Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Laporan pembentangan intervensi awal kanak2

on

  • 14,802 views

 

Statistics

Views

Total Views
14,802
Views on SlideShare
14,802
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
579
Comments
3

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Laporan pembentangan intervensi awal kanak2 Laporan pembentangan intervensi awal kanak2 Document Transcript

  • FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA ISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 1 (SESI 2012/2013) KBK 3033 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN KHAS TAJUK (TUGASAN 1) : DEFINISI, KONSEP, LATAR BELAKANG, PERKEMBANGAN KANAK-KANAK,PENGLIBATAN IBU BAPA, TEORI, FALSAFAH & PERUNDANGAN INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS NAMA PENSYARAH: PUAN HAJAH KAMALIAH BINTI MUHAMMAD
  • 1 2 DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 4 1) NUR KAREENA AQILA BT MAHDZIR (D20121058364) 2) SITI AISHAH BT SUNSUDIN (D20121058366) 3) NURUL FARAHANA BT MOHD YAACOB (D20121058365) 4) NURIZZATIAINI BT CHE RUSSLEE (D20121058389) 3 4 2
  • ISI KANDUNGANBil. Perkara Muka surat1 Penghargaan 42 Pengenalan 53 Definisi 74 Konsep 95 Latar belakang 106 Perkembangan kanak-kanak 127 Penglibatan ibu bapa 138 Teori 149 Falsafah 2510 Perundangan 3911 Kesimpulan 4912 Soalan objektif 5113 Soalan subjektif 53 3
  • PENGHARGAANAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami dapat menyempurnakantugasan berkumpulan bagi kursus Intervensi Awal Kanak-kanak dalam Pendidikan Khas (KBK3033) iaitu Laporan Pembentangan Berkumpulan. Kami telah mendapat tajuk definisi, konsep,latar belakang, pelbagai kecacatan, penglibatan ibu bapa, teori, falsafah serta perundangan. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan denganlebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ucapanterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanyakepada pensyarah kami iaitu, Pn. Kamaliah binti Muhammad kerana beliau telah banyakmemberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Dalam proses untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang, tugasan seperti iniamat membantu kami untuk menambah ilmu pengetahuan serta belajar bekerjasama denganrakan-rakan lain. Kerjasama yang terdapat dalam kumpulan ini amatlah berharga serta memberisatu kenangan. Masa yang dikorbankan untuk menyiapkan tugasan yang telah dikorbankan amatberbaloi setelah melihat tugasan ini siap sepenuhnya. Terima kasih diucapkan kepada sesiapayang membantu sama ada secara lansung mahupun secara tidak lansung. Di harap melalui tugasan ini dapat membantu masyarakat mahupun pelajar-pelajarUniversiti Pendidikan Sultan Idris sendiri untuk dijadikan sebagai rujukan utama mahupunsampingan. Sekian kami dahului dengan ucapan terima kasih. 4
  • PENGENALANIntervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantumempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawalumur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukanpelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongankepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembanganfizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluankanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaituperkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler,Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapicara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003). Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatanperkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius.Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khasdan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan beberapa pengaruh positifintervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap tertentu, mengelakkan atau mengurangkanmasalah susulan, mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Guralnick (1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistemyang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanaktidak terganggu. Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama,intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupayamenyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk meningkatkanperkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. Ketiga adalah 5
  • untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah untuk mengelakkanberlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa intervensi awalmemainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas,termasuklah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepadapembelajaran dan untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasukisekolah rendah. Selain itu, pusat ini juga memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan,bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial,perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaiksahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awaldiberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga berusia 6 tahun adalahpenting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiranmotor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan sokongan keluarga. 6
  • DEFINISIIntervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khassejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabunganusaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaandiri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaandikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal juga merupakan pengukuhan penguasaanbahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor daninteraksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upayakepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasukisekolah rendah. Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakanterutama pada peringkat umur yang muda. Kebanyakan murid sekolah rendah, masalahpembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulisdan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untukmemberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak denganpantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendakimempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosimula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangatpenting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa danguru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, merekaharus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal. 7
  • KEPENTINGAN INTERVENSI AWALIntervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisikotinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Intervensi awal dapat membantuperkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalahpendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapatmempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanaklain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melaluiperkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatantetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.Oleh itu, akan menjejaskan pembelajaran mereka dan membuatkan mereka berasa malu untukberinteraksi dengan orang lain. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensiawal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas padaperingkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatanpendidikan khas mungkin berkurangan. Dengan ini intervensi awal boleh meningkatkan intelek,meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanakberkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik dapat menghalang kewujudan masalah lain,mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Denganadanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahandapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahanpenjagaan, kesihatan dan pendidikan. 8
  • KONSEP INTERVENSI AWAL KANAK-KANAKKonsep intervensi awal kanak-kanak ini boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk input berguna bagimembantu kanak-kanak yang bermasalah dalam mengurangkan masalah yang dihadapi olehmereka. Selain itu, konsep ini juga dapat merapatkan jurang kecacatan yang dihadapi olehkanak-kanak ini dengan masyarakat lain dan dapat membantu kanak-kanak ini dari peringkatawalsupaya masalah ini tidak berterusan. Program-program intervensi awal dijalankan untukmengembangkan potensi individu secara menyeluruh pada kecacatan yang dialami. Sebagaicontoh, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)telah menjalankan kursus intervensi awal kanak-kanak kurang upaya Untuk memberipengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada peserta kursus bagaimana perlunya kanak-kanakyang mengalami kecacatan diberi khidmat pemulihan seawal mungkin bagi membolehkanmereka hidup berdikari dan dapat memainkan peranan yang berguna dalam masyarakat. Seterusnya, intervensi awal juga dapat memberikan perkhidmatan awal bagi rawatan,pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial,perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaiksahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Majnemer (1998), intervensi awal bukan jugaboleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkankanak-kanak daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal juga boleh memaksimumkanpotensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Selain itu,Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untukmenyokong bentuk interaksi antara kanak-kanak tersebut dengan keluarga supaya perkembangankanak-kanak tidak terganggu. 9
  • LATAR BELAKANG PERLAKSANAAN INTERVENSI AWALSama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruhkelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru telahmenentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkanpelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas,sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guruuntuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan. Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar danmengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Oleh itu, golonganpendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberiilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabilapelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan gurumemainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guruyang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahankepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Seterusnya intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuanmengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang bolehmengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajardilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari,bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelasbiasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masihmendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan caramengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’. Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagaisebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam prosesintervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanakkanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan 10
  • dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahlisesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungankekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.PERKEMBANGAN KANAK-KANAKAntara perkembangan yang dapat dilihat dalam intervensi awal ini ialah perkembangan Motor.Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentangperkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dankordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki,berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objekpermainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak. Selain itu, Perkembangan Kognitif. Perkembangan ini dijalankan adalah untukmenentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkarayang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apamereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang barudipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalahpetanda-petanda perkembangan kognitif. Komunikasi dan Perkembangan Bahasa juga merupakan perkembangan kanak-kanak.Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untukberkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain.Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukanlisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dansebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi danperkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. 11
  • Seterusnya, perkembangan Emosi dan Sosial. Kanak-kanak yang telah mencapaikompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengankanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yangtimbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujianterhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanakberkeperluan khas. Akhir sekali, kemahiran Adaptif. Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama adamereka mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain,makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengansendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapatmengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM INTERVENSI AWALMenurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalampendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah seperti memanggil ibu bapa ke sekolah secara berkala untuk membincangkan mengenaipendidikan anak-anak. Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan ibu bapa . Ibu bapa perludiberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa gurumengambil berat tentang anak mereka Dengan ini, ibu bapa akan berasa yakin untuk belajardengan guru tersebut. Selain itu, Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam ceramah yang berkaitan dengan duniapendidikan. Oleh itu, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan isu semasa tentang pendidikan.Kesannya, ibu bapa dapat membuat persediaan awal untuk membantu anak-anak dalampembelajaran supaya masalah mereka dapat diatasi. Seterusnya, guru hendaklah meyakinkan ibu bapa seperti pihak sekolah ingin membantuanak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yangingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah 12
  • melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolahdan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertaklukkepada latar belakang. 13
  • TEORI KOGNITIF JEAN PIAGETJean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama ArthurPiaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pulabernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminattentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun.Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliaumendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilihmenjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantiksebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad kedua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologisetelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerjadengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-polaperlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukanpemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliaukemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulumengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konseppenting tersebut adalah :1. SkemaIa merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengancara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakanpantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, 14
  • merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandunganskemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderungmemegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada padabayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.2. AsimilasiAsimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skemayang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatumodifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akanmenggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya,kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".3. AkomodasiMerupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsiapabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagiberada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagaisuatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidakditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkanpenyesuaian konsep terhadap magnet itu.4. AdaptasiIa merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi danasimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabilakanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajaridengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam prosesperkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satuperingkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yangsesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, 15
  • kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahapyang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :  Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)  Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)  Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)  Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)Tahap-tahap perkembanganTahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehanderia motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinyadengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehanuntuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observationallearning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam subtahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yangtertentu. Dari lahir sehinggan 2 bulan bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakanpantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan inidilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. Seterusnya dari umur satu bulan sehingga empat bulan pula pencapaian untukpenyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagianbadannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untukpembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di 16
  • tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantungkepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakansistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengarsesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akanmendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi. Di tahap empat sehingga lapan bulan bayi mempunyai persediaan untuk membuatpandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripadasesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambilsesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tangobjek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalammulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. Di tahap lapan hingga dua belas bulan pula ia dikatakan sebagai masa pengukuhan dimana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangandaya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatukeadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. Seterusnya ketika umur dua belas bulan hingga lapan belas bulan pula, penemuan maknabaru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukankecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatusituasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung denganpemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek.bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. Pada umur lapan belas bulan hingga dua tahun, berlakunya kombinasi mental di manakanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsisimbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat 17
  • membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telahmengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan,contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, darisegi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orangdewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebihsempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tigafenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakansuatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat.Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembalimemori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yangmenyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan dibahagian mental. 18
  • Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua ataulebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun peneranganyang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan diantara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap iniiaitu egocentrism, konsep sebab-akibat, peningkatan perolehan bahasa dan pembentukanidentity diri. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuanbahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek.Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu ataupanjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanakberusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrikseperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak padatahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebihdewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerimapendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakanyang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mulamemahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat,susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. 19
  • Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakultentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dansebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif sepertimengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap iniboleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atasoperasi atau proses pemikirannya sendiri.Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagisatu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka bolehmenyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak 20
  • TEORI SOSIOBUDAYA LEV SEMANOVICH VYGOTSKYVygotsky sangat dikenal sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teorisosiobudaya. Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitifdengan sosial. Teorinya ini juga menyatakan bahwa perkembangan kanak-kanak bergantungkepada interaksi kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaiansesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya.Latar Belakang Teori Lev Vygotsky (1896-1934)Nama penunya adalah Lev Semyonovich Vygotsky. Beliau dilahirkan di salah satu kota Tsarist,Russia, pada pada 17 November 1896, dan berkuturunan Yahudi. Beliau tertarik pada psikologisaat berusia 28 tahun. Sebelumnya, beliau lebih meminati dunia sastera. Awalnya, beliaumenjadi guru sastera di sebuah sekolah, tetapi pihak sekolah juga memintanya untuk mengajarpsikologi. Padahal, beliau sama sekali tidak pernah mengajar pendidikan formal di fakultipsikologi sebelumnya. Namun, inilah senario yang membuatnya menjadi tertarik untukmempelopori bidang psikologi hingga akhirnya ia melanjutkan kuliah di program psikologiMoscow Institute of Psychology pada tahun 1925. Lev Vygotsky adalah seorang psikologi yang berasal dari Rusia dan hidup pada masarevolusi Rusia. Vygotsky dalam pemikiran-pemikirannya di dunia psikologi kerap menghadapirintangan oleh pemerintah Rusia saat itu. Perkembangan pemikirannya meluas setelah ia wafatpada tahun 1934, disebabkan menderita penyakit TBC. Vygotsky pun sering berhubung denganpsikologi Swiss bernama Piaget. Lahir pada masa yang sama dengan Piaget, seorang psikologiyang juga mempunyai keyakinan bahawa keaktifan anak yang membangun pengetahuan mereka.Vygotsky meninggal dalam usia yang cukup muda, iaitu ketika masih berusia tiga puluh tujuhtahun. Menurut teori Vygotsky, fungsi kognitif berasal dari interaksi sosial masing-masingindividu dalam konsep budaya. Vygotsky juga yakin bahawa pembelajaran terjadi saat siswabekerja menangani tugas-tugas yang belum dipelajari namun tugas- tugas itu berada dalam “zoneof proximal development” mereka. Zone of proximal development adalah jarak antara tingkatperkembangan sesungguhnya yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan masalah secara 21
  • msendiri dan tingkat kemampuan perkembangan potensi yang ditunjukkan dalam kemampuanpemecahan masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau teman sebaya yang lebih mampu. Vygotsky banyak menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalammemudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mentalyang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian.Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikirdan menyelesaikan masalah.Zona Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development)Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melaluipengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jikaberinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiranoperasional formal tanpa bantuan orang lain. Vygotsky membedakan antara actualdevelopment dan potential development pada anak.Actual development ditentukan apakahseorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkanpotensial development membedakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu,memecahkan masalah di bawah petunjuk orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Menurut teori Vygotsky, Zona Perkembangan Proksimal merupakan celah antaraactualdevelopment dan potensial development, di mana antara apakah seorang anak dapat melakukansesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu denganarahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan pada interaksi sosial dapat memudahkanperkembangan anak. Ketika pelajar belajar di sekolah secara sendiri, perkembanganpembelajaran mereka berkemungkinan akan berjalan lambat. Untuk memaksimumkanperkembangan pembelajaran, pelajar seharusnya belajar dengan rakan yang lebih pandai yangdapat membantu menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Secara singkat, teori perkembangan sosial berpendapat bahawa interaksi sosial denganbudaya mendahului. Maksudnya dari segi hubungan dengan budaya membuat seorang anak 22
