Tamadun

11,106 views

Published on

0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,106
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
352
Actions
Shares
0
Downloads
283
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tamadun

  1. 1. Pengenalan Tamadun mempunyai dua bentuk yang penting iaitu tamadun spiritual dantamadun material. Tamadun-tamadun utama di dunia mempunyai persamaan danperbezaanbaik dalam aspek spiritual mahupun material.Persamaan dan perbezaantamadun ini boleh dilihat dalam pelbagai segi meliputi aspek-aspekteologi,etika,pemikiran,kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-pencapaiannya.Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu alamsekitar,keluarga,komuniti,kerajaan,kegiatan ekonomi,pendidikan dan kesihatan.TeologiDi antara tamadun-tamadun besar terdapat persamaan dan perbezaan dalam bidangteologi.Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalamIslam,Kristian,Yahudi dan Hinduisme.Konsep monoteisme terdapat dalam agamaIslam,Yahudi,Kristian,Yahudi dan Monoteisme demikian manifestasi konsepMonoteisme,Kristian,Yahudi dan Hinduisme dalah berbeza dengan islam.Agamaislam,Kristian,Yahudi telah dikembangakan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dariAllah SWT.Sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak kabur dan agama initidak mempunyai pengasas ataupun nabi.Hubungan yang rapat antara islam danKristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan penganut-penganut agamaKristian dan Yahudi dikena sebagai Ahl-alkitab.Teologi ialah aspek tamadun spiritualyang penting bagi sesebuah masyarakat. Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapilebih merupakan sebuah ajaran moral dan etika.Dalam ajaran Buddhisme tidakmembincangkan mengenali konsep ketuhanan sebaliknya membincangkanperilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia demi untuk melepasi kesengsaraanhidup dan mencapai pembebasan diri ataupun nirvana.Oleh kerana Buddhismeterbentuk dalam kerangka sosio budaya masyarakat India maka tidak dapat dinafikanterdapat beberapa konsep Buddhhisme yang dapat dicari persamaanya dalam ajaran-ajaran Hinduisme.
  2. 2. CIRI-CIRI PERSAMAAN ANTARA TAMADUN DALAM ASPEK TEOLOGI 1. Semua agama menekankan kepada konsep ketuhanan kecuali agama Buddha yang menekankan kepada falsafah moral dan etika.Dalam ajaran Buddhisme tiada konsep ketuhanan. 2. Semua agama mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya seperti sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadan,mengerjakan haji bagi orang Islam,upacara- upacara tertentu bagi pengenut-penganut Hindu,sembahyangdi gereja bagi penganut-penganut Kristian.Doktrin ini terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama tersebut iaitu Al-Quran bagi umat Islam, Taurat (Old Testament) bagi penganut agama Yahudi, Injil (New Testament) bagi penganut Kristian dan kitab-kitab Ved bagi penganut agama Hindu. 3. Aspek-aspek tertentu dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi mempunyai persamaan iaitu contohnya dari hidup selepas mati dan balasan akhirat. Begitu juga dengan konsep-konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan. 4. Dalam beberapa aspek konsep-konsep Buddhisme mempunyai persamaan dengan Hindusime kerana Buddhisme terbentuk dalam kerangka Hinduisme sehinggalah ianya mempunyai bentuk tersendiri kemudiannya. Di dalam agama Hindu dan Buddhisme terhadap konsep * kelahiran semula*. Konsep *karma* dalam agama Hindu juga mempunyai persamaan dengan konsep *karma* dalam agama Buddhisme. * Karma * ialah konsep yang berkaitan dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.CIRI-CIRI PERBEZAAN 1. Manifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya monoteisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monoteisme dalam agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian, konsep triniti adalah berbeza dengan ketunggalan Tuhan dalam Islam. Begitu juga asosiasi nabi- nabi tertentu dengan tuhan dalam agama Yahudi dan Kristian adalah bertentangan dengan monoteisme agama Islam yang mengaku hanya Allah swt tuhan yang sebenar dan Allah tidak boleh dikaitkan atau disekutukan dengan manusia mahupun benda. Sementara konsep moneteisme dalam agama Hindu membolehkan tuhan digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan
  3. 3. dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Kesukaran untuk memahami Hinduisme menyebabkan ramai berpendapat bahawa konsep ketuhanan dalam agama tersebut adalah politeisme. 2. Wujud juga perbezaan antara agama Hindu dengan Buddhisme, antaranya ialah tentang konsep reinkarnasi ataupun penjemaal semula. Konsep ini hanya terdapat dalam agama Hindu. Penjelmaan semula bermaksud, seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk manusia. Konsep ini asalnya hanya digunakan untuk penjelmaan semula dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah agama Hindu kini memperlihatkan bahawa konsep ini juga seringkali dikaitkan dengan seseorang manusia.Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yangtersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu dengan satu tamadunyang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsiantara beberapa Tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antaraTamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalanteologi berhubung monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhismeyang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pulasebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbezadaripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umummerupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan mereka berbeza antarasatusama lain. Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahanpendapat. Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlakuantara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalamsesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranyadibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurangkontroversi. Hakikat ini dapat lenjelaskan bahawa dialog Tamadun atau peradabanboleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepadapersoalan etika. Dalam konteks melihat perbezaan antara Tamadun, tujuh persoalanetika berikut dikemukakan Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi,
  4. 4. Hashim Hj Musa, lohd Zuhdi Marsuki.(2002)Alam Sekitar Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima semuaagama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagaianugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodiantau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam,Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermaknamenggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam Tamaduntertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itudisembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini,Tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar.Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkantahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedaribahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi olehpandangan semesta sesuatu pengamalan budaya.Komuniti Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap Tamaduntradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalammenentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapatmemastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasadihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material danpsikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dankomuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegangpada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasatransenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itutidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarahKetamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dankemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu sepertiIslam dan Buddhisme.
