Tugasan Aminuddin Baki

5,293 views
5,037 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,293
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
177
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan Aminuddin Baki

  1. 1. HNS 2013 D201210583641.0 PENDAHULUANAminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalanganwarga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapijiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secaraberterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan AminuddinBaki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran danmeningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalahtokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS. Perjuanganbeliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelapor dalam membangkitkan semangatperjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Bakitelah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untukberjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik,Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana cetusan idea-idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘DasarPelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir,Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya kepadabangsa Melayu. Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek PendidikanNegara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan. 1
  2. 2. HNS 2013 D201210583642.0 LATAR BELAKANG 2.1 PENDIDIKANPada tanggal 26 Januari 1926 merupakan tarikh yang bersejarah bagi sebuahkeluarga dan juga kepada negara Malaysia kerana pada tarikh ini telah lahir seorangtokoh yang kini dikenali serta dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat iaituAminuddin Baki. Pada hari tersebut lahirlah seorang putera Melayu yangbersemangat waja di dunia ini. Beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan kepadakeluarga malah seluruh masyarakat. Aminuddin Baki mula mendapat pendidikan awalnya di Sekolah MelayuChemor. Beliau menjadi penuntut di sekolah tersebut dari tahun 1932 sehingga1936. Beliau telah tamat darjah lima sekolah ini. setelah menamatkan pelajaranrendahnya, beliau meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Anderson, Ipohdari tahun 1936 sehingga 1941. Pada bulan Oktober tahun 1945 sehingga 1946,beliau melanjutkan pelajaran menengah atasnya sehingga lulus dalam SjilPersekolahan (School Certificates). Kesedaran beliau terhadap pentingnya ilmu pengetahuan terutamanya dalambidang pelajaran dan sikap tidak acuh pihak penjajah terhadap pelajaran anak-anakmelayu sehingga menyebabkan kemunduran melamapau telah memberikanimplikasi yang tidak menyenangkan kepada Aminuddin Baki. Demi untukmemperjuangkan hak pelajar-pelajar Melayu, Aminuddin Baki turut menyuarakankekecewaan dan ketidakpuasan hatinya beserta pelajar-pelajar Melayu yang lain. Penglibatan beliau secara aktif boleh dilihat semasa beliau menuntut ditingkatan menengah atas. Beliau mula mengikuti perkembangan demiperkembangan berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhanpelajar di seluruh Semenanjung. Pertubuhan-pertubuhan persatuan pelajar-pelajarini sangat menarik minat beliau sehingga beliau melibatkan diri dalam beberapapertubuhan pelajar seperti Persatuan Penuntut-penuntut melayu Victoria Institution. Kesibukan beliau dalam berpersatuan tidak menghalang pelajaran beliau,malahan semangat untuk terus maju begitu membara sekali. Jalan untuk menuju kemercu kejayaan terbuka luas untuknya. Kejayaan demi kejayaan dicapainya dengancemerlang dalam semua peperiksaan yang didudukinya. Berikutan dengan itu, 2
