Your SlideShare is downloading. ×
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Assignment 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Assignment 3

1,142

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,142
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
28
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KPT 6044 – PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB PENSYARAH :- PROF MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR TUGASAN 3 DISEDIAKAN OLEH :- NOOR ZUBAIDAH BT. HJ ZAINOL ABIDIN (M20112001097) SARJANA (PEND) PENGURUSAN PERNIAGAAN
  • 2. TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 5 DAN 6 IJAZAHSARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.1.0 PENGENALANWalaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information CommunicationTechnology (ICT) telah lama bertapak namun ia masih boleh dianggap baru dalam kalanganmasyarakat Malaysia. Penggunaan ICT hampir meliputi seluruh urusan sesebuah Negaraseperti pengurusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara, meramal perkembanganekonomi negara dan sebagainya. Walaupun penggunaannya amat meluas,masih terdapatsegelintir masyarakat kita yang masih belum mendapat pendedahan tentang penggunaanICT dalam kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi dengankemajuan teknologisehinggakan masih mengamalkan corak konvensional dalam pengurusan aktiviti harian.Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang mengamalkan prinsip globalisasi,sememangnya Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT yang terkinisupaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Kemahiran ICT amatpenting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yangberkemahiran tinggi dan profesional (Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris,Jamalludin Harun, na). Justeru itu, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalammenyediakan platform serta kemudahan ICT kepada masyarakat dan memberi galakankepada penggunaan ICT secara menyeluruh.Menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9, 2006), pihak kerajaan telah membuatperuntukan yang besar terhadap pembangunan ICT Negara. Di antara perancangan yangtelah dibuat dalam pembangunan ICT negara adalah dengan memberikan peruntukan yangbesar dalam pembangunan ICT di peringkat sekolah. Natijahnya adalah untuk menyediakanasas yang kukuh kepada masyarakat melalui pendidikan di sekolah. Antara yang terdapat didalam bantuan berikut adalah :-1) Menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server),2) Membangunkan perisian khusus dan program TV pendidikan bagi membantu P & P,3) Melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam P & P, dan4) Melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.
  • 3. Selain daripada RMK-9, kerajaan juga telah menggariskan perancangan dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan 2006-2010 serta memberikan dana yang besar untukmembangunkan prasarana ICT di peringkat sekolah. Antara matlamat pelan tersebut adalahuntuk merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi danmeningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006-2010, 2006). Sememangnya penggunaan ICT di peringkat sekolah lagibanyak membantu menyediakan asas kepada pelajar terhadap kemudahan teknologi yangada dalam kehidupan. Di samping itu, penggunaan ICT banyak membantu dalam pengajarandan pembelajaran. Terdapat mata pelajaran khusus yang di ajar berkaitan ICT di peringkatsekolah. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran sekolah juga telah banyak melibatkanpenggunaan ICT. Namun begitu, masih ramai guru yang tidak mahir menggunakan ICT didalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, institusi pendidikan telahmemberikan penekanan terhadap kemahiran ICT bagi bakal-bakal guru supaya apabilakeluar mengajar nanti, guru telah mempunyai kemahiran yang jitu dan dapat memberikansumbangan yang amat baik terhadap pendidikan negara. Universiti pendidikan dan maktab-maktab perguruan turut menyediakan kursus wajib kepada bakal guru untuk mendalamiilmu ICT dan memberikan opsyen kepada pelajar untuk mendalami ilmu tersebut melaluisubjek-subjek ICT yang ditawarkan. Kementerian pendidikan juga memperuntukkan supayaguru-guru supaya menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT untuk memantapkan lagi didala ilmu tersebut.1.1 LATAR BELAKANG KAJIANKemahiran ICT di peringkat sekolah sememangnya tidak dapat disangkal kepentingannyadalam sistem pendidikan negara masa kini. Untuk melahirkan generasi yang celikIT, pendidikan ICT seharusnya dimulakan seawal pendidikan sekolah rendah dan berterusansehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu, pengetahuanICT di kalangan guru adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasikepada pelajar. Pendedahan kemahiran ICT kepada bakal pendidik adalah satu agendautamasetiap institusi pendidikan supaya bakal guru tidak janggal dengan peralatan ICT disekolah nanti dan dapat mengaplikasikannya dalam P&P mereka.
