• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Assignment individu d20121058364
 

Assignment individu d20121058364

on

  • 1,723 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,723
Views on SlideShare
1,723
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
35
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Assignment individu d20121058364 Assignment individu d20121058364 Document Transcript

    • KPP 3014 D201210583641TAJUK :MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJAKURSUS:PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJARTUGASAN:TUGASAN INDIVIDUKOD KURSUS :KPP 3014NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIRNO. MATRIK : D20121058364NO. KAD PENGENALAN : 920111 – 02 – 5342NAMA PENSYARAH : DR. HAJAH EFTAH BINTI ABDULLAHTARIKH HANTAR : 22 MAC 2013
    • KPP 3014 D201210583642ISI KANDUNGANBil. Kandungan Muka surat1. Pendahuluan 12. Jenis-jenis dadah 33. Perbandingan isu masalah penyalahgunaan dadah di dalam negara dan diluar negara124. Kaitan di antara masalah penyalahgunaan dadah dengan tingkah laku danteori perkembangan remaja di dalam bilik darjah155. Peranan guru dalam merangka strategi keseluruhan dan spesifik bagimemahami pelajar remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaandadah206. Kerangka kerja peranan guru dalam mengatasi masalah penyalahgunaandadah237. Kesimpulan 268. Rujukan 27
    • KPP 3014 D2012105836431.0 PENDAHULUANRemaja dan masalah-masalah berkaitan dengan moral adalah tidak dapat dipisahkan malahansemakin memburuk. Dengan teknologi yang semakin canggih, pelbagai perkara dapat dipelajaridi alam maya sesuai dengan kata-kata yang sering diungkapkan kini iaitu “ilmu dihujung jari”.Tetapi bagi remaja, dengan kewujudan teknologi kini membuatkan mereka lebih mudah untukmeneroka apa sahaja perkara baru, bersesuaian dengan perkembangan mereka yang terarahkepada sifat ingin tahu yang tinggi. Perkara-perkara seperti rempit, vandalisme, gangsterisme,dan dadah dapat di pelajari melalui teknologi terkini contohnya internet. Penggunaan internetyang semakin popular di kalangan remaja membolehkan mereka untuk meneroka lebih jauhmengenai sesuatu perkara sebagai contohnya berkaitan dengan tajuk iaitu mengenai penggunaandadah. Di dalam internet kini terdapat pelbagai maklumat mengenai dadah daripada amsehinggalah kepada spesifik. Terdapat laman web yang memaparkan mengenai cara-cara untukmenghasilkan dadah dan perkara ini boleh memberi impak negatif kepada remaja. Definisidadah menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sejenis bahan yang digunakan sebagaiubat yang boleh menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri dan ketagih. Namun begitu, setiapkandungan dadah di dalam ubat adalah berlainan. Sekiranya sesuatu ubat itu di ambil dalamkuantiti yang banyak boleh menyebabkan sesorang itu berada dalam keadaan khayal dan tidaksedarkan diri. Terdapat pelbagai jenis dadah yang terdapat di seluruh dunia ini. Ada dadah yangberbentuk pil mahupun cecair. Kini, dadah yang paling popular di kalangan remaja adalah ubatbatuk dan daun ketum. Hal ini kerana kedua-dua jenis bahan ini adalah mudah didapati disekitar mereka. Dengan teknologi yang canggih serta dengan bantuan daripada internetmemudahkan remaja kini untuk membuat dadah sintetik sendiri. Dadah sintetik merupakansejenis dadah yang lebih berbahaya. Jenis-jenis dadah yang lain akan di terangkan dengan lebihlanjut di dalam tajuk yang seterusnya. Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remajasemakin runcing saban tahun. Hal ini dibuktikan dengan statistik penglibatan remaja terhadapdadah sepanjang tahun adalah meningkat. Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan, statistikpada tahun 1998 sehingga 2003 terdapat seramai 255, 725 penagih dadah di mana merangkumi1.02 peratus jumlah penduduk Malaysia. Manakala purata pertambahan penagih baru pada tahun1999 sehingga 2003 adalah seramai 17,174 setahun. Jika perkara ini berlaku secara berterusan,dijangka kadar jumlah penagih akan meningkat sehingga 461, 000 pada tahun 2015. Jikadianalisis profil penagih pada tahun 1999 sehingga 2003 seramai 72% sehingga 76% adalah dari
    • KPP 3014 D201210583644kalangan remaja. Beralih pula kepada definisi seorang remaja, remaja merujuk Kamus DewanBahasa dan Pustaka adalah seorang individu yang sudah cukup umur ataupun akil baligh.Manakala bagi Dr. Awang Sudji (1977) pula, remaja adalah di mana seseorang itu mulai dewasa,sudah cukup umur serta sudah cukup umur untuk berkahwin berlainan pula bagi Khadijah HaidiKhalid (1994) yang menyatakan bahawa remaja adalah zaman peralihan dalam prosesperkembangan manusia di antara belia dan remaja. Ahli-ahli psikologi membahagikan remajakepada empat peringkat umur iaitu pra-remaja (11 tahun sehingga 13 tahun), awal remaja (13tahun sehingga 15tahun), remaja pertengahan (15tahun sehingga 18 tahun) dan remaja akhir (18tahun sehingga 20 tahun). Setiap remaja akan melalui setiap peringkat perkembangan iaituperkembangan fizikal, perkembangan kognitif, serta perkembangan sosio-emosi. Melaluiperkembangan inilah yang boleh menjadi punca atau sebab sesuatu masalah sosial yang berlakudalam kalangan remaja. Apabila menyentuh hal ini, remaja masih terbelenggu dan merasa dirimereka sentiasa benar dan berada di jalan betul. Oleh itu, penulisan ilmiah ini akanmembincangkan mengenai isu masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja sertakaitannya dengan teori serta perkembangan remaja itu sendiri. Selain daripada itu, penulisan initurut akan menyentuh kepada peranan guru dalam memahami serta mengatasi masalahpenyalahgunaan dadah di kalangan pelajar remaja.
