Ds bhs malaysia thn 2 sjk
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Ds bhs malaysia thn 2 sjk

  • 857 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
857
On Slideshare
783
From Embeds
74
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
14
Comments
0
Likes
0

Embeds 74

http://5050bm.blogspot.com 62
http://mbc0058.1bestarinet.net 12

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHUN DUA 2011
  • 2. DOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHUN DUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 3. Cetakan Pertama 2011© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jugabentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulisdaripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks PentadbiranKerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. 2
  • 4. KANDUNGAN Muka SuratRUKUN NEGARA vFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viPENDAHULUAN 1TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2MATLAMAT 3OBJEKTIF 3FOKUS 4SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA 4 Standard Kurikulum 4 Kemahiran Bahasa 4 Aspek Seni Bahasa 5 Aspek Tatabahasa 5 Pengisian Kurikulum 7 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 10 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 15 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca 19 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 23 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 27 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 29
  • 5. RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi- tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai- bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 6. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi vi
  • 7. PENDAHULUANPerkembangan semasa dalam arus globalisasi yang sangat untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan.dinamik, menuntut perubahan dalam dunia pendidikan. Seterusnya, membolehkan murid memperkembangkanSeiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, sertamengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara berkesandalam kurikulum. dan bertatasusila dalam semua urusan.Selaras dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Bagi sekolah jenis kebangsaan, penggubalan StandardMalaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan Kurikulum Bahasa Malaysia mengambil kira prosesdalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia yangBahasa Malaysia. Standard yang diketengahkan ini menggunakan pendekatan bahasa kedua kepada murid untukmengandungi Standard Kandungan dan Standard memperoleh kemahiran bahasa yang ditentukan dalamPembelajaran. Standard ini merupakan pernyataan yang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard ini jugamerangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang menekankan kepelbagaian minat dan kecerdasan yangmesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah jenis berbeza dalam kalangan murid.kebangsaan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turutPenggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia berpaksikan dijadikan landasan bagi membina keyakinan diri,Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah mengetengahkan bakat, memupuk sifat kepemimpinan, danPendidikan Kebangsaan. Standard ini menjunjung peranan ketokohan murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulumbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, juga berupaya memantapkan penguasaan berbahasa muridbahasa perpaduan negara, dan bahasa ilmu. Standard ini turut serta menyokong pelaksanaan Standard Kurikulum Bahasamenitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, Malaysia.penyerapan ilmu dan nilai murni. Standard Kurikulum BahasaMalaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal budi,pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkansemangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsibersama dalam satu wawasan demi memartabatkan bahasaMelayu.Pada asasnya, pembinaan kerangka Standard ini berdasarkanprinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard inimengetengahkan pendekatan berbentuk modular danpembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid 1
  • 8. TUNJANG KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAHStandard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insantunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan sepertiKemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan yang terdapat dalam Rajah 1.Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebutmerupakan domain utama yang menyokong antara satu samalain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif daninovatif. Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang 2
  • 9. MATLAMATStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal viii membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secarauntuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayatmemperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yangdan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. jelas dan intonasi yang betul; x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;OBJEKTIF xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkayaKurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan kosa kata dan maklumat untuk memupuk minatuntuk: membaca; xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan bunyi persekitaran dengan teliti dan betul; betul;ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu xvi. menulis imlak dengan tepat. abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul; xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumatiii. mendengar, memahami dan memberikan respons tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan yang santun; betul; xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genreiv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang dengan betul; sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan; dengan betul secara bertatasusila; xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperolehv. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula daripada pelbagai sumber; perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam dan intonasi yang betul; pertuturan, pembacaan dan penulisan; danvi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui bertatasusila; aktiviti berbahasa.vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila; 3
  • 10. FOKUS Standard PembelajaranPada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah,murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan Pernyataan tentang penetapan kriteria untukpemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian muridberkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, bagi setiap standard kandungan.idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran,hubungan sosial dan kehidupan harian. Kemahiran BahasaSUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiranSTANDARD BAHASA MALAYSIA bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.Standard Kurikulum Kemahiran MendengarStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubaldengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Kemahiran mendengar merujuk keupayaan muridStandard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat mendengar dengan teliti, memahami dan menghayatidilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagaiPembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Kemahiran BertuturStandard ini digubal dalam bentuk pernyataan StandardKandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai Kemahiran bertutur merujuk keupayaan muridoleh murid sekolah kebangsaan. Standard ini dipersembahkan berkomunikasi untuk menjalin hubungan dandalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan sertaunit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasinilai murni yang perlu dikuasai oleh murid. yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang Standard Kandungan betul. Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh Kemahiran Membaca persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan 4
  • 11. kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada Aspek Tatabahasa aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan membaca. Di samping itu, murid juga berupaya tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang menghayati teks yang dibaca. diajarkan secara terancang. Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis Sistem Bahasa perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan Malaysia membolehkan murid menggunakan dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur tersebut dinyatakan di bawah. pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam Tatabahasa pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.Aspek Seni Bahasa MorfologiAspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajimengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur katapembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambangmemperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada (tulisan) yang menjadi unit bahasa yangteknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasajuga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan sama ada bentuk tunggal atau hasil daripadaayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan proses pengimbuhan, pemajmukan dandan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. penggandaan. Golongan kata pula ialah prosesIdea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaanpenulisan. bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama. 5
  • 12. a. Struktur kata merujuk pola suku kata bagi: sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti i. kata asli bahasa Melayu yang berikut: ii. kata pinjaman bahasa Melayu a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa,b. Bentuk kata terdiri daripada: klausa, dan aspek pembinaannya serta i. kata tunggal pembahagian subjek dan predikat. ii. kata terbitan iii. kata ganda b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat iv. kata majmuk perintah, dan ayat seruanc. Proses pembentukan kata meliputi: c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif i. pengimbuhan ii. penggandaan d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan iii. pemajmukan songsang Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini, e. Binaan ayat; yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh i. ayat dasar itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek ii. ayat tunggal penggunaan imbuhan yang betul dari segi iii. ayat terbitan atau ayat majmuk bentuk dan makna termasuk aspek baharu dalam proses pengimbuhan. f. Proses ayat terbitan: i. proses penggantiand. Golongan kata terdiri daripada: ii. proses pengguguran i. kata nama iii. proses penyusunan semula ii. kata kerja iv. proses peluasan. iii. kata adjektif iv. kata tugas Tanda BacaSintaksis Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yangSintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentianbentuk, struktur, dan binaan ayat. Hal ini bermakna, dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betulbidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.rumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan ataukelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek 6
  • 13. Sistem Ejaan Kosa kataPerkara yang diberikan penekanan ialah; Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. i. Pola keselarasan huruf vokal Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat danii. Ejaan kata pinjaman diperkembangkan agar murid dapat mengungkapkaniii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari di peringkat sekolah rendah.Sebutan dan Intonasi PeribahasaSebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlumemahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah,aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yangmenyampaikan maksud dengan tepat. berbilang kaum.a. Sebutan Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut Nota: sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Malaysia Buku Tatabahasa Dewan edisi terkini ialah buku tatabahasa yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. yang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.b. Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: Pengisian Kurikulum i. ayat penyata Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, ii. ayat tanya kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran iii. ayat perintah bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen iv. ayat seruan seperti yang berikut: v. ayat terbalik atau songsang vi. ayat aktif vii. ayat pasif Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, 7
  • 14. contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi dapat Kemahiran Bernilai Tambahdigunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dankemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yangsemasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam diajarkan di dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikanpengajaran dan pembelajaran. dalam kehidupan harian murid. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah Kemahiran Berfikir,Nilai Murni Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan,Penyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme,bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan Pembelajaran Kontekstual, kreativiti dan inovasi, danmemiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan keusahawanan. Penerangan ringkas tentang kemahiranamalan murni dapat membentuk generasi muda yang bernilai tambah dinyatakan seperti yang berikut:berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahamandan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Kemahiran BerfikirMalaysia harus dipupuk secara langsung atau tidaklangsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritisKewarganegaraan dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir samaPenyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam ada dari segi mengkonsepsikan idea,pendidikan bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan menyelesaikan masalah, atau membuat keputusansemangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjayapemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan murid pada masa depan.warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasadan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasinegara. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasiPeraturan Sosiobudaya perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuanPeraturan sosiobudaya dalam kurikulum Bahasa Malaysia komunikasi seperti mengaplikasikan perisian,merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan menghantar dan menerima e-mel, mengakses,peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat memproses, menyebar dan berkongsi maklumatMalaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan serta berinteraksi sosial melalui Internet untukfalsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia. meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan. 8
