• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content

Loading…

Flash Player 9 (or above) is needed to view presentations.
We have detected that you do not have it on your computer. To install it, go here.

Like this presentation? Why not share!

Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan

on

  • 18,190 views

 

Statistics

Views

Total Views
18,190
Views on SlideShare
17,369
Embed Views
821

Actions

Likes
14
Downloads
0
Comments
1

2 Embeds 821

http://rokiah76.wordpress.com 820
http://static.flipora.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • as salam.. boleh share kan sy slide ni?
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan Presentation Transcript

    • TAJUK : PERKEMBANGAN KEILMUAN ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MAIMUN AQSHA LUBIS DISEDIAKAN OLEH: ROKIAH OTHMAN (P54476)
    • PENDAHULUAN
      • BUDAYA KEILMUAN DALAM ISLAM
      • Ilmu sebagai suatu fakta yang boleh dirujuk, diujikaji dan dikesan oleh pancaindera.
      • Dari segi linguistik, perkataan ’ilm’ berasal daripada kata akar ’ain-lam-mim’ yang diambil daripada perkataan ’alamah’ , iaitu tanda, penunjuk atau petunjuk, di mana melaluinya kita akan dapat mengetahui atau mengenali sesuatu (Wan Mohd Nor 2005).
      • Ilmu menurut al-Attas adalah kepercayaan yang benar (keyakinan) dan juga satu aspek daripada keupayaan spiritual manusia yang merupakan satu anugerah dari Allah SWT kepada sesiapa yang dipilih-Nya. (Wan Mohd Nor 2005).
    • sambungan
      • Konsep ilmu dalam Islam adalah ilmu yang padu ( integrated knowledge ) tetapi sistem pendidikan Barat ( sekular) , ilmu itu dipisah-pisahkan ( departmentalised knowledge ) (Sulaiman 1979).
      • Islam tidak langsung memperlihatkan pertentangan antara ilmu pengetahuan dengan agama. Agama yg cintakan ilmu pengetahuan dan menuntut umatnya belajar serta mencari ilmu sebanyak mungkin demi untuk kebaikan manusia (Abdullah Sidik 1980).
      (Al-Kahfi : 109)
      • Sulaiman Hj. Noordin (1979), ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian; iaitu ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
      • Pembahagian ilmu ini selaras dengan pembahagian ilmu menurut Imam al-Ghazali (H.A Syaefuddin 2005).
      • Ibnu Khaldun telah membahagikan ilmu Islam kepada dua jenis iaitu ilmu-ilmu yang bersifat tradisional ( naqliyyah ) dan ilmu-ilmu rasional ( ’aqliyyah ) (Syahrul Riza 2010).
      sambungan
    • sambungan
    • PERKEMBANGAN PEMIKIRAN ISLAM Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2000)
      • Ilmu Perubatan telah diambil dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Ilmu kuno itu berasal dari ilmu perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan dari Tamadun India dan China (Ismail Saad 1985).
      • Pengaruh-pengaruh kuno ini kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin ajaran Islam dan dibentuk dengan acuan Islam (Nizaita Omar 2006).
      • Kemajuan perubatan yang diasaskan dan dibentuk daripada konsep aliran Yunani ini mulai runtuh kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah yang berpunca daripada peperangan, penyakit yang merebak yang melanda umatnya serta serangan puak Barbarian yang menyerang Itali lalu meruntuhkan empayar Rom (Ismail Saad 1985).
      SEJARAH PERUBATAN SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
      • Perkembangan ilmu perubatan selepas kedatangan Islam amat menyerlah sekali.Perkembangannya disokong sebagai fardhu kifayah yang lebih utama dari fardhu kifayah yang lain seperti yang diperakui oleh Imam al-Ghazali yang pernah membantah sikap masyarakat pada zamannya yang hanya menekankan persoalan fiqh sehingga bidang perubatan dikuasai oleh orang-orang bukan Islam (al-Qardawi 1995).
