Bab1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bab1

on

  • 639 views

 

Statistics

Views

Total Views
639
Views on SlideShare
639
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
16
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bab1 Bab1 Document Transcript

  • BAB SATU: PENGENALANAPAKAH KOMPUTER?Komputer adalah satu mesin elektronik yang dapat menyimpan dan memproses data kepadamaklumat yang dilaksanakan oleh satu siri arahan yang dipanggil program aturcara yangdisimpan di dalam ruang ingatannya di mana komputer menerima data (input),memanipulasinya mengikut aturan yang ditetapkan (proses), menghasilkan keputusan(output) dan menyimpan keputusan atau hasil tersebut untuk kegunaan di masa akan datangdengan cepat dan tepat.Perwakilan DataSebelum memahami cara komputer memproses data, adalah perlu untuk memahamibagaimana data diwakilkan di dalam komputer: Manusia berinteraksi menggunakan perkataandan ayat setiap kali bercakap. Pertuturan manusia adalah analog, bermakna ia menggunakanisyarat berterusan untuk mewakilkan data dan maklumat. Manakala komputer pula adalahdigital , iaitu ia hanya memahami dua keadaan sahaja iaitu samada ada arus (on) atau tiadaarus (off). Ini adalah disebabkan komputer yang terdiri daripada komponen-komponen elektrik yangdijanakan oleh kuasa elektrik yang hanya berfungsi di dalam dua keadaan tersebut. Duakeadaan ini diwakilkan oleh nombor 1 bagi ada arus clan 0 bagi tiada arus. Kita mengiradengan menggunakan digit 0 hingga 9 yang dipanggil sistem persepuluban. Disebabkankomputer hanya mengenali 2 digit sahaja; 1 dan 0, maka sistem nombor ini dipanggil sistemperduaan atau iebih dikenali sebagai sistem binari (binary system). Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit (kependekan untuk binary digit) dan merupakanunit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. Satu bit sebenarnya tidak membawaapa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkanbanyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1
  • Pengenalanbait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza tennasuk nombor, huruf besar, huruf kecildan simbolsimbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 ini dipanggil Skema Pengekodan.Sistem PengekodanDua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII, (American Standard Codefor Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer;dan EBCDIC, (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalamkomputer kerangka utama. Simbol @ Simbol @ EBCDIC ASCII EBCDIC ASCII Aksara Aksara 11110000 0 00110000 11001111 N 01001110 11110001 1 00110001 11010000 O 01001111 11110010 2 00110010 11010001 P 01010000 11110011 3 00110011 11010010 Q 01010001 11110100 4 00110100 11010011 R 01010010 11110101 5 00110101 11010100 S 01010011 11110110 6 00110110 11010101 T 01010100 11110111 7 00110111 11010110 U 01010101 11111000 8 00111000 11010111 V 01010110 11111001 9 00111001 11011000 W 01010111 11000010 A 01000001 11011001 X 01011000 11000011 B 01000010 11011010 Y 01011001 11000100 C 01000011 11011011 Z 01011010 11000101 D 01000100 01011010 ! 00100001 11000110 E 01000101 01111111 “ 00100010 11000111 F 01000110 01111011 # 00100011 11001000 G 01000111 01011011 $ 00100100 11001001 H 01001000 01101100 % 00100101 11001010 I 01001001 01010000 & 00100110 11001011 J 01001010 01001101 ( 00100111 11001100 K 01001011 01011101 ) 00101000 11001101 L 01001100 01011100 * 00101001 11001110 M 01001101 01001110 + 00101010 Dua skema pengekodan yang popular; EBCDIC danASCI1Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman; iaitu Ahingga Z dan nombor 0 hingga 9. la tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain sepertibahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. Cara mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakansatu lagi skema pengekodan yang dipanggil UNICODE. Kehadiran skema ini membolehkanMohd Farid Jaafar 2JSM, FSKTM, UPM
