Praktikal 4
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
2,562
On Slideshare
2,562
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
54
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PRAKTIKAL 4: MIKROSKOP DAN TELESKOPTajuk Mikroskop dan teleskopObjektif Untuk mengenalpasti keperluan dan keadaan yang perlu untuk meningkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop kompaun.Pengenalan Suatu objek dapat dilihat oleh seseorang pemerhati apabila imej yang dihasilkan oleh kanta mata jatuh pada retina. Saiz imej yang dilihat berkadar terus dengan sudut penglihatan. Sudut penglihatan ialah sudut yang dicakup oleh objek dan imej pada mata. Mata manusia yang normal adalah terhad bidang penglihatannya iaitu tidak boleh melihat objek yang terlalu jauh,dekat ataupun kecil. Oleh itu,alat-alat optik seperti teleskop dan mikroskop digunakan untuk membesarkan sudut penglihatan. Jarak terdekat untuk penglihatan jelas manusia ialah 25 cm. Disebabkan kanta cembung boleh berubah-ubah ciri imejnya,maka kebanyakan alat-alat optik menggunakan kanta cembung. Untuk mengkaji alat-alat optik kita mesti mengetahui kegunaan,struktur,pelarasan normal,rajah sinar,dan ciri imej terakhir. Kanta ialah sebarang bahan lutsinar yang mempunyai sekurang- kurangnya satu permukaan melengkung. Alat-alat optik yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian ialah kamera, mikroskop,dan teleskop. Kesemua alat-alat tersebut mempunyai kanta. Terdapat dua jenis kanta utama iaitu kanta penumpu dan kanta pencapah. Kanta penumpu pula terbahagi kepada 3 iaitu kanta dwicembung,kanta plano-cembung dan kanta meniskus menumpu. Kanta pencapah pula terbahagi kepada 3 iaitu kanta dwicekung,kanta plano-cekung dan kanta meniskus mencapah. Kanta penumpu atau kanta cembung mempunyai bahagian tengah yang lebih tebal daripada bahagian tepi. Sinar-sinar cahaya yang selari akan menumpu selepas melalui kanta ini. Manakala bagi kanta pencapah atau kanta dwicekung, bahaguan tengahnya lebih nipis daripada bahagian tepi. Kanta ini mencapah sinar-sinar cahaya selari supaya ia seolah-olah berpunca dari satu
  • 2. titik di belakang kanta. Rajah 1.1 Kanta penumpu dan pencapahSinar-sinar cahaya yang selari dari objek yang berada di infiniti akanmenumpu selepas melalui kanta menumpu. Manakala,sinar-sinarcahaya yang selari dari objek yang berada di infiniti akan mencapahmelalui kanta pencapah.Terdapat beberapaistilah optik yang digunakan. Antaranya : I. Pusat optik Titik di pusat kanta di mana cahaya melaluinya tanpa mengalami sebarang pembiasan. II. Paksi utama Garis yang dilukis tegak lurus kepada kanta dan melalui pusat optik. III. Fokus utama,F Titik di atas paksi utama di mana cahaya yang selari dengan paksi utama akan menumpu selepas melalui kanta penumpu.IV. Jarak fokus,f Jarak dari fokus utama ke pusat optik. V. Jarak objek,u Jarak dari pusat optik ke objek.VI. Jarak imej,v Jarak dari pusat optik ke imej.VII. Satah fokus
