SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! | Kisah NYATA Yang SANGAT
SEDIH| Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga
timbul insaf dalam diri ini.
Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam
10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang
perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang
operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11
pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak
dikais, memang tak makanlah.
Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama
sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa
mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.
Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu
yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang
motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.
Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas
menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.
Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya
berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.
Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan
menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota
polis trafik meredakan keadaan.
Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan
untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia
16 tahun.
Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal
anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!
"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus
akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.
"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal
kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.
"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai
sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut
bersama-sama dalam operasi itu.
Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai
menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama
sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?
"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat
TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.
"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati
kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada
sudah berselang kesedihan.
Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika
selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.
Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah
kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat
kesemua anaknya.
Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim
mencelah.
"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.
Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.
"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku
doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu
mampus."
Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya
ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap
anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.
"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi.
Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no.
Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran
buat si anak yang degil itu.
Si ibu berlalu pergi.
Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat
dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.
Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong
tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah.
Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.
Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti.
Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.
Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat
penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi
simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong
dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.
Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu
melihat si anaknya di bawa pergi.
Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring
dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai
tak mahu melepaskan anaknya itu.
Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak
ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak
anak awak macam awak?
Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya,
awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya
mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang
pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.
Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah
dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana
sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri
dek tak lena tidur, demi anak!
Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa
tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti
kan.

More Related Content

What's hot (13)

Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..
 
[Ficlet] rain sound
[Ficlet] rain sound[Ficlet] rain sound
[Ficlet] rain sound
 
Perihal kisah kita
Perihal kisah  kitaPerihal kisah  kita
Perihal kisah kita
 
M46314 n6
M46314 n6M46314 n6
M46314 n6
 
Hang jebat
Hang jebatHang jebat
Hang jebat
 
Ceritaku
CeritakuCeritaku
Ceritaku
 
Refrain
RefrainRefrain
Refrain
 
Ketika mas gagah pergi
Ketika mas gagah pergiKetika mas gagah pergi
Ketika mas gagah pergi
 
Aduh! jatuh lagi...
Aduh! jatuh lagi...Aduh! jatuh lagi...
Aduh! jatuh lagi...
 
Trip to the country of 5 towers
Trip to the country of 5 towersTrip to the country of 5 towers
Trip to the country of 5 towers
 
Bu Kek Siansu Jilid 4
Bu Kek Siansu Jilid 4Bu Kek Siansu Jilid 4
Bu Kek Siansu Jilid 4
 
Cerpen perpisahan terakhir
Cerpen perpisahan terakhirCerpen perpisahan terakhir
Cerpen perpisahan terakhir
 
Orang-Orang Tegaldowo
Orang-Orang TegaldowoOrang-Orang Tegaldowo
Orang-Orang Tegaldowo
 

Viewers also liked

New Bling Voorjaar 2011
New Bling Voorjaar 2011New Bling Voorjaar 2011
New Bling Voorjaar 2011WomenWants
 
Max Watches Sports
Max Watches SportsMax Watches Sports
Max Watches SportsWomenWants
 
Excursión a cueva de valdeajo
Excursión a cueva de valdeajoExcursión a cueva de valdeajo
Excursión a cueva de valdeajocspmgijoncentro
 
Literate Environment Analysis
Literate Environment AnalysisLiterate Environment Analysis
Literate Environment Analysisteattaway
 
Perkara berbangkit
Perkara berbangkitPerkara berbangkit
Perkara berbangkitNoor Islam
 
Max Special Edition
Max Special EditionMax Special Edition
Max Special EditionWomenWants
 
Pastoralegiovanile4
Pastoralegiovanile4Pastoralegiovanile4
Pastoralegiovanile4analogatum
 
Pastoralegiovanile1
Pastoralegiovanile1Pastoralegiovanile1
Pastoralegiovanile1analogatum
 
отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)
отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)
отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)Helen-ko
 
Go big now
Go big nowGo big now
Go big nowkristoae
 
2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachten
2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachten2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachten
2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachtenChris Noordam
 
Wirform12
Wirform12Wirform12
Wirform12Odjl
 

Viewers also liked (20)

New Bling Voorjaar 2011
New Bling Voorjaar 2011New Bling Voorjaar 2011
New Bling Voorjaar 2011
 
Ethics
EthicsEthics
Ethics
 
Asdc with video 6 16 11
Asdc with video 6 16 11Asdc with video 6 16 11
Asdc with video 6 16 11
 
