Nota muzik sept

2,443 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,443
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
80
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nota muzik sept

  1. 1. T U E S D A Y , M A R C H 3 0 , 2 0 1 0 KEPENTINGAN MUZIK KEPADA PERGERAKAN Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud perasaan. kanak-kanak mempunyai perasaan yang tinggi dan halus manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain. Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak di mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru boleh mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan semua kanak-kanak, melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. selain itu aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas, dan sebagainya. Di samping itu aktiviti ini juga dapat membina disiplin diri pada kanak-kanak misalnya ketika menunggu giliran untuk bermain alatan muzik dan akhir sekali aktiviti muzik ini akan dapat meningkatkan konsep kendiri pada kanak-kanak dengan berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan yang lain. selain itu lagu- lagu yang diperdengarkan juga dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak contohnya Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. kanak-kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanak-kanak berjaya menghafal sesebuah lagu. Selain itu muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing .menurut teori perkembangan kognitif jean piaget proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Setiap individu akan mencuba menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum di tentukan. Apabila guru mengajar mengenai muzik dan memperdengarkan lagu kepada kanak-kanak maka kanak-kanak akan belajar mengenai konsep muzik seperti pic, rima dan rentak. melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan nada bunyi yang kuat dan lembut contoh aktiviti untuk memperkenalkan kepada pelajar apa itu bunyi kuat ialah guru memperdengarkan kerincing kepada kanak-kanak dan memukul kerincing dengan kuat dan menyatakan bahawa bunyi itu kuat, manakala aktiviti untuk memperkenalkan bunyi lembut pula ialah guru memukul kerincing secara lembut dan memperkenalkan bahawa bunyi itu lembut.
  2. 2. Selain itu , melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi panjang kepada murid-murid ialah guru memukul kastenet dan memperkenalkan bahawa bunyi itu panjang. manakala aktiviti untuk memperkenalkan bahawa bunyi yang pendek ialah guru memukul kerincing dan memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek. Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi tinggi dan rendah. contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi tinggi ialah guru menggetarkan loceng sebagai bunyi yang tinggi manakala memukul kastenat sebagai bunyi rendah. Selain itu pengajaran muzik juga dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-kanak di mana apabila lagu di perdengarkan guru akan meminta kanak-kanak mengingati lirik lagu yang telah diperdengarkan dan kanak-kanak akan cuba menghafal lirik lagu itu maka secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui perkataan baru. Selain itu muzik juga dapat membina daya kreativiti pada kanak-kanak. Daya kreativiti dibina apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. Muzik juga membantu perkembangan fizikal kanak-kanak perkembangan fizikal ialah perubahan fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia. muzik memberi kesan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak . muzik membantu kanak-kanak menghasilkan pergerakan guru boleh melakukan aktiviti menari secara bebas mengikut alunan muzik. Kanak-kanak akan berasa seronok. Melalui aktiviti menari ini akan menggalakkan perkembangan moto kasar kanak-kanak. Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak- kanak. Kanak-kanak mula didedahkan dengan muzik sejak kecil lagi iaitu semasa seorang ibu mendendangkan irama lagu ketika mendodoikan anak, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah serta aktiviti nyanyian yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Terdapat juga ibu hamil yang memperdengarkan bayi mereka dengan muzik sejak di awal kehamilan lagi. Semua ransangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan antara bunyi dan perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap dan keadaan ini memudahkan penerimaan sebarang bentuk informasi. Pada ketika ini, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan- lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi di sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran untuk berkomunikasi dengan bayi sebelum dilahirkan. Bayi mula belajar dan bertindak balas kepada rangsangan yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan perhubungan antara ibu dan bayi serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi
  3. 3. dan kanak-kanak adalah tidak terhad asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. Kepelbagaian jenis muzik sangat berguna untuk masa depan bayi kerana muzik dapat memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi mula membesar, mereka mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik kerana semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh cara penyampaian visual muzik tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Semasa usia bertatih, kanak-kanak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti “tidak” dan “berhenti”, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Hal ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti “baik”, “bagus” atau “hebat”. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan sekiranya perkataan yang diucapkan mempunyai ritma yang betul dan boleh difahami. Muzik juga memiliki keupayaan memulih kepada kanak-kanak. Hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University mendedahkan bahawa muzik dapat meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini berupaya memperoleh kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Mereka berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara dan dapat berinteraksi tentang perasaan mereka dengan orang lain. Mereka juga dapat membantu orang lain untuk memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan. Pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan 25 peratus bahagian otaknya untuk menganalisis nada tinggi dan rendah not muzik berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan. Pada bahagian otak kiri, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal yang dapat mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal serta memainkan peranan penting dalam pemprosesan bahasa. Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak tentang erti tanggungjawab semasa bekerjasama dalam kumpulan. Sekiranya mereka memupuk sikap ini ketika memainkan bahagian- bahagian alat muzik dalam kumpulan, perkara yang sama juga akan dilakukan ketika mereka berada di luar dalam kelompok masyarakat. Kerjasama yang terjalin ini mampu melahirkan muzik yang indah dan menarik yang berupaya mengangkat martabat sesebuah karya. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar dianggap sebagai proses pembelajaran yang efektif daripada membaca. Semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan terperinci. Kanak-kanak yang memiliki pendedahan terhadap muzik mempunyai kelebihan dari segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat daripada pengaruh muzik yang didengar. Kanak-kanak juga dapat membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik adalah menekankan kepada kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan memerlukan pengecaman yang tinggi. Berdasarkan kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw,