  • 3. Satah yang berserenjang dengan paksi utama dan melalui fokus utama.Kuasa kanta adalah suatu sukatan kemampuan sesuatu kantauntuk menumpukan atau mencapahkan sinar-sinar cahaya yangmelaluinya. Jarak fokus dihubungi dengan kuasa kanta melalui: Kuasa (D)= 1/ jarak fokus (m)Unit kuasa kanta ialah diopter (D). Kuasa kanta adalah berkadarsongsang dengan karak fokus. Bagi kanta penumpu,kuasa danjarak fokusnya adalah bernilai positif. Bagi kanta pencapah,kuasadan jarak fokusnya adalah bernilai negatif. Kuasa paduan bagi duakanta nipis yang bersentuhan sama dengan jumlah kuasa kedua-dua kanta. Kuasa Kanta Paduan= Kuasa Kanta 1 + Kuasa kanta 2Ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta penumpu bergantung kepadakedudukan objek dari kanta dan jarak fokus kanta itu. Kedudukanobjek dari kanta akan mempengaruhi ciri-ciri imej yang terbentukseperti: a. Kedudukan imej b. Saiz imej c. Imej sahih atau imej maya d. Imej tegak atau songsangCiri-ciri imej yang dibentuk oleh kanta pencapah pula adalah tidakbergantung kepada jarak objek dan kanta.Imej bagi kanta pencapahialah: a. Maya b. Tegak c. Terletak di antara objek dan kanta
  • 4. d. MengecilPersamaan kanta secara formula: 1/u + 1/v = 1/fDi mana:u = jarak objekv = jarak imejf = jarak fokusPersamaan kanta ini adalah bagi kedua-dua kanta penumpu dankanta pencapah. Peraturan tanda yang digunakan ialah bagi sahihadalah positif manakala bagi maya adalah negatif.u dikatakannegatif jika objek adalah maya, u dikatakan positif jika objek adalahsahih.v adalah positif jika imejnya adalah sahih,v adalah negatif jikaimejnya adalah maya.Manakala f adalah positif bagi kanta penumpu,f adalah negatif bagikanta pencapah.Pembesaran linear,m= tinggi imej tinggi objekm= jarak imej jarak objekm = v/uSuatu objek dapat dilihat bila imej yang terbentuk oleh kanta matajatuh pada retina. Saiz imej yang terbentuk bergantung kepada saizsudut penglihatan. Mata yang normal mempunyai satu hadpenglihatan iaitu tidak boleh melihat objek yang terlalu jauh. Dekatatau kecil.Teleskop dan mikroskop dapat memperluaskan bidang penglihatandengan menambahkan sudut penglihatan mata( menghasilkan imej maya yang besar).
  • 5. Rajah 1.2 Teleskop astronomiTeleskop terdiri daripada dua kanta penumpu iaitu kanta objektifdan kanta mata. Kanta objektif terletak dibahagian depan objeksementara kanta mata di bahagian belakang kanta objektif. Kantaobjektif adalah kanta yang berjarak fokus panjang, sementara kantamata adalah kanta berjarak fokus pendek ( f0>fm).Sinar cahaya yang selari dari objek di infiniti difokuskan oleh kantaobjektif. Imej Iyang dibentuk adalah: a. Sahih b. Tertonggeng c. MengecilImej Ijuga terletak pada titik fokus kanta mata dan bertindak sebagaiobjek bagi kanta mata. Oleh sebab imej Iterletak pada titik fokuskanan mata, imej akhir yang terbentuk adalah bersifat: a. Maya b. Tersongsang c. Membesar d. Berada di infinitiPembesaran yang dihasilkan oleh teleskop boleh dihitung dengan
  • 6. menggunakan rumus: Pembesaran = (Kuasa kanta mata/Kuasa kanta objektif) daripada = Jarak fokus kanta objektif ,f0/jarak fokus kanta mata,fm Pembesaran yang tinggi dapat diperolehi dengan menambahkan kuasa kanta mata dan merendahkan kuasa kanta objektif. Jumlah jarak di antara kanta objektif dan kanta mata adalah sama dengan (f0+fe). Imej akan kelihatan lebih terang sekiranya diameter kanta objektif dibesarkan kerana lebih banyak cahaya akan dibenarkan masuk ke dalam teleskop. Mikroskop Majmuk Kuasa yang terletak di depan objek ialah kanta objektif sementara kanta yang terletak di belakang kanta objektif ialah kanta mata. Jarak fokus kanta mata yang digunakan dalam mikroskop adalah lebih panjang daripada jarak fokus kanta objektif ( fm>fo). Objek yang hendak dikaji diletakkan di depan kanta objek di antara Fo dan 2F0. Sekarang imej II bertindak sebagai objek kepada kanta mata. Kedudukan kanta mata diubahsuai supaya imej IIberada pada jarak yang kurang daripada jarak fokusnya. Oleh sebab imej II, berada pada jarak kurang daripada jarak fokus kanta mata,ciri-ciri imej terakhir yang terbentuk ialah: a. Maya b. Tertonggeng c. Lebih besar dari objek Jumlah jarak diantara kanta objektif dan kanta mata adalah lebih daripada (f0+fm). Mikroskop membesarkan satu objek dengan membesarkan sudut penglihatan pada mata pemerhati ( ðm/ð0).Hipotesis Aktiviti 2:
