Your SlideShare is downloading. ×
0
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

3 gerakan penjajahan

6,427

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
6,427
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
102
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. GERAKAN PENJAJAHAN
  • 2. PENGENALAN• Membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan gerakan penjajahan yang berlaku di negara Malaysia.• Penjajahan oleh kuasa-kuasa asing ke atas Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1511 apabila Portugis menghancurkan keagungan Empayar Melayu Melaka diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun.
  • 3. • Dasar kuasa asing telah mengubah corak kehidupan di Tanah Melayu • kehidupan tradisi masyarakat Melayu • struktur pentadbiran yang sedia wujud dalam masyarakat. Perubahan ini berlaku kerana ketamakan serta kerakusan penjajah yang ingin menguasai hasil mahsul dan keuntungan di negara ini.
  • 4. Definisi1. Kolonialisme• Dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi sesuatu kawasan serta masyarakatnya yang dianggap lemah dari berbagai sudut seperti ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran, serta politik.• Plano dan Olton - satu bentuk pemerintahan ke atas sesebuah kawasan dan penduduknya oleh sebuah kuasa asing dengan menjalankan polisi imperialisme. Migrasi turut terlibat (dari negara asal ke kawasan baru) yang membentuk satu entiti politik baru ke atas kaum asal yang mempunyai pengetahuan dan teknologi (kemajuan) yang rendah seperti di Asia dan Afrika.
  • 5. • Evans dan Newham - memberi ruang rakyat asing yang minoriti mendominasikan politik dan ekonomi negara tersebut bagi mengukuhkan kekuasaan dan menindas golongan bawahan.• Nadel dan Curtis - lebih menjurus kepada bentuk penjajahan yang buruk, satu penindasan, penghinaan dan pengeksploitasian kehidupan masyarakat peribumi dalam bidang ekonomi, sosial, politik, petempatan dan sebagainya.
  • 6. 2. Imperialisme• Umumnya sebagai perluasan kawasan dan pengaruh satu bangsa ke atas bangsa lain.• Dasar meluaskan sesebuah empayar dengan menjajah negara lain - Kamus Dewan• Negara-negara besar atau kuasa-kuasa besar telah wujud sejak awal sejarah manusia lagi seperti di Mesir, Mesopotamia, Assyria, dan Persia. Imperialisme kuno mencapai kemuncak di zaman Rumawi dan Byzantium (Rumawi Timur).• Karl Marx - satu tingkatan dalam perkembangan kapitalisme sewaktu perluasan kuasa Eropah ke Asia dan Afrika di sekitar tahun 1750an – 1914.
  • 7. • Nadel dan Curtis - satu perkembangan kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak dalam politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa, atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain.• Fieldhouse - satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain dalam pelbagai tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud penjajahan tetapi setiap satu istilah atau dasar mempunyai makna tersendiri dan cara masing-masing dalam proses penjajahan.
  • 8. PERKEMBANGAN GERAKAN PENJAJAHANFaktor-Faktor Penggalak Kolonialisme• Para sarjana bersetuju faktor-faktor kedatangan kuasa Eropah ke benua Asia adalah untuk memenuhi inspirasi konsep kolonialisme yang dipengaruhi slogan "Gold, Glory and God". Perry Marvin telah menjelaskan teori kebangkitan kuasa Eropah sebagai kolonialis atau penjajah sebagaimana berikut:
  • 9. 1. Gold (Keperluan kepada tanah)• Pengaruh tamadun Islam dan Asia telah mempercepatkan perkembangan masyarakat Eropah.• Sistem kesihatan dan perubatan bertambah baik, penduduk bertambah.• Sistem pertanian berkembang maju, tanah pertanian berkurangan.
  • 10. • Golongan bangsawan mula melihat meneroka tanah yang baru di luar negara khususnya di Asia dan Afrika sebagai peluang keemasan.• Asia dan Afrika merupakan kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi seperti rempah dan juga galian seperti emas.• Asia juga merupakan pusat tumpuan persinggahan pedagang (seperti di Melaka) antara China dan India.• Para bangsawan ini tamak dan membuat urus niaga secara langsung dengan pihak pemilik sumber asal terutamanya para pedagang Arab dan Asia yang lain.
  • 11. 2. Glory (Permusuhan tradisi di antara negara-negara Eropah)• Ferdinand The Castille dan Isabella The Aragon di Sepanyol bergabung kuasa dan berjaya menjatuhkan kerajaan Granada di Andalusia, kerajaan Islam terakhir di benua Eropah.• Kerajaan Sepanyol yang baru itu merasa megah dan berhasrat meluaskan lagi tanah jajahan mereka.• Sepanyol bimbang dan iri hati melihat jiran mereka, Portugal yang lebih berjaya dalam penerokaan dunia baru seperti kejayaan Vasco Da Gama, Putera Henry dan Bartholomiew Diaz.
  • 12. • Persaingan untuk keperluan hidup dan kekayaan telah bertukar menjadi satu persaingan rakus memburu kemegahan.• Kerakusan memburu kemegahan turut disertai pula oleh Belanda, Jerman, Perancis dan Britain.
  • 13. 3. God (Agama)• Agama faktor utama membantu perkembangan penguasaan Eropah terhadap kawasan di benua Asia dan Afrika.• Legenda dan mitos akan wujudnya kerajaan Kristian di Timur yang diketuai oleh seorang "Messiah" atau "The Great Saviour" atau seorang ‘penyelamat’ bernama Prester John.
  • 14. • Pihak gereja di negara-negara Eropah yang berlumba- lumba menuju ke benua sebelah timur, percaya akan wujudnya sebuah kerajaan Kristian di situ. Mereka percaya dan yakin apabila ditemui kelak, kerajaan Kristian di benua sebelah timur ini akan dapat bergabung dengan negara-negara Kristian di Eropah untuk mengalahkan kuasa Islam yang pada ketika itu menguasai kebanyakan kawasan di Eropah, Asia dan Afrika.• Perasaan ini kuat melekat di hati para peneroka seperti Putera Henry dan juga mereka yang berasal dari kawasan Semenanjung Liberia atau Sepanyol dan Portugal.
  • 15. • Selama 500 tahun mereka berjuang untuk mengalahkan dan menjatuhkan Islam sehinggalah musnahnya kerajaan Islam Granada. Perasaan kuat menyokong unsur keagamaan ini amat berkait rapat dengan sistem juga norma-norma kehidupan masyarakat Eropah yang pada ketika itu kuat diikat oleh pengaruh penguasaan gereja terutamanya di Sepanyol dan Portugal.
  • 16. Faktor-Faktor Penggalak Imperialisme• Dasar-dasar imperialisme adalah lebih di dorong oleh perkembangan semasa di Eropah yang sibuk memperjuangkan faham nasionalisme dan negara bangsa (nation states). Di antara faktor-faktor penggalak yang digariskan oleh ramai sarjana ialah:1. Etnosentrisme• Nasionalisme moden berkembang pada tahun-tahun 1750an hingga 1914, konsep kemegahan melalui penjajahan berbentuk kolonialisme telah berubah corak kepada kemegahan dan ketinggian bangsa masing-masing.
  • 17. • Idea bangsa terpilih atau ummatan mukhtarah telah lama diwujudkan oleh kaum bani Israel tetapi dalam tempoh yang tersebut, pemikiran sebegini telah semakin bertambah subur.• Mereka mula memandang hina bangsa lain di dalam benua mereka sendiri dan pada kemuncaknya berlakulah Perang Dunia Pertama
  • 18. 2. Jingoisme• Etnosentrisme telah memupuk semangat patriotisme melampau di kalangan kuasa-kuasa Eropah. Akibatnya, perasaan benci yang tinggi timbul di antara kaum dan bangsa yang hidup di Eropah pada ketika itu dan mula meluaskan percakaran mereka keluar negara.• Negara-negara yang lemah di Asia, Amerika dan Afrika sebagai sasaran menunjukkan keegoan juga bahan penindasan bagi menunjukkan kuasa mereka.
  • 19. 3. Agama• Misi agama Kristian yang membawa tugas suci menyelamatkan umat manusia daripada penindasan dan ketidakadilan terutama di negara-negara mundur seperti di Asia dan Afrika telah mewujudkan fahaman "the white men burden" atau "tugas suci orang kulit putih".• Fahaman ini memberi maksud bangsa selain orang kulit putih atau Kristian adalah merupakan beban yang ditakdirkan Tuhan kepada mereka (orang kulit putih) untuk di uruskan.• Dengan perasaan megah dan bangga diri, kuasa-kuasa Eropah ini lebih agresif melaksanakan aktiviti imperialisme di atas nama untuk menyelamatkan bangsa lain yang mundur.
