Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah

909 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
909
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
82
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tajuk 5 peranan-guru-sekolah-rendah

  1. 1. EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU Nordin Tahir JIP, IPG Kampus Ipoh
  2. 2. TAJUK 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH 8/4/2011 Nordin Tahir 2
  3. 3. Pengamal Ilmu dan Kemahiran • • • • • • Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu:(a) perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (b) penyampai ilmu pengetahuan; (c) pembentuk akhlak; (d) pembimbing; dan (e) contoh teladan atau model. Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing. Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. 8/4/2011 Nordin Tahir 3
  4. 4. Pengamal Ilmu dan Kemahiran • Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan: (a) mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (b) berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadahibadah asas; (c) meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; (d) melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; (e) menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat; dan (f) menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat. 8/4/2011 Nordin Tahir 4
  5. 5. Pengamal Ilmu dan Kemahiran • Jujun S. Suriasumantri (1990), sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencakupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan nuetral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. • Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. 8/4/2011 Nordin Tahir 5
  6. 6. Pengamal Ilmu dan Kemahiran 8/4/2011 Nordin Tahir 6
  7. 7. • Peranan Guru Dalam Konteks Bilik Darjah, Organisasi Sekolah, Komuniti Setempat Serta Negara Dan Dunia • Amalan Guru Yang Sejajar Sesuai Dengan Pendidikan Semasa 8/4/2011 Nordin Tahir 7
  8. 8. Pembimbing • Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. • Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. • Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. 8/4/2011 Nordin Tahir 8
  9. 9. Pembimbing • • • • • Sebagai Pengurus Bilik Darjah Sebagai perancang Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah Mengembangkan kebolehan murid Bimbing murid membuat keputusan 8/4/2011 Nordin Tahir 9
  10. 10. Pengamal Reflektif • Kamus Dewan Dwibahasa (1979), reflektif ditakrifkan sebagai ‘gambar (bayangan) dalam cermin ; pembalikan ; renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.’ • Oxford Wordpower Dictionary (1998) pula mendefinisikannya sebagai ‘thoughtful; to think deeply’. • Banyak pendapat yang diketemukan berhubung dengan amalan reflektif. Mengikut Mezirow (1994), mengamalkan reflektif dalam proses pedagogi membolehkan pembelajaran bermakna (meaningful learning) berlaku menerusi penilaian kendiri terhadap sesuatu andaian, pola interaksi dan tindakan. 8/4/2011 Nordin Tahir 10
  11. 11. Pengamal Reflektif • John Dewey (1933) pula telah berkali-kali menegaskan kepentingan amalan reflektif dalam pembelajaran. • Menurutnya, semasa membuat refleksi terhadap pengalaman, seseorang boleh memahami sesuatu situasi yang kabur dialaminya kepada satu situasi yang jelas. • Sementara itu, Donald Schon (1983,1987) mendefinisikan pengamal reflektif sebagai seorang yang boleh berfikir semasa bertindak balas. 8/4/2011 Nordin Tahir 11
  12. 12. Pengamal Reflektif • Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan sahaja dapat memanfaatkannya untuk membantu pelajar-pelajarnya meminati pelajaran, malah mengelakkan keciciran ilmu dalam kalangan pelajar sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mahu bersaing dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa berasa rendah diri yang lama-kelamaan menyebabkan mereka menjadi kelompok pelajar yang gagal atau lemah dalam pelajaran. • Guru reflektif pastinya tidak akan mengabaikan potensi pelajarnya dan sering kali bereflektif dan membantu pelajarnya membuat refleksi agar situasi ‘menang-menang’ dapat diperoleh. Jika situasi ini dapat diwujudkan, saya percaya prestasi sesebuah sekolah juga akan turut meningkat. 8/4/2011 Nordin Tahir 12
  13. 13. Penyelidik • Salah satu kekuatan dalam disiplin ilmu ialah sentiasa melakukan penyelidikan. • Seseorang guru adalah terlibat secara langsung dalam proses pembangunan modal insan di peringkat akar umbi perlu senantiasa melakukan penyelidikan demi menaikkan mutu pengajaran di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. 8/4/2011 Nordin Tahir 13
  14. 14. Sebagai Penyelidik... 1) Guru akan sentiasa memperbaiki mutu P&P. 2) Guru akan mendapat idea untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P 3) Kajian tindakan dapat membantu guru dalam melahirkan modal insan yang berkualiti 4) Kajian tindakan dapat membantu guru untuk berperanan secara aktif dalam pembangunan pendidikan di Malaysia 5) Guru akan menjadi semakin peka terhadap persekitaran P&P 6) Menanamkan sikap mengkaji dalam diri guru 7) Hasil dapatan kajian tindakan guru boleh berkongsi bersama guru yang lain dengan itu penambahbaikan terhasil melalui gabungan idea yang berbeza dan bermutu 8) Guru akan sentiasa membuat refleksi pada setiap P&P yang dilakukan bagi mencari kelemahan yang perlu diatasi 9) Melalui kajian tindakan, guru dapat menanamkan budaya membaca dalam diri 10) Melalui kajian tindakan guru lebih memahami dan mendekati keperluan pembelajaran pelajar 8/4/2011 Nordin Tahir 14
  15. 15. Agen Sosial • • • • • Penyebar ilmu kemasyarakatan. Pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Pembentuk masyarakat penyayang. Menjadi role model kepada murid dan masyarakat. Penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat dan penyumbang kepada masyarakat. 8/4/2011 Nordin Tahir 15
  16. 16. Agen Perubahan • Carnall ( 1991 ) perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. • Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya, mahu atau tidak mahu. • Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin meningkat. 8/4/2011 Nordin Tahir 16
  17. 17. Agen Perubahan 1. Perubahan Persepsi - Perubahan yang berlaku dalam domain kognitif dan metakognitif dan Affektif - Perlu ada rangsangan / pemikiran luar kekotak untuk mencetus perubahan - Berupaya mengubah nilai, idealogi, prinsip dari plaform lama kepada platform baru - Boleh dikesan awal melalui butiran perbualan - Menjadi titik tolak untuk membentuk perubahan tingkahlaku 2. Perubahan Tingkahlaku - Perubahan yang berlaku dalam domain psikomotor menggunakan pancaindera - Rangsangan diterima mencontohi identiti pelaku idola/model - Peniruan perlakuan idola / model di jadi kan titik awal perubahan. (Hidonisme) - Secara beransur menghayati identiti baru dan mewatak - Boleh dikesan awal melalui gaya terubah (ala-ala) 3. Perubahan Teknologi - Perubahan yang berlaku pada alatan yang menyokong kesinambungan kehidupan manusia. - Bertujuan memudahkan manusia menguruskan aktiviti rutin kehidupan. - Membentuk penanda arasan yang baru dalam ketamadunan manusia. - Membantu manusia menguasai perlumbaan meneruskan kesinambungan kehidupan. 8/4/2011 Nordin Tahir 17
  18. 18. • Memupuk Kesediaan Guru Pelatih Untuk Menerima Peranan-peranan Guru Yang Dikaitkan Dengan Guru Yang Berkesan 8/4/2011 Nordin Tahir 18
  19. 19. Pengganti Ibu Bapa • IN LOCO PARENTIS – bahasa latin yang membawa makna ibu bapa gantian • Ibu bapa paling hampir dgn pelajar. • Pembelajaran peringkat awal diperoleh drp ibu bapa. • Perkembangan awal kanak-kanak bermula di rumah – aspirasi, nilai & sikap ibu bapa menjadi model ikutan. • Aspirasi dan nilai guru di sekolah perlu seiring dgn ibu bapa. • Keprihatinan & kepekaan guru terhadap aspirasi, nilai & sikap ini akan membantu mrk menghadapi persekolahan dgn yakin. • Dgn mempamerkan kasih sayang, kemesraan & menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna & berkualiti, guru boleh berperanan sebagai pengganti ibu bapa. 8/4/2011 Nordin Tahir 19
  20. 20. Pembentuk Tingkah Laku • Mengurus Tingkah Laku Pelajar agar sejajar dengan norma. • Guru merupakan model yg sangat penting dlm menyampaikan maklumat ttg amalan nilai2, kepercayaan, falsafah & sikap pelajar. • Sebagai pembentuk t/laku, guru perlu memahami matlamat pembelajaran membentuk insan yg boleh berfikir dgn matang, dpt menyelesaikan masalah dgn kebolehan berdikari serta dpt membuat keputusan dgn penuh hikmah & bijaksana. 8/4/2011 Nordin Tahir 20
  21. 21. Pengurus Pembelajaran Apa itu pengurusan ? • Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran (Weber,1999) . Apa itu pembelajaran ? • Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning” (Fry et al., 2003). . • Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan kaedah, 8/4/2011 Nordin Tahir 21
  22. 22. Pengurus Pembelajaran • Kemahiran sebagai pengurus pembelajaran • kemahiran mengelola / menyelia pembangunan insaniah pelajar (student outcome) • Kemahiran pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran • Kemahiran menggunakan pendekatan pembelajaran dan strategi pembelajaran • Merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka sentiasa bermotivasi untuk belajar mewujudkan situasi berlumba untuk belajar yang positif mencerap kemajuan pencapaian pelajar dari masa ke semasa. 8/4/2011 Nordin Tahir 22
  23. 23. Tutorial • Peranan guru sebagai agen perubahan dalam melaksanakan program KIA2M • Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio. 8/4/2011 Nordin Tahir 23
  24. 24. Rujukan Michael, J. (Jan.-Feb. 2007). Change agents. Children’s Voice. Hurst,B. & Reding,G. (2006). Professionalism in teaching.(2nd ed). Ohio: Pearson Merrill Prentice Hall. 8/4/2011 Nordin Tahir 24

×