http://assmntmp6093khadijah.blogspot.com/Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan berertidia tidak mampu belajar. Adal...
dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang menghadapimasalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalahapabila wujudnya perkata...
diberikan. ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis,tangannya patah. Tidak ada kaitan dengankecerdasannya.‟ Tetapi tidak ada s...
dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Sebagai contoh;Kekuatan saya Kelemahan sayaberenang membantu ibumelukis menyapu samp...
membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dansokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yangharus diberikan ...
kanak itu. Dengan kefahaman dan informasi yangdisampaikan, kanak-kanak yang bermasalah ini akanlebih faham perbezaan merek...
turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklahpembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrinputih, papan keku...
Technology‟ telah menyatakan bahawa penggunaan ICTmemberikan capaian terhadap kurikulum danmembekalkan keseronokan dan per...
Power Point kerana perisian ini memberikan peluangkepada guru atau tenaga pengajar membuat animasiringkas tetapi menarik.K...
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanakberpeluang menjalankan pelbagai aktiviti bagimengukuhkan konsep yang di...
memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika merekadiajar dengan menggunakan teknik yang konsistendengan cara dan gaya ...
Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakanbahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dansebagainya untuk membi...
serta nilai nombor tersebut secara langsung. Selaindaripada itu penggunaan ten- frame juga dapatmembantu murid mengenalpas...
sesuatu konsep perlu dimulakan dengan penggunaanbahan samada berbentuk gambar, video atau sebarangsimulasi. Murid perlu me...
perkataan betul atau salah semasa pengajaran. Guruperlu mengawal diri daripada memberikan jawapan teruskepada murid sebali...
Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: aTool for Inclusion, Open University Press, Buckingham,pp. 7-20.Gari...
oads.htmlhttp://www.apsu.edu/education/MathEd/TenFrames.htmlPOSTED BY KHADIJAH ISHAK AT 2:48 AM 0COMMENTSSATURDAY, MARCH 2...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Bantu masalah disleksia

6,073

Published on

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
  • Terima kasih, info ini dapat bantu saya dalam tugasan.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
6,073
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
314
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bantu masalah disleksia

  1. 1. http://assmntmp6093khadijah.blogspot.com/Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan berertidia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yangsilap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak bolehbelajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka bolehbelajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajarmereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai carabelajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanakbelajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengankanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalahpembelajaran , mereka masih tidak sama antara satusama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaranialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkuliabermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antarakanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulisdan membaca tetapi akan lemah apabila melibatkannombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapatmenguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cumamereka memerlukan jumlah masa yang mencukupidalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematikserta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengankebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pulamenghadapi masalah dalam mengenali huruf danmembaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yangmengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain.Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan,sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanakdisleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila
  2. 2. dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang menghadapimasalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalahapabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayatmatematik.Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksiadan diskaluliaBagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, merekamemerlukan perhatian dan pendekatan yang berbezadalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak inimerasakan diri mereka lemah dan malas dalampembelajaran apabila mereka tidak boleh menguasaiproses pembelajaran tersebut. Apabila merekamenghadapi kesulitan yang berpanjangan baik dalammenulis, membaca maupun dalam pengiraan, ini akanmengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi.Mereka akan merasakan bahawa kebanyakan murid yanglain dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang masalahsedangkan mereka susah untuk memahaminya. Makatimbul persoalan bahawa adakah mereka ini lembamatau bodoh. Inilah kesimpulan yang sering dilakukan olehsetiap orang yang berhadapan dengan situasi yang sama.Membina ’self-esteem’ dan keyakinan diri.Sebaik manapun teknik pembelajaran sepertipenggunaan ‟phoneme‟, buku-buku yang menarik danpermainan yang melibatkan perkataan, perkara yangpaling asas yang perlu diterapkan kepada kanak-kanakini ialah pembinaan keyakinan diri yang tinggi.Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia tidakkelihatan secara fizikal. Jika seorang kanak-kanak yangtangannya patah, pertimbangan dan simpati akan
  3. 3. diberikan. ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis,tangannya patah. Tidak ada kaitan dengankecerdasannya.‟ Tetapi tidak ada sesiapa yang akanberkata, ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis, dia telahmengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada kaitandengan kecerdasannya.‟Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandaidan lembab adalah tidak tepat, ini perlu diperbetulkanterlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diridan meningkatkan semula self-esteem pada diri merekaagar lebih bersedia dan positif menerima pembelajaranyang seterusnya. Ini bukan sekadar memberitahumereka bahawa mereka adalah bijak sepertimanakawan-kawan yang lain kerana usaha ini tidak akanmemberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membinagambaran tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini,mereka akan melihat bahawa masalah pembelajaranmereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, samaseperti kanak-kanak lain yang tidak mengalami masalahpembelajaran. Mereka juga ada kelemahan dan kekuatanyang tersendiri dalam bidang-bidang yang tertentu.Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyaikekuatan dalam bidang ‟fizikal co-coordination‟, kreatifdan perasaan impati terhadap orang lain dan merekaakan dapati bahawa terdapat juga kanak-kanak biasayang lemah dalam bidang yang sama. Salah satu carayang mudah dan boleh dijalankan adalah denganmenyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanakyang terlibat. Masa yang diperlukan adalah lebih kuranglima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apayang disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh
  4. 4. dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Sebagai contoh;Kekuatan saya Kelemahan sayaberenang membantu ibumelukis menyapu sampahmengemas meja menemani datukmenjaga adikmembantu kawanmembacamenulismengiraApabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dankelemahan dirinya mengikut fahaman mereka, dia akanmenyedari bahawa terdapat banyak kekuatan lain yangmampu dilakukan dan ini membuktikan bahawa merekajuga mempunyai kekuatan di bidang-bidang yangberbeza. Namun, kekuatan dan kelemahan ini perludibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanyakerana mereka pandai membaca atau pandai mengira,tetapi kita menghargai seseorang apabila merekamempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti sukamembantu, rajin atau menghormati orang tua.Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanakini dapat melihat bahawa diri mereka juga seorang yangberjaya walaupun mengalami berbezaan dari segipembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain.Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akanmenjadi satu titik permulaan bagi kanak-kanak disleksiadan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan ‟self-esteem‟yang akan merangsang mereka untuk lebih bersediamenerima pembelajaran dalam membina kemahiran
  5. 5. membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dansokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yangharus diberikan bagi kejayaan dalam bidang bukanakademik, memberi penghargaan kepada mereka yangberusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yangtelah dilakukan dan bukan hasilnya. Tidak semua kanak-kanak akan menghasilkan keputusan yang baik tetapisemua kanak-kanak boleh berbangga dengan ketekunandan usaha gigih mereka serta menumpukan sepenuhperhatian terhadap kerja yang diberikan. Denganmengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanakbahawa mencuba adalah lebih penting dari mendapatmarkah penuh dalam setiappeperiksaan.(B.W.,Tennessee).Salah satu kaedah lain yang boleh membina keyakinandiri dan ‟self-esteem‟ kanak-kanak ialah dengan caramenerangkan kepada kanak-kanak yang bermasalah initentang diri mereka sendiri dan kelainan mereka dari segisaintifik. Keyakinan diri berasaskan fakta-fakta saintifikakan menghasilkan pemahaman, keupayaan membuatkeputusan dan ‟self-esteem‟. Ini telah disarankan olehDr. Debby Zambo dari Arizona State University West,College of Education.Guru-guru yang mahir dan faham secara saintifikmengenai perbezaan saiz otak, disleksia, diskalkulia akanmenyampaikan maklumat kepada kanak-kanak yangterlibat. Penerangan yang diberikan perlulah ringkas dantidak kompleks, sesuai dengan tahap pemahamanseorang kanak-kanak. Apa yang penting, maklumat yangdisampaikan perlu disertakan dengan keyakinan danboleh dipercayai serta bersesuaian dengan aras kanak-
  6. 6. kanak itu. Dengan kefahaman dan informasi yangdisampaikan, kanak-kanak yang bermasalah ini akanlebih faham perbezaan mereka dan mengerti bahawamereka boleh membaca dan mengira cuma tidak seperticara yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa.Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran danpembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkuliaKemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologiperkomputeran sebenarnya memberikan banyakkelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dandiskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yangbermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain. ICT mempunyai keupayaan untukmenambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaingterhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri(Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah menyenaraikanenam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaranpembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar,alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alatuntuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedaheksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara.Kelebihan penggunaan ICT di dalam aktiviti pengajarandan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter(2004) namun keseronokan yang dialami semasapenggunaan komputer dan peralatan ICT yang lain bolehmengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT berkenaansebagai alat bantu mengajar.Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran danpembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia tidakhanya termaktub kepada penggunaan komputer danperisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain
  7. 7. turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklahpembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrinputih, papan kekunci, „joystick‟, capaian internet, alatpengimbas dan papan putih interaktif. Kebanyakansekolah di Malaysia, malahan hampir semua telahmenerima bekalan peralatan ICT hasil daripadapelaksanaan program PPSMI yang telah muladilaksanakan secara rasmi pada tahun 2003. Namunbegitu penggunaan alatan ICT ini hanya berpusatkanPPSMI, lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalahpembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia terabai. Iniditambah pula dengan ketidakupayaan guru ataupersonalia pendidikan yang lain mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuahkelas. Mekanisme biasa yang dibuat oleh pihak sekolahadalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelasberasingan dari kelas biasa dan diajar oleh guru-gurusama ada yang mempunyai opsyen pendidikan khas atauguru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan.Definisi program pemulihan khas yang ditakrifkan dalamGaris Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan KhasEdisi Percubaan (2008) oleh Pusat PerkembanganKurikulum adalah “Satu program pendidikan disediakanuntuk murid yang mengalami masalah dalampenguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkanoleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guruyang khusus, di ruang yang khusus.”Penggunaan ICT dan hubungannya dengan disleksia dandiskalkulia telah diterjemahkan secara terperinci olehseorang penulis yang mempunyai anak disleksia. AnitaKeates (2002), di dalam buku beliau yang bertajuk„Dyslexia and Information and Communications
  8. 8. Technology‟ telah menyatakan bahawa penggunaan ICTmemberikan capaian terhadap kurikulum danmembekalkan keseronokan dan persekitaranpembelajaran kreatif yang sangat ideal terhadap kanak-kanak disleksia. Integrasi ICT terhadap pengajaran danpembelajaran kanak-kanak disleksia boleh dilaksanakanmelalui beberapa kaedah. Kaedah pertama ialah denganmenggunakan perisian khas yang dibangunkan olehsyarikat-syarikat ICT bagi mengesan disleksia dandiskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebutbelajar. Sebagai contoh, perisian yang dinamakan CoPS(Cognitive Profiling System), CoPs Baseline dan Lassadalah tiga perisian khusus yang dapat mengesandisleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak.Perisian ini telah dibangunkan oleh Syarikat Lucidberpusat di East Yorkshire, Britain. Perisian inimenggunakan pendekatan permainan komputer untukmenguji kekuatan dan kelemahan kognitif kanak-kanakyang dapat memberi gambaran awal potensi disleksiadan diskalkulia. Wordshark, TextHelp Read and Write,Co-Writer, Bailey‟s Book House, Numbershark, Millie‟sMath House, Earobics, Easy Book dan Kid Pix adalahcontoh-contoh perisian yang membantu kanak-kanakdisleksia dan diskalkulia untuk belajar menulis,membaca, mengira, dan mengukuhkan sistem memori.Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersediadi dalam sesebuah komputer seperti Microsoft OfficeWord, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint danMicrosoft Office Power Point juga turut membolehkankanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Sebagaicontoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkanimpak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanakdisleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office
  9. 9. Power Point kerana perisian ini memberikan peluangkepada guru atau tenaga pengajar membuat animasiringkas tetapi menarik.Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internetyang secara langsung dapat menghubungkan guru atautenaga pengajar mengakses sumber pengajaran danpembelajaran melalui laman-laman sesawang di seluruhdunia. Melalui internet, banyak maklumat dan sumberpengajaran dan pembelajaran yang dapat membantukanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapatlaman-laman sesawang khusus untuk yang dibangunkanoleh individu berpengalaman atau persatuan disleksiadan diskalkulia untuk membantu menangani masalahpembelajaran. Kesimpulannya, ICT adalah pembangunantermaju yang dapat membantu menangani masalahpembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia.Kaedah Pelbagai Deria (Multisensory Method)Dalam kontek pengajaran dan pembelajaran, setiapmurid mempunyai tahap, keupayaan sertakecenderungan yang berbeza mengikut faktor-faktortertentu. Oleh yang demikian, guru-guru perlumemainkan peranan yang penting bagi mengenalpastikaedah yang berkesan dalam proses pengajaran danpembelajaran. Guru perlu mencari satu cara atau kaedahyang membolehkan proses pembelajaran matematiklebih menyeronokkan dan bermakna. Kebanyakanpengajaran di sekolah adalah menggunakan sama adaderia penglihatan atau pendengaran semata-mata.Namun bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, ianyasuatu pengalaman yang amat sukar untuk memahamikonsep matematik.
  10. 10. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanakberpeluang menjalankan pelbagai aktiviti bagimengukuhkan konsep yang dipelajari, ingatannyaterhadap konsep itu akan menjadi lebih baik. Oleh itu,kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematikadalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenalisebagai kaedah pelbagai deria(Multisensory methods).Kajian daripada The National Institute of Child Health andHuman Development menunjukkan bahawa kaedahpelbagai deria adalah pendekatan yang paling berkesanuntuk kanak-kanak yang menghadapi masalahpembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksudmembantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebihdaripada satu deria terutamanya melalui sentuhan(touch)dan pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapatmerangsang pembelajaran kanak-kanak danmenggalakkan mereka menggunakan sebahagian ataukesemua deria untuk :(a) mengumpul maklumat tentang sesuatu tugasan;(b) menghubungkan maklumat kepada idea yang merekatelah sedia ketahui dan fahami;(c) melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikanmasalah;(d) „tap into non-verbal reasoning skill‟;(e) memahami perhubungan di antara konsep;(f) mempelajari maklumat dan menyimpannya untukdiingati pada masa akan datang.Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedahpelbagai deria. Kaedah ini dapat membantu gurumenyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajianbeberapa orang penyelidik mendapati ramai murid
  11. 11. memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika merekadiajar dengan menggunakan teknik yang konsistendengan cara dan gaya pembelajaran mereka, makapersepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebihmantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajardengan lebih mudah, pantas dan boleh mengaplikasikankonsep matematik untuk pembelajaran yang seterusnya.Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsangpembelajaran secara visual. Bahan visual yangmengandungi animasi yang menarik dan juga berwarnawarni membolehkan murid memperolehi daya imaginasiyang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk,ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaanbahan visual adalah poster, model, computer, filem,video, “multi-image media”, penggunaan warna untukmemaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yangsesuai.Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yangterdapat di dalam kaedah pelbagai deria juga dapatmerangsang “verbal reasoning”. Contoh penggunaanbahan audio adalah pembaca teks berkomputer(computerized text readers), video, filem, muzik, lagudan lain-lain bahan audio yang sesuai.Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satulagi teknik yang melibatkan deria sentuhan yangdinamakan “tactile method”. Dalam kaedah ini guru bolehmenggunakan objek-objek kecil seperti batu untukmewakilkan nilai nombor untuk mengajar kemahiranmatematik seperti mengira, melakukan prosespenambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
  12. 12. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakanbahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dansebagainya untuk membina model terutamanya yangmelibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinderdan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan jugadapat dipelajari dengan menggunakan aktivitimenggunting dan menampal keratan-keratan.Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakanbadan yang dinamakan kaedah kinestetik (kinestheticmethod). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki olehmurid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalammempengaruhi kecerdasan mereka sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehananggota badan dalam melakukan gerak hasilpenyampaian idea, perasaan serta mencari keputusankepada masalah. Sebagai contoh, permainan yangmelibatkan aktiviti mengira seperti permainan Ludo dandam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluangkepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksabelajar. Permainan komputer seperti Solitaire jugamembantu murid melakukan penyusunan bersiri.TEN-FRAMEPenggunaan Ten-Frame dalam pengajaran muriddyscalculia dapat membantu mereka untuk mempelajarimatematik. Ten-frame adalah susunan dua baris yangsetiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalahlanjutan dari penggunaan benda maujud dan chip dalamaktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam ten-frame dapat membantu murid untuk melihat secaravisual & mengingati secara mental pola bintik untuknombor 1 hingga 10. Murid yang diajar denganmenggunakan Ten-frame ini juga dapat mengingat nama
