Your SlideShare is downloading. ×
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Soalan obt
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Soalan obt

1,370

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,370
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Soalan 1 Perangkaan ialah satu proses yang melibatkan langkah-langkah memungut,menyusun, membuat analisis dan menginteprisi data. Dalam konteks sistempendidikan, data yang paling penting ialh pengumpulan markah murid pelbagai matapelajaran. Data yang dipungut oleh guru sekolah ialah dalam bentuk skor mentahdalam susunan rawak dan tidak boleh digunakan oleh guru untu membuat tafsiranatau analisis terhadap prestasi para muridnya.Justeru itu, markah yang diperoleholeh murid dalam satu peperiksaan perlulah disusun oleh guru daripada markahyang paling rendah kepada markah yang paling tinggi atau sebaliknya supaya beliaudapat mengira kekerapan untuk skor-skor mentah ini. Berdasarkan skor mentah yang diberi,skor mentah di atas perlu disusun(markah tertinggi kepada markah satu terendah) oleh Ustaz Omar ke dalam satususunan mendatar atau menengak. Berikut ialah susunan skor tersebut :i- Jadual 1.1 : Skor yang disusun secara mendatar 95 90 89 87 85 78 77 76 73 71 71 70 64 64 64 62 61 60 59 56 55 54 53 48 47 47 44 38 26 26Jadual 1.2 : Skor yang disusun secara menegak 95 71 55 90 70 54 89 64 53 87 64 47 85 64 47 78 62 47 77 61 44 76 60 38 73 59 26 71 56 26
  • 2. ii.a. Penentuan Mod Mod ialah angka skor yang mempunyai kekerapan yang paling tertinggi dalamsatu set skor markah. Simbol statistik mod ialah M. Jadual 1.3 Jadual taburan kekerapan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Skor (x) Kekerapan ( f ) 95 1 90 1 89 1 87 1 85 1 78 1 77 1 76 1 73 1 71 2 70 1 64 3 62 1 61 1 60 1 59 1 56 1 55 1 54 1 53 1 48 1 47 2 44 1 38 1 26 2 N=30
  • 3. Berdasarkan kepada jadual di atas :- M = Skor 64 kerana mempunyai kekerapan yang paling tinggi ( 3 )-Mod = 64ii.b Penentuan Median Median ialah nilai yang terletak di tempat paling tengah bagi set skor yangdisusun secara menaik atau secara menurun. Median boleh ditentukan denganmembahagi satu set skor yang telah disusun itu kepada dua bahagian yang sama.Berdasarkah markah pelajar Ustaz Omar berikut ialah nilai median : 95 90 89 87 85 78 77 76 73 71 71 70 64 64 64 62 61 60 59 56 55 54 53 48 47 47 44 38 26 26 Median = ( Set genap bagi data tidak terkumpul ) = 63ii.c Penentuan Min Min adalah merujuk kepada markah purata yang diperolehi oleh murid dalamsesuatu ujian. Min dapat menghuraikan prestasi murid dalam satu ujian yang sama.Min digunakan juga untuk mengira sisihan lazim dan skor piawai. merupakansimbol bagi min. Nilai min bagi markah pelajar Ustaz Omar boleh dicari sepertiberikut : - (i) Bagi data atau skor terkumpul : 95 90 89 87 85 78 77 76 73 71 71 70 64 64 64 62 61 60 59 56 55 54 53 48 47 47 44 38 26 26
  • 4. - (ii)Skor dimasukkan dalam Jadual Taburan Kekerapan Skor murid (x) Kekerapan ( f ) fx 95 1 95 90 1 90 89 1 89 87 1 87 85 1 85 78 1 78 77 1 77 76 1 76 73 1 73 71 2 142 70 1 70 64 3 192 62 1 62 61 1 61 60 1 60 59 1 59 56 1 56 55 1 55 54 1 54 53 1 53 48 1 48 47 2 94 44 1 44 38 1 38 26 2 52 N=30 ∑fX = 1890 Jadual 4 : Skor markah murid
