EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

  • 4,902 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
4,902
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
326
Comments
3
Likes
5

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. EDU 3105 1 1.0 PENGENALAN Pada zaman yang serba canggih ini, media pengajaran semakin rancak diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Penggunaan audio dan video telah dikenali sebagai salah satu saluran komunikasi dan menjadi asas kepada bidang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, seseorang guru mendapat faedah dan kemudahan kerana media pengajaran menjadi cabang dalam membantu guru meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid terhadap pembelajaran. Seperti yang kita ketahui, media dalam pengajaran merupakan alatan yang menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Justeru, seorang guru hendaklah bersikap kreatif dan kritis dalam menyesuaikan media pengajaran mereka dengan rancangan pengajaran yang ingin diajarkan. Cara ini bukan sahaja merangsang minat murid-murid untuk belajar, malah guru akan berpuas hati kerana hasil pembelajarannya sudah tercapai. Sementara itu, suatu set pengajaran yang baik tidak akan lengkap sekirannya tiada perancangan yang rapi dan tersusun. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan Model ASSURE dengan menggunakan media pengajaran dalam pelajaran. Model ASSURE pula terdiri daripada enam langkah, iaitu analisis pelajar, menyatakan objektif, memilih kaedah, media dan bahan, menggunakan media dan bahan, memerlukan penyertaan pelajar dan menilai dan mengulangkaji. Secara kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengembleng usaha terutama guru dalam mendidik anak bangsa dengan menggunakan media pengajaran yang kreatif dan sesuai agar dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 2. EDU 3105 2 2.0 KONSEP DAN FUNGSI MEDIA Pada zaman globalisasi ini, penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran semakin meluas dan media merupakan salah satu saluran komunikasi dalam pembelajaran. Manakala mesej pengajaran yang disampaikan pula menarik dan sedikit sebanyak dapat meransang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian murid-murid. Justeru, guru-guru yang berdedikasi perlu mengambil inisiatif menganalisis murid-murid dengan menggunakan kaedah seperti teknik pemerhatian dan borang anekdot agar pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan secara berkesan. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamarudin Wan Hasan (2009) dalam bukunya Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, menyatakan bahawa media merupakan sesuatu saluran komunikasi yang membawa maklumat. Hal ini bermaksud maklumat daripada penyampai akan diterima oleh penerima melalui saluran komunikasi. Antara contoh-contoh media ialah radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan bercetak dan komputer. Dengan adanya kepelbagaian media, penguasaan murid terhadap isi pelajaran akan lebih terjamin. Hal ini kerana murid-murid akan berlumba-lumba mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Selain itu, media juga dapat dikategorikan sebagai alatan yang mampu menyampaikan mesej pengajaran yang jelas kepada murid-murid. Kelebihan alatan seperti video, pita rakaman, bahan-bahan bercetak dan komputer merupakan suatu bentuk saluran komunikasi yang membolehkan murid-murid berinteraksi bersama guru. Selain itu, terdapat beberapa fungsi yang menyokong media sebagai saluran komunikasi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah media dapat membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tepat dan berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila guru mengambil langkah pertama mengenal pasti objektif pengajaran yang sesuai, sebelum memilih media pengajaran yang sesuai untuk dipersembahkan.
  • 3. EDU 3105 3 Sebagai contoh, guru ingin mengajar tajuk buah-buahan tempatan kepada murid-murid. Guru boleh mengkaji terlebih dahulu pengalaman sedia ada murid-murid. Seterusnya, guru boleh menyediakan kad-kad imbasan untuk kegunaan murid-murid. Suara guru pula boleh dirakam terlebih dahulu dan audio tersebut akan dimainkan seiring dengan tukaran kad imbasan. Kaedah ini bukan sahaja memperjelaskan penyampaikan mesej kepada murid- murid, malah guru dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan murid-murid dengan berkesan. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti murid-murid yang aktif dan pasif, cara ini menyenangkan guru untuk memberi latihan pengukuhan kepada murid-murid yang lemah. Selain itu, media juga berfungsi membantu guru mempelbagaikan bentuk pengajaran dan melibatkan pelbagai pancaindera. Guru boleh mengambil inisiatif dengan melibatkan semua pancaindera murid-murid, seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Media pengajaran yang mementingkan saluran komunikasi membolehkan guru merancang jenis- jenis bahan yang sesuai. Contohnya, guru boleh menggunakan tayangan video pada set induksi memastikan segala pancaindera murid-murid tertumpu pada video tersebut. Dengan cara ini, guru boleh mengaju soalan dan berinteraksi dengan murid-murid mengenai isi kandungan video tersebut. Murid-murid bukan sahaja dapat memahami isi pengajaran guru dengan jelas, malah iklim bilik darjah juga akan menjadi lebih menarik. Sementara itu, media yang berfungsi sebagai saluran komunikasi ini dapat merangsang minat murid-murid supaya menumpukan perhatian pada pelajaran. Guru boleh mengambil inisiatif dengan menghasilkan slaid yang menarik dan interaktif semasa sesi pengajaran. Guru hendaklah mengambil kira latar belakang murid dan mengetahui sifat kanak-kanak yang menyukai sesuatu yang berwarna-warni dan beranimasi. Contohnya, guru memaparkan cerita kanak-kanak menggunakan sedutan video “Sang Kancil dan Sang Buaya”. Guru boleh meminta murid-murid menghayati terlebih dahulu sedutan video yang ditayangkan. Selepas itu, guru meminta murid-murid melakonkan semula watak-watak tersebut dengan bantuan audio yang telah dirakam terlebih dahulu. Apabila sesi lakonan tamat, guru boleh merangsang murid-murid untuk mengeluarkan nilai-nilai berdasarkan
  • 4. EDU 3105 4 cerita kanak-kanak tersebut. Justeru, nilai-nilai kerjasama dan kasih sayang bukan sahaja dapat disemai pada jiwa murid-murid, malah guru dapat meningkatkan mutu pengajarannya menjadi lebih bermakna. Di samping itu, media juga berfungsi membantu menjimatkan masa pengajaran. Pada masa kini, perkembangan dan kemudahan multimedia dapat melahirkan pelbagai bahan ciptaan media yang boleh menarik perhatian murid-murid. Seseorang guru mungkin tidak mampu menyampaikan maklumat kepada murid-murid pada satu interaksi di bilik darjah kerana kekangan masa. Jadi, media boleh menjadi pengganti guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar tanpa halangan. Malah, guru dapat menambah aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada murid-murid. Sebagai contoh, guru hendak memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid-murid, guru boleh memaparkan sedutan filem “Bukit Kepong” atau memperdengarkan kepada murid-murid audio mengenai fakta- fakta semasa pihak komunis menakluki Tanah Melayu. Dengan cara ini, murid-murid dapat mendalami watak tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan, sekaligus mengurangkan tenaga guru untuk bercerita secara panjang lebar.
  • 5. EDU 3105 5 3.0 RANCANGAN SET MEDIA PENGAJARAN Seperti yang kita ketahui, reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru dalam merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Oleh hal yang demikian, guru hendaklah mengaplikasikan model yang sesuai agar dapat menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Terdapat suatu reka bentuk pengajaran yang dapat membantu guru merancang penggunaan media yang berkesan, iaitu Model ASSURE. Model ASSURE ini memberi fokus kepada guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Selain itu, Model ASSURE ini terdiri daripada enam peringkat, iaitu A (Analisa Pelajar), S (Nyatakan objektif atau hasil pembelajaran), S (Memilih kaedah, media dan bahan), U (Menggunakan media dan bahan sumber), R (Memerlukan penyertaan pelajar), E (Menilai dan mengulangkaji). RANCANGAN SET MEDIA PENGAJARAN Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Bencana Alam Kelas : 4 Cerdik (15 lelaki, 20 perempuan) Hasil Pembelajaran : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau difahami. 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 2 (i) Bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dan peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis ayat.
  • 6. EDU 3105 6 MODEL ASSURE A - Analisa Pelajar (Analyze Learners) Bagi langkah pertama dalam Model ASSURE iaitu menganalisis pelajar, terdapat beberapa perkara yang boleh dianalisis oleh guru terhadap pelajar. Sebagai seorang guru, saya akan mengenal pasti ciri-ciri umum pada murid-murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, budaya dan taraf ekonomi. Justeru, saya menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah soal jawab dan menggunakan borang anekdot untuk mengkaji tahap pencapaian murid-murid di dalam kelas. Kaedah ini menyenangkan saya untuk merancang objektif pengajaran agar isi pelajaran dapat dicapai dengan berkesan di dalam bilik darjah. Kelas Tahun Empat Cerdik mempunyai bilangan murid seramai 35 orang, iaitu 15 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Murid-murid ini berumur 10 tahun. Ibu bapa murid-murid ini rata-ratanya mempunyai pekerjaan yang tersendiri Antara pekerjaan yang telah dikenal pasti seperti petani, pesawah dan peruncit. Justeru, budaya murid-murid lebih kepada budaya ketimuran, riang dan menghormati ibu bapa. Manakala taraf ekonomi mereka juga sederhana dan menghormati ibu bapa. Selain itu, saya akan mengambil inisiatif mengadakan sesi soal jawab bersama murid-murid untuk menguji pengalaman sedia ada mereka mengenai alam sekitar. Contohnya, murid-murid akan disoal mengenai contoh-contoh bencana alam yang pernah berlaku dan natijahnya kepada manusia. Sementara itu, saya boleh menguji pengetahuan am murid-murid dengan penggunaan media bercetak seperti poster “Bencana Alam”. Kesannya, murid-murid akan berfikir, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi apabila melihat poster tersebut. Murid-murid juga akan berinteraksi dan memberikan pandangan antara satu sama lain cara-cara untuk menangani kemusnahan alam sekitar.