  • 4. Pengetahuan ICT tidak hanya berkisar kepada kemahiran penggunaan komputer danaplikasinya sahaja. Kemahiran ICT turut meliputi penggunaan peralatan-peralatan lainseperti penggunaan LCD projektor, mesin OHP, mesin pengimbas dan peralatan- peralatanelektronik lain. Pada masa kini, kebanyakan pelajar telah didedahkan penggunaan alat ICTsecara tidak langsung sebelum menerima pendidikan formal disekolah. Misalnyapenggunaan telefon bimbit pada masa kini bukan sahaja untuk membuat dan menjawabpanggilan tetapi terdapat banyak lagi fungsi lain yang terdapat di dalam telefon bimbit padamasa kini. Telefon bimbit boleh dikategorikan sebagai alat ICT. Jika ia digunakan denganbetul, alat tersebut akan menjadi salah satu ABM dalam P&P. Hal ini membawa kepadakreativiti seseorang guru itu untuk mengolah alat tersebut menjadi alat yang berguna didalam pembelajaran. Justeru itu, bakal-bakal pendidik perlu melengkapkan diri dengankemahiran ICT supaya tidak ketinggalan dan terbelakangdaripada pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang berada di pedalaman dan yang masih kurang terdedah kepada peralatan ICT,menjadi tugas guru untuk memperkenalkannya dan membimbing pelajar untuk bersediamenghadapi gelombang ICT apabila keluar dari populasi mereka itu.1.2 PERNYATAAN MASALAHMengikut Heinich dan Robert (1996), kemahiran dalam penggunaan ICT merupakan suatukeperluan untuk bakal guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah. Terdapat beberapa kajianyang menunjukkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan mendatangkan kesan positif,mempertingkatkan kualiti dan pencapaian. Antara pengkaji yang melihat perbezaan antarapenggunaan ICT di dalam P&P ialah Howell (1971) di mana beliau melihat pelajar lebihtertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan menggunakankomputer berbanding cara konvensional. Begitu juga dengan pengkaji- pengkaji lain yangmelihat alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan ICT lebih banyak membantumemberi pemahaman kepada pelajar berbanding penggunaan ABM yang tidak menarik.Pada dasarnya, sesi P&P pada masa ini lebih tertumpu dengan alat bantu mengajar yangbersifat teknologi seperti menggunakan komputer, OHP, pemancar LCD dan sebagainya.Maka, bakal guru seharusnya peka terhadap perubahan situasi ini agar guru-guru tidakketinggalan dengan perubahan persekitaran di sekolah.
  • 5. Pengkaji melihat masih ada segelintir bakal guru yang belum cukup ilmu teknikaldalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi apatah lagi peralatan seperti inisering kali digunakan di sekolah. Mengikut Norizan (2004), kegagalan guru dalammenggunakan ICT adalah disebabkan oleh ketidakmahiran dalam menggunakan alatdan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Hal ini mendorong pengkajiuntuk melihat secara mendalam mengenai situasi ini. Kementerian kini sedang giatmemperbaharui alat-alat bantu mengajar bagi memudahkan lagi guru melaksanakan tugasmereka. Ramai yang menganggap bahawa mempelajari serba sedikit dalampengendalian peralatan ICT ini adalah perkara remeh. Mengikut kajian Zorinawati (1999),guru yang tidak mahir dengan ICT adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu :-1) takut kepada komputer,2 takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan3) takut jika mengetahui komputer, akan diberikan kerja yang banyak oleh pengetua / guru besar.Sebagai seorang guru yang berwibawa seharusnya tahu dalam segala aspek mahu pundalambidang akademik, teknikal dan sebagainya. Guru harus mengambil inisiatif dan mengetahuiperkembangan semasa untuk menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu yangdisampaikan. Kajian ini melihat sejauh mana pelajar semester 5 dan 6 program ekonomi(guru pelatih) mahir dalam mengendalikan peralatan ICT. Guru yang tidak tahumengendalikan peralatan ini menyumbang kepada masalah yang akan wujud di sekolahkelak. Oleh yang demikian, daripada kajian ini akan dapat mengenal pasti masalah yangwujud dalam mengendalikan peralatan ICT bagi melicinkan proses P&P di dalam bilik darjahseterusnya melihat keberkesanan pengajaran yang dijalankan.
