Pengujian pengukuran penilaian
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pengujian pengukuran penilaian

on

  • 4,759 views

Pengujian pengukuran penilaian

Pengujian pengukuran penilaian

Statistics

Views

Total Views
4,759
Views on SlideShare
4,759
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
377
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Tqvm
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pengujian pengukuran penilaian Pengujian pengukuran penilaian Document Transcript

  • OUM 1 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENGENALAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. OBJEKTIF Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian; 2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan 3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan. PETA MINDA TAJUK
  • 2 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1.1 KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut.Apakah kayu ukur yang akan anda gunakan sebelum membuat keputusan dan bagaimanakah anda menguji keputusan yang dilakukan tersebut sama ada akan membawa kesan baik atau sebaliknya untuk anda? Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian. Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven- Matrices, Weschler dan A.C.E.R. Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. (a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat penilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka (b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil. 1.1.1 Penilaian Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam seperti melelong barang-barang antik. Cuba anda bayangkan bagaimanakah seseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk membeli. Apakah sebenarnya maksud penilaian? Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan
  • OUM 3 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”. Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran. Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan download fail PDF dari laman web berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (sepertiA, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya,Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.
  • 4 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1.1 di bawah. Rajah 1.1: Prosedur penilaian Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. 1.1.2 Pengukuran Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secara automatik untuk mewakili negara.Apakah sebenarnya yang diukur, pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Apakah maksud dan tujuan pengukuran? Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
  • OUM 5 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan. Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. 1.1.3 Pengujian Kita sering mendengar di stesyen TV atau di akhbar-akhbar bahawa kerajaan menggalakkan agar kenderaan pengangkutan awam dan swasta agar membawa kenderaaan mereka ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Pada pendapat anda apakah tujuan sebenar pengujian dilakukan? Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
  • 6 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah 1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh mendapat maklumat lanjut berherhubung dengan konsep Pengujian ini di laman web berikut : http://www.measurementexperts.org/ 1.2 ARAS UKURAN Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, misalnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah, sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalam pengukuran, iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%, 50%, 80%) dan (ii) jenis kategori (seperti motivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi). Kedua-dua jenis pembolehubah ini Latihan 1.1 Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.
  • OUM 7 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran. Rajah 1.2 Aras ukuran 1.2.1 Skala Nominal Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan. Misalnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan. Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor I dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4. Dalam skala nominal ini, kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu, misalnya, nombor 4 untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik. Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal. Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut: i. Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain. ii. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja. iii. Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.
  • 8 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1.2.2 Skala Ordinal Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik. Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markat keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Umumnya, skala ordinal mampu (a) membezakan kategori dan (b) membezakan nilai pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal ialah skala Likert (misalnya, (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Kurang Setuju, (3) Sederhana Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju). Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut: i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif. ii. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik. iii. Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain. Rajah 1.3 menunjukkan contoh Borang Soal Selidik yang dilakukan oleh pihak OUM yang menggunakan konsep Skala Ordinal untuk tujuan penambahbaikan terhadap modul-modul OUM.
  • OUM 9 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Rajah 1.3 Contoh borang soal selidik 1 2 3 4 5 6
  • 10 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1.2.3 Skala Sela Skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuran suhu. Dalam hal ini, perbezaan suhu antara 25ÚC dengan 35ÚC adalah sama dengan perbezaan suhu antara 15ÚC dengan 5ÚC, iaitu perbezaan 10 darjah. Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jarak numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur. Contoh lain, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak, tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam skala sela, nilai sifar (0) merupakan suatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong, iaitu skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Misalnya, suhu 0ÚC merupakan nilai permulaan sistem pengukuran suhu dalam ÚC. Suhu 0ÚC di sini bukan bermakna tidak ada kepanasan. Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut: i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif. ii. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik. iii. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain. iv. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari. v. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran. Kita sering melihat dan mendengar berlakunya gempa bumi, khususnya yang berlaku di negara jiran seperti Indonesia. Tahukah anda bagaimanakah gempa bumi ini diukur dan apakah jenis skala yang digunakan? 1.2.4 Skala Nisbah Skala keempat ialah skala nisbah, iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. Misalnya, perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri keempat- empat skala ukuran yang telah dibincangkan.
  • OUM 11 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar dibezakan antara skala ordinal dan sela. Misalnya, dalam ukuran yang menggunakan skala Likert, andaian yang logik ialah ukuran ini adalah berskala ordinal. Bagaimanapun, dalam penganalisisan data, ukuran ini dianggap sebagai berskala sela. Jadual 1.1: Skala Ukuran Skala Ciri-ciri Nominal Mempunyai nilai pengkelasan sahaja. Ordinal Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan. Sela Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran. Nisbah Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak. Nyatakan perbezaan antara keempat-empat skala pengukuran. Gunakan peta minda untuk melakarkan jawapan anda. Kesimpulannya, setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza. Skala nisbah memberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Skala sela pula dapat memberikan lebih banyak maklumat daripada skala ordinal. Begitu juga, skala ordinal memberikan lebih banyak maklumat daripada skala nominal. Hierarki keempat-empat skala ukuran ini ditunjukkan dalam Rajah 1.3. Latihan 1.2 Nyatakan jenis skala untuk ukuran berikut: (a) Jawatan (Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru). (b) Gred pencapaian (Gred A, B, C, D, F). (c) Skor ujian Sejarah (45, 50, 60, 75, 87). (d) Respon terhadap soal selidik (Ya, Tidak, Tidak Pasti). 1.3 TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH Pada pandangan anda, mengapakah aktiviti pengujian dan penilaian penting kepada guru? Apakah implikasinya kepada pelajar dan sekolah? Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri.
  • 12 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat yang diperoleh bagi membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah, dijelas berasakan beberapa tujuan seperti membuat diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan dan menempatkan serta memberikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. Rajah 1.3 : Hierarki skala ukuran
  • OUM 13 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN 1.3.1 Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. 1.3.2 Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan. Rajah 1.4: Tujuan penilaian
  • 14 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 1.3.3 Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. 1.3.4 Bimbingan dan kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar. Rajah 1.5 : Bimbingan dan kaunseling
  • OUM 15 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Penilaian ini yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih gigih supaya memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian mereka dengan semangat yang tinggi. Sebaliknya, pelajar-pelajar yang lemah akan dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Malah, maklumat tentang kelemahan pelajar dapat membantu guru untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar atau kaunseling untuk menangani masalah mereka dengan cara yang lebih berkesan. 1.3.5 Tujuan Lain Penilaian Selain tujuan yang dinyatakan di atas, penilaian juga penting dalam menentukan kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. Penilaian ini dijalankan guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang dibuat melalui pemerhatian ke atas keadaan fizikal pelajar, seperti tangan, mata, jari-jemari dan penumpuan pelajar kepada guru. Daripada maklumat yang diperoleh, guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan pelajar adalah amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai keyakinan dan keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar. Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar, guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan, yang memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepada pelajar pula, maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu tajuk pelajaran. Seandainya mereka lemah dalam sesuatu tajuk, mereka akan mengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan memberi tumpuan kepada perkara yang mereka kurang kuasai. Seterusnya, kepada ibu bapa, penilaian guru dapat memberikan maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga dalam aspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya, seperti memberikan tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaian anak-anak mereka akan meningkat. Selain itu, penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak penggubal dasar, khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, tentang kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah. Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran, sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau sebaliknya. Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan terdapat kekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu, maka pengubahsuaian sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan. Secara umumnya, pengukuran yang dijalankan di bilk darjah dapat dibuat melalui tiga bentuk, iaitu : (i) pemerhatian, (ii) lisan dan (iii) penulisan. Ketiga-tiga bentuk pengukuran ini bertujuan mengesan penguasaan secara serta-merta, mengesan kemajuan dan mengesan pencapaian pelajar. Secara mudah, jadual di bawah menunjukkan bentuk-bentuk pengukuran berkenaan.