  • 5. Rumus yang diguna ialah untuk Min ialah = = = 63_____________________________________________JAWAPAN : Mod ialah 64 Median ialah 63 Min ialah 63
  • 6. iii. Jadual Taburan Kekerapan Skor Terkumpul Skor murid (x) Kekerapan ( f ) fx 95 1 95 90 1 90 89 1 89 87 1 87 85 1 85 78 1 78 77 1 77 76 1 76 73 1 73 71 2 142 70 1 70 64 3 192 62 1 62 61 1 61 60 1 60 59 1 59 56 1 56 55 1 55 54 1 54 53 1 53 48 1 48 47 2 94 44 1 44 38 1 38 26 2 52 N=30 ∑fX = 1890
  • 7. Iv- Berikut ialah untuk mencari nilai min dan sisihan piawai bagi mata pelajaranPemdidikan Islam Ustaz Omar.Jeda Kelas.1.Jeda kelas ialah skor-skor yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz jeda yangditetapkan.2. Julat = skor tertinggi - skor terendah3. Saiz jeda kelas dikira menggunakan rumus berikut :-Saiz jeda kelas = = = 9.85Saiz selang kelas ialah 10 ( 9.85 dibulatkan ) Jeda kelas Kekerapan Titik Tengah (f) (x) fx x2 fx 2 26-35 2 30.5 61 930.25 1860.5 36-45 2 40.5 81 1640.25 3280.5 46-55 6 50.5 303 2550.25 15301.5 56-65 8 60.5 484 3660.25 29282 66-75 4 70.5 282 4970.25 19881 76-85 4 80.5 322 6480.25 25921 86-95 4 90.5 362 8190.25 32761 ∑f = 30 ∑fx=1895 2 ∑fx =128287.5 Jadual 5 : Taburan Kekerapan bagi Skor Terkumpul
  • 8. iv-a Min , = = = 63.15iv-b Sisihan piawai = = = = = 16.98_________________________________________________Jawapan :- min ialah 63.15 - sisihan piawai ialah 16.98
  • 9. v. Jawapan Histogram berdasarkan kertas graf yangdilampirkan.
  • 10. Tugasan 2 Ujian boleh digunakan sebagai penggerak, iaitu merangsang pelajar belajardengan lebih tekun; digunakan untuk mengesan punca kelemahan ( ujian pincakelemahan );ujian ramalan bakal digunakan untuk meramalkan kejayaan dalamaktiviti pembelajaran masa hadapan dan ujian pencapaian untuk pemilihan,penempatan atau persijilan. Setiap ujian atau alat penilaian, tidak kira tujuan ataupenggunaannya, seharusnya mempunyai ciri-ciri ujian yang baik di antaranya : 1.Kesahan 2.Kebolehpercayaan 3.Keobjektifan 4.Kebolehtadbiran 5.kebolehtafsiran 1. KESAHAN Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika guru memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan novel, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada enam aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan, kesahan muka, kesahan ramalan, kesahan semasa dan kesahan berkaitan kriteria.
  • 11. 1.1 Jenis-jenis kesahan Gagasan/konstrukMuka Semasa / Serentak JENIS- JENIS KESAHAN Ramalan/Telahan Berkaitan kritreria Kandungan Kesahan Kandungan ialah menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang ujian yang hendak diuji. Kesahan Semasa/Serentak ialah merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian yang lain. Kesahan Ramalan/Telahan ialah ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar seseorang murid untuk untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan di dalam situasi yang lain. Kesahan Konstruk / Gagasan ialah ciri yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia.