  3. 3. HNS 2013 D20121058364beliau telah diterima sebagai salah seorang pelajar di Kolej Raffles pada bulanOktober 1947. Aminuddin Baki telah melanjutkan pelajaran beliau setelah dilantik sebagaiYang Dipertua GPMS kerana kesedaran beliau bahawa untuk membolehkan dirinyamembela anak bangsa melalui pelajaran, beliau sendiri mesti mempunyai pelajarandan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, beliau telah memilih lapangan perguruandan pendidikan. Minat beliau bukanlah berlaku secara tidak dirancang tetapimemang menjadi cita-cita beliau semenjak beliau menjadi siswa di Universiti MalayaSingapura lagi. Jika diperhatikan sejarah alam pendidikan beliau, tempoh tersebut merupakanjangka masa di mana beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya Singapura. Hasildaripada usaha beliau yang gigih dan tekun itu, beliau telah lulus sertadianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 8 Julai 1950 oleh pihak UniversitiMalaya. Pada 14 Julai 1951, beliau memperolehi pula Ijazah Sarjana Muda Sasteradengan kepujian dari universiti yang sama. Menjadi seorang siswa tidakmenghalang beliau untuk melibatkan diri dari menyertai aktiviti-aktiviti lain. Disebabkan minat beliau yang begitu mendalam dalam dunia pendidikan,setelah tamat tempoh perkhidmatan beliau di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf,Aminuddin Baki ingin mendalami dan meneruskan pengajian beliau dalam bidangilmu pendidikan ke luar negeri pula. Melalui ilmu inilah beliau berharap akan dapatmencurahkannya kepada anak bangsa yang memerlukan bimbingan dari beliau. Di atas keazaman beliau itu, beliau telah berangkat ke London pada bulanOktober 1952 dan menjadi siswa di Institut Pendidkan di Universiti London. Beliauke sana dengan mendapat biasiswa dari Queen’s Scholarship. Pada bulan Julai1953, Aminuddin telah ditauliahkan Postgraduate Certificate of Education olehUniversiti London. 3
  4. 4. HNS 2013 D20121058364 2.2 KERJAYABak kata pepatah Melayu, ‘sambil menyelam minum air’. Inilah apa yang dilakukanoleh Aminuddin Baki. Pepatah Melayu ini dipegang kukuh oleh beliau. Keupayaanbeliau dapat melaksanakan pelbagai perkara amatlah dipandang tinggi olehmasyarakat. Perkara ini boleh dikaitkan dengan peribadi beliau yang bekerja kerasdalam melaksanakan tugas dalam persatuan, pendidik dan juga pelajar. Agakmustahil bagi seseorang untuk melakukan hal yang sedemikian tetapi tidak bagibeliau. Karier beliau dalam bidang pendidikan meningkat setapak demi setapak.Kecemerlangan yang ditunjuk-tunjuk oleh beliau dalam bidang pendidikan telahmenaikkan nama beliau. Beliau pernah menjadi guru di Anglo-Malay EveningSchool Singapura di antara bulan Januari 1949 hingga Mac 1951. Aminuddin jugaterlibat dalam beberapa kegiatan perancangan masa hadapan pendidikan di negaraini. Pada tahun 1951, beliau telah dilantik menjadi salah seorang ahli di dalamJawatankuasa Barnes. Setelah menamatkan pelajaran beliau dari Universiti Malaya Singapura,Aminuddin berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah yang terkenal di negeriPerak. Beliau bertugas untuk dua buah sekolah iaitu Sekolah Inggeris Sultan Yusufdi Batu Gajah dan Sekolah Menengah Anderson, Ipoh pada bulan September 1951sehingga Julai 1952. Cita-cita beliau untuk menghambakan diri di bidang pendidikan dan berbaktikepada masyarakat terserlah apabila beliau telah diamanahkan sebagai orangterpenting dalam menyusun dan merombak pendidikan di negara ini. Beliau telahdilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran. Dalam melaksanakan tugas dantanggungjawab beliau, Aminuddin tidak mengira kedudukan dan pangkat seseorang. Sebagai penyelidik dan perancang pelajaran, beliau menjadi ahliJawatankuasa Merancang Pelajaran Tinggi, Jawatankuasa Pelajaran Aneka Jurusandan beberapa badan lain yang berhubung rapat dengan pendidikan. Beliau telahdianggap sebagai perancang pelajaran yang berjaya bagi rantau ini. Pengiktirafantersebut telah diberikan oleh pihak UNESCO. Khidmat dan jasa bakti beliau didalam beberapa bidang pelajaran. Beliau pernah dilantik menjadi Ketua Pelajaran 4
