Your SlideShare is downloading. ×
Topik 1 apa itu sosiologi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Topik 1 apa itu sosiologi

843
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
843
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
35
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Topik 1 Apa Itu Sosiologi? HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud imaginasi sosiologi; 2. Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial; 3. Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik; 4. Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya dalam kehidupan seharian; dan 5. Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut: • Auguste Comte; • Harriet Martineau; • Herbert Spencer; • Emile Durkheim; • Max Weber; dan • Karl Marx. PENGENALANMengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kitadilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggiakan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagiadaripada tinggal di kampung?Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologimerupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh
  • 2. 2 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak,apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat, dan bagaimana semua ini bergabungdan mempengaruhi tingkahlaku manusia.1.1 PERSPEKTIF SOSIOLOGIBagi mereka yang baru hendak mengenali bidang sosiologi, sudah tentu terdapatbanyak persoalan dalam minda anda. Apakah pendekatan yang digunakan olehahli sosiologi? Apakah kaitan bidang sosiologi dengan disiplin-disiplin sainssosial yang lain? Adakah sosiologi mempunyai asas logik atau saintifik?Kesemua persoalan ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini.1.1.1 Imaginasi SosiologiApakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi?Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya, merekamemfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan jugaoleh masyarakat. Tidak kira apa pengalaman peribadi kita, pasti kita akandipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada.C. Wright Mills (1916 1962) mengatakan bahawa untukkita memahami sosiologi, kita perlu terlebih dahulumemahami masyarakat di mana kita tinggal agar kitamendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentangkehidupan masyarakat kita (sila lihat Rajah 1.1). Beliaumenamakan disiplin ini imaginasi sosiologi (sociologicalimagination) iaitu keupayaan untuk kita melihatpengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagaimencerminkan perancangan struktur masyarakat danzaman tersebut. Rajah 1.1: C. Wright Mills Sumber: www.leksikon.orgLazimnya, kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentangaktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan jiran tetangga.Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengaitkan pengalaman kitadengan masyarakat serta peristiwa silam.Mengikut Mills, masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untukmembentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas.Sebagai contoh, mari kita pertimbangkan kesukaran masyarakat Amerika untukmendapatkan pekerjaan pada awal tahun 1890an. Penggubalan struktur dan
  • 3. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 3pengecilan sektor korporat meninggalkan kesan ke atas ekonomi yang meleset.Inilah yang kemudiannya mengakibatkan pengangguran di kalangan belia padamasa itu.Mills mengatakan bahawa situasi sedemikian bukan hanya disebabkan olehperwatakan peribadi individu sahaja. Kita juga perlu melihat situasi ekonomidan politik masyarakat pada masa itu. Di sinilah imaginasi sosiologi akanmemberi kita ruang untuk memahami kekecewaan masyarakat Amerika padaketika itu dalam konteks faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja sertamasyarakat keseluruhannya.Kesimpulannya, imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpastihubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosialmasyarakat di sekeliling kita. Apa yang berlaku kepada diri kita merupakandetik di mana kehidupan peribadi kita bertembung dengan masyarakat disekeliling kita. SEMAK KENDIRI 1.1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi.1.1.2 Sosiologi dalam Sains SosialAhli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku manusia seiring dengan bidang-bidang sains sosial yang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi,antropologi dan kerja sosial (sila lihat Jadual 1.1): Jadual 1.1: Perbandingan Bidang Sosiologi dan Bidang-Bidang Sains Sosial yang LainEkonomi Ekonomi adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan perkhidmatan. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara-perkara ini. Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia.Sejarah Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu. Sejarawan bukan sahaja menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini.
  • 4. 4 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?Sains Politik Sains politik mengkaji kuasa, ciri-ciri dan operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam pelbagai masyarakat. Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji bagaimana institusi seperti keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi sikap politik dan tingkahlaku pengundi.Psikologi Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial. Ia adalah kajian tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu. Perkara-perkara yang dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf, pembelajaran, perasaan, motivasi, personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal. Mereka mengkaji masalah-masalah daripada aspek individu. Manakala ahli sosiologi mengkaji perkara-perkara yang sama dengan melihat bagaimana ia berbeza di antara kumpulan sosial atau bagaimana ia mempengaruhi masyarakat. Psikologi dan sosiologi bergabung pula dalam satu bidang yang dinamakan psikologi sosial, iaitu kajian tentang hubungan di antara individu dan kumpulan.Antropologi Antropologi, seperti psikologi, adalah gabungan di antara biologi dan sains sosial. Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal di antara kumpulan manusia seperti kaum. Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat. Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks. Akhir-akhir ini, ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan.Kerja Sosial Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku manusia. Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan rumahtangga dan penagihan dadah. SEMAK KENDIRI 1.2 Terangkan bagaimana bidang-bidang berikut berkaitan dengan sosiologi: • Ekonomi • Sejarah • Sains Politik • Psikologi • Antropologi • Kerja Sosial
  • 5. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 51.1.3 Sosiologi dan Asas LogikBetulkah sosiologi mempunyai asas logik (common sense)?Pada sesetengah ahli sosiologi, bidang sosiologi memang ada asas logik. Cubakita teliti pernyataan-pernyataan berikut: • Kebanyakan ahli sukan yang berbakat berkemungkinan menjadi pemain profesional kelak. • Pada ketika ini, bilangan perceraian adalah tinggi di Amerika. Ini mencerminkan keruntuhan sistem kekeluargaan di Amerika. • Sekiranya tahap kemiskinan meningkat, ini akan membuka ruang untuk tercetusnya revolusi. • Perompak bersenjata adalah lebih merbahaya kepada mangsanya berbanding dengan perompak tidak bersenjata.Pada pandangan umum, pernyataan-pernyataan di atas adalah benar. Tetapikajian telah membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan tersebut adalah tidakbenar: • Hanya 2% sahaja dikalangan ahli sukan yang bernasib baik yang akan menjadi pemain profesional. • Perkahwinan masih popular di Amerika. Amerika mempunyai peratus tertinggi perkahwinan di dunia. • Revolusi berkemungkinan akan tercetus apabila keadaan kehidupan meningkat lebih baik dan kurang berkemungkinan berlaku sekiranya keadaan kehidupan berada dalam keadaan kurang baik untuk jangka masa panjang. • Perompak tidak bersenjata adalah lebih merbahaya daripada yang bersenjata. Perompak tidak bersenjata berkemungkinan akan mencederakan mangsanya sebab seseorang mangsa akan cuba mempertahankan dirinya daripada perompak yang tidak bersenjata.Dapatan sosiologi di atas akan memeranjatkan anda sebab ia bertentangandengan asas logik anda. Namun demikian, bukan kesemua dapatan sosiologi itumemeranjatkan dan bukan semua idea yang tidak logik itu tidak benar. Ada jugayang benar, contohnya kemungkinan orang miskin masuk penjara lebih tinggiberbanding dengan orang kaya. Tetapi, rata-rata terdapat banyak idea yang logiktetapi tidak benar seperti contoh-contoh yang telah dibincangkan.