  • 12. 1.2 Kepentingan Kesahan1.2.1 Kesahan Kandungan1. Dapat digunakan dalam ujian pencapaian.2. Dapat mengukur tahap pengetahuan atau kemahiran murid dalam matapelajaran tertentu.1.2.2 Kesahan Semasa / Serentak1. Dapat membuat perbandingan pencapaian murid dalam sesuatu ujian itusama ada selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yangserupanya atau tidak.12.3 Kesahan Ramalan1. Dapat meramalkan tahap pencapaian murid-pencapaian perubahan atauperlakuan akan datang.2. Guru membuat jangkaan awal tentang pencapaian murid.1.2.4 Kesahan Konstruk / Gagasan1. Dapat mengukut sejauh mana seseprang itu menunjukkan trait personaliti,tingkah laku atau trait mental.2. Mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatutrait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. 2. KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan ialah “ tahap ketekalan antara skor-skor ujian yangsenantias tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran ” (Test StyleManual,EST, New Jersey, USA). Kebolehpercayaan merujuk kepadaketekalan ujian. Sekiranya seseorang calon mendapat markah sebanyak 70
  • 13. peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. 2.1 Kepentingan Kebolehpercayaan1. Untuk memastikan bahawa jawapan yang dikemukan murid mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebabkan oleh nasib.2. Untuk mengurangkan punca perubahan markah pelajar. Beberapa faktor seperti keadaan emosi calon, keadaan intelek dan tenaga yang berbeza dari semasa ke semasa. Di samping itu, keobjektifan dan ketekalan pemeriksa juga berbeza serta akan mempengaruhi markah calon sekiranya ujian itu mengandungi soalan esei.3. Memastikan ketepatan, keserataan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun oleh guru. 3. Keobjektifan Keobjektifan ujian merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksayang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama.Keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif ( seperti ujian aneka pilihan )dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa.Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah
  • 14. 3.1 Kepentingan keobjektifan1. Dapat memberikan markah yang sama mengikut skema pemarkahan.Merujuk kepada takat yang mana pemeriksa –pemeriksa yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan.2. Sebagai satu panduan guru untuk memberi markah yang setara dalam ujian subjektif melalui skema jawapan soalan setiap mata pelajaran yang diuji. Tidak timbul masalah dalam soalan objektif.3. Pemeriksa harus membuat moderasi atau proses penyelarasan markah untuk mengurangkan jurang perselisihan pemarkahan yang terdapat di antara pemeriksaan guru yang berlainan.4. Menyelesaikan isu pemarkahan melalui mesyuarat penyelarasan markah secara analitik.Contohnya setiap pemeriksa diwajibkan menghadirkan diri dalam mesyuarat penyelarasan sebelum skrip jawapan diperiksa. 4. Kebolehtadbiran Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan pelaksaan sesebuah ujian di dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan. Pelaksanaan setiap ujian harus dapat memenuhi memenuhi syarat-syarat keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadbiran ujian tidak harus menimubulkan sebarang kesukaran pada murid- murid. Kebolehtadbiran boleh juga merangkumi aspek pemarkahan. Ujian yang mudah diperiksa biasanya diutamakan kerana menjimatkan masa dan tenaga guru. Ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian esei. 4.1 Kepentingan kebolehtadbiran1. Pengurusan kelencaran sesuatu ujian atau peperiksaan yang sistemetik dan teratur yang menjayakan ketelusan sesuatu ujian di dalam kelas atau dewan peperiksaan. Aspeknya seperti penyediaan dewan peperiksaan,penghantaran
  • 15. kertas soalan, pengawasan peperiksaan dan pengumpulan skrip jawapan dan juga proses pemarkahan.2. Penentuan masa bagi satu-satu ujian. Masa yang diperuntukkan untuk sesuatu ujian mestilah mencukupi.sekiranya masa tidakuntuk calon menghuraikan jawapan dengan baik, maka kesahan dan keboleh percayaan ujian mungkin terjejas3. Menjimatkan masa dan tenaga guru dalam soal pemarkahan dengan memeriksa kertas jawapan objektif berbanding subjektif atau esei.