  5. 5. HNS 2013 D20121058364Negeri Sembilan dan kemudiannya sebagai Pegawai Kanan Pelajaran NegeriSelangor. Aminuddin pernah mengganggotai satu jawatankuasa yang dikenali sebagaiJawatankuasa Menyiasat Kelemahan Murid-murid Melayu yang memasuki sekolahmenengah. Beliau sendiri menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini. Di bidang bahasa,Aminuddin Baki menjadi ahli Jawatankuasa Ejaan-Melayu Indonesia (Malindo), ahliLembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pengerusi DewanKebudayaan Tanah Melayu. Beliau juga berkhidmat sebagai anggota SuruhanjayaFullbright. Berdasarkan pengalaman dan kelulusan yang diperolehinya dari Insitute ofEducation, University of London, Aminuddin telah dinaikkan pangkat sebagaiseorang pensyarah. Beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Maktab PerguruanSultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak pada 17 September 1953. Kegiatan dantindakan yang dilakukan semasa menjadi pensyarah di maktab itu terutamanya disekitar tahun-tahun 1955 sehingga 1956 merupakan nadi kepada pergerakan pelajardalam berpersatuan. 5
  6. 6. HNS 2013 D201210583643.0 SUMBANGAN 3.1 PERSATUANPada bulan Mac 1946, satu jawatankuasa sementara telah dibentuk bertujuan untukmengendalikan perjumpaan mengenai perkara untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu dan Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. Beberapa buahpersatuan pelajar Melayu turut memberikan sokongan kuat. Di antaranya ialahKesatuan Persuratan Pelajar-pelajar Melayu Selangor dan Persatuan Penuntut-penuntut Islam Maktab Teknik. Walaupun sangat sibuk dengan tugas beliau sebagai setiausaha sementaraPersatuan Pelajar-pelajar Melayu, namun sebagai anak jati di negeri Perak,Aminuddin Baki sangat mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku disana. Memandangkan negeri Perak pada ketika itu, tidak mempunyai sebarangpertubuhan pelajar yang dapat bergerak untuk melindungi kepentingan pelajarMelayu, maka timbullah hasrat Aminuddin untuk menubuhkan persatuan pelajar-pelajar Melayu negeri Perak. Di atas keinsafan yang sama dan juga inisiatif beliau bersama denganbeberapa orang pelajar Melayu Perak, mereka menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf ataupun nama singkatannya PERMI pada bulan April 1946.Langkah tersebut diperluaskan lagi dengan menubuhkan beberapa cawangan diIpoh, Telok Anderson (Teluk Intan) dan Kuala Kangsar. 3.2 GAGASAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)Kesedaran tentang kekurangan pelajar Melayu melanjutkan pelajaran mereka dipusat-pusat pengajian tinggi makin ketara dan sungguh dirasakan oleh Aminuddin.Beliau mendapati pelajar-pelajar Bumiputera di sekolah-sekolah dan institusipengajian pada masa itu semakin kritis terhadap perkembangan tersebut.Walaupun bilangan mereka agak sedikit pada masa itu, kesedaran memperjuangkanhak, memaksa mereka beritndak untuk bersatu. Melalui satu gabungan yang padusahajalah mereka dapat berjuang bertindak untuk melakukan sesuatu. 6
  7. 7. HNS 2013 D20121058364 Setelah masyarakat Melayu berjaya menggagalkan rancangan MalayanUnion, semangat orang-orang Melayu semakin bergelora. Perpaduan di kalanganmereka lebih kukuh. Pelajar-pelajar Melayu yang sudah bertambah bilangannyasekarang ini turut merasakan perasaan dan sikap tersebut. Perpaduan danpersefahaman ‘bapa-bapa’ mereka menggabungkan diri dalam sebuah organisasi(UMNO) ‘menjadi satu pengajaran’ kepada mereka untuk bertindak mengikut garis-garis yang sama. Di atas kesedaran tersebutlah GPMS ditubuhkan pada 1948. Sehingga 2 Ogos 1948, Aminuddin telah menerima penyertaan yangmenggalakkan daripada pertubuhan-pertubuhan pelajar di negara ini. Sambutanyang diberikan itu merupakan satu penghormatan yang amat besar ertinya bagi diriAminuddin sebagai setiausaha sementara dan ahli jawatankuasa sementaraPersatuan Pelajar-pelajar Melayu. Di antara pertubuhan-pertubuhan pelajar yangingin menyertai perjumpaan tersebut ialah PERMI, KPPMS, KPPMP, PersatuanPenuntut Melayu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan, Penuntut Melayu MaktabPerguruan Sultan Idris, Lembaga Persuratan Penuntut-penuntut Melayu Melaka danPenuntut Sekolah Inggeris Kerajaan, Segamat, Johor. Penubuhan GPMS mendapat sambutan