Nota ti bab 1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Nota ti bab 1

on

  • 600 views

 

Statistics

Views

Total Views
600
Views on SlideShare
600
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
9
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Nota ti bab 1 Nota ti bab 1 Document Transcript

    • BAB 1 : ASAL USUL TURKI Masyarakat Turki sekarang amat terkenal dan masyhur dikalanganmasyarakat Asia. Mereka dikenali dengan bangsa Turaniyah iaitumenyerupai orang China, Tibet, dan Jepun. Akibat berlakunyapercampuran dengan bangsa yang lain - Ketika berada di Asia Baratseperti orang QuQaz, Macedonia, Arnut, Rom ,Bulgaria, Akrad, Serbiamaka lahirlah mereka menjadi sebuah bangsa yang tidak menyerupaiMongolia dan China. Kawasan ini didiami oleh Puak Ghuz yang dikenali sebagai Turks.Terletak di seberang sungai yang dinamakan sebagai Turkistan. Kawasanini terletak antara kawasan banjaran Mongolia dan utara China di timurdan Laut Khazar di barat, Tanah pamah Siberia di utara dan benua kecilIndia dan Parsi di selatan. Pada separuh ke2 kurun ke 6M, suku-suku iniberpindah secara besar-besaran dari penempatan asal mereka ke Asiaminor,(sebab perpindahan) disebabkan oleh factor ekonomi atau politikdimana puak ini mendapat tekanan hebat dari puak lain yang lebih besardan kuat iaitu puak Mongol. Mereka terpaksa berpindah bagi mencaripenempatan baru yang lebih aman dan stabil. Puak ini telah mendiami kawasan tebing Sungai Jaihun kemudianmenetap seketika di Tabriztan dan Gorgan. Ini bermakna mereka beradaberdekatan dengan wilayah islam yang berjaya ditakluk selepaspeperangan Nahawand selepas kejatuhan Empayar Sassani di Parsitahun 21H/641M.Hubungan dengan dunia islam Pada tahun 22H/642M angkatan tentera islam telah mara ke Bab(kawasan puak Turks). Ketua tentera islam adalah Abdul Rahm binRabi’ah bertemu dengan Raja Turks Shahrubaraz. Raja Turks telahmeminta perjanjian dari Abdul Rahman dan menyatakan kesediaanuntuk turut sama dalam angkatan tentera islam memerangi Armenia.Maka Abdul Rahman telah mengarahkan Shah bertemu denganpanglima islam Suraqah bin Amru. Suraqah menerima kehadiran Shah.Beliau menulis surat kepada khalifah Umar bin al-Khattab memaklumkanperkara tersebut. Umar bersetuju dengan tindakan tersebut dan
    • berlakulah perjanjian damai antara kedua pihak. Sejak itu tidak berlakulagi peperangan antara Turki dan Islam malah bersama-sama menaklukdan menyebarkan islam di Armenia. Tentera islam mara menakluk Negara-negara di timur Laut Parsidan berjaya menyebarkan islam di sana.Setelah Berjaya menjatuhkanempayar Parsi yang dianggap sebagai tembok yang menghalangkemaraan tentera islam ke wilayah tersebut. Setelah halangan iniBerjaya dihapuskan ditambah dengan kejayaan penaklukan islam, kinipintu terbuka luas untuk puak-puak yang mendiami kawasan tersebuttermasuklah puak Turk. Dengan ini wujudlah hubungan langsung antarrapuak ini dengan umat islam. Puak Turk akhirnya memeluk islam danturut sama menyertai barisan pejuang untuk menyebarkan islam danmemartabatkan kalimah Allah. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan, Tabariztan Berjayaditakluk. Umat islam telah menyeberangi Sungai Jaihun pada 31H danbertapak di wilayah seberang sungai, ramai puak Turk memeluk islam.Mereka menjadi pembela islam dan turut sama berjihad menyebarkanseruan Allah kepada seluruh manusia. Tentera islam terus maramenawan Bukhara pada zaman Muawiyah bin Abu Sufyan . tenterahebat ini merentas hingga sampai ke wilayah Samarqand. Akhirnyaseluruh Wilayah seberang sungai berada dalam keadilan pemerintahanislam. Mereka hidup dibawah naungan tamadun islam yang agung.Semenjak dari tarikh itu, puak Turk mula muncul memainkan perananpenting dalam sejarah islam. Malah akhirnya mereka Berjaya membinasebuah empayar islam yang besar dan ada hubungan yang kuat denganpara khallifah Empayar Abbasi dikenali sebagai Empayar Saljuk.Kemunculan kerajaan Saljuk Adapun Negara Anatolia (Asia Kecil) pada kurun ke 5H ditakluk dibawah raja Konstantinopal. Dunia islam terbahagi kepada 2 bahagian,kerajaan Abbasi di Baghdad dan kerajaan Fatimiyah di Mesir. Kerajaan Saljuk menyokong khalifah Abbasi di Baghdad danmenaikkan semula fahaman sunnah, setelah hampir runtuh disebabkanpengaruh kerajaan Buweih di Iran dan Iraq serta pengaruh kerajaan
    • Abidi Fatimi di Mesir dan Sham. Kerajaan Saljuk Berjaya menghapuskanpengaruh kerajaan Buweih sepenuhnya dan menyekat peluasaanpengaruh kerajaan Abidi Fatimi. Tugrul Bey seorang yang berwibawa, bijak dan berani. Beliauseorang yang kuat pada agama, warak dan adil.oleh kerana sifat inibeliau mendapat sokongan dan bantuan padu daripada rakyatnya.Beliau telah mempersiapkan satu angkatan tentera yang kuat. Beliaujuga berusaha unutk menyatukan semua kuasa Saljuk Turki di bawahsatu empayar yang kuat. Bagi mengukuhkan lagi hubungan antara khalifah Abbasi al-Qaaimbin Amrillah, dengan pemerintah empayar Saljuk Tugrul Bey, khalifahtelah berkahwin dengan anak Jufri Bey abang Tugrul Bey pada tahun448H/1056M. selepas itu pada bulan syaaban tahun 454H/1062M. Walaubagaimanapun, hayat Tugrul Bey tidak berpanjangan. Beliaumeninggal dunia pada malam jumaat 8hb Ramadan tahun 455H/1062M.umur beliau ketika itu hampir 70 tahunSultan Muhammad bergelar Alp Arslan Selepas kewafatan sultan Tugrul Bey , Alp Arslan telah menaikitahkta yang mana telah berlaku perebutan kuasa tapi dia telah Berjayameredakannya. Seperti pak ciknya , Arslan seorang pemerintah yangpintar dan berani. Pada awal pemerintahannya beliau melaksanakandasar tertutup bertujuan mengukuhkan setiap sudut pentadbiran dalamNegara yang tunduk di bawah empayar Saljuk. Setelah itu, barulah beliaumerancang untuk menakluk Negara-negara baru yang akan digabungkandalam empayarnya. Beliau juga seorang yang bersemangat untukberjihad di jalan Allah dan menyebarkan islam di Negara kristian yangberjiran seperti Armania dan Rom. Sesungguhnya beliau mampumenguasai Armania dan menghancurkan rajanya. Maka berlakulahpeperangan dari segenap pelusuk sehinggalah ke istananya. Penaklukan yang dicapai oleh Arslan menimbulkan kemarahanRomanos, pemerintah Rom. Maharaja ini tekad melancarkan seranganbalas bagi mempertahankan empayarnya. Beliau menghantar