  • 20. 4. Keinginan Mencapai Kuasa Besar• Kemegahan dan kegilaan mewujudkan keinginan menjadi kuasa besar yang menguasai semua manusia di muka bumi ini.• Jerman merupakan contoh terbaik bagaimana perasaan nasionalisme yang dipupuk oleh Bismarck pada tahun-tahun 1800an telah mengakibatkan dunia terheret ke dalam kancah Perang Dunia Pertama. Ini berlaku kerana ketamakan untuk menguasai seluruh Eropah.
  • 21. • Kolonialisme adalah merupakan satu dasar penjajahan di mana penaklukan dibuat ke atas sesuatu tempat baru untuk mendapatkan hasil mahsulnya.• Hasil ketamakan mereka, kaum imigran telah dibawa masuk dan kumpulan minoriti orang asing ini kemudiannya secara perlahan-lahan menguasai negara yang terjajah tersebut.• Justeru, dalam konteks kolonialisme dasar penjajahan dibuat atas dasar kepentingan pihak penjajah di segi pendapatan dan menggunakan kaum imigran sebagai batu loncatan untuk mempunyai kuasa di tanah jajahan mereka.
  • 22. • Imperialisme pula, bolehlah di katakan sebagai satu kesinambungan atau lanjutan daripada sifat konsep kolonialisme tetapi lebih keras.• Penguasaan ini melibatkan proses perkembangan kuasa dan kawalan melalui idea dan pemikiran mereka sendiri terhadap sistem politik dan ekonomi bagi meluaskan kuasa sesuatu empayar.• Dasar ini lebih cenderung untuk menyebarkan idea kebendaan dan kemegahan dari barat, iaitu dengan menonjolkan sifat keunggulan sesuatu bangsa.
  • 23. GERAKAN PENJAJAHAN BARAT DI TANAH MELAYU• Telah wujud sejak awal lagi— dilakukan oleh kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit, Pasai, dan Siam.• Tidaklah memberi kesan yang jelas seperti kuasa barat yang datang kemudian.Kedatangan Penjajah Barat• Proses penjajahan barat di Tanah Melayu bermula pada tahun 1509 apabila Portugis datang untuk berdagang.
  • 24. • Ketamakan dan rasa iri hati yang wujud di kalangan orang-orang Melayu akhirnya mengakibatkan penaklukan Empayar Melayu Melaka oleh Portugis pada tahun 1511.• Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641.• British mengambil alih Melaka setelah perjanjian Straits Settlement ditandatangani pada tahun 1824.
  • 25. Faktor penyebabkan Tanah Melayu menjadi tarikan, iaitu:1. Kedudukan Geografi Tanah Melayu• Jalan perdagangan di antara benua timur dan barat strategik sebagai sebuah pusat perdagangan.• Selat Melaka jalan laut yang selamat dan terlindung dari taufan, ribut dan gelora lautan.• Faktor geografi selamat untuk jalan perdagangan dan perlindungan dari ancaman semula jadi ataupun yang dilakukan manusia.
  • 26. 2. Bahan Mentah• Tanah Melayu terkenal dengan gelaran Golden Chersoneves ataupun Suvarnabhumi, kaya dengan hasil buminya seperti emas dan timah.• Tanah Melayu sering digunakan sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan seperti kayu manis, buah pala, rotan, sagu selain bekalan air dan makanan untuk bekalan perjalanan mereka.• Penemuan bijih timah secara meluas, Tanah Melayu menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa penjajah.
  • 27. 3. Pasaran Baru• Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak dengan projek penjelajahan dan penemuan.• Revolusi perindustrian menyebabkan kuasa besar di Eropah keluar dari benua Eropah dan mencari penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan mereka.• Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa Eropah - Tanah Melayu sebagai pusat pasaran dan perdagangan.
