• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
assingment full (2A)
 

assingment full (2A)

on

  • 2,354 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,354
Views on SlideShare
2,354
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
55
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    assingment full (2A) assingment full (2A) Document Transcript

    • SME3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE Tajuk:TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS) (ASSIGNMENT 2 - WRITE UP) Nama Pensyarah: PROF. DR. MARZITA PUTEH Kumpulan: 2(a) Disediakan Oleh: Ahli Kumpulan NAMA NOMBOR MATRIKSITI SYATINI BINTI SYARBAINI D20091034787JENIFER ANAK JOSLI D20091034575SITI MUSYRIFAH BINTI MOHD SUFIEE D20091035237NOORHASNA BINTI HUSSAIN D20091034739NUR HAYATI BINTI MOHD RAZALI D20091034724 Tarikh serahan: 06 OKTOBER 2011
    • ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat1.0 Pengenalan 1 1.1 Matlamat TIMSS 1 1.2 Penilaian TIMSS 2 1.3 Panduan Soalan Penyelidikan TIMSS 4 1.4 Tahap Pengukuran Pencapaian TIMSS 42.0 Latar Belakang TIMSS 1995 6 2.1 Target Populasi 7 2.2 Dapatan 2.2.1 Gred Rendah 7 2.2.2 Gred Pertengahan Sekolah 8 2.2.3 Tahun Akhir Sekolah Menengah 9 2.2.4 Tahun Akhir Sekolah Menengah: Matematik dan FizikLanjutan 93.0 Latar Belakang TIMSS 1999 10 3.1 Target Populasi 10 3.2 Dapatan 3.2.1 Pencapaian dan Sikap Pelajar 10 3.2.2 Perubahan Masa 11 3.2.3 Perbezaan Jantina 11 3.2.4 Kurikulum dan Pengajaran 114.0 Latar Belakang TIMSS 2003 12 4.1 Aspek yang Dinilai dalam TIMSS 2003 4.1.1 Kurikulum 12 4.1.2 Ciri-Ciri Guru 13 4.1.3 Strategi Pengajaran Guru 135.0 Latar Belakang TIMSS 2007 13 5.1 Aspek yang Dinilai dalam TIMSS 2007 5.1.1 Kurikulum 13 5.1.2 Ciri-Ciri Guru 14 5.1.3 Strategi Pengajaran Guru 146.0 Pencapaian Pelajar Mengikut Negara Berdasarkan Laporan TIMSS 14
    • 7.0 Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Segi Gender Dari Tahun 1995 16Hingga Tahun 2007 7.1 Faktor-Faktor Perbezaan Pencapaian Pelajar 17 7.1.1 Bakat Atau Minat Mereka Dalam Subjek Matematik Dan 17Sains 7.1.2 Sikap Pelajar Membuat Kerja Rumah 17 7.1.3 Pendidikan Keluarga 18 7.1.4 Sumber Rujukan Di Rumah 18 7.1.5 Masa Yang Diluang Selepas Sekolah 198.0 Kesimpulan 19BibliografiLampiran
    • LAPORAN KUMPULANNo Date Activities Task Assign1. 20/09/2011 1. Discussed about the Siti Syatini Syarbaini – prepared TIMSS. the introduction of TIMSS slides. Jenifer Anak Rosli – prepared the 2. Find the articles that TIMSS 1995 and TIMSS 1999 related to the topic from the slides. reference books and Siti Musyrifah Mohd Sufiee - internet. prepared the slide of TIMSS 2003 3. Divided the works to and TIMSS 2007. each member. Noorhasna Hussain – prepared the slide of performance of student in TIMSS 1999 until 2007. Nur Hayati Mohd Razali – prepared the factors of differences student performance in TIMSS 1995 until 2007.2. 26/09/2011 Meet the other group .Our group prepared the members 2(b) to discuss the introduction TIMSS 1995 until content. TIMSS 2007. Group 2(b) prepared the role in preparing students to compete globally at the international level.3. 28/09/2011 1. Combine the slides. Every member gave the slide. 2. Print the slides for students and lecturer.4. 05/10/2011 1. Combine the content in Siti Musyrifah Mohd Sufiee and Microsoft Word. Siti Syatini Syarbaini – prepared the report meeting and combine the 2. Prepare the meeting essay. report. Noorhasna Hussain, Jenifer Anak 3. Edit the essay. Josli and Nur Hayati Mohd Razali edit the essay.
    • 1.0 PengenalanPendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti sumber manusiasupaya mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkatglobal. Justeru itu, penilaian terhadap segala aspek yang berhubung kait dengan kualitipendidikan terus dipertingkatkan lagi. Salah satunya adalah penilaian yang dilakukan untukmelihat pencapaian pelajar terutamanya di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia telahmengikuti suatu kajian antarabangsa yang menilai mutu dan pencapaian pelajar dalampendidikan iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). TIMSS adalah suatu penilaian dan projek penyelidikan yang dibentuk untuk mengukurtahap pencapaian pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 dalam pendidikan Matematik dan Sains diperingkat antarabangsa. TIMSS ini telah dijalankan oleh International Association for theEvaluation of Educational Achievement (IEA) dan diuruskan oleh International Study Centre,Lych School of Education, Boston College di Amerika Syarikat. Kajian ini telah dilaksanakanempat tahun sekali iaitu bermula pada tahun 1995, seterusnya pada tahun 1999, 2003, 2007dan kini pada tahun 2011. Mesyuarat Penyelaras Pendidikan Nasional dijalankan dua kalisetahun dalam usaha merancang dan membuat laporan pada setiap peringkat proses,melakukan perundingan dengan Statistik Kanada dan Pusat Pemprosesan Data IEA diHamburg.1.1 Matlamat TIMSSMatlamat TIMSS adalah untuk memberi maklumat perbandingan tentang pencapaianpendidikan di seluruh negara yang menyertai TIMSS untuk meningkatkan pengajaran danpembelajaran (P&P) dalam Matematik dan Sains. Selain itu, kajian ini dapat memberikanperbandingan perspektif mengenai trend pencapaian dalam konteks sistem pendidikan yangberbeza, pendekatan organisasi dan amalan pengajaran setiap sekolah serta memahamikonteks pembelajaran pelajar yang berbeza. Melalui TIMSS, setiap negara yang terlibat dapat mempelajari dengan mengenal pastikekuatan dan kelemahan pencapaian pelajar secara relatif kepada pelajar-pelajar di seluruhdunia. Daripada hasil penilaian yang diperoleh, sesebuah negara yang terlibat dapat membuatpenambahbaikan dalam sistem pendidikan yang sedia ada terutamanya dalam kurikulum,kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian diajarkan dalam Matematikdan Sains. Di samping itu, TIMSS juga dapat menggalakkan persaingan pada peringkatantarabangsa dalam bidang pendidikan.
