• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 

Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu

on

  • 22,805 views

 

Statistics

Views

Total Views
22,805
Views on SlideShare
22,802
Embed Views
3

Actions

Likes
2
Downloads
657
Comments
8

3 Embeds 3

https://www.facebook.com 1
http://www.facebook.com 1
https://twitter.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

18 of 8 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • terima kasih :)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • ape pun,trima kasih utk perkongsian ni...=)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Salam.... amalan nabi semasa menyambut kelahiran bayi ialah bertahnik atau membelah mulut bayi dengan cara meletakkan manisan seperti kurma di mulut bayi. Err... mana dapat maklumat yang belah mulut tu pengaruh ikutan hindu?
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • salam nak tanya juga mana dapat maklumat yang adat membelah mulut bayi tue sebahagian dari pengaruh hindu? bukan ke dari sunnah nabi yang dipanggil Tahnik? mohon betulkan fakta boleh?
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • apa yg sy cri2 dh tmui,,,tqvm...
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu Presentation Transcript

    • PENGARUH HINDU DALAM ADAT ISTIADAT MELAYU AHLI KUMPULAN
    • • RABI’ATUL ADAWIYAH BINTI RUSLI 2010492696 • NURUL NADIAH BINTI ABD GHANI 2010232744
    • PENGENALAN• Kebudayaan dan peradaban adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, udang-undang, adat resam dan lain-lain.• Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu- Bhudda telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Manakala rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme
    • Antara pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu Upacara Adat MembelahPerkahwinan @ Melenggang Upacara Berinai mulut bayi Bersanding. Perut Sembah. Kenduri Arwah. Kematian.
    • Upacara Perkahwinan@Bersanding• Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.• Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.• Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
    • Adat Melenggang Perut• Diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan.• Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.• Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya.• Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
    • • Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.• Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.• Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
    • Adat Berinai• Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan.• Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.• Walaupun unsur-unsur budaya ini dikekalkan namun ianya disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan lunas Islam.• Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.
    • Adat Membelah Mulut Bayi• Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak- kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al- Ikhlas kemudian dibacakan doa.
    • Adat Bersembah• Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal.• Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.
    • Kenduri Arwah• Apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari ( makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi roh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur. Ini merupakan kepercayaan penganut agama Hindu.
    • Upacara Kematian• Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut.• Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya.• Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
    • KESIMPULAN Perkara yang telah disenaraikan adalah sebahagian daripada khurafat dan tahyul. Dimana ia tidak mempunyai sebarang sandaran agama sama ada Al-Quran, Sunnah, Ijma atau Qias. Oleh itu, sesuatu yang tidak mempunyai sandaran adalah baru dan jika demikian ia adalah bidaah dan wajib dijauhi. Secaratidak langsung ia akan menyelamatkan kita semua dari dicemari oleh unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT.