• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kssr
 

Kssr

on

  • 5,346 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,346
Views on SlideShare
5,290
Embed Views
56

Actions

Likes
1
Downloads
253
Comments
0

5 Embeds 56

http://raja-hizar.blogspot.com 33
http://jamilahbthjsirat.blogspot.com 19
http://izatulfarasyi.blogspot.com 2
http://translate.googleusercontent.com 1
http://www.google.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kssr Kssr Presentation Transcript

    • KERANGKA KURIKULUM KEBANGSAAN
    • KEMAHIRAN NILAI TAMBAH
    • PRINSIP KSSR
    • HASRATKita perlu sediakan murid agar mampuberfungsi secara efektif di masa akandatang.Contoh: cara fikir, kecerdasan, Sikap dan nilai positif.
    • MATLAMATMembina pemahaman murid tentang konsepnombor, kemahiran asas dalam pengiraan,memahami idea matematik yang mudah danberketerampilan mengaplikasikan pengetahuanserta kemahiran matematik secara berkesandan bertanggungjawab.
    • FOKUS• Proses p&p matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari.• Penekanan kepada aspek perkembangan cara pemikiran murid secara matematik.
    • OBJEKTIFKurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah membolehkanmurid:• Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.• Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.• Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
    • Sambungan ... OBJEKTIF• Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.• Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.• Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian mereka.• Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.• Menghargai dan menghayati keindahan matematik.• Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk ICT untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.
    • REKA BENTUK KURIKULUM MATEMATIK Nombor dan Operasi Sukatan dan Geometri Perkaitan dan Algebra Statistik dan KebarangkalianBerkomunikasi • Tanggapan, minat, penghargaan,Menaakul yakin tabah dan berdaya tahanMembuat perkaitan • Peribadi, interaksi, prosedur, intrMenyelesaikan Masalah insik.Membuat Perwakilan Kemahiran matematik Kemahiran menganalisis Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran membuat penyelidikan Kemahiran berkomunikasi Kemahiran menggunakan teknologi
    • DEFINISI ‘FIKRAH’ Fikrah: ‘daya berfikir’ dan ‘pemikiran’ (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) FIKRAH MATEMATIK… berkeupayaan melakukan matematik danmemahami idea matematik, sertaMengaplikasikan pengetahuan dan kemahirandalam matematik secara bertanggungjawabdalam kehidupan harian berlandaskan sikapdan nilai dalam matematik.
    • BIDANG PEMBELAJARANKandungan matematik dirangkumkanmelalui empat bidang pembelajaran: Nombor dan Operasi Sukatan dan Geometri Perkaitan dan Algebra Statistik dan Kebarangkalian
    • BIDANG PEMBELAJARAN (TAJUK-TAJUK DI BAWAH BIDANG PEMBELAJARAN)Nombor dan Operasi Nombor Bulat Penambahan Sukatan dan Geometri Penolakan Masa dan Waktu Pendaraban Ukuran Panjang dan Algebra Perkaitan Pembahagian Timbangan peringkat KSSR Bagi Isipadu Cecair Operasi Bergabung Matematik, tiada kandungan Pecahan Bentuk Tiga Dimensi Statistik dan tajuk perkaitan dan algebra secara Perpuluhan Bentuk Dua Dimensi ianya lebih berupa disenaraikan, Kebarangkalian Wang unsur secara tidak Perwakilan Data langsung. Purata Peratus
    • PROSESDalam pendidikan matematik, proses berikutperlu diberi penekanan: Berkomunikasi Menaakul Membuat perkaitan Menyelesaikan Masalah Membuat Perwakilan
    • PROSES: MENYELESAIKAN MASALAHMengupayakan murid untuk:• Membina konsep dan pengetahuan matematik melalui penyelesaian masalah.• Menyelesaikan masalah yang timbul dalam matematik dan konteks lain.• Mengaplikasi dan mengadaptasi pelbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.• Memantau dan membuat refleksi terhadap proses penyelesaian masalah.
    • PROSES: BERKOMUNIKASIMengupayakan murid untuk:• menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik mereka,• menyampaikan pemikiran matematik secara koheren dan jelas kepada rakan, guru dan pihak lain,• menganalisis dan menilai pemikiran matematik dan strategi pihak lain, dan• menggunakan laras bahasa dan simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat.
    • PROSES: MENAAKULMengupayakan murid untuk:• Menyedari kepentingan menaakul sebagai asas untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna,• Membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik,• Mengelakkan dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian.
    • PROSES: MEMBUAT KAITANMengupayakan murid untuk:• Mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural, dan mengaitkan topik-topik dalam matematik, serta mengaitkan matematik dengan bidang lain,• Mengenal dan mengguna perkaitan antara idea matematik,• Memahami bagaimana idea matematik saling berkait untuk menghasilkan idea matematik yang koheren dan menyeluruh.• Membuat perkaitan antara dunia matematik dengan dunia sebenar.