    • 1.2 Penilaian TIMSSItem-item yang dinilai dalam TIMSS mencakupi 2 domain iaitu domain konten dan domainkognitif. Dalam ujian TIMSS, objektif dan kemahiran yang dinilai merupakan analisis asaskurikulum yang diambil oleh kebanyakan setiap negara yang menyertai kajian tersebut.Domain konten berbeza untuk pelajar Tahun 4 dengan pelajar Tahun 8 kerana mencerminkansifat dan tahap kesukaran Matematik dan Sains yang diajar. Domain konten yang diajarkankepada pelajar adalah seperti dalam jadual. Content Domains Topic areasMathematics Year 4Number Whole numbers Fractions and decimals Number sentences Patterns and relationshipsGeometric shapes and measurement Lines and angles Two- and three-dimensional shapes Location and movementData display Reading and interpreting Organising and representingMathematics Year 8Number Whole numbers Fractions and decimals Integers Ratio, proportion and per centAlgebra Patterns Algebraic expressions Equations/formulas and functionsGeometry Geometric shapes Geometric measurement Location and movementData and Chance Data organisation and representation Data interpretation Chance Jadual 1: Domain Konten Matematik
    • Content Domains Topic areasScience Year 4Life science Characteristics and life processes of living things Life cycles, reproduction and heredity Interaction with the environment Ecosystems Human healthPhysical science Classification and properties of matter Physical states and changes in matter Energy sources, heat, and temperature Light and sound Electricity and magnetism Forces and motionEarth science Earth’s structure, physical characteristics, and resources Earth’s processes, cycles, and history Earth in the solar systemScience Year 8Biology Characteristics, classification, and life processes of organisms Cells and their functions Life cycles, reproduction, and heredity Diversity, adaptation, and natural selection Ecosystems Human healthChemistry Classification and composition of matter Properties of matter Chemical changePhysics Physical states and changes in matter Energy transformations, heat, and temperature Light Sound Electricity and magnetism Forces and motionEarth science Earth’s structure and physical features Earth’s processes, cycles, and history Earth’s resources, their use and conservation Earth in the solar system and the universe Jadual 2: Domain Konten Sains Manakala domain kognitif pula melibatkan daya pemikiran pelajar dalammenyelesaikan masalah dalam Matematik dan Sains. Domain kognitif dibahagikan kepada 3
    • tahap iaitu mengetahui (knowing) di mana meliputi fakta, prosedur dan konsep yang perlupelajar ketahui, mengaplikasi (applying) iaitu memberi tumpuan kepada pelajar untukmengaplikasikan pengetahuan dan konsep kefahaman dalam menyelesaikan masalah ataumenjawab soalan dan tahap ketiga adalah penalaran dan analisis (reasoning and analysis) dimana pelajar menyelesaikan masalah yang melibatkan konteks yang kompleks dan masalahyang melibatkan pelbagai langkah (multi-step problems).1.3 Panduan Soalan Penyelidikan TIMSSSelaras dengan konsep kurikulum TIMSS seperti yang berlaku pada tiga peringkat, tigadaripada empat soalan umum penyelidikan yang membimbing pembangunan kajian memberitumpuan kepada tahap kurikulum iaitu kurikulum cadangan (intended curriculum), kurikulumyang dilaksanakan (implemented curriculum) dan kurikulum yang ingin dicapaikan (attainedcurriculum). Kurikulum cadangan adalah melibatkan keadaan pendidikan dan sosial negara.Manakala kurikulum yang dilaksanakan adalah meliputi peranan guru kelas dan keadaan didalam bilik darjah. Kurikulum yang ingin dicapai adalah lebih kepada kesan kurikulum yangdibentuk terhadap sahsiah dan pencapaian pelajar. Soalan penyelidikan umum yang keempatadalah hubungan ketiga-tiga kurikulum terhadap sosial dan konteks pendidikan negara. Pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam Matematik dan Sains dinilai dalam setiapsoalan yang disediakan. Terdapat dua format soalan yang digunakan dalam penilaian TIMSSiaitu soalan aneka pilihan dan soalan membina respon. Soalan aneka pilihan menyediakanempat pilihan jawapan iaitu hanya satu sahaja jawapan yang betul. Bentuk soalan sebeginiadalah untuk menilai apa-apa tingkah laku dalam domain kognitif namun tidak beberapasesuai untuk menilai keupayaan pelajar dalam membuat lebih banyak tafsiran atau penilaianyang lebih kompleks. Manakala soalan membina respon dibentuk untuk menilai aspek-aspekpengetahuan dan kemahiran yang memerlukan pelajar menjelaskan fenomena atau mentafsirdata berdasarkan pengetahuan latar belakang dan pengalaman mereka.1.4 Tahap Pengukuran Pencapaian TIMSSTIMSS menggunakan penanda aras antarabangsa (international benchmarks) dalammenentukan skala pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains melalui ujian yangdijalankan. Penanda aras telah dikembangkan menggunakan scale anchoring techniques dan