  • mengalami kesedaran dan perkembangan kognitif. Oleh itu, Vygotsky memusatkan perhatiannyapada hubungan dialek antara individu dan masyarakat dalam pembentukan pengetahuan.Pengetahuan terbentuk sebagai akibat dari interaksi sosial dan budaya seorang anak.Pengetahuan tersebut terbagi menjadi dua bentuk, iaitu pengetahuan spontan dan pengetahuanilmiah. Pengetahuan spontan mempunyai sifat lebih jelas, tidak logis, dan sistematik. Sedangkanpengetahuan ilmiah sebuah pengetahuan yang diperoleh dari pendidikan formal dan sifatnyalebih luas, logis, dan sistematik. Kemudian proses belajar adalah sebuah perkembangan daripengertian spontan menuju pengertian yang lebih ilmiah. Menurut Vygotsky seorang anak yang bercakap bersendirian lebih berpeluang untuklebih baik dalam hubungan sosial. Kerana bercakap bersendirian adalah sebuah langkah awalbagi seorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara sosial.The More Knowledgeable Other (MKO)Istilah ini jika diterjemahkan membawa maksud orang lain yang lebih tahu. MKO bermaksudkepada siapa saja yang mempunyai kemampuan yang lebih tinggi dari pelajar, dalam hal initermasuk guru, teman sebaya, atau komputer. Seorang pelajar perlu berinteraksi dengan orang yang mempunyai pengetahun lebih daridirinya. Kerana hal tersebut akan lebih meransang perkembangan sosial kognitif pelajar tersebut.Sekali lagi, bagi Vygotsky faktor interaksi sosial dengan sesuatu yang lebih kompeten di luar dirimenjadi kunci perkembangan kognitif anak. 23
  • TEORI HUMANISTIK CARLS ROGERSCarl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbezadengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran danpembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosipelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginanuntuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar danmemberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yangutama, antaranya:i.Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.ii.Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapaikesempurnaan kendiri.iii.Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dankepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.iv.Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsepkendiri dan kepercayaannya.v.Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannyahanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagaimanusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang bolehdimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusiayang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semuatingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembangsecara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu : 1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. 24
  • 2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat. 3. Kefahaman yang mendalam.Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arahkesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar. Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepadaindividu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek sertapengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberianmakna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang fenomenal” individu berkenaan dandalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya. Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten,termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lainseseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. Pada masa yangsama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diriunggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diriunggul mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven padaindividu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya. Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiriberikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau“aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers, antaranyaialah : 1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap persepsi. 2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan – mewakili satu yang terurus dan konsisten secara keseluruhan. 25
  • 3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa–apa. Seseorang individu tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri. 4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar dioperationaliskan untuk membut kajian. Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunyalancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberaparintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi – kendiri dan kongruens untukmencapai matlamat. Maksud konsistensi – kendiri adalah kecenderungan organismamengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula daridalam seperti yang ada pada konsep – kendiri. Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujuddiantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang seringmengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan diantara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkankebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan iniberpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalamandan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens : 1. Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan. 2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam kesedaran. Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluandisayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusiatidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan. 26
  • Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diriyang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermaknaindividu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnyabagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan. 27
  • TEORI BEHAVIORIS ALBERT BANDURAAlbert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Social Learning Teory) salahsatu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran,pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar social ataukognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Dollyang menunjukkan anak – anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.Latar Belakang TokohAlbert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 4 Disember 1925. Masakecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Pada tahun1949 beliau mendapat pendidikan di University of British Columbia, dalam jurusan psikologi.Dia memperoleh gelar Master di dalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudiania juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program doktornya dalam bidangpsikologi klinik, setelah lulus beliau bekerja di Standford University.Beliau banyak terjun dalampendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilaieksperimen.Pada tahun 1964 Albert Bandura dilantik sebagai professor dan seterusnya menerimaanugerah American Psychological Association untuk Distinguished scientific contribution padatahub 1980. Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentangpengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudahmulai meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnyayang pertama mendapat gelar doktor sebagai pembantunya. Bandura berpendapat, walaupunprinsip belajar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip ituharus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigmabehaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial, salah satukonsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran,pemahaman, dan evaluasi. 28
  • Teori Pembelajaran Sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yangtradisional behavioristik. Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura(1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip–prinsip teori–teori belajar perilaku, tetapimemberikan lebih banyak penekanan pada kesan dan isyarat–isyarat perubahan perilaku, danpada proses–proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran social kita akan menggunakanpenjelasan–penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan–penjelasan kognitif internal untukmemahami bagaimana belajar dari orang lain. Dalam pandangan belajar social “manusia” itutidak didorong oleh kekuatan–kekuatan dari dalam dan juga tidak dipengaruhi oleh stimulus–stimulus lingkungan. Teori belajar sosial menekankan bahawa lingkungan–lingkungan yang dihadapkan padaseseorang secara kebetulan; lingkungan–lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orangitu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana dikutip oleh (Kard,S,1997:14)bahawa “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingattingkah laku orang lain. Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan. Pertama, pembelajaran melaluipengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain, contohnya, seorang pelajarmelihat temannya dipuji dan ditegur oleh gurunya kerana perbuatannya, maka ia kemudianmeniru melakukan perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian inimerupakan contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain. Kedua, pembelajaranmelalui pengamatan meniru perilaku model meskipun model itu tidak mendapatkan penguatanpositif atau penguatan negatif saat mengamati itu sedang memperhatikan model itumendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari oleh pengamat tersebut dan mengharapkanmendapat pujian atau penguatan apabila menguasai secara tuntas apa yang dipelajari itu. Modeltidak harus diperagakan oleh seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakanseseorang pemeran atau visualisasi tiruan sebagai model (Nur, M,1998.a:4). Seperti pendekatan teori pembelajaran terhadap kepribadian, teori pembelajaran sosialberdasarkan pada penjelasan yang diutarakan oleh Bandura bahawa sebahagian besar daripadatingkah laku manusia adalah diperoleh dari dalam diri, dan prinsip pembelajaran sudah cukup 29
