Kesantunan bahasa

1,700 views
1,567 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,700
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
80
Actions
Shares
0
Downloads
51
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kesantunan bahasa

  1. 1. Kesantunan Bahasa Prashantini A/P Nagalingam Shalini Naidu A/P Vadivelu
  2. 2. Kesantunan dalam penulisan melibatkan penggunaan bahasa yang betul, sopan, dan bertatasusila. Huraikan aspek- aspek kesantunan bahasa dalam bidang penulisan.
  3. 3. • Kata “bahasa” mempunyai banyak makna. Bahasa bukan sekadar membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan antara individu dengan individu yang lain. Kata “bahasa” juga merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud “sopan santun”. • Jadi, membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek kesantunan bahasa merupakan satu kelompangan yang tidak seharus dan sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi bahasa Melayu yang mempunyai falsafah kesopanan yang tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam masyarakat Melayu dan akidah Islam yang dianutinya.
  4. 4. • Rentetan daripada itu, melihat dan membicarakan bahasa dalam konteks kesantunan berbahasa, para sarjana bahasa tempatan seperti Asmah Omar menyentuh aspek ini dalam buku Setia dan santun bahasa dan Awang Sariyan melalui buku beliau iaituSantun berbahasa. Namun begitu asas kesantunan bahasa juga ditunjangi oleh agama diutarakan oleh Awang Sariyan.
  5. 5. • Santun menurut Kamus dewan edisi keempat ialah halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab dan sopan, manakala kesantunan ialah perihal atau sifat kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. • Menurut Awang Sariyan dalam bukunyaSantun berbahasa, kesantunan bahasa “merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya”.
  6. 6. • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. • Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.
  7. 7. • Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah: a. Surat kiriman rasmi b. Laporan c. Kertas kerja d. Ucapan rasmi e. Pidato
  8. 8. • Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain – lain • Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:- a. Penggunaan kata panggilan yang betul b. Kata sapaan yang betul c. Gaya bahasa yang tepat d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks e. Isi yang tidak sensitif
  9. 9. Apek – aspek kesantunan dalam penulisan Dalam Surat rasmi … 1.) Nama dan alamat penerima • Terdapat penggunaan pangkat, gelaran atau rujukan hormat yang perlu disesuaikan dengan dengan pangkat atau gelaran yang dimiliki . Contohnya, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berbahagia 2) Sapaan dan rujukan kehormat • Kata sapaan dan rujukan kehormat ditulis dalam surat rasmi selepas nama dam alamat penerima surat. Contohnya, Assalamualaikum wr.wb. Y.B.Dato’ 3) Pembukaan surat • Adalah perenggan pertama dalam surat yang berkisar tentang tajuk. Contohnya, Dengan hormatnya, Izinkanlah… 4) Isi surat • Dalam isi surat terdapat arahan yang dinyatakan dan arahan yang digunakan boleh diperhaluskan dengan menggunakan bahasa yang lebih halus seperti harap ataumengharapkan. 5) Penutup • Dalam bahagian penutup surat rasmi, biasanya ditandai dengan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan penulis surat kepada penerima.
  10. 10. Kesimpulan • Kesopanan tidak hanya dapat dilihat melalui aspek lisan sahaja tetapi melibatkan penggunaan bahan tulisan. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan kata-kata yang tepat dan mempunyai nilai rasa yang halus dalam surat rasmi amat penting kerana surat merupakan cerminan kepada penulisnya. Justeru, dalam aspek penulisan surat rasmi aspek kesopanan berbahasa hendaklah dititikberatkan agar memberikan kesan yang elok kepada penulis dan penerima.

×