    • data pencapaian pelajar daripada setiap negara yang menyertai TIMSS. Pada peringkatantarabangsa, pencapaian pelajar mestilah diukur pada empat tahap. Keempat-empat tahap yang merumuskan setiap pencapaian yang diperoleh oleh setiappelajar adalah: 1. the ‘advanced international benchmark’, which was set at 625; 2. the ‘high international benchmark’, which was set at 550; 3. the ‘intermediate international benchmark’, which was set at 475; and 4. the ‘low international benchmark’, which was set at 400. Jadual 3: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Matematik)Tahun Low International Intermediate High Advanced Benchmark International International International Benchmark Benchmark Benchmark (400) (475) (550) (625)Tahun 4 Pelajar Pelajar boleh Pelajar boleh Pelajar dapat mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengaplikasikan sedikit pengetahuan pengetahuan dan kefahaman dan pengetahuan asas asas Matematik kefahaman pengetahuan Matematik. dalam soalan dalam menjawab dalam pelbagai yang mudah. soalan. konteks soalan yang kompleks dan dapat menjelaskan setiap jawapan yang diberikan.Tahun 8 Pelajar Pelajar dapat Pelajar dapat Pelajar boleh mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengorganisasikan sedikit pengetahuan kefahaman dan dan membuat pengetahuan asas Matematik pengetahuan kesimpulan mengenai nombor dalam soalan dalam pelbagaidaripada bulat dan titik yang mudah. konteks situasi maklumat, perpuluhan, yang kompleks.membuat operasi dan graf generalisasi dan asas. menyelesaikan soalan non-rutin. Jadual 4: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Sains)
    • Tahun Low Intermediate High Advanced International International International International Benchmark Benchmark Benchmark Benchmark (400) (475) (550) (625)Tahun 4 Pelajar Pelajar boleh Pelajar boleh Pelajar boleh mempunyai mengaplikasikan mengaplikasikan mengaplikasikan sedikit peengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan dan pengetahuan asas kefahaman untuk kefahaman dalam memahami dalam Sains situasi yang menjelaskan proses saintifik Kehidupan dan pratikal dalam fenomena harian. dan hubungan Sains Fizikal Sains. dalam permulaan penyiasatan saintifik.Tahun 8 Pelajar boleh Pelajar dapat Pelajar dapat Pelajar boleh mengenal pasti mengenal pasti mendemostrasikan menunjukkan sedikit fakta asas dan kefahaman kefahaman daripada Sains berkomunikasi konseptual kitaran mengenai Fizikal dan Sains tentang Sains, sistem dan beberapa Kehidupan. pengetahuan prinsip- kompleks dan saintifik asas prinsipnya. konsep abstrak dalam pelbagai dalam Biologi, topik. Kimia, Fizik dan Sains Bumi.2.0 Latar Belakang TIMSS 1995TIMSS 1995 merupakan penilaian pertama dalam kitaran empat tahun dalam trendpencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains. Lebih daripada setengah juta pelajar diuji,dan kajian melalui soal selidik telah mengumpul maklumat yang terperinci mengenaipengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains termasuklah ribuan guru dan pengetuasekolah. TIMSS 1995 juga menyiasat kurikulum Matematik dan Sains bagi negara-negarayang mengambil bahagian melalui analisis panduan kurikulum, buku teks dan bahankurikulum lain. Sub-sampel pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 yang menyertai sesi ujian utama
    • akan dipilih untuk penilaian prestasi dan mereka akan menjalankan eksperimen,memanipulasikan material, menguji hipotesis dan mencatat dapatan apabila menyiapkantugasan Matematik dan Sains. Pengumpulan data utama dijalankan dalam tahun 1994 hingga1995.2.1 Target PopulasiTIMSS dijalankan pada lima tahap gred iaitu: Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar berumur 9 tahun (gred 3 atau gred 4 bagi kebanyakan negara). Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar 13 tahun (gred 7 dan gred 8 bagi kebanyakan negara). Pelajar dalam tahun akhir sekolah menengah. Sebagai pilihan tambahan, negara boleh menguji dua sub-kumpulan khas pelajar-pelajar ini: pelajar yang mengambil jurusan Matematik lanjutan dan/atau pelajar yang mengambil jurusan Fizik lanjutan.Semua negara terlibat dalam penilaian pada gred 7 dan 8. Gred-gred lain adalah tidak wajibuntuk dinilai dalam TIMSS 1995. Negara-negara yang terlibat dalam TIMSS 1995 adalahArgentina, Australia, Austria, Belgium (Flemish), Belgium (Perancis), Bulgaria, Kanada,Colombia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, England, Perancis, Jerman, Yunani, HongKong, Hungary, Iceland, Indonesia, Iran, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Kuwait, Latvia,Lithuania, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Filipina, Portugal, Romania,Persekutuan Rusia, Scotland, Singapura, Republik Slovak, Slovenia, Afrika Selatan,Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, dan Amerika Syarikat.2.2 Dapatan 2.2.1 Gred rendahDalam Matematik, Singapura dan Korea merupakan antara negara yang paling menonjol.Jepun dan Hong Kong antara negara yang terbaik di dunia, begitu juga Netherlands, RepublikCzech dan Austria. Bagi Sains pula, tahap pencapaian tertinggi yang dikenal pasti ialahKorea, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Austria. Perbezaan jantina dalam pencapaian Matematik adalah sedikit atau tidak wujud. BagiSains pula, lelaki lebih menonjol daripada perempuan bagi sesetengah negara, terutamanyadalam Sains Bumi dan Sains Fizikal. Dalam hampir kesemua negara, majoriti lelaki danperempuan dilaporkan bahawa mereka menggemari subjek Matematik dan Sains. Kajian
