SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
Analisiskan beberapa isu yang menjadi punca Palestin menjadi negara
paling bergolak di Asia Barat. Apakah langkah-langkah yang telah
dapat menyelesaikan isu-isu berkenaan? Beri analisis dan penelitian
secara kritis dari sudut perspektif anda sebagai manusia yang melihat
kekejaman Zionis ke atas Palestin.
1.0 PENGENALAN
Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan
orang Arab Palestin yang merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang terbesar.
Konflik yang telah berlarutan sejak tahun 1947 sehingga kini masih masih tidak menemukan
sebarang jalan perdamaian walaupun dalam tempoh yang panjang itu, proses dan rundingan
damai tajaan pelbagai pihak telah dilaksanakan. Konflik tersebut semakin merumit ekoran
beberapa isu yang berlaku dan menjadikan Palestin sebagai negara paling bergolak di Asia
Barat.
2.0 Isu-isu yang menjadi Punca Palestin Menjadi Negara Paling Bergolak di
Asia Barat
2.1 Perebutan Tanah Palestin
Perebutan Tanah Perebutan tanah Palestin merupakan satu lagi punca pergolakan
yang tidak berkesudahan di Palestin. Hal ini, adalah disebabkan kepercayaan yang dipegang
oleh golongan Zionis yang terdiri daripada orang Isreal yang percaya bahawa tanah Palestin,
khususnya Jurusalem, merupakan “tanah yang dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Tanah itu
1
dianggap sebagai tanah suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah
tersebut . Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung
halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah
tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Kristian juga, menganggap tanah
tersebut sebagai tanah suci. Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut, merupakan
tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah
itu jugalah Nabi Isa disalib. Orang-orang Yahudi mempercayai hak kebebasan beragama
dan tiada paksaan dalam menganuti agama. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila
mereka sendiri seolah-olah tidak memegang dan menafikan prinsip-prinsip agama tersebut
dan melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin seperti pengusiran secara paksa,
rampasan tanah, harta dan lain-lain kekejaman yang mereka lakukan. Bagi umat Islam pula ,
tanah itu adalah tempat suci mereka kerana dua alasan iaitu merupakan kiblat pertama umat
Islam saat menjalankan ibadah solat. Di tempat itu juga terjadinya mukjizat terbesar yang
dialami oleh Nabi Muhammad, iaitu Isra Mikraj, perjalanan malam dari Masjid Haram di
Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem, kenaikannya ke langit, dan kembali lagi ke
Masjid haram . Kerana sebab itulah tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan
Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Aspek
sejarah juga menjadi faktor berlakunya konflik perebutan tanah antara Israel dengan Islam.
Hal ini terjadi apabila golongan Bani Israel yang pernah memerintah di beberapa kawasan
Palestin menjadikan faktor tersebut sebagai dorongan kepada mereka untuk mendapatkan
kembali tanah Palestin . Bani Israel mendakwa mereka layak memerintah di tanah Palestin
kerana mereka lebih lama bertapak atau mentadbir di sana. Namun begitu, kajian sejarah
menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel di beberapa kawasan di Palestin
begitu singkat tempoh masanya iaitu tidak lebih daripada 4 kurun, berbanding kerajaan Islam
2
iaitu selama 12 kurun (636–1917) . Majoriti Yahudi iaitu golongan Israel telah keluar dari
tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin selama 18 kurun manakala
penduduk peribumi tetap menetap di situ. Keadaan mula berubah apabila golongan Israel
datang kembali menuntut hak mereka yang mengatakan bahawa tanah Palestin itu adalah
kepunyaan mereka dan bertindak mengusir keluar penduduk tetap di Palestin dengan biadab
oleh rejim Zionis pada tahun 1948. Perebutan tanah ini menjadi faktor konflik antara Israel
dan Palestin sehingga berlaku kekacuan dan peperangan yang berterusan.
2.2 Perang Salib
Perang Salib telah merupakan salah satu punca yang menyebabkan Palestin menjadi
negara paling bergolak di Asia Barat .Perang Salib merupakan perang yang dianggap suci
oleh penganut agama Kristian di benua Eropah pada zaman pertengahan. Perang Salib
telah dimulakan oleh penganut agama Kristian. Tujuan utama perang ini adalah merampas
kembali tanah suci orang Kristian iaitu Baitul Muqaddis tempat lahir Nabi Isa a.s. Ketika itu,
agama Islam merupakan pesaing utama kepada agama Kristian di Eropah dan Asia Barat.
Ditambah pula dengan Keadaan ekonomi yang teruk melanda Eropah menyebabkan tuan-
tuan tanah berharap dapat mencari tanah baru untuk memantapkan kembali ekonomi. Ini
menyebabkan mereka bersatu menentang agama Islam supaya dapat menguasai kawasan
baru dan subur. Perang Salibjuga didorong oleh sebsb politik. Buktinya pemerintahan
Kerajaan Saljuk yangmengetatkan peraturan bgi orang Kristian yang mahu mengerjakan
ibadat di tanah suci mereka. Ini mendatangkan kemarahan orang Kristian dan mnyebabkan
mereka berusaha menawan tanah suci mereka. Sejak pihak Islam berjaya menawan
Palestin dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi tentera Kristian telah melakukan pelbagai
usaha menawan kembali Palestin. Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan
pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Sehingakan pada tahun 1063, Pope Alexander II
3
memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali
Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan
tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099,
tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir
200 tahun. Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada
ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang
pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi,
menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan
aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada
sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir
tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. Sejak itu, tanah suci Palestin kekal
di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Perang Salib telah menjadi punca
perpecahan orang Islam di Asia Barat. Ini menguatkan lagi semangat orang Kristian untuk
memusnahkan ketamadunan Islam yang dikatakan agung dan kuat. Walaupun pihak
Krisitian mengalami kekalahan dalam Perang Salib namun mereka telah berjaya
melemahkan kerajaan Islam yang terdapat di Asia Barat. Krisis itu tidak terhenti disitu, dan
berlanjutan untuk tempoh yang lama. Hal ini dapat dilihat apabila pada 1917, Britain
menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki
Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah
berakhir”.
2.3 Pengambilalihan tanah Arab
Pengambilalihan tanah Arab juga menyumbang kepada pergolakan di Palestin. Kesan
daripada polisi British yang dibuat di atas berdasarkan Deklarasi Balfour telah menyebabkan
kemasukan Imigran Yahudi dari Eropah barat dan Timur ke tanah Palestin. Dari sehari ke
4
sehari jumlah mereka semakin meningkat, bahkan mereka mampu membina dan
mewujudkan institusi-institusi mereka sendiri. Pada masa yang sama proses urbanisasi
menyebabkan masyarakat Arab Palestin tersisih. Sejak awal-awal lagi Yahudi telah
mengatur rancangan untuk menguasai Palestin dengan membawa masuk masyarakat
Yahudi dan kemudiaannya bertindak merampas tanah-tanah masyarakat arab serta
menghalau mereka dari tanah milik mereka. Pihak Zionis yang memiliki institusi kewangan
yang kukuh dan kuasa beli yang tinggi semasa zaman kemelesetan (depression) sekitar
tahun-tahun akhir 20an dan awal30an berjaya menebus tanah-tanah Arab dan pemilik-
pemilik yang tidak menetap di sana. Agensi Yahudi kemudiaanya mengeluarkan peladang-
peladang Arab yang mengusahakan tanah-tanah tersebut dan menyerahkan geran-geran
tanah kepada imigran Yahudi. Akibat tekanan ekonomi yang tinggi pemilik tanah-tanah
persendirian terpaksa menjual tanah milik mereka kepada pihak Zionis. Sebaliknya pihak
British hanya menjadi pemerhati dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Masyarakat Arab telah hilang hak yang sepatutnya
diperolehi oleh mereka di Tanah Air mereka sendiri sama ada dari segi ekonomi mahupun
politik. Mereka dihalang dari terlibat secara langsung soal-soal pentadbiran Palestin dan
dihalang dari menganggotai kesatuan-kesatuan sekerja. Buktinya apabila secara terang-
terangan David Ben Gurion, pemimpin Kesatuan Sekerja (kemudiannya menjadi perdana
menteri Israel yang pertama) melontarkan kata-katanya yang berbunyi:
“ To defend the fact that could not accept Arabs in my trade union, the
Histradruth: to defend preaching to housewives that they not buy at Arab store; to
defend the fact that we stood guard at orchards to prevent Arab workers from getting
jobs there... to pour kerosene on Arab tomatoes; to attack jewish housewives in the
markets and smash the Arab eggs they had bought...” (“untuk mempertahankan
5
hakikat bahawa saya tidak dapat menerima rakyat Arab dalam kesatua sekerja saya,
Histradruth, untuk pertahan gesaan saya supaya suri rumah tidak membeli dari
kedai-kedai Arab; untuk pertahan hakikat bahawa kami berkawal di kebun-kebun
untuk menghalang pekerja-pekerja Arab dari mendapat pekerjaan di sana... untuk
mencurah minyak tanah ke atas tomato Arab, untuk menyerang suri rumah Yahudi di
pasar-pasar dan memecahkan telur-telur yang mereka beli di kedai-kedai Arab”) 
Daripada ayat tersebut dapat kita gambarkan bahawa Zionis telah berusaha
memulaukan masyarakat Arab dan bertindak menghalang ekonomi mereka daripada terus
berjalan. Akibat tekanan-tekanan yang dihadapi oleh penduduk Arab menyebabkan mereka
melancarkan rusuhan-rusuhan yang membawa kepada pertumpahan darah pada tahun
1920-an.  Kejadian ini sudah tentu menjadi antara faktor penyumbang kepada perang
Arab-Israel 1948.
2.4 Cadangan pembahagian negara Palestin kepada Pihak Yahudi
Satu lagi isu yang menjadi punca pergolakan di Palestin ialah cadangan
pembahagian Palestin kepada Yahudi. Tindak balas rakyat Palestin pada tahun30an yang
menyebabkan banyak rusuhan berlaku telah membawa kepada tertubuhnya Suruhanjaya
DiRaja „Royal Commission‟ bagi menyiasat sebab-sebab berlakunya rusuhan di Palestin.
Hasil daripada siasatan telah telah diumumkan dalam Laporan Suruhanjaya Pearl. Hasilnya
menyebut…
“The situation in Palestine has reached deadlock. We cannot-in
Palestine as it is now both concede the Arab claim to self-goverment
and secure the establishment of the jewish national home” ( situasi di
Palestin sudah menemui jalan buntu. Kita tidak boleh- di Palestin pada
6
saat ini pada masa yang sama memberi laluan kepada rakyat rakyat
Arab untuk memerintah sendiri dan menubuhkan Negara Yahudi) 
Laporan ini juga mendedahkan: “The underlying causes of the
disturbance were two: the desire of the Palestinians for independence
and their hatred and fear of the establishment of the jewish National
home”.
Kekacauan tersebut berlaku atas dua sebab iaitu keinginan rakyat Palestin untuk mencapai
kemerdekaan dan kebencian serta ketakutan terhadap kelahiran Negara Yahudi.
Hasil daripada laporan itu menyebabkan Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya
Palestin dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kepada penduduk Arab dan Yahudi.
Dibawah rancangan ini 33% dari negara Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Pada
masa yang sama ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi,
manakala ratusan ribu umat Islam akan diletakkan di bawah rejim Yahudi. Cadangan ini
sudah tentu mendapat tentangan daripada umat Islam Palestin kerana tanah yang dimiliki
Yahudi tidak melebihi 5.6%. Dipihak yang lain Kongeres Zionis sedunia menyambut baik
cadangan Peel sedangkan Kongres Kebangsaan Arab sebulat suara menolak cadangan
tersebut. Keadaan ini telah mendorong kepada rusuhan dan kekacauan yang lebih teruk
melibatkan kedua-dua pihak. Pada masa yang sama British telah bekerjasama dengan
pendatang Yahudi dengan alasan kononnya mereka bertindak menghalang dan
menghapuskan pemberontakan yang dilakukan oleh masyarakat Palestin. Pada bulan April
1938, Britain telah menghantar satu lagi Pesuruhjaya penyiasatan iaitu Laporan Suruhanjaya
Woodhead untuk mengkaji aspek-aspek teknikal kepada pembahagian Palestin. Hasilnya
laporan telah merumuskan bahawa pembahagian adalah tidak praktikal. Pada Bulan Mei
kerajaan British mengeluarkan kertas putih untuk melaksanankan polisi baru iaitu penduduk
7
Yahudi dibenarkan masuk ke Palestin dalam tempoh lima tahun manakala selepas tempoh
tersebut proses kemasukan kaum Yahudi bergantung kepada kebenaran daripada orang
Palestin. Seperti yang dilaporkan dalam laporan tersebut yang berbunyi:
“Britain‟s obligations of the Jewish Nation home had been substantially
fullfiled; indefinite mass jewish immigration to and land acquisition in Palestine would
contradict Britain‟s obligations to the Palestinian; within the next 5 years, 75 000
more jews would be allowed in to the country, after which jewish immigration would
be subject to „ Arab acquiescence‟.
Hasil daripada keputusan kertas putih ini menyebabkan harapan Yahudi untuk
membina “home nation” tidak menjadi kesampaian bahkan kemasukan yahudi akan
dihadkan, pada masa yang sama penduduk asal Arab di Palestin akan melihat kemasukan
Yahudi tanpa sekatan dalam tempoh lima tahun awal. Keputusan yang dikeluarkan melalui
kertas putih itu ternyata telah mendapat tentangan daripada kedua-dua pihak sama ada
Yahudi mahupun rakyat Arab. British yang tidak mampu lagi menyelesaikan masalah
tersebut telah bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Palestin United Nation Special
Commitee On Palestine (UNSCOP). British diberi kuasa mentadbir wilayah mandate Palestin
Selama dua tahun dibawah pengawasan PBB dan membawa masuk 150,000 pendatang
Yahudi ke negara Yahudi yang dicadangkan. Palestin yang mempunyai keluasan 10, 000
batu persegi dipecahkan kepada 1,300 persegi milik Arab, yahudi memiliki 5,7000
batupersegi. Sedangkan negara arab yang dicadangkan itu terletak di kawasan yang tidak
subur di bahagian tengah Palestin dan kesebelah utara Gelilee. Resolusi 181 PBB yang
diluluskan oleh Perhimpunan Agung telah memberikan laluan kepada penubuhan negara
Yahudi di Palestin serta menamatkan mandate British. Hal ini sudah tentu mendapat
tentangan daripada penduduk arab Yahudi dibenarkan mendirikan penempatan di Tanah
8
milik mereka, secara tidak langsung membawa kepada penentangan yang lebih radikal dan
seterusnya mendorong kepada berlakunya perang Arab Israel 1948.
2.5 Penubuhan negara haram Israel
Penubuhan negara haram Israel merupakan isu terbesar yang membelengu Palestin
dalam kancah pergolakan. Sejak penubuhan Israel pada 1948, rentetan-rentetan peristiwa
siri peperangan yang melibatkan Israel dan juga “jiran-jirannya‟ di negara-negara Arab
banyak menyusul. Tindakan ketenteraan Israel di dalam peperangan bermula pada tahun
1948 dan seterusnya ke siri peperangan pada tahun 1956, 1967 dan 1973 melawan tentera
Muslim sebenarnya menggambarkan siri-siri peperangan ini adalah untuk Israel
menunjukkan kekuatan tenteranya di dunia dan juga untuk menyebar luaskan jajahan
“negaranya‟ secara haram di Palestin. Selepas kemenangannya menubuhkan “negara‟
Israel 1948, Israel kembali berperang pada tahun 1967. Peperangan ini dikenali sebagai
Perang Arab-Israel 1967, ia merupakan peristiwa sejarah penting di antara pertelingkahan
Israel dan juga negara-negara Arab. Peperangan ini bermula pada 5 Jun 1967 sehingga 10
Jun 1967. Peperangan ini hanya mengambil masa enam hari sahaja sehingga ia mendapat
julukan “Six Days War’ atau Perang Enam Hari. Bangsa Yahudi begitu teruja untuk membina
negara di tanah Palestin kerana ia merupakan „Tanah Rahmat‟ yang menjadi rebutan tiga
agama, iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Ketiga-tiga agama ini mempunyai matlamat masing-
masing untuk menawan tanah tersebut. Hal ini disebabkan tanah Palestin sangat mulia di
sisi ketiga-tiga agama ini. Impian Yahudi ingin membina penempatan mereka di Palestin
mendapat persetujuan kerajaan British. Hal ini apabila deklarasi Balfour telah diluluskan oleh
kerajaan British.
9
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas
tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya.
Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui
tentang ketidak adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin
kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka
Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah
mengeluarkan `Ketetapan 181' yang malang pada 29hb November 1947 dengan
membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya
yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan
ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat
Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan
mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat. Laporan Badan
Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-
adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah
negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun suara PBB juga boleh dibaratkan
bagai angin lalu dan tidak mampu membawa perubahan yang besar kepada nasib rakyat
Palestin yang tertindas dan menjadi mangsa kerakusan Zionis.
2.6 Status Baitul Maqdis Timur
Pada 30 tahun 1967 selepas berperang dengan Mesir, Jordan dan Syria, Israel
berjaya menguasai Tebing barat, Gaza, Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Pada 27 Julai
tahun yang sama, Israel mengumumkan Baitul Maqdis kekal di bawah penguasaannya.
Pada 30 Julai 1980, Israel mengumumkan Baitul Maqdis keseluruhannya termasuk di
bahagian timur adalah ibu negara Israel selama-lamanya menerusi Undang-undang
10
Jurusalem yang diluluskan oleh Kanesset, Parlimen Israel. Penaklukan Baitul Maqdis Timur
oleh Israel menyaksikan proses ‘meyahudikan’ kota bersejarah tersebut dilakukan secara
agresif oleh Israel. Lebih 75,000 penduduk Arab Islam iaitu kira-kira 81 peratus dan Arab
Kristian berjumlah 17 peratus mula berdepan dengan tindakan Israel merampas tanah-tanah
mereka, meruntuhkan bangunan kedai dan kediaman dan sebahagian besar penduduk Arab
ini keluar dari penempatan mereka di Baitul Maqdis Timur. Contohnya bangunan Parlimen
Israel telah dibina diatas runtuhan kampung Latta.
Isu ini telah diberi perhatian timbulkan dalam draf resolusi British yang menuntut
pengunduran British dari Wilayah-wilayah Arab. Soal pengunduran tentera Israel dari
wilayah-wilayah Arab yang ditakluki oleh Israel ketika perang 1967 ini menimbulkan
kontroversi berikutan persoalan yang timbul ialah sama ada draf resolusi British ini menuntut
pengunduran ‘menyeluruh’ Israel dari seluruh wilayah Arab yang ditakluki pada 1967 atau
pengunduran ‘sebahagian’ sahaja. Hal ini kerana berbanding dengan draf-draf yang lain, draf
British hanya menyebut, “withdrawal from territories” dan bukannya “withdrawal from the
territories.” Draf ini menimbulkan persoalan, apakah pengunduran yang dituntut daripada
Israel adalah secara menyeluruh atau hanya wilayah-wilayah tertentu sahaja berdasarkan
‘budi bicara’ Israel? Hal ini kerana tanpa memasukkan frasa ‘the’, maka ayat dalam draf
tersebut bersifat umum dan tidak tegas serta bergantung kepada tafsiran yang berbeza
daripada mereka yang terlibat. Berbanding dengan draf yang dikemukakan oleh Amerika
Latin dan Carribean yang secara jelas menuntut pengunduran Israel tanpa syarat dan
menyeluruh dari seluruh wilayah Arab yang ditakluki pada perang 1967 ini. Draf Amerika
Latin misalnya memasukkan frasa, “Urgently requests Israel to withdraw all its forces from
ALL the territories occupied by it as a result of the recent conflict.”
11
Menjelang tujuh hari sebelum pengundian di PBB, Lord Caradon sebagai wakil Britain
di PBB berusaha untuk meyakinkan negara-negara Arab bahawa draf resolusi tersebut
bersifat adil dan seimbang. Malah beliau cuba meyakinkan pemimpin Arab bahawa draf
tersebut tidak akan merugikan negara-negara Arab dalam jangka masa panjang. Hal ini
berikutan dengan penentangan negara-negara Arab yang bertegas mahukan agar frasa ‘the’
dimasukan ke dalam versi teks yang berbahasa Inggeris itu, sekaligus membawa konotasi
pengunduran Israel secara menyeluruh dari wilayah-wilayah Arab yang diduduki tanpa
syarat. Malahan mereka bersependapat bahawa tanpa frasa ‘the’ sebelum “territories”
membawa maksud pengunduran yang terhad (partial withdrawal) oleh regim Zionis.
Justeru dalam usaha meyakinkan pemimpin Arab bahawa British bersikap adil dalam
merangka draf tersebut, maka pada 15 November 1967, Caradon telah mengadakan
pertemuan dengan wakil-wakil negara Arab khususnya Menteri Luar Mesir, Mahmoud Riad.
Riad yang telah ditunjukan draf tersebut kemudiannya telah bertanya kepada Caradon,
apakah teks tersebut menunjukkan bahawa Israel hanya akan berundur untuk wilayah-
wilayah tertentu sahaja dan bukannya secara menyeluruh. Caradon dengan tegas
menyatakan bahawa, “of course not! The text means ALL and not some of the territories!”
Walau bagaimanapun desakan pemimpin Arab, Soviet Union dan dunia Islam untuk
memasukkan frasa ‘the’ ini telah mendapat bantahan daripada Amerika Syarikat dan Israel.
Pada 17 Jun 1967, negara-negara Amerika Selatan dan Caribbean telah mendesak
agar status Baitul Maqdis dikembalikan kepada pentadbiran antarabangsa. Negara-negara
ini bersepakat menyifatkan bahawa penaklukan wilayah Arab oleh Israel mencabul undang-
undang antarabangsa. Bagi pihak British pula, pada 21 Jun 1967 ketika berucap di PBB,
Setiausaha Luar Britain, George Brown telah mencadangkan keperluan mewujudkan
pemerhati khas PBB dan peranan UNTSO (United Nations Truce Organization) diperkuatkan
12
bagi memastikan perjalanan proses damai lancar. Beliau juga menegaskan tidak perlu wujud
‘territorial aggrandizement” yang merujuk kepada tindakan Israel ingin memasukkan Baitul
Maqdis sebagai wilayah Israel. Brown kemudiannya mengingatkan Israel bahawa tindakan
Israel menjadikan Baitul Maqdis sebagai sebahagian wilayahnya akan menjadikan Israel
kehilangan simpati antarabangsa. Laporan berhubung Baitul Maqdis Timur (Jerusalem
Timur) oleh Ernesto A. Thalman, wakil Setiausaha Agong PBB, U-Thant pada September
1967 mengesahkan tindakan tidak bertanggungjawab Israel jelas bertentangan dengan
undang-undang antarabangsa. Thalman dalam laporan beliau mengkritik Israel yang
mengaplikasikan undang-undang Israel di Baitul Maqdis mulai 28 Jun 1967.
Ternyata disebalik kritikan-kritikan yang dilaung-laungkan berhubung pelan damai
Asia Barat, British juga mempunyai agenda tersembunyi yang tidak jauh bezanya dengan
pihak-pihak lain yang lebih melihat kepentingan sendiri sebagai suatu keutamaan. Hal ini
terbukti apabila Pejabat Luar British telah mengadakan satu mesyuarat sulit untuk
menghadapi perbahasan dan pengundian di PBB berhubung proses damai Asia Barat pada
5 Julai 1967. British dan Washington telah dijangkakan bahawa negara-negara pro-Soviet
akan membentangkan pelan damai pada 12 Julai 1967. Pelan damai itu akan dibentangkan
oleh Yugoslavia dan disokong oleh India, Soviet dan negara-negara Arab yang dianggap
revolusioner seperti UAR dan Syria. Mesyuarat sulit bersama Washington telah memutuskan
bahawa pihak British akan mengundi untuk menentang draf tersebut. Di samping itu, dengan
sokongan Amerika, British juga akan melobi Austria, Thailand (duta Thai ke PBB, Thanat
Khoman ketika itu berada di London) dan Malta sebagai anggota tidak tetap Majlis
Keselamatan PBB agar mengundi menolak draf damai yang akan dibentangkan oleh
Yugoslavia kerana draf tersebut dijangka tidak menyebelahi Israel. Apa yang jelas, Amerika
tidak bersetuju dengan dua perkara iaitu meminta tentera Israel berundur dari wilayah yang
13
ditakluki dan kembali kepada persempadanan sebelum 5 Jun 1967. Pihak British
kemudiannya telah bersetuju dengan desakan Amerika. British juga berpendapat bahawa
sekiranya draf pelan damai yang akan dikemukakan oleh Yugoslavia diterima, maka terdapat
kemungkinan Soviet akan mengusulkan pula sekatan ekonomi ke atas Israel yang masih
berdegil. Usul sekatan ekonomi ke atas Israel pula sudah pasti akan diveto oleh Amerika.
Setelah pelbagai kemungkinan dikaji berhubung draf ini, British memutuskan untuk
menggunakan pendekatan diplomatik paling licik bagi menjaga kepentingan London di
negara-negara Arab. British berpendapat bahawa menolak keseluruhan draf tersebut
bukanlah satu pendekatan diplomatik yang bijak. Sebaliknya London memutuskan untuk
memberikan sokongan bersyarat dan terhad kepada perenggan-perenggan tertentu sahaja
dan bukannya keseluruhan draf. Perenggan yang sudah pasti ditolak oleh British ialah “we
should state clearly our objection to the word ‘immediately’ [Israel withdrawal].”
Keengganan pihak British untuk memasukkan frasa ‘the’ ini sememangnya tidak sukar
difahami memandangkan sejak awal perbincangan proses damai ini, London berpegang
kepada pendirian bahawa mereka akan hanya menyokong resolusi yang tidak menghentam
Israel, “to vote any moderate worded resolution at the United Nations condemning Israel
aggression and abstain on any immoderately worded resolution.” Justeru tidak hairanlah
selepas perang 1967, British tidak menyokong sebarang usaha untuk mengkritik keganasan
Israel secara tegas. Contohnya ialah cadangan yang dibawa oleh Albania pada 4 Julai 1967
di PBB yang mengkritik keganasan Israel telah ditolak oleh Britain. Sikap British dalam
merangka draf resolusi damai ini dilihat condong menyokong Israel. Setiausaha Luar Britain,
George Brown sebelum ini menentang tindakan “territorial aggrandizement” oleh Israel.
Namun pendirian ini amat mencurigakan berdasarkan temubual Brown dengan Radifussion
Television pada 27 Jun 1967. Melalui transkrip perbualan itu, beliau antara lain menyatakan;
14
Alastair Burner: The PM’s Israel, Mr. Eshkol is on the record as saying that Israel does not
want territorial aggrandizement. By ordering Israel to pull George Brown: I didn’t either
order Israel to pull back or even say that she should . What I said was the ones we
already had; and I asked her to be careful about the Old City of Jerusalem. I didn’t
mention withdrawal. Now in my own view and I said to everybody I saw in New York, I
said that withdrawal require some balancing things that Israel need to know, this time she
can lives.”
Ironinya ialah apakah Brown bermaksud bahawa Israel berhak untuk kekal di wilayah-
wilayah Arab yang ditakluki secara tidak sah dalam perang ini hanya kerana Israel beralasan
bahawa keselamatannya masih tidak terjamin. Jika tanggapan ini benar, maka apakah
pengunduran hanya boleh dilakukan oleh Israel sekiranya pada pandangan Tel Aviv negara
tersebut terjamin keselamatannya biarpun tindakan menakluki wilayah asing melalui
peperangan adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan piagam PBB?
Hakikatnya walaupun British mewar-warkan ke seluruh dunia khususnya kepada negara-
negara Arab penentangan London terhadap ‘territorial aggrandizement” seperti dalam
kenyataan Brown sebelum ini, namun justifikasi penentangan itu sebenarnya bersifat retorik
politik dan diplomasi semata-semata. Selain daripada kenyataan mencurigakan Brown
dalam wawancara di atas, sikap pihak British ini boleh dipertikaikan apabila dalam masa
yang sama London tidak menolak kaedah “frontier adjustment.” Kaedah ini bermaksud
bahawa Israel boleh mengubah sempadan wilayahnya seperti menduduki wilayah-wilayah
Arab secara haram melalui peperangan. Hakikat ini diterangkan sendiri oleh Menteri Luar
Britain, George Thomson ketika menjelaskan kenyataan Brown tentang konsep “territorial
aggrandizement” iaitu;
15
“…the reference to territorial aggrandizement did not mean that frontier adjustment were
precluded as a part of eventual settlement.”
Selain daripada itu, British juga mengakui bahawa untuk mencapai keamanan jangka
panjang maka sedikit ‘pembetulan’ (rectification) perlu dilakukan terhadap garis sempadan
yang diwujudkan oleh PBB dari tahun 1949 sehingga 5 Jun 1967. Sebenarnya jika
diperhalusi, frasa ‘rectification’ di sini bermaksud, pihak British bersetuju agar wilayah Israel
diperluaskan lagi secara haram selepas 11 Jun 1967. Hal ini juga bermakna, British secara
langsung menyokong ‘territorial aggrandizement’ oleh Israel. Justeru kerana itulah, apabila
British dikritik berhubung frasa ‘the’ dalam draf mereka, British seboleh-bolehnya cuba
mengelakkan daripada menjelaskan secara terperinci maksud frasa tersebut. Dasar British
ini amat ketara dalam kenyataan Brown tentang dasar Britain terhadap penaklukan wilayah
Arab dalam perang ini;
“It is our view that in the long term the security of the area requires some rectification of the
1949-67 frontiers; a position which make it difficult for us to please the Arabs. We should
therefore remain so far as possible, silent on questions concerning frontier rectification.”
Malahan apa yang lebih ‘melucukan, British memberikan alasan pula bahawa mereka
enggan memasukkan frasa the dalam draf mereka sebagai bukti bahawa mereka
mengamalkan dasar ‘neutrality’, ‘impartiality’ dan ‘equilibrium’ dalam konflik Arab-Israel.
Selain istilah ‘rectification’, British juga menggunakan pelbagai istilah lain untuk
menghalalkan sokongan mereka terhadap penaklukan Israel termasuklah istilah
‘modification’.
16
“…and subject to agreement between parties that small modifications for the
purpose of the suppression of anomalies (or for any other purpose which may be
agreed between them are not excluded.”
Kenyataan British ini kelihatannya hampir sama dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh
sekutu-sekutu Israel yang lain walaupun mungkin istilah yang digunakan agak berbeza.
Peranchis misalnya menggunakan istilah ‘minor rectification’.
“The accord should establish the frontier between Israel and Jordan and the
basis of the armistice lines and in accordance with the principle of the inadmissibility
of the acquisition of territory by war. Nevertheless, minor rectification might be made
to the armistice lines by agreement between parties.”
Tidak ketinggalan pastinya Amerika Syarikat yang menggunakan istilah “insubstantial
alteration.”
“The Security council resolution neither endorses nor precludes these
armistice lines (the lines in 1949) as the definitive political boundaries … We believe
that while recognized political boundaries must be established and agreed upon by
the parties, any changes in the pre-existing lines should not reflect the weight of
conquest and should be confine insubstantial alteration required for mutual security.”
Kenyataan pihak British dan sekutunya sememangnya selari dengan hasrat Israel yang turut
menolak kemasukan ‘the’ dalam draf tersebut.
Pada 22 November 1967, draf British ini telah diusulkan dan diundi di PBB. Hasil
daripada strategi dan diplomasi halus pihak British khususnya dalam memancing undi
negara-negara Arab, kesemua 15 ahli Majlis Keselamatan PBB mengundi menyokong draf
17
British ini yang kemudiannya telah diterima sebagai resolusi damai 242 PBB tanpa pindaan.
Yang jelas walaupun resolusi British ini telah berjaya dalam mendamaikan secara sementara
kedua-dua pihak yang berperang namun resolusi ini hakikatnya jelas bersifat berat sebelah.
Dengan lulusnya resolusi yang ditaja oleh Britain ini juga, dasar imperialisme Israel
kelihatannya telah diperakui sah dari segi undang-undang antarabangsa oleh PBB. Malahan
selepas resolusi ini diluluskan, wilayah Israel telah bertambah luas melalui penaklukan
terhadap wilayah-wilayah Arab pada 1967 seperti Bukit Golan, Sinai, Gaza, Tebing Barat
dan Baitul Maqdis. Pemansuhan garis sempadan yang dibina sejak perjanjian 1949 kini tidak
relevan lagi apabila PBB sendiri melalui kempen-kempen oleh British tersebut mengesahkan
perluasan sempadan Israel ke atas wilayah-wilayah Arab melalui Resolusi 242.
Perang 1967 sememangnya memberikan keuntungan yang besar kepada Israel,
namun bagi pihak negara-negara Arab, perasaan marah dan tidak puas hati mereka masih
terpendam. Kemarahan mereka terhadap pelan damai tajaan British ini akhirnya
diterjemahkan dalam perang Arab-Israel seterusnya iaitu pada bulan Oktober 1973.
Berdasarkan kepada dokumen-dokumen British ini jelas menunjukkan bahawa Resolusi
damai 242 yang ditaja oleh British pada tahun 1967 ini mempunyai kelemahan yang ketara.
Sama ada kelemahan itu disengajakan atau tidak, hakikatnya pelan tersebut gagal untuk
membawa damai yang berkekalan di Asia Barat. Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain
dan kini menjadi wakil khas Quartet di Asia Barat patut mengambil pengajaran bahawa
kedamaian yang dicari di rantau tersebut hanya akan tercapai sekiranya keadilan ditegakkan
dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Sesungguhnya dalam sebarang proses damai,
agenda terselindung dan sikap berat sebelah sewajarnya dielakkan bagi membina masa
depan Asia Barat yang lebih aman dan makmur.
18
Pada 12 Julai 1967, perbahasan berhubung draf Yugoslavia telah diadakan di Majlis
Keselamatan PBB. Walau bagaimanapun, draf yang dikemukakan oleh Yugoslavia ini
kemudiannya gagal untuk mendapat undi majoriti di Majlis Keselamatan PBB. British dan
Amerika pula secara jelas menentang sebarang desakan yang menuntut pengunduran serta
merta tentera Israel dari wilayah-wilayah Arab yang ditakluki tanpa sebarang syarat.
Kegagalan draf Yugoslavia ini amat melegakan Britain dan Amerika. Lantas kedua-dua
sekutu ini telah merangka strategi bagi mengusulkan pelan damai tajaan mereka sendiri.
Bermula pada 9 hingga 10 Ogos 1967, perbincangan untuk merangka pelan damai ini telah
dijalankan di Washington. Rundingan kemudiannya diteruskan di London pada 15 Ogos.
Menurut wakil Britain di PBB, Lord Caradon bahawa dalam pelan damai yang dirangka ini
maka kepentingan British di Asia Barat mesti diberikan perhatian penting. British juga
merasakan bahawa satu pelan damai yang komprehensif adalah perlu memandangkan
Israel tidak mungkin mengundurkan tenteranya dari wilayah Arab yang ditakluki kecuali
keselamatan berkekalan bagi Israel dijamin sepenuhnya oleh negara-negara Arab.
Pada 14 hingga 15 September 1967, satu lagi mesyuarat antara Jabatan Negara
Amerika dan Pejabat Luar British berhubung pelan damai Asia Barat diteruskan di London.
Kedua-dua pihak bersependapat bahawa proses damai Asia Barat mesti disegerakan dan
diterajui oleh Amerika dan Britain bagi mengekang pengaruh Soviet di negara-negara Arab .
Dalam mesyuarat sulit tersebut, Setiausaha Rendah Tetap Britain bagi Hubungan Luar, Sir
P. Gore Booth pula menegaskan bahawa Amerika perlu memberikan tekanan kepada Israel
supaya lebih bersikap fleksibel dalam isu Baitul Maqdis yang merupakan kunci perdamaian
di Asia Barat. Selain itu, Amerika dan Britain pada dasarnya bersetuju bahawa tekanan juga
perlu diberikan kepada Soviet. Amerika pada asasnya bersetuju dengan saranan pihak
19
British tetapi menegaskan bahawa agak sukar untuk terlalu menekan Israel memandangkan
Amerika akan menghadapi pilihanraya presiden tidak lama lagi.
Selanjutnya pada 14 September, Rostow telah mengadakan mesyuarat berasingan
dengan Setiausaha Luar Britain, George Brown. Dalam mesyuarat tersebut, Rostow
menjelaskan bahawa Amerika akan cuba untuk mengawal Israel walaupun Israel menuntut
penyatuan Baitul Maqdis Timur sebagai wilayah Israel yang pada pandangan Amerika
sebagai ‘very negotiable.” Brown pula menyatakan bahawa penyelesaian damai Asia Barat
perlu di bawah tajaan Amerika dan Britain bagi mengekang sebarang dominasi blok komunis
untuk menaja perjanjian damai yang akan merugikan mereka dan Israel.
Biarpun Israel telah menawan wilayah Baitul Maqdis Timur ini dan berusaha
menjadikannya sebagai sebahagian wilayah Israel, namun draf British tidak langsung
menyentuh soal Baitul Maqdis ini. Sebagai perbandingan, draf yang dibentangkan oleh
negara Amerika Latin dan Carribean menyatakan dengan jelas tuntutan agar isu Baitul
Maqdis diputuskan segera sebagai sebahagian pelan damai. Kegagalan pihak British untuk
memasukkan isu Baitul Maqdis Timur dalam draf pelan damai tersebut agak menghairankan
kerana isu Baitul Maqdis yang di dalamnya terletak Masjid Al-Aqsa ini merupakan isu paling
penting dalam proses pelan damai Asia Barat. Pakar undang-undang antarabangsa,
Profesor Elihu Lauterpacht dan R.H Pfafff misalnya menyifatkan bahawa dalam sebarang
rundingan damai, Jerusalem adalah kunci utama perdamaian Arab-Israel.
2.7 Ideologi Zionisme
20
Golongan Israel telah menubuhkan gerakan Zionisme sebagai sebuah gerakan
keagamaan yang dijalankan oleh orang-orang Yahudi . Keadaan ini menyebabkan mereka
ingin mendapatkan negara atau kawasan untuk dijadikan pusat penyebaran agama mereka.
Malahan mereka percaya kerajaan mereka atau pusat penyebaran agama mereka perlu
dipusatkan pada tempat turunnya kitab Injil iaitu di kawasan Palestin dan kawasan ini juga
berlakunya kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. Theodor
Herzl (1860-1940), seorang wartawan Yahudi berasal dari Austria telah membawa ideologi
zionisme dalam agenda dunia pada akhir abad ke-19. Herzl dan rakan-rakannya melihat
“keyahudian” sebagai sebuah nama ras bukan sebuah masyarakat beriman. Mereka
mengatakan bahawa orang-orang Yahudi menjadi sebuah ras terpisah dari bangsa Eropah
dan ini menyebabkan amat mustahil bagi mereka untuk hidup bersama-sama. Oleh sebab
itu, amat penting bagi mereka untuk membangun tanah air mereka sendiri. Pada mulanya
Rheodor Herzl mencadangkan Uganda sebagai tempat atau negara orang Yahudi tetapi
kemudiannya memutuskan Palestin menjadi negara orang-orang Yahudi. Alasannya Palestin
