Forum 1 asas ukuran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Forum 1 asas ukuran

on

  • 1,296 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,296
Views on SlideShare
1,296
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
19
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Forum 1 asas ukuran Document Transcript

  • 1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 4hb. Mac 2013, jam 4.40 petang, saya mula menjawab soalanforum pertama ini. Jelas sekali masa dan waktu begitu seiring denganperjalanan kehidupan seharian kita. Masa adalah merujuk kepada tempohsesuatu kejadian. Contoh konsep masa ialah masa yang ditetapkan untukmenjawab soalan kertas 1 ialah 1 jam. Manakala waktu pula merujukkepada bila sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku. Contohnya ialah pukul7.30 pagi bermulanya waktu persekolahan. Dalam mengenal waktu ini,murid-murid akan akan dibimbing oleh guru mengenal waktu pagi, tengahhari , petang, malam dan tengah malam melalui pelbagai aktivti contohnyagambar-gambar waktu aktiviti. Selain itu, murid-murid akan diperkenalkandengan hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, mengenal jarum minitdan jarum jam, membaca jadual waktu dan kalendar, menyatakanhubungan antara unit masa seperti hari dan jam, tahun dan hari sertadekad dan tahun. seterusnya dekatnya masa dalam kehidupan kita adalahkerana ia melibatkan penukaran unit masa yang melibatkan jam, hari,bulan, tahun dan dekad. Ukuran panjang juga begitu meliputi kegunaannya dalam kehidupankita dan merupan satu nilai. Istilah seperti panjang pendek, tinggi rendah,jauh dekat, dalam cetek sentiasa kita gunakan dan ianya merupakankemahiran ukuran secara pengamatan. Minda pelajar akan lebih kreatif jikapengamatan ini adalah betul pada jangkaanya. Nilai ukuran untuk sedikitsebanyak, lebih kurang menggambarkan ketepatan dan perincian ukuranmengira unit ukuran yang digunakan. Semua ukuran adalah anggaran. Iniadalah kerana sesetengah ukuran lebih tepat dari yang lain tetapi ianyabuka satu nilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan ukuran yangtepat. Kehidupan kita hari ini telah berubah kepada keperluan unit piawaiukuran panjang iaitu kita menggunakan unit System International (SI) atauSistem Metrik iaitu kilometer (km), meter(m), sentimeter (cm), danmilimeter (mm). Timbangan berat juga merupakan satu nilai. Dalam sains, istilahjisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuranjumlah jirim dalam sesuatu objek manakala berat ialah tindakan graviti keatas jisim. Istilah paling dekat dalam kehidupan seharia kita ialah lebihringan, lebih berat.Timbangan berat juga merupakan satu anggaran.Sesetengah timbangan lebih tepat dari yang lain tetapi ianya bukan satunilai yang teramat tepat hingga boleh dikatakan sebagai timbagan yangtepat. Hari ini kita menggunakan Sistem Metrik untuk semua timbanganberat kilogram (kg) dan gram (g). Isipadu cecair juga merupakan kegunaan dalam kehidupan sehariankita. Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi di dalam sebuah bekas.
  • 2. Satu ciri cecair ialah isipasunya tetap tidak berubah walaupun bentukbekasnya berubah. Menerusi isipadu cecair kita sebenarnya sudah bolehmembuat perbandingan objek seperti lebih sedikit, lebih banyak,dansama banyak. Paling penting kita telah mampu menggunakan pelbagaibenda disekeliling kita dengan menggunakan unit sembarangan dan unitrujukan seperti tin. gelas , baldi dan sebagainya. Alat penyukat inidinamakan unit sebarangan untuk mengukur isipadu cecair. Unik rujukanpula ialah alat penyukat yang digunakan khusus untuk menyukat isipaducecair. Akhir sekali ialah Sistem metrik digunakan untuk menyukat semuaunit isipadu cecair iaitu liter(l) dan mililiter (ml). Setelah diketahui konsep-konsep masa dan waktu, panjang,timbangan berat,dan isipadu cecair, ianya begitu dekat dengan