    • mendapati pelajar mempunyai sumber pendidikan di rumah seperti komputer, memiliki mejabelajar sendiri, mempunyai 200 buku atau lebih merupakan faktor utama penyumbang utamadalam pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negara. Majoriti negara, kelas Matematik lazimnya dibuat hanya tiga hingga empat jamseminggu. Bagi Sains pula, terdapat perbezaan yang ketara. Sesetengah negara, subjek Sainsdiajar kurang dari dua jam seminggu dan dalam satu perlima negara, pengajaran Sainsdigabungkan dengan subjek yang lain. Jika dilihat dalam keseluruhan negara, pendekatanyang paling kerap digunakan adalah bekerjasama sebagai satu kelas dengan guru yangmengajar dalam sebuah kelas, dan pelajar melakukan tugas secara individu. Buku teksmerupakan sumber bertulis yang utama digunakan dalam menentukan topik yang akan diajarkepada pelajar. 2.2.2 Gred pertengahan sekolahSembilan daripada dua belas negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa bagiMatematik di tahap sekolah rendah juga di gred 8. Negara-negara tersebut adalah Singapura,Korea, Jepun, Hong Kong, Netherlands, Republik Czech, Austria, Slovenia dan Hungary.Dalam Sains pula, keadaan yang serupa juga berlaku pada Korea, Jepun, Austria, Australia,Republik Czech, England, Singapura dan Slovenia. Bagi kebanyakan negara, perbezaan jantina adalah sangat minimum dalam Matematiktetapi tidak bagi Sains. Lelaki mempunyai pencapaian yang sangat tinggi, terutamanya dalamFizik, Kimia dan Sains Bumi. Juga seperti sekolah rendah, faktor-faktor persekitaran di rumahseperti sumber-sumber pendidikan, buku-buku di rumah dan pendidikan dari ibu bapamempunyai kaitan rapat dengan pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negaraTIMSS. Dalam hampir setiap negara, majoriti pelajar mengatakan mereka telah melakukanyang terbaik dalam Matematik dan Sains. Menariknya, beberapa buah negara denganpencapaian yang tertinggi adalah pelajarnya yang mempunyai persepsi yang negatif terhadapkejayaan, yakni Jepun, Korea dan Hong Kong. Kedua-dua kelas Matematik dan Sains dalam kebanyakan negara dibuat hanya 2hingga 3.5 jam seminggu. Bagi beberapa buah negara pula jumlah ini adalah jumlah yangtertinggi, iaitu 5 jam ke atas seminggu tetapi tiada pola yang boleh dikenal pasti jumlah jamdalam kelas pengajaran dengan pencapaian. Seperti mana sekolah rendah juga, bekerjasama
    • sebagai satu kelas dengan guru yang mengajar dan mempunyai pelajar yang melakukantugasan secara individu di bawah pengawasan guru merupakan kaedah pengajaran yang seringdigunakan. Dalam kebanyakan negara yang mengambil bahagian, guru dilaporkanmenggunakan buku teks bagi mengajar kedua-dua subjek Matematik dan Sains untuk lebih 95peratus pelajar. 2.2.3 Tahun akhir sekolah menengahNetherlands dan Sweden merupakan negara yang menunjukkan prestasi yang terbaik dalambidang Matematik manakala bagi bidang Sains pula negara teratas dalam pencapaian tertinggiadalah Sweden, Netherlands, Iceland dan Norway. Dalam bidang Sains, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian tertinggi yang ketaraberbanding pelajar perempuan bagi semua negara kecuali Afrika Selatan. Bidang Matematikpula, tiada perbezaan jantina yang ketara dalam prestasi pencapaian Hungary dan AmerikaSyarikat. Pelajar yang mengikuti program akademik mencapai pencapaian purata yang tinggiberbanding pelajar yang mengikuti program vokasional. Pencapaian purata pelajar dalamprogram teknikal pula lazimnya di antara pencapaian pelajar yang mengikuti programakademik dan vokasional. Walaupun pendekatan pendidikan, struktur dan organisasi bagi keseluruhan negaraberlainan, ia jelas bahawa pendidikan ibu bapa berkait secara positif terhadap pencapaianpelajar dalam bidang Matematik dan Sains. 2.2.4 Tahun akhir sekolah menengah: Matematik dan Fizik lanjutanDiketuai oleh Perancis, negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa dalamMatematik lanjutan, juga melibatkan Persekutuan Rusia, Switzerland, Denmark, Cyprus, danLithuania. Dalam Fizik lanjutan pula, pelajar Norwegian dan Sweden menonjol lebih baikdaripada pelajar negara lain yang mengambil bahagian. Persekutuan Rusia dan Denmark jugamenunjukkan prestasi atas purata antarabangsa. Dalam Matematik lanjutan, pelajar lelaki lebih menonjol berbanding pelajarperempuan bagi semua negara kecuali Yunani, Cyprus, Australia, Itali dan Slovenia. DanFizik, pencapaian pelajar lelaki sememangnya tinggi daripada perempuan. Kebanyakanpelajar akhir tahun yang mana telah mengambil Matematik lanjutan atau Fizik merancanguntuk memasuki universiti. Pilihan yang popular untuk jurusan masa depan termasuklahkejuruteraan, perniagaan, dan Sains Kesihatan.
    • 3.0 Latar Belakang TIMSS 1999TIMSS 1999 merupakan siri kedua pelajaran IEA untuk mengukur trend-trend dalampencapaian Matematik dan Sains pelajar. TIMSS 1999 mengukur kemajuan pembelajaranMatematik dan Sains pelajar gred 8, dan menyediakan data-data trend tahap pendidikanuntuk pelajar pada negara-negara yang terlibat dalam penilaian TIMSS 1995. Tambahan, tempoh empat tahun dalam pengumpulan data yang pertama dan keduamengkaji populasi pelajar yang dinilai pada asalnya sebagai gred keempat ke gred lapan.Pengembangan ini dibenarkan dalam beberapa negara yang mengambil bahagian dalam 1995pada gred 4 berbanding prestasi pelajar gred 4 dalam tahun tersebut dengan prestasi sebagaipelajar gred 8 dalam tahun 1999. Seperti mana dalam kajian 1995, TIMSS 1999 jugamenyiasat konteks pembelajaran Matematik dan Sains dalam menyertai negara menggunakansoal selidik latar belakang. Maklumat telah dikumpul berkenaan dengan sistem pendidikan,kurikulum, latihan pengajaran dan ciri-ciri pelajar, guru dan sekolah. Pengumpulan datautama telah dijalankan dalam tahun 1998 hingga 1999.3.1 Target populasiTIMSS 1999 telah menilai pelajar-pelajar dari gred 8 dan negara-negara yang menyertainyaadalah Australia, Belgium (Flemish), Bulgaria, Kanada, Chile, Taipei China, Cyprus,Republik Czech, England, Finland, Hong Kong, Hungary, Indonesia, Iran, Israel, Itali, Jepun,Jordan, Korea, Latvia, Lithuania, Macedonia, Malaysia, Moldova, Morocco, Netherlands,New Zealand, Filipina, Romania, Persekutuan Rusia, Singapura, Republik Slovak, Slovenia,Afrika Selatan, Thailand, Tunisia, Turkey dan Amerika Syarikat.3.2 Dapatan 3.2.1 Pencapaian dan sikap pelajarLima negara Asia iaitu Singapura, Korea, Taipei China, Hong Kong, Jepun merupakan negarayang teratas dalam pencapaian Matematik. Semua negara ini mempunyai kira-kira 65% ataulebih pelajar mencapai Tanda Aras Suku Tinggi. Pelajar yang mencapai tanda aras ini berjayamengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan Matematik mereka dalam pelbagai situasikompleks yang berkaitan yang melibatkan pecahan, perpuluhan, ciri-ciri geometri danungkapan algebra. Taipei China dan Singapura mempunyai lebih daripada separuh pelajar merekamencapai Tanda Aras Suku Tinggi dalam Sains, di mana pada tahap tersebut telah dicapai
    • hanya 25% oleh pelajar yang dinilai secara antarabangsa. Pelajar yang melepasi tanda aras initelah menunjukkan pemahaman konsepsi mereka berkenaan dengan kitaran Sains yangpelbagai, sistem dan prinsip. 3.2.2 Perubahan MasaDalam tahun 1995 hingga 1999, negara-negara yang menunjukkan peningkatan dalampencapaian purata Matematik pada gred 8 adalah Latvia (sekolah yang menggunakan bahasaLatvia sebagai bahasa pengantara), Kanada dan Cyprus. Bagi Sains pula, peningkatanpencapaian dipantau di Latvia (sekolah yang menggunakan bahasa Latvia sebagai bahasapengantara), Lithuania, Kanada dan Hungary. 3.2.3 Perbezaan JantinaDalam Matematik, kebanyakan perbezaan jantina diabaikan kecuali di Israel, Republik Czech,Iran dan Tunisia. Kajian melaporkan bahawa tiada negara yang menunjukkan peningkatansetakat ini manakala Korea pula menunjukkan penurunan berbanding pada tahun 1995. Dalamsubjek Sains, lelaki lebih menonjol berbanding perempuan dalam 16 buah negara. Penurunanyang ketara antara tahun 1995 hingga 1999 dalam perbezaan jantina berlaku di Hong Kong,Slovenia, dan Israel. Konsep kendiri yang positif dalam kebolehan menyelesaikan Matematikdan Sains berkait dengan pencapaian yang tinggi. Biasanya, lelaki lebih mempunyai konsepkendiri yang positif berbanding perempuan. 3.2.4 Kurikulum dan PengajaranDalam semua negara kecuali Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, spesifikasi untukmatlamat kurikulum pelajar dikembangkan dalam kurikulum kebangsaan. 17 negaramenawarkan kursus yang berasingan dalam subjek Sains yang berlainan iaitu Sains Bumi,Biologi, Kimia dan Fizik. Secara purata, peratusan masa pengajaran dirangka untuk pengajaran Matematikdikekalkan sama dari gred 4 ke gred 8, tetapi menurun bila ke gred 8, iaitu dari 17% hingga16% kepada 13%. Sebaliknya pula, masa pengajaran diperuntukkan bagi Sains pulameningkat dari gred 4 ke gred 8, iaitu dari 11% ke 16%. Dalam kelas Matematik, terdapat dua aktiviti utama bagi kebanyakan negara yangdigunakan iaitu kuliah dan tutorial yang mana akan diisi hampir separuh masa kelas. GuruSains dilaporkan meluangkan masa hampir 25% masa kelas mereka untuk kuliah, dengan
    • 15% masa kelas memberi sepenuh perhatian kepada eksperimen pelajar dan 14% masa kelasuntuk tutorial. Pelajar-pelajar di sekolah dilaporkan dididik dengan baik biasanya mempunyaipurata pencapaian Matematik dan Sains yang tinggi.4.0 Latar Belakang TIMSS 2003TIMSS 2003 adalah kitaran peringkat yang ketiga untuk mengukur trend dalam Matematikdan Sains di kelas Tahun 4 dan Tahun 8. TIMSS sangat membantu negara-negara yangmenyertai untuk memperoleh informasi mengenai prestasi pelajar mereka. IEA, TIMSS,PIRLS, dan National Center for Education Statistics ( dari U. S Department ofEducations) bekerjasama dengan negara yang menyertai bagi menjelaskan secara terperincimengenai Matematik dan Sains tentang isi kandungan yang akan dinilai untuk memperbaruihasil pembelajaran. Kerangka kerja yang diperbaharui telah diterbitkan dalam KerangkaPenilaian TIMSS dan Spesifikasi 2003, 2nd Edition.4.1 Aspek yang dinilai dalam TIMSS 2003 4.1.1 Kurikulum J.G Saylor dan W.M Alexander dalam buku Planning Curiculum for school (1974)mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajarandengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.Kurikulum Matematik menekankan kemahiran menguasai asas memahami konsep dan prinsipMatematik, mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan sebenar dan pengalaman dengankehidupan kumpulan yang berbeza. Kurikulum Sains merangkumi pengetahuan asas faktaSains, memahami konsep Sains, mempelajari tentang Sains Kehidupan dan mengaplikasikanSains dalam kehidupan. Contoh dalam subjek Matematik peratusan keseluruhan topik yang diajar kepadapelajar dalam TIMSS 2003 seperti nombor 83%, algebra 59%, pengukuran 53%, geometri51% dan data 55%. Laporan penuh dalam TIMSS 2003 International Mathematics Report,Singapura adalah negara yang mempunyai pencapaian yang tinggi bagi kedua-dua grade iaituTahun 4 dan Tahun 8. Bagi Tahun Republic of Korea, Hong kong SAR dan China Taipeiadalah antara negara yang mempunyai pencapaian tinggi termasuk Singapura. Bagi Tahun 4Singapura, Hong Kong, Japan dan China juga mempunyai pencapaian tinggi.
    • 4.1.2 Ciri-ciri GuruKebanyakan guru yang mengajar adalah berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an.Kesannya separuh daripada pelajar diajar oleh guru yang muda dan tidak berpengalaman.Guru-guru yang mengajar terdiri daripada pemegang ijazah, pendidikan tingkatan 6 danpendidikan sekolah menengah. Bagi pengajaran Sains kebanyakan guru Sains major dalamPendidikan Am diikuti major subjek Sains, Sains Kehidupan, Kimia dan Fizik, majorPendidikan Sains, major Matematik dan major bukan Sains. Jelas menunjukkan para pelajardiajar oleh guru yang yang kurang pengetahuan dalam Sains. 4.1.3 Strategi Pengajaran GuruSebagaimana yang sedia maklum bahawa para pendidik memainkan peranan penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran (Wiseman, D.L., Cooner, D.D., Knight, S. L 1999;Tickle, L. 1999). Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkanpenggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki pelbagaikoleksi bahan-bahan tersebut seperti buku rujukan, panduan guru, perisian komputer, audiovideo, dan sebagainya (Wiseman, D.L., Conner, D.D. & Knight, S.L. 1999). Pada tahun 2003kebanyakan para pelajar menggunakan buku teks sebagai sumber tambahan berbanding yangmenjadikan buku teks sebagai sumber asas utama. Hal ini disebabkan buku teks tidak sesuaidengan kurikulum yang ditetapkan pihak sekolah.5.0 Latar belakang TIMSS 2007TIMSS 2007 adalah TIMSS keempat dalam penilaian yang bertujuan untuk meningkatkanpengajaran dan pembelajaran dalam Matematik dan Sains bagi pelajar di seluruh dunia.Sebagai contoh, TIMSS 2007 mengumpulkan informasi terperinci tentang Matematik danSains merangkumi kurikulum dan pelaksanaan, persiapan guru dan penggunaan teknologi.5.1 Aspek yang dinilai dalam TIMSS 2007 5.1.1 KurikulumTopik yang diajar dalam Matematik bagi Tahun 4 adalah seperti nombor, geometri,pengukuran dan data manakala Tahun 8 pula merangkumi nombor, algebra, geometri dandata. Subjek Matematik ini menekankan 3 kognitif domain iaitu mengetahui, aplikasi dansebab-sebab.
    • 5.1.2 Ciri-ciri GuruKebanyakan umur guru yang mengajar bagi Tahun 4 dan Tahun 8 adalah 30-an hingga 40-anserta lingkungan 50-an. Guru yang lebih tua lebih banyak pengalaman bagi kedua-dua gradeiaitu antara 15-17 tahun pengalaman. Kelayakan guru yang mengajar Tahun 4 adalah 70%ijazah, 70% pendidikan sekolah menengah tanpa major dalam Matematik dan Sains, serta83% pendidikan sekolah rendah major Sains. Manakala bagi guru yang mengajar Tahun 8adalah 81% ijazah, 81% major Sains (Biologi, Fizik, Kimia, Sains Bumi), dan 39% majorpendidikan Sains. 5.1.3 Strategi Pengajaran GuruBuku teks digunakan dalam pengajaran Matematik dan Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 8.Didapati 65% pelajar Tahun 4 dan 60% pelajar Tahun 8 menggunakan buku teks sebagai asasutama dalam pelajaran. Manakala 30% pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 menggunakan buku tekssebagai sumber rujukan tambahan. Perbandingan pelajar Tahun 4 yang menggunakan bukuteks sebagai asas utama atau sumber rujukan tambahan memberi kesan yang berbeza terhadapkeputusan mereka. Contohnya di negara Armena dan Iran kebanyakan pelajarnyamenggunakan buku teks peratusannya meningkat daripada 83% kepada 100%. Manakala diEngland dan New Zealand yang mana pelajarnya menggunakan teks sebagai sumbertambahan peratusannya menurun daripada 15% kepada 5%.6.0 Pencapaian Pelajar mengikut negara berdasarkan laporan TIMSSLaporan TIMSS pada tahun 1995 menunjukkan, pencapaian pelajar pada Tahun 4, negarayang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi ialan Singapura yang kemudiannyadiikuti oleh Korea (ke-2 tertinggi), Jepun (ke-3 tertinggi) dan Hong Kong (ke-4 tertinggi).Manakala pencapaian murid bagi Tahun 8 pula, Singapura tetap menjadi negara yangmencapai purata pencapaian Matematik tertinggi diikuti seterusnya oleh Jepun, Korea danHong Kong. Pada tahun 1999 pula, TIMSS melaporkan, sebanyak 38 buah negara telah mengambilbahagian dalam kedua-dua penilaian iaitu penilaian untuk subjek Matematik dan Sains. Bagisubjek Matematik, hanya dilaporkan pencapaian bagi Tahun 8 sahaja iaitu negara Singapurayang sekali lagi menjadi negara yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi daniikuti oleh Korea, Hong Kong dan Jepun. Bagi subjek Sains pula, negara yang mendapat
    • pencapaian Sains tertinggi ialah Taiwan (Taipei) dan Singapura diikuti kemudiannya olehHungary, Jepun dan Korea. Tahun penilaian TIMSS seterusnya iaitu tahun 2003, melaporkan untuk pencapaianpenilaian subjek Matematik yang dijalankan pada Tahun 4, negara yang menunjukkanpencapaian tertinggi ialah Singapura dan kemudiannya diikuti oleh Hong Kong, Jepun danTaiwan (Taipei) pada ranking teratas. Manakala pencapaian bagi Tahun 8 pula, Singapurakekal dalam tempat pertama, mendahului negara-negara lain dengan mencapai puratapencapaian tertinggi diikuti oleh Korea, Hong Kong dan Taiwan (Taipei). Laporan TIMSS 2003 juga turut menyatakan terdapat beberapa buah negara yangmenunjukkan peningkatan pencapaian sekiranya dibandingkan dengan pencapaian merekapada tahun 1995 dan 1999. Penilaian yang dilakukan pada Tahun 4, negara yangmenunjukkan peningkatan pencapaian ialah Hong Kong, Latvial (LSS), England dan NewZealand manakala pada Tahun 8 pula, Korea, Hong Kong dan Amerika Syarikat turutmenunjukkan peningkatan yang baik bagi pencapaian pelajar-pelajar mereka. Walaubagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaian merekaseperti Netherlands, Norway dan daerah Quebec (bagi Tahun 4) serta Jepun, Belgium danSweden (bagi Tahun 8). Pencapaian untuk subjek Sains dalam laporan TIMSS 2003 pula, pencapaian untukTahun 4, Singapura tetap mencapai purata pencapaian tertinggi sekiranya dibandingkandengan negara-negara lain. Pencapaian untuk gred 8 