Your SlideShare is downloading. ×
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains

4,040

Published on

5 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
4,040
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
308
Comments
5
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME1.0 PengenalanPendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluanguntuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu.Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling pentingdalam menentukan kejayaan pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi danmotivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yangbermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatanyang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatantradisional atau pendekatan konstruktivisme.Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagaipemberi maklumat dan pelajar hanya menden gar dan menerima segalamaklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini,pelajar memainkan peranan yang pasif. Pengajaran secara tradisional inimengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkanseseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dankritis tidakdapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivismeyang menekankan tentang pembinaan pengetahuan berdasarkanpengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasaipengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermaknakepada kanak-kanak. . Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah: 1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. 2. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. 3. Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan ideaasal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea .Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak -kanak. Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap 1
  • 2. untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur barumengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina. Rutherford danAhlgren mengatakan bahawa kanak -kanak mempunyai idea mereka yangtersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak p engetahuan mereka itusemuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dantidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akankekal.John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakanbahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran danpembelajaran sebagai proses menyusun atau membin a pengalaman secaraberterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiapaktiviti P&P.Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untukdiaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalammemahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsipiaitu pendekatan bersep adu, perkembangan individu secara menyeluruh,pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.Walau bagaimanapun, p ada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisasmengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Taha pSatu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamatkurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat danmengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagimenguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikapsaintifik dan nilai murni. Antara pendekatan dan pembelajaran sains yangdisarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains,teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI iniadalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains .Melalui temubual yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahlikumpulan yang lain, dapat di simpulkan bahawa guru percaya latar belakang 2
  • 3. murid yang membawa kepada pengalaman sedia ada mereka menjadi faktorutama yang memberi kesan kepada pembelajaran sains kanak-kanak. Selaindaripada itu, faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pembelajaran sainskanak-kanak ialah:1. Penyampaian dan pendekatan guru2. Keadaan persekitaran murid3. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankanMenerusi perbincangan antara ahli kumpulan juga dapat di senaraikanbeberapa jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru, antaranya:1. Perbincangan di dalam kelas2. Eksperimen3. Simulasi4. Aplikasi sains dalam kehidupan harian 3
  • 4. 2.0Faktor Utama dan Jenis Pengalaman Yang Memberi Kesan TerhadapPembelajaran Sains Melalui Pendekatan Teori Konstruktivisme2.1 Pengalaman Sedia Ada MuridMenurut Arends, R.I.(1998), pembelajaran secara konstruktivisme ini bolehditakrifkan sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secaraaktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. LevVygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa perkembangankonsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat, logikal dan rasionaldengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikanpeluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuandiri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain danberkongsi membina pemahaman baru (Gauvin, 2001).Menurut Bransford (1979), idea dan pandangan tentang kebolehan seseorangmempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bu kanlahsesuatu yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaranberasaskan pengalaman ini adalah