hangat bukan sahaja di kalangangenerasi muda malahan di sokong penuh oleh generasi tua, media massa danbangsa lain. Reaksi golongan masyarakat ini dapat dilihat dari beberapa ucapan.Ismail Majid di dalam ucapannya sebagai salah seorang ahli jawatankuasasementara menyatakan bahawa perhimpunan persatuan pelajar-pelajar inimerupakan langkah ‘pembuka mata Melayu’ (MAJLIS, 1946). Pada tahun 1950, pelajar-pelajar yang menyertai GPMS sebulat suara telahmemilih Aminuddin Baki sebagai Yang Dipertua GPMS yang baru. Disebabkansemangat beliau yang membara terhadap dunia pendidikan maka beliau telahmelanjutkan pelajaran ke London dan setelah sekembalinya beliau daripada London,beliau telah memegang jawatan Yang Dipertua GPMS untuk kali yang keduanya.Walaupun tidak mempunyai masa yang banyak untuk memberikan perhatian yangsepenuhnya terhadap GPMS, tetapi beliau telah menjadi penasihat GPMS. Beliaumenjadi penasihat GPMS sehingga akhir hayatnya. 7
  8. 8. HNS 2013 D20121058364 3.3 MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRISAminuddin Baki adalah seorang tokoh pendidikan yang berjiwa besar, penyabar, danseorang pemimpin yang punya kesedaran tinggi. Kesedaran inilah yang telahmenjadikan beliau sebagai seorang pemikir, perenung dan pendidik bangsa Melayu.Sifat beliau akan bertukar daripada seorang yang tenang dan sabar kepada seorangsugul dan berdukacita apabila mengenangkan nasib bangsanya yang semakintergugat pada masa itu dan disebabkan itulah beliau berjuang sebagai seorangpendidik anak bangsa. Kehadiran Aminuddin Baki di MPSI semakin menebalkan semangat beliaucintakan bangsa dan tanah air. MPSI memang terkenal sebagai pusat pendidikanyang berjaya menimbulkan kesedaran kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu.Di maktab inilah lahirnya pejuang-pejuang kebangsaan dan tokoh-tokoh politik dansasterawan Melayu seperti Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib, Abdur GhafarBaba, Harun Aminurrasshid dan ramai lagi. Di sinilah juga beliau mencurahkan ilmu pengetahuan yang telahdiperolehinya kepada bakal-bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa di desadan di kota. Beliau telah memperkenalkan satu kaedah pengajaran moden yanglebih berkesan dan menitikberatkan standardisasi Bahasa Melayu. Perubahantersebut adalah perlu kerana memandangkan Bahasa Melayu akan berkembangmenjadi bahasa moden dan juga perkembangan pelajar-pelajar ketika itu. Semasa bertugas di maktab ini, beliau telah memberikan beberapa bimbinganyang berguna kepada penuntut-penuntut disini. Beliau mencurahkan tenaganya didalam kegiatan dan pergerakan di maktab ini. Tindakan beliau itu, sudah menjadisatu pegangan yang begitu tebal bahawa seseorang penuntut mesti mematuhiarahan guru. Apabila Aminuddin Baki mengambil sikap untuk memihak parapenuntut semasa mereka dikatakan telah melakukan kesalahan, maka sudahtentulah tindakan tersebut agak keterlaluan. Semasa bertugas disinilah Aminuddin telah cuba menghidupkan pesatuanpenuntut-penuntut maktab tersebut. Beliaulah yang telah memperkenalkan kaedahpemilihan ketua penuntut melalui pengundian. Cara pemilihannya adalah melaluiproses pilihanraya yang dijalankan. Penuntut-penuntut yang berhasrat dan bercita- 8
  9. 9. HNS 2013 D20121058364cita untuk menjadi pemimpin dan ingin memperjuangkan sesuatu, bolehlah tampiluntuk menjadi calon. Dalam pada sibuk menjalankan kempen menggalakkan anak watan menuntutilmu pendidikan, Aminuddin Baki juga telah cuba menerapkan pemahaman danpenghayatan Islam yang lebih mendalam di hati dan jiwa penuntut-penuntut MPSI.Sebagai seorang Islam, beliau merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawabuntuk memupuk dan memperkuatkan semangat tersebut. Satu daripada langkahyang dilakukan oleh beliau ialah memperkenalkan satu matapelajaran baru iaituSejarah Islam kepada penuntut-penuntut MPSI. Aminuddin juga telah cuba menarik perhatian para penuntut beliau tentangkaedah menimba ilmu. Pada Aminuddin, buka adalah sumber atau