  4. 4. menjelaskan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil subjek muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas sekiranya dibandingkan dengan rakan mereka yang tidak mengambil subjek muzik. Muzik juga dapat memberikan peningkatan celik huruf kepada kanak-kanak. Muzik merupakan komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula merupakan alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contohnya, menyanyikan lagu huruf “ABCDE” hingga “Z”. Pendedahan muzik dan latihan muzikal berupaya untuk membantu kanak-kanak memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat kerana muzik dapat meningkatkan keupayaan mental. Muzik turut dapat merangsang keyakinan dan harga diri kanak-kanak kerana muzik merupakan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak- kanak. Jenis muzik yang didedahkan kepada anak-anak wajar diberikan perhatian oleh ibu bapa kerana kanak-kanak lazimnya akan menerima apa sahaja yang mereka dengar. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menggunakan muzik yang boleh memberikan tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana cara ini boleh memberikan akibat yang negatif. Sebaik- baik muzik yang akan diperdengarkan adalah jenis muzik yang dapat menampilkan jati diri kanak-kanak tersebut kerana kuasa muzik juga mampu menjadikan mereka yang mendengarnya mempunyai keberanian untuk meluahkan segala yang terbuku dalam minda mereka. Muzik adalah amat penting dalam perkembangan pergerakan kanak – kanak. Muzik memberikan rangsangan kepada kanak – kanak untuk mereka bergerak secara langsung mahupun tidak langsung. Kanak – kanak akan bertindak balas apabila mereka mendengar muzik. Kanak – kanak bertindak balas dengan bunyi – bunyian seawal ketika di dalam kandungan ibu lagi. Ada kajian yang menunjukkan kanak – kanak yang telah didedahkan dengan bunyian ketika dalam kandungan lagi menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang baik. Terdapat pelbagai jenis muzik yang sesuai yang mana dapat membantu dalam perkembangan pergerakan kanak – kanak. Kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi. Pada kebiasaannya pada peringkat dalam kandungan lagi, para ibu suka mendengarkan muzik instrumental yang lembut kepada bayi mereka dengan melekapkan ‘head phone’ pada perut mereka. Selain itu, para ibu yang beragama Islam akan mendengar kan bacaan ayat – ayat Al – Quran pada bayi mereka. Selain daripada membantu perkembangan pergerakan kanak – kanak, muzik juga mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila mereka muzik atau satu – satu lagu, kanak – kanak mereka akan memberikan tidak balas. Apabila bayi mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik Ibu juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Dalam usia enam tahun pertama, kanak- kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut Muzik turut memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak dimana ia mampu meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Ia juga mampu
  5. 5. membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Muzik juga merangsang pendengaran dan penglihatan Terdapat beberapa faedah pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak- Saturday, 10 December 2011 MUZIK DAN GERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik.Ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka,imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat 'non verbal'.Oleh itu,respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak- kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. Muzik juga melibatkan pergerakan,kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar,meningkatkan kemahiran motor,menggalakkan kordinasi anggota badan,mata dan tangan. Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak.Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri. Jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks. 1.Gerakan mengikut lirik lagu 2.Gerakan asas dengan muzik
  6. 6. 3.Interpretasi muzik dengan gerakan 4.Gerakan bebas dengan muzik 5.Gerakan yang menunjukkan cerita atau kerja Pecahan Konsep kepada gerakan 1.Irama-Gerakan yang menerangkan konsep seperti berjalan,berkawat,melompat membuai,menghayun,bergalop dan sebagainya. 2.Melodi-Gerakan yang menerangkan konsep seperti tinggi-berdiri,rendah- bertenggong,bunyi menaik-naikkan tangan,bunyi menurun-turunkan tangan. 3.Tempo-tempo lambat-berjalan seperti kura-kura.tempo cepat-berlari seperti kuda. 4.Dinamik-Bunyi kuat-semua tepuk tangan,bunyi lembut -tepuk tangan dua jari,bunyi berat-semua rentak kaki,bunyi ringan-Jalan berjengkit. Pengajaran muzik dengan gerakan yang mengikut lirik lagu yang telah dijalan oleh saya bagi murid tahu satu. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MUZIK, MUZIK DAN GERAKAN OBJEKTIF KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN
  7. 7. Muzik dan Gerakan Membolehkan murid: 2.1. melakukan gerakan untuk menghasilkan bunyi 2.1.1. Anggota badan Perlakuan anggota badan yang menghasilkan rentak dan irama Tepukan Hentakan Petikan Kaset lagu Gembira Sedih Semangat 2.2. melakukan gerakan mengikut irama 2.2.1. Gerakan mengikut warna: Bebas Terkawal Kreatif Melakukan pergerakan bebas mengikut rentak Melakukan pergerakan terkawal mengikut lirik / irama lagu yang ditetapkan oleh guru Melakukan pergerakan kreatif mengikut rentak lagu Berjalan Melompat Ketinting iv. Lompat skip Berjalan atas hujung jari kaki Kaset lagu berirama: Perlahan Rancak 2.2.2. Apresiasi muzik melahirkan perasaan melalui gerakan mengikut irama muzik irama rancak – pergerakan pantas irama perlahan – pergerakan lambat Kaset tarian moden tradisional video, VCD 2.2.3. Jenis-jenis tarian Memperkenalkan tarian mengikut jenisnya: Tarian moden Tarian tradisional Melakukan pergerakan dalam tarian mengikut kreativiti murid Menari tarian moden Menari tarian tradisional Kaset lagu Video CD 2.2.4. Asas gimrama Mengawal koordinasi anggota badan Mengawal pergerakan mengikut irama Kaset lagu 2.2.5. Asas senamrobik Melakukan pergerakan berirama berbentuk senamrama
  8. 8. Pengajaran tarian merupakan akiviti yang penting dalam muzik dan gerakan,terdapat dua jenis tarian,iaitu tarian moden dan tarian tradisional. MUZIK DENGAN PERGERAKAN MUZIK DENGAN PERGERAKAN 5 jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks: • Gerakan Mengikut Lirik Lagu • Gerakan Asas Dengan Muzik • Interpretasi Muzik Dengan Gerakan • Gerakan Bebas Dengan Muzik • Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana Dalam dunia kanak- kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak. Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik. Kanak- kanak mengembangkan kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang mereka alami dengan apa yang mereka dengari, lihat dan rasai. DEFINISI PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” ( learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
  9. 9. Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang boleh berlaku secara - automatis - spontan - terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan. PENDEKATAN DALCROZE • irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik • irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak. • elemen irama dan dinamik - berkait rapat dengan pergerakan. • Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami dan diekspresikan dengan badan. PENGLIBATAN Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu : • mendengar • merasai (feel) • berimaginasi kuat (strong imagination) • mengintepretasi bunyi • bertindak/respon/bergerak JENIS PERGERAKAN ASAS • Bukan lokomotor : tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik. • Lokomotor : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap, bergolek,bergalop, skip, berputar, melompat. Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi. PERGERAKAN KREATIF Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.