penting kepada pembelajaran. Walaupunpengetahuan sedia ada penting untuk menjadikan pembelajaran lebihberkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkanpengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses memahamkansesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai. Menuruttemubual yang dijalankan, kanak -kanak tidak selalunya dapat melihatperkaitan antara perkara baru yang dipelajarinya d engan perkara yangmereka sudah sedia maklum tetapi guru dapat meningkatkan pemahaman inidengan memberi perhatian kepada apa yang cuba disampaikan oleh muriddan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai langkah permulaan dalammemahami konsep sains.Seterusnya di dalam bilik darjah, guru boleh membantu pelajar untukmengaktifkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada itu denganmembincangkan apa yang bakal di pelajari oleh mereka sebelum memulakan 4
  • 5. pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula pengetahuan m erekasupaya boleh dikaitkan dengan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh,pelajar Tahun Satu yang belajar tentang haiwan, guru memulakan pengajarandengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudianlebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di hutan dan di air.Kita dapat lihat bahawa guru menggunakan pendekatan deduktif sebagaisalah satu cara untuk menarik minat dan fokus pelajar. Pada waktu ini , guruboleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yan ghidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidaklengkap atau pun salah. Guru tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuanyang murid sudah kuasai tetapi sebaliknya guru perlu mengkaji dan menerokapengetahuan sedia ada mereka supaya salah faham dan pengetahuan yangsalah dapat di kenal pasti.Guru yang efektif dapat membantu murid dalam membuat perhubunganantarapengetahuan lama dan pengetahuan baru dan menguasa i konseptersebut. Ini dapat dicapai melalui dengan memberi bahan atau ak tiviti yangdapat menolong murid sebagai usaha untuk memberi sokongan kepadausaha mereka dan meningkatkan kefahaman mereka. Sebagai contoh, dalamtopik haiwan, guru boleh membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yangmempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid mewarnakanhaiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja.2.2 Perbincangan Di Dalam Bilik DarjahMenerusi aktiviti tersebut, secara tidak langsung guru dapat menerapkanperbincangan di dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapatmembantu murid mengasah kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satuprosesmenghubungkan pengetahuan, kemahiran da n sikap yang ada padadiri seseorang individu bagi membolehkannya memahami dan mencorakkanalam sekelilingnya. Mempertingkatkan daya berfikir merupakan salah satuobjektif sistem pendidikan negara. Kemahiran berfikir boleh digolongkankepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secarakritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum 5
  • 6. menerimanya.Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai dayaimaginasi yang tinggi, berupaya menjana idea yang inovatif dan asli sertaboleh mengubah suai idea dan produk sedia ada kepada lebih berkualiti.Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajardalam persekitaran pembelajaran. Situasi akan terbentuk di mana gurumembentuk suasana dan menjadi pemudah cara untuk pertukaran pelbagaiidea dalam kalangan murid. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bond (2001)bahawa dalam perbincangan, pel ajar merupakan pihak yang aktif keranaperbincangan bukan sahaja dapat merangsang interaksi antara murid secarabermakna tetapi dapat menggalakkan pelbagai teknik pembelajaran yangmerangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses -proses pembelajaran.Walau bagaimanapun, berdasarkan sesi temubual yang di jalankan, terdapatbeberapa elemen pentin g yang perlu di ambil berat oleh guru apabila inginmenggunakan teknik perbincangan, antaranya ialah:(a) Matlamat dan objektif Perbincangan di dalam kumpulan kecil dijalankan untuk menghasilkan pembelajaran yang berbentuk prose s dan bukan hasil akhir. Perkara ini berasaskan kepada kehendak di mana murid perlu melibatkan diri dalam perkembangan kemahiran dan sikap dalam perbincangan kumpulan.(b) Pemilihan topik dan aplikasi Topik yang dipilih boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah. Perbincangan boleh berkisar tentang pelbagai topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan peringkat umur murid. Apa yang penting, topik yang dipilih perlulah relevan dan dapat merangsang minat kanak-kanak. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan dilemma moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.Dalam aktiviti perbincangan guru akan berperanan sebagai fasilitator, di manabeliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, menyediakan bahan danpeluang kepada murid untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Pentinguntuk seorang guru itu untuk bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang 6
  • 7. lain bagi mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap murid untukmelibatkan diri di dalam kumpulan (Brown et al., 1996 ). Selain itu, dalamsetiap kumpulan kecil itu juga mestilah ada seorang ketua dan pencatat.Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan.Penglibatan murid di dalam aktiviti dapat memberi k eberkesanan kepadaaktiviti kumpulan ini dan ia juga bergantung kepada bagaimana guru dapatmenyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalampelbagai peranan.Perbincangan merupakan suatu pengalaman yang membawa manfaatkepada kanak-kanak terutama jika kumpulan tersebut terlibat dalam tugasanyang memerlukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.Perbincangan dalam kumpulan kecil juga dapat membantu murid yang kurangmemberikan perhatian kepada pelajaran untuk melibatkan diri. Di samping itu,murid yang pasif dan lemah akan berpelu ang untuk mengecapi kejayaan jikadiberikan peluang. Contohnya seorang yang lemah membaca boleh diasahjika diberikan peluang untuk bercakap di akhir perbincangan.2.3 Penyampaian Dan Pendekatan GuruPenentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains seharusnyaberdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kecerdasanpelbagai murid serta sumber dan prasarana yang ada di sekolah. Di sampingberperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidangpengajarannya, guru juga berperana n sebagai seorang fasilitator dalampengajaran danpembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaianjenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perludirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan . Selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan, pendidikan Sains di Malaysia bermatlamat untukmemupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi pen umpuan kepadaperkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahanserta dapat menguasai ilmu sains dan teknologi.Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada 7
  • 8. tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid tetapi dapatmenguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Bagimembantu murid menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknikscaffolding diperkenalkan (Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan SharifahFakhriah Syed Ahmad, 2009). Scaffolding bermaksud proses membimbingdan membantu pembelajaran yang menekankan kepada peringkat bimbingandan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan murid. Bimbingan akandikurangkan apabila murid dapat menguasai peringkat demi peringkat. Diakhirnya, guru tidak lagi membimbing apabila murid berjaya melakukannyadengan sendiri.Antara teknik penyampaian dan pendekatan yang boleh dil akukan gurumengikut scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueingdan tanda isyarat yang lain. Selain daripada itu, Ormrod (2008)mencadangkan guru mengaplikasikan scaffolding seperti berikut: 1. Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi persoalan mengapa dan bagaimana yang diutarakan oleh murid. 2. Murid diminta untuk membuat jangkaan terhadap perkara yang bakal berlaku apabila membuat uji kaji atau eksperimen. 3. Analogi digunakan untuk membantu murid mengaitkan kon sep dan idea baru dalam menghubungkan pengetahun sedia ada murid. 4. Meminta murid membuat refleksi atau memberi pandangan dan mengaitkan dengan isi pelajaran.Melalui temubual yang telah dijalankan, guru juga mengambil pendekatandemonstrasi sebagai salah satu teknik pengajaran. Demonstrasi merupakansatu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktivitimengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan seseorang individu menunjukcara di hadapan bilik darjah untuk menerangkan sesuatu aktiviti, konse p auatprosedur. Murid-murid yang lain akan memerhati, mendengar penerangandan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Semasaproses demonstrasi dijalankan, komunikasi lisan berlaku tentang sesuatumaklumat daripada guru kepada murid. Pr oses ini turut melibatkanpenggunaan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea. 8
  • 9. Namun begitu, guru yang ingin menggunakan demonstrasi dalam pengajaran,perancangan dan persediaan yang teliti perlu dilakukan. Jika tidak,pengajaran akan gagal me ncapai objektif. Demonstrasi juga akan menjadikurang berkesan jika murid tidak diberikan peluang untuk mempraktikkan apayang telah ditunjukkan. Selain daripada itu, pembelajaran juga akan menjadikurang bermakna sekiranya guru tidak dapat menerangkan den gansistematik.2.4 EksperimenSebagai mana yang telah diterangkan di atas, demonstrasi dilihat dapatmembantu murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalamteori pembelajaran konstruktivisme. Salah satu pendekatan demonstrasi yangpenting dalam subjek sains adalah eksperimen. Eksperimen merupakan satukaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yangperlu dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji hipotesissecara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu.Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiranberfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Apabila kanak-kanak dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatubahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepadapenemuan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoa l danmenyiasat sesuatu kejadian yang berlaku. Pembelajaran yang dilalui secarapenemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemuioleh murid sendiri. Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasatsesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapatmenstruktur satu pengetahuan baru . Guru kemudiannya membimbing danmenjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains melalui hasil inkuiri -penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapatdikembangkan semasa proses ini.Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan perse kitaran mereka. Dalam 9