gedung ilmupengetahuan yang dapat diasah dengan memperbanyakkan bacaan. Apa yangdilakukan oleh beliau tidaklah sia-sia kerana ramai pelajar mula menjinakkan dirimereka dengan membaca dan memenuhi ruang-ruang di perpustakaan.Perkembangan ini amat menyenangkan beliau kerana beliau juga bertugas sebagaiketua perpustakaan MPSI pada masa itu. 3.4 KEWUJUDAN SRP, SPM, STPM DAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BERSAMADalam usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama didalam sistem pendidikan kebangsaan, Laporan Razak telah dikemukakan pada April1956 dan Aminuddin juga merupakan salah seorang yang terlibat di dalampenyelidikan laporan ini. Laporan Razak telah membahagikan peringkat pendidikan menengah padatiga tahap utama iaitu pendidikan Menengah Rendah, pendidikan Menengah Atasdan peringkat Pra-Universiti. Pendidikan Menengah Rendah akan mengambil masaselama tiga tahun di mana para pelajar akan menduduki peperiksaan LCE (LowerCertificate of Education) sekarang dikenali sebagai SRP (Sijil Rendah Pelajaran).Setelah menamatkan tempoh pengajian tersebut, pelajar-pelajar yang berjaya didalam peperiksaan ini dan memperolehi kelulusan yang ditetapkan adalah layakuntuk meneruskan pendidikan Menengah Atas selama dua tahun lagi. 9
  10. 10. HNS 2013 D20121058364 Setelah berada dua tahun di peringkat Menengah Atas ini, mereka akanmenduduki peperiksaan MCE (Malaysia Certificate of Education) sekarang dikenalisebagai SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang sama tarafnya dengan Sijil CambridgeSeberang Laut. Murid-murid yang mencapai kelulusan terbaik di dalam peperiksaanSPM ini akan dipilih untuk belajar di tingkatan enam atau lebih dikenali sebagai Pra-Universiti. Setelah dua tahun di peringkat ini, mereka bolehlah mendudukipeperiksaan HSC (Higher School Certificate) sekarang dikenali sebagai STPM (SijilTinggi Persekolahan Malaysia). Aminuddin Baki jugalah yang berusaha keras untuk menubuhkan LembagaPeperiksaan Bersama (Joint Examination Board) pada bulan Ogos 1963. Usaha inidilakukan sebagai langkah untuk mencari jalan keluar bagi para pelajar beraliranMelayu selepas mereka tamat sijil persekolahan mereka. Penubuhan lembaga inijuga terhasil setelah diusahakan selama 3 tahun dan melalui beberapa rundingan. 10
  11. 11. HNS 2013 D201210583644.0 PENINGGALAN AMINUDDIN BAKI 4.1 INSTITUT AMINUDDIN BAKIUsaha ke arah memantapkan sistem pendidikan di semua peringkat di KementerianPendidikan Malaysia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan telah bermulaapabila "Malaysian Educational Staff Training Institute" (MESTI) ditubuhkan padaMac 1979. MESTI ialah sebuah Institut Latihan Pegawai-Pegawai Pendidikan yangstatus awalnya adalah sebahagian daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG)Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu. Penubuhan MESTI adalahberdasarkan Laporan Jawatan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,1979(285). MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negarapada tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak denganperpindahan operasinya ke kampus induknya sendiri yang terletak di kawasanseluas 121 ekar di Genting Highlands. Pada 14 Mac 1988 YB Menteri PendidikanMalaysia mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB)sebagai mengenang jasa Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat PelajaranPersekutuan Tanah Melayu) dalam bidang pendidikan. Matlamat IAB ialah untukmembina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan danpengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikankebangsaan keseluruhannya.. 4.2 SEKOLAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI Sekolah Aminuddin Baki telah mula dibina pada tahun 1967. Sebelum ini, iaitu daritahun 1965 hingga 1966, sekolah ini telah menumpang sementara bangunan SJK(C)Pei Cheng, Chemor. Sekolah Aminuddin Baki ini terletak kira-kira 17 kilometer daripusat Bandaraya Ipoh. Keluasannya kira-kira 9.2 ekar persegi. Pelajar-pelajarsekolah ini pula datang dari kampung-kampung di sekitar daerah Chemor. Kiniterdapat seramai 1518 orang pelajar yang menuntut di sini iaitu dari kelas peralihanhingga tingkatan lima. Sebenarnya penamaan sekolah ini berdasarkan beberapa faktor.Pertamanya, ialah mengambilkira bahawa Allahyarham Aminuddin Baki merupakansatu-satunya anak tempatan Chemor yang telah berjaya mencapai tahap yang 11
