Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Laporan olahraga
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply
Published

sekadar untuk berkongsi bersama.. \(^^,) …

sekadar untuk berkongsi bersama.. \(^^,)
salah or betul tu tak pasti ehee.. (sbb ni pun berdasar orng punya juga..)

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
7,561
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
394
Comments
6
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Laporan Mingguan OlahragaMinggu Pertama: 26 November 2011Waktu& Tempat: 8pagi – 12 tengah hari (tepi gymnasium) Pada 26 November 2011, kelas pertama bagi krusus olahraga telah diadakan. Aktivitiyang telah dijalankan adalah mesyuarat induk atau mesyuarat untuk memilih Ahli JawatanKuasa dalam kumpulan masing-masing.Bagi kumpulan D;Pengerusi: o Mohd Amirul Anuar Bin Mohd Tarmizi (E20111001815)Naib Pengerusi: o Camelia Binti Syofian (E20111001866)Bendahari: o Muhammad Amirul Amsyar Bin Ab Razak (E20111002603)Penolong Bendahari: o Erica Chung Fui Ying (E20111002605)Ahli Jawatan Kuasa Kecil: o Priscilla anak Nari (E20111002676) o Nurasma Binti Asaat (E20111002645) o Mohd Akhimullah Bin Mohd Razi (E20111001803) Selepas selesai pemilihan Ahli Jawatan Kuasa, En.Rushdan selaku pensyarah krususolahraga telah memberi penjelasan tentang krusus olahraga yang kami ambil ini.Kelas yangsepatutnya dari pukul 8 pagi hingga ke 10 pagi telah dianjak dari pukul 8 pagi ke 12 tengahhari.Hal ini supaya tidak berlaku nya kekurangan tenaga instruktur (yang terdiri daripadapelajar degree) apabila tiba musim cuti penggal mereka nanti.Lebih-lebih lagi, hanyaEn.Rushdan sahaja yang mengambil setiap kelas dari kumpulan A, B, C, D dan E. 1
  • 2. Laporan Mingguan OlahragaMinggu Kedua: 3 Desember 2011Waktu& Tempat: 8pagi – 12tengah hari (di padang UPSI) Pada 3 Desember 2011 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, kelas olahraga yang keduatelah dijalankan.Seperti kelas pada minggu yang pertama, kami menunggu tenaga pengajar ditepi gymnasium. Setiap kumpulan telah diberi acara yang akan dijalankan. Bagi kumpulankami iaitu kumpulan D, kami mempelajari dan juga mempraktikkan tentang LompatJauh.Sebelum acara olahraga dijalankan, kami mengambil senaman untuk memanaskanbadan terlebih dahulu agar tidak berlakunya kecederaan semasa melakukan acara LompatJauh.Kemudian, instruktur kumpulan memberi pengenalan, peralatan dan kelengkapan,teknik lompatan yang betul, prinsip-prinsip asas dan undung-undang dan peratusan asas yangperlu ada dalam acara Lompat Jauh ini.Lompat Jauh Lompat Jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olinpik yang tertua. Padaasalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh satempat (standing longjump). Pada tahun 1896 di sukan Olimpik Modern di Atherns, lompat jauh sambil berlaritelah dipertandingkan.Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitumengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat. i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan sisi mendarat. ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan lonjakan. iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lojakan, lompatan itu tidak akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut. Kaki Kaki Pasir Pasir Lompatan sah dari papan lonjak. Lompatan batal kerana tersnetuh pasir. 2
  • 3. Laporan Mingguan Olahraga PAPAN LONJAK PLASTISIN 30 darjah 10 cm 15 cm 12 cm Papan LonjakanTiga gaya lompatan Lompat Jauh. i. Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. ii. Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.iii. Gaya tending kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.Lompat jauh dibahagikan kepada empat fasa. i. Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. ii. Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat-pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.iii. Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompatan menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. 3
  • 4. Laporan Mingguan Olahraga iv. Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.Teknik-teknik untuk acara lompat jauh. i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak. ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pingul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara berada dalam keadaan selari dengan bahu. iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan sementara kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki. 4
  • 5. Laporan Mingguan Olahraga iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa ke atas kepala. v. Kaki bebas dibawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.Ansur Maju. Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendarat tidak ada kaitan.Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atletitu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompatpapan anjal yang dilatakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasanmendarat.Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atauselendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan.Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.Pengalaman saya. Bagi saya, acara olahraga adalah menyeronokkan.Lebih-lebih lagi, sayasememangnya meminati sukan. Namun demikian saya sebelum ini hanya mempratikkansahaja sukan lompat jauh ini di sekolah menengah semasa sukan tahunan tanpa mengetahuisejarah, peraturan, teknik-teknik lompatan, gaya lompatan dan fasa-fasa lompat jauh. Dengankrusus seperti ini, bukan sahaja telah menambah pengetahuan saya tentang lompat jauh,malah saya telah mempelajari teknik-teknik lompat jauh dengan betul. 5