  • 16 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 Jadual 1.3 : Pengukuran Secara Pemerhatian Jadual 1.4 : Pengukuran Secara Lisan Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini dijalankan dengan tujuan mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta. Pengukuran dijalankan dengan cara memerhati sikap dan perlakuan murid dalam memperlakukan aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah.Guru boleh merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Jika perlu guru boleh merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya. Seterusnya, guru akan memberikan bimbingan, teguran dan nasihat sekiranya pelajar melakukan kesilapan semasa latihan. Sebaliknya, pujian harus diberikan kepada pelajar yang telah melakukan latihan dengan betul. Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini dibuat untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran pergerakan fizikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.Penilaian dapat dijalankan dengan teliti sama ada menilai secara individu atau dalam kumpulan melalui alat tertentu, seperti senarai semak, skala kadar atau rekod anekdot. Guru akan merekodkan maklumat jika perlu dan seterusnya mengambil tindakan susulan mengikut keperluan setiap pelajar. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, menilai pergerakan fizikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.Seperti juga mengesan kemajuan, untuk mengesan pencapaian, guru perlu merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu dengan menggunakan alat seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar, dan juga memberi tindakan susulan jika perlu. Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan penguasaan objektif pengajaran dengan serta-merta dalam bilik darjah. Pengukuran dijalankan secara lisan, seperti menilai kebolehan pelajar bertutur melalui soal-jawab lisan, perbincangan atau kuiz secara lisan.Guru perlu merancang sama ada mengadakan aktiviti-aktiviti ini secara individu atau secara kumpulan. Jika perlu guru hendaklah merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Seterusnya, jika perlu, guru akan memberikan bimbingan, teguran dan nasihat kepada pelajar. Begitu juga, sebaliknya, pujian harus diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab atau berbincang dengan baik. Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran bertutur melalui aktiviti syarahan, lakonan dan bercerita. Menilai kefasihan menghafal melalui aktiviti bacaan kuat, kuiz dan hafazan.Pengukuran dapat dijalankan dengan guru merancang dengan teliti sama ada pengukuran dan penilaian dibuat secara individu atau secara kumpulan dan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu merekodkan pencapaian pelajar dan seterusnya mengambil tindakan susulan yang mengikut keperluan pelajar. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai bacaan murid dalam Bahasa Melayu dan menghafaz dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Seperti juga mengesan kemajuan, mengesan pencapaian memerlukan guru merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu. Ujian dijalankan dengan bantuan alat ujian lisan yang sesuai, seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu.
  • OUM 17 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN RUMUSAN Dalam bab ini anda telah didedahkan dengan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian. Di samping itu juga, perbincangan turut menyentuh aspek aras ukuran serta kepentingan penilaian dalam bilik darjah. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan akhirnya melakukan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jadual 1.5 : Pengukuran Secara Pemerhatian Latihan 1.3 1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran? 2. Nyatakan ciri-ciri: (a) Pengujian (b) Pengukuran (c) Penilaian Mengesan Serta-merta Pengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pembelajaran secara serta-merta, misalnya, guru menilai pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berbahasa pelajar melalui kerja yang dihasilkan pelajar.Guru perlu merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Guru perlu merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Seterusnya, guru akan memberikan bimbingan, teguran atau nasihat, sekiranya pelajar melakukan kesilapan. Mengesan Kemajuan Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepas beberapa sesi pembelajaran, misalnya, menilai proses penulisan pelajar.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran dibuat secara individu atau secara kumpulan, dengan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak. Guru perlu merekodkan perlakuan pelajar dan mengambil tindakan susulan mengikut keperluan pelajar. Mengesan Pencapaian Pengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran dibuat melalui pemerhatian seperti juga untuk tujuan mengesan kemajuan.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran perlu dibuat secara individu atau secara kumpulan. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu.
  • 18 OUM PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 GLOSARI Pengujian Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengukuran Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar. Penilaian Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Pentaksiran Proses/posedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran. UJIAN 1 1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran? 2. Nyatakan skala-skala pengukuran yang boleh digunakan dalam pengukuran dan pengujian dalam pendidikan. 3. Mengapakah proses penilaian dijalankan dalam bilik darjah? UJIAN 2 Skala nisbah mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutalak. 1. Jelaskan hubungan antara pengukuran dan skala. 2. Jelaskan maksud “nilai pemeringkatan” dan “nilai mutlak”. 3. Berikan contoh ukuran yang menggunakan skala nisbah dan jelaskan nilai pemeringkatan, nilai perbezaan ukuran dan nilai mutlak bagi ukuran ini.
  • OUM 19 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN RUJUKAN Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row. Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril. Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc. Popham, W.J. (2000). Testing : What every parent should know about school tests. London: Allyn & Bacon. Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2000). Measurement and assessment in teaching. (8th. Ed.) New Jersey: Printice Hall. Stufflebeam, D.L. (1971). “Evaluation s enlightment for decision making” in Beatty, W.H (Ed.) improving educational assessment and an inventory of measures of affective behaviour. Washington D.C: ASCD.