  • 6. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN1.3.1 Objektif UmumKajian ini telah menetapkan objektif umum kajian dan juga beberapa objektif khusus untukmelihat apa yang sebenarnya ingin dicapai dalam kajian ini. Secara umumnya, kajian inibertujuan untuk melihat gambaran tahap kemahiran penggunaan ICT dalam kalanganpelajar semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi (ISMPE) di UniversitiPendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam proses P&P.1.3.2 Objektif KhususObjektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :1.3.2.1 Mengenal pasti tahap latihan ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI1.3.2.2 Mengenal pasti tahap kekerapan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI mengendalikan peralatan ICT.1.3.2.3 Menganalisis tahap kesesuaian subjek ICT yang diajar semasa mengikuti latihan ISMPE di UPSI.1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
  • 7. Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:1.4.1 Mengaitkan dapatan kajian dengan teori-teori yang sediaada dan menambahbaikkan teori tersebut.1.4.2 Memberi cadangan terhadap organisasi yang terlibat dalam merangka subjek ICT di UPSI untuk menambahbaikkan struktur subjek tersebut supaya sesuai dengan kehendak terkini.1.5 LIMITASI KAJIANDalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa perkara bagimembatasi kajian. Kajian ini adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurangdaripada satu bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad.Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuranresponden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik. Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan dua skalaiaitu tidak setuju dan setuju. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan dua kelas pelajarISMPE iaitu sebanyak 36 orang pelajar sahaja yang terdiri daripada pelajar semester 5 dan 6.Batasan ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajianyang mempunyai skop kajianyang khusus. Pengkhususan skala responden ini menyebabkan dapatan kajian tidakmenyeluruh kepada jumlah pelajar sebenar ISMPE yang berada di dalam UPSI. Oleh yangdemikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai ralat berikutan pendapat atau pandanganyang tidak seimbang.1.6 DEFINISI OPERASIONAL
  • 8. Definisi konsep ada kalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkanpadasesuatu teori atau telah diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia memberi maksudyang lebih abstrak atau umum. Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakanoleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji ataudimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikajiitu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. Definisi operasional menentukan proseduryang spesifik bagi melaksanakan kajian ke atas definisi konsep mengenai sesuatu, individuatau objek. Dengan cara ini ia memberi peluang untuk mengkaji pemboleh ubah itu secaraempirik. Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yangterperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian inimungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut ialah:Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) - Teknologi yang digunakan oleh individu untukmengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, sertauntuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasidan maya. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukardata dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dandalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. MenurutPaisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) maklumat bermaksud , "Informationcan be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system of encoding amessage so that it can be stored,retrieved and manipulated, and functionally it is somethingthat alters a personscognitive organisation". Ia bermaksud maklumat dapat ditakrifkan darisegi struktur dan dari segi fungsi. Dari segi struktur ia adalah satu sistem yang mengekodpesanan supayaia boleh disimpan, dikembalikan dan dimanipulasikan dan berfungsi untukmengubah organisasi kognitif seseorang. Komunikasi mengikut Brown (1997), “Theinterchange of information, and again may be viewed in terms of the structure of thatinterchange or its function in affecting peoples understanding and knowledge. Informationand communication are, therefore, inextricably linked”. Di sini dapat dirumuskan bahawakomunikasi membawa maksud proses penukaran maklumat. Apabila digabungkanmaklumat dan komunikasi, maka istilahnya adalah seperti yang tertera di atas.Bab 2 SOROTAN LITERATUR
  • 9. 2.0 PENGENALANDalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian yang terdahulumengenai penggunaan ICT dalam pendidikan. Kajian-kajian yang diambil berdasarkankepada kesesuaian dan hubung kait dengan tajuk yang dibincangkan.2.1 INFORMATION COMMUNICATION TECHONOLOGY (ICT)Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat danteknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakanoleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat bergunadanbermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik,suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentuseperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dankemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukardata dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dandalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global (Rozina Jamaludin, 2000). Teknologi Maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT(InformationTechnology) telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita pada masakini. IT merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalamkomunikasi antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyarakat. Oleh itu,pengetahuan tentang IT adalah penting bagi membentuk masyarakat yang bermaklumat. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seterusnya telah meningkatkanpenggunaan Internet, web dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembanganbaru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segimasa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluanguntuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan (Jamalludin Harun &Zaidatun Tasir, 2003). Perkembangan baru ini telah mengembangkan lagi konseppembelajaran kolaboratif melalui alat-alat konvensional seperti listserv, newsgroup, emeldan “Internet Real-Chat ” (IRC) di samping penggunaan konferensi audio (audioconferencing) dan konferensi video (video conferencing ).