  5. 5. Kerajaan Falsafah Tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moralatau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaandijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yangsaksama dan adil merupakan tema utama Tamadun-tamadun silam. Dalam TamadunChina, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yanglain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilyamembincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatiankepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yangdiberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalamTamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyattetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunaskeadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untukmembetulkannya.Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi di dalam tamadun-tamadun awal berlangsung dalam konteks* moral semesta *( universe moral ). Oleh itu muncul konsep hak-hak kehidupan(livelihood rights) dalam ajaran Buddha sebagaimana yang termaktub dalam salahsatu daripada ajaran jalan lapan lapis (eight fold path). Dalam ajaran Islam, prinsipyang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat denganpersoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yangboleh mempertingkatkan tahap moral manusia. Konsep *wang*, laba, ganjaran,pasaran, dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral.Penipuan, riba, rasuah dan bentuk-bentuk penyelewangan lain amat ditegah dalamIslam. Sementara Tamadun China yang kuat dipengaruhi oleh FalsafahKonfusianisme memberi perhatian kepada kepentingan golongan petani. FalsafahKonfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golonganpedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan danuntung yang merupakan elemen-elemen yang mengikut ajaran Konfusianisme. DalamTamadun Eropah zaman pertengahan, kita dapati bahawa ajaran kristian amatmempengaruhi kegiatan ekonomi. Sepertimana ajaran Islam unsur-unsur rasuah, riba
  6. 6. dan penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran kristian. Kegiatan ekonomi yangdijalankan juga terikat dengan konsep halal dan haram.Keluarga Keluarga merupakan unit asas dalam Tamadun China. Ajaran Confucius yangmenjadi asas kepada Tamadun China memberi penekanan yang penting kepadahubungan kasih sayang dan hirarki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Kasihsayang antara manusia ini akan mewujudkan ketenteraman dana harmoni dalammasyarakat. Konsep *li* menekankan lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu : 1. Hubungan sesama manusia 2. Hubungan bapa dan anak 3. Hubungan abang dengan adik 4. Hubungan suami dan isteri 5. Hubungan kawan dengan kawan.Dalam lima jalinan hubungan penting ini, tiga daripadanya ialah hubungan yangpenting yang terdapat dalam sesebuah keluarga iaitu hubungan antara bapa dengananak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri. Kesetiaanseorang anak kepada bapanya sama dengan kesetiaan seorang rakyat kepadamaharajanya. Terdapat banyak kisah dalam masyarakat China yang menunjukkanketaatan kepada kedua ibu bapa. Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada keduaibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapalah yang menyebabkanmasyarakat China digalakkan mengadakan upacara mengingati nenek moyang.Upacara ini selain bertujuan untuk memperingati roh nenek moyang, ia juga bertujuanuntuk mengucapkan rasa terima kasih serta meunujukkan ketaatan kepada nenekmoyang serta iibu bapa yang telah meninggal dunia. Tamadun Islam yang berasaskan Al-Quran turut memberi kepentingan kepadakeluarga. Hubungan anak-anak dengan ibu baoa berasaskan kepada hak dantanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan oleh ibubapanya sejak anak itu berada dalam kandungan lagi contohnya bapa mestilahmemberi rezeki yang halal dari sumber yang halal kepada keluarganya. Sementaraibu pula digalakkan membuat kebajikan. Ia bertujuan agar anak yang dilahirkan akansentiasa cenderung untuk membuat kebaikan. Selepas dilahirkan anak berhak
  7. 7. dinamakan dengan nama-nama yang baik. Ibu bapa juga bertanggungjawab memberipendidikan yang sempurna kepada anak-anak bagi mempersiapkan anak-anak untukmenghadapi masa Pendidikan Matlamat paling utama pendidikan dalam Tamadun-tamadun tradisionaladalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmumempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedariperkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam,Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkanmenguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpaperubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cumacara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalamajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasimanusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifatdapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.Kesihatan Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidangmasyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam Tamadun-tamadun tradisional tidakboleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat pentingkonsep kesihatan Tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatanholistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawakesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebihmenyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujudadalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatanpenyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbanganseseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badanpesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya. Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teraskepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam Tamadun-Tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam
  8. 8. persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujudbeberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaanantara satu Tamadun dengan Tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuklebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya,mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu Ketamadunanmembuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arahkehidupan yang lebih saksama.
