Universiti pendidikan sultan idris sekolah n masy

  • 9,173 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
9,173
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
374
Comments
0
Likes
4

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISFAKULTI SAINS KOGNITIFDAN PEMBANGUNAN MANUSIAKPS 5042 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT)“APLIKASI ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN DALAMPENGURUSAN BILIK DARJAH”Disediakan oleh :Nama: ROSIADI BIN TAJUDINNo. Matrik: L20081002254Program: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)Nama: NUR SHAHIDATUL AKMAR MOHD SHAHIBINo. Matrik: L20081002255Program
  • 2. : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)Nama: SITI FATIMAH BINTI NOR DINNo. Matrik: L20081002253Program: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)Nama: AZMA HANIM BINTI ABDUL AZIZNo. Matrik: L20081002256Program: AT46D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)Nama: AFZAN BINTI MUSTAFANo. Matrik: L20081002257Program: AT47D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)Pensyarah:EN. IKHSAN OTHMANKUMPULAN (DPLI) SEMESTER 1, 2008
  • 3. ISI KANDUNGANMuka Surat1.0 PENGENALAN1 –22.0 LATARBELAKANG PENGURUSAN BILIK DARJAH2.1 Pengenalan32.2 Konsep Bilik Darjah3 –42.3 Guru Dan Peranannya5 –72.4 Pelajar Dan Peranannya7 -82.5 Pengurusan Fizikal, Sumber Dan Organisasi9 – 102.6 Persekitaran dan Aplikasi Bilik Darjah10 – 112.7 Pengurusan Murid2.8 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran3.0 TEORI-TEORI SOSIOLOGI
  • 4. 3.1 Teori Struktural-Fungsional16 – 173.2 Teori Interaksionisme17 – 184.0 APLIKASI TEORI SOSIOLOGI DALAM MENANGANI ISUKEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK DARJAH4.1Guru Kurang Berfungsi194.2Wujud Kumpulan Tertentu19 – 204.3Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan20 – 214.4Wujudnya Halangan Komunikasi21 – 224.5Kawalan Kelas Yang Longgar22 – 234.6
  • 5. Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar23 – 255.0 RUMUSAN26 - 27BIBLIOGRAFI4.3Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan20 – 214.4Wujudnya Halangan Komunikasi21 – 221.0 Pengenalan.Tugas mengurus bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang guru.Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalammenentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilikdarjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijakdalam pengurusan bilik darjah haruslah memahami dan mengenalpastikeperluan subjek utamanya. Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guruuntuk mengkaji latarbelakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalampengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya.Berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengurussebuah bilik darjah, maka dalam kajian ini penulis cuba mengkaji “Aplikasi
  • 6. Sosiologi Dalam Pengurusan Bilik Darjah”. Skop kajian lebih tertumpu kepadamengkaji struktur sosial di dalam bilik darjah iaitu guru dan pelajar.Kajian ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu; bahagian pertama,mengkaji latarbelakang pengurusan bilik darjah; bahagian kedua, mengkajiteori-teori sosiologi yang boleh diguna pakai dalam pengurusan bilik darjahdan bahagian ketiga, menghuraikan mengenai aplikasi teori sosiologi dalammenangani isu pengurusan bilik darjah. Seterusnya, bahagian terakhir ialahrumusan. Dalam bahagian pertama, huraian kajian lebih memfokuskan kepadakomuniti di dalam bilik darjah dengan mengkaji sejarah, latarbelakang danperanan setiap anggota komuniti. Dalam konteks ini, subjek yang dikaji terdiridaripada guru dan pelajar. Selain itu, teknik-teknik pengurusan yang perludilaksanakan oleh seorang guru di dalam bilik darjah turut diterangkan.Dalam bahagian kedua pula, tumpuan kajian adalah Bahagian terakhir pulaialah rumusan. Bahagian ini memberi kesimpulan keseluruhan mengenai tajukdan skop kajian yang dikaji. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapatdigunakan oleh para guru dan juga para pelajar bidang perguruan dalammemahami konsep pengurusan bilik darjah dengan lebih baik ke arahmenghasilkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilikdarjah dengan lebih berkesan.mengenai teori-teori sosiologi yang boleh dikaitkan dan diaplikasikan dalampengurusan bilik darjah. Beberapa teori sosiologi dikaji secara ringkas danaplikasi pengunaannya diterangkan secara mendalam dalam bahagian yangseterusnya.Manakala, dalam bahagian ketiga pula huraian menjurus kepada pengunaanteori sosiologi dalam menangani isu-isu pengurusan bilik darjah. Dalambahagian ini kajian juga menumpu pada faktor-faktor yang mempengaruhikeberkesanan pengurusan bilik darjah dari aspek sosiologi. Hampirkeseluruhan sub topik yang dihuraikan adalah berdasarkan kepada sub topikdalam bahagian pertama.