    • KPP 3014 D2012105836452.0 JENIS-JENIS DADAH2.1 Jenis dadah DepressantPengenalan- Bahan perubatan ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusatRajah 2.1 : Contoh gambar dadah jenis DepressantNAMA/BENTUK CARAPENGAMBILANTANDAPENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKAPENDEKJANGKAPANJANGMethaqualone- Traquliser- RohypnolDimakan dalambentuktablet/kapsul,kapsul barbituratdipecah, dilarutke dalam air dandisuntik,dicampur denganheroin, dimakandalambentuk/kapsul.Pil / KapsulPertuturan kurangjelas, berjalanterhuyung-hayang, hilangpertimbangan,hilang dayaransanganMuntah, susahtidur, ketakutan,perasaan sensitifTidak bolehtidur, lemah/lesu, suhubadanmeningkat,tekanan darahrendah,muntah-muntah, tidaksedar diriBimbang,ketakutan,susah tidurMengurangkankegiatan uratsaraf / otot /jantung,penafasan.Menurunkantekanan darah,tidak sedar diri,anak matamembesar,tekanan darahmeningkat , matiMati apabilabahan itudicampur denganalkhohol
    • KPP 3014 D2012105836462.2 Jenis dadah OpiatPengenalan- Bahan perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan.- Mempunyai potensi yang tinggi ketagihanRajah 2.2 : Contoh gambar dadah jenis OpiatNAMA/BENTUK CARAPENGAMBILANTANDAPENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKAPENDEKJANGKAPANJANGAsli- CANDU- Candumentah- Candumasak- Tahi canduDihisap denganpaip,telan, makanKhayal-halusinasi,Euforia -kesugulan,pemikiran/pertimbanganberkuranganMengantuk,badan menjadilemah,mengalamigangguan jiwaKetagihan,kelemahanfizikal danmentalMORFIN- White powder- White stuff- Morfinmentah- Base morfin- Pil morfinDicairkan,Disuntik kedalam pembuluhdarah denganjarum suntikan.Pergerakan tidakseimbang, tindakbalas lambat,mata hitammengecil, hidungberair,mual/muntah,hilang seleramakanRasa resah, ciritbirit, sakit perut,rasa sejuk,berpeluhHIV/AIDS,gangguan jiwa,lebih dose, mati
    • KPP 3014 D201210583647HEROIN NO.3HEROIN NO.4BROWNHEROINHEROINBLACK TARKODEINMasuk dalamrokok, dihisap,chasing thedragon, disuntik,dicairDiminum dlmubat batukMuka jadi merah,mata hitammenjadi kecil,tiadapertimbangan,hilang seleramakan, bersifathyperaktif,bertambah risaudan terlalusensitif, tekanandarah, suhubadan, diameteranak matamengalamiperubahan,keseluruhanpenagihmengalami emosiyang negatif.TanggapanMenjadi kurangterang, tidakdapatmenumpukanperhatian penuhdan penggunaakan menjaditidak sedar,bingung/berkelakuanseperti orangmabuk, ambilberlebihankekejangan,tiada wujudmuforia,menjadi ketagih,berlebihankepada dadahpengurusan dirilebih mudahHepatitis,Kancing gigi,Keracunandarah, HIV /AIDS. Mati
    • KPP 3014 D2012105836482.3 Jenis dadah HalusinogenPengenalan- Dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual dimana seseorang itu susah untukmembezakan yang benar atau tidak.Rajah 2.3 : Contoh gambar dadah jenis HalusinogenNAMA/BENTUK CARAPENGAMBILANTANDAPENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKAPENDEKJANGKAPANJANGHALLUCENO- GENICMUSHROMELYSERGIC ACIDDIETTHYLAMIDE (LSD)DIYMETHYLTRYPTAMINE (DMT)PHENLYCLIDINE (PCP)KETAMINEDi makandalam bentuktablet/kapsul,dicampurkandalam minumanAnak matamembesar,tekanan darahmeningkat,penerapan deriayang berubah,pengalamanpsikikmenyeronokandanmenakutkan.Pencerapanderia yangberubah,menyeronokan,menakutkan,keadaanflashbackdimanapenagihmasihdipengaruhiolehhallusinogen.Tidak dapatmengawaldiri, tidakdapatmembezakan antarayang benaratau tidak,panik,paranoia,psikosis
    • KPP 3014 D2012105836492.4 Jenis dadah InhalantPengenalan- Tidak ditakrifkan sebagai dadah.- Walau bagaimanapun banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.Rajah 2.4 : Contoh gambar dadah jenis InhalantNAMA/BENTUK CARAPENGAMBILANTANDAPENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKAPENDEKJANGKAPANJANGGam, ubatnyamuk, minyakpetrol, cat cair,thiner, cecairpemetik api, sprayrambut, krimpencuciDihidu melaluihidung.Nota :Kebanyakanpengambilan inidilakukan olehremaja dan beliaBertindak di atassistem sarafpusat, khayal,halusinasiLoya, bersin,hidungberdarah, letihtidak bertenaga,hilang seleramakan, tubuhmenggeletar,Susut beratbadan,pendarahandalam otak,hapetitis B,sistem saraftunjang rosak,ganguan paru-paru dan saluranpenafasan, mati
    • KPP 3014 D20121058364102.5 Jenis dadah KanabisPengenalan- Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus kanabisRajah 2.5 : Contoh gambar dadah jenis KanabisNAMA/BENTUKCARAPENGAMBILANTANDAPENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKAPENDEKJANGKA PANJANGGANJAHASHISHMARIJUANADikenalisebagaiganja,Marijuana kanabisganja merujukkepadabahagian daundan pucukberbungapokok kanabisdi jadikandalam bentukblok atau sate.Ia menyerupaitembakau .Dihisap dalamrokok dandikunyah,dicampur dalammakanan sepertinasi dan biskutKhayal,sugul/kecewa,tindakbalaskelakuan berubahmacam mabuk,bila berdepandengan rasacemas dan takut,mata merah, tidakboleh tidur, sakitperut, hilangselera makanPergantungan,ketagihan,tekanan jiwa,halusinasi,bertambahselera makan,pergerakantidak agresifPeribadi merosot dankadang kala sakit otakakan menyerangsekiranya penyalah-gunaannyaberpanjangan,kerosakan dibahagianparu-paru, jantung,otakLelakiPengeluaran hormonmerosot, kurangbilangan sperma, matipucukPEREMPUANKedatangan haid tidakmenentu, kurangbilangan telur dalamovari, melemahkandaya penyusuankepada bayi.
    • KPP 3014 D20121058364112.6 Jenis dadah PsikotrapikPengenalan- Adalah dadah yang bertindak kepada otak dan meransang fizikalRajah 2.6 : Contoh gambar dadah jenis PsikotrapikNAMA/BENTUK CARAPENGAMBILANTANDAPENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKAPENDEKJANGKAPANJANGMETHAMPHETAMINEDikenali sebagaisyabu, ice, batukristal, kacadiamond.Pil/kapsulchasing thedragon.Tingkah laku yangagresif, tekanandarah tinggi.Perasaanyakin padadiri sendiribolehberjagatanpa tidur2-3 hari.Penurunan beratbadan, penyakitsaraf, jarangtidur, hilangselera makan,bimbangberpanjangan,kulit kering dangatal-gatal,hilang dayaingatanstroke/mati.AMPHETAMINETujuan asal untukperubatanperangsang kepadasistem saraf pusat.Menahan rasamengantuk dankeletihan .Pil/kapsuldimakanKeletihan, tidorberlebihan, reaksipsikolik, lapar,despresi, sentiasaresah, kemurungan.Perasaanyakin padadiri sendiribolehberjagatanpa tidur2-3 hari.Penurunan beratbadan, penyakitsaraf, jarangtidur, hilangselera makan,bimbangberpanjangan,kulit kering dangatal-gatal,hilang dayaingatanstroke/mati.