  • 16. Soalan 2Tugasan 1 1. Konsep pemulihan Pemulihan bermaksud sejenis pengajaran yang membetulkan kecacatanmurid-murid atau membetulkan masalah pembelajaran. Konsep pemulihan digubaldan direka khas untuk membetulkan masalah murid-murid yang lemah dalampencapaian akademik khasnya dalam aspek-aspek membaca, menulis dan mengira. Objektif pendidikan pemulihan adalah bertujuan:  menguasai kemahiran-kemahiran tertentu  Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka  Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran  Mengembangkan potensi minat  Memberi peluang yang sama dalam aktiviti- aktiviti sosial Guru perlu peka dan mengesan murid yang memerlukan pemulihan.Berikut ialah cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran 1. Pentafsiran Rekod Prestasi 2. Profil 3. Ujian kertas dan pensel 4. Soal jawab/ kuiz 5. Senaraikan semua masalah pembelajaran 6. Mengesan punca masalah dengan ujian diagnostik 7. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran membaca
  • 17. 8. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran menulis 9. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran mengira. 2. Aktiviti pemulihan Antara beberapa aktiviti pemulihan yang saya boleh aplikasikan dalam membantupelajar-pelajar berpencapaian rendah dalam mata pelajaran yang saya ajar adalahseperti berikut : 2.1 Bacaan Tambahan Saya perlu menjalani pelbagai program pembacaan untuk meningkatkan ilmudan kemahiran murid-murid lembap dalam kelas pemulihan. Saya juga perlumenggalakkan murid-murid untuk membaca dengan lebih luas sambil membuatpelbagai rujukan daripada buku dan internet. Sebagai contoh murid yang tidak dapat membaca Al-quran saya akanbekalkan dengan bahan bacaan ayat-ayat yang pendek dan mudah untuk disebutdengan betul mengikut hukum tajwid. Selain itu penggunaan bahan audio sepertiradio dan pita rakaman yang sama dengan bahan bacaan diadaptasikan supayamereka lebih seronok dan berkeyakinan untuk terus belajar membaca dengan baikyang akhirnya mereka dapat membaca ayat Al-quran dengan lancar. Saya juga akan memastikan bahawa murid-murid mempunyai tingkah lakupositif terhadap buku-buku dan projek-projek bacaan. 2.2 Kerja projek Dalam aktiviti pemulihan, saya juga mesti menggalakkan murid-murid untukuntuk membuat kerja projek. Ia boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.Dalam kerja projek, murid-murid perlu melibatkan diri dalam tugasan penyelesaianmasalah bersama. Contoh kerja projek dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang saya ajaradalah seperti menyediakan buku skrap berkaitan makanan yang halal dan makananyang haram. Mereka perlu bekerjasama untuk menghasilkan buku tersebut dan
  • 18. pembahagian tugas perlu diagihkan jika dilaksanakan supaya setiap ahli kumpulanberperanan. Tujuan kerja projek ini ialah untuk membolehkan murid-murid pemalu untukhilang rasa takut dan bimbang serta untuk memperolehi keyakinan kendiri dankonsep kendiri yang lebih tinggi. Ciri-ciri perwatakan ini dapat membantu merekadalam kejayaan akademik dan sahsiah. 2.3 Permainan dan Rekreasi Guru juga perlu mengintegrasikan elemen-elemen keseronokan danpermainan dalam persekitaran pembelajaran pemulihan. Ini akan menggalakkanmurid-murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti dan tugasanpenyelesaian masalah. Saya mengaplikasikan aktiviti pemulihan sebegini untukpelajar yang keciciran dalam Penilaian Asas Fardu Ain. Aktiviti dilaksanakan ditepipantai dan pelajar cuba mempraktikkan mengambil air wuduk menggunakan airlaut.Keberkesanan jelas untuk pelajar pemulihan dan memudahkan mereka untukmenerima pelajaran secara santai dan rekreasi. Guru-guru perlu memikirkan mengenai cara-cara untuk menyelitkan pelbagaijenis permainan dan juga aktiviti-aktiviti rekreasi dalam proses pemulihan. Contohlain, terdapat banyak aktiviti pemulihan yang menyeronokkan ( permainan, aktivitimatematik dan teka teki yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web (http://www.funbrain.com.Marcy Cook Math Tiles ) 2.4 Pembelajaran Akses Kendiri Dalam aktiviti pemulihan, fokus utama guru-guru ialah untuk membenarkanmurid-murid untuk memenuhi keperluan kognitif kendiri mereka. Justeru itu, guru-guru perlu membenarkan murid untuk memilih bahan pembelajaran yang sesuaidengan minat dan kemahiran mereka. Program PAK adalah satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan muriddan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. Murid mempunyai akseskepada sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi danbertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.
  • 19. • CIRI-CIRI PAK• Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan• Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator• Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas• Belajar secara bersendirian / kumpulan• Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu• Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri Dalam aktiviti pemulihan, saya cuba memilih bahan akses kendiri seperti bahan cetakan yang diperolehi daripada pelbagai media seperti komputer dan internet, rakaman audio, radio dan televisyen. Guru juga boleh memperoleh bahan-bahan pemulihan akses kendiri yang boleh didapati dengan senang dalam perpustakaan dan pusat-pusat pembelajaran resos tempatan. Contohnya dalam mata pelajaran yang ajar dalam bab samak murid yang sukar menguasai diberi peluang untuk mengakses atau menggunakan komputer di makmal komputer. Mereka diberikan masa tertentu dan boleh melihat bahan sumber yang tersedia hingga mereka berjaya menjelaskan bab tersebut seperti pelajar cerdas. 2.5 Pembelajaran Pusat Aktiviti-aktiviti pemulihan juga boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti pusat. Aktivti-aktiviti ini boleh dijalankan dalam satu lokasi pusat yang khas. Guru-guru boleh menggalak kerja kumpulan untuk meningkatkan interaksi sosial dan kemahiran interpersonal di antara murid-murid. Antara contoh-contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran pusat dalam pengajran Bahasa Arab saya termasuk :
  • 20. 1. Membuat perkataan dengan ayat magnetik2. Mencipta cerita/pantun dengan abjad-abjad magnetik.3. Membuat ayat berlainan dari satu perkataan panjang. ( contoh : Berapa perkataan yang anda boleh cipta daripada perkataan “ ” yang bermaksud membersihkan.4. Menulis surat5. Mendengar pelbagai bahan pembelajaran menarik ( mendengar pita rakaman ) Rumusannya. Guru perlu bersemangat dan mempunyai kreativiti tang tinggi untuk terus membantu pelajar yang menghadapi masalah kelembapan dalam pelajar. Kita perlu yakin bahawa setiap pelajar ada potensi untuk maju walaupun mereka mempunayi tahap kecerdasan yang berbeza.
  • 21. Tugasan 2 Konsep Pendidikan Inklusif Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, murid-murid normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa,2001). Berikut ialah antara faktor-faktor kepada kejayaan Pendidikan Inklusif di Malaysia : 1.Peranan Kementetian Pelajaran Malaysia Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh dinafikan dalammenjayakan pendidikan inklusif di Malaysia. Kementerian tidak mengabaikanpendidikan untuk murid yang mengalami sebarang kecacatan yang dikategorikansebagai bermasalah untuk mendapat peluang pendidikan. Oleh yang demikian pihakkementerian telah mengadakan Kursus dan latihan khas bagi guru yang berminatdengan pendidikan inklusif ini. Melalui kursus atau latihan perguruan ini guru-gurudapat didedahkan dengan pelbagai kaedah atau cara pengajaran yang bersesuaianmengikut tahap keupayaan murid. Selain itu, kementerian juga memainkan peranan penting dalam penyediaanprasarana untuk murid yang memerlukan pendidikan inklusif ini. Sebagai contohpenyediaan bahan bertulis brail bagi yang mengalami kecacatan penglihatan. Melalui dasar pendidikan pula Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikanperingkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanakberkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anakdalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan
  • 22. lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai „Disabled Person Act 2002‟serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasiEducation for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermaknakerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikutkeperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyaikecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM,memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanakberkeperluan khas. Peranan Sekolah Sekolah adalah sebuah pusat di mana pelajar akan mendapatkan ilmupengetahuan tidak mengira bangsa, agama, warna kulit dan juga tahap keupayaan.Oleh yang demikian sekolah bertanggungjawab dalam merealisasikan kejayaanpendidikan inklusif ini. Pihak sekolah sewajarnya tidak meminggirkan kelaspendidikan inklusif. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang boleh dijalankandalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sesebuah sekolah ; 1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif. 2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program Pendidikan Inklusif. 3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal. 4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa. 5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini. 7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas. 8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal. 9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan. 10. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.