  • 7. 2.0Latar Belakang Pengurusan Bilik Darjah2.1PengenalanPengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dancampurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarahdan mengawal. Dalam topik perbincangan aplikasi ilmu sosiologi dalampengurusan bilik darjah ini penulis mengemukakan pendapat dan hujah betapapentingnya seorang guru atau pengurus mengambil perhatian terhadap aspeksosiologi dalam sebuah bilik darjah dalam proses pengajaran danpembelajaran. Kesemua aspek sosiologi yang disentuh akan mempengaruhikeberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan guru didalam bilik darjah.Apabila kita membincangkan aspek sosiologi itu dalam konteks bilik darjah,maka perkara khusus yang perlu dikaji ialah komuniti yang terdapat dalamlingkungan bilik darjah tersebut. Adalah penting untuk dibincangan dalamperkara ini tentang maksud bilik darjah itu sendiri, siapa guru dan pelajar dari
  • 8. segi sejarah, biografi, peranan dan struktur, teknik dan cara pengurusan bilikdarjah yang berkesan dengan merujuk kepada aspek sosiologi serta faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan sebuah bilik darjahtersebut.2.2 Konsep Bilik DarjahSekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka denganpengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individumenghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula denganpenyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mentalhinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakantempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar.Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaianpengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yangtenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran ataubahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepadapenerimaan pelajar terhadap pengajaran guru.Menurut Kamarudin Husin (2004:352), konsep bilik darjah sebenarnya telahwujud sejak sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubahmengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zamandahulu, pembelajaran dilakukan di bawah pokok dengan bilangan pelajar yangkecil sekitar lima hingga enam orang, dan ini boleh dianggap sebagai satu bilikdarjah. Begitu juga dengan surau atau pondok yang menjadi tempat kanak-kanak Melayu mengaji al-Quran daripada imam juga tergolong sebagai bilikdarjah. Oleh itu, boleh dikatakan di mana sahaja tempat sesuatu ilmu itudisampaikan tempat tersebut boleh dianggap sebagai bilik darjah.Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsipendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilikatau ruang yang mengandungi sekumpluan pelajar di bawah pengawasanseorang guru, sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani,sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmalsains serta pendidikan yang diadakan di pusat sumber boleh digolongkan dibawah konsep bilik darjah.
  • 9. Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik darjah akan dilengkapi dengankemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut aktivitipengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar serta yangpaling utama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam lingkungan umur yangsama di bawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasiyang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yangmempunyai matlamat dan harapan yang sama. Persekitaran bilik darjahpenting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini boleh mengalakkan ataumenghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkankuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga menekankan tentangpengurusan dan penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara gurumenyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan,menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantumengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengansempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakanmedan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjahdinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaanjasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gayakepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalampengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiranberkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologimaklumat dan komunikasi.2.3 Guru dan PeranannyaBilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah, yang lazimnyaterdiri daripada guru, pelajar dan sumber pembelajaran. Guru sebagai individuyang terlibat secara langsung dalam menerajui pembelajaran. Ketiga-tiga entitiini mempunyai peranan masing-masing bagi membolehkan sebuah bilik darjah
  • 10. berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang diharapkan oleh pihaksekolah.Guru ialah seorang manusia biasa yang berada di tahap dewasa dan lebih tuausianya berbanding pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia bagisekolah kerajaan, guru merupakan seorang yang menerima latihan perguruanserta mendapat kelayakan untuk menjadi seorang guru sama ada dalambentuk sijil, diploma ataupun ijazah. Guru di sekolah merupakan satufenomena moden di mana mereka mempunyai pengkhususan dalam bidangtertentu dan dibayar gaji. Pengurusan guru-guru sekolah awam di letakkan dibawah tadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka dibayar gaji olehkerajaan. Manakala guru-guru sekolah swasta pula dibayar oleh majikanmasing-masing. Dalam skim penjawatan guru sekolah Malaysia, secaraumumnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu guru siswazah dan gurubukan siswazah.Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teraskepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu bolehjuga berlangsung secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besardalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antaraperanan guru yang utama adalah sebagai role model kepada pelajar,pembentuk akhlak yang mulia, pakar dalam pengetahuan yang dimilikinyaserta mahir dalam beberapa kemahiran khususnya yang akan diajarkan kepadapelajarnya. Menurut Schickendanz (1977) pula, guru berperanan dalamkonteks pengurusan bilik darjah. Katanya, “Pembelajaran terganggu dalamiklim yang kucar-kacir atau destruktif; adalah menjadi tanggungjawab gurumenolong pelajar bertingkah laku dengan cara meningkatkan hormat pada dirisendiri dan mewujudkancohes iveness kumpulan”.Tugas untuk mendidik anak bangsa merupakan peranan utama bagi seorangguru. Oleh hal yang demikian, untuk mendidik orang lain, guru sendiri perlumempunyai keperibadian yang mulia serta sahsiah yang terpuji supaya dapatmenjadi contoh dan ikutan para pelajarnya. Hal ini menuntut sifatprofesionalisme yang tinggi. Guru haruslah mempunyai disiplin yang cemerlangseperti bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi
  • 11. yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Semua hal ini penting untukmenarik minat pelajar terhadap guru yang mengajar kerana pelajar akan lebihmemberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasjika mereka menyukai guru yang mengajarnya. “Segala-galanya yang dilakukanoleh guru daripada merancang jadual harian sehingga membantu muridmenyelesaikan perbalahan adalah mempengaruhi keberkesanan guru sebagaipendisiplin” (Rohaty Mohd. Majzub, T. Subahan, Maerah Faridah Karim,Ahmad Jeffiri Hassan, 1991. Persatuan Pendidikan Malaysia, 48)Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di sesebuah sekolah amatpenting terutama dari segi menjadikan aspirasi dan matlamat sekolah menjadikenyataan. Menurut Kamarudin Husin (2004:384), peranan seorang guru dapatdiringkaskan seperti berikut:1. Tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaranberdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjahberdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjahmengikut strategi pengajaran yang sesuai.2. Pengerak pembelajaran dengan menjadi pembimbing kepada pelajar supayamereka berusaha belajar secara individu atau secara berkumpulan. 3. Pengurus bilik darjah seperti menguruskan jadual tugas bilik darjah,menentukan corak penyusunan kerusi, meja dan peralatan serta mewujudkansuasana pengajaran danpembelajaran yang sesuai.4. Menjadi ibu bapa kepada pelajar, terutamanya dalam menjaga keselamatandan kebajikan mereka.5. Bertanggungjawab dalam segala urusan yang berkaitan dengan disiplinpelajar.6. Model hidup yang akan menjadi ikutan dan contoh kepada pelajar.7. Sebagai pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang menghadapimasalah dalam pelajaran atauperibadi.
  • 12. 8.Menjadi penasihat kepada aktiviti ko-kurikulum.9. Menjadi pemeriksa dan penilai kepada aktiviti pembelajaran.10. Menjadi seorang pelajar, dengan sentiasa mengikuti kursus peningkatankeilmuan profesionalisme.11. Menjadi pembantu pentadbir sekolah dan pegawai perhubungan antarapengetua dengan pelajar serta antara pihak sekolah dengan ibu bapa.Oleh yang demikian dan menjalankan tugas dan peranannya, guru mestilahmenjadi seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi segalakemungkinan yang akan berlaku. Peranan yang amat besar dan mencabar inimenjadikan guru seorang yang dihormati dan disanjungi di mata masyarakat.Cabaran ini disahut oleh setiap insan bergelar guru yang mendukung satufalsafah keguruan iaitu Falsafah Pendidikan Guru Malaysia, iaitu:“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersediamenjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yangbersatu padu, demokratik dan berdisiplin”2.4 Pelajar dan PeranannyaGelaran pelajar atau murid diberikan kepada seseorang apabila merekamemasuki alam persekolahan diperingkat sekolah tadika, sekolah rendahmahupun sekolah menengah. Walaupun kedudukan pelajar dalam cartahierarki organisasi sekolah terletak paling bawah, namun mereka jugamemainkan peranan penting, sesuai dengan keupayaan dan kedudukanmereka. Dalam konteks kajian ini, penulis memberi tumpuan kepada pelajarperingkat sekolah menengah yang berada dalam lingkungan usia remaja.Menurut Dorothy Roger dalam Muhd Mansur Abdullah (1988:37), perkataanremaja berasal daripada perkataan Latin iaitu adolscere yang bermaksudtumbuh dan berkembang
  • 13. ke arah kematangan. Manakala dari segi definisinya pula, Cyril Simmons danrakan-rakannya mentakrifkan remaja sebagai jangka masa ketika pengakhiranzaman kanak-kanak dan permulaan zaman dewasa (1984:16). Secara teorinyaremaja adalah satu tempoh masa daripada bermulanya baligh (umur 10ataupun 11 tahun bagi perempuan dan 12 ataupun 13 tahun bagi lelaki)sehingga mencapai dewasa sepenuhnya daripada segi fizikal, sosial, undang-undang dan ekonomi. Manakala menurut Jean-Jacques Rousseau pula, umurremaja boleh di anggap berada pada usia 15 hingga 20 tahun. Dan demikianjuga menurut undang-undang, umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun.Jika kita melihat kepada pentakrifan usia remaja, secara kasarnya semuatakrifan berada pada usia pelajar peringkat sekolah menengah (13 hingga 18tahun). Maka tidak hairanlah, mengapa pelajar pada usia ini perlu untuk diberiperhatian kerana mereka sedang mengalami satu tempoh peralihan yangmencabar ke arah menempuh alam dewasa dan kematangan. Menurut Crowand Crow, umur yang meningkat membawa kepada perubahan dalamanpenyatuan emosi dan cara bertindak balas dibangkitkan (1983:102). Padatahap ini mereka mengalami pelbagai perubahan fizikal, emosi dan sosial.Mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan ingin mencarisatu identiti dalam kehidupan mereka. Di sinilah dilihat peri pentingnya tugasseorang guru dalam membantu pelajar memainkan peranan mereka yangsepatutnya dan bukannya goyah dengan tarikan dunia luar ataupun rakansebaya.untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah.Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah-laku dan budaya pelajarterlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedahyang betul dan tepat.Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arahpembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakandalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melaluipenggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi denganberkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan
  • 14. suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukan akhlak yang muliaserta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah.Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar.Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang” yangditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan denganadanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akanmempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepadapelajarnya terlaksana.Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspekpenting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukanpenghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnyamenggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayangdengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaanapabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif ataumatlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekepingkertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tandapenghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagimeningkatkan prestasi anak didik mereka.Guru seharusnya menunjukkan teladan sebagai seorang profesional denganmewujudkan program-program yang bertujuan membangunkan insaniahpelajar dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurang segalatingkah-laku negatif. Guru sepatutnya mengelakkan diri daripadamenggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaanyang boleh menggalakkan pelajar untuk tidak menghargai pertumbuhanpengetahuan dan kemahiran diri.Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan aspek pembentukannilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru.Selain kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dari kalangan pelajar membolehkan pembelajaran yang berobjektif danbermatlamat diwujudkan kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan danbimbingan dari guru dan rakan sebaya sekaligus dapat meningkatkan tahapdisiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang dibaluti denganperasaan kasih dan sayang. Ini dapat memberi peluang yang terbaik kepada
  • 15. pelajar untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah pembentukanmodal insan yang berkualiti.Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng danpermasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yangberkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilikdarjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawakelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yangditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumahdalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”.Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidakboleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesansekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilikdarjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapiseharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segalapermasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlahpelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah danakhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajarandalam bilik darjah.Strategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan perananpenting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan puncapermasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata.Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpastiterlebih dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikanpermasalahan tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajarandengan banyak berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajartersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan keranadirinya tetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasankepada disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemahyang boleh menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaantetapi sebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat,teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa gurumenyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan dalam membentuktingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa yang agak lama.
  • 16. Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah-laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi olehpelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selainmenyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlumembiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkantumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran danpembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan setinduksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaranboleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapatugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak bolehmelengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkanuntuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukanperkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yangkreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasidisamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceriadan tidak membosankan.2.8Pengurusan Pengajaran dan PembelajaranPengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugasutama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlakudalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektifpembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaranyang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajiandari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai denganperancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perluselaras dengan perancangan strategi sekolah.Peningkatan profesionalisme guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspekkebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasipembelajaran, kebolehan mencorak suasana persekitaran dalam bilik darjah,kebolehan mencorak perkembangan pelajar termasuk perkembanganakademik, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan
  • 17. perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dengan mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin pelajar. Oleh itu guruberperanan sebagai pendidik, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang danpendorong ke arah kecemerlangan pelajar. Perancangan yang berkualitimenjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembanganpembelajaran serta penghasilannya.Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir,berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkanminda pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiransosial dan perkembangan tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka.Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahapkejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasikelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaranperlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagimengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.Guru perlu memilikibeberapa kemahiran penting dalam proses pengajarandan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaandalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkanialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling,kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalammencapai objektif pembelajaran yang berkesan.Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkanmaklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangandan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuanbagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkanmasalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi sepertipenggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yangtidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentangpengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui prosespendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktivitipembelajaran.Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-matadinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan
  • 18. pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjaditarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guruyang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiranpositif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpatiterhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahanlagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaranbersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidakmemaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakanbahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengantahap perkembangan akal pelajar mereka.3.0Teori - Teori Sosiologi3.1Teori Struktural-FungsionalTeori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting danbermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnyadalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan danpemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yangkemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons danRobert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitustruktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsisosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripadabahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untukmewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini jugabanyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalamkegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnyayang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggapsebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagiantertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang mana
  • 19. merujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalammasyarakat. Bahagian-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini jugamenghuraikan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimanasesuatu organisasi boleh dikekalkan.Dengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih menekankan kepadapenyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-perubahan yangwujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur dalam sistemsosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika sistem sosialtidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan hilang.Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teoriStruktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza.Durkheim melihat Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan pentingke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapatdijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan jugamelalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dansebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasidengan berkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapatmenghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukanakhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap denganlebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepadapelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang”yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan denganadanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akanmempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepadapelajarnya terlaksana.Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspekpenting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukanpenghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnyamenggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayangdengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaanapabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif ataumatlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekepingkertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda
  • 20. penghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagimeningkatkan prestasi anak didik mereka.Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng danpermasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yangberkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilikdarjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawakelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yangditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumahdalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”.Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidakboleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesansekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilikdarjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapiseharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segalapermasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlahpelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah danakhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penStrategi awal bagimengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan penting denganmengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca permasalahansupaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata. Permasalahan yangdiwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelumbertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyakberinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebutmerasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinyatetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepadadisiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah yang bolehmenampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapisebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat,teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa gurumenyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan penyampaian pengajaran dalambilik darjah. kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkalamengambil masa yang agak lama.