    • KPP 3014 D2012105836412MDMA(METHYLENEDIOXYMETHAMPHE TAMINE)PIL ECSTASY(XTC)Pink lady, playboyPil , kapsul(makan)Menggeletar,resahgelisah,tidak bolehtidur, paranoia.Resah, tidakboleh tidur,tidak rasalapar,bercakapberlebihan.Penurunan beratbadan, penyakitsaraf, jarangtidur, hilangselera makan,bimbangberpanjangan,kulit kering dangatal-gatal,hilang dayaingatan,pendarahandalaman,stroke/mati
    • KPP 3014 D20121058364132.7 Jenis dadah StimulanPengenalan- Phetamin Kokaino Daun kokao Paste kokao Kokain freebaseo Crack kokainRajah 2.7 : Contoh gambar dadah jenis StimulanNAMA/BENTUK CARAPENGAMBILANTANDAPENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKAPENDEKJANGKAPANJANGKokain juga dikenalisebagai kokain rockadalah nama untuksejenis kokain tulen(freebase) yang dihisap.Crack kokain adalahcampuran kokain denganserbuk yang hasilnyaberbentuk granules.Crack yang mempunyaiketulenan sehingga 90%adalah sangat berbahayakerana ia mendatangkanketagihan teruk selepaspenggunaan yang agaksingkat..Disuntik,dimakan,dihidu,dihisapDepresi, ketagihanteruk, keletihanmental, fizikal,keresahan danfikiran seringtergangguKurang seleramakan,degupanjantung yanglaju, suhubadan yangtinggi, tidakdapat tidur,halusinasi,paranoia,tidakmenghiraukankesihatan dankebersihandiriBoleh berjagatanpa tidur 2-3hari, penurunanberat badan,tingkahlaku yangagresif, kesanpsikologihalusinasi danparanoid, kesanpada otak,kematian
    • KPP 3014 D20121058364143.0 PERBANDINGAN ISU MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI DALAMNEGARA DAN DI LUAR NEGARA.Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja bukan sahaja berlaku di dalam negara Malaysiabahkan perkara ini turut berlaku di negara luar. Masalah sosial remaja ini turut mempunyaifaktor yang sama iaitu faktor daripada keluarga dan juga persekitaran. Permasalahan ini menjadibualan masyarakat di serata dunia tidak kira bangsa, negara dan agama. Daripada dahulusehingga kini, masalah ini masih berlaku dan tidak ada tanda-tanda untuk berkurang. Hal inimungkin disebabkan oleh kemudahan untuk mendapatkan bekalan dadah yang mudah keranaramai orang dewasa sendiri yang menjadi pengedar dadah kepada remaja.Di Malaysia, remaja yang banyak terlibat dengan dadah adalah daripada bangsaMelayu. Hampir majoriti daripada remaja yang terlibat dengan masalah ini adalah remajaMelayu yang mempunyai masalah keluarga serta pengaruh rakan. Begitu juga dengan negaraluar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Poland menyatakan bahawa remaja yangterlibat dengan dadah adalah daripada kalangan remaja yang tidak boleh berdikari atau dalam ertikata lain remaja tersebut inginkan perhatian. Fitrah seorang manusia inginkan kasih sayang,apatah lagi bagi remaja.Seterusnya, melihat pula kepada faktor-faktor yang menyebakan berlakunyamasalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kini. Di antara faktor yangmempengaruhi remaja adalah faktor keluarga. Berdasarkan setiap aspek ruang kehidupan remajayang cemerlang adalah berpunca daripada keluarga sempurna serta didikan dan ikatan kasihsayang yang akrab di antara ahli keluarga. Berlainan pula dengan apa yang berlaku kepadaremaja yang terlibat dengan masalah ini. Remaja ini majoritinya berasal daripada keluarga yangberpecah belah, tidak mempunyai ibu bapa, mangsa penderaan keluarga dan sebagainya.Berdasarkan kajian yang telah di lakukan di dalam negara kepada pelatihinstitusi pemulihan dadah menunjukkan bahawa 52 peratus daripada keseluruhan pelatihmempunyai masalah keluarga dan 33 peratus daripadanya adalah daripada kalangan remaja diantara umur kurang daripada 18 tahun sehingga 23 tahun. Manakala kajian di Poland pulamenunjukkan 42.4 peratus daripada responden remaja mengambil dadah disebabkan olehkeretakan insitusi keluarga mereka.
    • KPP 3014 D2012105836415Kajian Rokiah (2010) menunjukkan bahawa terdapat pelatih yang mempunyaisejarah ahli keluarga yang pernah menagih atau menjadi penagih. Kekerapan yang paling tinggiadalah abang yang menjadi penagih dalam keluarga iaitu sebanyak 10 peratus dan 7 peratusdicatatkan oleh adik. Jelas dibuktikan ahli keluarga turut menjadi perkra penting dalam halpenyalahgunaan dadah ini. Keluarga adalah merupakan tonggak utama dalam diri remaja.Tersilap acuan yang dibentuk maka silaplah hasilnya nanti. Bak kata pepatah, ‘melentur buluhbiarlah dari rebungnya’.Berdasarkan kajian oleh Marian (2005), remaja yang terlibat dengan dadah inimempunyai sebab yang kuat berkaitan dengan keluarga mereka. Ikatan keluarga yang lemahmeyebabkan remaja tersebut merasakan bahawa diri mereka tidak penting di dalam keluarga.Ikatan kekeluargaan yang lemah ini turut disebabkan oleh perlakuan remaja yang menipu keduaremaja untuk meminta wang. Selain daripada itu, ibu bapa juga tidak memahami dengan apayang berlaku kepada anak-anak mereka atau dalam bahasa mudahnya mereka tidakmenghiraukan mengenai perkembangan anak mereka.Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar ruamhselain daripada adik beradiknya sendiri. Menurut Berk (1989), rakan sebaya adalah mereka yangsama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Menurut Abd. Majiddan Rahil (1997) dan Santrock (2007), remaja lebih rapat dengan rakan sebaya daripada ibubapanya. Mereka lebih selesa, spontan, dan terbuka apabila bersama rakan dan merasakan lebihmempercayai rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka sendiri.Perkara di atas dapat diyakinkan lagi dengan statistik yang menunjukkan bahawa64 peratus responden yang menjalankan kajian di sebuah institusi pemulihan dadah di Malaysiaadalah berpunca daripada kawan sebaya yang rapat dan 15 peratus adalah disebabkan perngaruhrakan dan untuk keseronokan. Jelas kajian ini menepati perbincangan pada perenggan sebelumini. Perkara ini membimbangkan semua pihak kerana setiap individu tidak akan lari daripadaberkawan apatah lagi bagi remaja yang memang sedang melalui tahap perkembangan tersebut.