  13. 13. serta nilai nombor tersebut secara langsung. Selaindaripada itu penggunaan ten- frame juga dapatmembantu murid mengenalpasti dan menentukan nilaitempat sesuatu digitTitik yang terdapat pada ten-frame itu juga dapatdigunakan sebagai penanda aras bagi mengambarkanimej bagi setiap nombor dengan menggunakan 5 dan 10.Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi sesuatunombor. Sama ada nilainya banyak atau sedikit. Ataupunmurid boleh juga menentukan nombor yang mana lebihatau kurang nilainya.Penggunaan ten-frame juga dapat membantu guru untukmenemukan strategi mudah dalam memahami hubunganantara nombor. Ini dapat membantu guru untukmengajar murid dalam matematik. Antara contoh Inidapat membantu guru untuk mengajar murid dalammatematik. Antara contoh teknik pengajaran yang bolehyang boleh digunakan untuk mengajar murid ialahmencerakinkan nombor, menggunakan 5 & 5,menggenapkan 10, gandaan, dan hukum tukar- tertibdalam penambahanCHILD LANGUAGE APPROCHChild language approach adalah pendekatan yangmenggunakan bahasa sebagai pedekatan pengajaran.Bagi kanak-kanak dyslexia, tahap penguasaan bahasamereka adalah pada tahap minima. Oleh itu, pendekatanyang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak iniadalah dengan menggunakan laras bahasa mereka.Pendekatan Child language approach di bahagikankepada 4 peringkat. Pada peringkat pertama, pengajaran
  14. 14. sesuatu konsep perlu dimulakan dengan penggunaanbahan samada berbentuk gambar, video atau sebarangsimulasi. Murid perlu menceritakan apa yang dilihatdengan menggunakan bahasa yang mudah difahami olehmurid. Pada peringkat kedua iaitu peringkat MaterialLanguage, murid perlu mencaritakan tentang objek-objekyang terdapat di dalam gambar samada tentang bentuk,warna atau sebagainya. Selain daripada itu , guru bolehmembimbing murid untuk meneroka perkataan-perkataan baru sepanjang mereka bercerita. Peringkatketiga ialah peringkat Mathematical Language. Padaperingkat ini guru perlu merangsang murid untukmendapatkan idea matematik ataupun penyataanmatematik daripada gambar tadi. Murid juga perlumenyatakan bilangan objek yang terdapat pada gambartersebut. Peringkat terakhir adalah MathematicalSymbols. Peringkat ini adalah peringkat dimanapenggunaan nombor, ayat matematik dan operasi muladiperkenalkan oleh guru. Guru perlu membimbing muriduntuk menyatakan nombor, menyatakan operasi danseterusnya membina ayat matematik.Pengetahuan tentang nombor perlu di perkenalkankepada murid terlebih dahulu sebelum merekamempelajari ilmu matematik. Keupayaan memahamipenggunaan nombor dan operasi sepatutnya seiringdengan keupayaan mereka menggunakannya dalampelbagai cara. Setiap guru perlu membimbing murid-murid mereka dengan menggunakan pelbagai cara tidakterbatas kepada algoritma biasa sahaja.Walaubagaimanapun, pedekatan Child languageapproach ini adalah berasaskan kepada pendekatansecara penerokaan. Guru perlu menghindari penggunaan
  15. 15. perkataan betul atau salah semasa pengajaran. Guruperlu mengawal diri daripada memberikan jawapan teruskepada murid sebaliknya guru perlu membimbing muriduntuk mendapatkan jawapan yang betul. Dan akhirsekali, guru perlu membimbing murid untukmengemukakan idea dan pendapat mereka.Setiap pendekatan yang digunakan mempunyaikeistimewaan. Child language approach memberikanmurid peluang untuk mengambil bahagian dalam aktivitipembelajaran. Mereka dapat membina kemahiran berfikirdan mereka juga dapat menyumbangkan buah fikiranmeraka dalam aktiviti yang dijalankan selain daripada ituguru juga dapat membaca dan menilai apa yangdifikirkan oleh murid. Pendekatan ini adalah pendekatanyang menarik dan mengembirakan murid disampingdapat memberikan persekitaran yang selesa kepadamurid . Murid dapat menjadi penutur yang aktif. Merekajuga memperkayakan perbendaharaan kata danmencambah pemikiran mereka. Pembelajaran yangbermakna adalah pembelajaran yang terbaik.BibliografiK.A.Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak SukarBelajar? Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Professional.Devaraj, S. & Samsilah, R. (2008). Apa itu Disleksi ?Panduan Untuk Ibu Bapa & Kaunselor. Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Florian, L. (2004), “Uses of technology that supportpupils with special educational needs”, in Florian, L. and
  16. 16. Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: aTool for Inclusion, Open University Press, Buckingham,pp. 7-20.Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas2008 (Edisi Percubaan), Kuala Lumpur: JabatanPendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.Ke, A. (2002). Dyslexia and Information andCommunications Technology, A Guide for Teachers andParents (2nd edition), London: David Fulton Publishers.Thomas, M. (Ed.) (1992), I.T. and Students withEmotional and Behavioural Difficulties, National Councilfor Educational Technology, Coventry.Annette Karmiloff-Smith (1999), A Functional Approachto Child Language: A Study ofDeterminers and Reference, New York, University ofCambridge.Dyslexia Teacher- confidence Building. (n.d). RetrievedJanuary 24, 2010, fromhttp://www.dyslexia –teacher.com/t66.htmlhref="http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.htm">http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.htm http://www.teachingexpertise.com/articles/multisensory-maths-teaching-sen-5209 Januaryhttp://www.dyslexia-teacher.com/t61.htmlhttp://child-1st.typepad.com/my_weblog/dyscalculic-learners/http://www.heidisongs.net/HeidiSongs_Downloads/Downl
  17. 17. oads.htmlhttp://www.apsu.edu/education/MathEd/TenFrames.htmlPOSTED BY KHADIJAH ISHAK AT 2:48 AM 0COMMENTSSATURDAY, MARCH 20, 2010Pendidikan Khas SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar

×