  • Pengenalananda menggunakan bahasa Arab iaitu dengan menggunakan huruf-huruf Arab di dalam perisianpemprosesan perkataan anda.PERKAKASANPerkakasan komputer adalah peranti komputer yang kelihatan secara fizikal. Ia membentuksebuah sistem komputer. Secara asasnya, komputer mempunyai 4 komponen yang berikut: Peranti Input - menerima data dan menghantar data ke CPU. Contoh: Papan kekunci, tetikus, kamera, pengimbas, mikrofon, light pen, joystick, trackball dan pembaca kod bar. Peranti input seolah-olah menterjemah arahan pengguna kepada bahasa yang difahami oleh komputer. Peranti Pemprosesan - Unit pemproses adalah satu set litar elektronik yang melaksanakan arahan-arahan dan memproses data. Peranti yang ditempatkan di dalam sistem unit komputer ini, adalah pusat kawalan untuk keseluruhan sistem komputer, ia adalah seolah-olah otak kepada komputer. Peranti pemproses menerima dan menyimpan data dan arahan daripada peranti input, tnemprosesnya dan menghantar keputusan atau hasil ke peranti output. Peranti ini terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan Unit Storan Utama (main memory).CPUJuga dikenali sebagai pemproses (processor) merupakan satu peranti yang menterjemah danmelaksanakan arahan-arahan pengoperasian komputer. la terdiri daripada satu unit kawalan(control unit) dan satu unit arithmetik logik (arithmetic logic unit. ALU). Unit kawalan danunit arithmetik logik adalah sebenarya koleksi litar elektronik yang kompleks di mana iamengandungi beribu-ribu transistor yang dipasang di atas litar bersepadu. Litar bersepaduyang diukir di atas cip silikon ini dipanggil pemproses mikro (mikroprocessor).Mohd Farid Jaafar 3JSM, FSKTM, UPM
  • PengenalanUnit KawalanUnit kawalan adalah peranti yang tidak melaksanakan arahan. Sebaliknva ia mengawal danmenyelaras aktiviti sistem komputer mengikut arahan yang diterima terutama untukmengarah pergerakan data di antara ingatan utama dan ALU.ALUMelaksanakan opearasi arithmetik dan perbandingan logikal, dan mengawal kelajuan operasi.Operasi arithmetik yang dimaksudkan ialah operasi tambah (+), tolak (-), darab (*) danbahagi (/). Operasi perbandingan logikal pula adalah operasi perbandingan di antara 2data. Enam operasi perbandingan logikal ialah lebih besar (>), lebih kecil (<), sama dengan(=), lebih besar atau sama dengan (>=), lebih kecil atau sama dengan (<=) dan tidaksama dengan (<>). Di samping 6 operasi ini terdapat 3 operasi tambahan iaitu AND, NOTdan OR.Storan UtamaLebih dikenali sebagai RAM, (Random Access Memory) atau pun Unit Capaian Rawak,adalah kawasan simpanan sementara untuk data dan arahan yang diperlukan oleh CPU untukaturcara yang sedang diproses dan untuk pengendalian keseluruhan sistem komputer. Peranti Output - mempamerkan segala maklumat dan keputusan yang dihasilkan daripada CPU. Kebiasaannya, output yang dihasilkan berbentuk paparan skrin, kertas, mikrofilem dan suara. Contoh : Monitor, pencetak, plotter, pembesar suara dan video. Peranti Storan - menyimpan data untuk tujuan storan agar boleh dicapai untuk kegunaan seterusnya. la juga dikenali sebagai storan sekunder (secondary storage) yang menyimpan data, arahan dan maklumat lebih kekal berbanding dengan storan utama. la juga bertindak sebagai peranti input kepada storan utama. Ini adalah kerana sebelum sebarang proses berlaku, data dan arahan perlu ditempatkan terlebih dahulu di dalam storan utama. Contoh : Cakera keras, cakera lembut, pita magnetik dan cakera optikal.Mohd Farid Jaafar 4JSM, FSKTM, UPM
