SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)1.0    PENDAHULUANSemua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan da...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)      1.1     PengenalanKajian ini memberi pendedahan kepada pelajar untu...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)dalam bahasa Melayu. Selain itu, pelajar perlu mengenal pastu dan menjela...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)guru pelatih mendalami bidang ini. Hal ini kerana, seorang guru hendaklah...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.0    DEFINISI SEMANTIK DAN KLASIFIKASI MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MEL...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)2.2      Klasifikasi Makna Leksikal         2.2.1 Sinonim dan Antonim    ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)                                                       perkataan „banyak‟...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)perkataan „kaya‟                                              yang dimaks...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)      2.2.2 Homonim                                                      ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)      2.3   KesimpulanDalam bab ini dapatlah disimpulkan bahawa semantik ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)3.0 TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH ASING DALAM BAHASA MELAYU3.1 Langkah Pem...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)                                                                         ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)3.2      Proses PembentukanIstilahTerdapatdua proses pembentukanistilah :...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)3.2.2 Proses Pinjaman                                    Proses Pinjaman ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)4.0 ANALISIS PENGGUNAAN ISTILAH ASING DALAM YANG TERDAPATDALAM BAHASA MEL...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)                                    Perenggan 2Selama beberapa tahun, pih...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                          Is...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)                                   Perenggan 6Flu berbahaya dalam kalanga...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)jika anda mahu mendapatkannya.   Perkataan/istilah           Pinjaman/Ser...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)Bahasa Portugis iaitu tempoh yang berasal dari perkataan tempoh yang berm...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)Catatan : Dalam perenggan pertama, penulis telah mencondongkan perkataan ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)  Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                          ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)       negatif                  Bahasa Inggeris                          ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)       berkorban                   Bahasa Arab                           ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)       mungkin                    Bahasa Arab                            ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)sesaklah nafas. Lilin perlu dijauhi. Ciri-ciri demikian tidak ada guru. S...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)paradoks dan sebagainya mungkin kerana keliru sama ada istilah tersebut t...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)5.0    ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKAITAN DENGANSEMANTIK...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)mereka   bagi   memberikan    makna-makna     perkataan      dengan      ...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)5.2   Prosedur PelaksanaanPada sesi pengajaran dan pembelajaran tentang a...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)rawak untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Murid-murid yang dapat menjawa...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)      Kaedah yang saya gunakan ini juga dapat menarik minat murid-murid d...
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)6.0    RUMUSANSemantik merupakan       kajian     makna istilah.   Perkat...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

semantik

16,187

Published on

contact saya untuk download ya :)

62 Comments
58 Likes
Statistics
Notes
  • nota yang sangat berguna. Mohon untuk dikongsi . charleychia@gmail.com
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • assalamualaikum . nota yang sangat berguna. Mohon untuk dikongsi . nurafiqahzakaria763@gmail.com
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • assalamualaikum. nak contact tu melalui aplikasi yang mana ek?
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Bahan yang menarik. mohon untuk dikongsi senseinurul@yahoo.com
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Bahan yang menarik. mohon untuk dikongsi senseinurul@yahoo.com
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
16,187
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
62
Likes
58
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "semantik"

  1. 1. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)1.0 PENDAHULUANSemua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasamerupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi.Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lamadiabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jikatingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantikmerupakan salah satu bidang yang terpenting untuk didalami oleh setiap pengkajibahasa. Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripadaperkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Berbezadengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan, manakala sintaksis pulamerujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya, contohnyasecara bertulis ataupun bertutur. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripadakonteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat.Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-maknaperkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakanrujukan.Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaanhubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteksyang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan. Maka dengan itu, sebagai bakal guru bahasa Melayu, kita hendaklahmelengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang semantik. Kemampuanmenguasai ilmu tersebut membolehkan kita berkeyakinan untuk menyalurkanpengetahuan yang dimiliki kepada murid-murid di samping keupayaan menilai danmembuat analisis hasil kerja murid-murid dan seterusnya dapat membimbing murid-murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan standard. 1