  • 15. Kemahiran Belajar Cara Belajar mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham,Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada yakin, dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.murid supaya mereka peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran Pembelajaran Kontekstualini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan,cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering Pembelajaran kontekstual ialah kaedahberubah, dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran denganpembelajaran seumur hidup. pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila muridKajian Masa Depan berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevananKajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran pembelajaran dalam kehidupan mereka.untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadapsesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa Kreativiti dan Inovasilampau, masa kini, dan masa depan. Hal inibermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka Kreativiti merujuk kepada kebolehan atauakibat, serta menangani perubahan supaya mereka kemampuan individu untuk mencipta,mendapat manfaat yang maksimum. menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan ideaKecerdasan Pelbagai yang tulen, asli dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepadaKecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi proses menjana idea dan mengaplikasikan ideakecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovatifsetiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan saling berkait rapat bagi menghasilkan modal insanyang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi yang serba boleh dan berketerampilan. Dayakecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kreativiti dan inovasi murid perlu dibangunkan kekinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal tahap yang optimum supaya mereka berdaya ciptadan naturalis. serta berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warga negara MalaysiaPembelajaran Konstruktivisme pada masa hadapan.Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikandapat melahirkan murid yang berkeupayaan untukmembina pemahaman dan pengetahuan baharu 9
  • 16. Keusahawanan mengajar, serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi serta berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu Kepelbagaian Sumber Bahan budaya dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen ini Penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkan bukan sahaja merupakan pendekatan membudayakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. keusahawanan, malah melibatkan proses Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu seperti pemikiran keusahawanan, kemahiran hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan serta untuk bacaan ekstensif. teknologi serta amalan nilai moral dan etika keusahawanan. Penggunaan Sistem BahasaStrategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah menekankan penggunaan sistemPendekatan Berpusatkan Murid bahasa yang tepat mengikut kemampuan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilihStrategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sistem bahasa yang hendak diajarkan berserta contohBahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasamembolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapatmembina keyakinan berbahasa. Bacaan LuasKepelbagaian Teknik Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagiProses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca.Malaysia sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai Bacaan luas boleh dijalankan dalam mata pelajaran Bahasakaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah Malaysia dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah danpengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan sastera yang dipaparkan secara kreatif.murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantungpada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu 10
  • 17. segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenisPenekanan Konsep 5P tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atauStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia pengayaan.menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan,pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan Pengayaanusaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah PendidikanKebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalamadalah seperti yang berikut: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, Penggabungjalinan keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. ada kemahiran yang terdapat dalam standard kandungan atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. Pemulihan Penyerapan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain. berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut Penilaian kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan Pengajaran dan Pembelajaran Bertema sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa pengajaran atau pembelajaran. Penilaian perlulah Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan 11
  • 18. dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran Keselamatandan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini,perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai Tema keselamatan merujuk keupayaan muridbidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, melindungi diri daripada bahaya ketika berada dimenghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkandalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agarditekankan adalah seperti yang berikut: mengutamakan keselamatan. Kekeluargaan Perpaduan Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid-murid penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada sekolah rendah agar menghargai setiap ahli keluarga. murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan. Kemasyarakatan Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan elemen-elemen budaya yang terdapat dalam keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati bertanggungjawab. oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia. Kesihatan dan Kebersihan Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar merujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadian mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat. dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara. 12
  • 19. Sains, Teknologi dan InovasiTema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmupengetahuan yang teratur atau sistematik yang bolehdiuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkansesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepadamurid agar dapat melahirkan insan yang berupayamenjana idea untuk menghasilkan sesuatu yangberinovasi.Alam Sekitar dan Teknologi HijauTema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaanmurid menjaga dan mengurus alam sekitar untukkesejahteraan kehidupan manusia, haiwan sertatumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akandatang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta danprihatin akan alam sekitar dan teknologi hijau.PertanianTema pertanian mendedahkan murid perihal asas-asaspertanian secara tradisional dan moden. Tema ini sesuaidiajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentinganbidang pertanian dan bioteknologi pertanian dalamkehidupan.EkonomiTema ekonomi mendedahkan murid perihal bidangpeniagaan dan keusahawanan dalam menjanapendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema inisesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentangkepentingan bidang ekonomi dalam kehidupan. 13
  • 20. 14
  • 21. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTURObjektif Kemahiran Mendengar dan BertuturObjektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat;ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul;iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul;iv. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan frasa yang betul, ayat yang mengandungi kata panggilan bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;v bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;vi berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi perkataan dan rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila;danvii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 15