  • 28. • Pasaran di Eropah sukar dan persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan pasaran baru pengeluaran masing-masing.• Keperluan terhadap bahan mentah yang berkaitan dengan industri seperti bijih timah dan besi meningkat dengan mendadak.
  • 29. 4. Pangkalan Tentera• Kedudukan yang sesuai menjadi pangkalan tentera.• Sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi juga kerana strategi ketenteraan untuk keselamatan angkatan atau rombongan mereka. • Kapten Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak oleh British dari Kerajaan Kedah sebagai pelabuhan persinggahan dan pangkalan tentera untuk mengawal ancaman lanun serta kuasa asing seperti Belanda, Perancis, dan Jerman dari menggugat kapal-kapal perdagangan mereka yang menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang kemudiannya telah menjadi antara tempat terawal dalam senario perluasan kuasa British di Tanah Melayu
  • 30. 5. Prester John• Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat agung bernama Prester John yang akan muncul di benua sebelah timur.• Kepercayaan ini menyebabkan orang-orang Kristian seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan gerakan mencari Prester John di sebelah timur dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah timur dan kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan empayar Islam secara keseluruhannya.
  • 31. Dasar Campur Tangan British di Tanah Melayu• Datang hanya untuk mengaut hasil keuntungan di Tanah Melayu tanpa peduli dan campur tangan dalam hal ehwal urusan orang Melayu dan negeri- negeri Melayu.• Pada tahun 1874 secara rasmi British mula campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.• British terus mengekalkan kuasa dan pengaruh di negeri-negeri Melayu yang lain sehinggalah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
  • 32. Di antara faktor-faktor campur tangan British di Tanah Melayu1. Faktor Ekonomi• Revolusi industri di Eropah, keperluan bahan mentah seperti bijih timah meningkat.• Sektor perlombongan bijih timah yang kebanyakannya dikuasai oleh saudagar-saudagar British dan Cina yang berkerakyatan British.• Sekatan perdagangan oleh Belanda terhadap pengaruh kuasa lain di Indonesia menyekat kemaraan British di kawasan lain di rantau ini menyebabkan tumpu perhatian kepada Tanah Melayu bagi mendapatkan hasil yang diperlukan.
  • 33. 2. Faktor Ancaman dan Persaingan Pengaruh Asing• Kuasa-kuasa lain turut berminat dengan Tanah Melayu • Bijih timah • Jalan perdagangan dunia – timur dan barat• Penguasaan penuh Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina.• Persaingan imperialisme di kalangan negara-negara besar dari Eropah untuk membuka tanah jajahan.
  • 34. 3. Pergolakan Politik di Tanah Melayu• 1860an hingga 1880, negeri pantai barat berada dalam keadaan huru hara kerana perebutan takhta dan perang saudara melibatkan kawasan perlombongan dan membabitkan buruh imigran Cina yang dibawa masuk oleh British.• Perlombongan tidak dapat dijalankan kerana buruh Cina yang menganggotai kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San terlibat dalam pergolakan politik. Peralatan perlombongan musnah akibat pergaduhan dan peperangan.• Bimbang pergolakan akan merebak ke kawasan atau negeri lain - perang saudara di Larut Perak dibimbangi merebak ke Pulau Pinang yang juga ramai imigran Cina.
  • 35. 4. Perubahan Pucuk Pimpinan di Britain• Parti Konservatif yang diketuai oleh Disraeli telah memenangi pilihan raya di Britain pada tahun 1873 dan mengubah dasar Pejabat Tanah Jajahan untuk masuk campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.• Perubahan ini di lihat jelas dipengaruhi oleh perkembangan semasa, di mana bentuk penjajahan berbentuk imperialisme yang ditunjangi oleh kemegahan nasionalisme dan jingoisme.
  • 36. Dasar-Dasar Penjajahan British di Tanah Melayu• Laksana pelbagai dasar meliputi sosial, ekonomi, dan politik yang mengubah wajah asal Tanah Melayu dan sistem kehidupan masyarakat Melayu yang sedia ada.• Laksana banyak dasar ‘pecah dan perintah’ secara berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah berlaku secara semula jadi.
