• Save
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi

on

  • 14,002 views

 

Statistics

Views

Total Views
14,002
Views on SlideShare
13,999
Embed Views
3

Actions

Likes
9
Downloads
5
Comments
1

1 Embed 3

http://cea4022.1bestarinet.net 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • sya share slide ni utk info yg sgt berguna..tq
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi 9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi Presentation Transcript

  • BAB 9 KITARAN PERNIAGAAN,PENGANGGURAN DAN INFLASI
  • KANDUNGAN BAB9.1 KITARAN PERNIAGAAN9.2 PENGANGGURAN 9.2.1 KONSEP TENAGA BURUH, GUNA TENAGA & PENGANGGURAN 9.2.2 JENIS-JENIS PENGANGGURAN 9.2.3 IMPLIKASI PENGANGGURAN 9.2.4 LANGKAH MENGATASI PENGANGGURAN9.3 INFLASI 9.3.1 KONSEP 9.3.2 KAEDAH PERHITUNGAN KADAR INFLASI 9.3.3 JENIS-JENIS INFLASI 9.3.4 PUNCA INFLASI 9.3.5 IMPLIKASI INFLASI 9.3.6 LANGKAH MENGATASI INFLASI
  • 9.1 KITARAN PERNIAGAAN (BUSINESS CYCLE)
  • Fasa Kitaran Perniagaan:(i) Puncak (Peak): – Ekonomi berada pada guna tenaga penuh, perdagangan dan pengeluaran output tinggi, peningkatan permintaan agregat serta pendapatan negara adalah tinggi. – Peningkatan pelaburan mewujudkan tekanan ke atas sumber pengeluaran sedia ada yang menyebabkan tingkat upah dah harga input bertambah. – Kesannya, tingkat harga, upah, faedah dan untung akan meningkat. – ‘Puncak’ juga di kenali sebagai ‘tempoh kekayaan’.
  • (ii) Kemelesetan (Recession): – Kemelesetan berlaku antara titik ‘puncak’ ke ‘dasar’ – Semasa tempoh ini, berlaku pengurangan dalam nilai output, perdagangan dan urusniaga; – Kadar pengangguran meningkat (tingkat guna tenaga berkurang); – Pengurangan dalam pendapatan agregat dalam bentuk upah dan untung; serta – Perbelanjaan penggunaan serta tingkat pelaburan juga berkurang.
  • (iii) Dasar (Trough): – Fasa kemelesetan berakhir apabila KDNK benar tidak lagi mengalami penurunan. – “Dasar” merupakan titik minimum dalam kitaran perniagaan. – Pada fasa ini, tingkat aktiviti ekonomi secara keseluruhannya jatuh pada tahap yang paling rendah. – Kadar pengangguran adalah tinggi dan mewujudkan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. – Fasa ini merupakan keadaan yang paling mencabar bagi sesebuah ekonomi , dan ia merupakan fasa terburuk dalam kitaran perniagaan.
  • (iv) Pengembangan (Expansion): – Pengembangan adalah fasa pemulihan ke arah pertumbuhan semula ekonomi selepas kemelesetan. – Fasa ini dibantu oleh dasar pembangunan dan perbelanjaan kerajaan, perubahan teknik pengeluaran, penemuan inovasi dan sumber tenaga yang baru. – Tingkat guna tenaga, output, pendapatan, upah, harga dan untung kembali bertambah. Melaui kesan pengganda, ekonomi negara akan membangun dengan cepat.
  • 9.2 PENGANGGURAN 9.2.1 KONSEP TENAGA BURUH, GUNA TENAGA & PENGANGGURAN• Tenaga buruh adalah penduduk dalam usia 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan.• Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.• Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan.
  • PENGIRAAN:(i) Kadar tenaga buruh =(Jumlah tenaga buruh/Jumlah penduduk) x 100%(ii) Jumlah guna tenaga = (Tenaga buruh – Jumlah penganggur)(iii) Kadar guna tenaga = (Guna tenaga/Tenaga buruh) x 100%(iv) Jumlah pengangguran = (Tenaga buruh – Guna tenaga)(v) Kadar Pengangguran = ( Jumlah penganggur/Tenaga buruh) x 100%
  • Statistik Gunatenaga, Malaysia:1990-2008 1990 1995 2000 2004 2007 2008Labor Force (‘000) 7000.2 7893.1 9616.1 10353.5 10889.5 11028.1Male 64.1 65.9 65.3 64.0 63.9 64.2Female 35.9 34.1 34.7 36.0 36.1 35.8Employed (‘000) 6685.0 7645.0 9321.7 9986.6 10538.1 10659.6Male 64.5 66.1 65.3 64.1 64.0 64.3Female 35.5 33.9 34.7 35.9 36.0 35.7Unemployment Rate 5.0 3.1 3.1 3.5 3.2 3.3Male 4.0 2.8 3.0 3.4 3.1 3.2Female 5.4 3.8 3.2 3.8 3.4 3.7LFPR (%) 66.5 64.7 65.4 64.4 63.2 62.6Male 85.3 84.3 83.0 80.9 79.5 79.0Female 47.8 44.7 47.2 47.3 46.4 45.7
  • 9.2.2 JENIS-JENIS PENGANGGURAN:(i) Pengangguran geseran(ii) Pengangguran teknologi(iii) Pengangguran struktur(iv) Pengangguran musim(v) Pengangguran edaran