pula, Singapura masih mengunggulitempat pertama dalam rangking pencapaian diikuti dengan negara Taiwan (Taipei) dan HongKong. Terdapat beberapa buah negara yang turut menunjukkan peningkatan pencapaian yangsignifikan seperti Korea, Hong Kong, Amerika Syarikat, Malaysia, Jordan, Maldova danFilipina. Selain itu, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaianseperti Hungary, Sweden, Republik Slovak, Belgium (Hemish), the Russian Federation,Norway, Bulgaria, Iran, Cyprus, Indonesia dan Tunisia. Berdasarkan laporan TIMSS 2007, sebanyak 37 buah negara yang menyertai penilaianpada tahap Tahun 4 manakala 50 buah negara pada tahap Tahun 8. Mengikut pencapaian yangdirekodkan, penilaian pada tahap Tahun 4, Hong Kong dan Singapura mencapai puratapencapaian Matematik tertinggi diikuti dengan Taiwan (Taipei) yang mempunyai puratapencapaian Matematik tinggi di antara semua negara yang terlibat. Penilaian pada tahap
    • Tahun 8 pula, purata pencapaian Matematik tertinggi tetap disandang oleh Taiwan (Taipei),Korea dan Singapura diikuti dengan negara Hong Kong beserta Jepun. Mengikut pencapaian yang dilaporkan, pada tahap Tahun 4 bagi subjek Matematik,sebanyak 10 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negaramendapat pencapaian yang rendah dan 8 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidakberubah. Bagi gred 8 pula, 10 buah negara juga menunjukkan purata pencapaian yang tinggi,15 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang rendah dan 11 buah negaramenunjukkan pencapaian yang tidak berubah. Keputusan pencapaian bagi subjek Sains pula, Singapura tetap menunjukkan puratapencapaian yang tertinggi bagi kedua-dua Tahun iaitu Tahun 4 dan Tahun 8, diikuti Taiwan(Taipei), Hong Kong, Jepun dan Korea. Penilaian pada Tahun 4, 11 buah negaramenunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negara menunjukkan pencapaian yangrendah dan 7 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah daripada penilaianyang telah dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. Pada Tahun 8 pula, 11 buah negaramenunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 8 buah negara (purata pencapaian yang rendah)dan 16 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah.7.0 Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Segi Gender Dari Tahun 1995 Hingga Tahun 2007Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaianrendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaianrendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki danperempuan itu berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevanuntuk dikaji. Keputusan TIMSS (Trend International Issues In Mathematics and Science)pada tahun 1995 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuanmempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam subjek mata pelajaranMatematik dan Sains pada peringkat gred 4 dan gred 8. Matematik dan Sains adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagaiinovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan danpembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunannegara. Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadiperbualan dalam pendidikan. Di negara ini, perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan
    • perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajarperempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Justeru itu, kumpulan kami memegangpendirian bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam pencapaianMatematik dan Sains di negara ini.7.1 Faktor-Faktor Perbezaan Pencapaian PelajarPerbezaan pencapaian Matematik Dan Sains di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuanmerupakan suatu isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Terdapat beberapa faktorpenyebab berlakunya perkara ini. Antaranya ialah: 7.1.1 Bakat atau minat mereka dalam subjek Matematik dan SainsHasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalamkemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut danpoligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan. Ini disebabkan mereka lebih berminatkepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut antara duasatah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan dongakan,latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih kepadamelakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat dongakan atau berfikir semata-mata. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebihcenderung kepada visual, taktual dan kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasanatidak formal berbanding pelajar perempuan. Di mana sebagai contoh, pelajar lelaki lebih sukasesi pembelajaran yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak. Pelajar lelakisukar memberi tumpuan dalam satu jangka masa yang lama untuk mendengar pengajaranguru berbanding pelajar perempuan. 7.1.2 Sikap pelajar membuat kerja rumahMenurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliaumenyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih concretesequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakanlebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran,menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding
    • pelajar lelaki. Persediaan ini membuatkan mereka lebih mudah memahami pelajaran danmembantu meningkatkan pencapaian Matematik dan Sains mereka berbanding pelajar lelaki. Hasil daripada kajian, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai skor minyang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Hal ini bermaksud, pelajar perempuan lebih bersikappositif dalam pembelajaran. Sikap ini membenarkan pelajar perempuan mempunyai kelebihandalam memahami dan menguasai pembelajaran dan boleh meningkatkan pencapaian mereka. Sikap ini mempengaruhi pembelajaran Matematik dan Sains seseorang pelajar di manasikap yang positif seseorang pelajar terhadap Matematik dan Sains akan menyebabkan pelajartekun belajar Matematik dan Sains dan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbandingpelajar yang mempunyai sikap yang negatif. 7.1.3 Pendidikan KeluargaPendidikan keluarga di sini bermaksud keluarga yang mempunyai pendidikan yang baik dapatmembantu anak-anaknya mencapai kejayaan anak-anak mereka di masa hadapan. Ibu bapayang lepasan universiti dapat memberi pendapat dan idea kepada anak-anaknya dalammembuat keputusan dan tugasan yang perlu disiapkan. Status ekonomi keluarga juga mempengaruhi kejayaan anak-anak. Bagi keluarga yangkaya, mereka lebih mampu dalam membiayai keperluan anak-anak mereka. Mereka sanggupmenghabiskan wang demi mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka sepertimenyara anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, menghadiri kelastuisyen, membeli pelbagai rujukan. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang bertaraf miskin,mereka tidak mampu dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka. 7.1.4 Sumber Rujukan Di RumahSekarang ini, kemudahan internet amat penting bagi semua orang tidak kira tua atau muda.Dengan adanya kemudahan internet, pelajar dapat mencari maklumat dengan cepat dan jimatdari segi masa dan tenaga. Selain itu, untuk maklumat subjek Matematik dan Sains juga bolehdiperolehi sama ada dalam bentuk video, eksperimen dan kaedah atau teknik mengenai tajuk-tajuk yang dipelajari. Buku rujukan di rumah yang masih boleh digunakan, janganlah kitamembuang begitu sehaja. Gunalah selagi masih boleh digunakan. Alat bantuan mengajar dirumah seperti bahan-bahan yang maujud boleh digunakan seperti benda yang nampak dandiaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
    • 7.1.5 Masa Yang Diluang Selepas SekolahPelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di sekelilingmereka seperti rakan sekelas. Sikap pelajar perempuan yang mementingkan pelajaran, akanmempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama mementingkan pelajaran.Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama danberkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini, pelajarperempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebihbaik. Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua.Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagimudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbandingmengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dantingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yangdipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka,pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.8.0 KesimpulanSecara keseluruhannya, pencapaian pelajar Malaysia masih berada pada tahap yang bawahdan jurang pencapaian pelajar kita dalam bidang Matematik dan Sains semakin meluasberdasarkan kajian TIMSS yang telah dilakukan. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama,kerana kualiti pendidikan tinggi berkorelasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalamjangka panjang. Sekiranya tiada usaha dijalankan untuk melonjakkan standard pendidikan ketahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikanpada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan. Melalui kajian ini, para pendidik dan pemerhati perlu meneliti semula kurikulumnegara dan membuat perbandingan dengan negara maju yang mana pelajar merekamemperoleh pencapaian yang tinggi dalam Matematik dan Sains. Justeru itu, kajian TIMSSdapat memberi panduan kepada setiap negara yang terlibat dalam penilaian tersebut agardapat memperbaiki sistem pendidikan terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.
    • BibliografiGonzalez, E.J., Chrostowski, S.J. et. al. (2004). Findings From IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 23, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss2003i/scienceD.html.International Science and Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades (TIMSS 2007). TIMSS & PIRLS International Study Center, Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, USA.J.G Saylor dan W.M Alexander. 1974. Buku Planning Curiculum for school.Martin, M.O., Mullis, I.V.S., et. al. (2000). TIMSS 1999 International Science Report: Findings from IEAs Repeat of the Third International Mathematics and Science Study at the Eighth Grade. Diperoleh pada September 20, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss1999i/science_achievement_report.html.Martin, M.O., Mullis, I.V.S., & Foy, P. et. al. (2008). TIMSS 2007 International Science Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 22, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss2007/sciencereport.html.M.O., Gonzalez, E.J., Chrostowski, S.J., et. al. (2004). Findings From IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades.Diperoleh pada September 20, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss2003i/mathD.html.Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et. al (2008). TIMSS 2007 International Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 20, 2011 daripada http://timss.bc.edu/TIMSS2007/mathreport.html.Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et al. (2000). TIMSS 1999 International Mathematics Report:Findings from IEAs Repeat of the Third International Mathematics and Science Study atthe Eighth Grade. Diperoleh pada September 19, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss1999i/math_achievement_report.html.Tickle, L. 1999. Teacher Induction: The Way Ahead. Buckingham: Open University Press.Wiseman, D. L., Cooner, D. D., Knight, S. L. 1999. Becoming a Teacher in a Field-Based Setting: An Introduction to Education and Classrooms.USA:Wadsworth Publishing Company.