  • 21. Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah-laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi olehpelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selainmenyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlumembiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkantumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran danpembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan setinduksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaranboleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapatugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak bolehmelengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkanuntuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukanperkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yangkreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasidisamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceriadan tidak membosankan.2.8Pengurusan Pengajaran dan PembelajaranPengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugasutama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlakudalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektifpembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaranyang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajiandari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai denganperancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perluselaras dengan perancangan strategi sekolah. Pembelajaran yang bermaknamelibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan,menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahirankomunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangantingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umumpembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di sampingmemberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpamembiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik danmampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka
  • 22. pada masa akan datang.Guru perlu memiliki beberapa kemahiran pentingdalam proses pengajarandan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaandalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkanialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling,kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalammencapai objektif pembelajaran yang berkesan.Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkanmaklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangandan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuanbagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkanmasalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi sepertipenggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yangtidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentangpengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui prosespendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktivitipembelajaran.Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-matadinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran danpembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjaditarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guruyang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiranpositif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al-Ghazalimenggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpatiterhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahanlagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaranbersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidakmemaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakanbahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengantahap perkembangan akal pelajar mereka.
  • 23. 3.0Teori - Teori Sosiologi3.1Teori Struktural-FungsionalTeori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting danbermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnyadalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan danpemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yangkemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons danRobert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitustruktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsisosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripadabahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untukmewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini jugabanyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalamkegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnyayang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggapsebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagiantertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang manamerujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalammasyarakat. BahagiDengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebihmenekankan kepada penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-perubahan yang wujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap strukturdalam sistem sosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jikasistem sosial tidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akanhilang.Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teoriStruktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza.Durkheim melihat masyarakat moden sebagai keseluruhan organisasi yang memiliki realitikehidupan tersendiri. Keseluruhan yang dimaksudkan oleh Durkheim ialah
  • 24. keperluan atau fungsi-fungsi tertentu yang perlu dipenuhi oleh bahagian-bahagian yang menjadi anggotanya agar sentiasa berada dalam keadaan yangteratur.Menurut teori ini, masyarakat akan dikaji dari segi perjalanan sistem sosialatau perhubungan mereka yang telah wujud. Struktur-struktur sosial yangdibentuk akan membantu kelancaran perjalanan atau keharmonian sesuatumasyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaianutama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabilitimerujuk kriteria penilaian yang utama untuk menentukan sejauh manasesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimanasemua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untukmencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yangberlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepadapembaharuan yang mana sekaligus akan menyebabkan sesuatu yang tidakdiperlukan oleh masyarakat dihapuskan. Struktural-Fungsionalisme seringmenggunakan konsep sistem ketika membahas struktur atau lembaga sosial.Ianya terdiri dari bahagian yang rapi, sesuai, teratur dan saling bergantungan.Seperti sebuah sistem, maka struktur yang terdapat dalam masyarakat akanberkemungkinan untuk selalu berubah. Perubahan yang berlaku akan terusberjalan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia.an-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini juga menghuraikanmengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasiboleh dikekalkan.Berdasarkan teori ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan setiap individuyang terlibat dalam pembentukan sesebuah organisasi bilik darjah memainkanperanan yang penting dalam mewujudkan suasana sosial yang sesuai untukpeningkatan dan kemajuan dalam melancarkan proses pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah.3.2Teori InteraksionismeTeori ini lebih merujuk kepada pendekatan mikro iaitu bagaimana seseorangmenginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam
  • 25. masyarakat di mana peranan individu itu di lihat dalam sesuatu sistem sosialyang di wujudkan. Setiap perlakuan atau aksi individu bersifat subjektifditafsirkan dan diperjelaskan akan maknanya. Manusia tidak pasif danmenekankan bahawa interaksi sosiallah yang membentuk realiti. Blumer(1969) telah memberikan tiga huraian penting mengenai konsep makna. 1)Kepentingan dalam memahami makna.2)Makna meningkatkan kemesraan3) Makna boleh dirundingkanOleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimanaindividu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. DavidHargreaves melihat kendiri, persepsi dan peranan individu sebagaiinteraksionisme simbolik. Setiap tindakan yang di ambil adalah berdasarkanpandangan diri sendiri dan juga pandangan dari orang lain.Dalam bilik darjah pendekatan interaksionalisme diaplikasikan dengansebaiknya, dimana hubungan yang melibatkan guru dengan guru, guru denganpelajar dan pelajar sesama pelajar berlaku sepanjang masa. Hargreavesmengatakan guru berkuasa menentukan pelajar-pelajar menerima situasi yangtelah ditetapkan dalam bilik darjah. Walaupun beliau mencadangkan tiga jeniskonsep diri yang ada pada guru iaitu si ’penjinak singa’, si ’penghibur’ dan si’romantik’ tetapi ketiga-tiga jenis konsep ini bukanlah sesuatu yang tetapkerana guru mempunyai pelbagai sifat. Bagi pelajar–pelajar pula merekamenganggap pentingnya bagi mereka untuk mengembirakan guru, dalam ertikata lainnya, mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri untuk berhadapandengan guru yag berlainan. Menurut Hargreaves (1975: 105) lagi, pelajar-pelajar merasakan mereka perlu mengembirakan hati guru tetapi pada masayang sama mereka kecewa dan bosan. Beliau juga berpendapat terdapatsituasi konflik dalam bilik darjah tetapi tidak bersifat terbuka. Pelajarmempunyai sedikit kuasa untuk membantah situasi yang tidak sesuai denganmereka. Rundingan merupakan jalan terbaik, apabila guru boleh memoderasisetengah kehendak mereka sebagai balasan kepatuhan pelajar terhadappermintaan dari guru. Guru dan pelajar mempunyai pelbagai strategi untukmencapai matlamat masing-masing. Guru menggunakan teknik seperti pecahdan perintah, ancaman dan amaran dan merujuk kepada pihak atasan.Manakala pelajar pula merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti ibu
  • 26. bapa dan sebagainya. Interaksi saling mempengaruhi antara guru dan pelajarmenjadikan suasana bilik darjah lebih teratur dan menggalakkanperkembangan proses pengajaran dan pembelajaran.Berdasarkan teori ini, hubungan sosial di antara para pelajar dan guru pentingdalam mewujudkan pengurusan sesuatu bilik darjah itu dilakukan secaraberkesan. 4.0Aplikasi Teori Sosiologi Dalam Menangani Isu KeberkesananPengurusan Bilik Darjah.Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadartahap pembelajaran menurun di kalangan pelajar. Apabila kadar tahappembelajaran menurun, para pelajar tidak lagi berminat untuk meneruskanpersekolahan. Mereka merasakan meneruskan persekolahan adalah sia-siakerana mereka tidak lagi berminat untuk belajar. Kebanyakan bilik darjahmasih mengamalkan sistem pembelajaran konvensional, menyebabkan pelajarterlalu bergantung kepada pengajaran guru4.1Guru Kurang BerfungsiGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersediamenjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara danmenjamin perkembangan. Guru merupakan suatu anggota atau kakitanganyang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dansumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupunmenengah. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikanilmu pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnyauntuk menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak.Tumpuan yang sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalamsesebuah kelas akan mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah lakumahu pun persepsi dan minat pelajar terhadap pelajaran yang sedangdipelajarinya ketika itu. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima,
  • 27. kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal danmemberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai.Di samping itu juga, guru tidak dapat mengenal pasti mana pelajar yang pandaidan sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Olehyang demikian, guru tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar yangkurang pandai di dalam kelas tersebut. Selain itu, guru tidak dapat mengajarsecara berkesan kepada pelajar kerana pengabaian secara tidak formal berlakudi dalam kelas tersebut.dan ini menghalang mereka untuk mengembangkan potensi pembelajaranmasing-masing dengan cara yang tersendiri. Isu ini berlaku adalah keranabeberapa faktor yang mempengaruhinya seperti berikut :4.2Wujud Kumpulan TertentuBilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkanwujudnya kelompok bilangan pelajar tertentu seperti kumpulan-kumpulan elityang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yanglain. Kumpulan pelajar yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akanmengasingkan diri mereka ekoran tahap pembelajaran yang tidak sama danmerasa rendah diri terhadap rakan yang lebih baik dari mereka. Golongan iniakan membentuk dua situasi kumpulan yang berbeza dari segi ideologipembelajaran dan sikap yang tidak sehaluan.Hubungan silaturahim antara mereka juga akan terjejas kerana mereka hanyaberkawan dengan pelajar yang tertentu sahaja. Contohnya, pelajar yangmempunyai tahap pembelajaran yang tinggi akan berkawan sesama merekasahaja. Manakala pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang rendahakan terasa tersisih. Selain itu juga, mereka tidak dapat meningkatkan tahappembelajaran mereka kerana pelajar yang tahap pembelajaran tinggi tidakberkawan dengan pelajar yang lain. Di samping itu, boleh mewujudkanpergaduhan apabila wujudnya kumpulan tertentu dalam satu bilik darjah.Akhirnya suasana bilik darjah akan menjadi tempat untuk merekamengasingkan diri dari orang yang tidak sealiran dengan pendirian merekadalam pelajaran.