  2. 2. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 1.1 PengenalanKajian ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kecekapanberbahasa dari pelbagai aspek setaraf dengan intelek mereka dengan merangkumiaspek semantik, klasifikasi makna leksikal, pembentukan istilah asing, penganalisianistilah asing dalam bahan yang terpilih dan isu yang berkaitan dengan semantik. Kajianini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan , bagimenghayati dan melahirkan buah fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal persendirian,kemasyarakatan dalam konteks rasmi, kreatif dan tidak kreatif dalam penulisan bahasaserta memupuk daya perkembangan bahasa bagi kepentingan pendidikan dan kerjaya. 1.2 Objektif KajianMelalui penghasilan kerja kursus ini, diharapkan pelajar dapat ; 1.2.1 menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat, 1.2.2 menghurai perubahan semantik; dan teori pembuktian, 1.2.3 membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa, 1.2.4 menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu, 1.2.5 menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa 1.3 Batasan KajianTugasan ini membataskan kajian dalam bidang semantik dan peristilahan BahasaMelayu. Kajian ini memerlukan pelajar merancang dan menyediakan satu pakejtugasan yang berkaitan dengan bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu.Dalam proses penyediaan tugasan ini, secara individu, pelajar dikehendaki untukmenghuraikan definisi semantik dan mengklasifikasikan makna leksikal yang terdapat 2
  3. 3. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)dalam bahasa Melayu. Selain itu, pelajar perlu mengenal pastu dan menjelaskantatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah dalam bahasa Melayu. Antara fokus utama dalam kajian ini ialah menganalisis penggunaan istilahasing yang terdapat dalam bahasa Melayu dalam mana-mana artikel daripada sumberbacaan ilmiah yang sesuai. Pelajar juga perlu mengenal pasti dan menentukan samaada istilah tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Selain itu juga, kajian ini memerlukan pelajar mengenal pasti satu isu ataupermasalahan yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan semantik dan laksanakanpengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 1.4 Kaedah KajianBagi menyiapkan dan melengkapkan tugasan ini, saya telah membuat pelbagairujukan termasuklah menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk buku-bukutentang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu, melayari laman web danperbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan. Segala maklumat berkaitan yangdiambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan olehpensyarah pembimbing diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin bagimenghasilkan tugasan yang bermutu. Di samping itu, saya menjalankan kolaborasibersama pensyarah semasa kuliah dan kolaborasi bersama rakan-rakan lain danmenggabungjalinkan idea-idea dan pandangan mereka dalam tugasan ini. 1.5 Kepentingan KajianKajian ini memfokuskan kepada pembinaan pengetahuan pelajar dalam bidangsemantik dan peristilahan Bahasa Melayu secara keseluruhannya. Maka dengan itu,kajian ini amat penting bagi mendedahkan pelajar tentang aspek-aspek makna dalamperkataan, frasa dan ayat dalam bahasa Melayu dan mengaplikasikannya dalampenggunaan seharian secara betul dan tepat. Selain daripada itu juga, sebagaipersediaan menjadi seorang guru Bahasa Melayu, kajian ini adalah amat penting bagi 3
  4. 4. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)guru pelatih mendalami bidang ini. Hal ini kerana, seorang guru hendaklah serba tahusegalanya tentang hukum dan rumus-rumus tatabahasa serta perkara yang berkaitandengan semantik iaitu makna dan istilah-istilah bagi memudahkan guru-gurumenyampaikan maklumat dengan betul dan menyemak hasil kerja murid. Di samping itu juga, kajian ini amat penting sebagai salah satu persediaan bagipelajar memantapkan pengetahuan mereka untuk menghadapi peperiksaan di hujungsemester kelak. Selaras dengan objektif kajian ini, diharap kajian ini dapat membantuguru-guru dalam pelbagai aspek. 4
  5. 5. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.0 DEFINISI SEMANTIK DAN KLASIFIKASI MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU 2.1 Definisi Semantik Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Secara umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran. Semantik dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Yunani „sema’ (kata benda) yang bererti „tanda‟ atau „lambang‟. Kata kerjanya adalah ‘semaino’ yang bermaksud „menandai‟atau „melambangkan‟. Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti. Kemudian semainein diinggeriskanDefinisiSemantik menjadi semantics, manakala dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M. Breal, 1900. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna. Oleh itu, timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti sinonim, antonim, polisem dan hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain (Adenan bin Ayob, 2007). 5
