Tugasan kissm

2,362 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,362
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
162
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan kissm

  1. 1. IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA KISSM SESI NOV 2011 TARIKH KURSUS : 21 – 23 NOV 2011 Tugasan Kumpulan Nama Ahli No KP Angka giliran FAIZAH BT MOHD TAHIRNAJIHAH HANIM BT MOHD ROMALI NUR SABRINA BINTI MAT DERUS 850218-06-5036 2011141050032WAN NORUL AIN BT WAN AHMAD MAZLANBil Kriteria Markah Tugasan Tugasan 1 21 Kandungan 42 Penglibatan Ahli Kumpulan 33 Rumusan 24 Penghasilan Produk 1 Jumlah 10* Jumlah Besar
  2. 2. KOMPONEN IV (Kewangan) Tugasan 4SOALAN 4BEncik Awal dan Encik Akhir ialah pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan, dilantiksebagai Ahli Lembaga Pemeriksa untuk melupuskan aset di jabatannya.(i) Nyatakan justifikasi pelupusan terhadap barangan di jabatannya itu. Pelupusan digunakan untuk melupuskan harta Kerajaan yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi harta tersebut tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan lagi. Tujuan dibuat pelupusan ialah untuk mengeluarkan rekodnya daripada daftar. Pelupusan perlu apabila barang-barang usang, rosak dan tidak boleh digunakan. Selain itu, barang pecah atau rosak dan tidak ekonomik jika dibaiki, lebihan barangan dan perubahan teknologi dan tidak sesuai digunakan. Objektif pelupusan adalah untuk menjimatkan ruang stor, mendapatkan pulangan balik dan pengurusan stok atau inventori yang sempurna. Tindakan melupuskan barang-barang dibuat dari semasa ke semasa. Pegawai dilarang mengumpul barang-barang dan menunggu bilangan yang banyak sebelum tindakan pelupusan dilakukan. Sekiranya pegawai tersebut menangguh untuk melupuskan barang- barang, ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan ruang stor, kesesakan stor, barangan mudah dicuri atau hilang, nilai barang-barang semakin menurun dan apabila barangan tersebut dijual nanti kerajaan mengalami kerugian hasil.
  3. 3. (ii) Huraikan kaedah-kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka terhadap pelupusan barang-barang tersebut. Sebelum melupuskan barang-barang, penyelenggara stor perlu mengenalpasti barang-barang yang hendak dilupuskan, menyenaraikan barang- barang tersebut dan pelupusan perlu dibuat dengan segera bagi mengelakkan penggunaan ruang dan susutnilai.Oleh kerana Terdapat tiga kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka untuk melupuskan barang-barang tersebut. Kaedah yang pertama adalah dengan cara jualan secara tender, sebutharga, lelong dan tukar beli. Tender hendaklah disertai oleh syarikat atau orang perseorangan. Untuk membuka tender, harga minimum barangan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada nilai semasa aset. Bagi sebutharga pula, jabatan perlu memilih tawaran tertinggi yang tidak kurang dari harga simpanan. Jika harga tawaran tertinggi kurang 20% dari harga minimum, Jawatankuasa boleh buat keputusan. Dalam keadaan lain rujuk Perbendaharaan. Kakitangan Kerajaan dan ahli keluarga yang menyertai sebutharga buat perakuan dalam borang sebutharga. Kakitangan Agensi yang mengurus aset tidak dibenarkan menyertai sebutharga. Bagi tukar beli pula, Aset masih boleh digunakan dan tidak diperlukan. Hanya pembekal asal atau tertentu sahaja berminat. Perlu dikeluarkan sebelum pengganti dipasang. Permintaan atau pembekal tertentu terhad. Kaedah yang kedua adalah menghadiahkan barang-barang tersebut kepada mana-mana pertubuhan yang diiktiraf kerajaan. Kaedah ini boleh dilaksanakan antara Jabatan Persekutuan dengan pertubuhan sukarela dan badan yang diiktiraf Kerajaan, disokong oleh surat permohonan, aset yang dihadiah untuk latihan dan pameran diguna untuk tujuan tersebut sahaja dan perlulah mendapat kelulusan Perbendaharaan. Kaedah yang ketiga adalah memusnahkan barang-barang tersebut dengan cara menanam, membakar, menenggelamkan di laut dan membuang. Dengan kaedah menanam, barang tersebut hendaklah disahkan tidak mempunyai nilai. Kaedah ini perlu dilakukan dengan langkah yang telah
  4. 4. ditetapkan di mana perlu ada sijil yang mengandungi maklumat seperti tarikhditanam, tempat barang tersebut ditanam dan tandatangan pihak yang terbabit.

×