  • 10. kajian yang telah dijalankan , pengkaji telah menggunakan satu model yangdikenali sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telahdihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needhamtelah mencadangkan model pengajaran dan pembelajaran ini dalam"Childrens Learning in Science Project" di University of Leeds untukmeningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains sertamenggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. ModelKonstruktivisme Lima Fasa Needham ini digunakan oleh guru dalam aplikasieksperimen melalui:a) Fasa 1:OrientasiGuru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajarterhadap pelajaran. Sebagai contoh, eksperimen dijalankan di dalam makmalsains supaya suasana pembelajaran yang lebih kondusif boleh ditimbulkan.b) Fasa 2: Pencetusan ideaSebelum sesuatu aktiviti atau eksperimen dijalankan, g uru perlu mengadakanaktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedahpeta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkanpengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar.c) Fasa 3: Penstrukturan semula ideaApabila suasana dan idea telah dib ina, aktiviti atau memberi tugasanberstruktur diberikan untuk membolehkan pelajar mencabar dan menguji ideaasal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuansendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Sewaktu ini, kemahiran bahasaakan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semulaidea secara teratur.d) Fasa 4: Penggunaan ideaPelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikanmasalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru danmenggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. Pada fasa ini, murid diminta 10
  • 11. untuk menulis laporan eksperimen berdasarkan apa yang telah dilakukanatau membincangkan persoalan-persoalan yang timbul.e) Fasa 5: RefleksiPelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru danmerenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahankepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihatsejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakankaedah penulisan kendiri, perbinca ngan kumpulan dan catatan peribadipelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan didalam P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsepdaripada menghafal. Guru juga dapat menilai pemahaman murid denganlebih cepat tanpa perlu bergantung kepada memberi kerja rumah kepadamereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini agak sukaruntuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar keranakekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan matapelajaran.(Nair & Muthia, 2005)2.5 SimulasiSimulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatihmenggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakansesuatu tindakan dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasisebenar. Kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu te knik mengajardalam subjek sainsantaranya ialah pembelajaran berlaku dalam keadaanselamat dan menyeronokkan. Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapisupaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya merekaberada dalam situasi sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat tiga prinsipdalam melaksanankan simulasi iaitu:. 1. Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan 11
  • 12. dengan jelas 2. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pililh pelajar yangsesuai untuk berlakon 3. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untukmenerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep.Sebagai contoh perubahan siang dan malam. Komputer dan internet dapatmembantu murid melihat dan memahamkan situasi kompleks dengan lebihmudah. Selain itu, main peranan, permainan atau penggunaan model jugadapat dilakukan di bawah konsep simulasi. Main peranan dapat dilakukandengan murid melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontanberdasarkan beberapa syarat. Melalui aktiviti permainan, murid bermain untukmempelajari sesuatu proses atau prinsip. Model pula digunakan untukmewakili objek atau keadaan sebenar.Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah pentinguntuk guru berhati-hati dan mengambil kira factor perbezaan budaya dikalangan murid dan menghormati perbezaan tersebut. (Brown, Collins &Duguid, 1989). Guru perlu membantu murid untuk melihat perbezaan budayaini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain daripada rakan kelasyang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan budayamereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung. 12