      • Kegemilangan ilmu perubatan Islam berpunca daripada kesyumulan dan keagungan Islam yang tidak menolak sebarang bentuk ilmu kepada umatnya walaupun ianya daripada bukan Islam (Nizaita Omar 2006).
      • Sifat keterbukaan yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam ini merupakan faktor dalaman yang mendorong umat Islam menguasai ilmu sains dengan cemerlang dan gemilang, sehingga aplikasi dan implikasi sains juga menjadi lebih realistik dan bukan sekadar mistik (Alias Azhar 2010).
      SEJARAH PERUBATAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
      • Tradisi sains Islam terbangkit apabila peradaban Islam mengasimilasi sains asing, terutamanya sains Yunani. Fakta sejarah sains Islam tidak menafikan berlaku pertembungan antara Islam dan Yunani, iaitu penghijrahan ilmu Yunani ke Timur.
      • Ini berlaku semasa kempen perluasan jajahan oleh Iskandar Zulkarnain pada abad ke-4 sebelum masihi. Ilmu sains Yunani telah disaring dan disuling agar sesuai dengan roh dan acuan Islam (Alias Azhar 2010).
      • Ibn Sina dan Al-Razi telah mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam.
      • Perkembangan ilmu perubatan Islam dapat dibahagi kepada dua tahap, tahap pertama era penterjemahan dan tahap kedua era penciptaan dan perkembangan (Mohd Koharuddin 2002).
      sambungan
    • sambungan PERKEMBANGAN ILMU PERUBATAN ISLAM (Mohd Koharuddin 2002).
      • Amalan perubatan Islam dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu penyembuhan, sains pergigian, obstetrik, ginekologi, sains mata, penyakit kanak-kanak dan psikiatri (Mohd Koharuddin 2002).
      • Tradisi perubatan Islam bermula denganmengikuti tradisi perubatan yang dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mengubati penyakit terutama dalam penjagaan diet, sakit kepala dan lain-lain, tradisi ini dipanggil Tibb al-Nabi (Medicine of the Prophet) (Mohd Koharuddin 2002).
      • Kegemilangan Sains Dan Teknologi dalam kerajaan Abbasiyyah dipacu oleh faktor seperti peranan khalifah, peranan orang perseorangan, hubungan dengan negara luar dan amalan polisi sains negara yang mantap melibatkan kegiatan penterjemahan, penubuhan akademi seperti observatori dan perpustakaan, serta naungan kepada saintis dan penghasilan karya dalam bahasa Arab (Roziah Sidik et.al 2004).
      SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM ILMU PERUBATAN
      • Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya.
      • Sumbangan Islam dalam bidang farmasi juga besar, melibatkan proses dan penyediaan ubatan yang lebih maju dan baik. Tamadun Islam telah memperkenalkan dos ubat seperti salap, serbuk, sediaan berminyak, pes, serbuk mata, pembalut, dentifis dan sebagainya.
      • Ibn al-Baitar melalui kitabnya al-Mughni fi al-Adawiyah al-Mufradah menyenaraikan tidak kurang daripada 1400 jenis ubat dari pelbagai sumber seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan galian.
      • (Mohd Koharuddin 2002).
      sambungan
      • Al-Kindi juga telah menghasilkan buku-buku penting yang berkaitan dengan ubat-ubatan terutama tentang ubat sebatian dan campuran yang kompleks.
      • Dalam tamadun Mesir bidang perubatan merupakan profesion tertua. Orang Mesir merupakan masyarakat yang pertama menyelenggarakan buku-buku yang mengandungi senarai nama ubat-ubatan dan proses menyediakan ubat-ubatan tersebut. Antara bahan yang digunakan sebagai ubat ialah minyak jarak, mandragora, jintan putih, candu, tanduk rusa jantan, kulit penyu dan ketumbar.
      • Ilmu perubatan yang diasaskan oleh orang Mesir telah mempengaruhi masyarakat lain di seluruh dunia hingga mereka mempelajarinya seperti orang Rom, Parsi dan orang Arab sendiri. Pengalaman dan pengetahuan orang-orang Mesir dalam bidang ini terkandung dalam teks-teks perubatan terutama yang dihasilkan oleh Thoth dan Imhotep.