dianggap sebagai “tanah air bersejarah bagi orang Yahudi”. Ideologi Zionisme juga
menekankan bahawa mereka tidak hidup aman dan damai dengan bangsa-bangsa lainnya.
Keadaan ini telah menyebabkan konflik Palestin-Israel berlarutan sehingga mencapai satu
masa yang sangat panjang dan menjadikan keadaan di bumi Palestin huru-hara.
Konflik ini mula tercetus apabila Israel dimasukkan ke dalam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB). PBB yang cuba mencari penyelesaian kepada masalah pelarian
yang terdiri daripada golongan Yahudi ini telah mencadangkan supaya 100 000 rakyat
Palestin dimasukkan dan diterima menjadi rakyat Israel tetapi cadangan ini telah ditolak
mentah-mentah oleh golongan Yahudi . Hal ini kerana golongan Yahudi inginkan negara
Israel dihuni oleh rakyat yang terdiri daripada golongan beragama Yahudi sahaja dan tidak
21
mahu menerima golongan lain terutamanya golongan Islam. Keadaan ini telah mendorong
berlakunya perebutan tanah di Palestin yang mencetuskan konflik antara Israel dan Palestin.
Hal ini kerana, mereka percaya bahawa tanah di Palestin adalah tanah suci mereka dan
berhak terhadap tanah tersebut, keadaan ini menjadi faktor konflik kepada Isreal dan
Palestin sehingga tercetusnya peperangan dan kematian.Perebutan Tanah Perebutan tanah
antara Isreal dengan Palestin adalah disebabkan kepercayaan yang dipegang oleh golongan
Zionis yang terdiri daripada orang Isreal yang percaya bahawa tanah Palestin, khususnya
Jurusalem, merupakan tanah suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah
tersebut . Orang-orang Yahudi mempercayai hak kebebasan beragama dan tiada paksaan
dalam menganuti agama. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila mereka sendiri seolah-
olah tidak memegang dan menafikan prinsip-prinsip agama tersebut dan melakukan
kezaliman ke atas rakyat Palestin seperti pengusiran secara paksa, rampasan tanah, harta
dan lain-lain kekejaman yang mereka lakukan. Pandangan golongan Islam pula berbeza
dengan golongan Yahudi (Israel) yang menafikan hak dan tuntutan orang-orang Yahudi
terhadap bumi Palestin ini . Hal ini kerana, golongan Islam berpendapat bahawa tanah
Palestin terutamanya Jurusalem adalah tempat suci mereka kerana dua alasan iaitu
merupakan kiblat pertama umat Islam saat menjalankan ibadah solat. Selain ia disebabkan
tempat terjadinya mukjizat terbesar yang dialami oleh Nabi Muhammad, iaitu Isra Mikraj,
perjalanan malam dari Masjid Haram di Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem,
kenaikannya ke langit, dan kembali lagi ke Masjid haram .
Aspek sejarah juga menjadi faktor berlakunya konflik perebutan tanah antara Israel
dengan Islam. Hal ini terjadi apabila golongan Bani Israel yang pernah memerintah di
beberapa kawasan Palestin menjadikan faktor tersebut sebagai dorongan kepada mereka
untuk mendapatkan kem bali tanah Palestin . Bani Israel mendakwa mereka layak
22
memerintah di tanah Palestin kerana mereka lebih lama bertapak atau mentadbir di sana.
Namun begitu, kajian sejarah menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel di
beberapa kawasan di Palestin begitu singkat tempoh masanya iaitu tidak lebih daripada 4
kurun, berbanding kerajaan Islam iaitu selama 12 kurun (636–1917) . Majoriti Yahudi iaitu
golongan Israel telah keluar dari tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin
selama 18 kurun manakala penduduk peribumi tetap menetap di situ. Keadaan mula
berubah apabila golongan Israel datang kembali menuntut hak mereka yang mengatakan
bahawa tanah Palestin itu adalah kepunyaan mereka dan bertindak mengusir keluar
penduduk tetap di Palestin dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun 1948. Perebutan
tanah ini menjadi faktor konflik antara Israel dan Palestin sehingga berlaku kekacuan dan
peperangan yang berterusan.
2.8 Masalah Perlarian Akibat Tragedi Perang Arab-Israel 1967
Perang Arab-Israel 1967 amat penting dalam sejarah konflik Arab-Israel sejak tahun
1947. Hal ini kerana kesan daripada peperangan tersebut kekal sehingga kini khususnya
penaklukan Israel ke atas wilayah-wilayah Arab seperti Bukit Golan, Tebing Barat, Sinai,
Baitul Maqdis Timur dan Gaza. Pada 5 Jun 1967, tepat pukul 7.45 pagi waktu Israel (8.45
pagi waktu Kaherah), jet-jet pejuang Israel telah membedil kedudukan pangkalan tentera
Arab di Mesir, Syria, Iraq dan Jordan. Sementara itu, pangkalan tentera udara Mesir di
sekitar Kaherah, Terusan Suez dan Lembah Nil menjadi sasaran utama bedilan jet pejuang
Israel. Serangan udara Israel ini menandakan permulaan perang 6 hari Arab-Israel 1967.
Perang ini kemudiannya berterusan dari 5 Jun hingga 11 Jun 1967, sebelum Israel dan
23
negara Arab bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata berdasarkan resolusi PBB
233, 234 dan 235.
Perang yang berlaku selama enam hari ini menyaksikan pakatan negara Arab yang
diketuai oleh Presiden Gamal Abdul Nasser dari United Arab Republic (UAR) tumpas kepada
Israel dalam keadaan yang amat memalukan. UAR selain kehilangan wilayahnya di Gaza
dan Sinai turut menyaksikan lebih 15 ribu tenteranya terkorban dan lebih 5000 lagi hilang
tanpa dikesan. Manakala lebih 700 tentera Jordan terkorban dan 450 tentera Syria maut.
Sementara bagi Israel pula 679 orang tenteranya telah terkorban. Dari segi kemusnahan
kelengkapan pertahanan pula, lebih 15 peratus daripada kelengkapan tentera UAR bernilai
lebih US$2 juta telah dimusnahkan termasuklah 320 kereta kebal, 480 senjata berat dan
ringan dan 10,000 kenderaan tentera telah dirampas oleh Israel. Lebih 85 peratus
kelengkapan pertahanan udara UAR telah dimusnahkan oleh Israel.
Perang ini juga menyaksikan masalah pelarian Palestin kian meruncing khususnya
dengan pertambahan pelarian yang mendadak dari Tebing Barat. Pelarian- pelarian perang
ini menjadi sasaran keganasan pihak tentera Zionis yang begitu dashyat dalam sejarah
peradaban manusia. Antara keganasan tentera Zionis yang paling terkenal dan tidak dapat
dilupakan adalah kekejaman yang dilakukan oleh mereka bersama militan Kristian Lebanon,
Phalangist terhadap kem pelarian Sabra dan Shatila pada September 1882. Misi
pembunuhan kejam terhadap penduduk kem berkenaan dilaporkan telah dilakukan atas
arahan Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri
Israel. Peristiwa tersebut berpunca daripada pembunuhan Bachir Gemayel (ketua kumpulan
Nasrani Lubnan, Phalangist yang terkenal dengan kekejamannya). Palestin Liberation
Organization (PLO) dituduh terlibat dengan pembunuhan itu lalu menimbulkan kemarahan
Phalangist lalu mereka berpakat dengan Israel bagi menceroboh kem Sabra dan Shatila
24
yang menenpatkan pelarian Palestin. Phalangist telah menyembelih beratus-ratus orang
pelarian Palestin di kem itu dalam tempoh 36 jam. Manakala Pasukan Pertahanan Israel
(IDF) pula mengawal setiap pintu masuk ke kem itu. International Committee of the Red
Cross (ICRC) melaporkan sebanyak 2,750 orang mangsa terkorban, manakala Amon
kapeliouk, seorang wartawan Israel yang terkenal melaporkan lebih 3,000 orang telah
terkorban. Namun demikian, pihak tentera Israel hanya melaporkan sebanyak 700 hingga
800 orang sahaja yang terkorban.
Krisis pelarian Arab mencapai tahap kritikal sehingga Perhimpunan PBB meluluskan
ketetapan 1948 (III) pada 11 Disember 1948 iaitu, „the refugees wishing to return to their
homes and live at peace with their neighbours should be permitted to do so at the earliest
practicable date.‟. Pelarian yang berhasrat untuk pulang ke kampung halaman mereka dan
hidup secara aman bersama jiran-jiran mereka perlu diizinkan untuk berbuat demikian pada
tarikh munasabah yang paling awal. Usaha untuk menguruskan pelarian telah diserahkan
kepada Suruhanjaya Perdamaian Palestin. Namun, rejim Zionis Israel langsung tidak
mengambil endah tentang ketetapan PBB tersebut. Pendirian ini dirumuskan oleh Perdana
Menteri Israel David Ben Gurion iaitu, „Israel cannot and will not accept return of Arab
refuges to Israel Territory”. Israel tidak boleh dan tidak akan menerima kepulangan pelarian
Arab ke wilayah Israel. Negara haram Israel tetap konsisten dengan pendiriannya, malah
terus mencabar mana-mana ketetapan PBB yang berkaitan dengan kepulangan pelarian
Arab ke tanah air mereka yang sah. Kebiadaban Israel sedia dimaklumi kerana kuasa
imperialis Barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat terus merestui tindak-tanduk Negara
haram tajaannya meskipun mendapat bantahan masyarakat antarabangsa. Resolusi 181
PBB membuka satu episode sedih yang akan terus dideritai oleh rakyat Palestin untuk
setengah abad berikutnya.
25
Sebaik sahaja gencatan senjata ditandatangani pada 11 Jun 1967, pihak Soviet
dalam Sesi perdebatan bagi mencari damai yang telah berlangsung di Majlis Keselamatan
PBB telah mengkritik penaklukan ganas Israel yang disifatkan sebagai “the Hitlerite
invaders.” Wakil-wakil Arab dengan sokongan Soviet juga begitu lantang mengkritik
kekejaman Israel dan mendesak PBB untuk bertindak lebih tegas terhadap Tel Aviv. Wakil
Arab Saudi, Jamil M. Baroody misalnya mengkritik kelemahan U-Thant dalam
mengendalikan krisis ini. Sementara itu kekejaman Israel telah menimbulkan cadangan dari
beberapa negara iaitu Argentina, Brazil, Ethiopia dengan sedikit perubahan atas cadangan
Mali di PBB untuk mendesak Israel menghormati empat prinsip Konvensyen Geneva, 1949
berhubung layanan terhadap mangsa perang.
Lanjutan dari itu, mulai 11 Jun 1967 PBB telah melantik Jeneral Odd Bull untuk
menjadi ketua agensi pemerhati PBB di wilayah yang berkonflik ini. Pada 14 Jun, Bull telah
mendesak Israel agar memberikan kebebasan kepada pegawai PBB untuk melaksanakan
tugas mereka memantau perjalanan gencatan senjata. Menteri Luar Britain, George
Thomson dalam kenyataan beliau di House of Commons menegaskan bahawa Britain akan
memainkan peranan yang aktif dalam menyokong usaha Jeneral Bull. Malahan beliau
berharap juga agar pemerhati PBB yang selama ini telah dihalang oleh Israel dari memasuki
wilayah yang ditaklukinya akan dapat kembali ke rumah kerajaan di Baitul Maqdis.
Walau bagaimanapun, draf yang dibentangkan oleh Lord Caradon (wakil British)
pada bulan November 1967 telah menimbulkan beberapa isu kontroversi sekaligus
menelanjangkan dasar sebenar British dalam menaja proses damai Asia Barat. Beberapa
frasa yang digunakan dalam draf ini telah menimbulkan perdebatan hangat kerana
kesamarannya dalam memberikan justifikasi yang adil dan seimbang terhadap proses damai
ini. Sekiranya dibandingkan dengan empat draf yang lain, terdapat beberapa kelemahan
26
dalam draf yang dikemukakan oleh Britain ini. Malahan tidak keterlaluan jika disifatkan draf
ini condong kepada kehendak Israel. Misalnya dalam soal pelarian Palestin, ia hanya
menyebutkan bahawa “affirm further the necessity for achieving a just settlement of the
refugee problem.”
Berdasarkan frasa ini, ia hanya menyentuh tentang menyelesaikan masalah perlarian yang
timbul dari tragedi perang 1967 ini. Namun hakikatnya tidak dinyatakan pula betapa perlunya
perlarian Palestin ini diberikan hak untuk memperolehi semula tanahair mereka yang
ditakluki oleh Israel ketika perang, atau hak untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang
berdaulat dan merdeka. Frasa ini juga tidak menjanjikan sebarang jaminan bayaran gantirugi
kepada perlarian yang dirampas tanahnya oleh Israel, sekiranya mereka enggan pulang
semula ke wilayah yang ditakluki. Menurut duta Syria ke PBB, draf British ini sukar diterima
kerana ia mengabaikan hak rakyat Palestin dan menyifatkannya sebagai “the uprooted,
disposed people in exile, crying for justice for over twenty years.” Menurut Syria lagi,
sekiranya draf British ini diterima maka masalah pelarian Palestin yang disifatkan, “another
unjust and tragic chapter in the history of the the Arab world” akan terus berlanjutan. Maka
tidak hairanlah draf British ini ditolak oleh Syria dan Pertubuhan Pembebasan Palestin
(PLO).
3.0 Langkah-langkah penyelesaian
3.1 Rundingan Damai
Antara tempoh selepas perang iaitu mulai akhir Jun hingga Oktober 1967, beberapa
siri rundingan dan perbahasan telah diadakan di PBB bagi mencari penyelesaian bagi krisis
27
Arab-Israel melalui pelan damai yang seimbang dan komprenhensif. Majlis Keselamatan
PBB telah mengadakan tujuh mesyuarat bagi membahaskan draf resolusi bagi pelan damai
di Asia Barat mulai 9 hingga 22 November 1967. Terdapat lima draf yang telah diusulkan
daripada pelbagai blok dan negara untuk diperdebatkan dalam sesi ini, dengan draf Britain
telah dibentangkan oleh Lord Caradon pada 16 November 1967. Draf pertama telah
dikemukakan oleh Mali dan Nigeria (dikenali juga dengan draf tiga kuasa). Asas kepada draf
ini adalah berdasarkan kepada draf awal yang pernah dibentangkan oleh 16 negara Amerika
Latin dan 4 buah negara Kepulauan Carribean pada bulan Julai 1967. Draf kedua datangnya
daripada negara-negara Amerika Latin sendiri. Draf yang ketiga pula datangnya dari Amerika
Syarikat. Draf yang keempat ialah dari Soviet. Manakala draf yang kelima telah
dibentangkan oleh Lord Caradon yang dirangka oleh British.
Sebenarnya dalam menyediakan draf tersebut, British telah mempertimbangkan
pelbagai kemungkinan bagi memastikan bahawa resolusi yang akan diputuskan nanti
mampu menjamin kepentingan pihak British sama ada di dunia Arab mahupun di Israel.
Malahan sejak awal lagi tumpuan diberikan agar dalam merangka pelan damai ini,
kepentingan ekonomi British di negara-negara Arab tidak terjejas. Dalam merangka draf ini,
British mengakui hakikat bahawa Israel mesti kekal di wilayah yang ditaklukinya (UAR tidak
mempunyai peluang langsung untuk menang dalam peperangan tersebut). Berdasarkan
kepada dua prinsip ini, British berusaha untuk memulihkan kepentingan ekonominya di
negara-negara Arab yang terjejas teruk selepas perang 1967.
British berharap dengan menaja proses damai Asia Barat, kepentingan London
terutama sekali kepentingan minyak dan ekonomi tidak terjejas. Pihak Pejabat Luar Britain
juga telah menyusun strategi licik bagi menunjukkan keikhlasan British dalam menaja pelan
damai ini. Britain juga telah mencampuri beberapa urusan penting dalam konflik Israel-
28
Palestin. Hal ini telah pun bermula sebelum konflik ini tercetus lagi. Antara yang jelas terlihat
adalah termeterainya Perjanjian Balfour. Perjanjian Balfour ini telah membawa impak yang
sangat besar ke atas bumi Palestin. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq
dan akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain yang
diketuai oleh General Allenby telah memasuki Palestin. Deklarasi Balfour berlangsung pada
2 November 1917 antara Arthur James Balfour Menteri Luar Britain dengan Lord Rothschild,
pemimpin Zionis Britain. Antara intipati yang terkandung dan menjadi fokus dalam perjanjian
ini adalah:
"Dengan sukacitanya saya ingin menyampaikan kepada tuan atas nama
kerajaan Baginda satu Deklarasi yang mengandungi perasaan simpati terhadap cita-
cita Zionis-Yahudi. Deklarasi ini telah diperkenankan oleh kabinet. Kerajaan Yang
Dipertuan Baginda melihat dengan penuh simpati untuk membentuk atau menjadikan
Palastin sebagai Tanah Air Kebangsaan bagi orang-orang Yahudi dan akan
berusaha dengan pelbagai cara bagi memudahkan tercapainya objektif tersebut.
Deklarasi ini perlu difahami secara jelas supaya pelaksanaannya tidak akan
mengancam hak-hak sivil dan keagamaan golongan bukan Yahudi di Palastin dan
juga tidak mencabuli hak-hak politik golongan Yahudi di mana negara pun. Saya
akan berterima kasih sekiranya tuan menyampikan deklarasi ini kepada persatuan
Zionist."
Israel sebenarnya telah mendapat naungan daripada kuasa besar sejak dari dulu
lagi. Mereka akan melihat mana negara yang mampu membantu mereka lalu mereka akan
jadikan sebagai tempat dan naungan mereka. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat,
dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakala penduduk Islam Palestin
ketika itu hampir mencecah 1.4 juta. Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan
29
seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis,
malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia Acetone, digunakan sebagai
cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam
peperangan. Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya
diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan
Britain pun bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun
Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Pihak British telah menambah kekuatan
tenteranya di Palestin untuk menghadapi pemberontakan Palestin yang semakin hebat.
Orang Yahudi mulai mengebom penduduk awam di tengah pasar. Kemudian dibalas orang
Arab untuk membunuh orang Yahudi. Berlakulah pertempuran antara tentera British dibantu
oleh Yahudi dan orang Arab Palestin. Lebih 10 ribu orang orang British terbunuh dan cedera
dalam peristiwa itu. Begitu juga dengan orang Yahudi. Orang Arab yang syahid lebih 12 ribu
orang. Kemudian tentera Yahudi telah bertambah kepada 42,000 , 20,000 polis, 18,000
pengawal dan 60,000 Yahudi telah melakukan operasi pembersihan di Palestin. Mereka
telah menangkap 50,000 orang dan memusnahkan 5,000 rumah.
Pada tahun 1939, pemberontakan terus menyala sehingga ia tidak mampu dikawal
oleh penguasa British. Akhirnya pihak British membatalkan projek membahagikan Palestin
kepada dua dan membatalkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1938. Mereka mahu
menubuhkan kerajaan Palestin berdaulah dalam masa sepuluh tahun di bawah kepimpinan
orang Palestin. Perkara ini ditentang hebat oleh orang-orang Yahudi. Pihak British
menerangkan kepada mereka bahawa ini caranya untuk menenangkan pemberontakan oleh
orang arab Palestin. Pada ketika ini telah berlaku perperangan dunia ke dua di antara
Jerman dan negara-negara Eropah. Lebih dari 25 juta orang telah mati.
30
Pada tahun 1942 Parti Republikan dan Demokratik di Amerika telah menyokong
penuh orang Yahudi untuk mewujudkan negara di Palestin. Amerika telah meminta kepada
British supaya membatalkan perjanjian dengan orang Arab dan pembahagian Palestin
kepada dua. Oleh kerana Britain perlu kepada pertolongan Amerika untuk menghadapi
peperangan yang sengit, mereka telah membatalkan perjanjian mereka dengan orang Arab
dan membenarkan orang-orang Yahudi berhijrah ke Palestin. Seramai 90 ribu orang Yahudi
telah berpindah ke Palestin semasa peperangan tersebut. Pada ketika ini orang-orang
Yahudi merancang untuk menghalau British keluar dari Palestin. Mereka telah membunuh
pegawai British dan memusnahkan pejabat-pejabat British. Pada tahun 1944, Britain
merasakan kepentingan mereka di Palestin dan Yahudi sudah tiada lagi dan mengandaikan
bahawa mereka sudah mampu untuk menubuhkan negara mereka sendiri. Parti Buruh di
Britain telah mengeluarkan keputusan untuk menggalakkan orang-orang Palestin