  • 13. 3.0 PenutupPerkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budayadan cara hidup masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikandi Malaysia. Guru tidak lagi menggunakan teknik ³chalk and talk´ dalampengajaran tetapi telah mengubah perspektif mereka dan tanpa disedarimereka telah pun menggunakan kae dah konstruktivisme dalam P&P mereka.Melalui temubual yang telah dijalankan dan juga perbincangan antara ahlikumpulan, dapat disimpulkan bahawa guru pada masa kini semakin sedarmengenai kepentingan penerapan nilai-nilai konstruktivisme di dalam P&Psubjek Sains. Walaupun guru tidak biasa dengar mengenai istilahkonstruktivisme tetapi cara pendekatan yang digunakan mengamalkan ciri -ciritersebut.Ini dapat dilihat apabila guru mengutamakan kepada pembelajaranberpusatkan murid dan murid belajar mel alui proses membuat atau beraktivitiseperti eksperimen dan lakonan. Guru juga menggunakan pengalaman sediaada murid untuk menstruktur pengetahuan baru agar titik keseimbangandapat dicapai sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Ini akan memberikanpengalaman sains dari aspek perbincangan, kemahiran saintifik dan jugakemahiran berfikir. Pengetahuan sedia ada murid perlu diaktifkan agarmereka dapat menghubungkan konsep yang baru dengan apa yang sudahmereka ketahui sebelumnya.Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami subjekSains sekiranya mereka dilibatkan secara aktif dalam proses P&P dan gurudapat membantu murid dengan menggunakan Model Konstruktivisme 5 Fasadan juga teknik-teknik yang lain yang dirasakan sesuai mengikut perbezaanindividu dalam kelas dan juga pengetahuan sedia ada murid supayapembelajaran bermakna dapat dicapai. 13
  • 14. Refleksi Pada mula penerimaan kerja kursus ini di peroleh , saya berasa sangatsusah untuk membuatnya. Hal ini kerana saya tidak dapat gambaranbagaimana dapat saya melakukan temubual dengan guru dan teorikonstruktivisme yang sebenar kerana telah banyak teori yang telah di pelajari.Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan saya serta di beripenerangan beberapa kali oleh pensyarah, barulah saya dapa tmembayangkan bentuk tugasan yang di kehendaki dan bagaimana penulisantugasan yang akan dibuat. Saya mulakan dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan dengantajuk kertas kerja yang diberi. Saya mencari dan cuba memahamkan konsepdan teori konstruktivisme dah aplikasinya di dalam bilik darjah. Sewaktumenjalankan PBS, kesukaran untuk mendapatkan guru yang mempunyaimasa untuk di temu bual juga membuatkan tugasan ini semakin mencabarkerana guru-guru di sekolah tersebut sibuk dengan aktiviti pertandingan bolabaling, choir dan sukan merentas desa. Di hari terakhir PBS, akhirnya sayamendapat kerjasama dari Cikgu Azinawati untuk meluangkan sedikit masauntuk di temu bual. Setelah menyiapkan tugasan ini,saya mendapati banyak perkara yangsangat berguna saya pelajari. Saya lebih mengetahui tentang bagaimanaaplikasi konstruktivisme di dalam bilik darjah dan sebenarnya guru secaratidak sedar juga telah mempraktikkan teori ini dalam P&P mereka. Selain itu,kerja kursus ini juga mengajar saya untuk sentiasa memberi komitmen yangtinggi dan kerjasama yang padu antara ahli kumpulan agar sesuatu yangsusah menjadi senang. Segala ilmu membuat kertas kerja ini sangatla hberguna untuk saya sebagai guru pelatih agar dapat membantu sayamengaitkan teori pembelajaran de ngan aplikasinya di dunia perguruan yangsebenar.Sekian,terima kasih. 14
  • 15. BibliografiArends, R. I. (1998). Learning to teach (4th ed.). Boston: McGraw Hill.Bransford, J.D. (1979). Human cognition: learning, understanding andremembering. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Co.Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated cognition and the cultureof learning. Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1.Brown, A.L., et al. (1996). Distributed expertise in the classroom. In: Salomon,G., ed. Distributed cognitions: psychological and educa tional considerations,halaman 188±228.Bond. T.E. (2001). ³Giving them free rein: Connections in studentled bookgroups´. Reading Teacher, 54(6), halaman 574-584.Elizabeth Murphy. (2011, April 6). Di akses daripadahttp://www.ucs.mun.ca/~emurphy/stemnet/cle3.htmlEducational Practices (2011, April 6). Di akses daripadahttp://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07e.pdfGauvain. M. (2001). The social context of social cognitive development . NewYork: Guilford Press.Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Kurikulum Standard SekolahRendah Diakses daripadahttp://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111:kssr&catid=1:latest -newsModel Konstruktivisme 5 Fasa. (2011, April 8) Diakses daripadahttp://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htmNoriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 15
  • 16. Saunders, W. L. (1992). The constructivist perspective: Implications andteaching strategies for science . School Science and Mathematics, 92(3), 136-141.Sharifah Alwiah Alsagoff . (1987).Psikologi Pendidikan 1: Konsep -konsep asaspsikologi, psikologi pendidikan dan perkembangan. Kuala Lumpur:Heinemann (Malaysia).Stella Vosniadou (2011, April 8). International Academy of Educatation: HowChildren Learn. Diakses daripadahttp://unesdoc.unesco.org/images/0012/001254/125456e.pdfSubadrah Nair, Malar a/p Muthiah .Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20,21±41, 2005 16
  • 17. LAMPIRAN 17
  • 18. xq 18

×