  12. 12. HNS 2013 D20121058364tinggi dalam arena pendidikan tanahair. Kedua, Allahyarham merupakan seorangtokoh pendidikan yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikirandalam bidang pendidikan negara. Faktor ketiga ialah beliau merupakan seorang tokoh yang telah berjayamenimbulkan kesedaran untuk mempertingkatkan taraf pelajaran di kalangan anakbangsa khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu, beliau jugamerupakan seorang tokoh penggerak ke arah ketinggian mertabat anak bangsaterutamanya di kalangan masyarakat luar bandar. Seterusnya nama beliau jugadipilih untuk dijadikan sumber inspirasi anak tempatan Chemor supaya merekamengikuti jejak langkah beliau yang telah mencipta kejayaan. Akhirnya adalahmenjadi matlamat kita agar sumbangan bakti dan jasa beliau itu turut diteladanidalam menaikkan imej serta mengharumkan nama sekolah ini seterusnya. 4.3 KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKMPada peringkat awalnya, Kolej Aminuddin Baki ini dikenali sebagai Kolej KediamanKedua UKM dan telah mula dibuka untuk penginapan sekitar tahun 1971. Padamasa itu, kolej ini masih lagi terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kolej yangmenampung seramai 215 orang juga merupakan kolej kediaman kedua tertua diUKM selepas Kolej Dato’ Onn atau dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama padamasa itu. Pengetua kolej ini yang pertama ialah Encik Mohamed Aris Osman dan YangDi-pertua JAKSA (dikenali sebagai Dewan Rendah) yang pertama ialah saudaraMohd Amin Salleh. Sekitar tahun 1977, penghuni serta peralatan Kolej KediamanKedua Lembah Pantai mula dipindahkan ke bangunan baru dengan kawasan seluas5.5 hektar di dalam kampus tetap UKM Bangi. Perpindahan tersebut serentakdengan perpindahan seluruh warga UKM ke kampus tetap di sini. Serentak denganitu juga, nama Kolej Kediaman Kedua juga telah dikenali sebagai Kamsis AminuddinBaki dan kemudian ditukar kepada Kolej Aminuddin Baki. Disebabkan pertambahanmendadak mahasiswi di UKM, kolej ini mula dibuka untuk mahasiswi sahaja bermulatahun 1981. Ini membawa maksud tenaga JAKSA juga dipegang oleh mahasiswiyang mana YDP siswi pertamanya adalah Cik Suryani Mahyudin. 12
  13. 13. HNS 2013 D201210583645.0 KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 5.1 LATAR BELAKANGKolej Kediaman Aminuddin Baki terletak di kawasan Behrang yang dahulunyadikenali sebagai Kolej Proton mempunyai jarak sejauh lima kilometer dari KampusSultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kolej Kediaman Aminuddin Baki (KAB) ditubuhkan pada tahun 2000 danmemiliki empat buah blok yang berkeupayaan menampung kira-kira 1,100 orangpelajar pada satu satu masaa. Pada tahun 2002, sebanyak dua buah blok telahdibuka bagi menampung pelajar seramai 1,800 orang dan seterusnya kolej telahmenyiapkan sebanyak empat buah blok yang membawa jumlah sebanyak sepuluhbuah blok bagi menampung keseluruhan penghuni kolej seramai hampir 3,000 orangpelajar. Bermula 1 Oktober 2002, pentadbiran Kolej Kediaman Aminuddin Baki telahdibahagi dua di mana Kolej Kediaman Aminuddin Baki dikekalkan namanyamanakala sebuah lagi pentadbiran dikenali sebagai Kolej Kediaman Za’ba. Masing-masing mentadbir lima buah blok yang dapat menampung hampir kira-kira 1,300orang pelajar pada satu-satu masa . 5.2 MISI DAN VISIMisi Kolej Aminuddin Baki adalah Melaksanakan agenda pembangunan sahsiahsiswa/siswi berlandaskan persekitaran yang konduktif, perkhidmatan yang berkualitidan perlaksanaan aktiviti yang berdaya saing. Manakala visi Kolej Aminuddin Bakiadalah Menjadi Kolej Kediaman yang terunggul pilihan utama warga kampus melaluiperkhidmatan yang cemerlang 5.3 KEMUDAHANDi antara kemudahan yang disediakan oleh KAB adalah seperti pejabat pentadbiran,bilik Jawatan Mahasiswa Kolej (JMK), stor, bilik televisyen, surau Al-Falah, bilikbacaan, bilik switch atau bilik MDF, studio muzik, koperasi, padang serbaguna, 13