meninggalkan Palestin dan memberi ganjaran berbentuk kewangan kepada warga Palestin
yang berpindah.
Selain Amerika Syarikat dan Britian, terdapat juga beberapa kuasa Barat yang turut
memberikan respon terhadap konflik Israel dan Palestin. Negara-negara Barat ini terdiri
daripada Russia, Peranchis, Norway, Sepanyol dan lain-lain. Peranchis merupakan salah
satu negara di sebalik konflik ini sebenarnya. Malah ia boleh dianggap sebagai negara yang
memulakan konflik ini dan respon terhadap masalah yang dicipta bersama dengan Britian ini
adalah senada dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Di dalam perjanjian “Sykes-Picot
Agreement” pada bulan Mei 1916, Peranchis bersetuju menyerahkan Palestin kepada
kekuasaan Britian. Hal ini sebenarnya membawa kepada konflik Israel dan Palestin.
Sebelum kewujudan negara Israel, Britian telah menyerahkan kepada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan masalah Palestin. PBB telah menubuhkan
31
U.N.S.C.O.P atau United Nation Special Committee on Palestine yang bertujuan mencari
maklumat bagi tujuan menyelesaikan masalah Palestin dan penubuhan sebuah negara
Israel. U.N.S.C.O.P. ini dianggotai beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat, Soviet
Union (Russia), Kanada dan Australia. Di dalam jawatankuasa ini Soviet Union (Russia)
hanya menyokong sebahagian daripada rancangan negara Israel ini walaupun beberapa
negara lain membantah. Jelas dapat dilihat bagaimana sejak awal lagi respon Russia
terhadap isu Israel dan Palestin ini nampak berbelah bagi. Malah hingga sekarang pun
dalam isu Palestin dan Israel ini, respon Russia selalu tidak konsisten. Kadang-kadang
Russia menyokong usul undi menyokong Israel tetapi ada masanya membantah dan
mengunakan kuasa veto mereka. Selain itu, Sweden menerusi dutanya iaitu Dr. Gunnar
Jarring yang merupakan seorang diplomat yang berpengalaman Timur Tengah telah
diberikan tugasan tambahan sebagai wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
dengan Sweden sebagai pengantaranya. Hal ini berlaku selepas sehari pengumuman
Resoulusi 242 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pendamaian antara
Israel dan Palestin. Di dalam hal ini Dr. Gunnar Jarring telah berusaha selama enam tahun
bagi menyelesaikan masalah ini supaya segala persengketaan ini dapat dileraikan dengan
keadaan yang aman. Di sini jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh Sweden
menerusinya dutanya untuk membantu menyelesaikan isu Palestin dan Israel ini. Justeru,
Soviet Union ( Russia) telah memberikan respon yang agak kuat terhadap konflik ini apabila
memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Israel telah membawa
implikasi besar terhadap perjanjian damai yang diharap-harapkan. Tindakan ini disebabkan
oleh peranan Israel sebagai negara penampan Amerika Syarikat di Asia Barat dan kebetulan
pada masa itu perang dingin sedang berlaku di antara Soviet Union dengan Amerika
Syarikat. Hal ini sekaligus telah menyebabkan konflik Israel dan Palestin semakin hangat.
32
Kegagalan usaha Dr. Gunnar Jarring telah menyebabkan Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa itu, U Thant cuba mengembalikan sokongan daripada
kuasa-kuasa besar. Bemula pada bulan April 1969, Britain, Peranchis, Soviet Union dan
Amerika Syarikat bermesyuarat dengan harapan untuk mencari jalan penyelesaian
berhubung isu Palestin dan Israel ini. Namun, adakah kuasa-kuasa Barat ini terutama Soviet
Union dan Amerika Syarikat betul-betul serius dan mengenepikan persengketaan mereka.
Di sini kita akan melihat sendiri keikhlasan dua negara kuasa besar ini dalam usaha
mendamaikan konflik Israel dan Palestin dan respon kedua-duanya yang adakalanya
bertentangan sehingga menimbulkan kecelaruan. Selain itu Russia juga turut memainkan
peranan penting di dalam usaha damai selepas perang dingin. Dalam perjanjian damai
antara dua negara berkonflik ini iaitu Israel dan Palestin, Russia telah mengambil inisiantif
bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan beberapa kuasa Barat lain menaja Perjanjian
Oslo sebagai salah satu cara untuk mendamaikan kedua-dua negara ini. Perjanjian Oslo ini
berlaku pada 20 Ogos 1993. Dalam Perjanjian Oslo ini, Norway juga turut memainkan
peranan penting walaupun perjanjian ini mendapat kritikan daripada sarjana-sarjana serta
penganalisis-penganalisis politik. Selain menjadi tuan rumah kepada perjanjian ini, Norway
turut menemukan pemimpin-pemimpin kuasa besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Bill
Clinton dan Presiden Russia, Ditmitry Melvedev terutamanya selepas tamat era perang
dingin. Hal ini amat penting kerana melalui perjanjian Oslo ini, tindakan bagi proses damai
Israel dan Palestin semakin serius. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh negara Barat
yang lain pula adalah tidak begitu menonjol. Kebanyakkan negara Barat lain peranannya
tidak begitu nampak kerana kebanyakkan mereka bergabung membuat keputusan di bawah
Kesatuan Eropah ( EU ). Melalui Kesatuan Eropah, negara-negara Barat lain seperti
Sepanyol, Itali, Peranchis, Belgium, Belanda, Jerman dan banyak lagi memainkan peranan
33
penting bagi membantu menyelesaikan konflik dua negara bergolak ini. Antara peranan yang
dimainkan oleh Kesatuan Eropah ialah menjadi pengantara dalam Perjanjian Oslo yang
diwakili oleh Norway dan Perjanjian “ Camp David”.
Selain itu negara-negara Barat ini menerusi Kesatuan Eropah turut menghantar
bantuan kemanusian dan lain-lain bantuan apabila berlakunya peperangan antara dua kuasa
ini. Contohnya makanan, perubatan dan pendidikan. Namun begitu yang menjadi tanda
tanya apakah negara-negara Barat selain kuasa-kuasa besar ini terutama melalui Kesatuan
Eropah tidak membantah Israel sekiranya serangan dilancarkan tetapi apabila Palestin
melancarkan serangan ke atas Israel, negara-negara Barat lain ini menerusi Kesatuan
Eropah ini kuat pula mengutuk serangan. Sebaliknya selepas serangan Israel, kuasa Barat
yang lain ini akan sibuk-sibuk untuk menghantar bantuan kemanusian daripada mengutuk
atau mengambil tindakan yang tegas terhadap Israel. Di sini jelas sekali sikap berat sebelah
kuasa-kuasa Barat yang bernaung di bawah Kesatuan Eropah ini walaupun mereka banyak
kali ingin menyelesaikan konflik Israel dan Palestin ini.
3.2 Perjanjian Oslo 1993
Perjanjian Oslo 1993 merupakan kesepakatan damai terpenting di Timur Tengah
setelah perjanjian damai Israel–Mesir di Camp David 1979. Namun kesepakatan Oslo itu,
akhirnya tewas di tangan ekstremis Yahudi, Yigal Amir pada 1995. Peristiwa tersebut
disebabkan oleh Parti Buruh yang moderat dari Parti Likud yang radikal pada pilihan raya
umum Israel bulan Mei 1996. Hal ini menyebabkan tersendatnya pelaksanaan kesepakatan
Oslo yang merupakan hasil kesepakatan antara Palestine Liberation Organization (PLO)
dengan parti buruh Israel. Pada bulan Januari 1997, terjadi kesepakatan Hebron dengan
34
perundingan Israel–Palestin pada era Perdana Menteri Benjamin Netanhayu. Kesepakatan
Hebron ini hampir gagal, seandainya tidak ada campur tangan langsung utusan khusus
Amerika Syarikat pada ketika itu ialah Dennis Ross. Palestin harus menerima Kota Hebron
dibahagi menjadi dua bahagian pada bulan Mei 1999 yang dimenangkan pimpinan parti
buruh Ehud Barak yang memberi semula harapan atas masa depan perdamaian. Perdana
Menteri Israel, Ehud Barak dan pimpinan Palestin Yasser Arafat menandatangani
kesepakatan Sharm el–Sheikh di Mesir pada bulan September 1999. Perdana Menteri Barak
lebih memilih kesepakatan akhir langsung daripada kesepakatan bertahap. Faktor inilah
yang mendorong Amerika Syarikat, Bill Clinton dengan persetujuan Perdana Menteri Ehud
Barak menggelar perundingan Camp David II pada bulan Julai 2000 yang akhirnya
mengalami kakalahan. Kegagalan perundingan Camp David merupakan kejatuhan awal
menuju pemerintah Perdana Menteri Ehud Barak. Pasca perundingan Camp David, Israel
dilihat krisis politik luar biasa yang memaksa Perdana Menteri Barak mengundur diri dan
menggelar pilihanraya lebih cepat. Kegagalan ini juga menunjukkan rakyat Israel belum
bersedia menciptakan perdamaian yang adil di Timur Tengah. Mereka mengakui kedaulatan
Palestin atas Masjid Al–Aqsa dan ini merupakan penyebab utama gagalnya perundingan
Camp David. Pada tahun 2007, pada zaman pemerintahan akhir George W. Bush, Quartet
On Middle East ditambah dengan penyertaan dari Mesir telah mengadakan konferensi untuk
kembali membicarakan perdamaian antara Palestin dan Israel di Annapolis. Bagi pertama
kalinya disebutkan secara eksplisit dalam proses perundingan.. Penerimaan resoulusi dua
Negara dalam Annapolis Conference, maka telah terjadi perubahan dalam platform politik
yang telah lama dialami oleh Palestin dan Israel. Walaupun demikian, hasil dari Annapolis
Conference masih belum dapat diimplementasikan kerana semakin rumitnya konflik yang
terjadi di wilayah Palestin dan Israel. Amerika Syarikat ini bersifat memaksa dalam
35
pendekatannya dan wawasannya pula bersifat penjajah. Hal ini jelas sikap berat sebelah
kepada sekutunya Israel jelas kelihatan dalam pendekatan pasukan Clinton yang
kebanyakannya Yahudi Zionis yang bertindak bagi pihak puak kiri dan puak kanan Israel
yang kerap kali membentangkan cadangan Israel kepada Palestin sebagai cadangan damai
Amerika Syarikat. Sebaliknya Amerika Syarikat berikrar akan menyokong Israel jika Israel
mengambil risiko yang perlu bagi keamanan dan berjanji akan terus berada di pihak Israel
jika risiko itu dirasakan terlalu besar. Israel ini kebal daripada sebarang tekanan dan jika
enggan melaksanakan perjanjian itu atau mencabul resolusi 242 PBB yang meminta supaya
pertukaran wilayah dilakukan bagi mencapai keamanan. Atas semangat Pax Amerika Timur
Tengah yang baru ini, Washington menyokong Israel dengan memberikan lebih banyak
bantuan ketenteraan dan ekonomi serta subsidi kepada pasukan keselamatan PNA untuk
membendung akibat ‘proses damai’ yang sememangnya tidak adil dan stabil. Bagi
mengekalkan peranan Clinton sebagai pengantara, pentadbiran Clinton menggunakan
beberapa kaedah penipuan yang menjadi ciri penting diplomasinya. Pentadbiran Clinton
sentiasa berbohong kepada Palestin dan memperdaya kepimpinan ikat supaya mereka
percaya Amerika Syarikat memahami dan bersimpati dengan kekecewaan serta
kebimbangan apabila tugas diubah dan disempitkan terutama apabila resolusi PBB
dilangkaui atau dicabul secara terang–terangan. Amerika Syarikat selalu menyediakan
perjanjian draf ‘surat jaminan’. Jaminan mengenai penempatan dan Baitulmauqqadis
menunjukkan satu lagi penipuan pentadbiran Amerika. Pentadbiran Bush dan pentadbiran
Clinton, menggugut akan memutuskan hubungan dengan pihak yang enggan menerima
surat jaminan itu dan diugut dengan pengasingan. Amerika juga menawarkan insentif pada
negara yang menerimanya, termasuk bantuan, geran, senjata dan pertemuan dengan
Presiden Amerika Syarikat. Hal ini merupakan janji manis yang disertai dengan ugutan.
36
Pada 4 Oktober 1994, selepas perjanjian Oslo ditandatangani, Timbalan Setiausaha
Negara Amerika Syarikat bagi Timur Tengah, Robert Pellertau mengatakan empat perkara
yang salah satunya pembinaan penempatan haram yang ditaja secara persendirian tidak
mencabuli sebarang perjanjian dengan Amerika Syarikat dan peluasan penempatan seluas
selepas Perjanjian Oslo serta bukan lagi penghalang proses damai tetapi sekadar faktor
yang merumitkan proses damai. Amerika Syarikat juga banyak terlibat dalam perundingan ini
yang menyebabkan Israel berwaspada walaupun jelas Amerika Syarikat menyebelahi Israel
dan pemimpin Israel mengambil sikap berhati–hati dengan tidak mencampuradukkan
kepentingan dan wawasan menjadi kuasa besar yang kadangkala tidak serasi dengan
Amerika Syarikat. Penglibatan Amerika ini akan memberi tekanan kepada Israel. Hal ini
berlaku kepada kerajaan pimpinan bermula semasa persetujuan Camp David dan juga
berlaku apabila Amerika Syarikat campur tangan semasa Israel dipimpin oleh Shamir dan
Netanyahu. Pada masa yang sama juga Amerika berulang kali menggunakan apa sahaja
yang boleh untuk menekan Palestin supaya berkompromi. Sebagai contoh, Amerika
menggunakan Syria sebagai alasan untuk mengambil kesempatan daripada hubungan buruk
antara Arafat dengan Presiden Hafez Al–Assad. Pada awal 1999, rundingan Syria–Israel
melangkah setapak ke depan apabila Menteri Luar Syria, Farouk As–Shara, bertemu
Perdana Menteri Ehud Barak di Washington begi membincangkan syarat pengunduran,
perjanjian keselamatan dan memulihkan hubungan. Amerika Syarikat terutamanya Kongres
yang menggunakan agenda dalam negerinya sebagai alat untuk menekan Palestin.
Pentadbiran Clinton, yang kononnya seorang kawan menuntut bantuan Arafat supaya
mengundi ahli kongres yang radikal dengan membuat lebih banyak kompromi dan kurang
menimbulkan masalah. Hanya selepas sokongan kuat dari Rumah Putih, Palestin telah
mematuhi garis panduan Amerika dalam isu keselamatan, barulah kongres membenarkan
37
Washington mengekalkan hubungan diplomatik yang normal dengan PLO. Malah dasar
Amerika mengubah proses damai itu menjadi gencatan senjata yang berterusan bahkan
berkekalan yang bukannya suatu perjanjian damai.
3.3 Peace Valley Plan/The Valley of Peace
Projek Valley of Peace atau Lembah Keamanan ini adalah satu usaha untuk
menggalakkan kerjasama ekonomi antara Israel, Jordan dan Palestin. Ia telah mendapat
perhatian dan sokongan yang khusus dari Presiden Israel iaitu Shimon Perez. Projek ini
melibatkan usaha sama kepimpinan tertinggi di Israel dan Palestin untuk melancarkan projek
ekonomi dan industri yang diharapkan dapat mewujudkan peluang perniagaan dan
pekerjaan di samping mengeratkan kerjasama yang erat. Ia juga sebagai satu usaha baru
untuk memupuk persefahaman masyarakat antara kedua-dua negara ini berdasarkan
kerjasama ekonomi yang telah diwujudkan. Fasa perlaksanaan Valley of Peace ini secara
khusus merujuk kepada Lembah Arava di dalam daerah Arava yang menganjur ke Selatan
sempadan antara Israel dan Jordan. Rancangan ini telah mengutamakan sektor swasta
dengan memperuntukkan USD 3 Billion iaitu untuk membina terusan sepanjang 166
kilometer yang dikenali sebagai Two Seas Canal dan menyambungkan Laut Merah dan Laut
Mati. Namun, sesetengah pengkritik telah mempertikaikan rancangan ini dan mengatakan
bahawa lebih baik memajukan Sungai Jordan berbanding Lembah Arava itu kerana Sungai
Jordan mempunyai laluan yang lebih selamat untuk ke Laut Mati dan dapat mengurangkan
risiko serangan.
Idea Tony Blair, Perdana Menteri Britain selaku ketua PBB ini bagaimanapun tidak
banyak mengubah keadaan di Palestin dan Israel. Walaupun banyak peluang perniagaan
dan pekerjaan yang dibuka namun masih banyak rakyatnya yang terpaksa menggunakan
38
terowong rahsia untuk berniaga atau mendapatkan peluang perniagaan. Pihak HAMAS telah
melanggar perjanjian ini dan melancarkan roket ke arah tentera Israel.Tindakan HAMAS
melancarkan roket adalah satu tindak-balas kepada beberapa siri serangan yang
dilancarkan tentera Israel di sekitar sempadan Gaza yang telah membunuh beberapa orang
rakyat Palestine dan tentera Gaza. Israel jelas tidak menghormati gencatan senjata selama 6
bulan yang dipersetujui dalam ‘Peace Valley Plan’ hasil inisiatif Tony Blair, Ketua Pasukan
PBB tentang isu Palestin tatkala melancarkan serangan ke wilayah Gaza bermula pada 4
November 2008.
4.0 Kesimpulan
Tuntasnya, Untuk memahami Pergolakan di Palestin kita mesti melihat visi dan
matlamat negara berkuasa besar dan percaturan kuasa politik di Amerika dan juga di
negara-negara Eropah. Daripada kefahaman ini kita mungkin dapat gambaran punca
masalah sebenar serta jalan keluar dari konflik.Pergolakan di Palestin berpunca daripada
konflik Israel dan Palestin yang telah lama berpanjangan. Konflik tersebut dirumitkan lagi
dengan pelbagai isu yang sehingga kini masih belum menemui penghujung. Konflik di
antara dua negara ini turut dibayangi oleh kuasa-kuasa besar berada di belakang konflik ini
dan ia telah mengundang pelbagai respon daripada negara-negara barat yang menawarkan
usaha-usaha penyelesaian kepada konflik berkenaan. Antaranya, dapat dilihat melalui draf-
draf pelan damai tajaan negara-negara Barat dalam usaha mencari jalan pendamaian di
antara Israel dan Palestin. Walaupun kedua-dua belah pihak iaitu Arab dan Israel telah
menandatangani perjanjian gencatan senjata pada akhir Jun 1967, namun pelan damai yang
lebih yang bersifat kekal perlu disegerakan. Selain itu, Blok komunis yang juga telah
39
berusaha untuk mengutarakan pelan mereka sendiri namun gagal berikutan strategi
diplomatik Britain dan Amerika. Melihat persaiangan daripada Blok Komunis, Amerika dan
Britain menyusun langkah untuk menaja pelan damai mereka sendiri dalam mewujudkan
pelan damai yang berkekalan di Asia Barat. Namun apa yang kelihatan dalam tempoh
tersebut bukan sahaja persengketaan antara negara-negara Arab dan Israel tetapi juga
persaingan pengaruh antara Soviet dan Amerika dalam konflik Arab Israel 1967. Sedangkan
isu Palestin dibiarkan melalui projek damai yang telah memakan masa berpuluh tahun, ini
jelas menampakan isu perdamaian bagi Palestin merupakan permainan dan sandiwara
politik hegemoni blok barat Lantaran itu, sehingga sekarang, usaha damai yang dianjurkan
oleh pihak Barat selalunya mengalami jalan buntu dan usahanya hanya terjadi semasa
adanya peperangan di antara kedua-dua negara ini. Walau bagaimanapun diharapkan agar
suatu hari konflik Israel dan Palestin akan menemui titik noktah demi keamanan sejagat.
4.0 RUJUKAN
Harun Yahya , 2005, Palestina Zionisme dan Terorisme Isreal, Jakarta: Dzikra.
Imran n. Hosein, 2009, Jerusalem Di Dalam Al-Qura’an, City of San Fernando:Majid Jami’ah,
40
Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, 1991, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden
(terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marwan Bishara, 2007, Palestin/Israel: Keamanan atau Aparteid, Inifada kedua, Pengebom
Berani Mati, Penempatan Israel di tebing Barat, Kuala Lumpur:Malindo Printers Sdn Bhd.
Mohd. Puzhi bin Usop, 2010, Fobia Yahudi dan barat Terhadap Islam, Selangor: Al-Hidayah
Publication.
Mohd Nazri Kamsin, 2011, Travelog Misteri Israel Kuasai Dunia,Petaling Jaya: Hijjaz
Records Publishing.
Prof Madya Dr. Mohsen M. Salleh, Haji. Ahmad Kamal bin Mohamed (penterjemah), 2001,
Isu Palestin: Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, Kuala
Lumpur:Fajar Ulung.
R. Garaudy, 1991, Zionis Sebuah Gerakan Keagamaan dan Politik, Jakarta:Gema Insani
Press, 1995. Ritchie Ovendale, The Arab-Israel Wars: Third Edition, Singapore: Longman
Singapore,
http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel. Http:// Pirhot – Nababan
Blogspot. Com. Http:// hafiziesulkafle.wordpress.com. http://drhilmi.blogspot.com.
41