  • (i) Pengangguran geseran: – Berlaku apabila terdapat pekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu kerana mempunyai alternatif yang lebih baik. – Contoh: Gaji yang lebih tinggi. – Pengangguran bersifat sementara.(ii) Pengangguran teknologi: – Pengangguran yang wujud akibat kemajuan teknologi. – Kemajuan teknologi mempercepatken proses pengeluaran dan mengurangkan kos. – Firma menggunakan teknologi/mesin baru yang dapat meningkatkan produktiviti, maka firma akan mengurangkan pekerjanya.
  • (iii) Pengangguran struktur: – Berlaku di sebabkan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara. – Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. – Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. – Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah pengangguran struktur.
  • (iv) Pengangguran musim: – Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya perubahan musim secara semula jadi yang menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi. – Contohnya, nelayan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh.(v) Pengangguran edaran (kitaran): – Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya kemelesetan ekonomi yang secara lansung menyebabkan kejatuhan tingkat keluaran negara dan jumlah tenaga.
  • 9.2.3 IMPLIKASI PENGANGGURAN:(i) Kesan Ekonomi: – Berkaitan kegiatan ekonomi dan pendapatan negara.(ii) Kesan Sosial: – Berkaitan masalah ketidakstabilan yang berlaku terhadap masyarakat dan politik.
  • (i) Kesan Ekonomi:• Mengurangkan keluaran negara – Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara berkenaan akan berkurangan.• Menurunkan taraf hidup – Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. – Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan perkapita yang merendahkan taraf hidup penduduk.
  • • Mengurangkan pendapatan negara – Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.• Melambatkan proses pembangunan negara – Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara.• Menambahkan kadar kemiskinan – Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. – Pengangguran ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara.
  • (ii) Kesan Sosial:• Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga – Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnya membawa kepada penceraian.• Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat – Akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh penganggur, mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain - lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang.• Masalah tekanan jiwa dan tiada kenyakinan diri – Penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami masalah tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang menganggur.
  • 9.2.4 LANGKAH KERAJAAN MENGATASI PENGANGGURAN:1. Dasar fiskal - mengubah perbelanjaan kerajaan - mengubah dasar cukai.2. Dasar kewangan - mengubah kadar bunga3. Pembangunan tenaga manusia4. Latihan meningkatkan kemahiran5. Maklumat peluang pekerjaan6. Mencipta peluang pekerjaan
  • 9.3 INFLASI 9.3.1 KONSEP INFLASI• Inflasi boleh di definisikan sebagai kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.• Kenaikan harga yang menyeluruh berlaku apabila terjadinya peningkatan purata harga barangan secara keseluruhan dalam sesebuah ekonomi.• Sekiranya berlaku kenaikan harga barangan secara tidak berterusan, maka ianya tidak di anggap inflasi.
  • 9.3.2 KAEDAH PERHITUNGAN KADAR INFLASI• Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk semua jenis barang maka kita perlu melihat kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan menggunakan indeks harga dan pendeflasi KNK.• Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi menggunakan indeks harga, kita menggunakan rumus berikut;• Kadar inflasi =[ (IH1 – IH0) / IH0 ] x 100
  • • Terdapat dua indeks harga yang utama, iaitu Indeks Harga Pengguna (IHPG) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPK),• IHPG merupakan gambaran tentang arah aliran perubahan harga barang pengguna secara amnya. Ianya mewakili corak perbelanjaan purata sesebuah isi rumah berdasarkan kepada satu tahun asas.• IHPK mengukur kadar perubahan purata semua barang dan perkhidmatan yang dihasilkan pengeluar.