  • 28. 4.3Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan Mengajar adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia memerlukan persediaanlengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang sedia ada padapelajar yang ada dalam kelas terbabit. Apabila bilangan pelajar yang melebihitahap maksima, guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak danmemdatangkan kesan kepada pengajarannya. Guru terpaksa mengawal kelasdalam jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran. Akibatnyamasa yang diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makinberkurangan dan ini akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidakdapat dihabiskan mengikut jangka masa ditetapkan, guru akan melangkaukepada topik-topik yang dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja.Tahap kecerdasan dalam kajian ini dikategorikan kepada tiga, iaitu tinggi,sederhana, dan rendah. Analisis data menunjukkan majoriti subjek kajianberada dalam lingkungan kecerdasan sederhana, iaitu sebanyak 75%.Manakala bagi pelajar yang berkecerdasan tinggi dan berkecerdasan rendah,perbezaan peratusannya adalah rendah iaitu 12.7% pelajar berkecerdasantinggi dan 13% pelajar berkecerdasan rendah. Taburan tahap kecerdasanpelajar yang sebegini adalah normal kerana subjek kajian ini dipilih secararawak, iaitu tahap kecerdasan subjek tidak ditentukan terlebih dahulu.Berdasarkan dapatan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa tahap kecerdasanpelajar adalah berbeza-beza. Walaupun kebanyakan pelajar berada dalamkategori kecerdasan sederhana, namun kewujudan pelajar yang mempunyaikecerdasan tinggi dan juga kecerdasan rendah perlu diberi perhatian. Guruperlu peka tentang kewujudan tahap kecerdasan pelajar yang berbeza-beza inikerana dapat membantu mereka merancang bahan dan aktiviti pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah.4.4Wujudnya Halangan KomunikasiKomunikasi adalah elemen dalam kehidupan yang berlaku sepanjang masasama dan bersifat dinamik. Ia berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bilamasa sama ada dalam situasi formal atau tidak formal dan tidak dapat dielak.
  • 29. Corak komunikasi akan wujud di dalam bilik darjah antara guru dengan pelajardalam proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati bahawa komunikasi gurudan pelajar berlaku dalam suasana separa formal. Selain itu, kajian jugamendapati bahawa guru adalah faktor kepada permulaan komunikasi yangberkesan atau sebaliknya. Guru juga sebagai pendorong dan pemberisemangat.Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah satu proses yang berterusan didalam bilik darjah. Guru-guru yang memiliki asas dan teknik pengajaran yangbaik dapat menarik minat pelajar dalam proses P&P tersebut. Abdullah Hassandan Ainon Mohd (2002) menyatakan bahawa apabila seorang gurumenyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya, itunamanya berkomunikasi. Oleh sebab itu, guru diberi banyak penekanantentang kepentingan menguasai kemahiran komunikasi dengan baik.Kemahiran menyampai dan berkongsi maklumat mencipta makna dalamberkomunikasi.Apabila seorang guru berkomunikasi, dia bukan sahaja mencari perkataan yangtepat untuk menyampaikan makna tetapi boleh menggabungkan elemen-elemen lain seperti intonasi, pertembungan mata(eye-contact), dankomunikasi bukan lisan bagi memberikan kesan maksimum semasa proses P&P(Kauffman, Mostert, Trent, & Hallahan, 1998). Selain itu, guru yang mempunyaikemahiran komunikasi dapat mengesan dan memahami tingkah laku muridmelalui tindak balas bukan lisan dan melalui interaksi yang berlaku sepanjangproses P&P di dalam bilik darjah (Emmer et al., 2003).Kemahiran berkomunikasi adalah aspek yang seharusnya diberikanpendedahan yang lebih kepada guru kerana gurulah orangnya yang akanmenentukan sama ada komunikasi yang berlangsung akan terjadi dalamkeadaan yang ceria atau sebaliknya. Murid dalam hal ini hanyalah golonganyang menunggu sama ada situasi pembelajaran akan menjadi menarik,membosankan atau menakutkan. Guru yang ceria semasa tiba di muka pintubilik darjah akan mengundang keceriaan pelajar-pelajar dan suasanapembelajaran akan menjadi lebih ceria.
  • 30. Guru yang masuk ke bilik darjah dalam riak wajah yang hambar akanmenyebabkan situasi pembelajaran turut menjadi hambar. Dan sekiranya gurumasuk ke bilik darjah dengan wajah yang bengis, pelajar tentulah akanmemberikan reaksi yang negatif terhadap riak wajah yang sedemikian.Komunikasi akan menjadi hambar dan proses P&P tidak lagi menarik. Walaubagaimanapun, kesemua ini mempunyai pelbagai faktor penentu yangmembolehkan guru merubah keadaan daripada hambar kepada ceria ataudaripada ceria kepada hambar.4.5Kawalan Kelas Yang LonggarDengan jumlah bilangan pelajar yang terlalu sesak ini, guru terpaksa untukmengawal tingkah laku pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang samaada dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ada pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segiekonomi, kurang berminat terhadap pelajaran, pelajar hiperaktif dansebagainya. Ini mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukansepenuhnya terhadap kawalan kelas.Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi, Christine Warner,“dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalahsukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnyakepada pelajarnya”.Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalahsekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran danpembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanyamemperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Inimembuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan
  • 31. sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihatdi mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yangtinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari. 4.6Mengamalkan Diskriminasi Terhadap PelajarBagi mengimbangi struktur organisasi di dalam bilik darjah, guru dan pelajartidak harus mengamalkan diskriminasi dan tidak memperlihatkan sikapperkauman antara satu sama lain. Dengan kata lain diskriminasi adalahperumpaan untuk pilih kasih atau berat sebelah yang membawa maksud dimana dalam satu keadaan yang melibatkan dua pihak atau lebih dalam suatukawasan, apabila keputusan atau penghargaan dibuat akan lebih berpihakkepada satu pihak sahaja, manakala satu pihak lagi diabaikan atau dipinggirkan(Difinisi mengikut Kamus Dewan). Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku didalam bilik darjah sama ada di antara guru dengan pelajar atau pelajar denganpelajar.Untuk mengelakkan semua ini berlaku, kesamaan peluang kepada semualapisan masyarakat dan individu adalah perlu. Dapat dilihat di sini antaradiskriminasi yang ingin diselesaikan adalah terhadap kualiti pelajaran orangkurang upaya di dalam bilik darjah. Pelajar kurang upaya atau diistilahkanpelajar khas pula terdiri daripada mereka yang mengalami masalah fizikal,`sensory ’, intelek, pembelajaran dan kesihatan yang mengganggu kemampuanmereka berfungsi dalam kehidupan seharian, tidak berupaya menentukansendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluanbiasa seorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnyadisebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama adaianya berlaku semenjak lahir atau kemudian termasuklah kebolehan berfungsidalam persekitaran sekolah. (Difinisi dari Jabatan Kebajikan MasyarakatMalaysia)Bukti sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di abad ke-19 menganggapkeadaan kurang upaya sebagai satu penyakit yang tidak boleh sembuh yangmengakibatkan semua individu kurang upaya perlu diasingkan dalam institusi.Kini, kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah
  • 32. sama seperti individu normal dan mereka perlu disepadukan dalammasyarakat dan menerima hak-hak yang sama tanpa diskriminasi.Kewujudan sistem pendidikan khas membuktikan masyarakat mengakuiwujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuankhas untuk belajar. Dan juga merupakan keperihatinan kerajaan dalammemberikan kesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat danindividu. Pelbagai kemudahan telah disediakan dan sedang ditingkatkanantaranya penyedian infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khasyang relevan, memperluas dan mempertingkatkan pengisian Program KhasIntegrasi Bermasalah Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khasterlatih dan pembantu pengurusan pelajar yang mencukupi, menyediakanpentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalinperkongsian pintar dengan badan sukarela dan Kementerian lain yang jugamenyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya.(Bab 7 PIPPMerapatkan Jurang Pendidikan) Seterusnya, guru di dalam bilik darjah pulamemainkan peranan penting agar pembelajaran di dalam bilik darjahberlansung dengan baik dan tiada lagi diskriminasi terhadap orang kurangupaya didalam bilik darjah kerana pendidikan adalah cara yang paling berkesanuntuk mobiliti sosial, kehidupan berdikari dan juga menjamin kehidupan yangbahagia.Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada dua bahagianyang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atau tidakberfungsi (disfungsi). Menurut ahli-ahli fungsionalisme, setiap bahagian yangada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dankehendak mereka sendiri. Menurut Robert K.Merton (1959), untuk melihatsejauh mana keberkesanan struktur sosial ini, dia telah membuat duaperbezaan yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsiketara ialah fungsi yang menyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagaiseorang guru untuk mengajar dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yangtidak disedari berlaku atau tidak menjangka untuk berlaku. Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagaitempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling pentingwalaupun kini munculnya zaman siber yang begitu mementingkanpenggunaannya.
  • 33. 5.0RumusanBerdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas dapatlah disimpulkanbahawa, bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat dimana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata.Ianya boleh dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolahdan telah menjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satuatau lebih pusat kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukan sumberdan mengarahkan kemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yangmengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri dimana setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Keadaan ini bolehdikaitkan dengan teori fungsionalisme yang melihat fungsi perlakuan sosialatau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang ke arahpenerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer, masyarakat sebagai satukelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk mereka menjalankanaktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya, padangpermainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yangwujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbanganyang positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahansetiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagaiamalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Dalamkeadaan begini seorang guru perlu tangkas membuat keputusan dan bijakmenguruskan bilik darjah agar situasi pengajaran dan pembelajaran berjalandengan lancar dan berkesan. Menurut Chris Watkins (2005) dalam bukunyabertajuk Classrooms as Learning Communities para pengkaji mendapati 3perkara yang memantapkan suasana bilik darjah ialah ciri-ciri yang terdapat didalam sebuah bilik darjah itu sendiri, kekuatan perhubungan antara guru danpelajarnya dan pengaruh pembelajaran dan pelajar. Bilik darjah dan prosespembelajaran perlu dilihat dari pelbagai dimensi. Ini kerana pelajar–pelajaryang terdiri dari pelbagai latar belakang dan minat yang berbeza. Dalam masayang sama mereka juga perlu mempelajari kandungan matapelajaran yang
  • 34. telah ditentukan oleh pengurusan sekolah. Kepelbagaian ini juga membawa erti seorang guru perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan dilema pelajarnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik darjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunan organisasi pembelajaran perlu diperkemaskan agar pelajar lebih bersedia untuk belajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar. Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan pelajar selain mendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. BIBLIOGRAFI Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS Profesional Publishing. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.Kuala Tanjung Malim: Quantum Books.
  • 35. Asmah Hj. ahmad. 1990. Pedagogi 1. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Chris Watkins. 2005.Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?. Routledge Taylor & Francis Group.Edaris Abbu Bakri. 2004.Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press.Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.