      • (Mohd Koharuddin 2002)
      sambungan
    • Zaman Kegemilangan Ilmu Perubatan Islam
      • Zaman gemilangnya, bermula dengan Al-Razi (Rhazes). Oleh Raja Charles I dari Anjou diperintahkannya agar diterjemahkan kitab Al-Hawi (120 jilid) ke bahasa Latin, bahasa rasmi ilmu pengetahuan di Eropah.
      • Pekerjaan ini dilakukan oleh Faraj bin Salim dan Girgenti pada 1279 dengan nama Liber Continens (Buku yang dapat dipakai untuk seluruh benua).
      • Terjemahan-terjemahannya terus menerus diterbitkan hingga tahun 1486, dan pada 1542 diterbitkan bahagian-bahagiannya sebanyak 5 jilid.
      • Kitab Al-Razi yang lain, Al-Kitab Al-Mansuri (10 jilid) diterjemahkan ke bahasa Latin di Milan pada akhir abad 15, dan kemudiannya ke bahasa-bahasa Perancis dan Jerman.
      • Tokoh perubatan lain, Ali Abbas (Haly Abbas) telah menulis bukunya Al-Kitab Al-Maliki berupa sebuah ensaiklopedia tentang teori dan praktik perubatan.
      • Kitab yang diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu Liber Regius ini diterbitkan beberapa kali, dan salinannya dalam bahasa Inggeris berjudul The Whole Medical Art. Tentang Abul-Qassim Zahrawi (Abulcassis), kitabnya At-Tasrif telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul Medical Vademecum.
      • Buku inilah yang telah meletakkan asas kedoktoran gigi di Eropah.
      sambungan
      • Demikian juga buku Ibn Zuhr (Avenzoar) iaitu At-Taisir telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1280 dengan judul Theisir oleh Paravicius, dan dalam bahasa Inggerisnya berjudul Facilitation of Treatment.
      • Al-Kindi juga banyak mengkaji tentang penyakit mata. Bukunya tentang ilmu optika telah disalin ke bahasa Latin dengan nama Optics, dan salah seorang pengikutnya ialah Roger Bacon.
      • Kitab Ibnu Rusyd Kulliyat fit-Tib, telah diterjemah ke bahasa Latin oleh Bonacosa pada 1255 dengan judul Colliget, dan salinan dalam bahasa Inggerisnya berjudul General Rules of Medicine.
      • Kalender Ibnu Jazlah (1100) tentang penyakit-penyakit dan cara mengubatinya diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1532.
      sambungan
      • Abu Ali Hasan al-Haitham yang juga dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Pakar fizik dan perubatan yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik.
      • Abu Ali Hasan dilahirkan pada 965 Masehi di Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.
      • Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan.
      • Beliau menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurutnya, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.
      sambungan
      • Tokoh perubatan yang telah mencapai kemuncaknya ialah Ibnu Sina (Avicenna). Namanya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan).Pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang.
      • Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan. 
      • Kitabnya Al-Qanun fi at-Tibb (Canon of Medicine) yang dianggap sebuah ensaiklopedia lengkap dalam perubatan dan pembedahan dijadikan teks perubatan di Eropah mulai abad 12 hingga 17, diterbitkan dalam bahasa Latin sebanyak 15 kali dan dalam bahasa Hebrew sekali pada abad 15, dan pada abad l6 dicetak sebanyak 21 kali.
      sambungan
      • Menjadi rujukan ilmu perubatan yang mutlak selama beberapa abad dan tidak terbandingkan sehinggalah abad ke sembilan belas Masihi. Selama 700 tahun buku itu merupakan satu-satunya buku perubatan yang menjadi piawai kepada orang lain.
      • Ketokohan beliau ini sangat terkenal dalam sejarah perubatan tamadun Islam dan Eropah hingga beliau digelar Prince of Physicians oleh sarjana barat.
      • Beliau juga berjaya mengenal pasti penyakit kencing manis dan batuk kering yang dikatakan sebagai penyakit berjangkit melalui tanah dan air.
      • Dikagumi kerana berjaya melakarkan satu tatacara pengubatan penyakit yang sehingga kini masih diikuti para pengkaji perubatan di mana faktor fizikal, psikologi, diet dan ubatan disatukan.
      sambungan
      • Sumbangan lain Ibnu Sina
      • 1. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah.
      •   2. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa. 
      • 3. Memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan.
      sambungan
      •   d. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya.
      • e. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.
      • Kebanyakan buku-buku Ibnu Sina telah diterjemahkan ke bahasa Hebrew dan Latin sebelum abad ke-12. Dan Roger Bacon sendiri mempelajari buku Falsafah Timur karya Ibnu Sina tersebut.
      • Ramai anak murid Ibnu Sina yang terpengaruh kepada cara pengajiannya seperti Musa bin Maimon (Maimonides), seorang ahli falsafah Yahudi, Albert the Great yang hidup sezaman dengan Padri Thomas, Ulrich of Strasburg (murid Albert), Henri of Ghent, pengikut-pengikut Bonaventure of Bagnoregio termasuk Duns Scotus dan Meister Eckhart.
      sambungan
      • Kemajuan yang begitu tinggi dlm ilmu perubatan Islam mulai mempengaruhi Eropah sejak pertengahan abad II dan lebih-lebih lagi abad 13.
      • Di Italy muncul Sekolah Perubatan yang didirikan oleh Constantine African, bekas siswa di negeri-negeri Islam.
      • Kemudiannya terdiri pula universiti-universiti di Rom, Paris dan Jerman yang kurikulum perubatannya berasaskan perubatan Islam dan teks pengajiannya merupakan karya-karya Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.
      • Sesiapa yang mengunjungi Fakuiti Perubatan di Universiti Paris akan dapat melihat gambar-gambar Ibnu Sina dan Al-Razi menghiasi dewan besarnya.
      sambungan
    • KESAN KEJATUHAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PERUBATAN ISLAM
      • Selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat.
      • Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan barat adalah dipengaruhi oleh perubatan muslim.
      • Di Eropah pada abad 14 hingga abad ke 17Masehi, ilmu perubatan Islam telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di dalam bidang perubatan dan hanya baru seabad yang lalu iaitu abad ke 19M, perubatan muslim dihapuskan dari kurikulum institusi pelajaran di sekolah dunia barat.
      • Pada abad tersebut, orang-orang Eropah mula mendakwa bangsa merekalah yang mempelopori dan mengembangkan era dunia moden seperti yang terpapar dan dihibahkan pada hari ini.
      • Mereka mendakwa bahawa Copernicus (1543 M) adalah tokoh pertama dalam lapangan Astronomi, Paracelsus (1541M) adalah tokoh ulung di dalam memperkenalkan perubatan moden dan lain-lain.
      • Kesan lesapnya kegemilangan tamadun Islam juga menular kepada karya-karya ahli perubatan Islam.Didapati banyak karya-karya ini muncul dalam bahasa Latin.
      • Sejumlah 400,000 buah naskhah telah dimusnahkan dan kesemuanya melibatkan pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu perubatan.
      sambungan
      • Penjajah barat telah mengambil beribu-ribu buku dan karya orang-orang Islam dari negara-negara yang dijajah.
      • Oleh kerana itu kita melihat pada hari ini, buku atau karya umat Islam yang terbaik sudah tidak kedapatan di negeri asal mereka, bahkan terbenam di muzium-muzium di barat.
      • Universiti Princeton umpamanya telah mengumpulkan 10,000 manuskrip atau karyawan Islam. Sementara di Escorial, Sepanyol pula sebanyak 15,000 naskhah yang asalnya ditulis oleh umat Islam silam telah dikhazanahkan.
      • (Nizaita Omar 2006)
      sambungan
    • SEKIAN TERIMA KASIH