  • 6. 6 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?Pada keseluruhannya, ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan:(i) Ia tidak objektif. Realitinya tidak diuji secara sistematik tetapi secara subjektif, iaitu berdasarkan perasaan, kepercayaan atau pengalaman seseorang itu. Ia juga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh sesebuah komuniti.(ii) Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten.Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diujiberdasarkan bukti. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatuyang baru. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif,tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Ahli sosiologimencari sesuatu yang objektif, konsisten dan baru.Untuk mencapai hasrat ini, mereka menggunakan kaedah saintifik. Inimerupakan salah satu sebab mengapa sosiologi itu menarik. Ia menunjukkankepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukarkepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum. Maka perbezaan di antarasosiologi dan perkara yang logik adalah ketara.sekeliling kita. SEMAK KENDIRI 1.3 Bagaimanakah anda membezakan sosiologi dengan pemikiran logik? 1.2 ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGIDalam memerihalkan asal-usul sosiologi, sudah tentu kita harus mengkajisumbangan tokoh-tokoh sosiologi yang banyak menghasilkan teori-teorisosiologi. Mereka ini banyak menyediakan dan memperkukuhkan asas teoretikalsosiologi, lantas membolehkan ahli-ahli sosiologi yang datang kemudian untukterus menjana teori dan ilmu sosiologi yang terkini. Mereka ini termasuklah: • Auguste Comte • Harriet Martineau • Herbert Spencer • Emile Durkheim • Max Weber • Karl Marx
  • 7. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 71.2.1 Auguste ComteApakah sumbangan Auguste Comte (sila lihat Rajah 1.2) kepada bidangsosiologi? Auguste Comte (1798 1857) merupakan seorang ahli pemikir sosial berketurunan Perancis yang memperkenalkan bidang sosiologi dan menggunakan istilah sociology pada tahun 1838. Menurut beliau, sosiologi melihat masyarakat daripada satu perspektif baru iaitu pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah. Rajah 1.2: Auguste Comte Sumber: http://upload.wikimedia.org/ wikipedia/commons/f/f4/Au guste_Comte2.jpgBeliau membahagikan pengajian tentang masyarakat kepada dinamik sosial danstatik sosial (sila lihat Jadual 1.2): Jadual 1.2: Dinamik Sosial dan Statik Sosial Dinamik sosial Dinamik sosial melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial. Statik sosial Statik sosial melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.Walaupun idea beliau tidak lagi mencorak sosiologi terkini, namun Comtemerupakan pengasas kepada idea bahawa kehidupan sosial boleh dikaji secarasaintifik dan ini telah banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti HerbertSpencer, Harriet Martineau dan Emile Durkheim.
  • 8. 8 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?1.2.2 Harriet MartineauSiapakah Harriet Martineau (sila lihat Rajah 1.3)?Harriet Martineau (1802 1876) dilahirkan dalam sebuahkeluarga Inggeris yang mewah. Beliau menterjemahkanpenulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada bahasaInggeris. Beliau banyak mengutarakan tentang gejalaperhambaan dan menekankan perlunya undang-undanguntuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukankaum wanita.Martineau juga telah memperkenalkan satu disiplin baruhasil pemerhatiannya terhadap tingkahlaku orang-orang diAmerika dan di England. Beliau menekankan bahawa Rajah 1.3: Harrietkajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik. MartineauDi antara sumbangan beliau adalah sebuah buku kaedahkajian sosial yang bertajuk, How to Observe Manners andMorals (1838).Martineau memperjuangkan kemajuan kaum wanita. Beliau mengkajibagaimana asas nilai moral negara yang muda seperti Amerika mencorakpenyusunan institusinya. Beliau juga menekankan persamaan di antarakedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di manabeliau memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka.Walaupun Martineau merupakan ahli sosiologi yang terkenal dan berpengaruh,namun sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki yangmenguasai bidang tersebut pada masa itu. Sumbangan beliau yang signifikanhanya diketengahkan baru-baru ini sahaja.
  • 9. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 91.2.3 Herbert SpencerSejauh manakah sumbangan Herbert Spencer (sila lihat Rajah 1.4) kepada duniasosiologi?Herbert Spencer (1820 1903), seorang ahli sosiologiInggeris, bersependapat dengan Comte tentang statiksosial dan dinamik sosial. Beliau melihat masyarakatsebagai satu sistem biologi yang terdiri daripadabahagian-bahagian yang saling berhubungan. Menurutbeliau, masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi(keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi)seperti sebuah badan manusia yang terdiri daripadapelbagai organ. Beliau memfokus kepada struktur dansumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan Rajah 1.4: Herbert Spencersesebuah masyarakat. Pada hari ini, masyarakatyang berstruktur sedemikian disebut dalam teorifungsional-struktur.Spencer percaya bahawa dunia akan berkembang dengan lebih baik. Beliaumenerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalamperkembangan dalam masyarakat. Manusia dan corak masyarakat yang kukuhakan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati. Sekiranya prinsip inidibenarkan wujud dengan bebas, manusia dan institusi sosial akanmenyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebihtinggi. Pandangan Spencer menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kitadan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.1.2.4 Emile DurkheimApakah sumbangan Emile Durkheim (sila lihat Rajah 1.5) kepada bidangsosiologi?Emile Durkheim (1858 1917) menumpukan perhatian beliau kepada caramasyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian. Menurut beliau,sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosialyang wujud di kalangan sekumpulan manusia. Hubungan yang rapat di antaraahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna.Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmoniandan kesejahteraan individu. Maka beliau mencadangkan bahawa untukseseorang individu mengekalkan kesejahteraan hidupnya, dia perlu mencarisesuatu yang bermakna di luar dirinya. Perkara ini wujud dalam konteks
  • 10. 10 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?penglibatannya dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya. Durkheim cubamenerangkan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akanmengakibatkan kesan negatif. Dalam sesetengah keadaan, ini akan mendorongseseorang itu untuk membunuh diri. Rajah 1.5: Emile DurkheimSeterusnya, Durkheim percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulandan bukannya individu. Beliau menekankan fakta sosial (social factor) yangmerujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskansecara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut. Menurut beliau, manusiamengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadisebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya. Makafakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan, nilaimoral, undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akanmempengaruhi kehidupan manusia seharian. Durkheim juga menekankan aspekperaturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu. Seseorang individu itutidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya iamelanggar peraturan sosial ini.Seterusnya, Durkheim menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yangmerangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan, agama,keluarga dan pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalammasyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan populasi dansebagainya). Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalahseperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada simbol-simbol dankesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini.Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba berdepan denganmasalah kompleks yang berkaitan dengan disiplin dan kepantasan kehidupansosial manusia seharian.
  • 11. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 111.2.5 Max WeberApakah kaitan Max Weber (sila lihat Rajah 1.6) dengan bidang sosiologi?Max Weber (1864 1920) merupakan ahli sosiologi yangmempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologiselain daripada Karl Marx. Pengaruh beliau boleh dilihatdalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik sepertipolitik, organisasi, stratifikasi sosial, perundangan, agama,kapitalisme, muzik, bandar dan perbandingan budaya. Rajah 1.6: Max WeberWeber mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek-aspek seperti niat,nilai, kepercayaan dan sikap. Beliau menggunakan pendekatan „memahami‰atau „melihat‰ dalam menggambarkan hubungan manusia dengantingkahlakunya. Lazimnya, ahli sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalamkeadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakahperasaan mereka.Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apayang terdapat dalam tingkahlaku manusia. Weber percaya adalah penting untukahli sosiologi mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuktingkahlaku mereka.Di antara kehebatan sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep„kesempurnaan‰ (ideal type). Misalnya, jabatan polis dan bomba mempunyaiperbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat, prosedur, dan bagaimanasetiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. Walaubagaimanapun,kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi.Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalammenilai kes-kes sebenar. Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi danperistiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyaiciri-ciri spesifik, maka mereka boleh membuat perbandingan di antarakesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikanpenjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi. Denganitu, kita boleh mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara caraorganisasi-organisasi tersebut berfungsi.
  • 12. 12 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?1.2.6 Karl MarxKarl Marx (1818 1883) merupakan seorang ahli falsafah,sejarah, ekonomi dan politik. Beliau melihat setiapbidang tersebut melalui cara saintifik di mana beliaumenggunakan sains untuk memahami masyarakat danjuga sebagai alat untuk membentuk masyarakat. Marxingin mengubah struktur institusi kapitalis danmenubuhkan institusi baru untuk memberi khidmatkepada masyarakat. Rajah 1.7: Karl MarxMarx cuba mencari prinsip asas dalam sejarah. Beliau menumpukanpencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedangmembangun, terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancangpengeluaran mereka (memburu, mengumpul hasil pertanian, industri). Padasetiap zaman dalam sejarah, aspek-aspek inilah yang akan mengimlakkansesebuah kumpulan dalam masyarakat di mana mereka ini yang akan menguasaidan juga kumpulan yang akan dikuasai.Marx berpendapat bahawa sesebuah masyarakat dibahagikan kepada merekayang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidakmampu berbuat demikian. Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik kelasdalam masyarakat. Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik diantara kelas-kelas dalam masyarakat, misalnya, konflik di antara masyarakatpatricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom. Beliauberpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung ataspertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnyastruktur yang lebih hebat. Menurut beliau, dunia ini bukannya mengandungistruktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.