  • 37. 1. Sosial• Dasar paling utama British ialah kemasukan tanpa had imigran asing dari China dan India ke Tanah Melayu sebagai buruh-buruh di lombong dan ladang.• Suatu ketika telah hampir mengatasi jumlah penduduk asal negara ini.• Mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari Tanah Melayu tanpa memperdulikan keadaan masyarakat Melayu.• Imigran tersebut telah membentuk masyarakat baru dalam negara ini dan diletakkan di kawasan-kawasan yang terpisah daripada kaum-kaum lain untukmenghalang kewujudan perpaduan antara kaum - dasar pecah dan perintah.
  • 38. • Dasar pendidikan British berdasarkan sistem vernakular yang mana pendidikan dibuat berdasarkan kaum masing- masing • Sekolah Cina dan Tamil dengan bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang diambil terus daripada negara asal mereka. • Sekolah British dijalankan oleh mubaligh Kristian dan berasaskan pendidikan British yang diambil daripada negara Britain sepenuhnya. • Sekolah Melayu pula masih berasaskan pelajaran agama dan bercampur sedikit dengan pendidikan akademik yang mempunyai pengaruh British.
  • 39. • British memastikan taraf pendidikan di sekolah tidak akan seragam dan taraf pendidikan yang diterima terutamanya orang Melayu adalah di tahap yang rendah - Tanah Melayu belum mampu untuk bebas dan mentadbir negara bersendirian.• Taraf pendidikan orang Melayu sering di banding dengan taraf pendidikan di Britain. British sering menanamkan kata-kata bahawa masyarakat Melayu adalah malas dan mudah berpuas hati. Hakikatnya masyarakat Melayu adalah rajin berasaskan pekerjaan dalam sistem ekonomi tradisi tetapi tidak diberi kesempatan mendapat pendidikan yang terbaik.
  • 40. • Imigran-imigran asing dari India dibawa bekerja sebagai pendidik di Tanah Melayu. Taraf pendidikan masyarakat Melayu terus kekal tidak dapat melebihi taraf pendidikan Inggeris yang sebenar kerana mereka hanya dididik oleh pendidik dari negara yang terjajah juga - ketidakikhlasan British memajukan pendidikan orang-orang yang mereka jajah
  • 41. 2. Ekonomi• Bermula dengan kewujudan hasil bijih timah di Perak yang menghasilkan Perjanjian Pangkor 1874.• Mengubah hala tuju ekonomi tradisi di Tanah Melayu yang berasaskan ekonomi sara diri kepada bentuk ekonomi moden bersifat komersial dan keuntungan - dasar kolonialisme• Dilakukan oleh British secara berhati-hati bagi memastikan tujuan asal dasar kolonialisme British untuk mengenepikan masyarakat Melayu daripada sebarang kemajuan kerana di lihat sebagai ancaman kepada pentadbiran penjajah.• Pembesar Melayu terlibat dalam sektor perlombongan , rakyat bawahan disisihkan kononnya• menghormati sistem ekonomi tradisi masyarakat Melayu - menaman padi, menangkap ikan dan menternak dan mencari hasil hutan.
  • 42. • Sektor perlombongan - buruh-buruh yang murah dari negara China yang sedang menghadapi pelbagai masalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan kebuluran.• Sektor perladangan getah - buruh-buruh dari India.• Melayu terus kekal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak menguntungkan dan pembekal keperluan makanan kepada British dan buruh-buruh asing yang di bawa masuk.• Konsep kolonialisme awal telah bertukar menjadi lebih agresif hasil daripada sikap tamak untuk menguasai segala-galanya di Tanah Melayu.• Konsep imperialisme yang lebih campurtangan dan menguasai segalanya di tanah jajahan dilaksanakan. Ini berdasarkan keperluan semasa di mana negara.
  • 43. 3. Politik• Cuba memastikan raja-raja Melayu atau sultan-sultan akan berada di bawah telunjuk mereka.• Selepas Perjanjian Pangkor 1874, sistem residen dilaksanakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu—Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.• Nasihat residen dalam hal-hal selain agama Islam dan adat istiadat orang Melayu haruslah diikuti raja-raja.• Raja Abdullah, salah seorang waris raja di Perak bersama pembesar dan rakyat bangkit membunuh• Campur tangan ke atas negeri Melayu telah lebih awal ke atas Negeri-Negeri Selat - Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. British memerintah secara terus dari Pejabat Tanah Jajahan di London gabenor British Negeri-Negeri Selat.
  • 44. • Sistem Penasihat Negeri di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu - Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor . Penasihat British akan membantu pentadbiran raja-raja dan sultan-sultan Melayu melainkan dalam hal-hal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.• Penguasaan British menerusi sistem Residen dan Penasihat telah mewujudkan persekutuan, cadangan Malayan Union dan kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.• Selepas pilihanraya 1952 dan 1955 sistem kerajaan berketua Menteri dan kabinet untuk pentadbiran telah dilaksanakan. Menerusi peringkat yang telah anda lihat, secara sedikit demi sedikit raja-raja disisihkan dari rakyat dan tanggungjawab pemerintahan
  • 45. Kesan Gerakan Penjajahan Barat di Tanah Melayu• Tanah Melayu bebas dan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah lebih kurang 400 tahun di bawah cengkaman penjajah barat.• Penjajahan dengan penerapan dasar-dasar kolonialisme dan imperialisme meninggalkan kesan kepada pelbagai sudut kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial masyarakat di Tanah Melayu.
  • 46. 1. Sosial• Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu - majmuk .• Tanah Melayu asalnya di diami masyarakat Melayu sahaja telah dipaksa menerima kedatangan imigran.• Masyarakat majmuk semasa kerajaan Melayu Melaka bersifat sementara kerana mereka adalah pedagang- pedagang, yang berkahwin mengasimilasikan diri mereka ke dalam kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu dan tidak mengubah suasana asal masyarakat terutamanya strukur politik, ekonomi, dan sosial.
  • 47. • Sikap British tidak berhasrat membantu kemajuan orang Melayu dalam pendidikan menjadi mereka paling ketinggalan. Melayu cerdik pendidikan menjadi masalah kepada British. Sukatan pelajaran dan bahasa yang digunakan di sekolah vernakular tidak sedikit pun melambangkan suasana negara ini dan tidak merangsang berlakunya perpaduan di antara kaum.
  • 48. 2. Ekonomi• Ubah sistem ekonomi tradisi berasaskan ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi bermatlamatkan keuntungan.• Memisahkan setiap kaum mengikut kegiatan ekonomi – India sebagai penoreh getah, Melayu sebagai nelayan atau penanam padi dan Cina sebagai pelombong.• Masyarakat di Tanah Melayu terasing mengikut lokaliti kegiatan ekonomi masing-masing - masalah perpaduan kaum.
  • 49. 3. Politik• Kekuasaan raja dan sultan Melayu telah dikurangkan ke peringkat hanya menjadi lambang kepada negeri atau negara.• Semasa pemerintahan Melayu Tradisi segala kerja pentadbiran dijalankan oleh masyarakat Melayu, tetapi setelah kedatangan kaum imigran asing proses pentadbiran telah turut melibatkan mereka.• Melalui sistem pilihanraya, perdana menteri dan kabinet juga pegawai daerah mula mengambil alih segala tugasan pentadbir Melayu Tradisi, iaitu sultan dan pembesar.
  • 50. KESIMPULAN• Kolonialisme dan imperialisme adalah berlainan dari sudut dasar, perlakuan atau aktiviti penjajahan. • Kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktor-faktor agama (god), kemegahan (glory), dan keuntungan atau kekayaan (gold). • Imperialisme memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang menggambarkan kesinambungan sifat-sifat kolonialisme seperti kemegahan, nasionalisme dan etnosentrisme yang memuliakan kaum sendiri. Dapatlah kita membuat
  • 51. • Mengubah kehidupan asal yang ada di negara ini meliputi aspek sosial, ekonomi, atau politik. • Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan vernakular, pemecahan ekonomi mengikut kaum, sistem residen dan dasar pemerintahan berpusat telah mengakibatkan cara hidup tradisi terhimpit dan tidak dihiraukan oleh penjajah British. • Sistem pemerintahan bertunjangkan sistem beraja dan pembesar dan telah berjaya mengharungi kehidupan ratusan tahun akhirnya hilang sedikit demi sedikit. • Muncul masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi moden yang mementingkan keuntungan dan mengamalkan sistem pentadbiran berpusat .
  • 52. • Wujud Tanah Melayu sebagai negara baru dengan rakyat dan sistem kehidupan yang baru.

×