  • 7. EDU 3105 7 S - Menyatakan Objektif (State Objective) Langkah kedua dalam Model Assure ini memerlukan objektif dinyatakan secara khusus untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan. Justeru, saya hendaklah mengenalpasti kebolehan kognitif dan prestasi murid-murid agar dapat menentukan bahan multimedia yang ingin digunakan. Sebelum memulakan sesi pengajaran, saya telah merujuk sukatan pelajaran, saya telah menggunakan aras utama, iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau difahami. Manakala aras sampingan saya ialah bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Justeru, saya memfokuskan aras sampingan dan menggunakan Aras 2 (i) bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dan peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis ayat, sebagai panduan. S - Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media dan Materials) Bagi tajuk Bencana Alam, saya akan memulakan sesi pengajaran, set induksi dengan memaparkan media bukan cetak, media tayang iaitu tayangan mengenai video bencana alam yang pernah berlaku di dunia. Antara contoh bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan gunung berapi meletus. Tayangan ini membolehkan murid-murid menumpukan perhatian dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung di dalam video tersebut. Setelah itu, kaedah yang dapat dijalankan ialah kaedah simulasi. Pada set pengajaran yang kedua, beberapa orang murid akan dipanggil ke depan dan melakonkan semula adegan-adegan semasa bencana alam berlaku. Sebagai contoh, watak A akan menjerit meminta tolong kerana terperangkap di bawah timbunan batu, dan watak B dan C akan melakonkan watak sebagai ahli bomba dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Saya juga akan menyediakan skrip dan audio seperti bunyi-bunyian dan muzik latar dan dimainkan seiring dengan pergerakan watak. Setelah sesi lakonan tamat, saya akan menggunakan kaedah sumbangsaran dan mengutarakan soalan kepada murid-
  • 8. EDU 3105 8 murid melalui kaedah soal jawab. Beberapa orang murid juga akan dipanggil dan menceritakan semula situasi bencana alam yang mereka hadapi. Kaedah ini membolehkan murid-murid bercerita dengan menggunakan ayat mereka sendiri. Manakala bahan sumber maujud yang digunakan seperti pemancar LCD, pembesar suara, komputer, audio yang mengandungi bunyi-bunyian dan skrip untuk lakonan. Bahan bantu mengajar ini sedikit sebanyak memudahkan pengajaran dan penyampaian media sebagai salah satu saluran komunikasi. U - Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media dan Materials) Di samping itu, saya akan mengadakan pratonton terlebih dahulu untuk menyemak semula manual penggunaan, teks, audio agar bersesuaian dengan tahap murid. Selain itu, saya akan melihat dan mendengar sendiri video dan audio agar sesuai dengan objektif pembelajaran. Pratonton media ini perlu dilakukan agar tiada sebarang kesalahan yang bakal berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bahan bantu mengajar yang disediakan perlu sesuai dengan tahap murid- murid. Sebagai contoh, skrip yang disediakan perlu mengikut tahap penguasaan murid- murid. Saya harus memastikan perbendaharaan kata yang digunakan tidak terlalu kompleks. Malah, saya harus menyediakan video yang bersesuaian, contohnya memuat turun video peristiwa tsunami yang pernah melanda Acheh, Indonesia menggunakan enjin pencari “You Tube”. Selan itu, saya juga membuat pratonton bahan untuk memastikan kejelasan suara semasa video tersebut dimainkan. Sebelum sesi pengajaran bermula, saya perlu menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa kepada murid-murid. saya akan memastikan pengudaraan udara bilik darjah berjalan lancar dan infrastruktur seperti kipas dan lampu dapat berfungsi dengan elok. Manakala meja dan kerusi perlu disusun menghadap guru agar pengajaran dapat disampaikan secara langsung dan murid-murid juga tidak perlu mengalih kedudukan mereka.