  • Pengenalan Dengan adanya teknologi komunikasi, komponen komunikasi telah ditambah bagimemudahkan pengguna untuk mencapai maklumat dan berhubung dengan dunia luar melaluiInternet. Contoh:Modem dan fax modem.PERISIANMerupakan aturcara yang mengandungi beberapa siri arahan yang memberitahu perkakasan, perkara-perkara yang harus dilaksanakan. Sebagai contoh, sebahagian aturcara di dalam perisian akanmembenarkan anda membuat kemasukan data melalui papan kekunci dan menyimpannya di dalamruang ingatan. Manakala sebahagian aturcara lain dalam perisian ini akan membuat proses pengiraandi dalam ruang ingatan seperti proses penambahan beberapa siri nombor untuk mengira jurnlahnya.Sebelum sesuatu aturcara dapat dijalankan, arahan-arahan yang terdapat di dalam aturcara itu mestilahditempatkan di dalam ingatan utama komputer (main memory) terlebih dahulu. Perisian terbahagi kepada 2 jenis iaitu perisian sistem (system software) dan perisian aplikasi(application system). Perisian sistem terdiri daripada aturcara yang mengawal operasi-operasikomputer dan perkakasannya. la juga bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan peranti. Duajenis perisian sistem ialah sistem pengoperasian (operating system) dan aturcara utiliti (utilityprogram). Editor teks dan penterjemah bahasa adalah antara contoh lain perisian sistem. Perisianaplikasi pula adalah perisian yang direka untuk melakukan tugas-tugas tertentu pengguna. Antaraperisian aplikasi yang terkenal ialah perisian pemprosesan perkataan (word processing application).perisian pangkalan data (database application) an pelayar internet (web browser).PENGENALAN KEPADA VISUAL BASICApakah Visual Basic?Terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang direka bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Bahasapengaturcaraan ini boleh dikhaskan kepada bahasa mesin, bahasa perhimpunan dan bahasaparas tinggi.Mohd Farid Jaafar 5JSM, FSKTM, UPM
  • Pengenalan Bahasa mesin ini melibatkan penggunaan arahan bahasa pengaturcaraan - yang berbentuk digitbinari (0 dan 1). Ia merupakan bahasa asal sesebuah komputer. Aturcara yang ditulis di dalambahasa ini tidak perlu diterjemahkan dan sedia untuk dilaksanakan. Ini kerana arahan-arahannyatelah difahami oleh komputer. Kelemahan bahasa ini ialah susah dipelajari kerana menggunakankod 0 dan 1. Oleh itu aturcara akan menjadi panjang walaupun untuk menyelesaikan masalah yangmudah. Bahasa ini juga hanya boleh dilarikan pada komputer yang dikhaskan sahaja. Contoh: Bahasa perhimpunan adalah lebih mudah difahami oleh pengaturcara dalam membuatpenulisan aturcara. Aturcara yang ditulis dalam bahasa perhimpunan ini tidak boleh diproses secaraterus oleh komputer kerana ianya memerlukan penterjemah bahasa yang dipanggil penghimpununtuk menukarkan aturcara kepada kod mesin bagi tujuan perlaksanaan. Aturcara masih lagipanjang kerana masih lagi berkait dengan arahan bahasa mesin. Contoh: Bahasa paras tinggi direka bagi memudahkan pengaturcaraan kerana mirip bahasalnggeris dan mempunyai struktur bahasa yang senang difahami. Bahasa ini senang dipelajan,namun masih perlu diterjemahkan yang dipanggil pengkompil (compiler) kepada bahasa mesinsebelum boleh dilaksanakan. Aturcara boleh dilarikan dari mana-mana komputer. ContohnyaBASIC (Beginners All-purpose Symbolic Instruction Code), C, COBOL (Common BusinessOriented Language), FORTRAN (FORmul TRANslation), Ada dan Pascal. Visual Basic adalah dibangunkan daripada BASIC. lanya menggunakan pendekatan yangberbeza daripada pendekatan prosedur, iaitu menggunakan pendekatan PengaturcaraanBerorientasikan