jawab KP: Interpersonal Nilai: berdikari BBM: Petikan-dialog Langkah 3 (15 minit) Murid berada dalam 4 kumpulan masing- masing: Membina ayat tunggal dan ayat majmuk. 1.Guru mengarahkan murid membina ayat secara lisan berpandukan kad perkataan yang disediakan. 2.Murid membina ayat tunggal secara lisan berpandukan kad perkataan yang diberi Aktiviti Kumpulan i.Guru meminta setiap kumpulan murid menulis 5 ayat tunggal dan 5 ayat majmuk berpandukan gambar. ii.Guru membuat ulasan tentang ayat yang disampaikan dan KB:perbincangan kumpulan,menjanaka n idea BCB:mengumpul,men catat SB:Ayat tunggal ayat majmuk. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai:kerjasama,meng hormati
  21. 21. 21 membuat pembetulan tentang penggunaan perkataan yang betul dalam ayat BBM: kad gambar,Kad perkataan,lembaran kerja-kumpulan Langkah 4 ( 15 minit ) Membina Ayat Majmuk: 1.Arus Perdana 2.Pemulihan 3.Pengayaan I)Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid –murid dan menerangkan arahan soalan. 2)Guru membimbing murid yang memerlukan pemulihan. 3)Guru memberikan aktiviti pengayaan kepada murid yang menyiapkan kerja lebih cepat. Arus Perdana: Membina 5 ayat majmuk berdasarkan gambar yang disediakan Pemulihan : Membina 5 ayat tunggal berdasarkan gambar. Pengayaan: Membina 5 ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai KB: mencatat,membuat inferens, menjana idea TKP:Intrapersonal, interpersonal TATABAHASA: Ayat tunggal,ayat majmuk NILAI: tolong- menolong, menghargai BBM: Lembaran kerja-kumpulan
  22. 22. 22 Penutup (5 minit) Rumusan: Khasiat buah- buahan 1.Guru memaparkan power point tentang gambar buah-buahan dan menyoal murid tentang khasiat buah-buahan. 2.Murid menjawab soalan untuk merumuskan pelajaran. 3.Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. KB: Merumus BCB: Menonton dengan aktif NILAI: Bersyukur BBM: Power point,LCD
  23. 23. 23 8.0 BIBLIOGRAFI Mok Soon Sang 1990.Pemulihan,Pengayan dan Isu-Isu Pendidikan. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mohd.Dahalan Mohd Ramli dan Naimah Hj Abdullah.Pengayan Dalam KBSR.Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka 1994.Asas KBSR 1,Jilid 1,Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.slideshare.net/NoorSyazwanni/konsep-program-pemulihan http://cikguhijau.blogspot.com/2012/07/kaedah-mengatasi-masalah-tidak-lancar.html http://latifahmohdyusof.blogspot.com/2010/10/bahasa-murid-murid-pemulihan-khas.html http://www.scribd.com/doc/21965025/Kajian-Kes-Murid-Mundur-Dan-Lembam
  24. 24. 24 http://www.scribd.com/doc/44631066/BMM-3106-Pemulihan http://www.saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pemulihan.pdf http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

×