  • 9.3.3 JENIS INFLASI(i) Inflasi sederhana – Berlaku apabila proses kenaikan harga yang sederhana, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, kurang dari 4% setahun.(ii) Inflasi merayap – Berlaku apabila kadar kenaikan tingkat harga yang lambat, antara 2-3% setahun.(iii) Hiperinflasi – Berlaku apabila proses kenaikan harga berlaku sangat cepat, antara 50-60% ;atau lebih. – Peperangan, huru hara, malapetaka dll.(iv) Stagflasi – Keadaan pengangguran dan inflasi berlaku serentak dengan kadar yang tinggi.
  • Kadar Inflasi di Malaysia
  • 9.3.4 PUNCA INFLASI(i) Inflasi tarikan permintaan• Inflasi yang berlaku akibat peningkatan dalam tingkat permintaan agregat.• Antara faktor: Peningkatan tingkat pendapatan pengguna, peningkatan penawaran wang, peningkatan perbelanjaan kerajaan, & peningkatan pelaburan.(ii) Inflasi tolakan kos• Inflasi yang berlaku akibat pengurangan penawaran agregat dalam pasaran.• Antara faktor: Peningkatan kos pengeluaran, bencana alam & peperangan.
  • (iii) Inflasi diimport i. Peningkatan Harga di Luar Negara• Inflasi ini berlaku bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara.• Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.ii. Penurunan Kadar Pertukaran Wang• Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar.• Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi.• Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.
  • (iv) Inflasi Jangkaan:• Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.• Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.• Ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.
  • 9.3.5 IMPLIKASI INFLASI(i) Kesan terhadap agihan pendapatan – Bagi individu yang berpendapatan tetap, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan merendahkan kuasa beli individu tersebut.(ii) Kesan terhadap aktiviti ekonomi – Inflasi menyebabkan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan meningkat. – Pemilik modal akan mendapatkan lebih banyak harta yang kurang berisiko seperti tanah dan rumah. – Ini akan mengurangkan pelaburan produktif menyebabkan ekonomi negara merosot.
  • (iii) Kesan terhadap tabungan – Inflasi menyebabkan susut nilai mata wang dan engurangkan tabungan. – Indivudu yang memegang kekayaan dalam bentuk wang seperti simpanan di bank akan mengalami kerugian, manakala individu yang membeli harta tetap akan lebih beruntung.(iv) Kesan terhadap penghutang dan pemiutang – Bagi yang berhutang (penghutang), mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. – Individu yang memberi hutang (pemiutang) pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.
  • 9.3.6 LANGKAH KERAJAAN MENGATASI INFLASI• Semasa inflasi tarikan permintaan (akibat ↑AD), kerajaan akan menggunakan dasar fiskal menguncup dan dasar kewangan menguncup.• Dasar fiskal menguncup: pengurangan perbelanjaan kerajaan (G) atau kenaikan cukai. Ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan mengurangkan AD.• Dasar kewangan menguncup: Bank pusat (BNM) akan mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi dengan menaikkan nisbah kerajaan (Required Reserve Ratio), menaikan kadar faedah (discount rate) @ menjual bon kerajaan.
  • • Semasa inflasi tolakan kos (akibat ↓AS), kerajaan akan menjalankan dasar sebelah penawaran, kawalan terhadap kesatuan sekerja dan penetapan harga maksimum.• Dasar sebelah penawaran:mengurangkan cukai & pemberian subsidi.• Kawalan terhadap kesatuan sekerja: tuntutan kenaikan upah semasa tingkat gunatenaga penuh akan menaikkan kos pengeluaran firma.• Pihak kerajaan, majikan dan kesatuan akan berunding untuk mendapat kata sepakat.• Dasar harga maksimum: untuk mengawal harga faktor pengeluaran.
  • • Semasa inflasi diimport, kawalan lansung dan kempen penggantian import akan di laksanakan.• Kawalan lansung seperti penetapan tarif (cukai import) dan kuota (had maksimum kuantiti import) akan dilakukan.• Kempen penggantian import dengan menggalakkan orang ramai membeli barangan buatan tempatan.
  • 33