  14. 14. HNS 2013 D20121058364perkhidmatan telefon awam, capaian jalur lebar internet(JARING), cafe siber, tempatletak kenderaan, dan perkhidmatan keselamatan. Segala kemudahan yang disediakan adalah meliputi pelbagai aspekkeperluan insaniah seseorang seperti contoh bilik JMK yang digerakkan oleh pelajarsendiri dalam memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar. Selain daripadaitu, pelajar juga boleh mempamerkan bakat kesenian dengan adanya studio muzikatau bakat sukan dengan adanya padang serbaguna dan sebagainya. 5.4 STRUKTUR ORGANISASIPengurusan Kolej Kediaman Aminuddin Baki bertanggungjawab memberikanperkhidmatan penginapan yang terbaik kepada penghuninya. Kebajikan danperkembangan sahsiah pelajar perlu dititkberatkan dalam pentadbiran di KolejKediaman Aminuddin Baki. Pentadbiran di Kolej Kediaman Aminuddin Bakiberfungsi menguruskan prasarana dan logistik kolej kediaman seperti penyediaanbilik, penyelenggaraan bilik, penyelenggaraan kerosakan, surat menyurat, rekodpelajar dan sebagainya. Aspek-aspek kepimpinan seperti berketrampilan, keimanan,pegangan hidup, berkomunikasi, berhemah, bertolak ansur, berdisplin dansebagainya perlu didedahkan dan diterapkan kepada penghuni Kolej KediamanAminuddin Baki. 14
  15. 15. HNS 2013 D201210583646.0 RUMUSANBerdasarkan khidmat dan jasa bakti beliau itu, dapatlah dianggap bahawa beliauadalah seorang pejuang di arena pendidikan. Jika hendak dihitung satu persatusatu persatu segala jasa dan baktinya di bidang pelajaran, terutamanya pelajarananak-anak Melayu, tentulah sukar sekali untuk menghitungnya. Jasa dan baktibeliau adalah begitu besar sekali. Di bidang pengurusan pendidikan, Aminuddin memainkan peranan sebagaiseorang pelaku utama. Beliau juga berperanan sebagai penggerak danpenyumbang idea. Hasil daripada peranan tersebutlah maka terdapat beberapaperubahan besar di bidang pendidikan negara kita ini. Di antara perubahan besaryang berlaku ialah wujudnya asas pendidikan kebangsaan dan bertambahnyabilangan pelajar di sekolah. Pada 24 Disember 1965, Aminuddin Baki telah pergi meninggalkan kita.Kematian beliau juga telah menarik perhatian beberapa orang cerdik pandai.Menyentuh tentang Aminuddin Baki, Profesor Wang Wangwu iaitu Profesor SejarahUniversiti Malaya berkata: “Kematian Encik Aminuddin Baki adalah suatu kehilangan besarkepada negara kita, terutama kerana tumpuan dan pengorbanannya di bidangpendidikan dan kemajuan. Jasanya akan dikenang selama-lamanya. Sebagai diantara graduan yang awal lulus dalam pengajian Sejarah dengan kepujian UniversitiMalaya, beliau sentiasa mempunyai cita-cita yang istimewa terhadap pensejarahannegara kita. Maka patut benarlah beliau mendapat tempat terhormat bila sejarahzaman kita ditulis nanti.” (Straits Times, 1965) 15
  16. 16. HNS 2013 D20121058364RUJUKANAbu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Amir Hamzah. (1970). Aminuddin Baki Ke Depan Membawa Obor. pp. 34-37.Bernama. (2013, March 23). Retrieved from New Straits Time: http://blis2.bernama.com.ezpustaka.upsi.edu.my/mainHomeBypass.doHassan, R. A. (2010). Biografi Aminuddin Baki : Arkitek Pendidikan Negara (Cetakan Kedua). Selangor.Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. (2013, March 23). Retrieved from Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia: http://www.arkib.gov.my/encik-aminuddin-bakiMohd Tajuddin bin Haji Abdul Rahman. (1987). Aminuddin baki. Selangor: Pelanduk Publication.Perpustakaan Negara Malaysia. (2013, March 23). Retrieved from Portal Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia: http://www.pnm.my/yangpertama/Tokoh_Bapadidik.htm 16

×