    • PROSES: MEMBUAT PEWAKILANMengupayakan murid untuk:• Mencipta dan menggunakan perwakilan untuk mengorganisasi, merekod dan mengkomunikasikan idea matematik.• Memilih, mengaplikasi dan menterjemah perwakilan matematik untuk menyelesaikan masalah.• Mengkomunikasikan pendekatan, pemahaman dan perdebatan matematik kepada diri mereka dan kepada orang lain.
    • KEMAHIRAN DALAM MATEMATIKKemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dandipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukurdan membina, mengendali dan mentafsir data, manipulasiaritmetik, manipulasi algebra, mengguna algoritma danmenggunakan alat matematik dan TMK. Kemahiran matematik Kemahiran menganalisis Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran membuat penyelidikan Kemahiran berkomunikasi Kemahiran menggunakan teknologi
    • KEMAHIRAN MATEMATIKKemahiran matematik merujuk kepada keupayaanseperti berikut:• menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan mantik,• menyatakan idea matematik secara jitu,• membuat, menguji dan membuktikan konjektur,• mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik, dan• mengguna matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.
    • KEMAHIRAN MENGANALISISKemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaanseperti berikut:• berfikir secara jelas,• memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek,• memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci,• memahami penaakulan yang kompleks,• mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik, dan• mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.
    • KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAHKemahiran menyelesai masalah merujuk kepadakeupayaan seperti berikut:• membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama permasalahan,• menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan andaian yang dibuat,• menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa masalah yang lebih kecil dan khusus,• bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang sama,• menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaian tidak ketara, dan• meminta bantuan sekiranya memerlukan.
    • KEMAHIRAN MEMBUAT PENYELIDIKANKemahiran membuat penyelidikan merujuk kepadakeupayaan seperti berikut:• merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain,• mengakses buku di perpustakaan,• menggunakan pengkalan data,• mendapatkan maklumat dari pelbagai individu, dan• berfikir.
    • KEMAHIRAN BERKOMUNIKASIKemahiran berkomunikasi merujuk kepadakeupayaan seperti berikut:• mendengar secara berkesan• menulis idea matematik secara tepat dan jelas,• menulis esei dan pelaporan, dan• membuat pembentangan
    • KEMAHIRAN MENGGUNA TEKNOLOGIKemahiran mengguna teknologi merujuk kepadakeupayaan mengguna dan mengendali alatmatematik sepertiabakus, kalkulator, komputer, perisianpendidikan, laman web di Internet dan pakejpembelajaran untuk:• membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam,• membuat, menguji dan membuktikan konjektur• meneroka idea matematik• menyelesaikan masalah.
    • SIKAP DAN NILAISikap dalam matematik merujuk kepada aspekafektif dalam pembelajaran matematik yangmerangkumi antara lain:• Tanggapan terhadap matematik dan kebergunaan matematik• Minat dan keseronokan mempelajari matematik• Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik,• Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik, dan• Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.
    • SIKAP DAN NILAINILAI PERIBADINilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkaitdengan pembentukan sahsiah dan keperibadianindividu seperti jujur, sistematik, bertekad, tekun dancekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus masa yangbaik, berdikari, boleh dipercayai, cekap,bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi.
    • SIKAP DAN NILAINILAI INTERAKSINilai interaksi berkait dengan pembentukantingkah laku baik dalam konteks bilik darjah.Nilai ini merujuk kepada nilai yang ditekankandalam interaksi semasa aktiviti matematikseperti penghargaan terhadap matematik,kerja berpasukan, perbincangan danperkongsian idea, toleransi, adil, fikiranterbuka, dan hormat menghormati.
    • SIKAP DAN NILAINILAI PROSEDURALNilai prosedural berkait dengan aktiviti spesifik dalammatematik seperti menaakul, membuatperwakilan, menyelesaimasalah, berkomunikasi, membuat kaitan, danmengguna teknologi.
    • SIKAP DAN NILAINILAI INTRINSIKNilai intrinsik berkait dengan pembentukankandungan matematik dan disiplinnya sepertinilai epistemologi, nilai pembudayaan dan nilaisejarah.
    • SIKAP DAN NILAI• Nilai penaakulan mementingkan penghujahan dan penaakulan dalam matematik, termasuk membuat dan membuktikan konjektur, penggunaan pelbagai kaedah pembuktian, mantik dan penilaian.• Nilai perwakilan menekankan perwakilan matematik dalam membentuk model, menginterpretasi fenomena fizikal dan sosial, menyusun atur, merekod, mengkomunikasi idea matematik, mengaplikasikan dan menterjemah matematik ke pelbagai mod dalam menyelesaikan masalah.