  9. 9. Perbezaan dan persamaan Tamadun Islam,China dan India Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dantamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budayadan etika. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbezadengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahupengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula,mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budayamakan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikangandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadunterpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasanempayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspekbudaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram.Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan danminuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadunIndia, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antaratamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalamhal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perludijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagaimanusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar keranapercaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harusdijaga dengan baik. Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah.Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untukmenjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini jugadisarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaranBuddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik danbertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf sucidan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada
  10. 10. rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja. Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakanbahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggotamasyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberisokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkarapenting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tzeyang menganjurkan hubungan antara masyarakat. Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankanpentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkanperniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambilriba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniagadiletakkan paling bawah kerana menindas golongan lain.
  11. 11. Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Tamadun Islam dan Tamadun China sebenarnya mempunyai begitubanyak perbezaannya. Secara terperincinya, kita boleh pecahkan perbezaan antaradua tamadun ini kepada 8 iaitu agama, politik, kekeluargaan, ekonomi, pendidikan,sistem tulisan, kesenian dan akhir sekali ialah sumbangan tamadun itu sendiri kepadadunia. Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang paling unik keranakelahirannya adalah asas daripada agama. Kelahiran Islam di Semenanjung TanahArab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul. Jika dilihat kepada tamadun-tamadun lain, lahirnya tamadun akan membawa kepada kewujudan sesuatu fahamandan agama, tetapi tidak bagi Tamadun Islam. Tamadun Islam mempercayai bahawaAl-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dan rujukan hidup mereka. Kepercayaankepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Khiamat serta Qada dan Qadar merupakanperkara yang wajib dipercayai oleh mereka semua. Tamadun China pula mempunyai pandangan yang berbeza di mana tumpuanajaran-ajaran kepercayaan orang Cina banyak berkisar di sekitar diri manusia. Olehitu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Tuhanorang Cina dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusiayang mencerminkan kepercayaan mereka yang mementingkan manusia berhubungkebaikan dunia dan akhirat. Ini berbeza dengan agama-agama Masihi seperti Kristiandan Islam yang mengakui kewujudan Tuhan yang satu. Agama atau kepercayaan bagimasyarakat Cina adalah sesuatu yang personal. Mereka bebas mengamalkanbeberapa agama dan kepercayaan sekaligus yang diyakini mereka dapat memberikankesejahteraan hidup mereka asalkan tidak bercanggah dengan adat dan budayamereka. Ianya harus sesuai dengan kehendak orang cina dan tidak menghilangkanidentiti mereka. Perbezaan yang kedua ialah dari segi kerajaan atau politik. Bagi tamadunIslam, kekuasaan dan pemerintahan ialah hak dan milik mutlak Allah s.w.t dandikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Pangkat dan kedudukanseseorang merupakan perhiasan hidup Zinat al-hayah, pemberiaan Allah s.w.t untukmenguji ketaatan dan kesetiaan hamba-Nya. Jawatan dan kekuasaan boleh menjadi
  12. 12. satu kemuliaan dan juga pada masa yang sama boleh menjadi satu kehinaan. Dalamtamadun Islam, kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberi oleh raja kepadarakyatnya adalah dimensi yang penting. Penderhakaan merupakan jenayah yangpaling berat hukumannya dalam tamadun Islam. Bagi Tamadun China pula, ajaran Confucius telah memberi satu garis panduanmengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mestilahberperanan sebagai bapa kepada rakyat. Ini bemakna, seseorang raja perlulahmempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepadarakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang sedemikian mandat atau kelayakan seseorang rajauntuk memerintah sesebuah dinasti akan terhapus. Namun demikian Confucius tidakmenganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik. Dalam aspek kekeluargaan pula, bagi Tamadun Islam telah ditetapkan dalamagama Islam bahawa asas pembentukan keluarga ialah perkahwinan. Kedudukanwanita adalah sama dengan kedudukan lelaki. Kaum wanita telah diberi hak asasiyang sama dengan lelaki dan tanggungjawab kaum wanita setaraf dengan lelakidalam segala aspek kehidupan yang bersesuaian. Berbeza dengan Tamadun China,sistem kekeluargaan berasaskan kuasa bapa dan ini telah diserap masuk ke dalampelbagai aspek kehidupan sosial serta mendatangkan impak yang mendalamterhadap arah perkembangan kebudayaan China. Antara ciri-ciri masyarakat yangmemperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuk waris sebelah bapadan pemerintah yang berpusatkan bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungansuami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuandan sebagainya. Aspek ekonomi bagi Tamadun Islam adalah berbeza dengan Tamadun Chinadimana dalam Tamadun Islam unsur riba tidak dibenarkan di dalam perniagaan. Didalam Islam juga, unsur penipuan seperti mengurangkan timbangan, boros, kedekutdan membazir tidak dibenarkan sama sekali. Islam membenarkan umatnya berniagaasalkan ianya dijalankan secara halal, bersih, suci, berguna dan tidakmembahayakan. Selain itu, beberapa langkah juga telah di ambil untuk memajukansektor pertanian antaranya seperti melebarkan sungai dan terusan, membuatempangan, membuka tanah pertanian baru dan membuat penyelidikan dalampertanian.
  13. 13. Tamadun China pula dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme iaitu memberiperhatian kepada kepentingan golongan petani. Falsafah Konfusianisme memandangrendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibatdengan penipuan dan keuntungan yang merupakan elemen-elemen yang burukmengikut ajaran Konfusianisme. Selain itu, di dalam tamadun China, penciptaantelaga, kolar kuda, pembinaan terusan, tanaman bergilir dan sebagainya adalahlangkah yang diambil untuk memajukan ekonomi mereka. Pendidikan dalam Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid yangmemainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Sebaliknya dalam ajaran-ajaran Buddha, transformasi sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari dirisendiri (self-siscovery). Masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yangserius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring denganbangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dansewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain.Perbezaan seterusnya ialah sistem tulisan. “tulisan jawi” dalam Tamadun Islam telahwujud sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah. Tulisan jawi berasal daripada skripArab dan bukti kewujudan tulisan jawi pada ketika itu ialah batu nisan, ukiran-ukiranpada masjid dan istana, batu bersurat, duit syiling dan sebagainya. Tulisan Cina atau Hanzi dalam Tamadun China merupakan antara tulisan yangpaling tua di dunia. Tulisannya adalah berlainan dengan tulisan dalam tamadun lain dimana seperti sedia maklum, tulisan Arab, jawi ditulis berdasarkan cantuman beberapahuruf bagi membentuk maknanya. Berbeza dengan tulisan Hanzi kerana iainyaberdasarkan Syllabe, tetapi berdasarkan huruf-huruf. Oleh itu, bahasa Cina memiliki50,000 patah perkataan yang tidak semua diketahui oleh orang Cina. Pada umunya,mereka hanya mengetahui hanya 3000 patah perkataan sahaja. Tulisan dalamtamadun China adalah berdasarkan kepada lambang-lambang gambar, lambangpetunjuk, lambang petunjuk fikiran dan gabungan bunyi-bunyi. Perbezaan dari segi kesenian dalam Tamadun Islam pula ialah dapat dilihatdalam seni halus seperti tulisan khat, lagu nasyid, ukiran kayu, seni persembahanmelayu, seni tekstil dan sebagainya. Seni ini telah menjadi warisan dalam diri merekasejak berkurun lamanya. Bagi Tamadun China, kesenian seperti seni Opera iaitu seni
  14. 14. drama yang mana pelakonnya memakai pakaian berwarna-warni, menari-nari danmemutihkan muka mereka. Selain itu, seni Tamadun China juga dapat dilihat dalammuzik klasik, kaligrafi, seni lukis, seni pembinaan, seni mempertahankan diri sepertikung fu dan sebagainya telah menjadi warisan dalam hidup Akhir sekali ialah perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun China dariaspek sumbangan tamadun kepada dunia. Antara sumbangan Tamadun Islam yangterbesar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia yang dikembangkan oleh Gaber IbnHayyan telah menyumbang kepad pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburanemas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajiandalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam jugamenyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnyacendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu merekamasih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematikdunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia.Holistiknya, tamadun Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalambidang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini. Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia sepertibidang penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya.Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin danYang di mana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan. Tamadun Chinajuga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru seperti magnet, penciptaankompas, penghasilan lilin daripada serangga dan sebagainya. Antara ciptaan hebattamadun China juga ialah penciptaan kertas oleh Cai Lun(105), serbuk letupan dansebagainya.Pelbagai perbezaan dapat dilihat diantara 2 tamadun ini kerana tahappemikiran, idea, persekitaran, politik dan pelbagai lagi unsur berbeza yangmempengaruhi pencapaian sesuatu tamadun tersebut.

×