  • 6. Laporan Mingguan OlahragaMinggu Ketiga: 10 Desember 2011Waktu & Tempat: 8pagi – 12tengah hari (di padang UPSI) Seperti kelas olahraga minggu lepas, kami melakukan perkara yang sama seperti;berkumpul di tepi gymnasium sementara menunggu pensyarah dan instruktur masing-masing.Pada minggu ini, kumpulan kami telah mempelajari dan juga mempratikkan acara olahragaiaitu Lompat Tinggi.Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan juga pratikal, kami membuatsenaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlaku kecederaaan semasamelakukan acara.Kemudian, instruktur kumpulan D memberi pengenalan, teknik dansebagainya tentang lompat tinggi ini. Setelah mendengar dan juga melihat contoh dariinstruktur, kami pun dibenar untuk mencuba lompatan yang membelakangkan palang (gayaFosbury Flop) sebelum diambil markah untuk markah pratikal lompat tinggi.Lompat Tinggi Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara duatiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gayaFosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kaliberturut-turut. Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepadamomentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi penujuan danlonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh danlompat galah.Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi. i. Gaya Gunting (Scissors) – Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaaan duduk berlunjur. ii. Gaya Timur – Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 6
  • 7. Laporan Mingguan Olahragaiii. Gaya guling barat – penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan. iv. Gaya pelana –gaya ini hamper sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. v. Gaya Fosbury Flop –gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.Lompat Tinggi dibahagi kepada beberapa fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop. Gaya Lompatan Fosbury Flop i. Fasa penujuan – biasanya pelompat mengambil 7 hingga 9 langkah larian di mana 3 langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan belakangnya dahulu. ii. Fasa lonjakan – ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang.iii. Fasa layangan – semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memandang palang) sambil melentikan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaaan untuk pendaratan. 7
  • 8. Laporan Mingguan Olahraga iv. Fasa pendaratan – serentak dengan mengangkat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat)Peraturan asas acara Lompat Tinggi. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.Peserta boleh mula melompat dimana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jikapeserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuatlompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta yanggagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa di ambil kira di arasmana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. Seseorang peserta berhakmeneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapatmeneruskannya lagi mengikut peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dariaras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.Pengalaman saya. Lompat tinggi adalah antara acara olahraga yang paling saya minati dari zamansekolah menengah lagi. Pada minggu ini juga, secara tidak sengaja saya telah dijadikan ‘rolemodel’ untuk semua kawan-kawan di dalam kumpulan D dengan menunjukan gaya lompatanFosbury Flop. 8
  • 9. Laporan Mingguan OlahragaMinggu Keempat: 17 Desember 2011Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI) Pada minggu ini, persamaan dengan minggu ke – 4, acara olahraga yang akan kamipelajari dan praktikan adalah Larian pecut.Seperti lazimnya, sebelum melakukan acara larianpecut kami membuat senaman untuk memanaskan badan agar tidak berlakunya kecederaansemasa acara larian pecut dilakukan.Larian pecut Larian pecut merupakan acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yangmemerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic untuk membuat larian sepantasmungkin.Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut: i. Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. ii. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. iii. Tangan digerakkan dengan pantas. iv. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan) Bagi seorng atlik, teknik dan gaya larian merupakan factor utama untuk menempakejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan denganacara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,kelajuan angina permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambilbahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.Berlari mungkin aktiviti yang sihat danmenyeronokkan.Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidakmempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dankebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur danberjadualakan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sediaada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitufaktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.Untuk menguasai kelajuan kaki, pelariharuslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri ataubadan semasa berlari.Bagi faktor jarak langkah pla ianya bergantung kepada panjang 9