  6. 6. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)2.2 Klasifikasi Makna Leksikal 2.2.1 Sinonim dan Antonim 2.2.1.1 Sinonim Definisi Contoh Sinonim Jenis-jenis Sinonim kesamaan makna - kereta dan motokar 1. Sinonim Pinjaman perkataan, iaitu kata- - sejuk dan dingin Dalam dialek Kedah, „batas‟ ialah kata yng mempunyai - suka dan gemar „jalan raya‟, yang maksud makna yang sama - ganggu dan kacau konvensionalnya ialah „timbunan atau hampir sama. - lupus dan luput tanah yang menjadi sempadan Secara umumnya, - loncat dan lompat petak-petak sawah‟. sinonim disebut 2. Sinonim Konteks sebagai perkataan Perkataan „jemput‟ dan „udang‟ seerti. banyak digunakan dalam konteks Walaubagaimanapun protokol. Sebenarnya, „jemput‟ tidak terdapat digunakan dalam konteks lisan, perkataan yang manakala „undang‟ dalam konteks bersinonim atau tulisan. Ini bermakna konteks mempunyai makna mewujudkan perkataan yang yang benar-benar sama makna. sama secara tepat. 3.Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya „penyanyi‟ ialah orang yang „bernyanyi‟ manakala „biduan‟ bermaksud „status‟ yang tinggi dalam profesionalisme seni. 4.Sinonim Kolokasi wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.Contohnya 6
  7. 7. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) perkataan „banyak‟ dan „ramai‟ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.” 2.2.2.1 Antonim Definisi Contoh Antonim Jenis-jenis AntonimAntonim ialah - sejuk lawannya panas 1.Antonim pasanganpertentangan makna - baik lawannya jahat komplemenperkataan atau kata-kata - cantik lawannya pasangan perkataan berlawananyang mempunyai makna hodoh yang saling melengkapi antarayang tidak sama. Secara - tinggi lawannya satu sama lain. Cotohnya,umumnya, antonim rendah perkataan tidur-jaga, hidup-mati,disebut sebagai - miskin lawannya kaya duduk-bangun, tajam-tumpul,perkataan berlawanan - gelap lawannya kembang-kuncup, sihat-sakit,tidak semua perkataan terang gembira-sedih dan sebagainya.mempunyai pertentangan 2. Antonim hubungan darjahmakna satu lawan satu Contohnya perkataan besar-seperti contoh tersebut. kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah,Oleh itu kata nafi „tidak‟ panjang-pendek, kurus-gemukkadang kala digunakan dan sebagainya. Makna katabagi menunjukkan adjektif yang menunjukkanpertentangan makna pasangan kata ini mempunyaitersebut, misalnya hubungan rujukan dengan benda 7
  8. 8. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)perkataan „kaya‟ yang dimaksudkan.lawannya „tidak kaya‟ 3. Antonim hubunganataupun „mati‟ bermaksud bertentangan„tidak hidup‟ kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X „beri‟ barang pada Y bermakna Y akan „terima‟ barang itu. 2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem 2.2.1 Hiponim Hiponim kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata Hiponim ialah kata yang umum yang maknanya terangkum dalam mempunyai lingkungan makna kata yang lain. atau anggotanya terdiri daripada kata yang Sebagai contoh, melur, khusus. mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. 8
  9. 9. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.2.2 Homonim Sebagai contoh, perkataan „kepala‟ Hiponimmerujuk kepada dua yang membawakata atau lebih yang maksud „ketua‟ tidak mempunyai, sama sama maknanyaada bunyi atau ejaan dengan „kepada yang sama, tetapi kereta api. „kepada berlainan makna. manusia‟ dan „kepala surat‟. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. 2.2.3 Polisem Sebagai contoh, kata bantu „tentang‟ boleh perkataan yang bermaksud berkaitan mempunyai beberapa Polisem sesuatu perkara. Ada makna yang masanya perkataan berkaitan sama ada „tentang‟ boleh secara konseptual membawa maksud atau sedarjah. yang „lawan‟, seperti dalam sama. ayat “Kita tentang Dengan kata lain, habis-habisan”. polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi 9
  10. 10. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.3 KesimpulanDalam bab ini dapatlah disimpulkan bahawa semantik merupakan kajian tentang maknaperkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakansatu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Secara keseluruhannya, makna leksikal dapat diklasifikasikan seperti rajah dibawah : MaknaLeksikal Sinonimdanantonim Hiponim, himonim, polisem Sinonim Antonima) a)antonimsinonimpinjaman pasanganb) sinonimkonteks komplemenc) b)antonimsinonimlarassosial hubungan darjahd) sinonimkolokasi c)antonim hubungan bertentangan 10
  11. 11. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)3.0 TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH ASING DALAM BAHASA MELAYU3.1 Langkah Pembentukan IstilahPenciptaan perkataan baharu melalui perancangan bahasa yang rasmi di Malaysiapada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan institusi-institusipengajian tinggi. Seperti yang telah diterangkan, perkataan yang dicipta melaluiperancangan yang rasmi ini dibentuk istilah yan merujuk bidang-bidang ilmu dankerjaya tertentu. Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam buku Pedoman UmumPembentukan Istilah Bahasa Melayu menggariskan tujuh langkah dalam pembentukanistilah. Berikut merupakan langkah-langkah tersebut. LA PenggunaanperkataandalambahasaMelayu yang N lazimdigunakandandikhususkanmaknanyauntuk G mendukungmaknaistilahnya.Contohnya: K A Gaya H Garispusat kuasa 1 PenggunaanperkataandalambahasaMelayu LA yang kuranglazimdigunakan.Contohnya: N Langkah proses Gpembentukanistilah Peka K Cerakin A Hablur H jisim 2 LA Penggunaanperkataanbahasaserumpunataup N undialekMelayu yang G lazimdigunakan.Contohnya : K A Dermaga (jawa) H Kamir (Kelantan) Labur (N. Sembilan) 3 11
  12. 12. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) LA Penggunaanperkataanbahasaserumpunataupu N ndialekMelayu yang G sudahtidaklazimdigunakan.Contohnya : K A Dening (Kelantan) H Riam (Johor) Engkabang (Iban) 4 PerkataanatauistilahdaripadabahasaInggeris. LA Contohnya : N G Atom K Electron A Struktur H 5 Penggunaanperkataanatauistilahdaripadabah asa lain. Contohnya : LA N Langkah proses In toto Gpembentukanistilah De facto K Ad hoc A H 6 Pemilihan yang terbaikantara 1-6 di atas, jikaterdapatbeberapakemungkina LA n.Dalampembentukanistila yang N menggunakanketujuh-tujuhcara G di atas, adaempatsyarat yang K perludipatuhi, iaitu : A H I. Uangkapanyan paling singkat 7 II. Uangkapan yang maknanyatidakmenyimpan g III. Unkapan yang tidakberkonotasiburuk IV. Ungkapan yang sedapdidengar. 12
  13. 13. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)3.2 Proses PembentukanIstilahTerdapatdua proses pembentukanistilah : 3.2.1 Melalui proses pinjamterjemah Penggabungandua kata umum, contohnya : Missile = peluruberpandu Landmine = periukapi Right angle = suduttepat Terjemahanlansung, contohnya : Resistance = rintangan Soluble = larut Dose = sukatan Penciptaan kata baharu yang tidakpernahadadalambahasaMel ayubagimendukungkonsepbahar Proses u, contohnya : PinjamTerjemah Allot = umpuk Up date = kemaskini Arrears = tunggakan Perluasanmaknasesuatuperkataanuntukmend ukungkonsepbaharu.Seringjugaperkataan yang diciptamengalamiperubahanbunyi, Mencipta kata contohnya : baharudengangandaansepara, contohnya : Salur(irrigation) lawansalir (drainage) Radius = jejari Hakis (erosion) lawankikis (corrosion) Lattice = kekisi Biji (seed) lawanbijirin (cereal) Liquid = cecair 13
  14. 14. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)3.2.2 Proses Pinjaman Proses Pinjaman Pengambilandenganperubahanataup enyesuaianejaan: Pengambilantanpaperubahanejaan: Geography = geografi Magnet = magnet Biology = biologi Linear = linear Mathematic = matematik Hilum = hilum Kinetic = kinetic Import = impot Atrophy = atrofi Audit = audit Arrilode = arilode Standard = standard Isoamy = isogamy Bonus = bonus Cataphyll = katafil Radio = radio Nectary = nektari Structure = struktur3.3 KesimpulanDalam rajah-rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tatacara pembentukan istilahasing terbahagi kepada dua iaitu langkah-langkah pembentukan dan prosespembentukan. Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam buku Pedoman UmumPembentukan Istilah Bahasa Melayu menggariskan tujuh langkah dalam pembentukanistilah. Manakala terdapat dua proses proses pembentukan istilah iaitu proses pinjamterjemah dan proses pinjaman. 14
  15. 15. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)4.0 ANALISIS PENGGUNAAN ISTILAH ASING DALAM YANG TERDAPATDALAM BAHASA MELAYU DALAM ARTIKEL4.1 Analisis Penggunaan Istilah Asing dalam Bahasa MelayuDalam bab ini, saya telah menganalisis dua jurnal yang dipilih dan dipetik dari sebuahbahan bacaan ilmiah yang bertajuk “Mingguan Wanita” dan “Pendidik”. Dalam analisistersebut, saya akan mengutarakan penggunaan istilah asing yang terdapat dalambahasa Melayu. Saya juga akan mengenal pasti dan menentukan sama ada istilahtersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Jika terdapatnyakesalahan, saya akan menyatakannya dan melakukan pembetulan dan pemurniandaripada istilah yang salah itu dalam bahagian catatan. Berikut merupakan penganalisian artikel dipetik dari Majalah Mingguan WanitaEdisi Mei 2007 yang telah saya kenal pasti :Tajuk : Cegah Flu Melalui VaksinasiPenulis : Julie Roshana Akma bt Shafee Perenggan 1Flu atau influenza merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza.Penyakit ini selalunya dikenali sebagai penyakit sistem pernafasan, tetapi hakikatnya,penyakit ini menjejaskan tubuh badan. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal flu Bahasa Inggeris flu influenza Bahasa Inggeris influenza virus Bahasa Inggeris virus sistem Bahasa Inggeris system hakikat Bahasa Arab hakiki tetapi Bahasa Sanskrit tatapi 15
  16. 16. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perenggan 2Selama beberapa tahun, pihak berkuasa kesihatan Malaysia dan Singapura menjadisebahagian program pemantauan flu Badan Kesihatan Dunia (WHO). Hasil penyiasatanmereka membuktikan bahawa flu itu wujud di Malaysia dan Singapura. Mereka jugamendapati bahawa flu itu wujud sepanjang tahun. Selain itu, mereka juga mendapatiterdapat 2 tempoh jangkitan flu meningkat di Malaysia dan Singapura. Tempoh tersebutialah dari April hingga Jun dan November hingga Januari. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal program Bahasa Inggeris programme wujud Bahasa Arab wujud tempoh Bahasa Portugis tempo April Bahasa Inggeris April Jun Bahasa Inggeris June November Bahasa Inggeris November Januari Bahasa Inggeris JanuaryCatatan : WHO merupakan singkatan bagi World Health Organization yang bermaksudBadan Kesihatan Dunia dalam bahasa Melayu. Proses pembentukan istilah ini adalahproses pinjam terjemah secara langsung. Pada pandangan saya, singkatan bagi BadanKesihatan Dunia sepatutnya ditulis sebagai BKD dan bukannya WHO. Namun begitu,sekiranya dalam petikan di atas penulis meletakkan World Health Organization secaracondong dan meletakkan singkatannya sebagai (WHO), singkatan tersebut bolehditerima. Perenggan 3Masih ramai yang terkeliru antara flu dan selsema. Kedua-duanya ini merupakan duapenyakit yang berbeza. Agak mudah untuk membezakan kedua-duanya. Flumenyebabkan penyakit yang teruk dan kerumitan yang mengancam nyawa ramai orangtetapi selsema tidak. 16
  17. 17. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal antara Bahasa Sanskrit antara Perenggan 4Flu sangat berjangkit. Anda boleh dijangkiti melalui udara; daripada seseorang yangbersin atau batuk; daripada pergaulan dengan seseorang yang dijangkiti flu ataudaripada menyentuh objek yang dicemari lalu memindahkan kuman tersebut ke dalamsistem pernafasan. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal objek Bahasa Inggeris object Perenggan 5Sesiapa pun oleh dijangkiti flu. Sihat dan segar sepanjang hari tidak menghalang andadaripada dijangkitinya. Anda juga boleh menjangkiti orang lain tanpa menyedarinya,kerana penyakit ini mengambil masa 1 hingga 4 hari untuk menunjukkan tanda-tandanya. Sebilangan masyarakat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalamikerumitan yang boleh mengancam nyawa jika mereka dijangkiti flu. Contohnya orangtua, dewasa dan kanak-kanak yang menhidapi asma, penyakit peparu, kencing manis,masalah jantung dan sebagainya. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal masa Bahasa Sanskrit masa risiko Bahasa Inggeris risk dewasa Bahasa Sanskrit dewasa asma Bahasa Inggeris asthma 17
  18. 18. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perenggan 6Flu berbahaya dalam kalangan orang tua. Jika seseorang yang berumur dijangkiti virusflu, kemungkinan mereka akan menderita akibat kerumitan dada adalah tinggi. Seramai73 peratus mereka yang berumur 70 ke atas dan 36 peratus orang tua dalamlingkungan umur 60 hingga 69 tahun akan menderita akibat kerumitan dada jikadijangkiti virus flu. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal berbahaya Bahasa Sanskrit bhaya (kata dasar : bahaya) menderita Bahasa Sanskrit derita (kata dasar : derita) Perenggan 7Flu boleh dicegah melalui vaksinasi. Keberkesanan vaksin flu telah terbukti secaraklinikal. Dikatakan 7 daripada 10 orang yang mengambil vaksin ini dilindungi. Bagi 3orang lain, jika mereka dijangkiti flu, tanda-tandanya sederhana. Banyak negara diseluruh dunia menyarankan supaya vaksinasi flu diambil semasa musim flu. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal klinikal Bahasa Inggeris clinical diaktifkan Bahasa Inggeris active (kata dasar : aktif) dunia Bahasa Arab dunya negara Bahasa Sanskrit nagara Perenggan 8Vaksin flu selamat dan diterima baik. Kesan yang paling biasa dikaitkan denganvaksinasi flu ialah pembengkakan ringan di tempat suntikan yang akan berakhir dalammasa 24 hingga 48 jam. Jika anda mempunyai alahan kepada telur ayam, andadinasihatkan tidak mengambil vaksin flu. Terdapat hanya satu vaksin flu di Malaysiayang tidak mempunyai kesan merkuri. Doktor akan mengesyorkan jenama yang betul 18
  19. 19. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)jika anda mahu mendapatkannya. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal selamat Bahasa Arab salamat merkuri Bahasa Inggeris mercury mengesyorkan Bahasa Mandarin shuo (kata dasar : syor) Perenggan 9Jenis virus yang dikenal pasti kemudiannya dimasukkan dalam formula vaksin yangbaru untuk memberikan perlindungan yang terbaik. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal formula Bahasa Inggeris formula Perenggan 10Masa yang terbaik untuk mendapatkan vaksinasi flu adalah pada bila-bila masa sahaja,walaupun amat disarankan untuk mendapatkan vaksinasi sebelum puncak aktiviti flu.Vaksinasi mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk mencapai tahap imunisasimaksimum selepas disuntik. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal aktiviti Bahasa Inggeris activity imunisasi Bahasa Inggeris immunisation maksimum Bahasa Inggeris maximum Dalam penganalisian artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaanistilah pinjaman bahasa Inggeris telah banyak digunakan. Hal ini adalah kerana artikelmenggunakan laras bahasa sains dan perubatan yang menggunakan istilah-istilahseperti flu, vaksinasi, virus, program, imunisasi dan sebagainya. Namun terdapat jugaistilah-istilah pinjaman dan serapan daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan 19
  20. 20. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)Bahasa Portugis iaitu tempoh yang berasal dari perkataan tempoh yang bermaknawaktu. Berikut pula merupakan penganalisian artikel yang kedua dipetik dari MajalahPendidik Edisi Ogos 2006 yang telah saya kenal pasti :Tajuk : Guru Umpama Lilin – Unsur Klise Dalam PersepsiPenulis : Tuan Sharifah Nor Riha bt Tuan Jaafar Perenggan 1Kita tidak dapat menidakkan sifat lili, dia, pelita atau obor yang menerangi sesuatudengan membiarkan dirinya hangus dan rentung. Kerana sifatnya yang begitu, makakita katakan bahawa lilin (dan sebagainya itu) mengorbankan diri sendiri demikepentingan pihak lain. Sifat yang sedemikian itu kerap disamakan dengan sifat yangada pada golongan guru. Oleh itu, maka timbullah ungkapan “guru umpama lilin, guruumpama pelita, umpama dian, obor...” dan sebagainya. Persepsi ini sudah agak lamabersarang dalam mentaliti masyarakat umum sehingga guru dengan lilin sudahdianggap sinonim. Ungkapan itu juga sudah diterima sebagai unsur klise (lapok)sekiranya dimasukkan ke dalam baris-baris sajak. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal sifat Bahasa Arab sifat mengorbankan Bahasa Arab qurban(kata dasar : korban) disamakan Bahasa Inggeris BI : same (kata dasar : sama) Bahasa Sanskrit BS : samma guru Bahasa Sanskrit guru umpama Bahasa Sanskrit umpama persepsi Bahasa Inggeris perception mentaliti Bahasa Inggeris mentality sinonim Bahasa Inggeris synonym klise Bahasa Inggeris cliche 20
  21. 21. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)Catatan : Dalam perenggan pertama, penulis telah mencondongkan perkataan klise.Klise dalam bahasa Melayu bermaksud sesuatu yang sudah lapuk atau basi. Istilah initelah mengalami proses pinjaman dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnyaiaitu cliche dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Hal ini bermaknaistilah klise adalah betul dan terdapat dalam bahasa Melayu, maka penulis tidak perlumencondongkan istilah tersebut. Perenggan 2Walaupun lilin mempunyai pelbagai kegunaannya termasuklah dalam bidang seniseperti dalam tarian lilin dan perusahaan batik atau dalam bidang perubatan tradisionaldan banyak lagi tetapi secara umumnya kita lebih kerap mengaitkan fungsinya sebagaipenerang kegelapan. Guru juga demikian. Antara tugas utama seseorang guru adalahuntuk menurunkan cahaya ilmunya supaya murid-murid dapat mengamalkan ilmu itudalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan ilmu yang diturunkan itu, gurusebenarnya bertindak sebagai „penyuluh‟ jalan bagi muridnya menuju ke arahkehidupan yang lebih baik, berkemungkinan lebih baik daripada guru itu sendiri. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal tradisional Bahasa Inggeris tradisional fungsi Bahasa Inggeris function ilmu Bahasa Arab alm/ilmi kemungkinan Bahasa Arab mumkinun(kata dasar : mungkin) Perenggan 3Lilin juga dalam keadaan asalnya adalah cecair yang jernih dan apabila membekusemula akan bertukar warna menjadi putih. (Kita ketepikan dahulu variasi lilin pelbagaiwarna pada zaman serba maju ini). Seperti lilin itu, guru sejati juga jernih hatinya danikhlas pula menyampaikan ilmunya, putih bersih niatnya tanpa mengharapkan ganjaranselain apa-apa yang berhak diterimanya sebagai sumber rezeki yang halal. 21
  22. 22. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal variasi Bahasa Inggeris variation serba Bahasa Sanskrit sarba ikhlas Bahasa Arab ikhlas rezeki Bahasa Arab rizq halal Bahasa Arab halal Perenggan 4Sementara itu, kebanyakan masyarakat umum sering mengaitkan sumber cahayadengan kebaikan. Ada kaum yang merayakan „Hari Cahaya‟ sebagai tanda kejayaankebaikan mengalahkan kejahatan atau kebijaksanaan mengalahkan kejahilan.Kebanyakan kaum di negara kita kerap dilihat menceriakan rumah mereka dengansesuatu yang bercahaya seperti lilin atau lampu apabila menyambut sesuatu perayaan.Umat Islam pula menggunakan perkataan nur atau cahaya dalam ungkapan seperti„Nur-Ilahi‟, „Nur-ul-iman‟, „Nur-ul-yakin‟, „cahaya sakinah‟, „wajah yang bercahaya‟ dansebagainya untuk memberi gambaran tentang kebaikan, kebesaran, dan kemurniansehingga ramai juga nama umat Islam yang bermula dengan perkataan “Nur”. Hanyaseseorang yang tidak sensitif sahaja yang akan mengasosiasikan cahaya dengansesuatu yang bersifat negatif seperti dalam ungkapan “cahaya kejahatan” sehinggadalam kesusasteraan sekalipun, kita sukar menerima ungkapan sperti itu sebagai unsurparadoks (berlawanan)yang puitis. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal cahaya Bahasa Sanskrit cahaya kejahilan Bahasa Arab jahil (kata dasar : jahil) Islam Bahasa Arab Islam nur Bahasa Arab nur sensitif Bahasa Inggeris sensitive mengasosiasikan Bahasa Inggeris association(kata dasar : asosiasi) 22
  23. 23. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) negatif Bahasa Inggeris negative kesusasteraan Bahasa Sanskrit sastra(kata dasar: sastera) paradoks Bahasa Inggeris paradoksCatatan : Berdasarkan perenggan ini, saya telah mengenal pasti kesalahan penulisdalam mencondongkan istilah-istilah seperti nur dan paradoks. Nur bermaksud cahayadalam bahasa Melayu, manakala paradoks pula bermaksud sesuatu yang bertentangandengan pendapat yang diterima umum. Kedua-dua istilah ini telah mengalami prosespinjaman dengan mengambil istilah asal tanpa perubahan ejaan. Maka dengan itu,kedua-dua istilah ini tidak perlu dicondongkan seperti dalam perenggan ini. Perenggan 5Oleh itu, sifat lilin yang bercahaya itu samalah dengan sifat yang ada dengan sifat yangada pada guru sebagai golongan yang membawa kebaikan dan penyuluh jalankesempurnaan sama ada melalui kata-kat mahupun tingkah lakunya yang memaparkansegala macam nilai, kebaikan seperti kerajinan, bertanggungjawab, cinta akan ilmu,prihatin, penyayang, tidak mementingkan diri, rasional, bersabar, sanggup berkorbandan banyak lagi.Nilai-nilai yang diajarkan itu sama ada secara langsung atau tidaklangsung diharap akan diamalkan oleh murid-muridnya sehingga jadilah merekamanusia yang baik, mulia atau sekurang-kurangnya lebih baik sedikit daripada keadaansebelum mereka menerima ajaran dan didikan daripada seseorang guru. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal kesempurnaan Bahasa Sanskrit sampurna(kata dasar : sempurna) cinta Bahasa Sanskrit cinta rasional Bahasa Inggeris rational bersabar Bahasa Arab sabru (kata dasar : sabar) 23
  24. 24. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) berkorban Bahasa Arab qurban (kata dasar : korban) diamalkan Bahasa Arab amal (kata dasar : amal) kesusasteraan Bahasa Sanskrit sastra (kata dasar: sastera) Perenggan 6Agaknya, kerana sifat dan beberapa ciri yang terdapat pada lilin seperti yangdibicarakan itu maka kita menerima lilin, dian, pelita atau obor sebagai simbol bagimanusia yang bergelar guru. Walaubagaimanapun, terdapar juga beberapa sifat lilin itusendiri yang bercanggah sama sekali dengan hakikat seorang guru sejati. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal simbol Bahasa Inggeris symbol manusia Bahasa Arab manusia hakikat Bahasa Arab hakiki sensitif Bahasa Inggeris sensitive Perenggan 7Mungkin kerana menyedari akan hakikat ini, terkeluar pula kata-kata daripadasesetengah pujangga yang berbunyi, “Guru adalah lilin yang tidak kunjung padam...”Ciri-ciri hiperbola ini adalah suatu gaya perbandingan yang bersifat erlebih-lebihan ataudalam kata-kata yang kurang sedap didengar ialah “mengada-ngada”. Hal ini demikiankerana kita tahu bahawa lilin yang tidak kunjung padam sebenarnya tidak wujud.Walaubagaimanapun, kita masih tidak dapat menerima kata-kata itu sebagai elemenretorik daripada seseorang penyair yang berusaha keras untuk memberi penekananterhadap sesuatu konsep dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan nilai estetikdalam karyanya. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal 24
  25. 25. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) mungkin Bahasa Arab mumkinun pujangga Bahasa Sanskrit pujangga hiperbola Bahasa Inggeris hyperbole gaya Bahasa Sanskrit gayya wujud Bahasa Arab wujud elemen Bahasa Inggeris element retorik Bahasa Inggeris rhetoric konsep Bahasa Inggeris concept estetik Bahasa Inggeris esthetic karya Bahasa Sanskrit karya Perenggan 8Penulis yakin bahawa semua guru yang berpengalaman bersetuju bahawa antara sifatistimewa yang terdapat pada seseorang guru sejati itu ialah peningkatan ataupertambahan ilmu dalam dirinya sendiri setiap kali dia menurunkan ilmunya kepadaorang lain. Dengan kata lain, ilmu yang ada pada seseorang guru sebenarnya tidakpernah susut walaupun setelah bertahun-tahun tercurah kepada muridnya, sebaliknyaakan bertambah. Keadaan ini mungin suatu ironi, tetapi itulah hakikat ilmu yang dimilikioleh seseorang guru sejati. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal antara Bahasa Sanskrit antara istimewa Bahasa Sanskrit istimewa ironi Bahasa Inggeris irony hakikat Bahasa Arab hakiki Perenggan 9Sesuatu yang membakar diri seperti lilin turut memiliki sifat panas. Sekiranya disentuhnescaya seseorang itu akan binasa. Sekiranya dihampiri, akan terasalah bahangpanasnya. Jika disedut asapnya pula akan berjelagalah kulit, tersedaklah dada dan 25