  10. 10. UNSUR-UNSUR PERGERAKAN • TUBUH BADAN : pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagian anggota badan. • RUANG : penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan. • DAYA : kualiti pergerakan. • PERKAITAN : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan orang lain atau objek-objek. TUJUAN PERGERAKAN KREATIF 1. kebebasan melahirkan idea dan perasaan 2. pengawalan pergerakan 3. kemahiran pergerakan 4. keseronokan dan kepuasan 5. kesedaran imej kendiri 6. kesedaran estetik 7. apresiasi bentuk seni 8. kartasis(melepaskan ketegangan perasaan) 9. pemahaman budaya 10. sosialisasi 11. penyelesaian masalah 12. alat pembelajaran akademik 13. teraputik APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN 1. Irama • menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi. 2. Meter dan tekanan • gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter triple. Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 ) 8 3. Melodi • guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.
  11. 11. 4. Bentuk • pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu. 5. Harmoni • dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu. 6. Ekspresi • pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit,bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud. 7. Warna ton • pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe. 8. Jalinan • pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau fomasi. PERANCANGAN P & P 1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan. 2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki. 3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman 4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa – terangkan bahawa pergerakan memerlukan disiplin. Aplikasi Pendekatan Dalcroze 5.2.1 Rancanganaktiviti muzikalyang sesuaiuntuk pelajarsekolah rendahi. semulajadinya kanak- kanak normal memang aktif bergerak danpastinyamerekaseronokapabilaaktifbergerak.Justeruitu, Dalcrozemengambilpendekatanmemfaatkanpenggunaanruang,masa,tenagatempodankelajuanyangpelbagai sewaktumelakukansebarangpergerakan.Lihatcontohberikut;a.bergerakdengancepat(berlari),lambat (berjalan)ataubergeraksecaraterjingkit-jingkitb.melompat,meniarapdanbergulingKesemuaaktivitiini merupakansatukaedahpenerokaandanbagaimanaruangdapat dimanipulasi.ii. menggunakan deria pendengaran, murid dapat memberi responpergerakanyangtepatdengan mengambilkirapenggunaanmasa,ruangdantenaga.Seorangkanak-kanaktidakdapatmengucapkan perasaanmerekadenganperkataan,tetapidiabolehmenyampaikannyadalambentukinterpretasiterhadap kesemuaelemenmuziktermasukliriklagu,dinamik,bentuklagudansebagainya.
  12. 12. 5.2.2Pelaksanaanaktivitimuzikalyangsesuaiuntukpelajarsekolahrendah 1. Aktiviti Eurythmics Main Lompat Mari main lompat bersama kawan, Lompat ke kiri, lompat ke kanan, Pusingkan badan,Tepukdiatastepukdibawah, Kecilkan badan Lompat tinggi sampai ke awan. (Pendidikan Muzik KBSR Tahun Dua) Aktiviti yang boleh dilakukan adalah nyanyian dan gerakan badan. Murid bolehmelakukan gerakan mengikut rentak dan lirik lagu. Cadangan pelaksanaan aktiviti eurythmics:1. Menyanyikan lagu Main Lompat2. Menepuk tangan untuk not kuaver3. Melompat untuk not krocet4. Mendepakan tangan ke atas untuk not minim.Pemerhatian :Pastikan murid melompat ke kiri dan ke kanan mengikut lirik lagu danpusingkan badan.
  13. 13. Latihan Latihan1Andadikehendakimencarisebuahlaguyangmudahdancadangkanbeberapagerakanlainselaincontoh yangtelahdiberikandiatas.Dokumentasikanlangkah-langkahpelaksanaanaktivitiberkenaandansimpansebagai bahanuntukfolio. 2. Aktiviti Solfege Mengikut kaedah Dalcroze, aktiviti mendengar serta memberi respon spontaterhadap pic-pic rendah dan tinggi adalah signifikan. Pada peringkat awal latihanpendengaran ( permulaan ), murid di asuh agar membiasakan diri mendengar suaramereka sendiri dan mengecam apakah yang sedang dilakukan. Contohnya ialahseperti menyanyi, menjerit dan bersiul dengan suara yang tinggi dan rendah sertabercakap dan membunyikan vokal.Contoh pelaksanaan aktiviti: Thursday, June 6, 2013 Nota MZU 3111 - P&P Pendidikan Muzik menggunakan Pendekatan Dalcroze Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kali ini, guru telah menggunakan pendekatan Dalcroze untuk dimasukkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Dalcroze ini melibatkan beberapa aspek iaitu Eurhytmics, Solfage dan Improvisasi. Bahan Muzikal untuk aktiviti Eurhythmics, Solfage dan Improvisasi juga diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan. Pendekatan ini menekankan pembelajaran secara ‘Learning by doing’ iaitu murid perlu melaksanakan sendiri dan merasai sendiri proses pembelajaran. Murid akan menggunakan gerak tubuh untuk tingkatkan pemahaman dalam pembelajaran muzik. Pendekatan ini juga mementingkan kepekaan alat deria iaitu mendengar muzik, dan bermain alat muzik. Pembelajaran ini juga menitik beratkan improvisasi (kreatif irama dan melodi) dalam kemahiran muzik serta mengutamakan pembelajaran daripada konkrit kepada abstrak.
  14. 14. Terdapat tiga peringkat dalam menguasai kemahiran dalam pendidikan muzik bagi pendekatan ini iaitu peringkat mendengar dan melihat, peringkat memberi pengalaman, serta peringkat menulis. Semua peringkat ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada guru mengenai cara bagaimana guru muzik dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Muzik yang saya ikuti, guru Pendidikan Muzik Tahun 1 Juara telah menggunakan kaedah Eurythmics dimana kaedah ini memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri. Selain itu, kaedah ini juga melibatkan kemahiran mendengar, merasai, berimaginasi, menginterpretasi bunyi, bertindak, memberi respon dan bergerak bagi membantu murid membayangkan maksudnya secara luaran. Guru memulakan sesi pengajaran dengan memperdengarkan lagu ‘Bunyi Binatang’. Murid mendengar lagu yang telah dimainkan guru dengan teliti. Kemudian, guru bertanya kepada murid apakah lagu yang telah dimainkan serta meminta murid untuk menyatakan apakah jenis binatang dan bunyi-bunyinya yang terdapat dalam lagu tersebut. Bagi aktiviti seterusnya, guru meminta murid berdiri dan menyanyikan lagu ‘Bunyi Binatang’ sambil menggayakan pergerakan yang bersesuaian dengan seni kata lagu. Murid bebas untuk membuat gaya yang ingin dilakukan mengikut lagu. Guru memanggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan untuk berdiri di hadapan kelas dan untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya mereka, dan diikuti rakan-rakan lain. Kecerdasan Muzik dan Kecerdasan Kinestetik yang diaplikasikan oleh murid. Kemudian, guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan meminta murid menyalin semula seni kata lagu yang telah ditulis di papan hitam di dalam buku tulis. Hal ini bertujuan bagi memberi kefahaman lagi kepada murid mengenai lagu yang ingin diajar. Di samping itu, penyerapan subjek Bahasa Melayu juga dapat diaplikasikan dengan menumpukan kepada kemahiran menulis dan membaca. Sebagai penutup, guru meminta tiga orang murid untuk menyatakan apa yang telah dipelajari pada sesi P&P kali ini. Guru menyuruh murid menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari mengikut audio. Murid menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gaya binatang. Sesi P&P http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/06/nota-mzu-3111-p-pendidikan-muzik.html psikomotor48.blogspot.com/2010/03/definisi-pergerakan-definisi-pergerakan.htn .1. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[1]PENGENALANEMILIE JAQUES DALCROZE(1865-1950)LATAR BELAKANGDilahirkan Julai 6, Vienna 1865, Emile-Henri Jaques (1865-1950) adalah satu- satunyaanak lelaki bagi Jules-Louis dan Julie Jaques, satu pasangan French-Swiss di Vienna, di manabapanya mewakili Switzerland clockmakers. Semasa kanak-kanak Emile dan kakaknya telahdibawa dan diperkenalkan ke konsert-konsert, teater, opera, dan kelas-kelas
  15. 15. piano. Selepaskeluarga itu berpindah ke Geneva Switzerland di mana Emilie belajar di belajar diConservatoire de Musique (1877-1883) dan meneruskan latihan profesionalnya di Paris danVienna (1884- 1891) dengan Talbot, Fauré, Lavignac, Marmontel, Lussy, Graedener,Prosnitz, Fuchs, dan Bruckner.Dalcroze memulakan karier pertamanya sebagai pengurus muzik di Algiers. Diabekerja sebagai seorang konduktor pada Théatre Des Nouveautés dalam Algiers, di manamuzik Afrika Utara terangsang kepentingannya dalam hubungan-hubungan pergerakanmanusia dan ritma. Kemudian beliau dilantik sebagai profesor solfege dan harmoni. Disinilah beliau mula membentuk sistem Gymnastique Rhythmique (pergerakan ritma sebagai • 2. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[2]pengenalan pendidikan muzik). Dari tahun 1909 hingga 1912, beliau menghabiskankebanyakan masanya dalam membentuk kaedah “eurhythmic “. Bersama-sama dengan pakarjiwa Perancis Edouard Claparide, beliau telah membentuk satu termologi khas iaituPengajaran Muzik Kaedah Dalcroze (Dalcroze Method of Music Instruction).Emile Jaques mula berkarya dengan serius semasa di awal 20an dan berubah namanyakepada Jaques- Dalcroze lebih tersendiri, mungkin bagi mengelakkan kekeliruan denganseorang komposer Perancis terkenal. Kerja-kerja luasnya muzik terlibat untuk orkestra,orkestra kebuk, dan piano; muzik drama-drama; opera; kerja-kerja berkoir; beberapa 1,700buah lagu; dan banyak buku berkaitan .Dalam tahun 1892 Jaques-Dalcroze telah dinamakanseorang profesor pada Conservatoire de Musique de Genève, di mana dia kekal sehingga1910.Dalam tahun 1910, dengan bantuan Wolf dan Harod, Dalcroze menubuhkan sebuahinstitut di Hellarau. Beliau mengajar di sana dari tahun 1911 - 1914. Dalam masa tiga tahunsahaja beliau mempunyai cawangan-cawangan di Perancis, Rusia, German, England danAmerika Syarikat. Perang Dunia Pertama meletus pada tahun 1914 dan Dalcroze terpaksabalik
  16. 16. ke Geneva kerana institut ini terpaksa ditutup akibat peperangan. Pada tahun 1915,beliau mengasaskan institut baru di Geneva. Dalam tahun 1925, Dalcroze memindahkan ibupejabatnya ke Paris. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Geneva di InstitutJaques Dalcroze. Beliau bertugas di situ hingga ke akhir hayatnya. Beliau meninggal padatahun 1950 pada usia 85 tahun.FALSAFAHFalsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah mengutamakan perasaandanpergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik. Beliau berpendapat insanharus bertindak balassecara fizikal melalui pergerakan badan apabilamenghayati melodi muzik. Justeru ituDalcroze memberi penekanan terhadapmemperkembangkan potensi individu untukmengekspresikan perasaan dan dirimelalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami danmenikmati muzikmelalui pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada • 3. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[3]individu untuk memperkembangkan daya imaginasi dan idea.Emilie Jaques Dalcrozeberpegang kepada beberapa prinsip bagi menguatkanteori pembelajaran yang diperkenalkan.Antaranya adalah seperti berikut:(i) Secara semula jadi, setiap kanak-kanak mempunyai emosi dan perasaan. Olehyang demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah tertumpu tentangstrategi bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik kepada bentuk-bentukpergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik yang diperdengarkan.(ii) Anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi kanak-kanak untukmenggambarkan atau meluahkan emosi mereka.(iii) (iii) Kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya danpergerakantertentu bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik yangdidengari.(iv) Sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih.Apresiasimuzik di kalangan kanak-kanak tidak dapat diterapkan denganhanya latihan-latihan aural atau penerangan lisan