  • untuk menjelaskan bagaimana tingkah laku berkembang. Akan tetapi, teori–teori sebelumnyakurang memberi perhatian pada konteks social dimana tingkah laku ini muncul dan kurangmemperhatikan bahwa banyak peristiwa pembelajaran terjadi dengan perantaraan orang lain.Maksudnya, sewaktu melihat tingkah laku orang lain, individu akan belajar meniru tingkah lakutersebut atau dalam hal tertentu menjadikan orang lain sebagai model bagi dirinya. Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalamlaporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil prosespembelajaran yang ditiru dari orang lain. Proses belajar tersebut dinamakan pembelajaran sosial.Perilaku peniruan manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh tambahan ketikakita meniru orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. MenurutBandura, sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan, contoh tingkah laku(modeling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorangmodel atau tokoh bagi anak–anak untuk menirukan tingkah laku membaca. Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963) telahmelakukan eksperimen pada anak–anak yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimenmereka mendapati, bahawa peniruan dapat berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilakumodel (orang yang ditiru) meskipun pengamatan itu tidak dilakukan terus menerus. Prosesbelajar semacam ini disebut “observationallearning” atau pembelajaran melalui pengamatan.Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandangteori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpamempertimbangan aspek mental seseorang. Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif)dan lingkungan. pandangan ini menjelaskan, beliau telah mengemukakan teori pembelajaranpeniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) terhadapperlakuan anak-anak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan palubesi dan menumbuk sambil menjerit-jerit dalam video. Setelah menonton video anak-anak inidiarah bermain di kamar permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. 30
  • Setelah anak-anak tersebut melihat patung tersebut,mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan olehorang yang mereka tonton dalam video. Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan yaitu meniru secara langsung.Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan pelajar menirusecara langsung. Seterusnya proses peniruanmelalui contoh tingkah laku. Contohnya anak-anakmeniru tingkah laku bersorak dilapangan, jadi tingkah laku bersorak merupakan contoh perilakudi lapangan. Keadaan sebaliknya jika anak-anak bersorak di dalam kelas sewaktu gurumengajar,semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu tingkahlaku yang dilakukan tidakdibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi tingkah laku tersebut menjadi contoh perilaku dalamsituasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabilaseseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang anak-anak melihat temannyamelukis bunga dan timbul keinginan dalam diri anak-anak tersebut untuk melukis bunga. Olehkarena itu, peniruan berlaku apabila anak-anak tersebut melihat temannya melukis bunga. Perkembangan kognitif anak-anak menurut pandangan pemikir islam yang terkenal padaabad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan anak-anak hendaklah diarahkan dari perkara yangmudah kepada perkara yang lebih susah yaitu mengikut peringkat-peringkat dan anak-anakhendaklah diberikan dengan contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melaluipancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, anak-anak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemahlembut dan bukannya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahwa anak-anaktidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akanmenyebabkan anak-anak tidak mau belajar dan memahami pengajaran yang disampaikan. 31
  • Unsur Utama dalam Peniruan (Proses Modeling/Permodelan)Menurut teori belajar sosial, perbuatan melihat saja menggunakan gambaran kognitif daritindakan, secara terperinci dasar kognitif dalam proses belajar dapat diringkas dalam 4 tahap ,iaitu : perhatian, mengingat, reproduksi gerak, dan motivasi.1) Perhatian (’Attention’)Subjek harus memperhatikan tingkah laku model untuk dapat mempelajarinya. Subjek memberiperhatian kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemainmuzik yang tidak percaya diri mungkin meniru tingkah laku pemain musik terkenal sehinggatidak menunjukkan gayanya sendiri. Bandura & Walters(1963) dalam buku mereka “SosialLearning & Personality Development” menekankan bahawa hanya dengan memperhatikan oranglain pembelajaran dapat dipelajari.2) Mengingat (’Retention’)Subjek yang memperhatikan harus merakam peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Inimembolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Kemampuanuntuk menyimpan informasi ini juga merupakan bahagian penting dari proses belajar.3) Reproduksi gerak (’Reproduction’)Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkahlaku, subjek juga dapat menunjukkankemampuannya atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya,membawa kereta, bermain tenis. Jadi setelah subjek memperhatikan model dan menyimpaninformasi, sekarang saatnya untuk benar-benar melakukan perilaku yang diamatinya.4) MotivasiMotivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura karena ia adalah penggerak individuuntuk terus melakukan sesuatu. Jadi subjek harus termotivasi untuk meniru perilaku yang telahdimodelkan. 32
  • Ciri – ciri teori Pemodelan Bandura1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain – lain3. Pelajar meniru suatu kemampuan dari kecakapan yang didemonstrasikan guru sebagai model4. Pelajar memperoleh kemampuan jika memperoleh kepuasan dan penguatan yang positif5. Proses pembelajaran meliputi perhatian, mengingat, peniruan, dengan tingkah laku atau timbalbalik yang sesuai, diakhiri dengan penguatan yang positifEksperimen Albert BanduraEksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak–anakmeniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Albert Bandura seorang tokohteori belajar sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebihberkesan dengan menggunakan pendekatan “permodelan”. Beliau menjelaskan lagi bahawaaspek perhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan aspekpeniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada pemahaman pelajar.Eksperimen Pemodelan Bandura :Kelompok A = Disuruh memperhatikan sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang, dan menjerit ke arah patung besar Bobo.Hasil = Meniru apa yang dilakukan orng dewasa malahan lebih agresifKelompok B = Disuruh memperhatikan sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patungbesar BoboHasil = Tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif seperti kelompok ARumusan :Tingkah laku anak – anak dipelajari melalui peniruan / permodelan adalah hasil dari penguatan.Hasil Keseluruhan Eksperimen : 33
  • Kelompok A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif dari orang dewasa. Kelompok B tidakmenunjukkan tingkah laku yang agresifGambar Pemodelan Albert Bandura:Jenis – jenis Peniruan (modeling):1. Peniruan LangsungPembelajaran langsung dikembangkan berdasarkan teori pembelajaran sosial Albert Bandura.Ciri khas pembelajaran ini adalah adanya modeling, iaitu suatu fasa dimana seseorangmemodelkan atau mencontohkan sesuatu melalui demonstrasi bagaimana suatu ketrampilan itudilakukan.Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Contoh :Meniru gaya penyanyi yang disukai.2. Peniruan Tak LangsungPeniruan tak langsung adalah melalui imaginasi atau perhatian secara tidak langsung. Contohnyameniru watak yang dibaca dalam buku, memperhatikan seorang guru mengajarkan rakannya.3. Peniruan GabunganPeniruan jenis ini adalah dengan cara menggabungkan tingkah laku yang berlainan Iaitu peniruanlangsung dan tidak langsung. Contohnya, pelajar meniru gaya gurunya melukis dan caramewarnai daripada buku yang dibacanya.4. Peniruan Sesaat / seketika.Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu saja. Contohnya, meniru gayapakaian di TV, tetapi tidak boleh dipakai di sekolah.5. Peniruan BerkelanjutanTingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam situasi apapun. Contohnya, pelajar menirugaya bahasa gurunya. 34
  • FALSAFAHPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insae yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Di samping itu, kanak-kanak juga merupakan komuniti yang tergolong dalam usahamerealisasikan falsafah ini. Manakala, Pendidikan prasekolah pula bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspekjasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untukmeningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif padadiri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untukmenangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaranyang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran danpembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual danpembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dankandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak danmengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini,kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu merekameneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah kelak. Pendidikan merupakan suatu proses memperoleh ilmu, kemahiran dan nilai murni dalamsuatu proses yang berlaku secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Kanak- 35
  • kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun memerlukan pendidikan awalkanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah mereka dan mereka perlu dibimbing. Sahsiah yangdibentuk tersebut akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Walaubagaimanapun,selepas tamat persekolahan setiap individu masih boleh terus meningkatkan ilmu, kemahiran danakhlak mereka dari semasa ke semasa. Oleh sebab kanak-kanak ini masih aktif dan muda maka falsafah ini dapat membantudalam pelaksanaan pendidikan awal bagi kanak kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak cenderungbelajar semenjak dalam kandungan hingga mereka berumur 6 tahun. Maka mereka perludibentuk dan dididik sejak kecil lagi. Terdapat pelbagai dasar yang telah diatur oleh KementerianPendidikan antaranya ialah, setiap taska atau tadika perlu mengadakan kurikulum supayamempunyai matlamat awal untuk dicapai. Setiap tadika dan taska perlu mengikuti KurikulumStandard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang menyediakan semua aspek pembangunanpendidikan kanak-kanak. Tumpuan diberikan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira danmenaakul. Selain itu, dalam salah satu falsafah pendidikan awal kanak-kanak ada menyatakanbahawa kanak-kanak dapat belajar dengan baik melalui bermain. Program yang disediakan perludiseimbangkan dengan pembelajaran yang santai dan bermain supaya kanak-kanak ini tidakbosan. Sekiranya kita terlalu memberi tumpuan kepada akademik semata-mata ia mungkinmemberikan kesan yang negatif kepada perkembangan pendidikan anak-anak ini pada masahadapan. Di samping itu, terdapat beberapa jenis kurikulum yang boleh digunakan terhadap kanak-kanak ini, iaitu kurikulum formal dan kurikulum tersenbunyi. Kurikulum formal merupakanaktiviti yang berlaku secara nyata di sekolah. Kurikulum ini merangkumi segala aktiviti di bilikdarjah, aktiviti di luar bilik darjah serta sukan dan permainan yang telah dirancang oleh pihaktertentu dan dikawal selia oleh guru. Manakala, kurikulum tersembunyi pula ialah pengalamanpembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid. Kurikulum ini berlaku secaratidak rasmi dalam sistem sekolah dan pendidikan. Kurikulum tersembunyi dapat diertikansebagai menyediakan pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi dan budaya yang 36
  • terdapat di sekolah. Pengalaman ini lebih disifatkan sebagai ‘soft skills’ atau kemahiran insaniahuntuk masa hadapan kepada mereka. Selain itu, perkembangan fizikal, kognitif, estetika dan daya kreatif juga diberi penekanandalam menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetikamerangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti..Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan ototmereka. Sekiranya perkembangan fizikal tidak mantap, mereka akan menghadapi masalahdalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis,penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalianperalatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasarserta kordinasi mata dan tangan mereka. Seterusnya, mereka juga perlu diberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaankesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran, dan pemakanan yang berkhasiat. Perkembangankreativiti pula merangkumi Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Drama dan Gerakan Kreatif.Perkara ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menzahirkan idea mereka secarakreatif. Seni Visual adalah pada aplikasi seni, eksperisi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni adalahproses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.Eksperisi kreatif pula adalah proses penghasilan karya. Manakala, apresiasi seni merupakanproses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahanhasil kerja orang lain. Dalam Pendidikan Muzik pula merangkumi aktiviti menyanyi,penghasilan muzik menerusi bahan dan apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif pulamerangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid akan diberi peluang untukberlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. Pendidikan sebenar dapat membantukanak-kanak memahami sifat semulajadinya sebagai insan yang kreatif. Walaubagaimanapun, setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan citarasa yangtersendiri. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengenalpasti minat dan kecenderungan seseorang 37
  • murid itu. Selain itu, kanak-kanak juga hanya akan belajar apabila mereka sudah bersedia. Guruperlu mengetahui sama ada kanak-kanak itu sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran atausebaliknya dengan cara mereka tersendiri dalam menerima pembelajaran. Di dalam falsafah dan fokus PERMATA Negara ada menyatakan bahawa asuhan dandidikan awal kanak-kanak yang bertujuan untuk mengembangkan potensi setiap anakPERMATA Negara secara holistik. Hal ini bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbangdari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini juga memerlukankerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti. Falsafah dan kurikulum PERMATA ini telahdipersetujui dan dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan. 38
  • PERUNDANGANPengenalan perundangan berkaitan pendidikan khasPublic Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskanoleh Kongnes Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untukSemua Kanak-Kanak Cacat atau dalam bahasa enggeris dipanggil sebagai Education For AllHandicapped Act. Pengenalan PL 94-142 ini adalah berasal daripada pandangan yangmengatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripadakanak-kanak yang sebaya dengan mereka kerana menurut (Odam & McEvoy 1988) kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberipeluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri mereka dengan kanak-kanak biasadi arus perdana. Undang-undang hasil daripada perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikatini telah menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidakmampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang brelajar di arus perdana. Oleh itu , guruPendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yangmenghadapi masalah ini.Mandat-mandat Asas PL 94-142Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 , apabila AktaPendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atausingkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadappendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictiveenvironment , pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yangberkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (RancanganPendidikan Individu). 39
  • Pendidikan untuk semua Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkanpendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluankhas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikanbercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akandikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipancukai yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untukmenyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun.Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya,tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006),menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telahmemperkenalkan child find system sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawaperkhidmatan untuk kanak-kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripadaperingkat awal lagi.Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidakada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya.Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa danjuga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikanbercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif .Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawakepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripadaamalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapatakses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif inibermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal 40
  • tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan HerMajestys Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapatdiberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.Pentaksiran yang tidak mendiskriminasiKanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaianpendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun denganterlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kiraciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan ataukekurangan mereka.(Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilaikebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiridaripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-pihak lain untuk memastikan bahawakanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahapkebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran danbentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, lebih daripadasatu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalamkatogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitanIbu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-kanak khas. Merekamemainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiapkanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahuisetiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian danperancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yangpelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini. 41
  • Hak ibu bapa yang membantah (due process)Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akanmembentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaanseseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidakberkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslahdisimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan danboleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulahdimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anakmereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukanterhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimanamereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006).3.2.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebutperlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut.(Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan PendidikanIndividu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu aktayang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buahnegara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, makaseharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat didalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) ialah tahap pencapaian pendidikan murid yangterkini dan matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.Walaubagaimanapun. objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut 42
  • langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan dan jenispendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid. Selain itu, jenis perkhidmatan berkaitan(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid dan jangka masa murid akan terlibat di dalamprogram aliran biasa. Akhir sekali ialah ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangkamasa perkhidmatan. Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadualmenentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnyasetahun sekali. RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-gurukhas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluankhas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belumdikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).Mandat-Mandat LainPerkhidmatan Intervensi awal dan prasekolahMenurut (Fatimah Bivi, 2002), intervensi awal didefinisikan sebagai satu usaha tersusun untukmeningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat.Ditegaskan pula oleh Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to a range ofservices provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or earlychildhood”. Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambillangkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkanketerukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individuberkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sainssosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi programpendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehioleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untukmengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadilebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. 43
  • Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepadakanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masapanjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkanuntuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi(IDEA, 1990). Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanakberkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensiawal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat.Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanakberkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedarakan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal juga dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasaisyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untukdia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaranawal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yangmengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalahemosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagisesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaanpendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yangmemerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembanganfizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awalyang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga,dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan inimenjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan danpendidikan. 44
  • Rangka Tindakan Samalanca Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khasyang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Diantara deklarasi yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The Frameworkfor Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuankepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas .Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanakberkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai danmengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khasjuga mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu sistempengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanaktersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minatindividu. Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasisupaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca jugamemperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasamelalui amalan inklusif. Negara negara yang bersidang di Salamanca disarankan supayamemberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapatdiperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam sistempendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka. Kerajaansetiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme merancang, memantaudan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidanganini,kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusifdi Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah lama dilaksanakan di Malaysiamelalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah,etal 2009). 45
  • Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di MalaysiaAkta PendidikanFalsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubalsetelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsepsistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dariperingkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategorisekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagaibahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi denganmenjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah daninstitusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negaraapabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib digunaoleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untukmengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kitamenggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid darisekolah-sekolah di negara kita. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategorisekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagaisalah satu daripada pelajaran teras di sekolahsekolah. Dengan adanya peruntukan yangmembolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluargayang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yangmenjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan keranatadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yangdikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha 46
  • membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan disekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolahvokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan programkerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untukmengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk programpertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diplomadan ijazah dengan institusi institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yangmembolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja diperingkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar. Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanyaperuntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusitersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakanpengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untukmemupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukupbagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum,dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yangdahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan caramengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta.Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembagapengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum dinegara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas kelas agama sepertibibleclasses tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. 47
  • Dasar-dasar berkaitan Pendidikan KhasDEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948)Meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan –keperluanpembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah langkah perludiambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orangkurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB)Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telahmengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapatpenjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadikanak-kanak normal.AKTA PELAJARAN 1961Dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untukkanak-kanak kurang upaya.LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)Mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yangmembawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khasdi Malaysia. 48
  • KESIMPULANKesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awallagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagimengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun,berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masalahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani &Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanakberkeperluan khas antaranya ia dapat memberi pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengahindividu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selainitu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikalatau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturanhendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan ataukomunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakanperkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alatlatihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya.Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawatmasalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersamamagnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik. Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakangdan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapimenggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedanglakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi dijalankansemasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untukmenggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatanintervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkanmasalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, 49
  • perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensidijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi,perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanannutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidangkemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia,program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebihdahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini,kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asasmata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlumempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaranyang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu gurumengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. 50
  • SOALAN OBJEKTIF1. Berikut adalah Teori Intervensi Awal Kanak-Kanak, kecuali A. Teori Kognitif B. Teori Sosiobudaya C. Teori Humanistik D. Teori Personaliti2. Menurut Jean Piaget dalam Teori Kognitf menyatakan bahawa kebolehan intelektual kanak- kanak berkembang mengikut satu siri berperingkat. Apakah perkembangan yang berlaku pada peringkat x? sensori operasi motor pra-operasi x formal A. Peringkat Konkrit B. Peringkat Pertumbuhan C. Peringkat Pembinaan Tingkah laku D. Peringkat Peneguhan3. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri yang terdapat dalam Teori Pemodelan Bandura? A. Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi. B. Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yang dialami oleh individu sendiri. C. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. D. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. 51
  • 4. Teori Humanistik, menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Berdasarkan penyataan di atas, siapakah yang mengasaskan teknik Humanistik tersebut? A. Jean Piaget B. Lev Semanovich Vygotsky C. Carls Rogers D. Albert Bandura5. Antara berikut, yang manakah perkara yang terdapat dalam mandat asas Public Law 94-142? i . Pendidikan untuk semua ii . Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan iii. Pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan iv. Intervensi wajib untuk setiap kanak-kanak A. i dan ii B. ii dan iii C. i, ii dan iii D. i, ii, iii dan iv6. Antara berikut yang manakah yang elemen-elemen yang tidak terdapat dalam teori Behavioris? A. Perubahan persekitaran B. Tumpuan C. Penyimpanan D. Motivasi 52
  • SOALAN ESEI RINGKAS1. Nyatakan dan huraikan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. ( 12 markah )2. Huraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia. ( 8 markah )3. Terangkan pelaksanaan yang terdapat dalam intervensi awal. ( 9 markah )4. Menurut Carls Rogers, setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, nyatakan pandangan Rogers terhadap pembelajaran. ( 10 markah )5. Terangkan tentang latar belakang Albert Bandura berdasarkan teori behavioris dan ciri-ciri teori pemodenan Bandura. ( 12 markah )6. Nyatakan 5 ciri-ciri pembelajaran yang terdapat dalam teori humanistik. ( 10 markah )7. Terangkan secara ringkas tentang definisi intervensi awal dan kepentingannya. ( 10 markah )8. Jean piaget menyatakan bahawa kebolehan intelektual kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan ataupun peringkat. Jelaskan tentang peringkat tersebut. ( 8 markah ) 53
  • ESEI PANJANG1. Penemuan teori perkembangan kanak-kanak yang telah banyak membawa perubahan kepada amalan pentaksiran. Kesedaran tentang kepentingan teori amat perlu untuk dijadikan sebagai asas dalam memahami tingkah laku perkembangan kanak-kanak khas diperingkat awal. Berdasarkan kesedaran tentang pentingnya teori dalam memahami perkembangan kanak-kanak khas, hurai dan jelaskan teori-teori berikut :- ( a ) Teori behavioris ( 5 markah ) ( b ) Teori kognitif ( 5 markah ) ( c ) Teori sosiobudaya ( 5 markah ) ( d ) Teori humanistik ( 5 markah ) ( e ) Teori Naturalisme ( 5 markah )2. Ibu bapa dan keluarga terdekat memainkan peranan yang amat berguna dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan tertangguh atau yang berkeperluan khas. ( a ) Bincangkan bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan tersebut dalam memberikan intervensi awal kepada kanak-kanak. ( 12 markah ) ( b ) Huraikan kekangan yang wujud bagi ibu bapa dalam melaksanakan intervensi di rumah. ( 13 markah )3. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak- kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003). Huraikan perkembangan seperti yang berikut :- ( a ) Perkembangan motor ( 5 markah ) ( b ) Perkembangan kognitif ( 5 markah ) ( c ) Perkembangan komunikasi dan bahasa ( 5 markah ) ( d ) Perkembangan emosi dan sosial ( 5 markah ) ( c ) Perkembangan adaptif ( 5 markah ) 54
  • Jawapan soalan objektif1. D2. A3. C4. C5. C6. A 55