  • 23. 3. Peranan Guru Ketika pelaksanaan pendidikan inklusif guru mesti menggunakan prinsipperingkatan isi iaitu mengajar daripada isi yang mudah kepada isi yang lebih susah.Ini kerana gaya pembelajaran murid-murid dalam kelas inklusif ialah aspek masayang fleksibel di mana pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.Aspek ini juga menyebabkan murid-murid lebih senang untuk berkomunikasi. Strategipengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru mestilah dapat meningkatkanpenglibatan murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan,lawatan dan projek. Pada peringkat sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan SekolahRendah (PKSR) dijalankan manakala di sekolah menengah Penilaian KemajuanBerasaskan Sekolah Menengah (PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaianberasaskan kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yangberstruktur. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masasahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini. Sebarang penilaian yang dibuat dalamkelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian inijuga mesti mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehanpelajar. 3.1 Peranan Guru Resos dan Guru Biasa dalam Pengimplementasikan Pendidikan Inklusif. Dalam satu kajian yang telah dijalankan, kebanyakan guru-guru kelas biasamempercayai bahawa pendidikan inklusif amat membebankan ( Bunch,1992) dankerja-kerja akademik yang berkaitan dengan pendidikan inklusif sangat susah(Walron,1995). Guru-guru kelas juga merasai bahawa mereka tidak disediakan dengan begitubaik dalam program-program latihan guru untuk mengendalikan kelas pendidikaninklusif yang terdiri daripada murid-murid yang menghadapi cabaran dalam
  • 24. pembelajaran mereka. Justeru itu, guru kelas biasa memerlukan sokongan dalambilik darjah. Salah satu daripada sokongan ini ialah melalui bantuan guru resos. Fungsi guru resos ialah untuk mencari program-program di mana merekadapat menolong kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan untuk berurusandengan agensi-agensi luaran. Peranan guru resos yang paling penting ialah untukbekerja dengan murid-murid tersebut dan membantu mereka serta memberikanbimbingan secara individu. Guru-guru resos juga boleh memainkan peranan sebagai konsultan dan rakansekerja profesional kepada guru-guru biasa. Guru-guru resos dan guru-guru biasaperlu bekerja bersama sebagai satu pasukan dan harus berprofesional dalammenjalani semua tanggungjawab mereka. Akan tetapi peranan guru-guru kelasadalah lebih signifikan kerana mereka yang menetapkan semua aspek-aspekakademik yang penting di dalam sebuah kelas inklusif. 4. Peranan Ibu Bapa Murid InklusifMenurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanakbermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golonganyang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsiataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas bertugas secara formal dandibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapaberhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diridalam persekolahan. Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitupenglibatan di rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya.i. sebagai pemerhati sejak kecil yang menjadi maklumat penting untuk paraprofesional.ii. mengambil peranan yang aktif dalam proses pendidikan terutamanya semasaperingkat prasekolah dimana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat mengenaikemahiran pengurusan diri, pra-akademik, mobiliti dan komunikasi. Ibu bapa jugamembuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan pelajaran si anak,
  • 25. menghadiri mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksarekod anaknya yang disimpan di sekolah.iii. dengan latihan, ibu bapa dapat mengukuhkan pembelajaran yang pernahdipelajari oleh anak supaya diaplikasi di rumah. 5. Peranan Murid Normal/Rakan Sebaya Murid inklusif kita mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guruataupun daripada ibubapa. Mungkin mereka lebih mudah memahami dan dapatmengikut pelajaran sekiranya rakan sebaya membantunya. Ramai kanak-kanakmudah faham dan seronok apabila rakan sebaya membantu mereka dan merekapasti lebih bermotivasi dan menunjukkan minat. Mungkin mereka tidak ada sifatmalu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan sebaya . Tunjuk ajarrakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak. Adalah baik sekiranya anak kita mempunyai sahabat yang aktif supaya merekaboleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku mereka perludiperhatikan supaya tidak terpesong. Ada kalanya rakan sebaya boleh membawaanak ke jalan yang salah. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda tidak terlalu cergas.Dia lebih mudah terpengaruh dan mengikut sahaja tingkah laku rakan sebayanyatanpa dapat membezakan antara baik dan buruk. Mereka memerlukan sokonganbagi membentuk identiti diri mereka. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranandalam hal ini. Seandainya kelima faktor di atas diamati dan diaplikasikan dalam pendidikaninklusif untuk murid-murid inklusif maka tercapailah seperti mana yang diharapkanuntuk melihat bahawa murid yang mengalami kekurangan atau kecacatan fizikalboleh berjaya seperti murid normal.