    • tenteranya utuk melancarkan serangan kepada tentera Saljuk.Pertempuran paling sengit ialah perang Malzgirt yang tercetus padatahun 463H/Ogos 1070M. Raja Romanos juga Berjaya ditawan oleh seorang hamba. Beliautelah memukul raja itu dengan tangannya.Arslan : Jika saya menjadi tawanan di hadapan engkau, apakah yangengkau akan lakukan pada saya?raja rom : Saya akan lakukan segala yang tidak baikArslan : Apakah yang engkau jangka saya akan lakukan?Raja rom : Samada engkau bunuh dan malukan saya di negaramu atauengkau ampunkan saya dengna mengambil wang tebusan dankembalikan saya ke empayar saya.Arslan : Saya sememangnya beri pengampunan dan minta tebusan saja.Arlsan meminta wang tebusan sebanyak 1.5 juta dinar. Raja pun berdiridi depan Arslan dan beliau memberi air. Raja mengucup tanah didepannya dan mengucup tanah sambil mengadap Arslan sebagai tandahormat. Arslan memberikan 10 ribu dinar untuk persiapan raja dan diadibebaskan bersama sejumlah besar paderi dan pengikutnya. Arslanmenghantar tentera untuk mengiringi raja ke wilayahnya. Tentera inimembawa bendera yang tertulis “ tiada tuhan selain Allah danMuhammad utusan Allah.” Arslan seorang yang baik dan sentiasa mengambil kira factoremosi dan fizikal untuk menang. Beliau sentiasa mendampingi ulamadan bersikap terbuka menerima nasihat mereka. Contohnya Abu NasrMuhammad bin Abdul Malik al-Bukhari al-Hanafi ketika perangMalazgirt. Beliau berkata: jika engkau berperang untukmempertahankan agama sudah tentu Allah menjanjikan kemenanganuntukmu dan membenarkan agama ini mengatasi agama lain. Sayaberharap semoga Allah catatkan namamu untuk perolehi kemenangan.Bereperanglah pada hari jumaat ketika khatib berkhutbah di mimbarkerana mereka berdoa untuk para pejuang.
    • Arslan telah terbunuh di tangan pemberontak bernama Yusof al-Khawarizmi pada 1 Rabiul Awal tahun 456H/1072M. Beliau dikebumikandi Bandar Marwa bersebelahan kubur bapanya. Beliau diganti olehanaknya Malikshah. Pada zaman Malikshah empayar Saljuk semakin luashingga merangkumi Afghanistan di timur dan Asia Minor di barat sertaSham di selatan. Dengan kematian Malikshah 447H-485H/1055M-1092M, berakhirlah zaman kegemilangan dan kekuasaan Saljuk. Zaman 3org sultan Tugrul Bey, Alps Arslan dan Malikshah zaman kegemilangan.Dengan kematian mereka bermulalah zaman kejatuhan danpertumpahan darah. Zaman Arslan dan Malikshah wujud menteri iaituNizam Muluk. Kemudian menyaksikan kejatuhan ketika di bawahpemerintahan Ghiyasuddin Abu Sujak Muhammad yang berterusansehingga 511H/1128M. maka berakhirlah empayar Saljuk. Wujud beberapa factor yang menyebabkan kejatuhan empayarSaljuk yang turut menjadi punca kejatuhan khilafah Abbasi selepas itu.1. Perebutan takhta di kalangan ahli keuarga Saljuk yang wujud dikalangan saudara mara, bapa saudara, anak dan cucu.2. Campur tangan kaum wanita dalam pemerintahan.3. Tindakan beberapa orang pemerintah, menteri dan atabek yangmenyemarakkan pertelingkahan antara pemerintah Saljuk.4. Kelemahan khalifah Abbasi yang tunduk dengan kuasa tentera Saljuk5. Kegagalan empayar Saljuk menyatukan wilayah Sham, mesir, Iraq dibawah kuasa khilafah Abbasi.6. Perpecahan dalam antara Saljuk hingga membawa kepada perangsaudara yang berpanjangan.7. Konspirasi jahat terhadap empayar Saljuk yang sentiasa melakukantindakan khianat dan bunuh ramai sultan saljuk dan panglima perangmereka.8. Serangan oleh tentera salib dari seberang laut dan peperanganempayar Saljuk degan serangan ganas dari eropah.