  17. 17. mengenai tonaliti, picdan harmoni. Kefahamantentang elemen- elemen utama dalam muzikdapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang mengaitkan pembelajaranmuzik dengan pergerakan manusia sepertiberlari, berjalan, berdiri, dudukdan sebagainya. Sebagai contoh; konsep cepat(allegro) atau sederhana(moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan berlari atauberjalan yangberkait terus dengan pengalaman kehidupan seharian mereka.CIRI-CIRI PENDEKATAN DALCROZEa) Inner HearingDalcroze berpendapat kebanyakan pelajar tidak berupaya untuk menyanyi atau menuliskembalimelodi atau harmoni yang biasa didengari. Justeru itu beliau berpendapat latihan khasperlu diberikan bagi membantu pelajar membentuk inner hearing atau pendengaranmendalam. Kaedah yang dicadangkan ialah melalui solfa. Notasi atau not muzik mestilahdiajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa. • 4. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[4]b) Perasaan IndividuDalcroze telah mengenal pasti bahawa kebanyakan pelajarnya cuma belajarcara memainkanalat muzik dan menyanyi dengan tepat, tetapi pada masayang sama mengabaikan perasaanyang seharusnya dizahirkan denganpergerakan fizikal sewaktu aktiviti permainan alat ataunyanyian tersebut.c) Muzik dan GerakanDalcroze percaya bahawa pelajar dapat merasai dan menghayati pic, iramadan melodisesebuah lagu melalui pergerakan yang tertentu. Oleh yangdemikian, Dalcroze banyakmenuliskan lagu-lagu gerakan (gesture song)yang merupakan gabungan di antara muzik dangerakan yang sesuaidijalankan di peringkat kanak-kanak.1.0 KAEDAH DALCROZE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMUZIKDalcroze memperkenalkan tiga aspek dalam proses pengajaran danpembelajaran muzik iaitu:(a) Eurhythmic(b) Improvisasi(c) Solphege (solfa)1.0.1 EURHYTHMICDalcroze menyedari bahawa murid-murid peka kepada muzik melalui pergerakan.Beliau menamakan kaedahnya
  18. 18. sebagai eurhythmics iaitu dalam bahasa Yunani bermaksudgood movement. Mengikut Dalcroze, konsep muzik dapat dibina melalui pergerakan irama.Dalam pelajaran eurhythmics, murid-murid bergerak bebas mengikut muzik yangdidengari.Dalcroze mengesan bahawa pelajarnya cuma belajar cara-cara bermain alat muzikdan menyanyi secara tepat tetapi mengabaikan elemen perasaan sewaktu melakukannya. • 5. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[5]Mereka berjalan, berlari, melompat dan membuat pergerakan mengikut kreativiti diriyang menggambarkan perasaan kepada muzik yang didengarinya.Tiap- tiap murid membuatpergerakan masing-masing mengikut persepsi diri sendiri terhadap muzik, oleh itupergerakan yang terhasil adalah tersendiri. Pembinaan pergerakan murid adalah bermulatindak balas fizikal yang senang kepada kombinasi kompleks yang berpandukan kepadagerak tangan sambil mengira rentak di mana dalam masa yang sama kaki bergerak mengikuttekanan (syncopated patterns) dan kepala mengangguk pada rentak-rentak yangtertentu.Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh dari aspek minda,anggota badan serta emosi diri di mana perkara-perkara berikut dilakukan secara aktif iaitumendengar, merasai (feel), berimaginasi kuat (strong imagination), mengintepretasi bunyidan bertindak/respon/bergerak.Hasil dari penglibatan aktif dan menyeluruh pelajar, Dalcroze mendapati bahawatahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau unsur muzik, seperti irama, melodi,harmoni, bentuk dan lain-lain di kalangan pelajar telah meningkat dan bertambah baikmelalui aktiviti pergerakan dengan muzik. la secara tidak langsung telah menajamkan lagidaya pendengaran (aural) individu terhadap muzik untuk menterjemahkannya kepada gerakanyang sesuai dan kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik dikalangan pelajar.Di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
  19. 19. kelas, aktiviti eurhythmicsdapat dilaksanakan dalam aktiviti muzik dan gerakan, dimana pada waktu muzik dimainkanmurid akan membuat gerakan bebas mengikut muzik sama ada mengikut lirik lagu atau tidakcontohnya seperti lagu KBSR Tahun Tiga “Sang Kancil dan Buaya “ . Contohnya apabilaingin dilakukan aktiviti ini murid boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulanpertama akan menyanyikan lagu manakala kumpulan ke dua akan membuat gerakan sepertibuaya dan kumpulan ini bebas bergerak dan melakukan perlbagai gerakan. Bagi kumpulanketiga mereka akan beraksi seperti kancil dan mereka akan melakukan aktiviti melompatberlari berjalan dan sebagainya. Apabila muzik lagu ini dipasang murid akan bebasmelakukan aktiviti gerakan dalam kumpulan masing-masing mengikut muzik yangdimainkan oleh guru atau membuat sebarang pergerakan lain secara bebas. Dengan • 6. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[6]melakukan pergerakan ini murid dapat menunjukkan kreativiti mereka melalui pergerakanyang dilakukan seperti pergerakan melompat, berjalan, berlari dan lain- lain pergerakan lagi.1.0.2 .IMPROVISASIDalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu aktiviti yang bolehmeningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi merupakangabungan atau lanjutankepada aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama).Sebelum melakukan aktiviti improvisasi,pengalaman dan pengetahuan asastentang elemen irama dan pic diperlukan. Berdasarkanelemen asas tersebutmaka pelajar melakukan pengubahsuaian, penambahan atau lanjutan.Pelbagaiaktiviti improvisasi boleh dilakukan dengan penggunaan suara, tubuh badandan alatperkusi.Piano merupakan instrumen utama yang digunakan untukmemainkan melodi atauirama asas sebelum pelajar membuat improvisasiterhadap apa yang didengari.Tumpuanaktiviti improvisasi adalah sesuatu yang dilakukan secara spontan,bukannya ditulis ataudirancang terlebih
  20. 20. awal. Dalcroze mengatakan bahawasemua orang tanpa mengira bakatboleh dilatih memainkan menghasilkansesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid didalam kelas beliau diajarmencipta muzik sendiri secara berpandu. Pelajar tersebut diberikebebasan danpeluang untuk mengekspresi ciptaannya.Penekanan dalam improvisasi adalah berkenaan dengan latihan irama. Konsepmasadan tenaga yang diterokai dalam sesuatu ruang dalam kelas pergerakanberirama eurhythmicsdipraktikkan kepada bermain piano. Piano menjadi alatutama improvisasi kerana penggunaananggota badan dan muzik sepertipergerakan jari dan tangan.Dalcroze menggunakanimprovisasi untuk mengukuhkan konsep teori danharmoni. Beliau meminta pelajar membuatimprovisasi dari sesuatu melodi kearah pembinaan melodi baru dengan menggunakankefahaman pelajar tentangjeda-jeda. Secara tidak langsung, bermula daripada dua pic yangdicipta akanmelatih pelajar cekap dalam harmoni. • 7. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[7]Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru akan memainkan iramadengan menggunakan piano dan murid menjawab irama tersebut dengan bertepuk tangancontohnya :Irama yang dimainkan guru dengan menggunakan pianoDan murid membalas irama guru dengan bertepuk tangan dan membuat improvisasi padairama.Irama yang ditepuk oleh murid1.0.3 Solfege • 8. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[8]Telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf dikaitkandengan irama. Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni.Seperti tubuhbadan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pulaadalah alat tonal yang natural.Justeru itu, suara bertindak sebagai bahanekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfegebertindak sebagai ton, hubungkait antara ton dan ton kualiti
  21. 21. (timbre).Tujuan solfege diperkenalkan adalah supaya pendidik muzik dapat merancanglatihandan aktiviti bagi tujuan memperkembangkan pendengaran secara aktifdan merangsang sarafpendengaran supaya peka terhadap ketepatan pic. Solfegedalam pendekatan Dalcroze, adalahsatu latihan pendengaran. Pendengaranboleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic,perbezaan ton dan perbezaankualiti ton. Pendengaran dalaman (inner hearing) juga dapat • 9. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[9]meningkatkan dayaingatan. Pendengaran dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripadaliriknyanyian yang dinyanyikan dalam hati.Pendengaran dalaman dapatditingkatkan melalui nyanyian, melodi, harmoni, pic atauperbezaan kualiti tonatau timbre. la juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca skorsertaimprovisasi secara vokal yang boleh membawa kepada kemahiran muzik yanglebihtinggi seperti ciptaan dan gubahan.Dalam pengajaran dan pembelajaran solfage murid dapatmembezakan kedudukan not melalui isyarat tangan Curwen contohnya bagi not C rendahtangan di genggam di bahagian perut dan C tinggi tangan di genggam diaras kepala. Muridhendaklah peka dengan kedudukan pic setiap not. Contoh lagu di bawah dinyanyikan dengansolfage.2.0 LIMA FOKUS DAN UNSUR YANG DIBERI PERHATIAN DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK.Gabungan penekanan terhadap eurhythmics, solfege dan improvisasi sepertiyang diperkenalkan oleh Dalcroze telah memberi impak yang besar terhadap paradigma danpersepsi pendidik muzik tentang pendidikan muzik kanak-kanak. Antara fokus dan unsur- unsur yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah:(i) Eurhythmies Dalcroze meningkatkan keupayaan memerhati, memahami,memberitumpuan pendidik muzik terhadap
  22. 22. kepaduan penggunaan ruang,masa, tenaga dankeseimbangan bagi menghasilkan pergerakan yang baikmengikut irama tertentu. • 10. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[10](ii) Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan merekaseronokmelakukan apa sahaja. Dengan demikian, pendekatan Dalcrozemenggalakkanmereka meneroka penggunaan ruang, masa, tenaga dantempo atau kelajuan yangpelbagai sewaktu melakukan pergerakan.Contoh:(a) Bergerak dengan cepat(berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secaraberjingkit-jingkit sebagai aktivitipenerokaan dan penggunaan ruang(b) Melompat, meniarap, berguling,mencangkung dan sebagainya untukmeneroka dan mencari pengalaman barumenggunakan semuaanggota tubuh badan untuk bergerak.(iii) Anggota badan merupakan alat utama yang mampu mempamerkaninterpretasimurid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, sertapergerakan badanyang bertindak berpandukan bahan rangsangan ataustimuli dalam bentuk bunyi,gerak isyarat (signal), lisan seperti perkataan,ayat, puisi atau sajak, vokal sepertinyanyian dan juga muzik bunyibunyian.(iv) Pergerakan badan adalah pengalaman yang paling efektif dalam aspekmerasa danmenzahirkan emosi terhadap sesuatu yang didengar.Mendengar pula adalah kuncikepada pengalaman ini. Dengan mendengar,murid dapat memberi responpergerakan yang tepat dengan penggunaanmasa, ruang dan tenaga. Sesuatuperasaan kanak-kanak kadang kala tidakdapat diucapkan dengan kata-kata tapidapat diinterpretasikan denganpergerakan badan. Antara perkara-perkara yangboleh diinterpretasikanialah lagu yang berasaskan lirik serta konsep muzik sepertiirama, tekanan,detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo,bentukyang terkandung dalam muzik sedia ada.(v) Kreativiti diberi penekanan dalam program eurhythmics di manakeupayaan dankebolehan melakukan sesuatu yang berbeza di kalanganmurid-muriddipertingkatkan. Selain pelajar
  23. 23. belajar untukmengimprovisasi dalam bentukpergerakan, ekspresi kreatif juga bolehdisalurkan melalui media yang berbezaseperti penggunaan suara, alatperkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali. • 11. ZURAIDAH BT. ABDULLAHHBMS 2203: PENGAJARAN MUZIK III[11]PENUTUPDalam pengajaran muzik, terdapat banyak kaedah pengajaran muzik yang telahdiaplikasikan oleh gurudalam pengajaran muzik untuk pelajar.Daripada pelbagai kaedah yang ada,kaedah pendekatan Emilie Jaques Dalcrozebanyak digunakan di sekolah-sekolah dan terbuktimembawa manfaat kepadapembelajaran kanak-kanak. Sesetengah daripada pendekatan initelahdiperkenalkan pada kurun ke 19 dan masih lagi dipraktikkan oleh guru-gurumuzik di sekolah- sekolah di serata dunia. Terdapat juga beberapa jenispendekatan yang dicipta oleh ahli-ahli akademikmuzik zaman sekarang untukmemenuhi keperluan kanak-kanak zaman sekarang.Pendekatan-pendekatan inidigubah selaras dengan era pembangunan zaman moden kini.Sesetengah guru muzik masih mempraktikkan falsafah-falsafah pendekatanyang lama manakala guru-guru di zaman sekarang menggabungkan idea-ideadan falsafah- falsafah dari dua atau lebihpendekatan untuk diterapkan dalamsesi pengajaran mereka. Pada asasnya setiap guru bolehmenggunakan berbagaijenis kaedah pengajaran asalkan ia bermanfaat dan memberi kesan muzikalyangmenyeluruh kepada pelajar dalam kelas mereka.HASIL PEMBELAJARANRUJUKAN1. Modul OUM HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK2. Modul OUM HBMS1203 PENGAJARAN MUZIK I3. http://www.slideshare.net/syazayasmin/dalcroze4. http://www.scribd.com/doc/22400637/DALCROZE5. http://tabuhemas.com/Dalcroze.pdf6. http://www.answers.com/topic/emile-jaques-dalcroze7.
  24. 24. http://musiced.about.com/od/lessonplans/p/dalcroze.htm8. http://www.allianceamm.org/resources_elem_Dalcroze.html • Konsep Muzik • Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. 5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar. • • • Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 2. Melodi Susunan pic secara melintang.
  25. 25. a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana. b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic. e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. f. Pic boleh disusun secara berurutan. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu. Simbol Verbal : Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan : 1. Antara melodi dan iringan. 2. Pic tinggi,tengah dan mendatar. 3. Skel yang dimainkan. 4. Pic yang melompat dan berulang. 5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan. Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 3. Warna Ton Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan. Simbol Verbal: Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll. perkataan deskriptif ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar suara - soprano ,alto ,tenor dan bes Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon.
  26. 26. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka. 2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll. 3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll. 4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll. • Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 4. Bentuk Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton. a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea. b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar. c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan. d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan. Simbol Verbal : Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda Objektif P & P : Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti : 1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan. 2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya. 3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik. • • Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 5. Harmoni.
  27. 27. Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak. a. Dua pic boleh dibunyikan serentak. b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak. c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak. d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni. Simbol Verbal : Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord iringan homofoni Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan). 2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara. 3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan. • • Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 6. Ekspresi Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik. a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut. b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur. c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur- ansur. d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan. e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud. Simbol Verbal : Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain, legato, staccato cepat, lambat
  28. 28. mud - riang, tenang, cemas, cergas. Objektif P & P : Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut. 2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan. 3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-putus dan lain-lain lagi. • • • Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 7. Tekstur / Jalinan Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar. a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak. b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni. Simbol Verbal Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni polifoni Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih. 2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni. KEPENTINGAN PERGERAKAN
  29. 29. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. http://pgsripgmtuankubainun.blogspot.com/2011/05/muzik-dalam-bilik-darjah.html . Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud perasaan. kanak-kanak mempunyai perasaan yang tinggi dan halus manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain. Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak di mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru boleh mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan semua kanak- kanak, melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. selain itu aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas, dan sebagainya. Di samping itu aktiviti ini juga dapat membina disiplin diri
  30. 30. pada kanak-kanak misalnya ketika menunggu giliran untuk bermain alatan muzik dan akhir sekali aktiviti muzik ini akan dapat meningkatkan konsep kendiri pada kanak-kanak dengan berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan yang lain. selain itu lagu-lagu yang diperdengarkan juga dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak contohnya Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak- kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh. kanak- kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. keyakinan diri pula diperkembangkan apabila seseorang kanak-kanak berjaya menghafal sesebuah lagu. Selain itu muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing .menurut teori perkembangan kognitif jean piaget proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Setiap individu akan mencuba menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum di tentukan. Apabila guru mengajar mengenai muzik dan memperdengarkan lagu kepada kanak-kanak maka kanak-kanak akan belajar mengenai konsep muzik seperti pic, rima dan rentak.
  31. 31. melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan nada bunyi yang kuat dan lembut contoh aktiviti untuk memperkenalkan kepada pelajar apa itu bunyi kuat ialah guru memperdengarkan kerincing kepada kanak-kanak dan memukul kerincing dengan kuat dan menyatakan bahawa bunyi itu kuat, manakala aktiviti untuk memperkenalkan bunyi lembut pula ialah guru memukul kerincing secara lembut dan memperkenalkan bahawa bunyi itu lembut. Selain itu , melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi panjang kepada murid-murid ialah guru memukul kastenet dan memperkenalkan bahawa bunyi itu panjang. manakala aktiviti untuk memperkenalkan bahawa bunyi yang pendek ialah guru memukul kerincing dan memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek. Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi tinggi dan rendah. contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi tinggi ialah guru menggetarkan loceng sebagai bunyi yang tinggi manakala memukul kastenat sebagai bunyi rendah. Selain itu pengajaran muzik juga dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-kanak di mana apabila lagu di perdengarkan guru akan meminta kanak-kanak mengingati lirik lagu yang telah diperdengarkan dan kanak-kanak akan cuba menghafal lirik lagu itu maka secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui perkataan baru. Selain itu muzik juga dapat membina daya kreativiti pada
  32. 32. kanak-kanak. Daya kreativiti dibina apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. Muzik juga membantu perkembangan fizikal kanak-kanak perkembangan fizikal ialah perubahan fizikal, kadar pertumbuhan bahagian- bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia. muzik memberi kesan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak . muzik membantu kanak-kanak menghasilkan pergerakan guru boleh melakukan aktiviti menari secara bebas mengikut alunan muzik. Kanak- kanak akan berasa seronok. Melalui aktiviti menari ini akan menggalakkan perkembangan moto kasar kanak- kanak. Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak mula didedahkan dengan muzik sejak kecil lagi iaitu semasa seorang ibu mendendangkan irama lagu ketika mendodoikan anak, menyanyikan nada irama kanak- kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah serta aktiviti nyanyian yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Terdapat juga ibu hamil yang memperdengarkan bayi mereka dengan muzik sejak di awal kehamilan lagi. Semua ransangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan antara bunyi dan perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap dan keadaan ini memudahkan penerimaan sebarang bentuk informasi.
  33. 33. Pada ketika ini, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi di sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran untuk berkomunikasi dengan bayi sebelum dilahirkan. Bayi mula belajar dan bertindak balas kepada rangsangan yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan perhubungan antara ibu dan bayi serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi. Kepelbagaian jenis muzik sangat berguna untuk masa depan bayi kerana muzik dapat memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi mula membesar, mereka mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik kerana semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh cara penyampaian visual muzik tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Semasa usia bertatih, kanak-kanak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti “tidak” dan “berhenti”, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Hal ini juga boleh digunakan untuk
  34. 34. perkataan positif seperti “baik”, “bagus” atau “hebat”. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan sekiranya perkataan yang diucapkan mempunyai ritma yang betul dan boleh difahami. Muzik juga memiliki keupayaan memulih kepada kanak-kanak. Hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University mendedahkan bahawa muzik dapat meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini berupaya memperoleh kelebihan jika mempelajari muzik walaupun seketika. Mereka berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai cara dan dapat berinteraksi tentang perasaan mereka dengan orang lain. Mereka juga dapat membantu orang lain untuk memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan. Pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan 25 peratus bahagian otaknya untuk menganalisis nada tinggi dan rendah not muzik berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan. Pada bahagian otak kiri, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal yang dapat mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal serta memainkan peranan penting dalam pemprosesan bahasa. Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak tentang erti tanggungjawab semasa bekerjasama dalam kumpulan. Sekiranya mereka memupuk sikap ini ketika memainkan bahagian-bahagian alat muzik dalam kumpulan, perkara yang sama juga akan dilakukan ketika mereka berada di luar dalam kelompok masyarakat. Kerjasama yang terjalin
  35. 35. ini mampu melahirkan muzik yang indah dan menarik yang berupaya mengangkat martabat sesebuah karya. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar dianggap sebagai proses pembelajaran yang efektif daripada membaca. Semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan terperinci. Kanak-kanak yang memiliki pendedahan terhadap muzik mempunyai kelebihan dari segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat daripada pengaruh muzik yang didengar. Kanak-kanak juga dapat membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik adalah menekankan kepada kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan memerlukan pengecaman yang tinggi. Berdasarkan kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw, menjelaskan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil subjek muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas sekiranya dibandingkan dengan rakan mereka yang tidak mengambil subjek muzik. Muzik juga dapat memberikan peningkatan celik huruf kepada kanak-kanak. Muzik merupakan komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula merupakan alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contohnya, menyanyikan lagu huruf “ABCDE” hingga “Z”.
  36. 36. Pendedahan muzik dan latihan muzikal berupaya untuk membantu kanak-kanak memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat kerana muzik dapat meningkatkan keupayaan mental. Muzik turut dapat merangsang keyakinan dan harga diri kanak-kanak kerana muzik merupakan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Jenis muzik yang didedahkan kepada anak-anak wajar diberikan perhatian oleh ibu bapa kerana kanak-kanak lazimnya akan menerima apa sahaja yang mereka dengar. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak menggunakan muzik yang boleh memberikan tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana cara ini boleh memberikan akibat yang negatif. Sebaik-baik muzik yang akan diperdengarkan adalah jenis muzik yang dapat menampilkan jati diri kanak-kanak tersebut kerana kuasa muzik juga mampu menjadikan mereka yang mendengarnya mempunyai keberanian untuk meluahkan segala yang terbuku dalam minda mereka. Muzik adalah amat penting dalam perkembangan pergerakan kanak – kanak. Muzik memberikan rangsangan kepada kanak – kanak untuk mereka bergerak secara langsung mahupun tidak langsung. Kanak – kanak akan bertindak balas apabila mereka mendengar muzik. Kanak – kanak bertindak balas dengan bunyi – bunyian seawal ketika di dalam kandungan ibu lagi. Ada kajian yang menunjukkan kanak – kanak yang telah didedahkan dengan bunyian ketika dalam kandungan lagi menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang baik. Terdapat pelbagai jenis muzik yang sesuai yang mana dapat membantu dalam perkembangan pergerakan kanak
  37. 37. – kanak. Kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi. Pada kebiasaannya pada peringkat dalam kandungan lagi, para ibu suka mendengarkan muzik instrumental yang lembut kepada bayi mereka dengan melekapkan ‘head phone’ pada perut mereka. Selain itu, para ibu yang beragama Islam akan mendengar kan bacaan ayat – ayat Al – Quran pada bayi mereka. Selain daripada membantu perkembangan pergerakan kanak – kanak, muzik juga mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila mereka muzik atau satu – satu lagu, kanak – kanak mereka akan memberikan tidak balas. Apabila bayi mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik Ibu juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut Muzik turut memiliki keupayaan memulih ke atas kanak- kanak dimana ia mampu meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Ia juga mampu membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Muzik juga merangsang pendengaran dan penglihatan http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/muzik-dapat-membantu-perkembangan.html

×