Your SlideShare is downloading. ×
Ekonomi - prinsip dan konsep pembangunan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Ekonomi - prinsip dan konsep pembangunan

898

Published on

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

Published in: Economy & Finance
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
898
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA SEDANG MEMBANGUN DAN KLASIFIKASI NEGARA- NEGARA DUNIA 1
  • 2. PERBEZAAN Pertumbuhan dan Pembangunan EKONOMI 2
  • 3. Pengenalan  ‘Maksud pembangunan’.  ‘Negara membangun’.  ‘Pembangunan ekonomi’ merupakan kajian yang menganalisis tentang masalah pembangunan di negara membangun (ND3). Di mana proses pembangunan melibatkan penyusunan semula sistem ekonomi dan perubahan institusi, adat dan nilai masyarakat’ 3
  • 4. MICHAEL P. TODARO (1977)  Pembangunan sebagai ‘satu proses pelbagai dimensi yang mana melibatkan pembentukan serta penyesuaian semula sistem ekonomi dan sosial’.  Proses pembangunan melibatkan penyusunan semula sistem ekonomi dan perubahan institusi, adat dan nilai masyarakat. 4
  • 5. BENJAMIN HIGGINS (1968)  ‘Pembangunan ekonomi’ bukan sahaja tertumpu kepada pertumbuhan tingkat pendapatan per kapita semata-mata tetapi juga melibatkan pembangunan sumber tenaga manusia, kecekapan penduduk dalam menyediakan barangan yang diperlukan, perubahan sikap dan pertalian sosial, diikuti dengan peningkatan taraf hidup dan kebajikan. 5
  • 6.  Dalam penggunaan seharian, perkataan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi digunakan secara bertukar ganti.  Namun demikian, kedua-dua istilah ini sangat berbeza. 6
  • 7. • Pertumbuhan ekonomi bermaksud peningkatan dalam keluaran (pendapatan) negara atau keluaran (pendapatan) negara per-kapita. Sekiranya pengeluaran barangan dan perkhidmatan sesebuah negara meningkat, negara itu dikatakan mengalami pertumbuhan ekonomi (Gillis et al. 1996). 7
  • 8. • Pembangunan ekonomi pula meliputi skop yang lebih luas. Ia bukan sahaja merujuk kepada peningkatan keluaran (pendapatan) atau keluaran (pendapatan) per kapita tetapi juga melibatkan perubahan struktur ekonomi. 8
  • 9.  -Ini termasuklah, kepentingan sektor yang telah berubah kepada perindustrian, perbandaran yang berlaku dengan pesat, dan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar yang menyebabkan peratus penduduk bandar meningkat. 9
  • 10.  Selain itu, kadar pertumbuhan penduduk menurun (Positif kepada negara), dan struktur umur penduduk berubah kepada berkurangnya nisbah kebergantungan (Bila kumpulan penduduk bertukar kepada golongan yang boleh bekerja, akan mengurangkan beban kerajaan). 10
  • 11.  Disamping itu juga, Corak penggunaan berubah kepada barangan dan perkhidmatan tahan lama serta barangan mewah dan bukan setakat memenuhi keperluan asas sahaja (Tidak bergangtung kepada barangan asas/perlu). 11
  • 12.  Sesetengah negara mengalami peningkatan dalam pendapatan per kapita tetapi sebahagian besar faedahnya dimiliki oleh orang asing melalui penyertaan asing dalam aktiviti ekonomi. Sekiranya ini berlaku maka negara ini tidak boleh dianggap mengalami pembangunan. 12
  • 13.  Perkara utama yang perlu wujud dalam pembangunan ekonomi ialah penyertaan rakyat negara itu dalam proses perubahan tersebut. Penyertaan rakyat tempatan ini adalah dari segi melibatkan diri dalam proses pengeluaran dan mendapat manfaat daripada peningkatan keluaran. 13
  • 14. Maksud “Pembangunan Ekonomi” (Samb.)  Dengan kata lain, mereka (Rakyat negara tersebut) sama-sama menikmati hasil peningkatan keluaran dan perkhidmatan melalui peningkatan kekayaan individu. Ini boleh berlaku melalui agihan pendapatan dan kekayaan yang lebih sama rata. 14