Max Watches Sports
Max Watches SportsMax Watches Sports
Max Watches Sports
 
Excursión a cueva de valdeajo
Excursión a cueva de valdeajoExcursión a cueva de valdeajo
Excursión a cueva de valdeajo
 
Sevillanas
SevillanasSevillanas
Sevillanas
 
Literate Environment Analysis
Literate Environment AnalysisLiterate Environment Analysis
Literate Environment Analysis
 
Perkara berbangkit
Perkara berbangkitPerkara berbangkit
Perkara berbangkit
 
Guru dispilin
Guru dispilinGuru dispilin
Guru dispilin
 
Max Special Edition
Max Special EditionMax Special Edition
Max Special Edition
 
Ethics
EthicsEthics
Ethics
 
Pastoralegiovanile4
Pastoralegiovanile4Pastoralegiovanile4
Pastoralegiovanile4
 
Plunger dynamorgam
Plunger dynamorgamPlunger dynamorgam
Plunger dynamorgam
 
Vin audit
Vin auditVin audit
Vin audit
 
Pastoralegiovanile1
Pastoralegiovanile1Pastoralegiovanile1
Pastoralegiovanile1
 
VT F42
VT F42VT F42
VT F42
 
отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)
отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)
отчет Центра карьеры УрТК НИЯУ МИФИ (за 2012 2013 уч год)
 
Go big now
Go big nowGo big now
Go big now
 
2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachten
2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachten2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachten
2013 rotterdam-talentontwikkeling-gedachten
 
Wirform12
Wirform12Wirform12
Wirform12
 

Similar to IBU MAMPUS

Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanBong Shuying
 
Karangan naratif Cikgu Lila
Karangan naratif Cikgu LilaKarangan naratif Cikgu Lila
Karangan naratif Cikgu LilaLilaSalle Salle
 
Mayasari punya story
Mayasari punya storyMayasari punya story
Mayasari punya storymayasarims
 
4 gadis sunti.pdf
4 gadis sunti.pdf4 gadis sunti.pdf
4 gadis sunti.pdfEpoolZackru
 
Karangan budak sekolah rendah
Karangan budak sekolah rendahKarangan budak sekolah rendah
Karangan budak sekolah rendahSMK Kapit
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Autobiografi joni kece badai
Autobiografi joni kece badaiAutobiografi joni kece badai
Autobiografi joni kece badaiMhd Habib
 
Sepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta kuSepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta kuDerizal Chandra
 
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Cerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir CintakuCerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir CintakuIli Ily
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiriNovi Indah
 
Kesilapan dalam karangan
Kesilapan dalam karanganKesilapan dalam karangan
Kesilapan dalam karanganSaedah
 

Similar to IBU MAMPUS (20)

Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Post 1
Post 1Post 1
Post 1
 
Karangan naratif
Karangan naratif Karangan naratif
Karangan naratif
 
Karangan naratif Cikgu Lila
Karangan naratif Cikgu LilaKarangan naratif Cikgu Lila
Karangan naratif Cikgu Lila
 
Dwi ariyanto
Dwi ariyantoDwi ariyanto
Dwi ariyanto
 
Mayasari punya story
Mayasari punya storyMayasari punya story
Mayasari punya story
 
4 gadis sunti.pdf
4 gadis sunti.pdf4 gadis sunti.pdf
4 gadis sunti.pdf
 
Karangan budak sekolah rendah
Karangan budak sekolah rendahKarangan budak sekolah rendah
Karangan budak sekolah rendah
 
Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Autobiografi joni kece badai
Autobiografi joni kece badaiAutobiografi joni kece badai
Autobiografi joni kece badai
 
Sepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta kuSepenggal cerita kisah cinta ku
Sepenggal cerita kisah cinta ku
 
Success story pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
Success story  pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasionalSuccess story  pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
Success story pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
 
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
 
Cerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir CintakuCerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir Cintaku
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)
 
Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)Ibu meninggal (hudan hidayat)
Ibu meninggal (hudan hidayat)
 
Kesilapan dalam karangan
Kesilapan dalam karanganKesilapan dalam karangan
Kesilapan dalam karangan
 

IBU MAMPUS

  • 1. IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! | Kisah NYATA Yang SANGAT SEDIH| Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini. Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk. baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah. Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram. Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu. Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay. Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi. Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota
  • 2. polis trafik meredakan keadaan. Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun. Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka! "Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan. "Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok. "Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu. Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka? "Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan. "Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan. Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya. Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya. Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah. "Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.
  • 3. Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi. "Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus." Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu. "Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail lagi. Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu. Si ibu berlalu pergi. Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya. Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu. Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu. Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur. Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi. Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu. Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak
  • 4. anak awak macam awak? Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu. Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak! Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.