More Related Content

What's hot

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWGuru Sejarah PraU
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNAanuar2u
 
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannyaSejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannyaKhai Khairy
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahKhairul Anwar
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahMr Pickle
 
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘AbbasiyyahGolongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘AbbasiyyahEzad Azraai Jamsari
 
Sumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekSumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekKhai Khai
 
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNATOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNAamiraaa96
 
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iiipembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iiiMuhamad Hafizi Hafizi
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazalinurAkhma
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinN2S2KJDream
 
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyahPemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyahFarra Shahirra
 
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)Nas Hafizah Nasrullah
 
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Qhaiyum Shah
 

What's hot (20)

Baitulmal zaman khulafa
Baitulmal zaman khulafaBaitulmal zaman khulafa
Baitulmal zaman khulafa
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
 
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannyaSejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
Sejarah Sem 2- Terangkan latar belakang saidina umar dan sumbangannya
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
 
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘AbbasiyyahGolongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
 
Sumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekSumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelek
 
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNATOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
 
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iiipembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
 
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyahPemerintahan Islam Zaman abbasiyah
Pemerintahan Islam Zaman abbasiyah
 
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
Persaudaraan sahabat pena malaya(paspam)
 
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
 
Mad asli
Mad asliMad asli
Mad asli
 

Viewers also liked

Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanKonflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanEvie Avrilianty
 
Kemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baruKemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baruInbmy
 
Cabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengahCabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengahBella Chan
 
Perubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama duniaPerubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama duniaInbmy
 

Viewers also liked (7)

Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanKonflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
 
Kemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baruKemunculan kuasa baru
Kemunculan kuasa baru
 
Cabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengahCabaran demokrasi timur tengah
Cabaran demokrasi timur tengah
 
Perubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama duniaPerubahan harga komoditi utama dunia
Perubahan harga komoditi utama dunia
 
Sejarah kesatuan soviet
Sejarah kesatuan sovietSejarah kesatuan soviet
Sejarah kesatuan soviet
 
3
33
3
 
2
22
2
 

Similar to Palestin

Similar to Palestin (6)

Esei Cabaran dan Isu Semasa
Esei Cabaran dan Isu SemasaEsei Cabaran dan Isu Semasa
Esei Cabaran dan Isu Semasa
 
CABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docx
CABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docxCABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docx
CABARAN_DAN_ISU_SEMASA_DUNIA.docx
 
Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)
Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)
Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)
 
Masyarakat arab di pulau pinang
Masyarakat arab di pulau pinangMasyarakat arab di pulau pinang
Masyarakat arab di pulau pinang
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
 
Konflik israel dan palestin
Konflik israel dan palestinKonflik israel dan palestin
Konflik israel dan palestin
 