  • 15. Maksud “Pembangunan Ekonomi” (Samb.)  Sekiranya peningkatan output hanya dirasai oleh kumpulan minoriti sahaja, maka ia tidak boleh dianggap sebagai pembangunan.  Ringkasnya pembangunan ekonomi merujuk kepada pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial yang berlaku dalam sesebuah Negara. 15
  • 16. KESIMPULAN : PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN PERTUMBUHAN EKONOMI  Merujuk kepada pertumbuhan atau keluaran dan pendapatan negara. • Pendapatan per kapita diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar (jumlah hasil dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara dalam tempoh setahun) dibahagikan dengan jumlah penduduk. 16
  • 17. PEMBANGUNAN EKONOMI  Aspek yang lebih luas - semua penduduk terlibat memainkan peranan penting dalam proses yang melibatkan perubahan struktur.  Penglibatan dalam proses pembangunan akan menghasilkan faedah pembangunan seperti keluaran negara. • Pembangunan Ekonomi = pertumbuhan ekonomi + keadilan sosial yang berlaku dalam sesebuah Negara. 17
  • 18. PERTUMBUHAN EKONOMI MODEN  Merujuk kepada zaman ekonomi semasa berbanding dengan zaman sebelumnya.  Contohnya zaman kapitalis (sekarang) dengan zaman ekonomi feudal (dahulu). • Pertumbuhan ekonomi zaman moden - penggunaan teknologi moden dalam proses pengeluaran, industri, urbanisasi dan pertumbuhan penduduk. 18
  • 19. GLOBALISASI 19
  • 20. GLOBALISASI DALAM PEMBANGUNAN  DARI segi ekonomi, globalisasi merupakan proses integrasi ekonomi dunia melalui pengembangan aliran barang-barang, perkhidmatan, modal, buruh, maklumat, dan pengetahuan merentasi sempadan.  Ia dipercepatkan melalui kemajuan dalam pengeluaran, teknologi maklumat dan komunikasi, serta ekonomi dunia yang lebih liberal. 20
  • 21.  Terdapat beberapa bentuk globalisasi ekonomi, iaitu globalisasi perdaganggan (tanpa cukai), globalisasi kewangan (tanpa interest), globalisasi pengeluaran (pengeluaran barangan tanpa sempandan- seperti Sweden buka kilang Sony Ericson di China), dan globalisasi buruh (tiada sekatan buruh mahir dan kurang mahir) (Mohd Haflah, 2003). 21
  • 22.  Sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbuka (global), prestasi ekonomi Malaysia amat dipengaruhi oleh persekitaran global yang disalurkan melalui perdagangan, aliran kewangan, dan juga melalui "kesan jangkitan", misalnya dalam hal kegawatan atau krisis ekonomi 1997/1998. 22
  • 23. GLOBALISASI PERDAGANGAN  Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan perdagangan di antara negara- negara di dunia.  Ia dipercepatkan melalui perkembangan pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pengurangan kos pengangkutan, serta liberalisasi perdagangan dan pelaburan (bekerja sama di antara negara). 23
  • 24. • Liberalisasi perdagangan melibatkan perjanjian pelbagai negara untuk mengurangkan tarif dan akhirnya menghapuskan sekatan tarif dan bukan tarif di bawah naungan Perjanjian Am Perdagangan dan Tarif (GATT) dan Pertubuhhan Perdagangan Dunia (WTO) melalui beberapa pusingan perundingan perdagangan pelbagai negara.  Pusingan rundingan yang terakhir ialah Pusingan Uruguay yang bermula pada November 1986 hingga 15 April 1994 serta dilaksanakan mulai 1 Januari 1995. 24
  • 25. • Pusingan Uruguay ini juga termasuklah perjanjian perdangan wilayah seperti APEC, AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi (tanpa bataskan) ekonomi negera tertentu. • Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan tarif ke atas barangan industri sehingga 40% bagi negara maju, 30% bagi negara membangun, dan 30% bagi negara transisi (negara dalam proses perubahan).  Selain itu, dipersetujui bahawa pengurangan tarif ke atas barangan pertanian sebanyak 36% meliputi enam tahun bagi negara maju dan 20% meliputi sepuluh tahun mulai tahun 1995 bagi negara membangun. 25