  • 10. Laporan Mingguan Olahragakaki,kekuatan dan mobility semasa bergerak.Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5meter hingga 2 meter.Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankankepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.Fasa-fasa dan Teknik-teknik larian. i. Fasa permulaan – terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang ii. Fasa larian iii. Fasa pecutan – selepas arahan pelepas ‘ke garisan’ diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. iv. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan – fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter, pecutan berlaku pada awal larian, 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter, apabila atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. v. Fasa larian di selekoh 10
  • 11. Laporan Mingguan Olahraga vi. Fasa penamat – faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan terso ke hadapan.Pengalaman saya. Pada minggu ini saya telah mendapati banyak maklumat tentang tahap kelajuan bagiseseorang atlit larian pecut. Pada mulanya, saya tidak mengetahui akan faktor-faktor atlitlarian pecut dapat berlari dengan begitu pantas sekali. Dengan adanya krusus ini, ia telahmemberi saya serba sedikit akan maklumat tentang acara larian ini. Disamping itu, saya jugatelah mempraktikkan teknik-teknik lari pecut dengan mengunakan teknik yang betul. Larian Pecut 11
  • 12. Laporan Mingguan OlahragaMinggu Kelima: 24 Desember 2011Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI) Pada minggu ke – 5, acara olahraga yang kami jalani adalah lontar peluru.Acara iniadalah amali yang terakhir kami jalani dan pelajari, sebelum acara merentas desa diadakan.Oleh kerana acara lontar peluru ini agak susah bagi kami kerana ianya jarang-jarang diminatioleh pelajar. Hal ini kerana terpaksa melontar peluru yang tersangat berat.Sebelummempratikalkan dan markah amali diambil, instuktur kumpulan D telah menjelasakan teknik-teknik memegang dan melontar peluru yang betul.Lontar peluru Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jikadibandingkan dengan cara balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasaioleh atlit yang bertubuh besar dan tegap serta kekuatan otot.Teknik lontaran merupakanfaktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggapatlit yang bertubuh besar dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangidalam kejohanan. Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mestidipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontarandalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh: i. Halaju Pelepasan ii. Sudut ketika membuat lontaran iii. Ketinggian peluru ketika melontar Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran dan kepantasanketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balinganyang baik.Teknik atau gaya melontar peluru: i. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) ii. Gaya melungsur selangkah iii. Gaya Parry O’Brien 12
  • 13. Laporan Mingguan OlahragaGaya lontar peluru Parry O’Brien. Gaya Parry O’Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O’Briensendir. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Padatahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telahberjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di sampingsumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga telah membuktikan kepadasemua ahli sukan tentang pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.Aspek penting dalam Lontar peluru. i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. ii. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi – iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. 13
  • 14. Laporan Mingguan Olahraga iii. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.Pengalaman saya. Pada pendapat saya acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jikaseseorang itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan,lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asasmelontar peluru seperti acara-acara alohraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada parapelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengankemampuan kumpulan pelajar yang diajar. Teknik acara melontar peluru 14