  • 7. Semakin tinggi jarak fokus kanta objektif,semakin meningkat magnifikasi. Aktiviti 3: Semakin meningkat kekuatan jarak objektif, semakin tinggi daya pembesaran.Pemboleh Dimanipulasi : jarak fokus kanta objektif / Kekuatan jarak objektifubah Bergerak balas:Daya pembesaran yang dihasilkan Dimalarkan : Jenis kanta mata, jenis kanta objektifBahan / Radas Pemegang kanta, pembaris meter, torchlight, plastisin dan kanta cembung. (+2.5 D, +7 D, +14 D, + 20 D)Prosedur Aktiviti 1: Mencari jarak fokus bagi kanta cembung 1. Letakkan kanta ke arah tingkap dan pegang sekeping kertas di belakang kanta. Gerakkan kertas anda ke hadapan dan belakang supaya satu imej seperti pokok terbentuk di atas kertas. 2. Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk?
  • 8. 3. Ukur dan catatkan jarak fokus iaitu jarak di antara kanta dan imej. Ulangi untuk beberapa kanta cembung yang lain. 4. Bina satu gambarajah sinar yang menunjukkan bagaimana imej terbentuk untuk kanta cembung bagi objek yang jauh.Aktiviti 2:Membinasebuah teleskop. 1 Anda diberi beberapa kanta cembung yang berbeza jarak fokus.. Bina sebuah teleskop dengan mendapatkan imej bagi satu objek yang jauh.
  • 9. 3. Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk? 3. Dengan bantuan satu gambarajah sinar, tunjukkanbagaimana anda ‘set up’ teleskop anda.Aktiviti 3: Membina sebuah mikroskop majmuk.1. Anda diberi beberapa kanta cembung yang berbeza jarak fokus. Untuk mikroskop anda memerlukan dua kanta cembung yang mempunyai kuasa yang besar iaitu jarak fokus kecil.
  • 10. 2. Bina sebuah mikroskop dengan mendapatkan imej bagi satu objek dekat. Contohnya huruf besar A. 3. Apakah ciri-ciri imej yang terbentuk? 4. Dengan bantuan satu gambarajah sinar, tunjukkan bagaimana anda ‘set up’ mikroskop anda.Keputusan Aktiviti 1 Imej yang terhasil adalah nyata, lebih kecil dan dalam keadaan terbalik
  • 11. Jarak fokus imej untuk 3 kanta yang berbeza:Kanta A : 20 cmKanta B : 16 cmKanta C : 8 cmGambarajah sinar untuk objek yang jauh melebihi jarak 2 fokus. Objek jauh daripada 2F Objek Imej Imej yang terhasil adalah terbalik, lebih kecil dan jelas.Gambarajah sinar untuk objek yang jauh melebihi jarak 2 fokus. Objek jauh daripada 2F Objek Imej Imej yang terhasil adalah terbalik, jelas tetapi mempunyai saiz yang sama.
  • 12. Aktiviti 2Teleskop yang dibina dengan menggunakan 2 kanta cembung Untuk membina teleskop, dua kanta cembung digunakan. Terdiri daripada kanta objektif/objek dan kanta mata. Kanta objektif berada di depan yang mana ianya lebih tebal, berkuasa rendah dan jarak focus yang lebih jauh.(berhampiran tingkap) Kanta mata berada di bahagian belakang yang mana ianya lebih nipis dan jarak focus yang lebih dekat daripada kanta objektif. Satu imej akhir yang maya, songsang dan lebih besar daripada objek di infiniti. Kanta mata bertindak sebagai kanta pembesar Sinar selari daripada satu objek jauh membentuk satu imej I yang songsang, nyata dan mengecil di titik focus yang sepunya bagi kedua-dua kanta.
  • 13. I menjadi objek bagi kanta mata dan membentuk di dalamnya satu imej akhir I1 yang songsang(tegak berbanding I), maya dan lebih besar dari objek di infiniti. Kanta mata bertindak sebagai kanta pembesar. Dalam penyelarasan normal, jarak diantara dua kanta adalah sama dengan jumlah panjang focus, L0 = fe + fo. pembesaran teleskop dalam penyelarasan normal diberi oleh:Aktiviti 3 Untuk membina mikroskop, dua kanta cembung digunakan. Terdiri daripada kanta objektif/objek dan kanta mata. Kanta objektif berada di depan yang mana ianya lebih nipis dan jarak focus yang lebih dekat.(berhampiran tingkap) Kanta mata berada di bahagian belakang yang mana ianya lebih tebal dan jarak focus yang lebih jauh daripada kanta objektif. Objek yang terbentuk adalah jelas, tidak terbalik dan imej lebih jelas.
  • 14. Pada peringkat pertama, sebiji kanta objektif diletakkan diantara objek dan mata. Kedudukan objek adalah lebih jauh daripada jarak focus F’. Objek dilihat melalui kanta tersebut kelihatan terbalik, sama saiz dengan objek dan nyata. Pada peringkat kedua, kanta mata membesarkan imej yang terhasil. Selain imej yang dihasilkan lebih besar daripada objek/imej asal, ia berada dalam keadaan betul(tidak terbalik) dan nyata. F0 Fe I1 F0 I2 Kedua-dua kanta objek dan kanta mata mempunyai jarak focus yang pendek. Objek membentuk imej I1yang nyata, songsang dan lebih besar daripada objek didalam kanta objek. I1 menjadi objek bagi kanta mata dan membentuk didalamnya imej I2 yang maya, songsang tetapi tegak berbanding dengan I1 dan lebih besar daripada objek. Dalam penyelarasan normal, jarak diantara kanta adalah lebih besar daripada jumlah panjang focus. L0> fO + fePerbincangan Sebuah teleskop astronomi digunakan untuk melihat objek yang sangat jauh seperti planet dan bintang-bintang. Ia terdiri
  • 15. dari dua kanta cembung iaitu objektif kepada jarak fokal f odan kanta mata dari fe jarak fokal (lebih pendek dari f0).Tujuannya mengumpul sinar lampu selari dari sebuah objekyang jauh untuk membentuk imej,yang nyata,terbalik dantertumpu pada titik fokus.Imej dibentuk pada objek atau kanta mata. Kanta matabertindak sebagai kaca pembesar dan disesuaikan untukmenghasilkan gambar akhir yang adalah maya,terbalik dandiperbesar.Pembesar,M dari sebuah teleskop astronomi ditunjukkandalam,M=Tinggi imej/tinggi objekM=Jarak fokal kanta objektif/jarak fokal kanta mataJarak antara dua kanta atau panjang teleskop adalahL=(fo+ fe)Sebuah mikroskop kompaun digunakan untuk melihat danmemeriksa objek yang sangat kecil seperti bakteria. Ia terdiridari dua kanta cembung yang mempunyai jarak fokal yangpendek, yang mana objektif atau jarak fokal, fo dan kantamata jarak fokal,fe (lebih panjang daripada fo).Objek diletakkan pada jarak, u iaitu lebih besar daripada fountuk tujuan membentuk sebuah gambar yang nyata,terbalikdan diperbesar. Pembesaran,M mikroskop kompaunditunjukkan dalam,M=ketinggian imej/ketinggian objekDalam pembesaran umum,M dari mikroskop kompaun bolehdikira dari formula,
  • 16. F=m0 x me Dimana, mo=magnifikasi objektif me=magnifikasi kanta mataLangkah 1. Pelajar perlu berhati-hati sewaktu mengendalikan kanta mataberjaga-jaga dan kanta objektif bagi mengelakkannya jatuh dan pecah. 2. Pelajar hendaklah memastikan bahawa lampu ditutup bagi mendapatkan titik yang terbaik. 3. Sebelum melakukan eksperimen, pelajar perlu memahami konsep kanta dan optik dengan baik agar dapat menjalankan eksperimen dengan baik.Kesimpulan Meningkatkan daya pembesaran kedua teleskop astronomi dan mikroskop kompaun adalah sangat perlu demi keberkesanan kedua-dua alat. Untuk mikroskop kompaun,adalah sangat sesuai untuk menggunakan dua kanta cembung dengan kekuatan pembesaran tinggi. Manakala untuk teleskop astronomi sangat sesuai untuk menggunakan dua kanta cembung,satu dengan kekuatan pembesaran tinggi dan satu dengan kuasa pembesaran rendah.Soalan 1. Nyatakan fungsi kanta objektif dan kanta mata yang terdapat pada teleskop Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta mata Manakala kanta mata pula membesarkan imej kanta objektif itu.Ciri imej terakhir ialah infiniti, maya, songsang dan lebih