  • 13. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 13 SEMAK KENDIRI 1.4 Jelaskan dengan ringkas sumbangan setiap ahli sosiologi berikut kepada bidang sosiologi serta perbezaan pendapat di antara mereka: • Auguste Comte • Harriet Martineau • Herbert Spencer • Emile Durkheim • Max Weber • Karl Marx 1.3 APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20Mungkin sudah terlintas dalam fikiran anda: apakah gunanya saya mempelajarisosiologi? Bagaimanakah saya mengaplikasikan teori-teori sosiologi dalammengharungi kehidupan seharian yang bergerak dengan cukup pantas?Dalam abad ke-20 yang semakin pesat membangun dalam aspek sains danteknologi, apakah kepentingan sosiologi dalam kehidupan seharian kita?Apabila sosiologi diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita akan mendapatmanfaat-manfaat berikut:(a) Menolong kita menilai kebenaran asas logik. Pendekatan sosiologi menggalakkan manusia bertanya: • Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau tidak, • Sejauh manakah ia benar atau tidak, dan • Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh masyarakat.(b) Perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara lebih kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakatlah yang berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih banyak kita memahami tentang kehidupan, semakin bijaklah kita mengendalikan kehidupan kita. Sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan.
  • 14. 14 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?(c) Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat. Sekiranya kita memahami bagaimana masyarakat berfungsi, kita mampu menjadi ahli masyarakat yang aktif. Kepada sesetengah pihak, ini bermakna mereka memberi sokongan kepada masyarakat, manakala yang lain pula cuba mengubah masyarakat atau dunia dengan menggunakan pelbagai cara. Dalam kita mengukur mana-mana aspek masyarakat, kita perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji kesannya.(d) Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup dalam berbagai „dunia‰. Setiap kaum dalam negara-negara di dunia ini hidup dengan cara mereka tersendiri. Setiap masyarakat akan mengatakan bahawa cara hidup mereka adalah yang „terbaik‰ dan „lebih baik‰ daripada masyarakat yang lain. Perspektif sosiologi akan menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang kekuatan dan kelemahan semua cara hidup masyarakat di dunia ini termasuk masyarakat kita sendiri.Seperti yang dibincangkan, memang jelas bahawa sosiologi banyak mencabarkita membuka minda kita untuk meneroka alam sosial yang kita lalui secaraobjektif dan kritikal. Dengan mendalami ilmu sosiologi, kita diperkasakandengan ilmu yang boleh membantu kita memahami bagaimana struktur-struktursosial dalam hidup kita mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kitasebagai manusia. Pada abad ke-20 yang mencabar ini, sosiologi masih relevankerana ia berupaya menjawab persoalan asas yang difikirkan oleh manusia:siapakah manusia dalam konteks masyarakat sekelilingnya? AKTIVITI 1.1 1. Jelaskan bagaimana sosiologi boleh membantu kita dalam kehidupan seharian. 2. Setakat ini, adakah anda berminat dengan subjek sosiologi? Jika ya, apakah ciri-ciri sosiologi yang menarik minat anda?• Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial.• Perspektif sosiologi berlainan daripada perspektif asas logik. Ahli sosiologi membuat kajian berdasarkan fakta manakala mereka yang berpegang kepada
  • 15. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 15 perspektif asas logik lebih tertumpu kepada kepercayaan dan perkara yang subjektif.• Di antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal termasuklah Auguste Comte, Harriet Martineau, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber dan Karl Marx. Mereka merupakan pengasas kepada bidang sosiologi.• Pada hari ini, sosiologi merupakan bidang yang sangat penting kerana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.Antropologi Karl MarxAsas logik (common sense) Kerja sosialAuguste Comte Kesempurnaan (ideal type)Ekonomi Max WeberEmile Durkheim PsikologiHarriet Martineau Sains politikHerbert Spencer SejarahImaginasi sosiologi Sosiologi aplikasiGelles, J. G., & Levine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York: McGraw-Hill.Schaefer, R. T., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.http://plasma.nationalgeographic.com/mapmachinehttp://www.nationaatlas.gov

×