Palestin

  • 1. Analisiskan beberapa isu yang menjadi punca Palestin menjadi negara paling bergolak di Asia Barat. Apakah langkah-langkah yang telah dapat menyelesaikan isu-isu berkenaan? Beri analisis dan penelitian secara kritis dari sudut perspektif anda sebagai manusia yang melihat kekejaman Zionis ke atas Palestin. 1.0 PENGENALAN Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin yang merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang terbesar. Konflik yang telah berlarutan sejak tahun 1947 sehingga kini masih masih tidak menemukan sebarang jalan perdamaian walaupun dalam tempoh yang panjang itu, proses dan rundingan damai tajaan pelbagai pihak telah dilaksanakan. Konflik tersebut semakin merumit ekoran beberapa isu yang berlaku dan menjadikan Palestin sebagai negara paling bergolak di Asia Barat. 2.0 Isu-isu yang menjadi Punca Palestin Menjadi Negara Paling Bergolak di Asia Barat 2.1 Perebutan Tanah Palestin Perebutan Tanah Perebutan tanah Palestin merupakan satu lagi punca pergolakan yang tidak berkesudahan di Palestin. Hal ini, adalah disebabkan kepercayaan yang dipegang oleh golongan Zionis yang terdiri daripada orang Isreal yang percaya bahawa tanah Palestin, khususnya Jurusalem, merupakan “tanah yang dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Tanah itu 1
  • 2. dianggap sebagai tanah suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah tersebut . Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib. Orang-orang Yahudi mempercayai hak kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam menganuti agama. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila mereka sendiri seolah-olah tidak memegang dan menafikan prinsip-prinsip agama tersebut dan melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin seperti pengusiran secara paksa, rampasan tanah, harta dan lain-lain kekejaman yang mereka lakukan. Bagi umat Islam pula , tanah itu adalah tempat suci mereka kerana dua alasan iaitu merupakan kiblat pertama umat Islam saat menjalankan ibadah solat. Di tempat itu juga terjadinya mukjizat terbesar yang dialami oleh Nabi Muhammad, iaitu Isra Mikraj, perjalanan malam dari Masjid Haram di Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem, kenaikannya ke langit, dan kembali lagi ke Masjid haram . Kerana sebab itulah tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Aspek sejarah juga menjadi faktor berlakunya konflik perebutan tanah antara Israel dengan Islam. Hal ini terjadi apabila golongan Bani Israel yang pernah memerintah di beberapa kawasan Palestin menjadikan faktor tersebut sebagai dorongan kepada mereka untuk mendapatkan kembali tanah Palestin . Bani Israel mendakwa mereka layak memerintah di tanah Palestin kerana mereka lebih lama bertapak atau mentadbir di sana. Namun begitu, kajian sejarah menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel di beberapa kawasan di Palestin begitu singkat tempoh masanya iaitu tidak lebih daripada 4 kurun, berbanding kerajaan Islam 2
  • 3. iaitu selama 12 kurun (636–1917) . Majoriti Yahudi iaitu golongan Israel telah keluar dari tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin selama 18 kurun manakala penduduk peribumi tetap menetap di situ. Keadaan mula berubah apabila golongan Israel datang kembali menuntut hak mereka yang mengatakan bahawa tanah Palestin itu adalah kepunyaan mereka dan bertindak mengusir keluar penduduk tetap di Palestin dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun 1948. Perebutan tanah ini menjadi faktor konflik antara Israel dan Palestin sehingga berlaku kekacuan dan peperangan yang berterusan. 2.2 Perang Salib Perang Salib telah merupakan salah satu punca yang menyebabkan Palestin menjadi negara paling bergolak di Asia Barat .Perang Salib merupakan perang yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian di benua Eropah pada zaman pertengahan. Perang Salib telah dimulakan oleh penganut agama Kristian. Tujuan utama perang ini adalah merampas kembali tanah suci orang Kristian iaitu Baitul Muqaddis tempat lahir Nabi Isa a.s. Ketika itu, agama Islam merupakan pesaing utama kepada agama Kristian di Eropah dan Asia Barat. Ditambah pula dengan Keadaan ekonomi yang teruk melanda Eropah menyebabkan tuan- tuan tanah berharap dapat mencari tanah baru untuk memantapkan kembali ekonomi. Ini menyebabkan mereka bersatu menentang agama Islam supaya dapat menguasai kawasan baru dan subur. Perang Salibjuga didorong oleh sebsb politik. Buktinya pemerintahan Kerajaan Saljuk yangmengetatkan peraturan bgi orang Kristian yang mahu mengerjakan ibadat di tanah suci mereka. Ini mendatangkan kemarahan orang Kristian dan mnyebabkan mereka berusaha menawan tanah suci mereka. Sejak pihak Islam berjaya menawan Palestin dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Sehingakan pada tahun 1063, Pope Alexander II 3
  • 4. memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun. Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. Sejak itu, tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Perang Salib telah menjadi punca perpecahan orang Islam di Asia Barat. Ini menguatkan lagi semangat orang Kristian untuk memusnahkan ketamadunan Islam yang dikatakan agung dan kuat. Walaupun pihak Krisitian mengalami kekalahan dalam Perang Salib namun mereka telah berjaya melemahkan kerajaan Islam yang terdapat di Asia Barat. Krisis itu tidak terhenti disitu, dan berlanjutan untuk tempoh yang lama. Hal ini dapat dilihat apabila pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”. 2.3 Pengambilalihan tanah Arab Pengambilalihan tanah Arab juga menyumbang kepada pergolakan di Palestin. Kesan daripada polisi British yang dibuat di atas berdasarkan Deklarasi Balfour telah menyebabkan kemasukan Imigran Yahudi dari Eropah barat dan Timur ke tanah Palestin. Dari sehari ke 4
  • 5. sehari jumlah mereka semakin meningkat, bahkan mereka mampu membina dan mewujudkan institusi-institusi mereka sendiri. Pada masa yang sama proses urbanisasi menyebabkan masyarakat Arab Palestin tersisih. Sejak awal-awal lagi Yahudi telah mengatur rancangan untuk menguasai Palestin dengan membawa masuk masyarakat Yahudi dan kemudiaannya bertindak merampas tanah-tanah masyarakat arab serta menghalau mereka dari tanah milik mereka. Pihak Zionis yang memiliki institusi kewangan yang kukuh dan kuasa beli yang tinggi semasa zaman kemelesetan (depression) sekitar tahun-tahun akhir 20an dan awal30an berjaya menebus tanah-tanah Arab dan pemilik- pemilik yang tidak menetap di sana. Agensi Yahudi kemudiaanya mengeluarkan peladang- peladang Arab yang mengusahakan tanah-tanah tersebut dan menyerahkan geran-geran tanah kepada imigran Yahudi. Akibat tekanan ekonomi yang tinggi pemilik tanah-tanah persendirian terpaksa menjual tanah milik mereka kepada pihak Zionis. Sebaliknya pihak British hanya menjadi pemerhati dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Masyarakat Arab telah hilang hak yang sepatutnya diperolehi oleh mereka di Tanah Air mereka sendiri sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Mereka dihalang dari terlibat secara langsung soal-soal pentadbiran Palestin dan dihalang dari menganggotai kesatuan-kesatuan sekerja. Buktinya apabila secara terang- terangan David Ben Gurion, pemimpin Kesatuan Sekerja (kemudiannya menjadi perdana menteri Israel yang pertama) melontarkan kata-katanya yang berbunyi: “ To defend the fact that could not accept Arabs in my trade union, the Histradruth: to defend preaching to housewives that they not buy at Arab store; to defend the fact that we stood guard at orchards to prevent Arab workers from getting jobs there... to pour kerosene on Arab tomatoes; to attack jewish housewives in the markets and smash the Arab eggs they had bought...” (“untuk mempertahankan 5
  • 6. hakikat bahawa saya tidak dapat menerima rakyat Arab dalam kesatua sekerja saya, Histradruth, untuk pertahan gesaan saya supaya suri rumah tidak membeli dari kedai-kedai Arab; untuk pertahan hakikat bahawa kami berkawal di kebun-kebun untuk menghalang pekerja-pekerja Arab dari mendapat pekerjaan di sana... untuk mencurah minyak tanah ke atas tomato Arab, untuk menyerang suri rumah Yahudi di pasar-pasar dan memecahkan telur-telur yang mereka beli di kedai-kedai Arab”)  Daripada ayat tersebut dapat kita gambarkan bahawa Zionis telah berusaha memulaukan masyarakat Arab dan bertindak menghalang ekonomi mereka daripada terus berjalan. Akibat tekanan-tekanan yang dihadapi oleh penduduk Arab menyebabkan mereka melancarkan rusuhan-rusuhan yang membawa kepada pertumpahan darah pada tahun 1920-an.  Kejadian ini sudah tentu menjadi antara faktor penyumbang kepada perang Arab-Israel 1948. 2.4 Cadangan pembahagian negara Palestin kepada Pihak Yahudi Satu lagi isu yang menjadi punca pergolakan di Palestin ialah cadangan pembahagian Palestin kepada Yahudi. Tindak balas rakyat Palestin pada tahun30an yang menyebabkan banyak rusuhan berlaku telah membawa kepada tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja „Royal Commission‟ bagi menyiasat sebab-sebab berlakunya rusuhan di Palestin. Hasil daripada siasatan telah telah diumumkan dalam Laporan Suruhanjaya Pearl. Hasilnya menyebut… “The situation in Palestine has reached deadlock. We cannot-in Palestine as it is now both concede the Arab claim to self-goverment and secure the establishment of the jewish national home” ( situasi di Palestin sudah menemui jalan buntu. Kita tidak boleh- di Palestin pada 6
  • 7. saat ini pada masa yang sama memberi laluan kepada rakyat rakyat Arab untuk memerintah sendiri dan menubuhkan Negara Yahudi)  Laporan ini juga mendedahkan: “The underlying causes of the disturbance were two: the desire of the Palestinians for independence and their hatred and fear of the establishment of the jewish National home”. Kekacauan tersebut berlaku atas dua sebab iaitu keinginan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan kebencian serta ketakutan terhadap kelahiran Negara Yahudi. Hasil daripada laporan itu menyebabkan Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya Palestin dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kepada penduduk Arab dan Yahudi. Dibawah rancangan ini 33% dari negara Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Pada masa yang sama ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi, manakala ratusan ribu umat Islam akan diletakkan di bawah rejim Yahudi. Cadangan ini sudah tentu mendapat tentangan daripada umat Islam Palestin kerana tanah yang dimiliki Yahudi tidak melebihi 5.6%. Dipihak yang lain Kongeres Zionis sedunia menyambut baik cadangan Peel sedangkan Kongres Kebangsaan Arab sebulat suara menolak cadangan tersebut. Keadaan ini telah mendorong kepada rusuhan dan kekacauan yang lebih teruk melibatkan kedua-dua pihak. Pada masa yang sama British telah bekerjasama dengan pendatang Yahudi dengan alasan kononnya mereka bertindak menghalang dan menghapuskan pemberontakan yang dilakukan oleh masyarakat Palestin. Pada bulan April 1938, Britain telah menghantar satu lagi Pesuruhjaya penyiasatan iaitu Laporan Suruhanjaya Woodhead untuk mengkaji aspek-aspek teknikal kepada pembahagian Palestin. Hasilnya laporan telah merumuskan bahawa pembahagian adalah tidak praktikal. Pada Bulan Mei kerajaan British mengeluarkan kertas putih untuk melaksanankan polisi baru iaitu penduduk 7
  • 8. Yahudi dibenarkan masuk ke Palestin dalam tempoh lima tahun manakala selepas tempoh tersebut proses kemasukan kaum Yahudi bergantung kepada kebenaran daripada orang Palestin. Seperti yang dilaporkan dalam laporan tersebut yang berbunyi: “Britain‟s obligations of the Jewish Nation home had been substantially fullfiled; indefinite mass jewish immigration to and land acquisition in Palestine would contradict Britain‟s obligations to the Palestinian; within the next 5 years, 75 000 more jews would be allowed in to the country, after which jewish immigration would be subject to „ Arab acquiescence‟. Hasil daripada keputusan kertas putih ini menyebabkan harapan Yahudi untuk membina “home nation” tidak menjadi kesampaian bahkan kemasukan yahudi akan dihadkan, pada masa yang sama penduduk asal Arab di Palestin akan melihat kemasukan Yahudi tanpa sekatan dalam tempoh lima tahun awal. Keputusan yang dikeluarkan melalui kertas putih itu ternyata telah mendapat tentangan daripada kedua-dua pihak sama ada Yahudi mahupun rakyat Arab. British yang tidak mampu lagi menyelesaikan masalah tersebut telah bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Palestin United Nation Special Commitee On Palestine (UNSCOP). British diberi kuasa mentadbir wilayah mandate Palestin Selama dua tahun dibawah pengawasan PBB dan membawa masuk 150,000 pendatang Yahudi ke negara Yahudi yang dicadangkan. Palestin yang mempunyai keluasan 10, 000 batu persegi dipecahkan kepada 1,300 persegi milik Arab, yahudi memiliki 5,7000 batupersegi. Sedangkan negara arab yang dicadangkan itu terletak di kawasan yang tidak subur di bahagian tengah Palestin dan kesebelah utara Gelilee. Resolusi 181 PBB yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung telah memberikan laluan kepada penubuhan negara Yahudi di Palestin serta menamatkan mandate British. Hal ini sudah tentu mendapat tentangan daripada penduduk arab Yahudi dibenarkan mendirikan penempatan di Tanah 8
  • 9. milik mereka, secara tidak langsung membawa kepada penentangan yang lebih radikal dan seterusnya mendorong kepada berlakunya perang Arab Israel 1948. 2.5 Penubuhan negara haram Israel Penubuhan negara haram Israel merupakan isu terbesar yang membelengu Palestin dalam kancah pergolakan. Sejak penubuhan Israel pada 1948, rentetan-rentetan peristiwa siri peperangan yang melibatkan Israel dan juga “jiran-jirannya‟ di negara-negara Arab banyak menyusul. Tindakan ketenteraan Israel di dalam peperangan bermula pada tahun 1948 dan seterusnya ke siri peperangan pada tahun 1956, 1967 dan 1973 melawan tentera Muslim sebenarnya menggambarkan siri-siri peperangan ini adalah untuk Israel menunjukkan kekuatan tenteranya di dunia dan juga untuk menyebar luaskan jajahan “negaranya‟ secara haram di Palestin. Selepas kemenangannya menubuhkan “negara‟ Israel 1948, Israel kembali berperang pada tahun 1967. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, ia merupakan peristiwa sejarah penting di antara pertelingkahan Israel dan juga negara-negara Arab. Peperangan ini bermula pada 5 Jun 1967 sehingga 10 Jun 1967. Peperangan ini hanya mengambil masa enam hari sahaja sehingga ia mendapat julukan “Six Days War’ atau Perang Enam Hari. Bangsa Yahudi begitu teruja untuk membina negara di tanah Palestin kerana ia merupakan „Tanah Rahmat‟ yang menjadi rebutan tiga agama, iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Ketiga-tiga agama ini mempunyai matlamat masing- masing untuk menawan tanah tersebut. Hal ini disebabkan tanah Palestin sangat mulia di sisi ketiga-tiga agama ini. Impian Yahudi ingin membina penempatan mereka di Palestin mendapat persetujuan kerajaan British. Hal ini apabila deklarasi Balfour telah diluluskan oleh kerajaan British. 9
  • 10. Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan `Ketetapan 181' yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak- adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun suara PBB juga boleh dibaratkan bagai angin lalu dan tidak mampu membawa perubahan yang besar kepada nasib rakyat Palestin yang tertindas dan menjadi mangsa kerakusan Zionis. 2.6 Status Baitul Maqdis Timur Pada 30 tahun 1967 selepas berperang dengan Mesir, Jordan dan Syria, Israel berjaya menguasai Tebing barat, Gaza, Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Pada 27 Julai tahun yang sama, Israel mengumumkan Baitul Maqdis kekal di bawah penguasaannya. Pada 30 Julai 1980, Israel mengumumkan Baitul Maqdis keseluruhannya termasuk di bahagian timur adalah ibu negara Israel selama-lamanya menerusi Undang-undang 10
  • 11. Jurusalem yang diluluskan oleh Kanesset, Parlimen Israel. Penaklukan Baitul Maqdis Timur oleh Israel menyaksikan proses ‘meyahudikan’ kota bersejarah tersebut dilakukan secara agresif oleh Israel. Lebih 75,000 penduduk Arab Islam iaitu kira-kira 81 peratus dan Arab Kristian berjumlah 17 peratus mula berdepan dengan tindakan Israel merampas tanah-tanah mereka, meruntuhkan bangunan kedai dan kediaman dan sebahagian besar penduduk Arab ini keluar dari penempatan mereka di Baitul Maqdis Timur. Contohnya bangunan Parlimen Israel telah dibina diatas runtuhan kampung Latta. Isu ini telah diberi perhatian timbulkan dalam draf resolusi British yang menuntut pengunduran British dari Wilayah-wilayah Arab. Soal pengunduran tentera Israel dari wilayah-wilayah Arab yang ditakluki oleh Israel ketika perang 1967 ini menimbulkan kontroversi berikutan persoalan yang timbul ialah sama ada draf resolusi British ini menuntut pengunduran ‘menyeluruh’ Israel dari seluruh wilayah Arab yang ditakluki pada 1967 atau pengunduran ‘sebahagian’ sahaja. Hal ini kerana berbanding dengan draf-draf yang lain, draf British hanya menyebut, “withdrawal from territories” dan bukannya “withdrawal from the territories.” Draf ini menimbulkan persoalan, apakah pengunduran yang dituntut daripada Israel adalah secara menyeluruh atau hanya wilayah-wilayah tertentu sahaja berdasarkan ‘budi bicara’ Israel? Hal ini kerana tanpa memasukkan frasa ‘the’, maka ayat dalam draf tersebut bersifat umum dan tidak tegas serta bergantung kepada tafsiran yang berbeza daripada mereka yang terlibat. Berbanding dengan draf yang dikemukakan oleh Amerika Latin dan Carribean yang secara jelas menuntut pengunduran Israel tanpa syarat dan menyeluruh dari seluruh wilayah Arab yang ditakluki pada perang 1967 ini. Draf Amerika Latin misalnya memasukkan frasa, “Urgently requests Israel to withdraw all its forces from ALL the territories occupied by it as a result of the recent conflict.” 11
  • 12. Menjelang tujuh hari sebelum pengundian di PBB, Lord Caradon sebagai wakil Britain di PBB berusaha untuk meyakinkan negara-negara Arab bahawa draf resolusi tersebut bersifat adil dan seimbang. Malah beliau cuba meyakinkan pemimpin Arab bahawa draf tersebut tidak akan merugikan negara-negara Arab dalam jangka masa panjang. Hal ini berikutan dengan penentangan negara-negara Arab yang bertegas mahukan agar frasa ‘the’ dimasukan ke dalam versi teks yang berbahasa Inggeris itu, sekaligus membawa konotasi pengunduran Israel secara menyeluruh dari wilayah-wilayah Arab yang diduduki tanpa syarat. Malahan mereka bersependapat bahawa tanpa frasa ‘the’ sebelum “territories” membawa maksud pengunduran yang terhad (partial withdrawal) oleh regim Zionis. Justeru dalam usaha meyakinkan pemimpin Arab bahawa British bersikap adil dalam merangka draf tersebut, maka pada 15 November 1967, Caradon telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil negara Arab khususnya Menteri Luar Mesir, Mahmoud Riad. Riad yang telah ditunjukan draf tersebut kemudiannya telah bertanya kepada Caradon, apakah teks tersebut menunjukkan bahawa Israel hanya akan berundur untuk wilayah- wilayah tertentu sahaja dan bukannya secara menyeluruh. Caradon dengan tegas menyatakan bahawa, “of course not! The text means ALL and not some of the territories!” Walau bagaimanapun desakan pemimpin Arab, Soviet Union dan dunia Islam untuk memasukkan frasa ‘the’ ini telah mendapat bantahan daripada Amerika Syarikat dan Israel. Pada 17 Jun 1967, negara-negara Amerika Selatan dan Caribbean telah mendesak agar status Baitul Maqdis dikembalikan kepada pentadbiran antarabangsa. Negara-negara ini bersepakat menyifatkan bahawa penaklukan wilayah Arab oleh Israel mencabul undang- undang antarabangsa. Bagi pihak British pula, pada 21 Jun 1967 ketika berucap di PBB, Setiausaha Luar Britain, George Brown telah mencadangkan keperluan mewujudkan pemerhati khas PBB dan peranan UNTSO (United Nations Truce Organization) diperkuatkan 12
  • 13. bagi memastikan perjalanan proses damai lancar. Beliau juga menegaskan tidak perlu wujud ‘territorial aggrandizement” yang merujuk kepada tindakan Israel ingin memasukkan Baitul Maqdis sebagai wilayah Israel. Brown kemudiannya mengingatkan Israel bahawa tindakan Israel menjadikan Baitul Maqdis sebagai sebahagian wilayahnya akan menjadikan Israel kehilangan simpati antarabangsa. Laporan berhubung Baitul Maqdis Timur (Jerusalem Timur) oleh Ernesto A. Thalman, wakil Setiausaha Agong PBB, U-Thant pada September 1967 mengesahkan tindakan tidak bertanggungjawab Israel jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Thalman dalam laporan beliau mengkritik Israel yang mengaplikasikan undang-undang Israel di Baitul Maqdis mulai 28 Jun 1967. Ternyata disebalik kritikan-kritikan yang dilaung-laungkan berhubung pelan damai Asia Barat, British juga mempunyai agenda tersembunyi yang tidak jauh bezanya dengan pihak-pihak lain yang lebih melihat kepentingan sendiri sebagai suatu keutamaan. Hal ini terbukti apabila Pejabat Luar British telah mengadakan satu mesyuarat sulit untuk menghadapi perbahasan dan pengundian di PBB berhubung proses damai Asia Barat pada 5 Julai 1967. British dan Washington telah dijangkakan bahawa negara-negara pro-Soviet akan membentangkan pelan damai pada 12 Julai 1967. Pelan damai itu akan dibentangkan oleh Yugoslavia dan disokong oleh India, Soviet dan negara-negara Arab yang dianggap revolusioner seperti UAR dan Syria. Mesyuarat sulit bersama Washington telah memutuskan bahawa pihak British akan mengundi untuk menentang draf tersebut. Di samping itu, dengan sokongan Amerika, British juga akan melobi Austria, Thailand (duta Thai ke PBB, Thanat Khoman ketika itu berada di London) dan Malta sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB agar mengundi menolak draf damai yang akan dibentangkan oleh Yugoslavia kerana draf tersebut dijangka tidak menyebelahi Israel. Apa yang jelas, Amerika tidak bersetuju dengan dua perkara iaitu meminta tentera Israel berundur dari wilayah yang 13
  • 14. ditakluki dan kembali kepada persempadanan sebelum 5 Jun 1967. Pihak British kemudiannya telah bersetuju dengan desakan Amerika. British juga berpendapat bahawa sekiranya draf pelan damai yang akan dikemukakan oleh Yugoslavia diterima, maka terdapat kemungkinan Soviet akan mengusulkan pula sekatan ekonomi ke atas Israel yang masih berdegil. Usul sekatan ekonomi ke atas Israel pula sudah pasti akan diveto oleh Amerika. Setelah pelbagai kemungkinan dikaji berhubung draf ini, British memutuskan untuk menggunakan pendekatan diplomatik paling licik bagi menjaga kepentingan London di negara-negara Arab. British berpendapat bahawa menolak keseluruhan draf tersebut bukanlah satu pendekatan diplomatik yang bijak. Sebaliknya London memutuskan untuk memberikan sokongan bersyarat dan terhad kepada perenggan-perenggan tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan draf. Perenggan yang sudah pasti ditolak oleh British ialah “we should state clearly our objection to the word ‘immediately’ [Israel withdrawal].” Keengganan pihak British untuk memasukkan frasa ‘the’ ini sememangnya tidak sukar difahami memandangkan sejak awal perbincangan proses damai ini, London berpegang kepada pendirian bahawa mereka akan hanya menyokong resolusi yang tidak menghentam Israel, “to vote any moderate worded resolution at the United Nations condemning Israel aggression and abstain on any immoderately worded resolution.” Justeru tidak hairanlah selepas perang 1967, British tidak menyokong sebarang usaha untuk mengkritik keganasan Israel secara tegas. Contohnya ialah cadangan yang dibawa oleh Albania pada 4 Julai 1967 di PBB yang mengkritik keganasan Israel telah ditolak oleh Britain. Sikap British dalam merangka draf resolusi damai ini dilihat condong menyokong Israel. Setiausaha Luar Britain, George Brown sebelum ini menentang tindakan “territorial aggrandizement” oleh Israel. Namun pendirian ini amat mencurigakan berdasarkan temubual Brown dengan Radifussion Television pada 27 Jun 1967. Melalui transkrip perbualan itu, beliau antara lain menyatakan; 14