    • SIKAP DAN NILAI• Nilai penyelesaian masalah menekankan semua aspek dalam menyelesaikan masalah seperti pemikiran kreatif dan kritis, cekap, belajar dari kesilapan, tetap pendirian, kualiti, sabar dan tekun menyelesaikan masalah, berupaya membuat refleksi dan membina pengetahuan melalui penyelesaian masalah.• Nilai berkomunikasi menekankan komunikasi matematik secara lisan atau bertulis, dengan mengambil kira kepentingan mengkomunikasikan idea matematik dengan jelas dan penggunaan laras bahasa matematik yang betul.
    • SIKAP DAN NILAI• Nilai kaitan menekankan keupayaan membuat kaitan antara matematik dengan disiplin lain, dalam kalangan idea matematik sendiri, dan antara matematik dengan kehidupan dan pengalaman harian.• Nilai teknologi yang menekankan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik, dengan mengambil kira kepentingan teknologi dan pengajaran dan pembelajaran matematik, dan kecekapan teknologi.
    • Perubahan perlu dalamparadigma guru matematik
    • • Ke arah bilik darjah sebagai komuniti matematik dan menjauhi bilik darjah sebagai hanya suatu koleksi individu.• Ke arah evidens matematik dan logik sebagai pentahkik dan menjauhi guru sebagai autoriti tunggal bagi jawapan betul.• Ke arah penaakulan matematik dan menjauhi prosedur penghafalan.
    • • Ke arah membuat dan membukti konjektur, mengemuka dan menyelesaikan masalah, dan menjauhi pencarian jawapan secara mekanikal,• Ke arah mengaitkan idea dan aplikasi matematik, dan menjauhi dari menganggap matematik sebagai satu kumpulan konsep dan prosedur yang terasing.
    • STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
    • PERUNTUKAN MASA
    • Respons murid tentang amalan pengajaran matematik yang berkesan Menyelesaikan masalah matematik lebih daripada yang disediakan dalam buku teks. Bekerja dengan seorang rakan atau lebih untuk menyelesaikan tugasan matematik yang mencabar. Sumbangsaran dalam kumpulan tentang bagaimana menyelesaikan masalah matematik. Membentang projek matematik secara lisan kepada kelas. Menerangkan kepada kelas bagaimana saya menyelesaikan suatu masalah matematik. Melakukan tugasan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan penimbang. Menggunakan kiub, piramid dan pepejal geometri lain. Menulis beberapa ayat menerangkan bagaimana saya menyelesaikan masalah matematik. Menerangkan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah matematik.
    • STANDARD KANDUNGAN Standard Kandungan (SK)Kenyataan umum tentang domain kognitif(pengetahuan) dan afektif (sikap dan nilai) yangboleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik.Disusun mengikut hierarki pembinaan konsep.SK yang ditulis mestilah realistik, sesuai denganperingkat kebolehan dan umur murid.
    • STANDARD PEMBELAJARAN Standard Pembelajaran (SP)Kenyataan khusus tentang apa yang murid PATUTTAHU dan BOLEH LAKUKAN – dari segipengetahuan dan keupayaan melakukan sesuatu bagimembolehkan murid menunjukkan profisiensi merekadalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilaidalam bentuk yang boleh diukur.SP tidak menunjukkan langkah/kaedah pengajaran. Inibertujuan memberi ruang dan peluang kepada gurumenggunakan kreativiti dalam menyediakanpersekitaran pembelajaran matematik yang kondusif.
    • STANDARD PEMBELAJARAN Standard Pembelajaran (SP)SP mestilah realistik, boleh dilaksanakan oleh muriddi peringkat umur tersebut dan dalam persekitaranpembelajaran di Malaysia.SP menuntut murid melakukan matematik (tekankanproses matematik).Kandungan SP mengikut hierarki dan berpadanandengan SK.
    • BIDANG PEMBELAJARAN TAHUN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Murid dibimbing untuk … Murid berupaya untuk …Kenyataan umum tentang Kenyataan khusus tentang apa yangdomain kognitif murid PATUT TAHU dan BOLEH(pengetahuan) dan afektif LAKUKAN.(sikap dan nilai) yang bolehdicapai oleh murid dalamsesuatu subtopik.
    • KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1
    • PERBANDINGAN KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1 (KBSR DENGAN KSSR) KBSR KSSR Nombor bulat hingga 20 Nombor bulat hingga 100 Tambah hingga 18 Tambah dan tolak Tolak dalam lingkungan 18 Pecahan Wang hingga RM10 Wang hingga RM10 Masa dan Waktu Masa dan Waktu Ruang Ukuran Panjang Timbangan Isipadu Cecair Ruang
    • KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 2
    • PERBANDINGAN KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 2 (KBSR DENGAN KSSR) KBSR KSSR Nombor hingga 1000 Nombor bulat hingga 1000 Tambah hingga 1000 Tambah Tolak dalam lingkungan 1000 Tolak Darab (2, 3, 4, 5) Darab Bahagi (2, 3, 4, 5) Bahagi Wang hingga RM50 Pecahan Masa dan waktu Perpuluhan Ukuran dan sukatan Wang Ruang Ukuran dan sukatan Ruang