  • 17. besar dari objek.2. Bagaimanakah kuasa pembesaran bagi mikroskop dapat ditingkatkan? Kuasa pembesaran mikroskop majmuk pula boleh ditingkatkan jika kita mengurangkan panjang fokus kanta objek.Dalam mikroskop majmuk kanta objek berperanan menghasil pembesaran imej objek kali pertama sebelum imej ditukarkan semula menjadi objek bagi kanta mata.Panjang minimum fokus bagi kanta objek adalah 5 cm kerana jika panjang fokus kanta objek terlalu pendek imej yang dihasilkan akan pecah dan tidak sempurna.Manakala bagi kanta mata pula, panjang fokus kanta mata yang terdapat pada mikroskop haruslah ditigkatkan jika kita ingin meninggikan kuasa pembesaran mikroskop3. Nyatakan rumus untuk magnifikasi dikira bagi mikroskop? Untuk meningkatkan magnifikasi, kita boleh meningkatkanjarak fokal kanta objektif. Oleh itu, m = Untuk meningkatkan daya pembesaran, kita bolehlah meningkatkan kekuatan kanta objektif yang menghasilkan gambar yang nyata, terbalik dan diperbesarkan pada mikroskop majmuk. Manakala imej adalah nyata, terbalik dan saiz imej adalah kecil pada teleskop astronomi. Ketika kita meningkatkan kekuatan kanta objektif, kita juga meningkatkan jarak fokal kanta objektif.
  • 18. Rujukan Choong, C. F. (2009). Longman Pre-U Tect STPM Physics Volume 1. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman . Choong, C. F. (2010). Longman pre-U Text STPM Physics Volume 2. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman . Kah, T. OLim Ching Chai, C. S. (2010). Xpress Pro Physics SPM . Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd. Yap Eng Keat, K. G. (2008). Logman Essential Physics Form 5 Bilingual text . Kuala Lumpur : Pearson Longman . Yap Eng Keat, K. G. (2008 ). Longman Essential Physics Form 4 Bilingual text . selangor daruh Ehsan : Pearson Longman . Yoon, H. H. (2005). Pre-U text Organic Chemistry . Selangor : pearson Longman . (n.d.). Retrieved 01 30, 2012, from cikgunaza sains123.blogspot.com/...fizik (n.d.). Retrieved 01 30, 2012, from fs.um.edu.my/documents/bp/fizik_bm10.pdfPraktikal 5: Litar Elektrik.Hasil Untuk melihat kebaikan dan kelemahan litar bersiri dan selari dan
  • 19. pembelajaran mencari rintangan bagi litar.Hipotesis Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.Pembolehubah a) Dimalarkan : Bilangan bateri b) Dimanipulasi : Pemasangan mentol berfilamen/ Perintang c) Bergerak balas : Kecerahan mentol filamenTeori Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat 2 jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Terdapat 2 susunan litar elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, I yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, RT = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V α R). Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Beza keupayaan, V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi tiap-tiap cabang lintasan. IT = I1 + I2 + I3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, 1/RT = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3. Arus, I yang menerusi setiap perintang adalah berkadar sonsang dengan nilai R. (I α 1/R).