  26. 26. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)sesaklah nafas. Lilin perlu dijauhi. Ciri-ciri demikian tidak ada guru. Sebaliknya guruyang sejati akan sentiasa didampingi oleh murid-muridnya. Guru pula harusmenghampiri muridnya untuk menyelami perasaan dan memantau segala masalahyang dihadapi muridnya seterusnya membimbing dan membantu mereka. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal nescaya Bahasa Sanskrit niscaya binasa Bahasa Sanskrit binasa sentiasa Bahasa Sanskrit senantiasa masalah Bahasa Arab mas-alatuna Perenggan 10Sekiranya api lilin „menyakiti‟ seseorang, maka lilin itu tidak akan dibenci ataudipersalahkan, sebaliknya yang terkena api akan segera berwaspada agar tidakmengulangi kesilapannya. Sebaliknya, kerap kali kita mendengar peristiwa muridberdendam, membenci dan bertindak balas terhadap guru yang „menyakiti‟ mereka,malahan ada kalanya seluruh masyarakat turut mengecam guru tanpa usul periksaselepas pihak media menyiarkan sesuatu berita yang tidak enak didengar. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal segera Bahasa Sanskrit segara berwaspada Bahasa Sanskrit waspada(kata dasar : waspada) berdendam Bahasa Sanskrit dendam (kata dasar : dendam) media Bahasa Inggeris media Berdasarkan artikel yang telah dianalisis seperti di atas, dapatlah dirumuskanbahawa penggunaan istilah pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeristelah banyak digunakan dalam penulisan artikel ini. Seperti yang telah saya nyatakan,penulis telah membuat kesilapan dalam mencondongkan istilah-istilah seperti klise, nur, 26
  27. 27. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)paradoks dan sebagainya mungkin kerana keliru sama ada istilah tersebut terdapatdalam bahasa Melayu atau tidak.4.2 Kesimpulan Secara kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa kata atau istilah pinjamandaripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit dan bahasa Arabcontohnya, telah banyak digunakan dalam penulisan artikel-artikel bahasa Melayu.Namu begitu, penggunaan ejaan, singkatan, lambang dan tatabahasa. Hal ini adalahbagi memastikan bahasa Melayu kita menggunakan bahasa Melayu dengan baik. 27
  28. 28. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)5.0 ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKAITAN DENGANSEMANTIK5.1 Isu atau Masalah Pembelajaran Berkaitan SemantikSemasa menjalani praktikum bermula pada 23hb Julai 2012, saya telah membuat suatukajian ringkas terhadap murid-murid tahun 4 yang telah diambil alih oleh saya. Kajiantersebut adalah berkaitan dengan penguasaan murid-murid mengenai makna leksikaliaitu antonim. Seperti yang kita sedia maklum, antonim bermaksud pertentangan maknaperkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya,antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, sebagai contoh cantik lawannyahodoh, baik lawannya jahat, lelaki lawannya perempuan, panjang lawannya pendek,miskin lawannya kaya dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu sesi pengajaran danpembelajaran di dalam kelas bersama murid-murid Tahun 4 Intan berkaitan dengantajuk antonim ini. Pada mulanya saya telah memberikan contoh dengan memanggil duaorang murid yang nampak jelas perbezaannya. Setelah itu, saya meminta murid-muridmenyatakan perbezaan kedua-dua murid tersebut dan mereka menjawab dengan baik,sebagai contoh, tinggi dan rendah, perempuan dan lelaki, dan sebagainya. Sejurusselepas itu, saya telah menerangkan serba sedikit tentang maksud antonimmemberikan pelbagai contoh-contoh antonim yang lain. Setelah saya meminta contoh-contoh antonim yang lain daripada murid-murid,apa yang perhatikan ialah murid-murid tidak dapat memberikan perkataan berlawanankepada sesetengah perkataan. Hal ini kerana tidak semua perkataan mempunyaipertentangan makna satu lawan satu seperti contoh-contoh lain seperti kaya lawannyamiskin. Oleh itu kata nafi „tidak‟ sering kali digunakan oleh murid-murid bagimenunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan „asli‟ lawannya „tidakasli‟ ataupun „mati‟ lawannya „tidak mati‟. Saya juga melihat murid-murid ini kekurangan kosa kata-kosa kata yang dapatmembantu mereka memberikan contoh-contoh perkataan berlawanan atau antonimoleh kerana kurangnya pembacaan bahan-bahan ilmiah. Hal ini juga menyukarkan 28
  29. 29. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)mereka bagi memberikan makna-makna perkataan dengan betul seterusnyamemberikan perkataan berlawanan bagi perkataan-perkataan yang telah saya tanya. Bagi menguji lagi tahap penguasaan mereka dalam antonim, saya telahmenyediakan sepuluh soalan kuiz dalam bentuk perkataan dan ayat dan memilih murid-murid secara rawak bagi menjawab soalan tersebut. Kebanyakkan murid-murid mampumenjawab dengan betul. Namun apabila saya meningkatkan aras soalan daripadaperkataan kepada bentuk ayat yang sedikit susah, mereka tidak mampu untukmencarijawapan yang betul. Setelah melaksanakan kuiz tersebut, maka saya telah mengambil keputusanuntuk menjalankan satu aktiviti permainan bahasa iaitu teka silang kata. Apa yang sayaperhatikan murid-murid sangat seronok menjalankan aktiviti tersebut dan ini dapatmembantu mereka meningkatkan penguasaan dalam antonim. Sejurus itu, saya telahmemberikan lembaran kerja tentang antonim kepada murid-murid. Saya juga memintamereka merujuk kepada kamus dan menambahkan bahan bacaan bagi memudahkanmereka menjawab soalan dan lembaran kerja yang telah berikan. Konklusinya, bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam antonim ini, sebagaiguru, kita perlu memastikan penyampaian pembelajaran jelas dan terang besertacontoh-contoh yang banyak. Penggunaan kata nafi “tidak” oleh murid-murid perlukandiberi teguran dan guru perlu memberi contoh yang lain supaya murid-murid tidak lagiakan menggunakan kata nafi tersebut. Kepelbagaian aktiviti dan latihan juga perludijalankan bagi mereka menguasai sepenuhnya topik ini selain mereka seronok dalammenjalani pembelajaran dan pengajaran. 29
  30. 30. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)5.2 Prosedur PelaksanaanPada sesi pengajaran dan pembelajaran tentang antonim, saya telah menyediakanlangkah demi langkah bagi memastikan murid-murid dapat menguasai antonim denganbaik. Pada sesi tersebut, saya telah memilih tajuk “Bumi Tercemar” untuk diajar kepadamurid-murid. Seperti biasa, aktiviti pembacaan teks petikan telah saya jalankan padaawal pembelajaran dan pengajaran. Dalam petikan teks tersebut terdapat perkataanyang telah saya warnakan dan murid-murid diminta membacakan teks dan perkataantersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul. Setelah itu, murid-murid diminta untuk menjawab soalan pemahaman secaralisan dengan bermain satu permainan “Roda Impian” untuk menguji pemahamanmereka terhadap isi pelajaran. Selepas itu, saya beralih kepada aktiviti kumpulanmembina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Sejurus setelah membentangkan hasil kerja secara berkumpulan tersebut, sayameminta murid-murid merujuk kepada perkataan-perkataan yang berwarna merah yangterdapat dalam petikan teks yang telah diberikan pada awal pembelajaran. Sayameminta mereka menyebut dengan kuat perkataan tersebut dan saya menerangkanbahawa perkataan-perkataan tersebut mempunyai kata berlawanan yang disebutsebagai antonim. Bagi menjelaskan tentang antonim ini, saya memanggil dua orang murid lelakidan perempuan ke hadapan. Saya meminta murid-murid lain menyatakan perbezaanyang paling jelas yang terdapat kedua-dua murid ini. Murid-murid dapat memberikanperbezaan dengan betul dan baik. Setelah itu, saya terus memulakan peneranganringkas tentang antonim dan meminta mereka menyatakan perkataan berlawanan bagiperkataan yang berwarna di dalam petikan teks. Saya juga meminta murid-muridmemberikan contoh-contoh perkataan yang lain dan secara sumbang saran sayamembantu mereka mendapatkan jawapan bagi perkataan-perkataan tersebut. Setelah itu, saya menjalankan aktiviti permainan kuiz dengan menyediakan 10soalan perkataan dan ayat yang berkaitan dengan antonim. Murid-murid dipilih secara 30
  31. 31. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)rawak untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Murid-murid yang dapat menjawab soalantersebut dengan betul diberikan ganjaran pujian dan gula-gula. Bagi meningkatkan tahap penguasaan murid-murid terhadap antonim, sayamenyediakan permainan teka silang kata. Saya telah mengehadkan masa untukmelengkapkan teka silang kata tersebut dan saya memaparkan teka silang katatersebut di papan layar. Setelah mereka menyiapkannya, saya meminta murid-muriduntuk menulis perkataan yang dilengkapkan dalam teka silang kata di papan putih. Apayang saya perhatikan murid-murid sangat seronok menjalankan aktiviti tersebut. Bagi mengukuhkan pemahaman dan menambahkan kosa kata murid-murid,saya meminta murid-murid menyiapkan lembaran kerja dan latihan-latihan yang telahsaya sediakan untuk mereka. Saya juga meminta murid-murid merujuk kamus danbahan-bahan bacaan ilmiah yang lain supaya mereka dapat memperbanyakkan kosakata dan seterusnya dapat menjawab soalan-soalan yang telah diberikan.5.3 Laporan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Dalampengajaran dan pembelajaran kali kedua ini, setelah menganalisis masalah merekadalam mengenai pemahaman terhadap topik antonim ini, saya dapati hampir 90 peratusmurid-murid 4 Intan berjaya menguasai pengajaran. Hal ini kerana, saya telahmenggunakan pendekatan yang lebih mudah dan sesuai mengikut tahap merekamemandang murid-murid saya berada pada tahap yang sederhana. Pada pengajaran kali kedua ini juga, saya telah memberikan bentuk latihan yangsama kepada murid-murid tetapi dilaksanakan dengan kaedah yang berbeza iaitudalam bentuk teka silang kata. Dengan aktiviti tersebut, murid-murid lebih seronok danmemahami isi pelajaran tentang antonim. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajarjuga dapat membantu penguasaan murid dalam topik ini. Oleh sebab murid-muridmudah memahami isi pelajaran, saya tidak mengalami masalah dalam pengurusanmasa seperti dalam pengajaran pada kali pertama. 31
  32. 32. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Kaedah yang saya gunakan ini juga dapat menarik minat murid-murid di sampingdapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh yang demikian,mereka tidak merasa bosan dan objektif juga dapat dicapai dengan mudah. Namun begitu, terdapat sebilangan murid yang masih belum mampu menguasaitopik ini. Walaubagaimanapun, saya telah memberi latihan pengukuhan dalam bentuksoalan objektif supaya mereka dapat meningkatkan pemahaman dalam isi pelajaran.Saya juga telah meminta mereka untuk merujuk kamus dan membaca pelbagai bahanbacaan bagi menambahkan kosa kata mereka. Hal ini dapat membantu merekamenjawab soalan antonim dengan mudah dan baik. 32
  33. 33. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)6.0 RUMUSANSemantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripadaperkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Berbezadengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan, manakala sintaksis pulamerujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya, contohnyasecara bertulis ataupun bertutur. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripadakonteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat.Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-maknaperkataan. Persoalan ini nampaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakanrujukan. Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaanhubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteksyang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan. Semantik merupakan suatu bidang yang sangat penting dan perlu dikuasa olehsemua guru supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengansemaksimum yang mungkin. Hal ini berhubung rapat dengan fungsi Bahasa Melayusebagai Bahasa Kebangsaan yang merupakan indikator utama dalam pengajaran. Kesimpulannya, bidang semantik perlu dikuasai dengan baik supaya fungsibahasa dapat dilihat dengan jelas. Makna sesuatu perkataan dapat difahami denganlebih jelas dan terperinci mengikut konteks sesuatu ayat. Oleh itu, dengan terhasilnyakerja kursus ini dapatlah kita mengetahui tentang aspek makna sesuatu ayat yangdiujarkan atau digunakan oleh manusia. 33

×