  • 26.  Pengurangan juga dikenakan ke atas subsidi pengeluaran (pengeluaran tanpa had) dan subsidi eksport (eksport tanpa had) negara maju, masing-masing sebanyak 36 dan21%.  AFTA atau Liberalisasi perdagangan melalui Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mempunyai matlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran global dengan mengenepikan duti import dan sekatan bukan tarif. • AFTA ini dilaksanakan ke atas semua keluaran yang diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan negara-negara ASEAN) menjelang tahun 2015 bagi enam negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi negara-negara ASEAN baru. 26
  • 27. GLOBALISASI KEWANGAN • Globalisasi kewangan merujuk kepada peningkatan pemusatan pasaran kewangan (samada memperluaskan yang ada atau menambahkan pasaran) melalui integrasi aliran modal secara global.  la membawa implikasi pergerakan ke arah satu pasaran kewangan yang bercantum.  Kewangan global meliputi semua jenis urus niaga portfolio seberang sempadan termasuklah meminjam, memberi pinjaman, dagangan mata wang, serta tuntutan kewangan dan perkhidmatan kewangan lain-lain yang diberikan oleh bank perdagangan. 27
  • 28. • Globalisasi kewangan juga termasuklah aliran modal yang dikaitkan dengan pelaburan langsung asing FDI.  FAKTOR-FAKTOR yang mendorong globalisasi kewangan termasuklah kemajuan teknologi memungut, memproses, dan menyebarkan maklumat. Misalnya melalui sistem debit dan kredit elektronik secara global, tunai elektronik, dan kad kredit pintar di samping kemajuan dari segi terdapatnya modal kewangan bergerak (membuat pinjaman dilokasi yang berlaianan), liberalisasi, dan deregulasi sistem kewangan serta pembukaan pasaran kewangan domestik 28
  • 29. IMPAK GLOBALISASI • Globalisasi perdagangan dijangka membawa impak positif kepada ekonomi Malaysia. Perdagangan, terutamanya eksport bersih menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi, sebagai engin pertumbuhan. (Eksport telah menjadi faktor postif penting kepada Malaysia melalui Globalisasi)  Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan Malaysia terangkai melalui jalinan perdagangan dengan ekonomi global. Pada tahun 1970-an, pertengahan 1980-an, dan awal 1990-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat adalah dipacu oleh eksport. 29
  • 30.  Pemulihan ekonomi daripada kegawatan ekonomi juga dipacu oleh pertumbuhan eksport, manakala kelembapan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2001 berkait dengan penurunan permintaan global bagi keluaran eksport utama, iaitu elektronik. • Malaysia merupakan negara perdagangan ke- 18 terbesar di dunia dengan nilai perdagangan berjumlah RM615 bilion, iaitu 183% daripada KDNK negara pada tahun 2001, berbanding 85.9% bagi Thailand, 60.4% bagi Indonesia, 69.1% bagi Korea, 18.2% bagi Jepun, dan 18.7% bagi Amerika Syarikat.  Sebagai perbandingan, Singapura menduduki tempat yang lebih tinggi dengan 326.1 % 30
  • 31. Pemulihan dari kegawatan ekonomi :  Perdagangan antarabangsa merupakan satu- satu sumber pertumbuhan ekonomi yang besar.  Eksport bertumbuh dengan Kadar 12.6% pada tahun 1997, meningkat kepada 29.4% pada 1998.  Eksport bersih menyumbang antara 37.9% hingga 44.5% kepada KDNK pada masa kegawatan dan pemulihan ekonomi. 31
  • 32. • Globalisasi perdagangan juga boleh menyebabkan turun naik dalam prestasi perdagangan Malaysia dalam jangka pendek, terutamanya dalam zaman kemelesetan. (bila D P S )  Keadaan ini terbit daripada pendedahan yang tinggi eksport negara kepada turun naik ekonomi dunia.  Pergantungan yang tinggi kepada keluaran elektronik sebagai barangan eksport menyebabkan ekonomi Malaysia terjejas dalam zaman kemelesetan yang menyebabkan kemerosotan permintaan untuk barangan eksport tersebut. (kerana terlalu bergantung kepada barangan elektrik, apabila permintaan 32