  • 20. Rajah 1Bahan: Pemegang bateri, bateri, wayar, mentol, ammeter dan voltmeter.Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari. Rajah 1 : litar bersiri dan litar selari Langkah-langkah:
  • 21. 1. Kedua-dua litar di bawah dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, wayar dan mentol. LITAR BERSIRI LITAR SELARI 2. Semua wayar disambungkan dan cahaya mentol diperhatikan. Kecerahan mentol bagi kedua litar dibandingkan dan dicatatkan. 3. Sekarang, satu mentol dilonggarkan bagi setiap litar. Apa yang berlaku dalam kedua litar dibanding dan dicatatkan. 4. Ammeter dan voltmeter dalam kedua litar. ( Ammeter dipasang secara bersiri dan voltmeter secara selari) disambungkan.. Bacaan ammeter dan voltmeter dicatatkan. Satu jadual yang sesuai untuk mencatat bacaan telah dibina. 5. Jumlah rintangan bagi setiap litar dikira.Keputusan : Litar bersiri dengan 2 mentol Mentol pertama di sebelah kanan gambar menyala lebih terang daripada mentol yang kedua di sebelah kiri.
  • 22. Litar selari dengan 2 mentol Kedua-dua mentol menyala dengan terang pada kadar kecerahan yang sama. Apabila satu mentol dari setiap litar ditanggalkan, mentol yang tinggal pada kedua-dua litar mengeluarkan cahaya pada kadar kecerahan yang sama. Litar elektrik satu mentol dengan satu voltmeter dipasang secara selari Mentol menyala dengan terang dan jarum voltmeter menunjuk pada angka 3. Ini menunjukkan tenaga yang melalui litar tersebut adalah sebanyak 3volt.Litar selari dengan Ammeter dipasang secara bersiri dan voltmeter secaraselari
  • 23. kedua-dua mentol menyala dengan kadar kecerahan yang sama Jarum ammeter pertama menunjuk pada angka 0.5 dan jarum voltmeter menunjuk pada angka 2.5. Jarum ammeter kedua menunjuk pada angka 0.2 dan jarum voltmeter pada 2.2.Litar bersiri dengan Ammeter dipasang secara bersiri dan voltmeter secara selari kedua-dua mentol menyala dengan kadar kecerahan yang tidak sama Jarum ammeter menunjuk pada angka 0.2 dan jarum voltmeter pertama menunjuk pada angka 1.7 dan jarum voltmeter kedua menunjuk kepada 1.2. jarum ammeter juga menunjuk pada 0.2.Kiraan untuk mengukur rintangan pada setiap litar. 1. RINTANGAN PADA LITAR BERSIRI 1. 2.
  • 24. Jumlah rintangan= 6Ω + 8.5Ω = 14.5Ω 2. RINTANGAN PADA LITAR SELARI 1. 2. = .0 = + = 0.208 + 0. 909 = 0.2989R=Jumlah rintangan =3.34Ω
  • 25. Soalan-soalan 1. Jelaskan apa yang berlaku pada mentol-mentol dalam litar bersiriPengetahuan jika salah satu mentol terbakar? Jelaskan apa yang berlaku padadan Kemahiran: mentol-mentol jika satu lagi mentol ditambah secara bersiri? Keadaan ini sama dengan keadaan 2 iaitu apabila salah satu mentol dilonggarkan. Merujuk kepada keputusan eksperimen, apabila satu mentol dalam litar bersiri terbakar atau terputus dari litar, mentol yang kedua akan turut terpadam. Ini kerana litar tersebut menjadi litar tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat melalui litar tersebut. Untuk litar bersiri, hanya terdapat satu lintasan untuk arus melaluinya. 2. Jelaskan apa yang berlaku pada mentol-mentol dalam litar selari jika salah satu mentol terbakar? Jelaskan apa yang berlaku pada mentol-mentol jika satu lagi mentol ditambah secara selari? Merujuk kepada keputusan eksperimen, mentol yang kedua masih akan bernyala tetapi kecerahannya berkurang. Ini kerana litar tersebut masih litar lengkap, arus masih boleh melaluinya kerana untuk litar selari tersebut, arus terbahagi kepada dua dan mengalir mengikut lintasan mentol masing-masing. Mentol yang terbakar tidak akan mempengaruhi laluan arus. Kecerahan 1 mentol berkurang berbanding 2 mentol kerana rintangan bertambah, maka arus yang mengalir berkurang. Ini menyebabkan kecerahan mentol turut berkurang. 3. Jelaskan kenapa berlaku perbezaan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan selari? Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. (R meningkat, I berkurang). Maka kecerahan semua mentol berkurang dan sama nyalaan. Untuk litar selari, semakin banyak mentol filamen, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir.
  • 26. Maka semua mentol semakin cerah.Aktiviti 2: Aktiviti 2: Membina kombinasi litar bersiri dan selari Langkah-langkah: 1. Kedua litar dibina di bawah dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, wayar, suis, dan tiga mentol. 2. Suis disambungkan dan kecerahan setiap mentol diperhatikan. 3. Ammeter and voltmeter dalam kedua litar disambungkan. Bacaan ammeter dan voltmeter anda untuk setiap mentol dicatatkan. Satu jadual yang sesuai dibina untuk mencatat bacaaan anda. 4. Dari catatan bacaan anda, jumlah rintangan yang terdapat dalam litar dikira.
  • 27. Keputusan: Mentol yang dipasang secara siri menyala dengan terang manakala mentol yang dipasang secara selari dalam litar ini kedua-duanya malap. RINTANGAN Voltmeter (V) Ammeter (A) KADAR RINTANGAN R1 3.5 0.3 12 R2 0.6 0.3 2 R3 0.6 0.1 6 = R1 + + = + + = + = + = + 3 = 15ΩSoalan-soalan 1. Bagaimanakah pengiraan bagi jumlah rintangan dibuat untuk litarPengetahuan bersiri?danKemahiran: Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus, I yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, RT = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah
  • 28. berkadar terus dengan nilai R itu. (V α R).2. Bagaimanakah pengiraan bagi jumlah rintangan dibuat untuk litar selari? Apakah yang akan berlaku pada arus yang mengalir sekiranya banyak mentol disambung secara selari? Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Beza keupayaan, V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi tiap-tiap cabang lintasan. IT = I1 + I2 + I3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, 1/RT = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3. Arus, I yang menerusi setiap perintang adalah berkadar sonsang dengan nilai R. (I α 1/R).
  • 29. 2. Apakah litar di rumah lebih baik disambung secara bersiri atau selari? Jelaskan jawapan anda. Litar selari adalah paling sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Kelebihan litar selari ialah:-- Jika satu alat/ litar terpadam, litar lain masih boleh digunakan.- Penambahan peralatan elektrik dalam litar selari tidak menambah voltage/ beza keupayaan. Litar bersiri tidak sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah. Antara kelemahan litar bersiri ialah:-- Tidak boleh menutup satu peralatan elektrik/lampu tanpa memadam peralatan lain.- Arus akan berkurang jika semakin banyak peralatan elektrik ditambah.
  • 30. Kesimpulan: Semakin tinggi rintangan, R, semakin kurang arus, I.Rujukan: Anonymous,Advantages of Parallel Circuits, http://www.gcse.com/circ6a.htm (23/4/2011) Anonymous, Lesson 9: Series circuits, http://www.furryelephant.com/content/electric ity/series-circuits/ (23/4/2011) Lim, Lim & Toh. (2005). Fizik SPM, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.