    • KPP 3014 D2012105836416Sebagai contoh realiti yang berlaku kini, seorang remaja yang berkawan denganseorang remaja akhir atau remaja dewasa yang merupakan seorang pengedar dadah tanpapengetahuan remaja tersebut. Lelaki (remaja dewasa) tersebut pada suatu hari telah mempelawaremaja tersebut sekotak rokok untuk dan kononnya dijadikan sebagai hadiah kepada remajatersebut. Tanpa pengetahuan remaja tersebut, lelaki itu telah meletakkan dadah ke dalam rokoktersebut dan secara terusnya menyebabkan remaja tersebut telah mula ke kancah dunia penagihandadah.Remaja tersebut kemudiaannya pasti akan meminta lagi kepada lelaki tersebutkerana dia telah pun mengalami ketagihan dadah. Dengan itu, lelaki tersebut akan menjualkandadah tersebut kepada dia dan sekiranya remaja itu adalah merupakan pelanggan tetap, mungkinsahaja remaja itu juga akan menjadi orang bawahan lelaki itu sebagai pengedar dadah danmencari mangsa lain untuk turut terjerumus menghisap dadah. Perkara ini turut berlaku di luarnegara. Kajian yang telah dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa 94 peratus daripadapenagih dadah remaja di sana mempunyai rakan yang menjual dadah.Berbeza dengan negara Malaysia, penggunaan minuman beralkohol adalahdilarang sama sekali dan tidak meluas jika mahu dibandingkan dengan negara luar yang lebihbersifat terbuka mengenai perkara ini. Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan di Kanadahampir 30 peratus daripada remaja terlibat dengan minuman beralkohol tegar yang meliputi bir,arak dan wain. Manakala peratusan tertinggi penagih dadah remaja yang teribat dengan alkoholadalah 45 peratus dengan dadah jenis kanabis.Kesemua faktor ini ada berkaitan dengan perkembangan remaja. Pada topikyang seterusnya akan dibincangkan mengenai kaitan di antara tingkah laku dan teoriperkembangan remaja. Satu persatu tahap perkembangan akan diterangkan dan bagaimana satu-satu teori boleh dikaitkan dengan masalah sosial yang di hadapi oleh remaja.
    • KPP 3014 D20121058364174.0 KAITAN DI ANTARA MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DENGANTINGKAH LAKU DAN TEORI PERKEMBANGAN REMAJA DI DALAM BILIKDARJAH.Tingkah laku seseorang remaja dipengaruhi oleh perkembangan mereka pada ketika itu.Sesorang remaja mula mempunyai masalah tingkah laku apabila mencapai umur 15 tahun dan keatas. Mereka mula mencari identiti berdasarkan pemerhatian mereka terhadap individu dihadapan mereka sahaja. Namun begitu, ada juga remaja yang akur dengan kehendak ibu bapamereka dan meninggalkan cita-cita mereka. Kebanyakan remaja gemar untuk bersifat meluludalam membuat keputusan tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku pada masa akan datang.Sesorang remaja akan melalui beberapa peringkat perkembangan remaja iatituperingkat perkembangan fizikal, kognitif serta perkembangan sosio-emosi. Perkembanganfizikal adalah merujuk kepada perkembangan luaran remaja yang boleh dilihat dengan matakasar. Di antara perkembangan fizikal remaja ialah perubahan pada bentuk muka yang akanlebih berbentuk seperti muka orang dewasa. Selain daripada itu, remaja turut mengalamiperubahan drastik pada ketinggian tubuh badan mereka terutamanya bagi remaja lelaki yangberkembang pesat pada umur 16 tahun dan ke atas.Pada peringkat perkembangan inilah remaja mula untuk risau dengan perubahanyang berlaku pada diri mereka. Mereka risau sekiranya tubuh badan mereka tidak secantik dantidak segagah remaja lain. Hal ini turut boleh menyebabkan tekanan kepada seseetengah remaja.Remaja yang tertekan mudah untuk membuat dan mencari solusi yang mudah untukmenyelesaikan masalah mereka dalam masa yang singkat. Oleh itu, mereka sering menggunakandadah sebagai salah satu daripada alat atau ubat untuk tekanan mereka itu. Dengan carapengambilan dadah tersebut maka mereka tidak lagi perlu memikirkan mengenai masalahmereka lagi.Perkara di atas tadi adalah merupakan permasalahan tekanan yang berlakukepada remaja sekolah. Bagaimana pula bagi remaja yang melanjutkan pengajian. Pelajar yangmelanjutkan pengajian sama ada di institusi awam mahupun swasta sering dibebani dengantugasan sehingga kadang kala menyebabkan pelajar tersebut mengalami tekanan perasaan. Haliini kemudiannya akan menyebabkan remaja akan mencari dadah untuk melupakan masalah
    • KPP 3014 D2012105836418mereka. Dengan sekali pengambilan dadah, masa depan remaja tersebut secara amnya akanmusnah.Pada tahap umur 12 sehingga 23 tahun adalah merupakan zaman yang dipenuhidengan pergolakan dan tekanan yang menyebabkan konflik dan perubahan ragam yang tidakmenentu. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, remaja yang merokok boleh mendorongkepada ketagihan dadah. Manakala dadah dan rokok berkait rapat dengan definisi remaja yangmengatakan kedua-dua bahan tersebut boleh mengurangkan tekanan dan masalah yang dihadapioleh mereka sesuai dengan Teori Tekanan Perasaan Mc Auliffe.Menurut Feigelmen dan Feigelemen (1993), zaman kanak-kanak ke alam remajamerupakan zaman yang penuh dengan pelbagai pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentukcabaran. Cabaran disini boleh dikaitkan dengan cabaran pengaruh rakan dan juga cabaranpembangunan teknologi. Pengaruh rakan dikaitkan dengan cabaran adalah kerana setiap remajamemerlukan ssesorang di samping mereka dan di antara yang rapat dengan diri seseorangindividu adalah rakan. Rakan yang tidak baik akan mempengaruhi remaja untuk terjerumuskepada masalah sosial seperti masalah penyalahgunaan dadah.Cabaran pembangunan teknologi pula merujuk kepada pembangunan teknologiyang memudahkan remaja untuk mengakses ke dunia maya. Cara pembuatan dadah kini tersebardengan meluas sama ada di dalam bentuk video atau secara penulisan. Kebangkitan I-Pad danaplikasi Android kini lebih memudahkan remaja untuk mengakses apa-apa maklumat di internet.Remaja tidak lagi perlu untuk ke kedai komputer atau pun mana-mana pusat siber untukmenggunakan internet. Jelas disini, bahawa pembangunan teknologi menjadi cabaran kepadaremaja kini.Berikutnya beralih pula kepada perkembangan kognitif remaja. Pada tahapperkembangan ini, remaja mula menjadi serius dan dapat memberikan tumpuan mengikutkehendak sendiri, sudah berupaya memikirkan mengenai perkara-perkara yang abstrak sertaterpaksa berhadapan dengan pendirian hidup sebenar dan persoalan mencari identiti yangtersendiri. Di sini dapat dilihat bahawa remaja mula untuk memberikan persepsi sendiri merekaterhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan sentiasa ingin cuba untuk melakukakansesuatu perkara baru.
    • KPP 3014 D2012105836419Menurut pandangan Jean Piaget (1969), remaja mampu melakukan beberapaperkara seperti menyelesaikan masalah yang konkrit, mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri,mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah, membentuk hipotesi-hipotesisketika menyelesaikan masalah, serta srtuktur mental atau skemata akan bertambah. Namunberbeza dengan keadaan dunia sebenar di mana remaja suka untuk mencari jalan penyelesaianyang mudah serta mudah untuk berputus asa, sebagai contoh menggunakan dadah untukmenenangkan perasaan dan menyelesaikan masalah yang timbul.Remaja menggunakan dadah dengan alasan untuk menghilangkan tekananbelajar dan sebagai perangsang untuk melakukan sesuatu perkara (Utusan Malaysia,2010).Sebagai seorang remaja yang juga menjadi seorang pelajar pada masa yang sama tidak terlepasdaripada menghadapi tekanan belajar sama ada tekanan dari segi latihan, tugasan dan jugapeperiksaan. Pelajar mengambil dadah untuk meghilangakan rasa mengantuk ketika sedangbelajar ataupun membuat sebarang tugasan.Terdapat satu konsep yang diperkenalkan oleh Hall (1904) iaitu “konsep stormand stress”. Konsep ini menyatakan bahawa tempoh remaja adalah merupakan ssatu tempohmasa yang huru-hara serta penuh cabaran yang menyebabkan pemberontakan terhadap autoritiorang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan emosi. Berdasarkan konsep yang telahdikemukakan itu, satu aspek yang dapat dilihat dengan ketara adalah aspek pemberontakanterhadap autoriti orang dewasa. Remaja gemar untuk memberontak apabila sesuatu kehendakmereka tidak dituruti. Selain daripada itu, mereka jugak rasa tercabar apabila seseorang yanglebih tua daripada nereka mampu melakukan sesuatu dengan kebenaran ibu bapa tetapi tidakkepada mereka. Ada juga remaja yang memberontak dengan cara memuat sesuatu perkara yangdi larang sebagai tanda protes.Remaja juga mudah terpengaruh dengan personaliti yang berada di sekelilingmereaka. Sebagai contoh, sekiranya Ahmad (seorang remaja) berasal daripada keluarga yangretak di mana kedua ibu bapanya telah bercerai dan adik-beradiknya pula liar dan tidak terjaga.Abang Ahmad adalah merupakan seorang penagih dadah tegar dan telah membunuh ibunyahanya disebabkan tidak mendapat wang untuk membeli dadah. Setelah bertahun-tahun,abangnya masih tidak berubah menyebabkan Ahmad tertekan dan akhirnya bertekad untukmengikuti abangnya setelah beberapa kali dipujuk oleh abangnya. Di sini dapat kita lihat
    • KPP 3014 D2012105836420bahawa Ahmad terperngaruh dan mengikuti abangnya, ini dapat membuktikan bahawa TeoriPermodelan Albert Bandura adalah tepat.Teori Permodelan Albert Bandura adalah berkaitan dengan perlakuan yangmengikut kepada model yang telah ditunjukkan. Teori ini menekankan bahawa sesuatuperlakuan atau tingkah laku seseorang individu adalah bergantung kepada apa yang dilihat danditiru dan kadang kala lebih teruk daripada itu sekiranya model tersebut melakukan perkara yangtidak sepatunya. Remaja lebih mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat oleh mereka, jikabaik pemerhatian mereka, maka baiklah tingkah laku yang cuba dicontohi dan sebaliknya.Seterusnya beralih pula kepada perkembangan sosio-emosi remaja. Bagi aspekperkembangan sosial, remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan jantinasejenis, mula menuntut kebebasan, mula membina identiti dan personaliti pada tahap usia merekamenjangkau remaja, selalu berkumpul dengan kumpulan yang sama, serta memperlihatkan rasakasih sayang yang lebih matang. Perkara ini lebih kepada dalaman individu yang berkait dengandiri serta sekeliling mereka.Remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan sejenis inibermaksud remaja lelaki akan mula untuk bergaul sesama mereka serta berkumpul dengankumpulan yang sama pada satu-satu masa. Seiring dengan penjelasan sebelum ini, remaja lelakimudah terikut dengan rakan mereka serta gemar mencuba. Di sinilah bermulanya percubaanmereka untuk merokok serta mencuba untuk dekat dengan dadah. Remaja lelaki mudah terdedahdengan perkara ini kerana mereka sering bergaul tanpa mengira had umur, berbeza denganremaja perempuan yang hanya akan bergaul dengan rakan yang sebaya dengan mereka sahaja.Dalam pada itu, perkembangan emosi turut berlaku dalam usia remaja. Emosiremaja kerap terganggu ketika ini. Perasaan mereka meluap-luap dan perungus serta tidak tetapdan sentiasa berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Pada tahap perkembangan ini,remaja turut mempamerkan perasaan mereka melalui perbuatan yang mengekspresikan perasaanmereka ketika itu sama ada mereka marah, suka, sedih ataupun kecewa. Apabila kehendakmereka terhalang dan tersekat sama ada kerana bertentangan dengan undang-undang masyarakat,remaja akan mual dibaluti denagn perasaan kecewa.