  • 33. KESAN AFTA (ASEAN)  Kesan AFTA terhadap perdagangan adalah positif, iaitu meningkatkan perdagangan intra- ASEAN. Peningkatan ini adalah paling tinggi bagi Vietnam (161.7%), Filipina (110.2%), dan peningkatan kecil bagi Malaysia (23.4%) dari GNP masing-masing.  Terdapat juga peningkatan dari segi perdagangan global dari ASEAN. Peningkatan ini berbeza mengikut negara, misalnya Indonesia 1.6%, Malaysia 3%, Filipina 11.5%, Singapura 1.7%, Thailand 4%, dan Vietnam 7%. (dari ekonomi ASEAN)  Namun demikian, terdapat pengurangan 33
  • 34. • Impak globalisasi kewangan ialah meningkatnya aliran kewangan di peringkat global, iaitu bertambahnya penawaran dan kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang lebih murah (kadar bunga yang lebih murah).  Hal ini membantu membangun pasaran modal tempatan dan memudahkan urus niaga perdagangan dunia.  Di samping itu, globalisasi kewangan juga menyebabkan bertambahnya urus niaga di pasaran tukaran asing dan meningkatnya nilai modal pasaran (market capitalization). 34
  • 35.  Akan tetapi, keadaan ini akan menambahkan turun naik di pasaran tukaran asing dan menambah kemungkinan berlakunya krisis kewangan dan perbankan. (inflasi, deflasi, atau harga barangan Ex)  Keadaan ini juga boleh menyebabkan penambahan aliran portfolio atau modal jangka pendek yang sensitif kepada perbezaan Kadar bunga (bila sumber modal bertambah, kadar bunga akan jatuh) dan pergerakan Kadar tukaran asing (nilai tukaran asing akan berubah mengikut aliran pindahan modal atau aset negara), serta merumitkan pembentukan dasar kewangan. 35
  • 36. • Globalisasi kewangan juga menyebabkan pasaran modal domestik menjadi lebih liberal (terbuka). Dasar deregulasi (tanpa batasan) dan penswastaan ekonomi (terbuka kepada awam) menjadikan integrasi yang lebih rapat antara sektor kewangan Malaysia dengan sektor kewangan global.  Keadaan ini memudahkan kemasukan pelaburan asing langsung bersih dan peningkatan yang lebih cepat dalam modal jangka pendek dan pelaburan portfolio ke Malaysia sejak awal 1990-an. 36
  • 37.  Iklim pelaburan Malaysia adalah terbuka bagi aliran masuk kewangan jangka pendek dan jangka panjang (kerana globalisasi). • FDI-Pelaburan langsung asing jangka panjang yang lazimnya dirujuk sebagai FDI semakin menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi.  Sememangnya FDI diperlukan untuk menjana peluang pekerjaan dan perniagaan, membiayai jurang tabungan-pelaburan untuk menarik kepakaran dan pengurusan asing, dan mendapatkan teknologi serta pasaran baru. 37
  • 38.  Peranan FDI adalah penting untuk menjadi pemacu kepada teknologi tinggi dan aktiviti berasaskan pengetahuan.  FDI digalakan melalui dasar yang lebih liberal berkait dengan terokaan baru dan penyertaan ekuiti dalam industri berorientasi eksport.  Antara tahun 1996 hingga 2000, FDI merupakan 22.5% daripada jumlah pelaburan dan 22.1% daripada jumlah pelaburan pada tahun 2001 (Halipah, 2003). 38
  • 39. • Globalisasi kewangan juga menyebabkan peningkatan pinjaman asing jangka pendek oleh sektor swasta, terutamanya untuk membiayai aset hartanah.  Pada awal tahun 1990-an, kadar bunga yang tinggi, pasaran saham yang cergas, dan jangkaan bahawa nilai ringgit akan meningkat menggalakan pengaliran masuk pelaburan jangka pendek ke Malaysia.  Keadaan ini telah menyumbangkan kepada peningkatan nilai modal pasaran saham BSKL. 39
  • 40.  Pada tahun 1994, aliran masuk modal portfolio jangka pendek bernilai RM238.5 bilion atau 122% daripada KDNK nominal.  Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi 1997-1998 telah menyebabkan kecairan modal semakin ketat, kadar bunga semakin tinggi, dan aliran keluar dana portfolio oleh pelabur bukan warganegara.  Pada tahun 2001, aliran masuk modal portfolio jangka pendek hanya RM37.6 bilion atau 11.2.% daripada KDNK nominal (Halipah, 2003). 40
  • 41. KLASIFIKASI NEGARA Pada Umumnya, Klasifikasi Negara adalah merujuk kepada kriteria negara, iaitu : Negara Kaya dan Negara Miskin Negara di dunia = negara maju (32) dan negara membangun (144). 41