  • 10. Dalam kajian Kellah M. Edens (2008), beliau mengatakan bahawa kemajuanteknologi maklumat seterusnya telah menyebabkan meningkatnya penggunaan web danInternet untuk tujuan pendidikan. Struktur maklumat dalam web yang berdasarkan kepadakaedah hiperteks dan hipermedia yang mengandungi pelbagai maklumat dalam berbentukteks, grafik, animasi, audio dan video dihubungkan dan dipersembahkan dalam bentuk yangtidak linear. Rangkaian maklumat ini membolehkan maklumat dikongsi bersama-samadalam pelbagai bentuk dan mengakibatkan berkembangnya kolaborasiantara manusia.Situasi baru ini memberi peluang yang lebih meluas kepada pendidikan sains yang lebihfleksibel dan terbuka dari segi masa dan kaedah serta meningkatnya interaksi sosial dalampendidikan.2.2 KEMAHIRAN ICTKemahiran komputer sebenarnya berkait rapat dengan kemahiran ICT. Merujuk kepadaSimonson et al. (1987), setiap individu mampu menguasai kemahiran komputer sekiranyamereka mempunyai sikap yang positif termasuk menghilangkan kegelisahan ataumenunjukkan minat yang mendalam dalam penggunaan komputer, dan kesedaranakan bertanggungjawab terhadap komputer. Selain itu, kemampuan untuk menilaitanggungjawab, memilih dan melaksanakan pelbagai kegunaan aplikasi computeruntuk menjadi lebih berguna dan efisien dalam sesuatu kerja. Pengetahuan yangbersesuaian untuk menggunakan perkakasan dan perisian untuk aplikasi komputer. Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu untuk memaksimumkankeupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi, kemahiran ICT dapat menggalak danmelahirkan inovasi, transformasi individu dan perubahan masyarakat (Jamalludin Harun &Zaidatun Tasir, 2003). Dupagne. M. (1992) pula menyentuh tentang latihan perguruan yangmencukupi adalah penting untuk membina keyakinan dan kemahiran guru terhadappenggunaan teknologi komputer dengan sepenuh masa di sekolah. Sebenarnya latihankomputer dalam kalangan guru-guru tidak dapatdilaksanakan lagi kerana pendidikankomputer di sekolah-sekolah sendiri menghadapimasalah kritikal. Perisian khas untuk kursusdalam perkhidmatan serta bengkel perludibangunkan untuk memperbaiki kecekapanpengaplikasian komputer dalam kalangan guru.