  • 15. Laporan Mingguan OlahragaMinggu Keenam: 7 Januari 2012Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di tepi gimnasium) Pada kelas krusus olahraga yang ke – 6, acara padang telah selesai kami laksanakan.Encik Rushdan telah memaklumkan kepada kami mengenai satu aktiviti lagi yang perlu kamilaksanakan iaitu kejohanan merentas desa, iaitu aktiviti yang terakhir. Setiap kumpulan perluberbincang tentang perkara yang perlu dilakukan pada hari kejohanan tersebut. Kamiberkumpul bersama instruktur masing-masing. Instruktur kami memberitahu markah yangdiperolehi setiap individu dalam ujian kemahiran yang telah kami jalankan. Perjumpaan padaminggu tersebut telah berakhir lebih kurang dalam pukul 11 pagi. 15
  • 16. Laporan Mingguan OlahragaMinggu Ketujuh: 11 Februari 2012 Laporan Olahraga acara Merentas DesaTarikh : 11 Februari 2011Hari : SabtuTempat : Gimnasium UPSIMasa : 8 pagi – 1.00 petangAhli Jawatankuasa Induk;Pengarah : Muhammad Hanif bin YahyaPen. Pengarah : Federick Juggo anak JugieSetiausaha : Nuradibah binti JaafarPen. Setiausaha : suraya binti AshariBendahari (L) : Muhammad Khairul Sabirin bin IbrahimBendahari (P) : Norasma’ Ameena binti Mohd HamzahAktiviti: - Setelah sampai di padang futsal iaitu tepi gimnasium, kami diminat untuk berkumpul. Aktiviti pertama yang kamu lakukan pada pagi tersubut adalah senaman aerobik sebagai senaman untuk memanaskan badan untuk persiapan merentas desa. - Kemudian, kami diberi sedikit penerangan tentang trek perjalanan untuk merentas desa. - Pelajar lelaki memulakan larian terlebih dahulu, manakala pelajar perempuan perlu menunggu giliran mereka di gelanggang futsal, sehingga pelajar lelaki tamat melakukan larian. - Setelah semua pelajar lelaki sampai garisan penamat, nama pemenang-pemenang diambil. Kumudian, giliran pelajar perempuan pula untuk memulakan dan menutup larian merentas desa pada hari tersebut. 16
  • 17. Laporan Mingguan Olahraga - Setelah semua pelajar perempuan sampai di garisan penamat, nama pemenang diambil. Kemudian, kami berehat seketika sementara menunggu majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang. - Sebelum majlis penyampaian hadiah dilangsungkan, pensyarah krusus olahraga kami telah memberikan seedikit ucapan dan seterusnya, secara rasminya, beliau menamatkan kursus Olahraga bagi semester ini. - Majlis penyampaian pingat dan sijil pun dijalankan. Sepuluh peserta yang tiba awal di garisan penamat semasa merentas desa telah dijemput ke hadapan untuk menerima pingat dan sijil.Nama-nama pemenang bagi kategori lelaki adalah: 1. Mohammad Syahril bin Taib 2. Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim 3. Ichsan Azhari bin Mohd Aras 4. Mohamad Zulfikri bin Mat Jusoh 5. Muhammad Faiz bin Azeeim 6. Muhammad Hafiz bin Shahidan 7. Muhammad ‘Alim bin Zainaldin 8. Ahmad Zamzuri bin Muhammad 9. Muhammad Fiqry bin Zolkofili 10. Syed Ahmad Wajeeh bin Syed ShiekhNama-nama pemenang bagi kategori perempuan adalah: 1. Nik Nurhasni binti Awang 2. Nur Abilah Anis binti Mohd. Nasir 3. Nur Aliah Amira binti Affandi 4. Noor Syaheerah Syazwani binti Surya 5. Najwa Syarina binti Mohd. Nasir 6. Siti Nor Farahieda binti Mohd Asri 7. Priscilla anak Nari 8. Ivy Esther See 9. Noraine binti Abgar 10. Wan Nurhamizah binti Abdul Rahman 17
  • 18. Laporan Mingguan OlahragaIni adalah peta laluan merentas desa. 18
  • 19. Laporan Mingguan Olahraga RUMUSAN Kursus ini telah memberi banyak ilmu atau pengetahuan tentang acara padang.Sayadapat mengetahui teknik-teknik yang betul semasa menjalankan acara padang seperti lompatjauh,lompat tinggi,larian pecut dan lontar peluru.Saya percaya segala ilmu yang sayaperolehi,pasti saya dapat manfaatkan pada masa hadapan.Bukan itu sahaja,saya juga gembirakerana saya bukan sahaja dapat pelajari teknik-teknik yang betul secara teori,malahan sayajuga mendapat peluang untuk melakukan aktiviti olahraga secara praktikal. Selain itu,kursus ini juga dapat membantu mahasiswa atau mahasiswi membukaminda mereka bahawa mereka tidak perlu belajar hanya di dalam bilik kuliah sahaja. Malahmereka juga perlu melakukan aktiviti yang berada di luar bilik kuliah seperti olahraga jugabagi memastikan mereka mempunyai tubuh dan minda yang sihat. Kesimpulannya,pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini patut berasa bertuah keranamereka bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baru,bahkan tubuh badan mereka juga menjadilebih sihat dengan bimbingan pensyarah dan jurulatih yang tidak jemu dalam berkongsi ilmudalam olahraga. 19
  • 20. Laporan Mingguan Olahraga BIBLIOGRAFIAstrand, P.O. and K. Rodahl (1986). Textbook of Work Physiology. McGraw-Hill: NewYork.Bouchard, C. et. al. (1991). Testing anaerobic power and capacity In Physiological Testing ofthe High Performance Athlete. Human Kinetics: Champaigh,IL.Gerald D. Tharp (1997). Experiments in Physiologi, Seven Edition. Prentice Hall: UpperSaddle River.Henry J. Montoye et.al.(1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure. HumanKinetics: Canada.Jack H. Wilmore David L. Costill ( 1994). Physiology of Sport and Exercise. HumanKinetics: United States of America.Peter J. Maud / Carl Foster (1995). Physiological Assessment of Human Fitness.. HumanKinetics: United States of America.Scott K. Powers & Edward T. Howley . Exercise Physiology : Theory and Application toFitness and Performance. McGraw-Hill Companies: United States of America. 20