    • KPP 3014 D2012105836421Terdapat beberapa bentuk emosi yang ketara pada waktu remaja iaitu takut,kecenderungan untuk mengkritik, kekecewaan, cemburu, perasaan ingin tahu, perasaan kasihsayang, serta bersedih hati. Berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow, kasih sayang adalahmerupakan perkara terpenting yang perlu ada pada setiap individu terutamanya kepada remaja.Remaja yang merasakan diri mereka disisih dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapaakan mula memberontak dan melakukan hal-hal yang tidak diingini. Perkara ini juga bolehmenyebabkan remaja mula mencari alternatif lain seperti bergaul dengan samseng jalanan yangbersifat melindung dan remaja tersebut dapat merasa selamat. Namun begitu remaja tersebuttidak sedar bahawa mereka sedang terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti menjadipengedar dadah kepada orang lain.Setelah melalui beberapa penjelasan mengenai teori, perkembangan serta tingkahlaku remaja sebelum ini, beralih pula kepada kesan dalam bilik darjah. Remaja yang terlibatdengan dadah ini selalunya sering tidak hadir ke sekolah. Remaja ini tidak lagi menghiraukanmengenai pelajaran mereka di sekolah serta tidak menghiraukan mengenai peraturan sekolah.Kadang kala sekiranya mereke ke sekolah, mereka tetap akan membawa bekalan mereka kesekolah. Sebagai contoh mereka akan membawa air daun ketum yang telah direbus. Daunketum sebenarnya adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan secara tradisional oleh orangkampung untuk mengubati beberapa penyakit.Mutu kerja pelajar yang terlibat dengan dadah juga mersosot di sekolah. Akibatmereka tidak hadir ke sekolah maka mereka tidak boleh untuk membuat kerja dengan sebaiknya.Remaja ini juga sering meradang tanpa sebab, selalu menguap dan tidak bermaya kettika didalam bilik darjah. Mereka juga tidak suka apabila dibebani dengan tanggungjawab serta tidakmempunyai tahap kekemasan yang sepatutnya. Mata mereka berkaca, redup, kuyu sertanamapak seperti tidak sihat dan kurus. Parut dan bekas suntikan di lengan dan hujung jaribertukar warna akibat menghisap ganja.Disebabkan oleh masalah ini, guru perlu bijak untuk memahami dan membawaremaja tersebut untuk pulang ke jalan yang benar. Seseorang guru itu perlu melaksanakanbeberapa perkara yang berlainan dan tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Perkara ini akandibincangkan pada topik yang seterusnya.
    • KPP 3014 D20121058364225.0 PERANAN GURU DALAM MERANGKA STRATEGI KESELURUHAN DANSPESIFIK BAGI MEMAHAMI PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN MASALAHPENYALAHGUNAAN DADAH.Guru adalah merupakan orang kedua terpenting kepada seoarang remaja kerana hampir 6sehingga 10 jam pelajar akan menghabiskan masa di sekolah dan selebihnya di rumah. Oleh ituseorang guru perlu mengambil berat akan segala perkara yang berlaku kepada setiap pelajarmereka di sekolah. Ada sessetengah remaja yang kadang kala menganggap guru adalahsegalanya kerana tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi di rumah ataupun ibu bapa yangsibuk bekerja tanpa mengambil tahu mengenai perkembangan anak-anak mereka di sekolah.Sekiranya ibu bapa seseorang pelajar itu tidak mengambil berat mengenai anakmereka, maka guru akan mengambil tempat tersebut. Jika ini tidak berlaku maka akanpincanglah peribadi remaja tersebut dan akan mudah terpengaruh dengan anasir luar yang tidakbaik. Mengapa hal ini berlaku?. Hal ini berlaku kerana remaja memerlukan perhatian, merekasering ingin merasa disayangi serta menyayangi. Berbeza dengan apa yang belaku kepadaremaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana mereka tidak mengalami situasi diatas.Berdasarkan teori yang telah dikemukan daripada Lev Semanovach Vygotskymenyatakan bahawa komunikasi berkesan mampu utnuk menyokong perkembangan kognitif,identiti, dan sosialnya terutamanya ketika remaja meluahkan perasaan ketika merekamenghadapi stress, kecewa, marah dan sunyi. Tujuan teori ini diterapkan dalam proses untukmemahami remaja bermasalah ini supaya mereka boleh berubah dengan kehendak hati sendiritanpa paksaan kepada mereka. Melalui teknik ini, guru mudah untuk memahami remajabermasalah ini untuk bercerita mengenai stress mereka, mengenai ketakutan, masa lampau sertakeinginan mereka kepada orang yang lebih dewasa.Selain daripada itu, seorang guru juga perlu memahami naluri remaja yang seringinginkan kebebasan. Oleh itu, guru perlu bijak dalam merancang pengajaran dan pembelajaranmereka(P&P) di sekolah supaya remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadahatau mana-mana masalah sosial yang lain mudah atau berminat untuk belajar di sekolah. Guruboleh bertanya kepada pelajar apa yang mereka inginkan ketika belajar, konsep pengajaran yang
    • KPP 3014 D2012105836423mereka inginkan serta bahan-bahan bantu mengajar yang menarik. Dengan itu, pelajar akanlebih berminat untuk berada di sekolah dan tidak lagi menganggap bahawa P&P adalahmerupakan satu pengajaran yang membosankan serta masih dalam keadaan kekampungan.Kaedah penagajaran terbuka iaitu perbincangan secara aktif di antara pelajar danguru adalah ditekankan. Menurut Peterson (1979), pelajar yang mengalami pengajaran terbukaadalah lebih baik dalam ujian tentang pemikiran abstrak, kreativiti dan penyelesaian masalah.Mereka juga lebih bebas, bersifat ingin tahu dan bersikap positif terhadap sekolah. Dengan itu,pemikiran seseorang remaja akan lebih baik dan tidak lagi terkongkong dengan dunia di papanputih sahaja selain pendapat mereka dapat didengari oleh semua.Seseorang yang kurang pendidikan mempamerkan kebolehan yang lebih tinggidalam pemikiran kreatif. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai ego yang tinggi untukmengemukakan tuntutan bagi mendapatkan jawapan yang seratus peratus tepat dalam segala hal.Begitu jugalah yang berlaku kepada remaja yang bermasalah tingkah laku penyalahgunaan dadahini. Mereka akan sedaya upaya untuk membohongi sesiapa sahaja dalam usaha untukmandapatkan wang untuk mendapatkan bekalan dadah mereka.Oleh itu, seorang guru perlu lebih bijak dalam menangani remaja tersebut.Seorang guru perlu lebih kreatif dalam berfikir serta menyelesaikan masalah. Terdapat pelbagaisumber yang boleh digunakan oleh guru seperti bertanyakan kepada rakan remaja bermasalahtersebut ataupun belajar untuk memahami lebih mengenai remaja melalui buku atau mana-manasumber lain. Dalam pada masa yang sama, guru boleh mencari pendekatan pengajaran yanglebih baik daripada sebelum ini dan dapat merangka P&P yang lebih berkualiti.Tambahan lagi, seorang guru dalam proses mamahami pelajar bermasalah iniboleh mengunakan pendekatan kaunseling. Kaunseling adalah proses apabila seseorang itudiberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan ataumasalah baginya. Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong seseorang menyesuaikan diridengan masyarakat tetapi menolong seseorang itu memahami dirinya yang sebenar, kelebihandan kekurangan serta perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.