  • 11. Kajian yang lepas oleh Jackson, Clements dan Jones (1984) yang bertujuan menilaitahap kesedaran dan penggunaan IT di kalangan fakulti di Universiti Georgia. Hasilnya telahmenunjukkan sikap terhadap komputer dan kesedaran penggunaan komputer di universititersebut adalah positif. Statistik menunjukkan 85% responden telah mengikuti aktivitikesedaran komputer seperti bengkel, seminar dan belajar bersendirian dan 86% respondenmempamerkan minat untuk belajar lebih mendalam lagi penggunaan IT. Manakala, dalamsatu kajian oleh Shields (1986) di Universiti Brown melaporkan lebih 80% daripadaresponden mempunyai serba sedikit pengalaman menggunakan komputer. Hampir 75%daripadanya menggambarkan pengalaman yang positif dan lebih 69% menyatakan merekaberminat menggunakan komputer dengan lebih kerap. Dapatan yang diperoleh oleh Ranjit Kaur & Chua Lay Siok (2000)menunjukkan bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara jantina, umur, kelulusantertinggi dansaiz sekolah dengan sikap terhadap penggunaan komputer. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan terhadap penggunaan komputer antarakemahiran dan pengetahuan komputer serta takut terhadap komputer. Kajian inimenunjukkan tahap penggunaan komputer di sekolah sederhana tetapi mempunyaikepakaran yang rendahuntuk membangunkan perisian komputer. Sikap terhadappenggunaan komputer dipecahkan kepada empat bahagian iaitu keyakinan, kesukaan,kebimbangan dan penggunaan dalam profesion. Keseluruhan kajian mendapati sikappenggunaan komputer adalah positif tetapi penggunaannya dalam profesion di bawahtahap purata. Dapatan kajian terhadap 60 orang guru pelatih Institut Bahasa MelayuMalaysia (IBMM) didapati bahawa 70% daripada responden menyatakan tidak tahumenggunakan komputer. Kajian- kajian ini menunjukkan masih terdapat jurang antaraharapan Kementerian Pendidikan dengan keadaan amalan sebenar yang wujud di sekolah. Kajian Agarwal & Day (1998) meninjau pengalaman fakulti di universiti atau kolejyang pernah menggunakan ICT sebagai alat pembelajaran subjek ekonomi. Hasil kajianbeliau mendapati bahan kursus yang terdapat pada web mempunyai potensi untukmeningkatkan tahap pembelajaran dari aspek persediaan kelas, menggalakkan penyertaan,menarik perhatian, dan paling penting ialah meningkatkan interaksi antara pengajar danpelajar. Kajian Agarwal dan Day (1998) tentang kesan Internet/web terhadap pembelajaran
  • 12. Ekonomi melalui Internet/web mendapati kemudahan akses maklumat denganmenggunakan Internet telah meningkatkan penggunaan data-data ekonomi. Penggunaandata-data sebenar ini telah meningkatkan kefahaman teori ekonomi. Selain itu, kajian inimendapati pembelajaran melalui Internet/web telah meningkatkan komunikasi antarapengajar dengan pelajar dan meningkatkan kualiti pembelajaran, dan juga mempunyaikesake atas pengekalan (retention) dan persepsi pelajar terhadap pelajaran Ekonomi. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintegrasiannya dalamkurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untukmembuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaanmasyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasiyang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICTdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rozina Jamaludin (2000) menyarankan bahawasatu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialahdengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru.Menyokong pendapat Rozina Jamaludin (2000) ialah Roblyer. M. &Edwards. J. (2004) yangmenyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diriakan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICTdalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Yusni Abd Rahman & Wan Mohd RaniAbdullah (2001) yang mengatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran adalahbergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali peralatan ICT.2.3 ICT DALAM PENDIDIKANRozina Jamaludin (2000) menyatakan bahawa guru merupakan aset sekolah, pelaksanaansebarang program pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan, sikap, komitmen,pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru, lebih-lebih lagi bidang yang memerlukankemahiran khusus seperti komputer dan teknologi. Para penyelidik telah membuatkesimpulan bahawa latihan guru masa kini sepatutnya dapat membantu guru untukbersikap positif terhadap penggunaan komputer. Apabila komputer diperkenal di sekolah,guru tidak berasa selesa dan cuba menolak penggunaan komputer dalam pengajaran danpembelajaran. Kajian mereka mendapati bahawa guru-guru beranggapan bahawa komputerkhususnya teknologi maklumat akan mengambil alih peranan mereka sebagai pengajar
  • 13. kerana komputer berupaya membekalkan ilmu yang lebih meluas dan ini akan mencabarprofesion dan keupayaan guru. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat sertamerangsang minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakuisebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Heinich et al, 1999). Prosespengajaran- pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaiandan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian,melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumatataumelalui sistem Internet, perisian dan pangkalan data. Menurut Rozina Jamaludin (2000), dalam konteks pendidikan, teknologi maklumatmerupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses,menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantuproses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiahdan Nor Azilah Ngah(2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologitetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahappencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Dalam hal ini IrfanNaufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilikdarjah bertemu dengan dunianyata serta membolehkan pelajar sendiri mencari maklumatdan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global dan membolehkanbahan-bahan multimedia diciptadan disebarkan dengan mudah. Selain daripada itu, Harris(2000) pula mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu :-i. Pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.ii. Koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi artikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.iii. Projek yang melibatkan penyelesaian masalah yang melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatankajian. Di samping itu pautan hiperteks dan hipermedia pula membolehkan pelajar menentukan sendiri arah tuju pembelajaran, kelajuan pembelajaran dan urutan pembelajaran.
