Tugasan Individu                                                                   oleh Jaikun                     TEORI P...
Tugasan Individu                                                                 oleh Jaikun3.0      Pemerolehan Bahasa Pe...
Tugasan Individu                                                                     oleh Jaikundikenali sebagai Language ...
Tugasan Individu                                                                   oleh Jaikun       Mengikut Menn dan Sto...
Tugasan Individu                                                                 oleh Jaikunmenggunakan kata-kata dengan l...
Tugasan Individu                                                                  oleh Jaikunpembelajaran, guru perlu meng...
Tugasan Individu                                                                oleh Jaikun5.2.1 Kebaikana. Menekankan kep...
Tugasan Individu                                                                    oleh Jaikundua lagi pada pembelajaran ...
Tugasan Individu                                                                oleh Jaikun5.3.2 Kelemahana. Guru tidak me...
Tugasan Individu                                                                 oleh JaikunRujukanAbdul Aziz Sharif (1991...
Tugasan Individu                                                                    oleh JaikunLanguage Acquisition. (On-l...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Teori pemerolehan bahasa pertama

22,707

Published on

2 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
22,707
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
1,022
Comments
2
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Teori pemerolehan bahasa pertama"

  1. 1. Tugasan Individu oleh Jaikun TEORI PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA1.0 PengenalanPembelajaran bahasa pertama sama ada bahasa ibunda sesuatu suku, Bahasa Melayu atauBahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiranmendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran iniuntuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikiansenario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkankaki di sekolah menengah.2.0 Proses Pemerolehan Bahasa PertamaProses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yangrencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimanamanusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukardibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh parapengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak.Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasaidengan pantas oleh individu kanakkanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal.“…learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a fewyears and without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line). Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur danterhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelummenjangkau usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku danterus berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap masa. Mengikutpenyelidik secara empirikal, terdapat dua teori utama yang membincangkan bagaimanamanusia memperoleh bahasa. Teori pertama mempertahankan bahawa bahasa diperolehmanusia secara alamiah atau dinuranikan. Teori ini juga dikenali sebagai Hipotesis Nuranidalam linguistik. Teori yang kedua mempertahankan bahawa bahasa diperoleh manusia secaradipelajari. 1
  2. 2. Tugasan Individu oleh Jaikun3.0 Pemerolehan Bahasa PertamaKajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16 lagi(Zulkifly, 1990:326-331). Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann, seorang ahli biologiberbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas teori evolusi turut menjalankankajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada tahun 1877. Kajian-kajian yang seterusnyatelah dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan kajian Sally pada tahun 1885. Selepaskajian-kajian perintis ini terdapat banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dansubjek-subjek yang berbeza untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehansistem-sistem bahasa. Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan bahasa antarabahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Itali yangdilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada tahun 2003 (A Cross-Linguistic Studyof the Relationship between Grammar & Lexical Development: On-line). Pemerolehanbahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasapertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasakedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibundakanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawaterdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanakiaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkandengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkajibahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor sepertibiologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusiamemang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yangdidakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasaialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya. Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nuraniyang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehanberbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan untuk menguasaisegala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini 2
  3. 3. Tugasan Individu oleh Jaikundikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yangpernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity forLanguage”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alatnurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya denganmudah dan cepat. Mengikut Bowen (Language ages and stages: On-line) pembelajaran bahasa bermulasejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yangterdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed,1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagisetiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang18 bulan dan mencapai bentukyang hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun. Bagi MangantarSimanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorangsecara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalamlingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasatetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari ataudipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untukmempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakatdi sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasasangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukuptentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukankejayaan dalam bidang pengajaran bahasa. Pada umumnya, setiap bayi yang normal akanmengalami proses perkembangan bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari.Perkembangan bahasa akan menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembanganusia kanak-kanak tersebut.Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembanganbahasa ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c)peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkat menjelangtatabahasa dewasa; dan (f) peringkat kecekapan penuh. Seseorang kanak-kanak akan melaluitiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan komponen fonologi, sintaksis dansemantik. Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secara serentak. 3
  4. 4. Tugasan Individu oleh Jaikun Mengikut Menn dan Stoel Gammon (Babbling: On-line), dalam perkembanganbahasa, tempuh vokalisasi pralinguistik atau tempuh mengagah boleh dibahagikan kepadalima tahap iaitu tahap tangisan, “cooing”, tahap bermain dengan vokal, tahap “canonicalbabbling” (bermula pada umur 6 bulan) dan tahap “conversational babbling” yang bermulapada umur lebih kurang 10 bulan. Seterusnya apabila mencapai umur 12-18 bulan, kanak-kanak akan mula menggunakan bunyi atau satu kata untuk merujuk kepada sesuatu yangbermakna, misalnya bunyi “kereta” untuk merujuk kepada benda kereta atau mengujarkansatu kata “kereta” untuk mewakili satu ayat yang mungkin bermakna “Mama, saya nak naikkereta”. Apabila menjangkau umur 18-24 bulan, kanak-kanak sudah dapat menghasilkan kata-kata yang membentuk ayat pendek. Peringkat mengagah yang berlaku dalam tahun pertamakanak-kanak merupakan satu proses yang normal Vokalisasi kanak-kanak seterusnya akanberkembang mengikut perkembangan umur kanak-kanak berkenaan. Dari segi pemerolehan komponen semantik, prosesnya boleh dibahagikan kepadaempat peringkat iaitu peringkat penyempitan erti kata, peringkat generalisasi berlebihan,peringkat medan semantik dan peringkat generalisasi. Perkembangan penguasaan sintaksispula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu tahap telegraf, tahap morfem dan tahap transformasimanakala dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak melalui peringkat agahan iaitumenghasilkan bunyi secara rambang. Kanak-kanak mula memperoleh fonem-fonem yangkasar dan ketara perbezaan fiturnya, kemudian menuju kepada fonem-fonem yang halusperbezaan fiturnya. Pemerolehan fonologi awal kanak-kanak lebih terpengaruh kepadasebutan ibu bapa atau konsep motherese.4.0 Pemerolehan SintaksisSecara umumnya, para penyelidik dalam bidang pemerolehan bahasa beranggapan bahawapemerolehan sintaksis hanya bermula apabila kanak-kanak dapat mengembangkan dua ataulebih kata. Dengan kata lain, peringkat satu kata atau yang sering disebut sebagai peringkatholofrasa tidak dianggap sebagai titik permulaan penguasaan sistem sintaksis. Steinbergmembahagikan peringkat perkembangan penguasaan sintaksis kepada tiga tahap iaitu tahaptelegraf, morfem dan transformasi. Pada tahap telegraf, kanak-kanak mengucapkan gabungankata dengan cara amat ringkas kerana berlaku penjimatan kata yang keterlaluan. Pada tahapini kanak-kanak jarang sekali mengucapkan kata-kata tugas. Ayat dibina dengan kata-kata intisahaja atau dikenali sebagai ayat minimal. Pada tahap morfem, kanak-kanak mula 4
  5. 5. Tugasan Individu oleh Jaikunmenggunakan kata-kata dengan lebih rencam daripada tahap telegraf. Roger Brown(Calculating Percent Accuracy for Grammatical Morphemes in Obligatory Contexts: On-line)dalam kajiannya tentang bahasa Inggeris telah mengenal pasti 14 morfem dalam prosespemerolehan sintaksis kanak-kanak mengikut urutan tertentu.5.0 Aplikasi Teori-Teori Pemerolehan BahasaBerikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehanbahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis.2.1. Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks)Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull danThorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui prosespengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan danpengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihanmekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untukmembantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.5.1.1 Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem.b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilikdarjah.c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasadengan adanya ganjaran dan peneguhan.5.1.2 KelemahanWalaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnyadalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan 5
  6. 6. Tugasan Individu oleh Jaikunpembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajarandan pembelajaran dilaksanakan.b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mestibersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukardijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebihmenekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam prosespembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untukbelajar.5.1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaanDalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK(LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku katatersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinankekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budakitu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agaklama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata,guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi.Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku katatersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.5.2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky)Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanakakan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dariperingkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasiformal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiranmemahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. 6