  • 9. EDU 3105 9 Sementara itu, murid-murid juga perlu menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dijalankan. Saya akan bermula dengan set induksi yang menarik untuk mengekalkan perhatian murid-murid. Peneguhan positif seperti memberikan pujian dan tepukan untuk menaikkan motivasi murid-murid boleh dilakukan agar mereka berasa dihargai. R - Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation) Saya menggunakan media pengajaran, iaitu tayangan video dan penggunaan audio yang menarik untuk meningkatkan respon murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya akan memastikan murid-murid menghadap papan putih agar interaksi secara langsung dapat dihasilkan. Penglibatan murid secara menyeluruh kerana murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap video bencana alam yang dipaparkan dan sesi lakonan yang berlangsung. E - Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise) Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan menilai semula keberkesanan dan kelemahan pengajaran. Penilaian juga secara berterusan, iaitu pada peringkat sebelum, semasa dan selepas mengajar. Oleh hal yang demikian, saya akan menjalankan ujian bertulis untuk menguji kefahaman murid-murid mengenai tajuk bencana alam yang telah diajar. Apabila jawapan yang ditulis oleh murid-murid betul, secara automatiknya saya mendapat gambaran yang positif bahawa media tayang yang dipilih bertepatan dengan hasil pembelajaran yang dikehendaki. Saya berharap murid-murid dapat menguasai Kemahiran Mendengar dan Bertutur dengan aplikasi media pengajaran yang sesuai. Penggunaan media tayang membolehkan murid-murid menumpukan perhatian dan berinteraksi, sekaligus mencapai obejktif yang telah dirancang iaitu bercerita semula berdasarkan peristiwa yang telah dialami.
  • 10. EDU 3105 10 4.0 PENYEDIAAN, CARA PENGGUNAAN DAN CARA PENYIMPAAN MEDIA Berdasarkan set media pengajaran yang telah dirancang, saya telah merancang dan menyediakan media tayang, iaitu tayangan video dan audio. Terlebih dahulu, saya telah merancang objektif dan hasil pembelajaran dalam set pengajaran sebelum menyediakan media yang sesuai. Saya telah mengambil inisiatif mencari dan memuat turun video yang sesuai menggunakan “You Tube”. Saya menekankan laras bahasa yang digunakan dan grafik yang menarik sebelum memuat turun video tersebut. Selepas melakukan proses penyuntingan menggunakan “Windows Movie Maker ”dengan memasukkan tajuk “Bencana Alam” dan beberapa perkataan yang sesuai, saya telah membuat pratonton sebelum memaparkan semasa sesi pengajaran. Sementara itu, saya turut melakukan kaedah yang sama dengan memuat turun audio seperti bunyi-bunyi dan muzik latar, iaitu muzik instrumental kanak-kanak. Audio yang dipilih ini memberikan kesan yang sesuai seiring dengan urutan lakonan yang bakal dijalankan. Saya memilih memuat turun media daripada internet kerana kosnya murah, dan memudahkan saya untuk membuat pencarian. Sementara itu, saya juga mengaplikasi bahan media tayang, iaitu video dipaparkan di hadapan kelas menggunakan skrin putih yang dipancarkan melalui pemancar LCD. Pembesar suara dan komputer juga menjadi saluran agar tayangan video dapat dihayati oleh murid-murid dengan berkesan. Saya telah memasukan video mengenai “ Bencana Alam ” ke cakera padat. Selepas itu, cakera padat tersebut telah diletakkan di dalam bekas cakera padat. Pada bahagian hadapan bekas cakera padat tersebut telah ditampal dengan tajuk dan manual penggunaannya. Cara ini memudahkan saya dan guru yang lain untuk menggunakan cakera padat tersebut. Selain itu, video tersebut turut dibuat salinan dan dikepilkan di dalam fail pengajaran. Hal ini mengelakkan salinan video tersebut hilang dan memberi faedah kepada pihak lain pada masa yang akan datang.
  • 11. EDU 3105 11 5.0 RUMUSAN Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan pemahaman murid-murid terhadap pengajaran guru. Peranan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini mampu memenuhi pelbagai tanggungjawab yang digalas oleh guru. Peranan guru dalam pengajaran juga menjadi semakin efisien dan terancang dengan adanya bantuan media pengajaran. Manakala Model ASSURE yang diaplikasikan dalam pengajaran mendorong murid- murid untuk memberi perhatian dan berinteraksi secara langsung bersama guru. Hal ini sedikit sebanyak meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran kerana murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Secara kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengembleng usaha terutama guru dalam mendidik anak bangsa dengan menggunakan media pengajaran yang kreatif dan sesuai agar dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 12. EDU 3105 12 BIBLIOGRAFI Dewan Bahasa Dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor: Dawarma Sdn. Bhd. Dr. Sajad Maswan, Media Pengajaran. Dimuat turun daripada http://www.sajadstudio.info pada 10 Ogos 2011. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamarudin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Model ASSURE, dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/25848277/Model-Assure pada 9 Ogos 2011. Media Pengajaran, dimuat turun daripada http://jamr2.brinkster.net/pendidikan/MEDIA%20PENGAJARAN.pdf pada 9 Ogos 2011.