  • 14. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) pula mendapati penggunaan ICT dalam P&Pmembolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuandaripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkaitkan pengetahuanmerentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak. Mengikut Norhaniza AbdulKadir (1994), hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam prosespengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru.Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentinganpenggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untukmenggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001) pulamengatakan bahawa latihan ICT diperlukan bukan sahaja untuk melatihkemahiran penggunaannya tetapi juga untuk meyakinkan penggunaannya dalam P&P dalamkalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan yangbaik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala beliau mendapati guru-guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan ICT dalampengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap ‘perlu belajar’ untukmeningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Penggunaan ICT ini dalam bilik darjah tradisional mempunyai kesan positif keatasproses pembelajaran. ICT ini dapat memperluaskan pembelajaran luar bilik darjah,melibatkan pakar dari luar bidang pendidikan untuk mengimbangkan hubungan antaragurudan pelajar, meningkatkan tanggungjawab dan inisiatif pelajar, memudahkan pelajar-pelajarmengakses sumber-sumber pembelajaran, dan meningkatkan penyertaandalam kelas(Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, 2000).2.4 KESIMPULAN
  • 15. Berdasarkan sorotan kajian di atas jelaslah menunjukkan sudah ramai pengkaji samaada pengkaji tempatan dan barat membuat kajian tentang keberkesanan ICT dalam P&P.Pembelajaran Berbantukan ICT merupakan kaedah pembelajaran yang paling interaktif danberinformasi serta mula diminati oleh guru dan pelajar (Yali Zhao, 2007). Hal ini jelasmenunjukkan bahawa tahap kemahiran dalam penggunaan ICT tersebut dapat membantumempertingkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitukajian ilmiah tentang keberkesanan pembelajaran subjek ekonomi berbantukan ICT masihterlalu kurang. Oleh itu diharapkan kajian ini akan menambahkan khazanah pembelajaranekonomi berbantukan ICT untuk rujukan pengkaji yang akan datang.2.5 REKA BENTUK KONSEPTUALReka bentuk konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan didalam bentuk gambar rajah. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat faktor-faktor yangmemberi gambaran mengenai tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan6 ISMPE UPSI. Terdapat tiga faktor yang ingin di lihat dan dijadikan sebagai objektif kajian.Reka bentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah di bawah :
  • 16. Rajah 1 : Gambar rajah reka bentuk konseptual untuk kajianBab 3 METODOLOGI KAJIAN3.0 PENDAHULUAN
  • 17. Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumatyang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai sesuatu penyelidikan (MajidKonting, 1990). Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan menerangkan pemilihanmetodologi kajian yang sesuai untuk di aplikasi bagi mencapai tujuan kajian asal. Untukmembincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan diberi penekanan iaitu rekabentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis,prosedur pengumpulan data dan seterusnya analisis data.3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN REKABENTUK KAJIANPada umumnya reka bentuk kajian bertujuan untuk membantu dan membimbing pengkajike arah mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian. Kaedah tinjauandigunakan di dalam penyelidikan dengan cara pengumpulan data daripada kumpulanyangdikaji dengan menggunakan satu set soalan soal selidik. Kajian yang dijalankan inimerupakan satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Pendekatan kuantitatifdiguna pakai bagi mendapatkan data yang diperlukan melalui instrumen kajian iaitu soalselidik. Melalui kaedah ini, ianya dapat memudahkan pengkaji untuk mengumpul,menganalisis dan menginterpretasikan data yang diperoleh. Semasa menjalankan kajian,pengkaji menggunakan borang soal selidik dengan harapan dapat mengumpulkan maklumatdengan cepat dan mendapat gambaran yang mendalam tentang permasalahan kajian.Responden hanya perlu menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yangdisediakan.3.2 PROSEDUR KAJIANSetiap kajian yang dijalankan haruslah mempunyai langkah-langkah kajian seperti manayangdirancang dan telah dijalankan. Begitu juga dengan kajian ini, pengkaji telah melakarkan
  • 18. langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk melengkapkan kajian ini. Langkah-langkah kajian ditafsirkan dalam bentuk gambar rajah seperti di bawah:Rajah 2 : Gambar rajah yang menunjukkan langkah-langkah yang telah dan akandijalankan di dalam kajian ini3.3 TEMPAT KAJIANKajian ini telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.3.4 PENSAMPELAN KAJIAN
  • 19. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 30 orang pelajar semester 5 ISMPE.Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan datakerana sampel sebenarnya mewakili keseluruhan populasi yang besar. Kesemua yangmenjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara pensampelan sistematik. Oleh itu, seramai 15orang pelajar semester 5 ISMPE telah dipilih dalam menjalankan kajian ini.3.5 INSTRUMEN KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan ICT dalamkalangan pelajar semester 5 dan 6 Pendidikan Ekonomi. Pengkaji menggunakan soalselidik untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden. Instrumen berbentuk soalselidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis. Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian Amengandungi 2 item tentang maklumat responden. Responden hanya perlu menandakan didalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden. Maklumat latarbelakang ini terdiri daripada jantina dan kelayakan masuk ke UPSI sahaja. Bahagian Bmengandungi 10 item yang mengukur tahap kemahiran responden terhadap penggunaanICT. Bahagian C pula terdiri daripada 14 item yang melihat tahap kekerapan respondenmenggunakan ICT. Bahagian D terkandung 6 item yang menilai keberkesanan subjek ICTyang ditawarkan kepada pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.3.6 KAJIAN RINTISMenurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaanyang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Kajian rintisjuga merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan kajian rintis
  • 20. adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yangmungkin tidak tepat atau gagal. Sebelum soal selidik ini dilaksanakan kepada responden sebenar, kajian rintisdilaksanakan terlebih dahulu oleh pengkaji. Kajian rintis dilakukan bagi menentukankesahan serta kebolehpercayaan soal selidik di samping menguji kefahaman respondenterhadap item-item dalam soal selidik yang diberikan. Tujuan kajian rintis ini dilakukanadalah untuk mengetahui tahap kebolehpercayaan item-item kajian supaya bila diulangujikepada responden yang sama atau responden yang mempunyai ciri-ciri yang sama akanmempunyai nilai ketekalan yang setara. Selain daripada itu, ianya juga dilakukan untuk memastikan ketepatan pernyataanitem dari sudut nahu dan tatabahasanya sama ada dari segi penggunaan istilah dan strukturayat supaya mudah difahami oleh responden dan mengetahui tahap kemampuanresponden untuk memahami kehendak soal selidik. Dengan ini, responden dapat menjawabpersoalan tersebut dengan baik dan jawapan tersebut menggambarkan dirinya yangsebenar. Pengkaji telah melaksanakan kajian rintis ini ke atas 15 orang pelajar semester 6ISMPE. Responden yang dipilih bukan responden sebenar kajian. Hasil daripada kajian rintisyang dilakukan, didapati bahawa responden tidak menghadapi masalah di dalam memahamiitem-item soal selidik tersebut. Borang soal selidik yang telah diisi lengkapoleh respondentelah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences Version11.5 (SPSS). Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha (α) untuk semuaitem dalam soal selidik ialah 0.55. Nilai alpha kebolehpercayaan yang sesuai digunakandalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai nilai yang lebih daripada0.70. Ini menunjukkan bahawa nilai dan tahap kebolehpercayaan item-item soal selidikadalah tinggi dan boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan sebenar.3.7 PENGANALISIS DATASemua maklumat yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan programStatistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Bagi tujuan analisis latar belakang
  • 21. responden pada Bahagian A, kaedah analisis statistik deskriptif digunakanuntuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Data-data kemudiannya disusun danditerangkan dalam bentuk jadual.3.8 KESIMPULANSecara keseluruhannya, bab ini menerangkan secara terperinci berkenaan metodologi kajianyang merangkumi reka bentuk, kaedah pensampelan, prosedur kajian dan cara-cara penganalisisan data. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan analisis data yang telahdijalankan dengan kaedah-kaedah yang telah dinyatakan untuk mendapatkan jawapankepada persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji untuk tujuan kajianini. Metodologi kajian ini membantu pengkaji dalam mencapai objektif kajian.RUJUKANAgarwal, R, & Day. A.E (1998). The Impact of The Internet on Economic Education.Journal of Economic Education. 29 (2), Pg. 99-110.Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001).Sistem komputer dan aplikasinya. Kuala Lumpur: Penerbit Venton Publishing.
  • 22. Brown, A.L. (1997), "Transforming schools into communities of thinking and learningaboutserious matters", American Psychologist, vol.5, no.52, pp.399-413.Dupagne. M. (1992). Teachers’ attitudes towards computers: A review of literature.Journal of Research on Computing in Education. 24 (3): 142-158.Gagne. R. M.(1987). Foundations of Instructional Technology. New York: LawrenceErlbaum.Heinich, R, Molenda. M, & Russell. J. D. (1999). Instructional Media and theNewTechnologies of Instruction. New York: Macmillan.Jackson. W. K, Clements D. G. and Jones. L. G. (1984). Computer Awareness and Use ataResearch University. Journal of Educational Technology Systems.13(1): Pg. 47-56.Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTSPublication & Distributors.Kellah M. Edens. (2008). The Interaction of Pedagogical Approach, Gender, Self Regulation,and Goal Orientation Using Student Responde System Technology. The Journal of Researchon Technology in Education. 41,2: Pg. 161.Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala LumpurPercetakan Nasional Malaysia Berhad.Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris dan Jamalludin Harun. (na).Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM : Satu tinjauan. 1st InternationalMalaysian Educational Technology Convention. Universiti Teknologi Malaysia.Milton Chen and William Paisley (1982). Children and Microcomputers. Beverly Hills: InSearch of Excellence. New York: Harper and Row.
  • 23. Norhaniza Abdul Kadir (1994). Tahap Penggunaan, Kemahiran Sikap danPengetahuan Pensyarah-pensyarah Pendidikan Vokasional di Kolej Menengah Vokasionalseluruh Semenanjung Tentang Komputer : Kajian Ilmiah, Ijazah Pendidikan UPM .Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains diSekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan Teknik KualaLumpur.Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), Online diperolehi daripadahttp://www.moe.gov.my/ pada 31 Julai/2009.Ranjit Kaur & Chua Lay Siok. (2000). Tinjauan penggunaan internet di kalangan guru pelatihinstitut bahasa (IBMM) ke arah pembelajaran elektronik di Institut Bahasa Melayu MalaysiaKuala Lumpur. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL KualaLumpur. 2 April.Rozina Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Siri Pengajian danPendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007). ICT daalam Pendidikan: Prospek danCabarandalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139 – 152.Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2004). Integrating educational technology into teaching. NJ:Prentice-Hall.Shields, M. (1986). Computing at Brown - An ongoing study. Perspectives In Computing . TheJournal of Research on Technology in Education. 6(2): Pg. 57-62.Simonson, M. R., Maurer, M., Montag-Torardi, M. dan Whitaker, M. (1987). Development ofa Standardized Test of Computer Literacy and a Complex Anxiety Index. Journal ofEducational Computing Reseach. 3(2): 231-247.
  • 24. Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal (2000). Pembelajaran secara elektronik (atas talian).http://www.kuwi.net.my/artikel/e-learning.htm.Yali Zhao. (2007). Social Studies Teacher’ Perspective of Techonology Integration. TheJournal of Technology and Teacher Education. 15, 3: Academic research Library.Pg. 311.Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001). Mengukur kesediaanGuruMenggunakan Komputer dalam Menajalankan Tugas Pentadbiran dan Pengajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

×