    • KPP 3014 D2012105836424Dengan memahami konsep kaunseling itu tadi, guru dapat mengaplikasikanyadalam P&P. Seorang remaja tidak gemar untuk dikaunseling oleh mana-mana pihak. Oleh itu,guru perlu bijak dalam menangani masalah mereka dengan cara bertanyakan khabar mereka didalam kelas dan mungkin untuk lebih mudah bertanyakan mengenai diri mereka denganmengajak mereka berbual di kantin sekolah ketika rehat. Dengan cara itu, remaja akan merasaselesa dan tidak menyedari bahwa sebenarnya mereka berada di dalam proses kaunseling.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kepada 487 orang pengguna dadah diPennsylavania oleh Zickler (1999) mendapati bahawa penggunaan kaedah kaunseling amatberkesan dalam memberi kesedaran tentang bahaya dadah. Kajian mereka menunjukkan bahawabagi pengguna dadah yang menjalani sesi kaunseling selama enam bulan, sejumlah 38 peratusdaripada 487 pengguna dadah telah berjaya dipulihkan. Manakala bagi pengguna dadah yangmenjalani sesi kaunseling hanya selama tiga bulan, hanya 27 peratus dapat dipulihkan.Di antara alternatif lain yang dapat di lakukan adalah dengan cara membuatlawatan ke rumah remaja itu sendiri. Dengan cara ini, guru akan lebih dapat mengenali remajatersebut. Kebanyakkan remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah samaada ibu bapa berpisah, ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja ataupun faktor kewangan keluargayang bermasalah yang menyebabkan remaja mudah stress. Melalui lawatan ke rumah ini pelajarakan lebih rasa dihargai kerana guru dapat menerima keadaan fizikal atau luaran diri mereka.Maka remaja tersebut tidak lagi akan mencari sumber kekuatan yang lain.Memahami sahaja adalah tidak mencukupi kerana sekadar memahami tidak lagimampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara sepenuhnya. Pelbagai perkara harusdititikberatkan bagi memantapkan lagi penyelesaian bagi permasalahan penyalahgunaan dadahdalam kalangan remaja. Perkara ini akan dikupas dengan lebih mendalam di dalam topik yangseterusnya iaitu bagaimana seorang guru perlu merangka satu kerangka kerja untuk mengatasimasalah remaja yang terlibat dengan masalah dadah.
    • KPP 3014 D20121058364256.0 PERANAN GURU DALAM MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAANDADAH.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, peranan guru adalah penting dalam proses untukmengubah pelajar menjadi kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Remaja yang terlibatdengan masalah ini kadang kala masih mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akandatang sekiranya pelaksaan sesuatu perkara itu hanya dijalankan dalam jangka masa yang pendekdan tidak bermatlamat untuk jangka masa yang panjang. Perkara ini lebih mudah dikesanapabila remaja yang telah berhenti mengambil dadah tiba-tiba kembali mengulangi perbuatanmereka.Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang remaja kembali untuk menagih. Diantaranya ialah emosi yang negatif, tekanan sosial serta konflik interpersonal. Emosi yangnegatif lebih kepada dalaman pelajar yang sentiasa dalam keadaan ‘low self esteem’. Merekatidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk memupuk kembali semangat atau keyakinan dirimereka setelah bertekad untuk berubah. Walaupun begitu, pihak yang telah memberikan nasihatdan bimbingan tidak boleh disalahkan 100 peratus atas perkara ini kerana kadang kala remaja itusendiri mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya.Selain daripada itu, remaja mudah untuk kembali menagih sekiranya menghadapitekanan sosial daripada persekitaran dan masyarakat. Sama seperti yang dimaksudkan dengankonflik interpersonal. Masyarakat kini kebiasaannya tidak mengambil tahu mengenai jirantetangga di sekeliling mereka tetapi sering menuding jari kepada setiap permasalahan yangterjadi kepada ibu bapa dan orang lain. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana masyarakat jugaturut berperanan dalam membantu remaja dalam kehidupan mereka, bukan setakat pandaimenjatuhkan remaja sahaja. Masyarakat perlu lebih prihatin dengan keadaan sekeliling.Berdasarkan penerangan di atas, seseorang remaja akan mudah terjebak kembalidengan masalah penyalahgunaan dadah sekiranya perkara sebab-sebab di atas tidak dapatdikawal. Di antara perkara yang dapat di lakukan oleh guru adalah memperbanyakkan aktivitisekolah yang melibatkan keagamaan dan moral, memberi perhatian terhadap pelajar yang seringponteng sekolah dan mempunyai tingkah laku kurang sopan di sekolah, mewujudkan polisi yanglebih ketat dan tidak bertoleransi dengan penyalahgunaan dadah, melibatkan ibu bapa,
    • KPP 3014 D2012105836426mengadakan progam yang berkaitan dengan kemasyarakatan, melakukan inovasi terhadappengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan lebih banyak mengadakan interaksi antarapelajar dan guru.Pihak sekolah atau guru sendiri boleh merancang dan melaksanakan programyang melibatkan keagamaan dan moral. Di dalam kelas bukan subjek Pendidikan Islam jugaboleh menerapakan keagamaan dan moral dalam subjek mereka. Ini adalah penting dalam usahauntuk memberi kesedaran kepada remaja yang sering lupa dan tidak suka untuk serius di dalamkelas Pendidikan Islam yang dianggap satu kelas yang membosankan serta bersifatmengongkong kepada remaja. Sebagai contoh, dalam kelas Matematik, guru matematik dapatmenggunakan tokoh agama seperti Al-Khawarizmi yang merupakan seorang tokoh yang hebatdalam ilmu hisab.Berikutnya, guru perlu memberikan perhatian kepada remaja yang bermasalahiaitu remaja yang sering ponteng sekolah, yang mempunyai tingkah laku kurang sopan sertamempunyai rekod prestasi yang kurang memuaskan. Perkara ini perlu diambil kira supaya gurutahu mengenai masalah sebenar yang dihadapi oleh remaja tersebut agar mereka tidak mencaridadah sebagai alternatif penyelesaian masalah. Dengan itu, guru dapat merangka jalanpenyelesaian untuk membantu remaja tersebut. Sebagai contoh guru boleh memberikan namamereka kepada kaunselor sekolah.Undang-undang yang dibuat kadang kala tidak dipatuhi, apatah lagi peraturantersebut hanya di atas kertas. Pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan tersebut denganmelaksanakannya dengan ketat dan tidak berkompromi dengan mana-mana pelajar terutamanyadalam penyalahgunaan dadah supaya remaja tidak menjadikan sekolah sebagai satu pusatpengedaran dadah dan pertukaran dadah di kalangan pelajar sekolah. Remaja akan takut untukmembuat apa-apa perkara yang menyalahi peraturan sekolah sekiranya perkara ini diambilserius.