  • 26. Soalan 3Tugasan 11.1 Definisi Pengajaran MikroMenurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajarandalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatukemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada limahingga sepuluh orang sahaja. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknikpengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspektertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaanpapan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain. Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknikpengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih ataumemurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segikesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar danperuntukan masa dikurangkan.1.2 Faedah Pengajaran Mikro. 1.2.1 Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. Pelatih berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang ada dalam pengajaran mikro ini dan jika dapat dilaksanakan dengan baik begitu membantu dalam menghadapi situasi sebenar sesi pengajaran. 1.2.2 Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang. Mudah dan kurang kompleks. Guru hanya diberi masa antara 5 hingga 15 minit sahaja untuk mempraktikkan satu kemahiran dalam pengajaran mikro ini. Teknik berfokus ini memberikan kefahaman mendalam pada guru pelatih.
  • 27. 1.2.3 Para pelatih dapat memperbaiki aspek pengajarannya hasil komen yang diberi oleh pensyarah dan rakan sebaya ke arah menjadi guru yang lebih efektif. Contohnya dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang mungkin kurang bersesuaian, tahap variasi rangsangan yang menarik dan teknik menerang serta pengayaan yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan pelajar. 1.2.4 Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. Dalam aktiviti pengukuhan contohnya guru didedahkan dengan bagaimana ingin memberikan penghargaan kepada pelajar yang menjawab dengan baik begitu juga dengan teknik peneguhan untuk pelajar yang kurang tepat memberikan jawapan. 1.2.5 Melalui rakaman video, selepas aktiviti pengajaran selesai, perbincangan tentang kelemahan dan kekuatan dilakukan merujuk rakaman video bersama-sama guru dan rakan sebaya. Dengan ini pelatih dapat memperbaiki segala kelemahan pengajarannya dan memperkukuhkan lagi setiap aspek kekuatan dan pengajaran. Rumusannya melalui penagajaran mikro para pelatih akan dapt mepraktikkansegala teori yang dipelajarinya daripada pensyarah di dalam kelas. Teori-teoti inidapt dipraktikkan secara menyeluruh. Ini membantu pelatih menangani masalahyang mungkin timbul dalam pengajaran sebenarnya apabila mengikuti latihan disekolah.
  • 28. Tugasan 2Difinisi Variasi Rangsangan Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh guru pelatih untukmempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran inidapat menolong guru pelatih mengajar dengan berkesan dan menarik minat muridkepada pelajaran yang diajarnya. Kemahiran ini juga merupakan teknikmempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarikperhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.Dalam proses p & p masatumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidakdipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubahtingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar,menukarcorak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah danteknik mengajarKesan penggunaan variasi rangsangan1. Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Murid-murid lebih ceria danseronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkankesan yang mendalam. Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepadamurid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisandalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktivitipengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran gurudengan lebih baik lagi. Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah disepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolongmurid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkanpergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuanmurid kepada pelajaran.3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan dirisecara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. Guru
  • 29. hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantumengajar dan alat bantu mengajar.Guru perlu mengubah variasi rangsangan untukmemberi rangsangan kepada tindak balas murid.4. Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajarisesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P.Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera sepertipenggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepadapelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.5. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Guru mengggunakanpelbagai rangsangan melalui mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataandapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasatinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar,kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.6. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatianterhadap aktiviti pengajaran guru. Murid yang sering menimbulkan masalah disiplinseperti bising atau mengganggu rakan boleh diberi rangsangan seperti mengarahkanmurid membaca atau menjawab. Guru haruslah mengambil khusus tentangmengenali fikiran pelajar masa kini supaya dapat mengetahui banyak cara yang baikdan sesuai menangani pelbagai masalah berdasarkan keadaan yang berlainanmelalui khusus yang memanfaat itu.Oleh itu pelajar berasa sedar diri dengankeadaan yang selesa.Selain itu,guru juga harus menunjukkan kemesraan dankesabaran terhadap pelajar yang lemah atau kurang sopan supaya dapatmemotivasikan mereka berusaha dan belajar dengan seronok.

×