  • 42. Pembahagian utama : • Negara kaya (Eropah Barat, USA, Kanada, Australia, New Zealand dan Jepun). • Negara miskin (Burundi, Rwanda, Bangladesh, Nepal dan lain-lain). 42
  • 43. Pembahagian negara juga dibuat berdasarkan :  Pembahagian geografi = ‘Utara’ dan ‘Selatan’.  ‘Ekonomi maju' dan ‘Ekonomi mundur'.  ‘Ekonomi moden' dan ‘Ekonomi tradisional'. Juga merujuk kepada tahap pembangunan; − Negara maju - juga dikenali sebagai negara industri. − Negara mundur - negara kurang membangun. 43
  • 44. Secara Umumnya :  Negara di dunia ini boleh dikelaskan kepada dua kategori utama, Negara Maju (NM) dan Negara Membangun.  Negara Membangun pula boleh dibahagikan kepada Negara Kurang Membangun (NKM) dan Negara Sedang Membangun (NSM). 44
  • 45. • World Bank (1997) membahagikan dunia kepada empat kategori, iaitu  1. Negara berpendapatan rendah,  2. Negara berpendapatan sederhana rendah,  3. Negara berpendapatan sederhana tinggi dan (ketiga-tiga kumpulan di atas adalah Negara Membangun), serta  4. Negara berpendapatan tinggi yang juga adalah Negara Maju. 45
  • 46. • Negara berpendapatan sederhana tinggi (Group ke 3) yang kebanyakannya terdiri daripada negara Asia dan Amerika Latin yang dikenali sebagai Negara atau Ekonomi Perindustrian Baru (EPB). 46
  • 47. • Negara berpendapatan rendah mempunyai Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita kurang atau sama dengan As$730 pada 1995, • Negara berpendapatan sederhana rendah mempunyai pendapatan sama dengan atau kurang daripada AS$3,020, manakala, 47
  • 48. • Negara berpendapatan sederhana tinggi mempunyai pendapatan per kapita sama dengan atau kurang daripada As$8,210.  Bagi negara berpendapatan tinggi mempunyai pendapatan per kapita tertinggi pada As$40,630 yang dimiliki oleh Switzerland. [Sila lihat KNK (pembahagian negara) dalam rajah 1.1] 48
  • 49. 49
  • 50. Perbezaan Negara Kaya dan Miskin oleh Bank Dunia Pendapatan ekonomi rendah (kurang dari $785 per kapita pada tahun 1997). Pendapatan ekonomi menengah (antara $786 - $3,125). Pendapatan ekonomi menengah atas (negara pendapatan sederhana - Asia & Amerika Latin yang berkembang maju serta negara industri baru) - $3,126 - $9,125. Pendapatan ekonomi tinggi (negara industri) - kebanyakan dari negara yang pendapatan melebihi $9,656. 50
  • 51.  Dari Perbincangan di atas, boleh membuat kesimpulan dan klasifikasikan negara secara umum seperti berikut : • Negara Dunia Pertama • Negara Dunia Kedua • Negara Dunia Ketiga (ND3) 51
  • 52. i). Negara Dunia Pertama Merujuk Kepada :  Negara perindustrian di Eropah Barat, Amerika Utara dan Pasifik.  Mewakili negara-negara kaya dan berpendapatan tinggi.  Negara perindustrian.  Mengalami tahap perkembangan perindustrian yang tinggi. 52
  • 53. ii). Negara Dunia Kedua  Negara bekas jajahan Soviet Union, ekonomi berpusat di Eropah Timur  Negara ekonomi sosialis, kerajaan menentukan pengeluaran negara.  Juga mewakili negara berpendapatan tinggi (Politik tidak stabil).  Negara maju (perbezaan fahaman politik - sosialis). 53
  • 54. iii). Negara Dunia Ketiga (ND3) Terdiri dari : • 2/3 penduduk dunia - merangkumi Amerika Latin dan Carribean, Afrika, Asia Tengah dan Asia (kecuali Jepun). • UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Development) - diwakili oleh 127 buah negara Afro-Asia dan Amerika Latin (ND3). • Negara sedang membangun, negara pengeluar minyak, negara miskin. 54
  • 55. CIRI-CIRI NEGARA MEMBANGUN A. Taraf Hidup yang Rendah dari sudut : i. Pendapatan negara per kapita. ii. Kadar relatif pertumbuhan pendapatan negara (per kapita). iii. Pengagihan pendapatan negara. iv. Kemiskinan. v. Kesihatan. vi. Pendidikan. 55
  • 56. G. Ciri-ciri Lain i. Sistem politik. ii. Kekurangan modal dan teknologi. iii. Kadar tabungan yang rendah. iv. Dualisme ekonomi. (golongan kaya dan miskin) 56

×