    • KPP 3014 D2012105836427Selain itu, guru juga boleh melaksanakan program sekolah yang melibatkankerjasama di antara pelajar, ibu bapa serta masyarakat. Sebagai contoh, melaksanakan programHari Keluarga Sekolah. Dengan ini, ikatan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak akan lebihakrab, sesuai dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menerapkan mengenai mengetahuidan memahami, penghargaan dan penerimaan dan kasih sayang dan kepunyaan.Inovasi dalam P&P juga amatlah penting dalam usaha untuk memupuk minatremaja agar berminat untuk ke sekolah dan tidak akan terlibat dengan apa-apa masalah sosial diluar kelas. Sebenarnya, kesan daripada P&P yang membosankan menyebabkan remaja tidakberminat untuk belajar, tambahan pula kepada pelajar yang sedikit bermasalah dalampembelajaran. Tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya guru melakukan inovasi terhadap P&Pmereka kerana remaja sekarang lebih suka kepada perkara yang berbentuk praktikal berbandingdengan teori sahaja.Di antara inovasi yang boleh dilakukan di dalam kelas ialah, tidak menggunakanbuku teks semata-mata. Guru boleh mencipta apa-apa bentuk permainan yang berkaitan dengantajuk yang ingin diajar pada hari tersebut. Setelah melaksanakan aktiviti tersebut, guru bolehlahmenerangkan teori yang berlaku di sebalik permainan yang telah dijalankan sebentar tadi.Dengan itu, kelas tidaklah membosankan dan ini akan meningkatkan keyakinan pelajar untukterus belajar di sekolah.
    • KPP 3014 D20121058364287.0 KESIMPULANKesimpulannya, perkembangan remaja sangat dipengaruhi oleh ibu bapa, rakan sebaya, guru danmasyarakat. Oleh itu, faktor-faktor itu perlu diambil kira oleh semua pihak dalam melahirkanseorang remaja yang lengkap personaliti jasmani, rohani, intelek, serta emosi. Personaliti remajamempunyai hubungan yang rapat dengan perlakuan remaja. Walaupun personaliti bersifat kekaltetapi melalui beberapa sentuhan yang berkesan, personaliti mampu berubah dan membentuktingkah laku positif.Pada waktu remaja, mereka masih tercari-cari identiti sebenar mereka. Merekalebih gemar meniru perwatakan yang dilihat oleh mereka seharian seperti watak dalam filemkesukaan mereka, majalah dan rakan sebaya mereka sendiri. Masalah untuk mengaplikasikankonsep kendiri dan personaliti dalam proses P&P juga terganggu kerana mereka yakin remajalebih suka meniru gaya dan penampilan artis-artis pada masa sekarang kerana artis padapandangan mereka sudah berjaya dalam kehidupan.Reamaja yang tidak berpeluang mengikuti arus pendidikan negara akanlebih cenderung melakukan kesalahan tingkah laku seperti masalah penyalahgunaan dadah.Bagaimana untuk mencari seorang pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang sekiranyaremaja masih dalam keadaan lama, dalam pemikiran kuno kerana tidak mengikuti perkembanganpembelajaran serta musnah akibat daripada bahana dadah durjana yang sehingga mampu untukmerosakkan keseluruhan saraf manusia yang akhirnya akan membawa kepada kematiaan.Segala aspek luaran dan dalaman harus di ambil kira semasa merangka carauntuk berdepan dengan remaja yang bermasalah kerana andai tersilap langkah remaja tersebutakan terus memberontak dan tidak lagi boleh di kawal. Seruan kerajaan yang menginginkansifar dadah pada tahun 2015 harus disahut oleh semua untuk membuktikan bahawa remajamampu untuk memimpin negara serta berguna dan memberi manfaat kepada orang lain padasuatu hari nanti.
    • KPP 3014 D20121058364298.0 RUJUKANAbdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahayuddin. (1997). Psikologi Pemdidikan 1-Pertumbuhan danPerkembangan . Selangor: Longman.Bloom, B. (1976). Human charactheristic and school learning. New York: McGrew-Hill Higher.Fauziah Ibrahim , Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohammad Shatar Sabran. (2012). Penagihdadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps. Journal of Social Sciences and Humanities, 38-49.Fingelmen, B. S. (1993). Threathing the adolescent susbtance abuser. New York : Grilford.Frank J Elgar, N. P. (2011). Trends in alcohol and drug use among Canadian adolescents. 244-247.Hashim, B. M. (2010). Teori dan amalan kaunseling. Selangor: PTS.Ismail, R. (2010). Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia : ke arahmenjamin kesejahteraan individu dan masyarakat. Malaysian Journal of Society and Space, 31-49.Mahyussin Bin Arsat & Azizah Binti Mejah. (t.t). Penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar : Satu kajiandi Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka.Marian. (2005). Family and enviromental factors of drug addiction among young recruits. Journal ofMilitary Medicine, 688-690.Monica H. Swahn, Robert M.Bossarte, Bethany Wset & Volkan Topalli. (2010). Alcohol and drug useamong gang members: Experience ao adolescents who attend school. Journal of School Health,353-360.Suppiah Niacappaan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Syukor, Ramlah Jantan, RoslindaMustafa & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Edisi Kedua).Selangor: Oxford Fajar.Yusof Boon & Jamaluddin Ramli. (2008). Remaja dan tingkah laku agresif. Selangor: Univision Press.Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remajaterlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of EducationPsychology and Counseling, 115-140.Zulkhairi Ahmad & Mahmood Nazar Mohamed. (t.t). Keberkesanan program kaunseling rawatan danpemulihan dadah dari perspektif penghuni pusat serenti. 13-28.