Your SlideShare is downloading. ×
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Cerita mtq nabi muhammad digua hira'

10,684
views

Published on


14 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
10,684
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
680
Comments
14
Likes
6
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...Warahmatullahi wabarakatuh.KATA ALUANAwal kalam dengan Nama Rabbul IzzatiSolawat dan salam kepada junjungan Nabidimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi,Hadirin sekalian…Di Pentas bercerita kita bertemu lagi.Yang dimuliakan;Tuan pengerusi yang petah berbicaraPanel hakim yang arif sentiasaPenjaga masa yang siap siagaTak molek, jika ada alu, tiada lesungnya,Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya,Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknyaTajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah NABI MUHAMMADDI GUA HIRAK.[ISI 1]Hadirin Sekelian;Ketika berusia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad suka mengasingkan diridi Gua Hirak. Gua Hirak terletak tidak jauh dari Jabal Annur. Dari kotaMekah jauhnya kira-kira 5 Kilometer. Nabi Muhammad beribadat danmengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada masyarakat Arabyang tidak bermoral. 1
  • 2. Di Gua Hira, Baginda beruzlah dalam kesunyian, bertafakur tentangkebesaran Tuhan serta memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu.Hadirin sekalian,Bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad pada zaman ini? Ciri-cirimasyarakat jahiliah pada masa itu telah menular dengan hebat padazaman sekarang. Gejala keruntuhan moral seperti berzina, membuang danmembunuh anak, riba dan sebagainya menjadi nanah di dalammasyarakat Islam. Sungguh sedih...[ISI 2]Akhirnya, pada suatu malam,yang bertarikh 17 Ramadhan, tiba-tiba,datanglah seorang lelaki terus memeluk Rasulullah, dengan erat. Lelaki ituberkata” Bacalah, Wahai Muhammad”!Nabi Muhammad sangat terkejut dan gementar. Tubuh bagindamengelentar dan jantung berdegup kencang. Baginda berpeluh dalamkesejukan yang amat sangat.“Saya tidak tahu membaca”. Jawab Rasulullah.Lalu malaikat jibril yang berupa seperti lelaki itu, mengulangi lagipermintaannya, Rasulullah tetap menjawab. "Saya tidak tahu membaca"Setelah kali ketiga, jawapan baginda tetap sama, Jibril akhirnya berkata”[DALIL 1] ُ َ ْ َ َّ َ َْ ْ ٍ َ ْ ِ َ َ ِ َ ََ َ ََ ِ ّ َ َّ ِ ْ ِ َْ ْ{3}‫اقرأ باسم ربك الذي خلق}1{ خلق النسان من عَلق}2{ اقرأ ورببك ال َكبربم‬ }5}‫الذي علم بالقلم}4{ علم النسان ما لم يعلم‬ ْ َْ َ ْ َ َ َ َ ِ َ َّ ِ ََ ْ ِ َ َّ ِ ّYang bermaksud, 2
  • 3. "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusiadari segumpal darah.Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajarmanusia dengan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Surah al-Alaq ayat 1-5[PANTUN]Tersemat erat sejarah agamaKukuh terpahat di hati ummatSurah al-Alaq Wahyu pertamaDi Gua hira’ menjadi tempatPara hadirin sekelian,Inti pati surah al-Alaq adalah amanah sulung Allah untuk mendapatkanilmu pengetahuan. Bermula dari pengisytiharan “Iqra “ oleh Jibril padamalam yang penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah.Banyak kemajuan kini seperti bidang sains, teknologi, geografi,matematik dan seumpamanya adalah bersumber daripada usaha-usahaawal umat Islam yang digerakkan oleh wahyu pertama, ‘Iqra’.Oleh itu kawan-kawan , Marilah kita belajar bersungguh-sungguh. Kitasifarkan kadar buta huruf di negara kita dengan mengamalkan suruhanAllah; membaca dan menulis.[PANTUN]Luas laut merata-rataCampakkan bilis ke dalam pukatKeringlah laut menjadi tintaTakkan tertulis ajaran Muhammad 3
  • 4. Para hadirin sekalian,Setelah berlaku peristiwa itu, Rasulullah pulang dengan penuh rasagementar, lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda.Diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.Lalu Khadijah berkata;“Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad. Demi Tuhan yangmenjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulahsesungguhnya selama ini menghubungkan silaturahim, menjalankanamanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu,mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang sentiasabercakap benar.”Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hatiBaginda tenang. SIFAT isteri solehah dan keibuan Ummul MukmininSaidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yangmempunyai sifat seperti amanah, lemah lembut, cergas, cerdas,dermawan dan menjaga rahsia.Allah berfirman:Yang bermaksud; Wanita solehah adalah mereka yang taat lagimemelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memeliharamereka. (al-Nisa’: 34)Para hadirin dan sahabat sekelian,Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalankepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Warakah bin Naufal seorang 4
  • 5. yang alim dan berpegang dengan tauhid. Setelah diceritakan peristiwayang berlaku, Waraqah pun berkata;“ Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah nabi kepada umat ini.Sesungguhnya jika aku masih hidup dan di waktu itu orang-orangmemusuhimu, nescaya akulah orang yang pertama menolongmu”.Mendengar kata-kata waraqah tenanglah hati Siti Khadijah. Suaminyaadalah pesuruh Allah, Tuhan sekelian alam. Rasulullah mula berdakwahsecara sulit selama tiga tahun di kalangan keluarga baginda.[PENUTUP][NASYID]-RABBANI“Bacalah..sebutlah dengan namatuhan yang menciptakansegala kejadian di duniabacalah ..tulislah dengan penawahyu yang diutuskanrisalah kebenaran untuk insan”NUN DI SANA INDAHNYA PELITASAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBARAKHIR KATA, TAMATLAH CERITAAMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBARSekian sahaja.Wabilahhi taufik walhidayah wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. 5
  • 6. Menurut Waraqah, lelaki yang datang kepada nabi di gua Hira’ adalah malaikat Jibril.Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alimdan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah ataumengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai.Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencaripenyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkalatahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini bolehmemburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadididatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain.Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri.Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakanhal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.Wahyu “Iqra`” merupakan amanah sulung dalam perutusan Allah melalui Nabi Muhammad saw untukdisampaikan kepada umat manusia. Pada ketika itu kebanyakan orang Arab dikotori denganpencemaran syirik, khurafat dan kejahilan. Amanah ini kemudiannya menjadi tonggak kepada tamadunIslam yang merupakan simbul kepada ilmu dan tamadun. Wahyu “Iqra`” dengan jelas menjadikan ilmu sebagai asas bagi tamadun Islam yang bermuladengan membaca dan menulis dengan pena. Persoalan awal perlu diteliti ialah kepada siapakah wahyuitu ditujukan?. Umum Mufassirin berpendapat, ia ditujukan kepada Nabi saw ketika baginda sedangberibadat di dalam gua Hira`. Jawapan mereka itu dilihat serasi dengan hadith Jibril yang menyuruhberkali-kali supaya Nabi membaca, sambil memeluknya dengan kuat hinggalah dia menghilangkandirinya dari pandangan Nabi saw. . Sebagai kesimpulan, ayat “Iqra`” menunjukkan wajib membaca dan menulis. Hukuman inimeliputi Nabi saw dan umatnya, sama ada lelaki atau perempuan. Inilah asas tamadun Islam yangberjaya mendidik umatnya supaya berilmu dan beramal. Malangnya setelah negara dijajah, kebangkitamIslam terancat, umatnya dihimpit kejahilan hingga ke peringkat buta huruf yang sukar diselamatkan.MARI MENYULUH DI DUSUN KUINIBUAHNYA LEBAT SEJAK DAHULUJARI SEPULUH DISUSUN KINIANDAINYA TERSIRAT KATA TERLALU.Sekian Terima kasih. 6
  • 7. Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketikasuaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkanketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan hartasuaminya.(Taisir, hal. 177)Hadirin sekalian“Iqra’ “ yang diturunkan di malam Lailatul Qadr telah menggerakkan mereka, memberi nafas baru kepadamereka, memberi semangat waja kepada mereka,memacu mereka menjadi pemimpin dunia. 7
  • 8. Marilah kita mengambil semangat dari gugahan ‘Iqra’ “ ini dengan kita memacu diri kita ke hadapan,menjalankan titah perintah-Nya dan membela agamanya agar kita dapat mengembalikan tamaddunnyayang gemilang.“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasandaripada pembeza (antara yang hak dan batil).”(Surah al-Baqarah, ayat 185)Orang berjamu meja beralasTamu utama jiran sebelahMenuntut Ilmu tulus ihklasNiatnya Cuma kerana allahAllah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmupengetahuan beberapa darjat(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.(Riwayat Tarmizi).TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUANPENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.JASAMU DIKENANGBUDIMU TAK TERBILANGSEMANGATMU DIJULANGKEPIMPINANMU GEMILANGMENJADIKAN KAMI CEMERLANG...TERIMA KASIH CIKGU..... Kepentingan Ilmu PengetahuanIlmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dankemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmupengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentanghakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadapkepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang 8
  • 9. memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki danperempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkarayang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmupengetahuan ialah;2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebihtinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggidi sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;‫يرفع ال الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. وال بما تعملون خبير‬Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orangyang diberi ilmu pengetahuan"2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalamsurah al-Zumar, ayat 9 ;‫قل هل يستوي الذين يعلمون والذين ل يعلمون. انما يتذكر أولولوا اللبب‬Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanyayang berilmu dan bijaksana"2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dancintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;‫انما يخشى ال من عباده العلمؤا‬Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yangberilmu”2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat,memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umumatau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumidengan sebaiknya.2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi bentengyang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat,dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejarkebendaan duniawi.2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dansebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmusahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. 9
  • 10. .Dengan Bismillah kami mulaiAlhamdulillah wassala tannabiDengan takdir Ilahi RabbiSampai makdud yang dicitaiBarangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.Hendak mengenal orangberbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidakmurka.Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUHDengan bapa jangan derhakaSupaya Allah tidak murkaDengan ibu hendaklah hormatSupaya badan dapat selamatDengan anak janganlah lalaiSupaya boleh naik ke tengah balaiDengan kawan hendaklah adilSupaya tangannya jadi kapilPulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklahBaginda kepada Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, "Selimutkanlah aku!Selimutkanlah aku!" Maka diselimutkan Baginda hingga hilang daripadanya rasaketakutan kemudian berkata Baginda kepada Khadijah setelah menceritakankhabar itu, "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)." Lalu Khadijah pun berkatakepada Baginda, "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanyakerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikulbebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) danengkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala." 10