  7. 7. Tugasan Individu oleh Jaikun5.2.1 Kebaikana. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaranbahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan.Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadarkemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluangbelajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitifmereka sendiri.c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajarbermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajarkemahiran berbahasa.5.2.2 Kelemahana. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiranbacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkansesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemahdalam lisan (mendengar dan bertutur).5.2.3 Aplikasi dalam kelas bacaanGuru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukanperancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akanmemperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahirandan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asasiaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannyasehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh,dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai olehmurid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Padapembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian 7
  8. 8. Tugasan Individu oleh Jaikundua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua muridberjaya mencapai kriteria tersebut.5.3. Teori KonstruktivisBerbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yangberpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikanmereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkanpendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai denganpengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaranyang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru ituuntuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara,pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baikkerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.5.3.1 Kebaikana. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman barudengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yangdiajar dan memudahkan mereka untuk faham.b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akanberusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaandan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalanganmurid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiranguru, ataupun di luar waktu kelas. 8
  9. 9. Tugasan Individu oleh Jaikun5.3.2 Kelemahana. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang mindapelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia adamereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapatmelaksanakan pengajarannya.b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia adatentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalampendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidakakan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.5.3.3 Aplikasi dalam kelas bacaanTeori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuansedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalampengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusanidea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep ataumengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secaralisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yangtelah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiranyang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesanpencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaranyang baru.KesimpulanPembelajaran bahasa pertama melibatkan beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiranmendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kanaka-kanak perlu menguasai kemahiranini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran seterusnya. Namun demikiansenario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan ba 9
  10. 10. Tugasan Individu oleh JaikunRujukanAbdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal Bahasa Moden, 6. 152-160.Abdul Rashid Ali (1992). Penguasaan Bahasa Kanak-kanak: Satu Pemerhatian Kes Awal. Jurnal Dewan Bahasa, Oktober. 942-968.Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed (1995). Teori Pemelajaran Sosial dan Pemerolehan Bahasa Pertama. Jurnal Dewan Bahasa, Mei. 456-464.Antonella Devescovi, Maria Cristina Caselli, Daniela Marchione, Judy Reilly, & Elizabeth Bates. (2003). A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar & Lexical Development. Project in Cognitive and Neural Development, Center for Research in Language, University of California, San Diego.Babbling. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Babbling Calculating Percent Accuracy for Grammatical Morphemes in ObligatoryContexts. (On-line). Available: http://www/clas.ufl.edu/users/bwjohn/4004/ GrammaticalMorphemeAccuracy2 .htmlCHILDES – Child Language Data Exchange System. (On-line). Available: http://childes.psy.cmu.edu/Halijah Abd. Hamid (1996). Bagaimana Manusia Memperoleh Bahasa? Pelita Bahasa, Jun. 37-38.Leonard, L. B. & Finneran, D. (2003). Grammatical Morpheme Effects on MLU:“The Same Can Be Less” Revisited. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, Vol. 23. August. 878-888.Ingram, D. (1989). First language Acquisition. Cambridge University Press. Language ages and stages (On-line). Available: http://members.tripod.com/ Caroline- Bowen/devel2.htm 10
  11. 11. Tugasan Individu oleh JaikunLanguage Acquisition. (On-line). Available: http://earthrenewal.org/second language.htmLanguage Acquisition. (On-line). Available: http://www.ecs.soton.ac.uk/~harnad/Papers/Py104/pinker.langacq.htmlLanguage acquisition. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/LanguageacquisitionMangantar Simanjuntak (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi.Jurnal Dewan Bahasa, Ogos/September, 615-625.Mangantar Simanjuntak (1990). Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanakkanak.Jurnal Dewan Bahasa, September. 692-704.Marzukhi Nyak Abdullah (1993). Teori-teori Pemerolehan Bahasa. Dewan Bahasa,September. 6.839-846.Mean length of utterance. (on-line). Available: http://en.wikipedia.org/wili/ Meanlength-of-utteranceMean Length of Utterance (MLU). (On-line). Available: http://www.clas.ufl.edu/users /bwjohn/4004/Materials/MLU.htmMiddle Stage Assessment/Intervention. (On-line). Available: http://www.ux/.eiu.edu/~cflkc/cds3200/Notes/midstasses.htmlMorphemes are used to analyze the development of language via the Mean Lengthof Utterance (MLU). (On-line). Available:http://www.csun.edu/~vcoaoOel /de361s61-folder.100/tsld015.htmPLU-Stages: An Independent Measure of Early Syntactic Development. (on-line).Available: http://www.cogsci,jhu.edu/TechReportsSecond language acquisition. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Second_language-acquisitionTay, M. G. (2000). Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak dari segi Sintaksis: SatuAnalisis. Jurnal Dewan Bahasa, Februari, 228-241.Zulkifley bin Hamid (1990). Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis danBehaviouris. Jurnal Dewan Bahasa. Mei. 326-331.Jurnal Penyelidikan 11

×