  • 15. Alastair Burner: The PM’s Israel, Mr. Eshkol is on the record as saying that Israel does not want territorial aggrandizement. By ordering Israel to pull George Brown: I didn’t either order Israel to pull back or even say that she should . What I said was the ones we already had; and I asked her to be careful about the Old City of Jerusalem. I didn’t mention withdrawal. Now in my own view and I said to everybody I saw in New York, I said that withdrawal require some balancing things that Israel need to know, this time she can lives.” Ironinya ialah apakah Brown bermaksud bahawa Israel berhak untuk kekal di wilayah- wilayah Arab yang ditakluki secara tidak sah dalam perang ini hanya kerana Israel beralasan bahawa keselamatannya masih tidak terjamin. Jika tanggapan ini benar, maka apakah pengunduran hanya boleh dilakukan oleh Israel sekiranya pada pandangan Tel Aviv negara tersebut terjamin keselamatannya biarpun tindakan menakluki wilayah asing melalui peperangan adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan piagam PBB? Hakikatnya walaupun British mewar-warkan ke seluruh dunia khususnya kepada negara- negara Arab penentangan London terhadap ‘territorial aggrandizement” seperti dalam kenyataan Brown sebelum ini, namun justifikasi penentangan itu sebenarnya bersifat retorik politik dan diplomasi semata-semata. Selain daripada kenyataan mencurigakan Brown dalam wawancara di atas, sikap pihak British ini boleh dipertikaikan apabila dalam masa yang sama London tidak menolak kaedah “frontier adjustment.” Kaedah ini bermaksud bahawa Israel boleh mengubah sempadan wilayahnya seperti menduduki wilayah-wilayah Arab secara haram melalui peperangan. Hakikat ini diterangkan sendiri oleh Menteri Luar Britain, George Thomson ketika menjelaskan kenyataan Brown tentang konsep “territorial aggrandizement” iaitu; 15
  • 16. “…the reference to territorial aggrandizement did not mean that frontier adjustment were precluded as a part of eventual settlement.” Selain daripada itu, British juga mengakui bahawa untuk mencapai keamanan jangka panjang maka sedikit ‘pembetulan’ (rectification) perlu dilakukan terhadap garis sempadan yang diwujudkan oleh PBB dari tahun 1949 sehingga 5 Jun 1967. Sebenarnya jika diperhalusi, frasa ‘rectification’ di sini bermaksud, pihak British bersetuju agar wilayah Israel diperluaskan lagi secara haram selepas 11 Jun 1967. Hal ini juga bermakna, British secara langsung menyokong ‘territorial aggrandizement’ oleh Israel. Justeru kerana itulah, apabila British dikritik berhubung frasa ‘the’ dalam draf mereka, British seboleh-bolehnya cuba mengelakkan daripada menjelaskan secara terperinci maksud frasa tersebut. Dasar British ini amat ketara dalam kenyataan Brown tentang dasar Britain terhadap penaklukan wilayah Arab dalam perang ini; “It is our view that in the long term the security of the area requires some rectification of the 1949-67 frontiers; a position which make it difficult for us to please the Arabs. We should therefore remain so far as possible, silent on questions concerning frontier rectification.” Malahan apa yang lebih ‘melucukan, British memberikan alasan pula bahawa mereka enggan memasukkan frasa the dalam draf mereka sebagai bukti bahawa mereka mengamalkan dasar ‘neutrality’, ‘impartiality’ dan ‘equilibrium’ dalam konflik Arab-Israel. Selain istilah ‘rectification’, British juga menggunakan pelbagai istilah lain untuk menghalalkan sokongan mereka terhadap penaklukan Israel termasuklah istilah ‘modification’. 16
  • 17. “…and subject to agreement between parties that small modifications for the purpose of the suppression of anomalies (or for any other purpose which may be agreed between them are not excluded.” Kenyataan British ini kelihatannya hampir sama dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekutu-sekutu Israel yang lain walaupun mungkin istilah yang digunakan agak berbeza. Peranchis misalnya menggunakan istilah ‘minor rectification’. “The accord should establish the frontier between Israel and Jordan and the basis of the armistice lines and in accordance with the principle of the inadmissibility of the acquisition of territory by war. Nevertheless, minor rectification might be made to the armistice lines by agreement between parties.” Tidak ketinggalan pastinya Amerika Syarikat yang menggunakan istilah “insubstantial alteration.” “The Security council resolution neither endorses nor precludes these armistice lines (the lines in 1949) as the definitive political boundaries … We believe that while recognized political boundaries must be established and agreed upon by the parties, any changes in the pre-existing lines should not reflect the weight of conquest and should be confine insubstantial alteration required for mutual security.” Kenyataan pihak British dan sekutunya sememangnya selari dengan hasrat Israel yang turut menolak kemasukan ‘the’ dalam draf tersebut. Pada 22 November 1967, draf British ini telah diusulkan dan diundi di PBB. Hasil daripada strategi dan diplomasi halus pihak British khususnya dalam memancing undi negara-negara Arab, kesemua 15 ahli Majlis Keselamatan PBB mengundi menyokong draf 17
  • 18. British ini yang kemudiannya telah diterima sebagai resolusi damai 242 PBB tanpa pindaan. Yang jelas walaupun resolusi British ini telah berjaya dalam mendamaikan secara sementara kedua-dua pihak yang berperang namun resolusi ini hakikatnya jelas bersifat berat sebelah. Dengan lulusnya resolusi yang ditaja oleh Britain ini juga, dasar imperialisme Israel kelihatannya telah diperakui sah dari segi undang-undang antarabangsa oleh PBB. Malahan selepas resolusi ini diluluskan, wilayah Israel telah bertambah luas melalui penaklukan terhadap wilayah-wilayah Arab pada 1967 seperti Bukit Golan, Sinai, Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Pemansuhan garis sempadan yang dibina sejak perjanjian 1949 kini tidak relevan lagi apabila PBB sendiri melalui kempen-kempen oleh British tersebut mengesahkan perluasan sempadan Israel ke atas wilayah-wilayah Arab melalui Resolusi 242. Perang 1967 sememangnya memberikan keuntungan yang besar kepada Israel, namun bagi pihak negara-negara Arab, perasaan marah dan tidak puas hati mereka masih terpendam. Kemarahan mereka terhadap pelan damai tajaan British ini akhirnya diterjemahkan dalam perang Arab-Israel seterusnya iaitu pada bulan Oktober 1973. Berdasarkan kepada dokumen-dokumen British ini jelas menunjukkan bahawa Resolusi damai 242 yang ditaja oleh British pada tahun 1967 ini mempunyai kelemahan yang ketara. Sama ada kelemahan itu disengajakan atau tidak, hakikatnya pelan tersebut gagal untuk membawa damai yang berkekalan di Asia Barat. Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain dan kini menjadi wakil khas Quartet di Asia Barat patut mengambil pengajaran bahawa kedamaian yang dicari di rantau tersebut hanya akan tercapai sekiranya keadilan ditegakkan dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Sesungguhnya dalam sebarang proses damai, agenda terselindung dan sikap berat sebelah sewajarnya dielakkan bagi membina masa depan Asia Barat yang lebih aman dan makmur. 18
  • 19. Pada 12 Julai 1967, perbahasan berhubung draf Yugoslavia telah diadakan di Majlis Keselamatan PBB. Walau bagaimanapun, draf yang dikemukakan oleh Yugoslavia ini kemudiannya gagal untuk mendapat undi majoriti di Majlis Keselamatan PBB. British dan Amerika pula secara jelas menentang sebarang desakan yang menuntut pengunduran serta merta tentera Israel dari wilayah-wilayah Arab yang ditakluki tanpa sebarang syarat. Kegagalan draf Yugoslavia ini amat melegakan Britain dan Amerika. Lantas kedua-dua sekutu ini telah merangka strategi bagi mengusulkan pelan damai tajaan mereka sendiri. Bermula pada 9 hingga 10 Ogos 1967, perbincangan untuk merangka pelan damai ini telah dijalankan di Washington. Rundingan kemudiannya diteruskan di London pada 15 Ogos. Menurut wakil Britain di PBB, Lord Caradon bahawa dalam pelan damai yang dirangka ini maka kepentingan British di Asia Barat mesti diberikan perhatian penting. British juga merasakan bahawa satu pelan damai yang komprehensif adalah perlu memandangkan Israel tidak mungkin mengundurkan tenteranya dari wilayah Arab yang ditakluki kecuali keselamatan berkekalan bagi Israel dijamin sepenuhnya oleh negara-negara Arab. Pada 14 hingga 15 September 1967, satu lagi mesyuarat antara Jabatan Negara Amerika dan Pejabat Luar British berhubung pelan damai Asia Barat diteruskan di London. Kedua-dua pihak bersependapat bahawa proses damai Asia Barat mesti disegerakan dan diterajui oleh Amerika dan Britain bagi mengekang pengaruh Soviet di negara-negara Arab . Dalam mesyuarat sulit tersebut, Setiausaha Rendah Tetap Britain bagi Hubungan Luar, Sir P. Gore Booth pula menegaskan bahawa Amerika perlu memberikan tekanan kepada Israel supaya lebih bersikap fleksibel dalam isu Baitul Maqdis yang merupakan kunci perdamaian di Asia Barat. Selain itu, Amerika dan Britain pada dasarnya bersetuju bahawa tekanan juga perlu diberikan kepada Soviet. Amerika pada asasnya bersetuju dengan saranan pihak 19
  • 20. British tetapi menegaskan bahawa agak sukar untuk terlalu menekan Israel memandangkan Amerika akan menghadapi pilihanraya presiden tidak lama lagi. Selanjutnya pada 14 September, Rostow telah mengadakan mesyuarat berasingan dengan Setiausaha Luar Britain, George Brown. Dalam mesyuarat tersebut, Rostow menjelaskan bahawa Amerika akan cuba untuk mengawal Israel walaupun Israel menuntut penyatuan Baitul Maqdis Timur sebagai wilayah Israel yang pada pandangan Amerika sebagai ‘very negotiable.” Brown pula menyatakan bahawa penyelesaian damai Asia Barat perlu di bawah tajaan Amerika dan Britain bagi mengekang sebarang dominasi blok komunis untuk menaja perjanjian damai yang akan merugikan mereka dan Israel. Biarpun Israel telah menawan wilayah Baitul Maqdis Timur ini dan berusaha menjadikannya sebagai sebahagian wilayah Israel, namun draf British tidak langsung menyentuh soal Baitul Maqdis ini. Sebagai perbandingan, draf yang dibentangkan oleh negara Amerika Latin dan Carribean menyatakan dengan jelas tuntutan agar isu Baitul Maqdis diputuskan segera sebagai sebahagian pelan damai. Kegagalan pihak British untuk memasukkan isu Baitul Maqdis Timur dalam draf pelan damai tersebut agak menghairankan kerana isu Baitul Maqdis yang di dalamnya terletak Masjid Al-Aqsa ini merupakan isu paling penting dalam proses pelan damai Asia Barat. Pakar undang-undang antarabangsa, Profesor Elihu Lauterpacht dan R.H Pfafff misalnya menyifatkan bahawa dalam sebarang rundingan damai, Jerusalem adalah kunci utama perdamaian Arab-Israel. 2.7 Ideologi Zionisme 20
  • 21. Golongan Israel telah menubuhkan gerakan Zionisme sebagai sebuah gerakan keagamaan yang dijalankan oleh orang-orang Yahudi . Keadaan ini menyebabkan mereka ingin mendapatkan negara atau kawasan untuk dijadikan pusat penyebaran agama mereka. Malahan mereka percaya kerajaan mereka atau pusat penyebaran agama mereka perlu dipusatkan pada tempat turunnya kitab Injil iaitu di kawasan Palestin dan kawasan ini juga berlakunya kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. Theodor Herzl (1860-1940), seorang wartawan Yahudi berasal dari Austria telah membawa ideologi zionisme dalam agenda dunia pada akhir abad ke-19. Herzl dan rakan-rakannya melihat “keyahudian” sebagai sebuah nama ras bukan sebuah masyarakat beriman. Mereka mengatakan bahawa orang-orang Yahudi menjadi sebuah ras terpisah dari bangsa Eropah dan ini menyebabkan amat mustahil bagi mereka untuk hidup bersama-sama. Oleh sebab itu, amat penting bagi mereka untuk membangun tanah air mereka sendiri. Pada mulanya Rheodor Herzl mencadangkan Uganda sebagai tempat atau negara orang Yahudi tetapi kemudiannya memutuskan Palestin menjadi negara orang-orang Yahudi. Alasannya Palestin dianggap sebagai “tanah air bersejarah bagi orang Yahudi”. Ideologi Zionisme juga menekankan bahawa mereka tidak hidup aman dan damai dengan bangsa-bangsa lainnya. Keadaan ini telah menyebabkan konflik Palestin-Israel berlarutan sehingga mencapai satu masa yang sangat panjang dan menjadikan keadaan di bumi Palestin huru-hara. Konflik ini mula tercetus apabila Israel dimasukkan ke dalam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). PBB yang cuba mencari penyelesaian kepada masalah pelarian yang terdiri daripada golongan Yahudi ini telah mencadangkan supaya 100 000 rakyat Palestin dimasukkan dan diterima menjadi rakyat Israel tetapi cadangan ini telah ditolak mentah-mentah oleh golongan Yahudi . Hal ini kerana golongan Yahudi inginkan negara Israel dihuni oleh rakyat yang terdiri daripada golongan beragama Yahudi sahaja dan tidak 21
  • 22. mahu menerima golongan lain terutamanya golongan Islam. Keadaan ini telah mendorong berlakunya perebutan tanah di Palestin yang mencetuskan konflik antara Israel dan Palestin. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa tanah di Palestin adalah tanah suci mereka dan berhak terhadap tanah tersebut, keadaan ini menjadi faktor konflik kepada Isreal dan Palestin sehingga tercetusnya peperangan dan kematian.Perebutan Tanah Perebutan tanah antara Isreal dengan Palestin adalah disebabkan kepercayaan yang dipegang oleh golongan Zionis yang terdiri daripada orang Isreal yang percaya bahawa tanah Palestin, khususnya Jurusalem, merupakan tanah suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah tersebut . Orang-orang Yahudi mempercayai hak kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam menganuti agama. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila mereka sendiri seolah- olah tidak memegang dan menafikan prinsip-prinsip agama tersebut dan melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin seperti pengusiran secara paksa, rampasan tanah, harta dan lain-lain kekejaman yang mereka lakukan. Pandangan golongan Islam pula berbeza dengan golongan Yahudi (Israel) yang menafikan hak dan tuntutan orang-orang Yahudi terhadap bumi Palestin ini . Hal ini kerana, golongan Islam berpendapat bahawa tanah Palestin terutamanya Jurusalem adalah tempat suci mereka kerana dua alasan iaitu merupakan kiblat pertama umat Islam saat menjalankan ibadah solat. Selain ia disebabkan tempat terjadinya mukjizat terbesar yang dialami oleh Nabi Muhammad, iaitu Isra Mikraj, perjalanan malam dari Masjid Haram di Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem, kenaikannya ke langit, dan kembali lagi ke Masjid haram . Aspek sejarah juga menjadi faktor berlakunya konflik perebutan tanah antara Israel dengan Islam. Hal ini terjadi apabila golongan Bani Israel yang pernah memerintah di beberapa kawasan Palestin menjadikan faktor tersebut sebagai dorongan kepada mereka untuk mendapatkan kem bali tanah Palestin . Bani Israel mendakwa mereka layak 22
  • 23. memerintah di tanah Palestin kerana mereka lebih lama bertapak atau mentadbir di sana. Namun begitu, kajian sejarah menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel di beberapa kawasan di Palestin begitu singkat tempoh masanya iaitu tidak lebih daripada 4 kurun, berbanding kerajaan Islam iaitu selama 12 kurun (636–1917) . Majoriti Yahudi iaitu golongan Israel telah keluar dari tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin selama 18 kurun manakala penduduk peribumi tetap menetap di situ. Keadaan mula berubah apabila golongan Israel datang kembali menuntut hak mereka yang mengatakan bahawa tanah Palestin itu adalah kepunyaan mereka dan bertindak mengusir keluar penduduk tetap di Palestin dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun 1948. Perebutan tanah ini menjadi faktor konflik antara Israel dan Palestin sehingga berlaku kekacuan dan peperangan yang berterusan. 2.8 Masalah Perlarian Akibat Tragedi Perang Arab-Israel 1967 Perang Arab-Israel 1967 amat penting dalam sejarah konflik Arab-Israel sejak tahun 1947. Hal ini kerana kesan daripada peperangan tersebut kekal sehingga kini khususnya penaklukan Israel ke atas wilayah-wilayah Arab seperti Bukit Golan, Tebing Barat, Sinai, Baitul Maqdis Timur dan Gaza. Pada 5 Jun 1967, tepat pukul 7.45 pagi waktu Israel (8.45 pagi waktu Kaherah), jet-jet pejuang Israel telah membedil kedudukan pangkalan tentera Arab di Mesir, Syria, Iraq dan Jordan. Sementara itu, pangkalan tentera udara Mesir di sekitar Kaherah, Terusan Suez dan Lembah Nil menjadi sasaran utama bedilan jet pejuang Israel. Serangan udara Israel ini menandakan permulaan perang 6 hari Arab-Israel 1967. Perang ini kemudiannya berterusan dari 5 Jun hingga 11 Jun 1967, sebelum Israel dan 23
  • 24. negara Arab bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata berdasarkan resolusi PBB 233, 234 dan 235. Perang yang berlaku selama enam hari ini menyaksikan pakatan negara Arab yang diketuai oleh Presiden Gamal Abdul Nasser dari United Arab Republic (UAR) tumpas kepada Israel dalam keadaan yang amat memalukan. UAR selain kehilangan wilayahnya di Gaza dan Sinai turut menyaksikan lebih 15 ribu tenteranya terkorban dan lebih 5000 lagi hilang tanpa dikesan. Manakala lebih 700 tentera Jordan terkorban dan 450 tentera Syria maut. Sementara bagi Israel pula 679 orang tenteranya telah terkorban. Dari segi kemusnahan kelengkapan pertahanan pula, lebih 15 peratus daripada kelengkapan tentera UAR bernilai lebih US$2 juta telah dimusnahkan termasuklah 320 kereta kebal, 480 senjata berat dan ringan dan 10,000 kenderaan tentera telah dirampas oleh Israel. Lebih 85 peratus kelengkapan pertahanan udara UAR telah dimusnahkan oleh Israel. Perang ini juga menyaksikan masalah pelarian Palestin kian meruncing khususnya dengan pertambahan pelarian yang mendadak dari Tebing Barat. Pelarian- pelarian perang ini menjadi sasaran keganasan pihak tentera Zionis yang begitu dashyat dalam sejarah peradaban manusia. Antara keganasan tentera Zionis yang paling terkenal dan tidak dapat dilupakan adalah kekejaman yang dilakukan oleh mereka bersama militan Kristian Lebanon, Phalangist terhadap kem pelarian Sabra dan Shatila pada September 1882. Misi pembunuhan kejam terhadap penduduk kem berkenaan dilaporkan telah dilakukan atas arahan Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel. Peristiwa tersebut berpunca daripada pembunuhan Bachir Gemayel (ketua kumpulan Nasrani Lubnan, Phalangist yang terkenal dengan kekejamannya). Palestin Liberation Organization (PLO) dituduh terlibat dengan pembunuhan itu lalu menimbulkan kemarahan Phalangist lalu mereka berpakat dengan Israel bagi menceroboh kem Sabra dan Shatila 24
  • 25. yang menenpatkan pelarian Palestin. Phalangist telah menyembelih beratus-ratus orang pelarian Palestin di kem itu dalam tempoh 36 jam. Manakala Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengawal setiap pintu masuk ke kem itu. International Committee of the Red Cross (ICRC) melaporkan sebanyak 2,750 orang mangsa terkorban, manakala Amon kapeliouk, seorang wartawan Israel yang terkenal melaporkan lebih 3,000 orang telah terkorban. Namun demikian, pihak tentera Israel hanya melaporkan sebanyak 700 hingga 800 orang sahaja yang terkorban. Krisis pelarian Arab mencapai tahap kritikal sehingga Perhimpunan PBB meluluskan ketetapan 1948 (III) pada 11 Disember 1948 iaitu, „the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbours should be permitted to do so at the earliest practicable date.‟. Pelarian yang berhasrat untuk pulang ke kampung halaman mereka dan hidup secara aman bersama jiran-jiran mereka perlu diizinkan untuk berbuat demikian pada tarikh munasabah yang paling awal. Usaha untuk menguruskan pelarian telah diserahkan kepada Suruhanjaya Perdamaian Palestin. Namun, rejim Zionis Israel langsung tidak mengambil endah tentang ketetapan PBB tersebut. Pendirian ini dirumuskan oleh Perdana Menteri Israel David Ben Gurion iaitu, „Israel cannot and will not accept return of Arab refuges to Israel Territory”. Israel tidak boleh dan tidak akan menerima kepulangan pelarian Arab ke wilayah Israel. Negara haram Israel tetap konsisten dengan pendiriannya, malah terus mencabar mana-mana ketetapan PBB yang berkaitan dengan kepulangan pelarian Arab ke tanah air mereka yang sah. Kebiadaban Israel sedia dimaklumi kerana kuasa imperialis Barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat terus merestui tindak-tanduk Negara haram tajaannya meskipun mendapat bantahan masyarakat antarabangsa. Resolusi 181 PBB membuka satu episode sedih yang akan terus dideritai oleh rakyat Palestin untuk setengah abad berikutnya. 25
  • 26. Sebaik sahaja gencatan senjata ditandatangani pada 11 Jun 1967, pihak Soviet dalam Sesi perdebatan bagi mencari damai yang telah berlangsung di Majlis Keselamatan PBB telah mengkritik penaklukan ganas Israel yang disifatkan sebagai “the Hitlerite invaders.” Wakil-wakil Arab dengan sokongan Soviet juga begitu lantang mengkritik kekejaman Israel dan mendesak PBB untuk bertindak lebih tegas terhadap Tel Aviv. Wakil Arab Saudi, Jamil M. Baroody misalnya mengkritik kelemahan U-Thant dalam mengendalikan krisis ini. Sementara itu kekejaman Israel telah menimbulkan cadangan dari beberapa negara iaitu Argentina, Brazil, Ethiopia dengan sedikit perubahan atas cadangan Mali di PBB untuk mendesak Israel menghormati empat prinsip Konvensyen Geneva, 1949 berhubung layanan terhadap mangsa perang. Lanjutan dari itu, mulai 11 Jun 1967 PBB telah melantik Jeneral Odd Bull untuk menjadi ketua agensi pemerhati PBB di wilayah yang berkonflik ini. Pada 14 Jun, Bull telah mendesak Israel agar memberikan kebebasan kepada pegawai PBB untuk melaksanakan tugas mereka memantau perjalanan gencatan senjata. Menteri Luar Britain, George Thomson dalam kenyataan beliau di House of Commons menegaskan bahawa Britain akan memainkan peranan yang aktif dalam menyokong usaha Jeneral Bull. Malahan beliau berharap juga agar pemerhati PBB yang selama ini telah dihalang oleh Israel dari memasuki wilayah yang ditaklukinya akan dapat kembali ke rumah kerajaan di Baitul Maqdis. Walau bagaimanapun, draf yang dibentangkan oleh Lord Caradon (wakil British) pada bulan November 1967 telah menimbulkan beberapa isu kontroversi sekaligus menelanjangkan dasar sebenar British dalam menaja proses damai Asia Barat. Beberapa frasa yang digunakan dalam draf ini telah menimbulkan perdebatan hangat kerana kesamarannya dalam memberikan justifikasi yang adil dan seimbang terhadap proses damai ini. Sekiranya dibandingkan dengan empat draf yang lain, terdapat beberapa kelemahan 26
  • 27. dalam draf yang dikemukakan oleh Britain ini. Malahan tidak keterlaluan jika disifatkan draf ini condong kepada kehendak Israel. Misalnya dalam soal pelarian Palestin, ia hanya menyebutkan bahawa “affirm further the necessity for achieving a just settlement of the refugee problem.” Berdasarkan frasa ini, ia hanya menyentuh tentang menyelesaikan masalah perlarian yang timbul dari tragedi perang 1967 ini. Namun hakikatnya tidak dinyatakan pula betapa perlunya perlarian Palestin ini diberikan hak untuk memperolehi semula tanahair mereka yang ditakluki oleh Israel ketika perang, atau hak untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Frasa ini juga tidak menjanjikan sebarang jaminan bayaran gantirugi kepada perlarian yang dirampas tanahnya oleh Israel, sekiranya mereka enggan pulang semula ke wilayah yang ditakluki. Menurut duta Syria ke PBB, draf British ini sukar diterima kerana ia mengabaikan hak rakyat Palestin dan menyifatkannya sebagai “the uprooted, disposed people in exile, crying for justice for over twenty years.” Menurut Syria lagi, sekiranya draf British ini diterima maka masalah pelarian Palestin yang disifatkan, “another unjust and tragic chapter in the history of the the Arab world” akan terus berlanjutan. Maka tidak hairanlah draf British ini ditolak oleh Syria dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). 3.0 Langkah-langkah penyelesaian 3.1 Rundingan Damai Antara tempoh selepas perang iaitu mulai akhir Jun hingga Oktober 1967, beberapa siri rundingan dan perbahasan telah diadakan di PBB bagi mencari penyelesaian bagi krisis 27
  • 28. Arab-Israel melalui pelan damai yang seimbang dan komprenhensif. Majlis Keselamatan PBB telah mengadakan tujuh mesyuarat bagi membahaskan draf resolusi bagi pelan damai di Asia Barat mulai 9 hingga 22 November 1967. Terdapat lima draf yang telah diusulkan daripada pelbagai blok dan negara untuk diperdebatkan dalam sesi ini, dengan draf Britain telah dibentangkan oleh Lord Caradon pada 16 November 1967. Draf pertama telah dikemukakan oleh Mali dan Nigeria (dikenali juga dengan draf tiga kuasa). Asas kepada draf ini adalah berdasarkan kepada draf awal yang pernah dibentangkan oleh 16 negara Amerika Latin dan 4 buah negara Kepulauan Carribean pada bulan Julai 1967. Draf kedua datangnya daripada negara-negara Amerika Latin sendiri. Draf yang ketiga pula datangnya dari Amerika Syarikat. Draf yang keempat ialah dari Soviet. Manakala draf yang kelima telah dibentangkan oleh Lord Caradon yang dirangka oleh British. Sebenarnya dalam menyediakan draf tersebut, British telah mempertimbangkan pelbagai kemungkinan bagi memastikan bahawa resolusi yang akan diputuskan nanti mampu menjamin kepentingan pihak British sama ada di dunia Arab mahupun di Israel. Malahan sejak awal lagi tumpuan diberikan agar dalam merangka pelan damai ini, kepentingan ekonomi British di negara-negara Arab tidak terjejas. Dalam merangka draf ini, British mengakui hakikat bahawa Israel mesti kekal di wilayah yang ditaklukinya (UAR tidak mempunyai peluang langsung untuk menang dalam peperangan tersebut). Berdasarkan kepada dua prinsip ini, British berusaha untuk memulihkan kepentingan ekonominya di negara-negara Arab yang terjejas teruk selepas perang 1967. British berharap dengan menaja proses damai Asia Barat, kepentingan London terutama sekali kepentingan minyak dan ekonomi tidak terjejas. Pihak Pejabat Luar Britain juga telah menyusun strategi licik bagi menunjukkan keikhlasan British dalam menaja pelan damai ini. Britain juga telah mencampuri beberapa urusan penting dalam konflik Israel- 28
  • 29. Palestin. Hal ini telah pun bermula sebelum konflik ini tercetus lagi. Antara yang jelas terlihat adalah termeterainya Perjanjian Balfour. Perjanjian Balfour ini telah membawa impak yang sangat besar ke atas bumi Palestin. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq dan akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain yang diketuai oleh General Allenby telah memasuki Palestin. Deklarasi Balfour berlangsung pada 2 November 1917 antara Arthur James Balfour Menteri Luar Britain dengan Lord Rothschild, pemimpin Zionis Britain. Antara intipati yang terkandung dan menjadi fokus dalam perjanjian ini adalah: "Dengan sukacitanya saya ingin menyampaikan kepada tuan atas nama kerajaan Baginda satu Deklarasi yang mengandungi perasaan simpati terhadap cita- cita Zionis-Yahudi. Deklarasi ini telah diperkenankan oleh kabinet. Kerajaan Yang Dipertuan Baginda melihat dengan penuh simpati untuk membentuk atau menjadikan Palastin sebagai Tanah Air Kebangsaan bagi orang-orang Yahudi dan akan berusaha dengan pelbagai cara bagi memudahkan tercapainya objektif tersebut. Deklarasi ini perlu difahami secara jelas supaya pelaksanaannya tidak akan mengancam hak-hak sivil dan keagamaan golongan bukan Yahudi di Palastin dan juga tidak mencabuli hak-hak politik golongan Yahudi di mana negara pun. Saya akan berterima kasih sekiranya tuan menyampikan deklarasi ini kepada persatuan Zionist." Israel sebenarnya telah mendapat naungan daripada kuasa besar sejak dari dulu lagi. Mereka akan melihat mana negara yang mampu membantu mereka lalu mereka akan jadikan sebagai tempat dan naungan mereka. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta. Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan 29
  • 30. seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia Acetone, digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam peperangan. Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain pun bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Pihak British telah menambah kekuatan tenteranya di Palestin untuk menghadapi pemberontakan Palestin yang semakin hebat. Orang Yahudi mulai mengebom penduduk awam di tengah pasar. Kemudian dibalas orang Arab untuk membunuh orang Yahudi. Berlakulah pertempuran antara tentera British dibantu oleh Yahudi dan orang Arab Palestin. Lebih 10 ribu orang orang British terbunuh dan cedera dalam peristiwa itu. Begitu juga dengan orang Yahudi. Orang Arab yang syahid lebih 12 ribu orang. Kemudian tentera Yahudi telah bertambah kepada 42,000 , 20,000 polis, 18,000 pengawal dan 60,000 Yahudi telah melakukan operasi pembersihan di Palestin. Mereka telah menangkap 50,000 orang dan memusnahkan 5,000 rumah. Pada tahun 1939, pemberontakan terus menyala sehingga ia tidak mampu dikawal oleh penguasa British. Akhirnya pihak British membatalkan projek membahagikan Palestin kepada dua dan membatalkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1938. Mereka mahu menubuhkan kerajaan Palestin berdaulah dalam masa sepuluh tahun di bawah kepimpinan orang Palestin. Perkara ini ditentang hebat oleh orang-orang Yahudi. Pihak British menerangkan kepada mereka bahawa ini caranya untuk menenangkan pemberontakan oleh orang arab Palestin. Pada ketika ini telah berlaku perperangan dunia ke dua di antara Jerman dan negara-negara Eropah. Lebih dari 25 juta orang telah mati. 30
  • 31. Pada tahun 1942 Parti Republikan dan Demokratik di Amerika telah menyokong penuh orang Yahudi untuk mewujudkan negara di Palestin. Amerika telah meminta kepada British supaya membatalkan perjanjian dengan orang Arab dan pembahagian Palestin kepada dua. Oleh kerana Britain perlu kepada pertolongan Amerika untuk menghadapi peperangan yang sengit, mereka telah membatalkan perjanjian mereka dengan orang Arab dan membenarkan orang-orang Yahudi berhijrah ke Palestin. Seramai 90 ribu orang Yahudi telah berpindah ke Palestin semasa peperangan tersebut. Pada ketika ini orang-orang Yahudi merancang untuk menghalau British keluar dari Palestin. Mereka telah membunuh pegawai British dan memusnahkan pejabat-pejabat British. Pada tahun 1944, Britain merasakan kepentingan mereka di Palestin dan Yahudi sudah tiada lagi dan mengandaikan bahawa mereka sudah mampu untuk menubuhkan negara mereka sendiri. Parti Buruh di Britain telah mengeluarkan keputusan untuk menggalakkan orang-orang Palestin meninggalkan Palestin dan memberi ganjaran berbentuk kewangan kepada warga Palestin yang berpindah. Selain Amerika Syarikat dan Britian, terdapat juga beberapa kuasa Barat yang turut memberikan respon terhadap konflik Israel dan Palestin. Negara-negara Barat ini terdiri daripada Russia, Peranchis, Norway, Sepanyol dan lain-lain. Peranchis merupakan salah satu negara di sebalik konflik ini sebenarnya. Malah ia boleh dianggap sebagai negara yang memulakan konflik ini dan respon terhadap masalah yang dicipta bersama dengan Britian ini adalah senada dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Di dalam perjanjian “Sykes-Picot Agreement” pada bulan Mei 1916, Peranchis bersetuju menyerahkan Palestin kepada kekuasaan Britian. Hal ini sebenarnya membawa kepada konflik Israel dan Palestin. Sebelum kewujudan negara Israel, Britian telah menyerahkan kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan masalah Palestin. PBB telah menubuhkan 31
  • 32. U.N.S.C.O.P atau United Nation Special Committee on Palestine yang bertujuan mencari maklumat bagi tujuan menyelesaikan masalah Palestin dan penubuhan sebuah negara Israel. U.N.S.C.O.P. ini dianggotai beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat, Soviet Union (Russia), Kanada dan Australia. Di dalam jawatankuasa ini Soviet Union (Russia) hanya menyokong sebahagian daripada rancangan negara Israel ini walaupun beberapa negara lain membantah. Jelas dapat dilihat bagaimana sejak awal lagi respon Russia terhadap isu Israel dan Palestin ini nampak berbelah bagi. Malah hingga sekarang pun dalam isu Palestin dan Israel ini, respon Russia selalu tidak konsisten. Kadang-kadang Russia menyokong usul undi menyokong Israel tetapi ada masanya membantah dan mengunakan kuasa veto mereka. Selain itu, Sweden menerusi dutanya iaitu Dr. Gunnar Jarring yang merupakan seorang diplomat yang berpengalaman Timur Tengah telah diberikan tugasan tambahan sebagai wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan Sweden sebagai pengantaranya. Hal ini berlaku selepas sehari pengumuman Resoulusi 242 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pendamaian antara Israel dan Palestin. Di dalam hal ini Dr. Gunnar Jarring telah berusaha selama enam tahun bagi menyelesaikan masalah ini supaya segala persengketaan ini dapat dileraikan dengan keadaan yang aman. Di sini jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh Sweden menerusinya dutanya untuk membantu menyelesaikan isu Palestin dan Israel ini. Justeru, Soviet Union ( Russia) telah memberikan respon yang agak kuat terhadap konflik ini apabila memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Israel telah membawa implikasi besar terhadap perjanjian damai yang diharap-harapkan. Tindakan ini disebabkan oleh peranan Israel sebagai negara penampan Amerika Syarikat di Asia Barat dan kebetulan pada masa itu perang dingin sedang berlaku di antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat. Hal ini sekaligus telah menyebabkan konflik Israel dan Palestin semakin hangat. 32
  • 33. Kegagalan usaha Dr. Gunnar Jarring telah menyebabkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa itu, U Thant cuba mengembalikan sokongan daripada kuasa-kuasa besar. Bemula pada bulan April 1969, Britain, Peranchis, Soviet Union dan Amerika Syarikat bermesyuarat dengan harapan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu Palestin dan Israel ini. Namun, adakah kuasa-kuasa Barat ini terutama Soviet Union dan Amerika Syarikat betul-betul serius dan mengenepikan persengketaan mereka. Di sini kita akan melihat sendiri keikhlasan dua negara kuasa besar ini dalam usaha mendamaikan konflik Israel dan Palestin dan respon kedua-duanya yang adakalanya bertentangan sehingga menimbulkan kecelaruan. Selain itu Russia juga turut memainkan peranan penting di dalam usaha damai selepas perang dingin. Dalam perjanjian damai antara dua negara berkonflik ini iaitu Israel dan Palestin, Russia telah mengambil inisiantif bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan beberapa kuasa Barat lain menaja Perjanjian Oslo sebagai salah satu cara untuk mendamaikan kedua-dua negara ini. Perjanjian Oslo ini berlaku pada 20 Ogos 1993. Dalam Perjanjian Oslo ini, Norway juga turut memainkan peranan penting walaupun perjanjian ini mendapat kritikan daripada sarjana-sarjana serta penganalisis-penganalisis politik. Selain menjadi tuan rumah kepada perjanjian ini, Norway turut menemukan pemimpin-pemimpin kuasa besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan Presiden Russia, Ditmitry Melvedev terutamanya selepas tamat era perang dingin. Hal ini amat penting kerana melalui perjanjian Oslo ini, tindakan bagi proses damai Israel dan Palestin semakin serius. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh negara Barat yang lain pula adalah tidak begitu menonjol. Kebanyakkan negara Barat lain peranannya tidak begitu nampak kerana kebanyakkan mereka bergabung membuat keputusan di bawah Kesatuan Eropah ( EU ). Melalui Kesatuan Eropah, negara-negara Barat lain seperti Sepanyol, Itali, Peranchis, Belgium, Belanda, Jerman dan banyak lagi memainkan peranan 33
  • 34. penting bagi membantu menyelesaikan konflik dua negara bergolak ini. Antara peranan yang dimainkan oleh Kesatuan Eropah ialah menjadi pengantara dalam Perjanjian Oslo yang diwakili oleh Norway dan Perjanjian “ Camp David”. Selain itu negara-negara Barat ini menerusi Kesatuan Eropah turut menghantar bantuan kemanusian dan lain-lain bantuan apabila berlakunya peperangan antara dua kuasa ini. Contohnya makanan, perubatan dan pendidikan. Namun begitu yang menjadi tanda tanya apakah negara-negara Barat selain kuasa-kuasa besar ini terutama melalui Kesatuan Eropah tidak membantah Israel sekiranya serangan dilancarkan tetapi apabila Palestin melancarkan serangan ke atas Israel, negara-negara Barat lain ini menerusi Kesatuan Eropah ini kuat pula mengutuk serangan. Sebaliknya selepas serangan Israel, kuasa Barat yang lain ini akan sibuk-sibuk untuk menghantar bantuan kemanusian daripada mengutuk atau mengambil tindakan yang tegas terhadap Israel. Di sini jelas sekali sikap berat sebelah kuasa-kuasa Barat yang bernaung di bawah Kesatuan Eropah ini walaupun mereka banyak kali ingin menyelesaikan konflik Israel dan Palestin ini. 3.2 Perjanjian Oslo 1993 Perjanjian Oslo 1993 merupakan kesepakatan damai terpenting di Timur Tengah setelah perjanjian damai Israel–Mesir di Camp David 1979. Namun kesepakatan Oslo itu, akhirnya tewas di tangan ekstremis Yahudi, Yigal Amir pada 1995. Peristiwa tersebut disebabkan oleh Parti Buruh yang moderat dari Parti Likud yang radikal pada pilihan raya umum Israel bulan Mei 1996. Hal ini menyebabkan tersendatnya pelaksanaan kesepakatan Oslo yang merupakan hasil kesepakatan antara Palestine Liberation Organization (PLO) dengan parti buruh Israel. Pada bulan Januari 1997, terjadi kesepakatan Hebron dengan 34
  • 35. perundingan Israel–Palestin pada era Perdana Menteri Benjamin Netanhayu. Kesepakatan Hebron ini hampir gagal, seandainya tidak ada campur tangan langsung utusan khusus Amerika Syarikat pada ketika itu ialah Dennis Ross. Palestin harus menerima Kota Hebron dibahagi menjadi dua bahagian pada bulan Mei 1999 yang dimenangkan pimpinan parti buruh Ehud Barak yang memberi semula harapan atas masa depan perdamaian. Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan pimpinan Palestin Yasser Arafat menandatangani kesepakatan Sharm el–Sheikh di Mesir pada bulan September 1999. Perdana Menteri Barak lebih memilih kesepakatan akhir langsung daripada kesepakatan bertahap. Faktor inilah yang mendorong Amerika Syarikat, Bill Clinton dengan persetujuan Perdana Menteri Ehud Barak menggelar perundingan Camp David II pada bulan Julai 2000 yang akhirnya mengalami kakalahan. Kegagalan perundingan Camp David merupakan kejatuhan awal menuju pemerintah Perdana Menteri Ehud Barak. Pasca perundingan Camp David, Israel dilihat krisis politik luar biasa yang memaksa Perdana Menteri Barak mengundur diri dan menggelar pilihanraya lebih cepat. Kegagalan ini juga menunjukkan rakyat Israel belum bersedia menciptakan perdamaian yang adil di Timur Tengah. Mereka mengakui kedaulatan Palestin atas Masjid Al–Aqsa dan ini merupakan penyebab utama gagalnya perundingan Camp David. Pada tahun 2007, pada zaman pemerintahan akhir George W. Bush, Quartet On Middle East ditambah dengan penyertaan dari Mesir telah mengadakan konferensi untuk kembali membicarakan perdamaian antara Palestin dan Israel di Annapolis. Bagi pertama kalinya disebutkan secara eksplisit dalam proses perundingan.. Penerimaan resoulusi dua Negara dalam Annapolis Conference, maka telah terjadi perubahan dalam platform politik yang telah lama dialami oleh Palestin dan Israel. Walaupun demikian, hasil dari Annapolis Conference masih belum dapat diimplementasikan kerana semakin rumitnya konflik yang terjadi di wilayah Palestin dan Israel. Amerika Syarikat ini bersifat memaksa dalam 35
  • 36. pendekatannya dan wawasannya pula bersifat penjajah. Hal ini jelas sikap berat sebelah kepada sekutunya Israel jelas kelihatan dalam pendekatan pasukan Clinton yang kebanyakannya Yahudi Zionis yang bertindak bagi pihak puak kiri dan puak kanan Israel yang kerap kali membentangkan cadangan Israel kepada Palestin sebagai cadangan damai Amerika Syarikat. Sebaliknya Amerika Syarikat berikrar akan menyokong Israel jika Israel mengambil risiko yang perlu bagi keamanan dan berjanji akan terus berada di pihak Israel jika risiko itu dirasakan terlalu besar. Israel ini kebal daripada sebarang tekanan dan jika enggan melaksanakan perjanjian itu atau mencabul resolusi 242 PBB yang meminta supaya pertukaran wilayah dilakukan bagi mencapai keamanan. Atas semangat Pax Amerika Timur Tengah yang baru ini, Washington menyokong Israel dengan memberikan lebih banyak bantuan ketenteraan dan ekonomi serta subsidi kepada pasukan keselamatan PNA untuk membendung akibat ‘proses damai’ yang sememangnya tidak adil dan stabil. Bagi mengekalkan peranan Clinton sebagai pengantara, pentadbiran Clinton menggunakan beberapa kaedah penipuan yang menjadi ciri penting diplomasinya. Pentadbiran Clinton sentiasa berbohong kepada Palestin dan memperdaya kepimpinan ikat supaya mereka percaya Amerika Syarikat memahami dan bersimpati dengan kekecewaan serta kebimbangan apabila tugas diubah dan disempitkan terutama apabila resolusi PBB dilangkaui atau dicabul secara terang–terangan. Amerika Syarikat selalu menyediakan perjanjian draf ‘surat jaminan’. Jaminan mengenai penempatan dan Baitulmauqqadis menunjukkan satu lagi penipuan pentadbiran Amerika. Pentadbiran Bush dan pentadbiran Clinton, menggugut akan memutuskan hubungan dengan pihak yang enggan menerima surat jaminan itu dan diugut dengan pengasingan. Amerika juga menawarkan insentif pada negara yang menerimanya, termasuk bantuan, geran, senjata dan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat. Hal ini merupakan janji manis yang disertai dengan ugutan. 36
  • 37. Pada 4 Oktober 1994, selepas perjanjian Oslo ditandatangani, Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat bagi Timur Tengah, Robert Pellertau mengatakan empat perkara yang salah satunya pembinaan penempatan haram yang ditaja secara persendirian tidak mencabuli sebarang perjanjian dengan Amerika Syarikat dan peluasan penempatan seluas selepas Perjanjian Oslo serta bukan lagi penghalang proses damai tetapi sekadar faktor yang merumitkan proses damai. Amerika Syarikat juga banyak terlibat dalam perundingan ini yang menyebabkan Israel berwaspada walaupun jelas Amerika Syarikat menyebelahi Israel dan pemimpin Israel mengambil sikap berhati–hati dengan tidak mencampuradukkan kepentingan dan wawasan menjadi kuasa besar yang kadangkala tidak serasi dengan Amerika Syarikat. Penglibatan Amerika ini akan memberi tekanan kepada Israel. Hal ini berlaku kepada kerajaan pimpinan bermula semasa persetujuan Camp David dan juga berlaku apabila Amerika Syarikat campur tangan semasa Israel dipimpin oleh Shamir dan Netanyahu. Pada masa yang sama juga Amerika berulang kali menggunakan apa sahaja yang boleh untuk menekan Palestin supaya berkompromi. Sebagai contoh, Amerika menggunakan Syria sebagai alasan untuk mengambil kesempatan daripada hubungan buruk antara Arafat dengan Presiden Hafez Al–Assad. Pada awal 1999, rundingan Syria–Israel melangkah setapak ke depan apabila Menteri Luar Syria, Farouk As–Shara, bertemu Perdana Menteri Ehud Barak di Washington begi membincangkan syarat pengunduran, perjanjian keselamatan dan memulihkan hubungan. Amerika Syarikat terutamanya Kongres yang menggunakan agenda dalam negerinya sebagai alat untuk menekan Palestin. Pentadbiran Clinton, yang kononnya seorang kawan menuntut bantuan Arafat supaya mengundi ahli kongres yang radikal dengan membuat lebih banyak kompromi dan kurang menimbulkan masalah. Hanya selepas sokongan kuat dari Rumah Putih, Palestin telah mematuhi garis panduan Amerika dalam isu keselamatan, barulah kongres membenarkan 37
  • 38. Washington mengekalkan hubungan diplomatik yang normal dengan PLO. Malah dasar Amerika mengubah proses damai itu menjadi gencatan senjata yang berterusan bahkan berkekalan yang bukannya suatu perjanjian damai. 3.3 Peace Valley Plan/The Valley of Peace Projek Valley of Peace atau Lembah Keamanan ini adalah satu usaha untuk menggalakkan kerjasama ekonomi antara Israel, Jordan dan Palestin. Ia telah mendapat perhatian dan sokongan yang khusus dari Presiden Israel iaitu Shimon Perez. Projek ini melibatkan usaha sama kepimpinan tertinggi di Israel dan Palestin untuk melancarkan projek ekonomi dan industri yang diharapkan dapat mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan di samping mengeratkan kerjasama yang erat. Ia juga sebagai satu usaha baru untuk memupuk persefahaman masyarakat antara kedua-dua negara ini berdasarkan kerjasama ekonomi yang telah diwujudkan. Fasa perlaksanaan Valley of Peace ini secara khusus merujuk kepada Lembah Arava di dalam daerah Arava yang menganjur ke Selatan sempadan antara Israel dan Jordan. Rancangan ini telah mengutamakan sektor swasta dengan memperuntukkan USD 3 Billion iaitu untuk membina terusan sepanjang 166 kilometer yang dikenali sebagai Two Seas Canal dan menyambungkan Laut Merah dan Laut Mati. Namun, sesetengah pengkritik telah mempertikaikan rancangan ini dan mengatakan bahawa lebih baik memajukan Sungai Jordan berbanding Lembah Arava itu kerana Sungai Jordan mempunyai laluan yang lebih selamat untuk ke Laut Mati dan dapat mengurangkan risiko serangan. Idea Tony Blair, Perdana Menteri Britain selaku ketua PBB ini bagaimanapun tidak banyak mengubah keadaan di Palestin dan Israel. Walaupun banyak peluang perniagaan dan pekerjaan yang dibuka namun masih banyak rakyatnya yang terpaksa menggunakan 38
  • 39. terowong rahsia untuk berniaga atau mendapatkan peluang perniagaan. Pihak HAMAS telah melanggar perjanjian ini dan melancarkan roket ke arah tentera Israel.Tindakan HAMAS melancarkan roket adalah satu tindak-balas kepada beberapa siri serangan yang dilancarkan tentera Israel di sekitar sempadan Gaza yang telah membunuh beberapa orang rakyat Palestine dan tentera Gaza. Israel jelas tidak menghormati gencatan senjata selama 6 bulan yang dipersetujui dalam ‘Peace Valley Plan’ hasil inisiatif Tony Blair, Ketua Pasukan PBB tentang isu Palestin tatkala melancarkan serangan ke wilayah Gaza bermula pada 4 November 2008. 4.0 Kesimpulan Tuntasnya, Untuk memahami Pergolakan di Palestin kita mesti melihat visi dan matlamat negara berkuasa besar dan percaturan kuasa politik di Amerika dan juga di negara-negara Eropah. Daripada kefahaman ini kita mungkin dapat gambaran punca masalah sebenar serta jalan keluar dari konflik.Pergolakan di Palestin berpunca daripada konflik Israel dan Palestin yang telah lama berpanjangan. Konflik tersebut dirumitkan lagi dengan pelbagai isu yang sehingga kini masih belum menemui penghujung. Konflik di antara dua negara ini turut dibayangi oleh kuasa-kuasa besar berada di belakang konflik ini dan ia telah mengundang pelbagai respon daripada negara-negara barat yang menawarkan usaha-usaha penyelesaian kepada konflik berkenaan. Antaranya, dapat dilihat melalui draf- draf pelan damai tajaan negara-negara Barat dalam usaha mencari jalan pendamaian di antara Israel dan Palestin. Walaupun kedua-dua belah pihak iaitu Arab dan Israel telah menandatangani perjanjian gencatan senjata pada akhir Jun 1967, namun pelan damai yang lebih yang bersifat kekal perlu disegerakan. Selain itu, Blok komunis yang juga telah 39
  • 40. berusaha untuk mengutarakan pelan mereka sendiri namun gagal berikutan strategi diplomatik Britain dan Amerika. Melihat persaiangan daripada Blok Komunis, Amerika dan Britain menyusun langkah untuk menaja pelan damai mereka sendiri dalam mewujudkan pelan damai yang berkekalan di Asia Barat. Namun apa yang kelihatan dalam tempoh tersebut bukan sahaja persengketaan antara negara-negara Arab dan Israel tetapi juga persaingan pengaruh antara Soviet dan Amerika dalam konflik Arab Israel 1967. Sedangkan isu Palestin dibiarkan melalui projek damai yang telah memakan masa berpuluh tahun, ini jelas menampakan isu perdamaian bagi Palestin merupakan permainan dan sandiwara politik hegemoni blok barat Lantaran itu, sehingga sekarang, usaha damai yang dianjurkan oleh pihak Barat selalunya mengalami jalan buntu dan usahanya hanya terjadi semasa adanya peperangan di antara kedua-dua negara ini. Walau bagaimanapun diharapkan agar suatu hari konflik Israel dan Palestin akan menemui titik noktah demi keamanan sejagat. 4.0 RUJUKAN Harun Yahya , 2005, Palestina Zionisme dan Terorisme Isreal, Jakarta: Dzikra. Imran n. Hosein, 2009, Jerusalem Di Dalam Al-Qura’an, City of San Fernando:Majid Jami’ah, 40
  • 41. Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, 1991, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marwan Bishara, 2007, Palestin/Israel: Keamanan atau Aparteid, Inifada kedua, Pengebom Berani Mati, Penempatan Israel di tebing Barat, Kuala Lumpur:Malindo Printers Sdn Bhd. Mohd. Puzhi bin Usop, 2010, Fobia Yahudi dan barat Terhadap Islam, Selangor: Al-Hidayah Publication. Mohd Nazri Kamsin, 2011, Travelog Misteri Israel Kuasai Dunia,Petaling Jaya: Hijjaz Records Publishing. Prof Madya Dr. Mohsen M. Salleh, Haji. Ahmad Kamal bin Mohamed (penterjemah), 2001, Isu Palestin: Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, Kuala Lumpur:Fajar Ulung. R. Garaudy, 1991, Zionis Sebuah Gerakan Keagamaan dan Politik, Jakarta:Gema Insani Press, 1995. Ritchie Ovendale, The Arab-Israel Wars: Third Edition, Singapore: Longman Singapore, http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel. Http:// Pirhot – Nababan Blogspot. Com. Http:// hafiziesulkafle.wordpress.com. http://drhilmi.blogspot.com. 41