Objek (Object Oriented Programming) dan Pengaturcaraan Event-Driven.Pengaturacaraan Visual Basic melibatkan penggunaan object. Object ini terdiri daripadaProperties dan Method.Object: Merupakan benda atau kata benda seperti Form dan Control. Form adalah tetingkap (windows) dan kotak dialog yang terpapar pada skrin komputer. Control adalah elemen-elemen yang berada di dalam Form seperti kotak teks, butang arahan dan kotak senarai.Properties: Menerangkan ciri-ciri bagi Object seperti warm, saiz, lokasi, nama dan sebagainya. Contohnya Forml.CaptionMohd Farid Jaafar 6JSM, FSKTM, UPM
  • PengenalanMethods: Methods mewakili tindakan yang akan dilaksanakan oleh object. lanya menggunakan perkataan yang dikhaskan oleh OOP seperti Move, Print, Resize dan Clear. Contohnva Forml.PrintPengaturcaraan Event-Drive mengandungi kebanyakan (tetapi tidak semua) elemen yang terdapat didalam Pengaturcaraan Berorientasi Objek (OOP). Pendekatan ini membolehkan pengguna hanyaperlu menekan butang arahan untuk melaksanakan arahan yang dikehendaki. Tindakan pengguna iniakan menyebabkan event berlaku. yang mana dilakukan oleh aturcara Basic yang ditulis. Sebagaicontoh, pengguna menekan butang arahan yang berlabelkan KIRA. Proses klik butang ini akanmenyebabkan event Click berlaku, di mana secara automatik prosedur yang melaksanakan prosespengiraan akan dipanggil bagi melaksanakan tugas pengiraan. Pembangunan VB adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada versi 1.0 pada1991, versi 2.0 pada 1992, versi 3.0 pada 1993, versi 4.0 pads 1995, versi 5.0 pada 1997, versi 6.0pada 1998 dan versi VB .Net pada 2003. Visual Basic 6.0 mempunyai 4 edisi iaitu Learning.Professional, Enterprise dan Working Model. Edisi Professional dan Enterprise sesuai bagipembangunan aplikasi profesional dan kompleks contohnya yang melibatkan pengurusan pangkalandata yang besar. Visual Basic adalah antara bahasa pengaturcaraan yang paling mudah dan menarik kerana ianyabersifat mesra-pengguna dan kelihatan seperti persekitaran Windows. Microsoft Windowsmenggunakan Graphical User Interface (GUI).Persekitaran Visual BasicPersekitaran Visual Basic adalah tempat di mana anda akan membina dan menguji program.Sebelum memulakan projek pengaturcaraan, perkara yang asas perlu dilakukan ialahmelarikan perisian Visual Basic. Kotak Dialog akan keluar dan anda boleh memilih sama ada ingin memulakan projek yangbaru atau membuka projek yang telah sedia ada atau projek yang terkini.Mohd Farid Jaafar 7JSM, FSKTM, UPM
  • PengenalanForm Window - tempat bagi mereka bentuk antara muka. Bagi projek yang baru, Visual Basicakan menetapkan nama form sebagai FORMI, dan ianya adal default. Anda boiehmenukarkannya kepada nama yang lain apabila projek disimpan.Project Explorer Window - akan memaparkan nama-nama fail yang disimpan di dalam projek.Bar tajuk memegang nama fail .vbp. Project1 adalah nama default yang diberi oleh VisualBasic selagi anda tidak menukarkannya dengan nama yang lain.Properties Window - digunakan untuk set properties bagi objek.Form Layout Window - kedudukan form di dalam Form Layout menunjukan kedudukanform semasa projek dilarikan.Toolbox - mengandungi tools yang digunakan untuk menempatkan objek di dalam form.Toolbar - butang arahan ini adalah sama fungsinya seperti arahan yang terdapat pada menu.Design Time, Run Time dan Break Time - semasa mereka bentuk antara muka dan menuliskod ia dipanggil Design Time. Semasa pengujian dijalankan atau projek dilarikan, iadipanggil Run Time. Sekiranva anda mendapat ralat (error) semasa Run Time atau projekdiberhentikan (pause) semasa dilarikan, anda berada di Break Time.Mohd Farid Jaafar 8JSM, FSKTM, UPM