  • 22. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi 1.2.6 Mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan tepat. ayat dengan betul.1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan didengar dengan betul. dengan betul. 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah. 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan yang betul.1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan 1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa yang betul dalam situasi tidak tentang sesuatu perkara daripada pelbagai formal secara bertatasusila. sumber dalam situasi formal dan tidak formal 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi bukan secara bertatasusila. kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 16
  • 23. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul semula dengan tepat menggunakan sebutan yang menggunakan ayat majmuk. jelas dan intonasi yang betul. 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara daripada sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan pelbagai sumber secara bertatasusila. tepat secara bertatasusila. 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandungi perkataan dan rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila.1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang 1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara sumber secara bertatasusila. bertatasusila 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 17
  • 24. 18
  • 25. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACAObjektif Kemahiran MembacaObjektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding , digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul;iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;iv. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud dan memindahkan maklumat dengan betul;danv. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan. 19
  • 26. KEMAHIRAN MEMBACA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga suku kata, ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. yang betul. 2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. 2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan 2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda. lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.2.4 Membaca dan memahami maklumat yang 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat. tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan mutimedia yang sesuai. 20
  • 27. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan 2.5.1 Membaca , memahami dan menaakul bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul. maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik serta ayat dengan betul untuk menyatakan maksud. 2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul sesuatu bahan untuk memindahkan maklumat dalam bentuk grafik dan bukan grafik.2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah ilmu pengetahuan dan kosa sastera yang sesuai bagi memupuk minat kata serta meningkatkan kelancaran bacaan. membaca. 21
  • 28. 22
  • 29. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENULISObjektif Kemahiran MenulisObjektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;ii. menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;iii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;iv. membina dan menulis jawapan berpandukan gambar dengan betul dan tulisan yang kemas;v. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul;vi. menuliskan imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;vii. mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubung kait maklumat daripada sesuatu sumber;viii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk prosa menggunakan perkataan, diksi, frasa, ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa.ix. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; danx. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca. 23
  • 30. KEMAHIRAN MENULIS STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan kosonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 3.2.5 Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan kosonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas. 3.2.7 Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai yang betul3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. dengan betul. 3.3.2 Membina dan menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung dengan betul. 3.3.3 Membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan berpandukan gambar dengan betul. 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul .3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong dan vokal berganding dengan tepat. 3.4.2 Menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, digraf dan konsonan bergabung dengan tepat. 24
  • 31. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul dan membanding beza maklumat daripada pelbagai sumber. perkara daripada pelbagai sumber. 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul dan menghubung kaitkan maklumat daripada pelbagai Sumber.3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan perkataan, diksi, frasa, sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa dan ayat dengan menegaskan kesantunan berbahasa. yang santun. 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa.3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai 3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dengan betul secara separa terkawal . genre dengan betul. 3.7.2 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul.3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.8.1 Mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca. 25
  • 32. 26
  • 33. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK SENI BAHASAObjektif Aspek Seni BahasaObjektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui persembahan nyanyian dan gerak laku secara didik hibur; ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur;dan iv. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur. 27
  • 34. ASPEK SENI BAHASA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. melalui nyanyian secara didik hibur. 4.1.2 Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur. bercerita secara didik hibur. 4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur. secara didik hibur. 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami yang betul menggunakan bahasa yang indah maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. secara didik hibur. 28
  • 35. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK TATABAHASAObjektif Aspek TatabahasaObjektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks;ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks;iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut konteks;iv. memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan betul mengikut konteks;v. memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks;danvi. memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks. 29
  • 36. ASPEK TATABAHASA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks. 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks. 5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks. 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata 5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan betul yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. dalam pelbagai situasi5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam 5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK, pelbagai situasi. FN + FA dan FN + FS dengan betul dalam pelbagai situasi. 5.3.2 Memahami dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks. 30
  • 37. 27
  • 38. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk