Teknik pengajaran dan pembelajaran 1

9,701 views
9,445 views

Published on

3 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
9,701
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
391
Comments
3
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teknik pengajaran dan pembelajaran 1

  1. 1. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDEFINISIMenurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni sepertimuzik, karang-mengarang dan sebagainya.Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktikyang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatubahagian bahasa tertentu.Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III :Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahanpengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengankaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.Teknik-teknik Pengajaran BahasaTeknik main perananTeknik permainan bahasaTeknik latih tubiTeknik berceritaTeknik inkuiriTeknik perbahasanTeknik kuizTeknik sumbangsaranTeknik soal jawabTeknik simulasiTeknik dramaTeknik perbincanganTeknik forumTeknik dialogTUJUAN TEKNIKMenarik Minat muridMengekalkan perhatianMembangkitkan ras ingin tahuTEKNIK LATIH - TUBITeknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa MelayuBoleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksudperkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalampengajaran bahasa kedua.Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:
  2. 2. Sebutan (accent)-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawamakna dalam sesuatu situasi.Tatabahasa (grammer)-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.Perbendaharaan kata (vocabulary)-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasitertentu.Kefasihan (fluency)-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.Kefahaman (comprehension)-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativitimurid.Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yangmemerlukan ikutan dan ulangan.TEKNIK SIMULASISimulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yangmemerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuatkeputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkanmaklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan danmenyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluangkepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanyadalam kemahiran lisan membaca dan menulis.Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untukmeneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.TEKNIK MAIN PERANANMain peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggappenting.Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yangdisediakan.Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakoncuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supayamempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakankepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,mendengar rakaman dan sebagainya.
  3. 3. TEKNIK SUMBANGSARANTeknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesiperbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembangmenjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,universiti dan latihan profesional.Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secaraanalitis.Tujuan SumbangsaranTopik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat muridGaris panduan guru haruslah ringkas dan jelasSemua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layakSetiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadanganPelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak ideaSuasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupiDigalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritikSetiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehanTEKNIK PERMAINAN BAHASAPermainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif,pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajarantaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistempendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikanmelalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :merangsang interaksi verbal pelajarmenambah kefasihan dan keyakinanmenyediakan konteks pembelajaranbertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosanbertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
  4. 4. TEKNIK SOAL – JAWABMerupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikanPemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupayamewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isipelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilaiapa yang diajar.Tujuan utama teknik soal jawab ialah :Untuk mengesan pengetahuan berbahasa muridUntuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di sampingdapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.TEKNIK BERCERITAMerupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasakerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulisdikalangan pelajar.Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dankesudahan cerita.Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalanmata.Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidakmenimbulkan kebosanan.Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.Kemudian, sesuaikan puladengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelummenggunakan teknik ini.Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasayang hendak disampaikan.TEKNIK DRAMASering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitukaedah terus, elektif dan audiolingual.Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda,nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesandalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannyadengan matapelajaran yang dipelajarinya.Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran danpembelajaran.Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapatmenyuburkan sahsiah pelajar.
  5. 5. TEKNIK INKUIRITeknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yangberorientasikan masalah.Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan dayakreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, iadapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proseskemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.Pengendalian teknik inkuiri ialah :Proses mengenali masalahMengkaji ramalanMengumpul maklumatMenganalisisMembuat rumusaTEKNIK PERBINCANGANTeknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentangsesuatu tajuk.Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas(Kementerian Pendidikan 1990:85).Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan iadilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkanpandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnyabermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutamadalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malahdapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yangboleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dandicapai.Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincangdengan ahli-ahli kumpulan.Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain,menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghalakearah perkara yang betul.Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.Hasilperbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.Setelah dibincangguru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
  6. 6. TEKNIK FORUMForum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanaifikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsipengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan ideadan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabarselaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.TEKNIK PERBAHASANBahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasanyang logik dan idea yang tersusun.Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.Antara manfaat teknik ini ialah :Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesanMelatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teraturMenguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasayang sesuai.Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangankemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.TEKNIK KUIZDiperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris disekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.Tujuannya ialah :Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topiktertentu.Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna danpenggunaan bahasa yang tepat.Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermaknakuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajarhttp://bobezani.tripod.com/teknik.htm

×