kehidupankita kerana lingkungan kehidupan kita ke semua istilah-istilah yang telahdibincangkan, kita menggunakannya dalam kehidupan seharian.Assalammualaikum salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.1) Masa dan WaktuPertama sekali masa dan waktu amat penting dalam kehidupan seharian. Sebagaicontoh waktu persekolaha yang bermula pukul 7.45 pagi dan berakhirnya pukul 1.35petang. Selain itu kita dapat menentukan masa dalam kehidupan kita dengan pagi,petang tengahari dan malam. Adanya waktu tersebut kita akan mengenal aktivitiyang sesuai dilakukan pada waktu-waktu tertentu selain dapatmembaca dan menulis tarikh dengan betul dan juga membaca waktu pada jam sertamenentukan tempoh masa. Seterusnya ialah mengetahui bilangan 7 hari seminggu,30 hari sebulan dan 12 bulan dalam setahun.2) PanjangBagi ukuran panjang pula dalam kehidupan kita ialah dengan contohnya jarakperjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Sebagai contoh kita ingin balik kekampung di Terengganu. Ini boleh diukur dengan ukuran km bagi satu perjalanan.Seorang tukang jahit pakaian mengukur panjang kain untuk dipotong sesuai denganpanjang langsir yang ingin dijahit yang akan dibuat dengan menggunakan pita ukur.Seorang pekebun tradisional mungkin melakukan pengukuran panjang dan lebarsawahnya menggunakan hektar tanah yang ingin diusahakannya. Seorang juruukurmengukur keluasan tanah menggunakan alatan pengukur meter untuk mendapatkanbacaan meter dan kilometer. Sebelum adanyapita pengukur, manusia mengukur menggunakan jari, lengan,tangan dan kaki dalam unit ukuran jengkal, hasta, depa dan kaki.3) Timbangan Berat
  • 3. Ia adalah salah satu kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian kitaterutamanya dalam urusan jual beli. Penjual ikan menimbang berat ikan mengikutkeperluan pembelinya dengan menggunakan timbangan dacing atau elektronik..Bacaan penimbang yang digunakan ada dua unit utama iaitu kilogram dangram. Bagi objek yang jisimnya ringan, unit timbangan yang digunakan biasanyaialah gram. Contoh : tepung, gula, dan garam. Bagi objek yang jisimnya lebih berat,unit timbangan yang digunakan ialah kilogram.4) Isipadu CecairDalam kehidupan seharian selalu kita gunakan bahan yang mengandungi kapasitiatau kandungan cecair seperti air minuman dan minyak masak. Isipadu cecair dapatdiukur menggunakan ukuran bukan piawai dan ukuran piawai. Ukuran piawai dalamsistem metrik seperti mililiter (mℓ) dan liter (ℓ)Sekian terima kasihAssalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah membaca pandangan saudara tentang konsep-konsep yangmelibatkan masa dan waktu, ukuran panjang, timbang berat dan isipadu cecairdalam kehidupan seharian kita, maka dapatlah saya rumuskan bahawa amalanpengajaran kita dalam memperkenalkan konsep bagi setiap tajuk adalah pentinguntuk memastikan setiap anak didik kita mencapai apa yang sepatutnya merekapelajari. Menurut Ernest (1998) menyenaraikan amalan guru matematikdipengaruhi oleh tiga faktor iaitu :1. Sistem kepercayaan guru tentang matematik.2. Konteks sosial bagi situasi pengajaran matematik.3. Aras refleksi yang dibuat oleh guru. Jadi konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalamsuasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti pengukuran, timbangan dansukatan seharusnya memberi peluang kepada murid-murid membina danmemahami konsep dan proses-proses asas. Sebahagian daripada pengalamanmengenai konsep dan proses dalam kehidupan ialah perbendaharaan kataperbandingan seperti lebih/ kurang/sama/sebelum/ selepas/paling besar/ kecil/separuh/ setengah dan paling mustahak ialah murid-murid menguasai empat operasiiaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka, isyaAllah lebih banyak pengalamandalam kehidupan sehariannya akan menjadikan murid-murid ini lebih bersifatfleksibel dan dapat menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya.