kaedah penyelidikan dalam pendidikan

28,589 views
27,953 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
17 Likes
Statistics
Notes
  • terima kasih kandungan buku ini sangat membantu menulis laporan penyelidikan.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
28,589
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
20
Actions
Shares
0
Downloads
1,103
Comments
1
Likes
17
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

kaedah penyelidikan dalam pendidikan

  1. 1. Pusat Program Luar Modul Pendidikan Jarak Jauh KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Mahizer bin Hamzah Abdul Talib bin Mohamed Hashim Noraini binti Mohamed Noh Norazilawati binti Abdullah
  2. 2.   KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah PENULIS MODUL MAHIZER BIN HAMZAH ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM NORAINI BINTI MOHAMED NOH NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH                      
  3. 3.        
  4. 4.   iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah ISI KANDUNGAN Unit Topik Halaman Unit 1 Pengenalan kepada Penyelidikan Sekolah Rendah 1 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif 17 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif 31 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian 45 Unit 5 Tinjauan Literatur 63 Unit 6 Persampelan 75 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian 87 Unit 8 Analisis Data 125 Unit 9 Dapatan Kajian dan Perbincangan 147 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan 165      
  5. 5.      
  6. 6.   iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah PANDUAN KURSUS PENGENALAN KRL 3033 (Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah) adalah kursus yang perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Kursus yang bernilai tiga (3) jam kredit ini mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran asas penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah. SINOPSIS KURSUS Kursus ini memberi pendedahan mendalam tentang kemahiran asas dalam penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Penekanan diberikan kepada penelitian teori-teori yang relevan menjadi asas kepada penyelidikan dalam bidang pendidikan sekolah rendah. Kemahiran asas seperti mengenal pasti masalah kajian, pemilihan sampel, kaedah kajian terpilih, analisis data dan menulis laporan. Akhirnya pelajar dapat membina satu proposal penyelidikan yang lengkap dan kemas. HASIL PEMBELAJARAN Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut: 1. Menjelaskan perspektif dan teori penyelidikan dalam bidang pendidikan sekolah rendah. 2. Menguraikan pemilihan masalah kajian, prosedur kajian dan persampelan. 3. Membuat pemilihan kaedah kajian yang sesuai dalam bidang pendidikan sekolah rendah. 4. Menjalankan dan membudayakan amalan penyelidikan dalam pendidikan. 5. Menunjukan cara penganalisisan data. 6. Menghasilkan proposal yang sesuai untuk tujuan penyelidikan.
  7. 7.   ii  Panduan Kursus    TOPIK Kursus ini mengandungi 10 topik utama, berkaitan dengan pengenalan kepada penyelidikan pendidikan sekolah rendah, penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif, teori dan masalah kajian, tinjauan literatur, persampelan, paradigma dan kaedah kajian, analisis data, dapatan dan perbincangan, dan menghasilkan proposal penyelidikan. PANDUAN PENGGUNAAN MODUL Terdapat sepuluh unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang ditulis oleh penulis modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelas dan membincangkan topik dan subtopik yang relevan dengan kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada setiap unit dinyatakan. Peta konsep topik dan subtopik yang terkandung dalam setiap unit juga dipaparkan sebagai gambaran awal berkaitan topik dan subtopik yang dibincangkan. Setiap unit dalam modul ini juga memaparkan sedikit fakta sebagai pencetus idea kepada topik atau subtopik yang dibincangkan. Selain fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincang dan dianalisis, setiap unit dalam modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar sebagai penggerak untuk kelangsungan proses pembelajaran kursus ini. Penilaian Kendiri yang mengemukakan beberapa soalan juga terdapat di setiap unit dalam modul ini bagi menguji tahap penguasaan kandungan. Walau bagaimanapun pembelajaran kursus ini adalah tidak terbatas kepada apa yang terdapat di dalam modul ini sahaja. Sebaliknya, para pelajar juga perlu membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau laman web yang disarankan di bahagian rujukan bagi menambahkan lagi ilmu berkaitan dengan kaedah penyelidikan dalam pendidikan.
  8. 8.   iiiKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah PENAKSIRAN BENTUK PENAKSIRAN WAJARAN (%) KERJA KURSUS 60 PEPERIKSAAN AKHIR 40 JUMLAH 100
  9. 9.   iv  Panduan Kursus   
  10. 10.   1KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan definisi penyelidikan dalam pendidikan. 2. Mengenal pasti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan. 3. Menghuraikan isu dan etika dalam penyelidikan pendidikan. 4. Mengenal pasti prosedur penyelidikan dalam pendidikan. PETA KONSEP Penyelidikan Pendidikan Rancangan Kajian Alat-Alat Kajian Analisis Data Populasi & Sampel Kajian Soalan & Data Kajian Membina Alat-Alat Kajian Kebolehpercayaan & Kesahan Alat-Alat Kajian Kajian Rintis Pengukuran & penaksiran Variabel Kajian Analisis Data Kuantitatif Analisis Data Kualitatif Reka Bentuk Kajian
  11. 11.   2 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah PENGENALAN Unit ini memperkenalkan secara ringkas apa itu penyelidikan pendidikan sekolah rendah. Definisi, konsep penting seperti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan juga dibincangkan bersama isu dan etika dalam penyelidikan agar menjadi panduan kepada penyelidik. Prosedur penyelidikan diberikan satu persatu agar penyelidik jelas akan tertib dalam mengendalikan penyelidikan dalam pendidikan. ISI KANDUNGAN Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan? Penyelidikan bermula apabila sesuatu masalah dirasai.Masalah yang dihadapi merupakan rangsangan kepada penyelidikan. Akal yang dirangsang oleh masalah akan berfikir dan menimbang sama ada sesuatu masalah yang dihadapi merupakan masalah sebenar dan memerlukan penyelesaian.Akal akan mengenalpasti dan menganggarkan sejauh mana masalah itu perlu dikaji dan akal juga akan menentukan sebanyak mana faedah yang boleh diperolehi daripada penyelidikan terhadap masalah. Tanpa masalah akal tidak akan dirangsang dan sekaligus penyelidikan tidak akan berlaku. Sejarah penyelidikan pendidikan bermula apabila munculnya tamadun manusia. Masalah yang dihadapi oleh manusia seperti masalah pengajaran dan pembelajaran menyebabkan manusia mengkaji dan terus mengkaji cara untuk memperolehi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai mengikut peredaran zaman. Dengan kata lain, perkembangan penyelidikan berkait rapat dengan perkembangan tamadun manusia. Berdasarkan beberapa sumber pengetahuan, manusia akan terus menyelidiki sesuatu masalah yang dihadapi untuk memperbaiki kehidupan mereka.Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih
  12. 12.   3KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah mendalam.Kerlinger (1973) menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta.Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir secara sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kait antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan. Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka atau mengawal fenomena pendidikan. Terdapat beberapa definisi penyelidikan antaranya, penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997). Helmstadtr (1970) pula mendefinisikan penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang diguna pakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta- fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula (Woolf, 1975).Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa penyelidikan sebagai satu aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan atau makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berdasarkan sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti. Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik 1. Mengenal pasti masalah dan menggubal soalan kajian atau hipotesis 2. Mereka bentuk kajian untuk menjawab soalan kajian atau menguji hipotesis 3. Mengumpul dan menganalisis data 4. Menjawab soalan kajian atau menerima atau menolak hipotesis (John Dewey, 1859-1952)
  13. 13.   4 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah Tujuan Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan Secara umum, penyelidikan pendidikan dijalankan adalah untuk mencapai satu daripada empat tujuan utama (Gall, 1996), iaitu : 1. Untuk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam bentuk suatu aktiviti, situasi atau peristiwa tertentu, contohnya fenomena dalam kelas secara spesifik atau alam pendidikan secara keseluruhan. Dalam kategori ini, tujuan penyelidikan adalah untuk memerihalkan fenomena yang berlaku, misalnya situasi pelaksanaan kurikulum baharu dalam pendidikan atau aktiviti pengenalan kaedah pengajaran baharu di dalam kelas. 2. Untuk meramal fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan situasi masa kini. Contohnya, kejayaan pelajar pada masa hadapan diramal berdasarkan prestasi mereka pada masa kini. Keputusan peperiksaan calon-calon percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) misalnya boleh digunakan untuk meramal keputusan sebenar mereka di dalam peperiksaan SPM. Dalam konteks ini, tujuan kajian mungkin berkait dengan kebolehtelahan ujian peramal yang dibina. Hal ini kerana penyelidikan menekankan usaha memperkembangkan teori-teori yang baik atau usaha menemui prinsip-prinsip am yang berguna untuk menelah sesuatu perlakuan pada masa hadapan. 3. Untuk tujuan penambahbaikan berhubung dengan sesuatu fenomena yang biasanya melibatkan aktiviti pencelahan (intervention). Tujuan penyelidikan adalah untuk menambah baik aktiviti atau situasi yang wujud masa kini melalui cara penyelidik “menganggu” fenomena berkenaan dengan cara mewujudkan pencelahan. Melalui cara ini, penyelidik boleh menilai hasil yang wujud daripada gangguan tersebut. Contohnya, sebelum melaksanakan satu kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu tersebut dicuba terlebih dahulu oleh penyelidik untuk melihat keberkesanannya. 4. Untuk tujuan menerangkan satu fenomena tertentu berdasarkan suatu teori, model atau kesimpulan. Tujuan kategori ini serupa dengan kategori pertama. Perbezaannya, bagi kategori ini yang ditekankan ialah penerangan berdasarkan teori, model atau kesimpulan yang sudah wujud berdasarkan kajian-kajian lalu. Contohnya, menerangkan tingkah laku kanak-kanak
  14. 14.   5KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah semasa menyelesaikan masalah berayat Matematik menggunakan teori perkembangan kanak-kanak Piaget. Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan dan penganalisisan maklumat untuk menerang dan memahami sesuatu masalah atau isu. Secara amnya, sesuatu penyelidikan melibatkan tiga langkah utama iaitu : i. Mengemukakan persoalan ii. Mengumpul data untuk menjawab persoalan iii. Mengemukakan jawapan kepada persoalan Dengan kata lain, proses yang dilalui dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan merupakan suatu proses penyelesaian masalah atau mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau tanda tanya. Oleh itu, maklumat atau data diperlukan sebagai bukti atau asas kepada jawapan atau penyelesaian yang dikemukakan.Namun, terdapat langkah-langkah lain yang tidak kurang pentingnya untuk menjadikan sesuatu penyelidikan itu bersifat lebih ilmiah.Antaranya, persoalan, masalah atau isu yang dikemukakan melalui data yang diperoleh daripada pembacaan atau penyelidikan yang dilaksanakan dalam bidang yang berkaitan.Ini secara tidak langsung menjadikan pembacaan dan pencarian maklumat salah satu aktiviti penting dalam pelaksanaan penyelidikan.Namun begitu, penyelidikan tidak terhad kepada pencarian dan pengumpulan maklumat semata-mata. Menurut Noraini (2010), aktiviti penyelidikan ilmiah merupakan satu aktiviti yang menyumbang kepada sesuatu yang baru, sama ada dari segi ilmu ataupun amalan. Secara ringkasnya proses penyelidikan meliputi langkah-langkah berikut: 1. Ia bermula dengan satu persoalan di dalam pemikiran seorang penyelidik. AKTIVITI 1.1 Pada pendapat anda mengapakah sesuatu isu dalam pendidikan itu perlu dijalankan penyelidikan?
  15. 15.   6 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah 2. Ia memerlukan satu perancangan. 3. Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masalah. 4. Ia melibatkan permasalahan utama dengan permasalahan berkaitan. 5. Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan 6. Ia melibatkan fakta dan makna fakta. 7. Ia adalah berhubungkait menghimpun dan menganalisa data. 8. Availability (Sumber tersedia) penyelidik memastikan adanya sumber tersedia seperti instrumen dan data dari kajian yang hampir sama. 9. Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data. 10.Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data sama ada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan. 11.Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sah. Kepentingan Penyelidikan Pendidikan Dalam penyelidikan pendidikan terdapat beberapa kepentingan yang signifikan kepada penyelidik. Dengan mengetahui kepentingan ini seseorang itu akan mengetahui betapa perlunya sesuatu penyelidikan itu dijalankan. Antaranya ialah : 1. Penyelidikan menyumbang ke arah penambahbaikan amalan. 2. Memberi maklumat untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar. 3. Penyelidikan memperkaya pengetahuan sedia ada. 4. Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan 5. Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa. 6. Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat). 7. Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan, komunikasi interpersonal, pengucapan awam). Jenis Penyelidikan Pendidikan Kebanyakan pakar penyelidikan pendidikan berpendapat bahawa bidang penyelidikan boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan. Berikut adalah jenis-jenis penyelidikan dalam pendidikan:
  16. 16.   7KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 1. Penyelidikan Asas 2. Penyelidikan Gunaan 3. Penyelidikan Penilaian 4. Penyelidikan Tindakan 5. Penyelidikan Pembangunan 6. Penyelidikan Kuantitatif 7. Penyelidikan Kualitatif 1) Penyelidikan Asas a. Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan, ilmu atau teori baru. b. Penyelidikan asas menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. c. Penyelidikan yang lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam. d. Menerusi penyelidikan asas penyelidik memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori. e. Penyelidikan asas kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis. 2) Penyelidikan Gunaan a) Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan. b) Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru. 3) Penyelidikan Tindakan Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992).
  17. 17.   8 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah 4) Penyelidikan Kuantitatif Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak sesuatu program yang telah dijalankan. 5) Penyelidikan kualitatif a. Kajian etnografi Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya mereka. b. Kajian kes Kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji, berfokus kepada proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah. c. Kajian sejarah Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang. d. Kajian naratif Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka.Ia memberi tumpuan kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka. 6) Penyelidikan Kuantitatif a. Kajian eksperimental Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua- dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan
  18. 18.   9KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah- pembolehubah kawalan. b. Kuasi-eksperimental Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada.Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu kumpulan pertama menjalani rawatan dengan kaedah pertama, sementara kumpulan yang satu lagi tidak diberi apa-apa rawatan (kumpulan kawalan).Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca.Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah diberi. c. Kajian tinjauan Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka. Analisis statistik deskriptif seperti min, mod, median, peratus dan kekerapan biasanya dijalankan ke atas kajian jenis ini. d. Kajian korelasi Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan nilai numerikal. Isu Etika Penyelidikan Isu etika penyelidikan sering ditimbulkan dan dibincangkan dalam seminar penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains sosial dan tingkah laku.Ini adalah kerana penyelidikan yang dilakukan biasanya menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman.Kaedah pengumpulan data dalam sesetengah kajian pula menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran subjek kajian. Oleh sebab data yang dikumpul daripada responden mungkin merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui
  19. 19.   10 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah orang lain, atau yang diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pihak-pihak tertentu (subjek dan pihak-pihak lain), pengkaji perlu mengetahui etika penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/kod atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan. a. Kod etika penyelidikan Dalam etika penyelidikan beberapa elemen yang perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut: i) Mendapat Kebenaran (informed consent) Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks. ‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami beberapa perkara berikut:  Matlamat dan tujuan kajian.  Apa yang dikendaki oleh responden.  Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan.  Sekiranya fokus atau sampel berubah, perundingan semula perlu dibuat  Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden. ii) Penglibatan (Participation)  Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.  Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut.  Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa- apa kesan negatif
  20. 20.   11KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah  Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu. iii) Kerahsiaan (Confidentiality)  Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsiaan maklumat dijamin berkesan.  Perlindungan hak responden diutamakan.  Prosedur tidak terlalu rigid dan mengongkong responden.  Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti penyelidikan iv) Anomiti Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti responden. v) Rundingan (Negotiation) Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:  Mendapat kebenaran dari institusi  Mendapat kebenaran untuk aksesdata  Penggunaan data  Penulisan laporan  Melindungi peserta daripada masalah yang timbul b. Prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik Berikut adalah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh penyelidik:  Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.  Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.  Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diikuti untuk memudahkan data dibaca berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum.  Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.
  21. 21.   12 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah  Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual.  Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.  Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.  Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.  Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan. Prosedur Penyelidikan Pendidikan 1. Menyatakan masalah kajian Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan pokok yang kita akan kaji. 2. Menetapkan objektif kajian Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.Ia juga menggambarkan pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan. 3. Membentuk soalan kajian Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian.Soalan kajian mestilah jelas, tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi hala tuju yang jelas kepada proses penyelidikan dan memudahkannya menulis laporan penyelidikan. AKTIVITI 1.2 Berikan pandangan anda mengapakah sesuatu penyelidikan itu perlu ada kod dan etika?
  22. 22.   13KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 4. Menghasilkan hipotesis kajian Bagi kajian kuantitatif, hipotesis digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dan sebagainya. (Kajian Eksperimental, kuasi-eksperimental, korelasi). 5. Melakukan tinjauan literatur Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya. 6. Merancang kaedah kajian Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian. 7. Mereka bentuk kajian Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif yang akan digunakan, bentuk instrumen dan penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan data serta data akan dianalisis nanti. 8. Menentukan prosedur persampelan Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan.Sampel yang betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji. 9. Membina instrumen kajian Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau membuat pengumpulan data.Instrumen yang sedia ada boleh digunakan.Jika instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan.
  23. 23.   14 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah 10. Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran. 11. Menentukan prosedur pengumpulan data Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji. 12. Mengumpul data Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi. 13. Menganalisis data Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak. 14. Membincang hasil kajian Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan, penambahbaikan, cadangan dan implikasi penyelidikan.
  24. 24.   15KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 15. Melaporkan kajian Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latar belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan reka bentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti. RUMUSAN Penyelidikan merupakan suatu perkara penting bagi pendidik kerana fenomena- fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan hanya dapat dijelaskan dengan adanya penyelidikan. Dalam persekitaran pendidikan, pendidik sentiasa beraksi dan berinteraksi dengan dengan orang lain terutamanya pelajar. Dalam interaksi berkenaan, pelbagai fenomena akan berlaku. Antaranya ialah kejayaan dalam pelajaran, masalah disiplin, globalisasi dalam pendidikan dan sebagainya.Setiap yang berlaku ini perlu diteliti dari segi sebab-sebabnya, akibat sesuatu kejadian, kesan terhadap individu atau masyarakat, cara-cara mengatasi sesuatu masalah dan sebagainya.Semua fenomena ini hanya dapat dijawab dan selesaikan melalui penyelidikan.Oleh itu amatlah penting seseorang penyelidik itu mengenalpasti dahulu konsep seperti tujuan, ciri-ciri dan prosedur kajian sebelum sesuatu penyelidikan itu dijalankan. PENILAIAN KENDIRI 1. Berikan empat perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konsepsual? 3. Huraikan perbezaan antara kajian asas dengan kajian gunaan? 4. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini termasuklahbahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi. Bagaimanakah tinjauanliteratur dapat membantu seseorang pengkaji? 5. Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik.
  25. 25.   16 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Amir Hasan Dawi(2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Prospecta Sdn. Bhd. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan ( 2004). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisa & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gall, M. (1996). Educational Research: An Introduction concepts in human behaviour, psychology, sociology. Thousand Oaks, CA:Sage Publication. Helmstadtr, G. C. (1970). Research concepts in human behavior: Education, sychology,sociology. New York:Appleton-Century-Crofts. John P. Keeves (1997). Educational research, methodology, and measurement : An International Handbook. Cambridge. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka. Neuman, W. L. (2000). Social Research Methods-Qualitative and Quantitative Approaches. (4 th ed). Boston : Allyn and Bacon. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.
  26. 26.   17KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah UNIT 2 PENYELIDIKAN KUANTITATIF HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan penyelidikan kuantitatif. 2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah analisis data penyelidikan kuantitatif. PETA KONSEP PENGENALAN Unit ini membincangkan tentang penyelidikan kuantitatif.Terdapat beberapa reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum menjalankan kajian.Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan kajian. Penyelidikan Kuantitatif Pensampelan Analisis Data Instrumen Kajian Reka Bentuk Kajian
  27. 27.   18 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif ISI KANDUNGAN Apakah Itu Penyelidikan Kuantitatif? Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk : 1. Menguji teori 2. Melihat hubungkait angkubah 3. Menjelaskan fenomena dari segi “sebab penyebab” 4. Membuat ramalan 5. Membuat tinjauan Menurut Sabitha Marican (2005) Penyelidikan kuantitatif akan digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik. Kajian berbentuk kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula-formula yang tertentu.Hasil kajian merangkumi formula-formula tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistik. Jenis-Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Kuantitatif 1. Kajian Eksperimental Dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah kawalan.
  28. 28.   19KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 2. Kuasi-Eksperimental Kajian yang menggunakan kumpulan-kumpulan yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada.Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu hanya kumpulan pertama diberi rawatan.Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah diberi. 3. Kajian Tinjauan Cross Sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan semasa. Rekabentuk Longitudinal pula digunakan untuk mengkaji individu dalam jangka masa tertentu. Kajian tinjauan umumnya melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka.Statistik deskriptif yang biasa digunakan adalah seperti min, mod, median, peratus dan kekerapan. 3. Kajian Korelasi Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan nilai numerikal.Contohnya membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam dua matapelajaran yang berbeza. Instrumen Kajian Kuantitatif Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul data.Contoh alat kajian kuantitatif ialah soal selidik.Soal selidik digunakan untuk mengumpul data secara formal dan sistematik.Sebelum penyelidikan dijalankan penyelidik haruslah memastikan setiap soal selidik yang dijalankan memenuhi objektif dan persoalan kajian, mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai
  29. 29.   20 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif kebolehpercayaan dan praktikal.Soal selidik mestilah jelas dan mudah dijawab. Biasanya terdiri daripada dua bentuk : 1. Soal Selidik jenis Terbuka Instrumen bentuk ini memberi kebebasan kepada responden untuk menyatakan pandangan mengenai sesuatu isu.Analisisnya bertujuan untuk mengenalpasti maklumat yang penting, mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis dan membuat interpretasi dan kesimpulan.Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan soalan yang dikemukakan.Contoh : 2. Soal Selidik jenis Tertutup Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan sendiri.Jenis-jenis soalan tertutup adalah dichotomous, skala likert, susunan keutamaan dan demografi.Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu yang disediakan.Responden memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan.Terdapat beberapa jenis skala pengukuran yang boleh digunakan bagi soal selidik yang berbentuk soalan tertutup seperti: a. Soalan Tertutup Dichotomus Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju / Tidak Setuju. Contoh soal selidik jenis terbuka: 1. Apakah yang menyebabkan anda minat dengan mata pelajaran sains? 2. Apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar oleh guru sains untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains?
  30. 30.   21KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah b. Skala Likert Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk asal skala ini mempunyai 5 poin iaitu : 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju Skala asal Likert juga boleh dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti skala yang mempunyai 4 poin, 6 poin, 7 poin dan sebagainya.Selain daripada itu, diskriptor bagi skala juga boleh diubah. Contoh soal selidik jenis skala likert: 1. Saya mempunyai seorang guru sains yang baik. 1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju Contoh soal selidik jenis Soalan Tertutup Dichotomus: 1. Adakah anda mengetahui tentang undang-undang dan peraturan sekolah? Ya Tidak 2. Penggunaan peta minda membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Setuju Tidak Setuju      
  31. 31.   22 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif c. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order) Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatnya.Susunan aspek ini mengikut keutamaan iaitu nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi, nombor 2 dan seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah peringkat. d. Maklumat Demografi Dalam sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai satu bahagian yang mengandungi maklumat demografi responden.Adanya bahagian demografi membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan dimensi yang lebih terperinci seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio- ekonomi pelajar dan sebagainya. Contoh soal selidik jenis Rank Order : Sila beri nombor mengikut keutamaan teknik pengajaran guru yang paling anda sukai bermula dengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikuti dengan nombor 2 bagi teknik pengajaran yang kedua disukai dan seterusnya sehingga nombor 5. Sila tulis keutamaan (ranking) anda pada kotak yang diberi. Teknik pengajaran guru Pemeringkatan (ranking) Kuliah Latih tubi Syarahan Simulasi Lakonan
  32. 32.   23KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Contoh maklumat demografi dalam soal selidik : 1. Nama Sekolah : __________________ 2. Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar 3. Tingkatan : Satu Dua Tiga 4. Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain
  33. 33.   24 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif Contoh 1, soalan soal selidik kajian kuantitatif: “ PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS ” Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Dengan hormatnya dimaklumkan, Tuan/Puan telah dikenal pasti dan dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumatmengenai pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Maklumat yang bakal diberikan adalah amat berguna khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran Sains. Input daripada Tuan/Puan dalam menjawab soal selidik ini secara ikhlas amat dihargai. Maklumat tersebut akan dirahsiakan dan adalah untuk kajian semata-mata. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama Tuan/ Puan dalam menjawab soal selidik ini. Sekian, Terima Kasih. BAHAGIAN A ARAHAN : Sila isikan ruang-ruang kosong di bawah ini dan tandakan (X) pada petak yang berkenaan. 1. JANTINA : Lelaki Perempuan 2. UMUR : 29 tahun dan kurang 30 tahun dan lebih 3. ETNIK : Melayu Cina India 4. PENGALAMAN MENGAJAR: Kurang daripada 5 tahun Lebih daripada 5 tahun Lebih daripada 10 tahun 5. TARAF AKADEMIK: Diploma Ijazah Sarjana PHD 6. OPSYEN : Sains Lain-lain ospyen BAHAGIAN B ARAHAN: Soalan bahagian B berkaitan dengan Pelaksanaan Pendekatan Konstruktivisme Dalam Mata pelajaran Sains. Bahagian ini terdiri daripada empat aspek berkenaan dengan tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap responden. Sila bulatkan nombor mengikut skala yang diberikan. Skala : 1 = Sangat tidak setuju 2 = Tidak setuju 3 = Tidak pasti 4 = Setuju 5 = Sangat setuju                         PENGETAHUAN SKOR 1. Kaedah pengajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme adalah sama dengan kaedah biasa. 1 2 3 4 5 2. Saya yakin cara penyampaian pengajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme lebih berkesan daripada kaedah biasa 1 2 3 4 5 3. Pengajaran berdasarkan kaedah konstruktivisme menggalakkan Kreativiti 1 2 3 4 5 4. Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah satu proses pengajaran yang mementingkan pengetahuan sedia ada pelajar 1 2 3 4 5 5. Setiap pelajar membina pengetahuan daripada orang lain 1 2 3 4 5
  34. 34.   25KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Contoh 2, soalan soal selidik kajian kuantitatif:   Tajuk Bengkel :     Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak‐Kanak 2014  Tolong penuhkan borang penilaian ini bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan  datang. Kerjasama anda didahului dengan jutaan terima kasih.    Tema : Pembelajaran menyeronokkan dan berkesan (Learning Is Fun dan Effective)  Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan yang sesuai.  1 = Sangat Tidak Baik 2 = Tidak Baik 3 = Memuaskan  4 = Baik   5 = Sangat Baik    1 2 3 4  5  Tema Bengkel      Penjadualan atur cara bengkel      Bekalan bahan bengkel      Peruntukan masa bengkel      Acara pembukaan bengkel      Urusetia dan sekretariat      Pendaftaran      Komunikasi bengkel      Makan dan minum      Susun atur bengkel      Tempat bengkel diadakan        Berikan cadangan dan komen anda :  ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 
  35. 35.   26 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif Kebolehpercayaan Dan Kesahan Setiap instrumen yang digunakan perlulah mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan.Terdapat empat jenis kesahan iaitu: 1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. 2. Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). 3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berassakan teori psikologi tertentu. Contohnya: ‘rajin’. 4. Kesahan muka sesuatu instrumen/ujian ‘nampak pada permukaannya’dapat mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya: bagi instrumen yang mengukur ‘rajin’, kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang ‘rajin’. Kajian Rintis Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehtadbiran, satu kajian rintis perlu dijalankan.Kajian rintis ini dibuat sebelum kajian yang sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memastikan instrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah- masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Fungsi kajian rintis dijalankan ialah untuk; AKTIVITI 2.1 Dalam kajian kuantitatif terdapat dua bentuk soal selidik iaitu soal selidik jenis tertutup dan jenis terbuka.Pada pandangan anda, soal selidik jenis manakah lebih digemari oleh responden kajian?Huraikan hujah anda.
  36. 36.   27KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah i. menyemak kejelasan item-item, arahan dan susun atur soal selidik. ii. mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selididk. iii. mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan. iv. mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup. v. mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik. vi. menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik. vii. mengenal pasti item-item yang tiada kaitan dalam soal selidik. viii. menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer. Populasi dan Persampelan Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda yang dikaji.Jika bilangan populasi tidak besar (kurang dari 100) maka diambil semua populasi tersebut.Populasi hendaklah relevan dengan kajian. Sampel adalah sebahagian daripada populasi.Sampel yang dipilih mesti bersifat representative.Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di mana mereka dipilih. Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian tersebut.Sampel hendaklah terdiri daripada populasi. Jenis-jenis persampelan adalah seperti berikut: 1. Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling) 2. Persampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling) 3. Persampelan Bersistematik (Sistematic Sampling) 4. Persampelan Kelompok (Cluster Sampling) (Perbincangan selanjutnya tentang persampelan boleh rujuk kepada unit 6 dalam modul ini) Analisis Data Analisis soal selidik adalah untuk mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi setiap item.Ia boleh dipersembahkan mengikut kesesuaian seperti carta bar, graf
  37. 37.   28 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif palang dan graf garis. Tujuannya adalah untuk membuat intepretasi dan kesimpulan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis data dalam kajian kuantitatif terdiri daripada: 1. Analisis deskriptif - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan ciri-ciri pemboleh ubah. 2. Analisis inferensi - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. (Perbincangan selanjutnya tentang analisis data boleh rujuk kepada unit 8 dalam modul ini) Jenis-jenis hipotesis 1. Pengujian hipotesis hubungan - Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentadbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data sampel untuk mentakbir/menganggar parameter populasi. 2. Pengujian hipotesis perbezaan -Analisis menggunakan ujian t dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan min 2 pemboleh ubah manakala ujian Anovadilakukan untuk mengenal pasti perbezaan lebih daripada dua pemboleh ubah. RUMUSAN Penyelidikan kuantitatif memerlukan data numerikal serta melibatkan analisis statistik terhadap data tersebut untuk memahami dan menjelaskan fenomena yang dikaji.Kajian jenis ini memerlukan alat atau instrumen untuk mendapatkan data AKTIVITI 2.2 Terdapat 2bentuk pengujian hipotesis perbezaan iaitu ujian t dan Ujian Anova. Berikan satu contoh pemboleh ubah yang perlu dianalisis bagi setiap analisis tersebut.
  38. 38.   29KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah kajian.Alat yang biasa digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang terdiri daripada soal selidik jenis yang terbuka dan tertutup. Dapatan dari soal selidik ini akan dianalisis bagi memenuhi tuntutan tujuan kajian. Kajian kuantitatif biasanya mengukur tingkah laku yang nampak (luaran). Oleh itu kajian ini tidak sesuai untuk mengkaji tingkah laku yang tidak boleh nampak seperti `teacher intention’, proses kognitif pelajar, budaya sekolah dan ciri-ciri sosial dalam komuniti sekolah. Konsep kajian ini tertumpu kepada pembuktian`teori’ melalui pemerhatian apa yang berlaku dan diukur secara objektif. PENILAIAN KENDIRI Kajian yang melibatkan murid-murid sekolah boleh dibuat dengan menggunakan reka bentuk eksperimen atau lain-lain reka bentuk. 1. Jelaskan apa yang anda faham tentang reka bentuk eksperimen dari segi sampel dan pengagihan rawatan kepada kumpulan-kumpulan. 2. Berikan satu topik kajian berkaitan kaedah mengajar yang bolehmenggunakan reka bentuk eksperimen dan nyatakan satu soalan kajiannnya. 3. Jelaskan apakah fungsi kajian rintis? 4. “Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi”.Huraikan pernyataan tersebut. 5. Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan perkara- perkara berikut: a. Kesahan kandungan b. Kesahan hubungan kriteria c. Kesahan konstruk d. Kesahan muka
  39. 39.   30 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif RUJUKAN Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang: MASA Enterprise. Ary, D., Jacob, L. & Razavieh, A. (1996).Introduction to the research in education (5th ed.). Orlando, FL: Harcourt Brace & Co. Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur, McGraw-Hill. Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistic. Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur, McGraw-Hill. Noraini Idris.( 2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.
  40. 40.   31KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah UNIT 3 PENYELIDIKAN KUALITATIF HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan penyelidikan kualitatif. 2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah analisis data penyelidikan kualitatif. 3. Membezakan penyelidikan kualitatif dengan penyelidikan kuantitatif. PETA KONSEP PENGENALAN Unit unit membincangkan tentang penyelidikan kualitatif. Terdapat beberapa reka bentuk penyelidikan kualitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum menjalankan kajian. Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai Penyelidikan Kualitatif Persampelan Analisis Data Instrumen Kajian Reka Bentuk Kajian
  41. 41.   32 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan kajian. ISI KANDUNGAN Apakah Itu Penyelidikan Kualitatif? Penyelidikan kualitatif adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuh. Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah: 1. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya. 2. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji. 3. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih. 4. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam. 5. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian). Menurut Sabitha Marican (2005), penyelidikan kualitatif berfokus pada konteks sesuatu perkara itu berlaku. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses atau bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana (setting) yang hendak dikaji. Kajian jenis ini berfokus pada proses dan hasil. Hasil kajian pula dipersembahkan dalam bahasa seharian. Kajian ini tidak bergantung kepada nombor atau perkiraan statistik dalam memberikan penjelasan terhadap pembolehubah yang dikaji. Pendekatan kajian jenis ini digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yangsukar diukur dengan nombor, seperti imej diri, tingkah laku, perasaan dan tindakan. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini, 2001). Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu
  42. 42.   33KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mendalam,kajian kualitatif perlulah dijalankan.Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana ia berlaku. Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah: 1. Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran mereka? 2. Bagaimana guru menjalankan aktiviti konstruktivisme dalam pengajaran matapelajaran Sains di sekolah rendah? Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell,1994). Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis data. Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan data dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan bergantung kepada subjektiviti seseorang individu (M. Najib, 1999). Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan. Jenis-jenis penyelidikan kualitatif Penyelidikan kualitatif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Berikut adalah jenis-jenis kajian kualitatif: 1. Kajian Etnografi Istilah etnografi bermaksud “portrait of a people”. Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan
  43. 43.   34 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya, tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan.Ia adalah kajiandeskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat. Kajian jenis ini juga dikatakan satu kajian yang mendalam tentang perlakuan spontan dan semulajadi dalam sesuatu kelompok sosial. Ianya bertujuan untuk mendapatkan kefahaman tentang perkaitan antara budaya dan perlakuan. Kajian jenis ini asalnya dikembangkan oleh ahli-ahli antropologi. Dalam kajian ini subjek atau responden dirujuk sebagai sumber maklumat. Kajian jenis ini mengkaji tentang budaya dan manusia yang menumpukan kepada budaya sesuatu kelompok manusia, bagaimana mereka bertingkahlaku, berinteraksi antara satu sama lain. Dengan kata lain, ia bertujuan untuk mengetahui kepercayaan, nilai, perspektif, motivasi dan bagaimana perkara-perkara ini berkembang dan berubah mengikut masa dan situasi. ‘Participant observation’. Kajian ini biasanya menggunakan teknik pemerhatian, temubual (sama ada temubual secara formal atau tidak formal), analisis dokumen, penelitian sejarah hidup dan penulisan diari. Interpretasi data sosio-budaya daripada perspektif subjek kajian dijelaskan dengan menggunakan bahasa dan istilah setempat untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Contoh kajian etnografi ialah: Kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di rumah. 2. Kajian kes Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami secara mendalam tentang subjek yang dikaji, berfokus tentang proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah. Contohnya, kajian tentang tanda tingkahlaku bermasalah dan penyebab cara meluahkan perasaan dan emosi seorang pelajar. 3. Kajian sejarah Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka pada masa akan datang.
  44. 44.   35KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah Contohnya, Kajian kesan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kalangan pelajar sekolah menengah. 4. Kajian naratif Satu kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Contohnya, Kajian Analisis Naratif Filem Romantik Korea: Winter Sonata. Reka Bentuk Kajian Kualitatif Terdapat beberapa reka bentuk kajian kualitatif. Antaranya ialah: 1. Bentuk Kajian lapangan – data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji. 2. Bentuk Kajian Kes – adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. a. Berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. b. Satu kes adalah satu unit asas analisis. c. Data kes termasuk data temuduga, dapatan pemerhatian, data rekod danyang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen. 3. Bentuk Kumpulan Terfokus –proses pengutipan data melalui temubual khas untuk kumpulan kecil. a. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar. b. Satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman dan sikap.
  45. 45.   36 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif 4. Bentuk Kajian Tindakan – bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifik. a. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. 5. Bentuk Analisis Dokumen – kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian. 6. Bentuk pelbagai Pendekatan – pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. a. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah. Instrumen Kajian Kualitatif Penilaian Dokumen dalam kajian kualitatif merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data ialah secara Pra Masuk (jenis, lokasi, aksesbiliti, jangkamasa dokumen), Merekod (jenis kod, proses rekod diisi), Memproses (pengukuran data, pamir data, verifikasi data) dan Interpretasi (dapatan utama/sekunder). Instrumen Pemerhatian bagi kajian kualitatif mempunyai ciri-ciri seperti satu atau lebih pemerhati diletakkan ditempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan; membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi, pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian; dan pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian. Alat menemuduga adalah soalan temuduga yang merupakan soalan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu seperti Temuduga berstruktur atau piawai (soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respon yang spesifik), Temuduga separuh berstruktur atau separuh piawai (soalan adalah daripada beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan, Temuduga tanpa berstruktur (soalan temuduga adalah tanpa standard).Kebolehpercayaan dan Kesahan kajian kualitatif adalah bergantung
  46. 46.   37KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah kepada alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian, proses mengutip data dan kaedah analisis data yang dijalankan.Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta dan navigasi. Terdapat beberapa jenis triangulasi iaitu Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama dan Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama. Persampelan Kajian Kualitatif Dalam kajian kualitatif kaedah persampelan bukan rawak digunakan (non-probability sampling). Terdapat empat jenis persampelan bukan rawak iaitu persampelan mudah (subjek kajian yang mudah diperoleh), persampelan bertujuan (pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji darpada populasi), persampelan bola salji (Snow ball) (mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian dan persampelan kuota (quota sampling) (pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan). AKTIVITI 3.1 Satu analisis terhadap filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah dilakukan untuk mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Pemilihan visual oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya luar telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai bahan sampingan secara senyap untuk menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata masyarakat. Pada pandangan anda apakah reka bentuk kajian kualitatif ini? Jelaskan cara pelaksanaannya.
  47. 47.   38 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif Analisis Data Kualitatif Data kajian kualitatif yang didapati daripada dokumen, temuduga atau pemerhatian akan melalui fasa analisis seperti berikut : 1. Tahap pra-analisis – semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan dilengkapkan. Semua nota dilabel menurut jenis. 2. Tahap kemasan data – data ditranskripsikan dalam ‘word processing’ atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. 3. Tahap pamiran data – data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. 4. Tahap verifikasi data – semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. 5. Tahap dapatan – penyemakan dan interpretasi dapatan. Contohnya, bagi data dokumen: data dikutip dan diubah menjadi teks, teks dilabel dan dikategorikan agar beberapa tema dapat diwujudkan agar bentuk frasa yang sama serta hubungan dan kesamaan atau perbezaan dapat dikenal pasti. Selepas itu data yang telah ditapis dinilai mengikut kajian lepas. Jadual 3.1 Perbezaan Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF Istilah yang berkaitan dengan pendekatan Eksperimental ‘Hard data’ Perspektif luaran Empirikal Positivist Fakta sosial Statistik ‘Etic’ Etnografi (Kajian tentang sosio budaya) Kerja lapangan ‘Soft data’ ‘Symbolic Interaction’ Perspektif dalaman ‘Naturalistic’ ‘Ethnomethodologi’ Diskriptif Pemerhatian ‘Phenomenological’ Dokumentari Riwayat hidup Kajian kes
  48. 48.   39KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah Ekologikal Konsep utama Pemboleh ubah Mengoperasi definisi Kebolehpercayaan Hipotesis Kesahan Kesignifikanan statistik Replikasi ramalan Makna Pemahaman sejagat Definisi situasi Kehidupan harian Pemahaman Proses Rundingan bertujuan praktikal pembinaan sosial ‘Grounded Theory’ Gabungan teori ‘Structural functionalisim’ ‘Realism’,’Positivism’ ‘Behavioralisme’ ‘Logical Empiricm’ ‘Systems Theory’ ‘Symbolic Interaction’ ‘Ethnomethodology’ ‘Phenomenology’ Budaya ‘Idealisme’ Gabungan Akademik Psikologi Ekonomi Sosiologi Sains politik Sosiologi Sejarah Anthropologi Matlamat Menguji teori Memperjelaskan fakta Perihalan statistik Ramalan Hubungan antara pemboleh ubah Membina konsep Memerihal realiti pelbagai ‘Grounded Theory’ Meningkatkan pemahaman Reka bentuk Berstruktur Ditentukan lebih awal Formal Spesifik Prosedur kajian yang terperinci Terbuka kepada perubahan Fleksibel Umum Membuat tekaan terhadap cara penyelidikan Penulisan cadangan penyelidikan Panjang lebar (detail) Menyatakan hipotesis Terperinci dan jelas fokusnya Prosedur spesifik dan terperinci Tinjauan bahan kajian yang mendalam Ditulis sebelum data dipungut Ringkas Spekulatif Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data Tinjauan bahan kajian tidak mendalam Pernyataan pendekatan yang
  49. 49.   40 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif umum Data Kuantitatif rekod boleh dikira Kiraan dan ukuran Pembolehubah yang boleh didefinisikan Statistik Diskriptif Dokumen peribadi Nota kerja lapangan Gambar Pendapat perseorangan Dokumen rasmi Bahan-bahan artifak Persampelan Besar Berstrata Kumpulan kawalan Tepat Pemilihan secara rawak Mengawal pengganggu pembolehubah Kecil Tidak mewakili populasi Persampelan teoritikal Perposive (bertujuan) Teknik / kaedah Eksperimen Tinjauan Temubual berstruktur Kuasi eksperimental Pemerhatian berstruktur Set data Permerhatian Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak Pemerhatian turut serta Temubual tidak berstruktur Hubungan dengan responden Jangka pendek Hubungan tidak akrab Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden Empati Menekankan unsur kepercayaan Kesamarataan Hubungan mesra Responden sebagai rakan Mengutamakan keobjektifan Alat Kajian Inventori Soal selidik Indeks Komputer Skala Ujian Alat perakam suara ‘Transciber’ Penyelidik bertindak sebagai alat kajian Analisis data Deduktif Statistikal Dilaksanakan selepas pungutan data Berterusan Model, tema dan konsep Induktif Analisis bersifat induktif ‘Constant Comparative method’ Permasalahan dalam menggunakan pendekatan Mengawal pemboleh ubah yang lain Mengambil masa panjang Kesukaran menyaring data
  50. 50.   41KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah Terlalu rigid Kesahan Kebolehpercayaan Prosedur tidak rigid Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya RUMUSAN Penyelidikan kualitatif adalah lebih sukar dilakukan kerana data adalah subjektif. Tiada alat ukur khusus yang mana penyelidik adalah alat ukur utama. Oleh itu Penyelidik untuk kajian jenis ini perlukan latihan untuk memberi gambaran terperinci dan mendalam tentang sesuatu kejadian/fenomena/organisasi atau komuniti (unit sosial). Penyelidikan kualitatif adalah inkuiri holistik dan instrumen bergantung kepada kuasa pemerhatian penyelidik.Penekanan kepada kualiti (subjektif), sampel adalah purposif (bukan rawak) dan analisis data adalah secara induktif. Menerusi kajian kualitatif ia dapat membina teori asas/dasar (grounded theory). Penyelidikan kualitatif yang baik perlu mengandungi kriteria seperti penyelidik mengambil kira semua perkara dalam membantu pemahaman, tidak membuat keputusan awal atau tanggapan mengenai kajian sehinggalah mereka berada di dalam konteks penyelidikan sebenar. Fokus kepada individu, interaksi seorang dengan seorang yang lain dan memerlukan peruntukan masa yang panjang di set kajian dengan responden dan apa yang penting ia memerlukan penyelidik mendapat sendiri datanya terus dari responden. Seharusnya penyelidik kajian secara kualitatif mestilah berfikiran terbuka bagi setiap penerangan yang diberi, elakkan bias, memerlukan maklumat jelas dan mendalam mengenai kajian, termasuk juga pandangan responden. Berasaskan kepada tanggungjawab AKTIVITI 3.2 Jelaskan perbezaan penyelidikan kualitatif dengan kuantitatif dari segi instrument dan cara penganalisisan data?
  51. 51.   42 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif penyelidik untuk mendapatkan persetujuan responden di samping memastikan etika penyelidikan terjamin. PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah maksud Triangulasi dalam penyelidikan? 2. Terangkan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan kajian kualitatif dapat ditingkatkan? 3. Jelaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek berikut: a. matlamat b. alat kajian c. persampelan d. reka bentuk RUJUKAN Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Berg, B.L. (2001). Qualitative Research Methods for the Social Sciences. Boston:Allyn and Bacon. Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1, Kuala Lumpur:McGraw-Hill. Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur :McGraw-Hill. Creswell (1994). Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand Oaks,CA:Sage Publications. Creswell, J. W. (2008).Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (3 rd ed). Thousand Oaks, CA:Sage Publications. Glaser, B.G., & Strauss, A.L. (1967).The Discovery of Grounded Theory: Strategies for Qualitative Research. New York: Aldine.
  52. 52.   43KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah Marohaini. (2001). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian. Selangor:Penerbit Universiti Malaya. Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education: Revised and Expanded from Case Study Research in Education. San Francisco: Jossey-Bass. Miles, M., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis. Thousand Oaks,CA: Falmer Press. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Patton, M.Q. (1985; 2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand Oaks,CA: Sage Publication. Robert K. Yin. (1984). Case Study Research: Design and Methods. Thousand Oaks: Sage Publication. Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall. Tesch, R. (1990). Qualitative Research: Analysis Types & Software Tools. Bristol:Routledge. Weber, R.P. (1990). Basic Content Analysis. Newbury Park, CA: Sage
  53. 53.   44 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif
  54. 54.   45KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah UNIT 4 TEORI DAN MASALAH KAJIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan konsep asas dan definisi teori 2. Membincangkan kepentingan teori dalam penyelidikan 3. Menyatakan konsep masalah kajian dan sumber-sumber yang mencetuskan idea memilih masalah kajian tersebut 4. Mengaplikasi teori pendidikan dengan masalah kajian yang bakal dijalankan nanti 5. Memberikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan masalah kajian yang ingin dikaji PETA KONSEP Teori & Masalah Kajian Definisi teori Fungsi teori dalam kajian Masalah kajian Definisi masalah kajian & konsep asasnya Sumber yang mencetuskan idea memilih masalah kajian Perkaitan teori dan masalah kajian
  55. 55.   46 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian PENGENALAN Dalam bab ini akan membincangkan secara ringkas pekara-pekara penting iaitu konsep serta definisi teori, fungsi teori dalam penyelidikan, definisi masalah kajian dan sumber-sumber yang membantu mencetuskan idea pemilihan isu kajian. Perkaitan antara teori dan masalah kajian turut diterangkan agar ianya menjadi panduan dalam memilih teori bersesuaian dengan masalah kajian. Kesemua aspek- aspek ini perlu difahami sebelum sesuatu kajian dijalankan. ISI KANDUNGAN Definisi Teori Teori merupakan pekara-pekara asas dalam sesuatu bidang sama ada bidang sains, sains sosial, ekonomi dan sebagainya. Begitu juga dalam pendidikan, sub-sub bidangnya seperti sosiologi, psikologi, pedagogi dan sebagainya, turut mempunyai teori-teorinya yang tersendiri. Namun, apakah teori? Menurut Kerlinger (1964) dan Babbie (1992) teori adalah satu penerangan, di mana ianya memberitahu kita bagaimana dan mengapa sesuatu perkara atau benda berkait antara satu sama lain (dalam Bohamn, 2001). Leedy dan Ormrod (2005) menyatakan teori adalah konsep yang tersusun dan suatu prinsip untuk menerangkan fenomena tertentu. Manakala menurut Mc Millan dan Schumacher (2006), teori dapat meramal dan menerangkan fenomena semulajadi. Othman Lebar (2009), pula mendefinisikan teori merupakan kenyataan tentang apa yang berlaku terhadap fenomena yang ingin difahami. Ia bukan sahaja satu kerangka, malah ianya merupakan satu cerita tentang apa yang kita fikirkan berlaku dan mengapa. Maka, secara rumusannya teori adalah suatu penyataan yang mampu menerangkan sesuatu kejadian, mengaitkan pekara-pekara yang menyebabkan terjadinya kejadian tersebut, meramalkan sesuatu kejadian dan ianya amat berguna sebagai panduan bagi menjalankan kajian. Teori boleh diterangkan dalam pelbagai cara, misalnya frasa ayat-ayat atau rajah-rajah tertentu (cth; teori ekologi brofenbrenner, teori hieraki maslow). Namun, menurut Suter, (1998), teori-teori
  56. 56.   47KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah akan lebih difahami apabila ianya diterangkan melalui paparan visual, seperti rajah ataupun model-model geometri tertentu. Dengan ini, sebagai bakal pengkaji, kita perlu memahami definisi sebenar teori dan idea atau konsep asas yang ingin diutarakan oleh sesuatu teori. Pemahaman tentang pengertian dan maksud teori amat penting, kerana ianya merupakan asas utama dalam melaksanakan kajian. Memandangkan ianya penting, pada bahagian berikutnya akan diterangkan peranan atau fungsinya pula. Fungsi Teori dalam Kajian Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori digunapakai oleh manusia dalam pelbagai cara, misalnya ia digunakan oleh penyelidik kuantitatif dalam bidang pendidikan untuk menguji set-set data yang boleh diuji secara empirikal, namun kegunaan teori adalah lebih meluas dalam penyelidikan kualitatif, iaitu untuk memahami semua kejadian dan masalah yang berlaku. Teori mempunyai beberapa fungsi dan ianya diolah dengan pelbagai cara oleh penulis-penulis berbeza. Secara umumnya terdapat empat fungsi teori dalam penyelidikan, (Wiersma, 1986; Wiersma & Jurs, 2005) iaitu membentuk kerangka bagi penyelidikan, mensintesis idea baru, menjelaskan sesuatu fenomena dan terakhir sekali adalah untuk pembentukan generalisasi yang dapat diuji. Namun bagi memudahkan pemahaman umum, fungsi teori diolah dan dinyatakan seperti di bawah. AKTIVITI 4.1 Bincang bersama rakan atau tanya diri anda, apakah teori-teori yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Senaraikan dan nyatakan fungsinya Tips: Anda boleh merujuk jurnal dalam dan luar negara untuk melihat teori-teori yang sering digunakan oleh pengkaji dalam bidang pendidikan.
  57. 57.   48 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian 1. Membantu pengkaji dalam membina kerangka konseptual kajian Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori akan menghubungkan data-data antara satu sama lain, membantu pengkaji agar lebih terarah dalam menjalankan kajiannya. Maka, secara amnya teori akan membantu pengkaji untuk menjalankan kajian secara sistematik, terarah dan dapat menghubungkaitkan pelbagai aspek-aspek penting yang ada kaitannya dengan isu kajian, melalui pembentukan kerangka konseptual kajian. Menurut Othman Lebar (2009), teori penting dalam membentuk kerangka konseptual kajian kerana dapat membantu penyelidik membuat gambaran visual tentang teori yang akan digunakan, gambaran tentang apa yang difikirkan sedang berlaku dengan fenomena yang sedang dikaji. Secara umumnya, kerangka konseptual adalah satu rajah yang menggambarkan beberapa aspek penting dalam kajian, misalnya teori yang digunakan, objektif kajian atau soalan-soalan kajian tersebut, pembolehubah yang digunakan dan hubungannya dalam kajian. Berikut merupakan contoh satu kerangka konseptual yang mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan. Dalam rajah 4.1 di bawah, dua teori dalam bidang sosiologi digunakan bagi membina kerangka kajian ini, iaitu teori fungsionalisme dan teori pemilihan rasional. Sebagai panduan umum kepada bakal-bakal pengkaji, dalam membina kerangka konseptual kajian, pelbagai bentuk geometri (petak, bulatan, segitiga dan sebagainya) boleh digunakan. Tidak ada betul atau salahnya dalam memilih bentuk- bentuk geometri tersebut, asalkan ianya menggambar keseluruhan kajian yang ingin kita dilaksanakan kelak. Namun elemen-elemen penting seperti teori yang diguna pakai, soalan kajian atau objektif kajian teori yang ingin diuji dan isu kajian perlu dimasukkan dalam kerangka konseptual ini. Bagi penyelidikan kuantitatif pula, pada kebiasaanya pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah dimasukkan dalam kerangka konseptual ini. Penggunaan anak panah dapat memberi lebih kefahaman kepada pembaca atau penilai untuk memahami perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian.
  58. 58.   49KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Rajah 4.1: Contoh kerangka konsetual kajian Secara amnya, dengan adanya teori yang mendasari sesuatu kajian, ianya dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang isu kajian tersebut dan ianya boleh dipaparkan dalam bentuk rajah tertentu agar mudah difahami oleh pembaca. 2. Menjelaskan sesuatu fenomena, isu, kejadian atau masalah Menurut Othman (2009), teori dapat menceritakan tentang sesuatu fenomena, memberi pemahaman baru serta memperluaskan pemahaman kita tentang fenomena tersebut. Menurut Suter (1998) pula, teori bukan hanya memfokuskan penerangan terhadap fenomena yan boleh dilihat (observable), malah boleh menerangkan konstruk (construct) yang abstrak (cth; kepandaian, motivasi, dan sebagainya). Dengan ini jelaslah betapa pentingnya teori dalam menghuraikan apa Cara pengumpulan data: -Temubual - Pemerhatian -Analisis Dokumen Aplikasi teori sosiologi dalam kajian: Teori Fungsionalisme Teori Pemilihan Rasional Soalan-soalan Kajian: i. Bagaimanakah bentuk interaksi sosial dalam kalangan pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? ii.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi sosial pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? iii. Apakah strategi yang di gunakan oleh sekolah ini dalam meningkatkan interaksi sosial pelajar pelbagai etnik ini? Isu kajian: Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di SMK
  59. 59.   50 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian sahaja pekara, termasuklah yang bersifat abstrak (cth:kenapa adanya peningkatan motivasi dalam seseorang individu). Secara amnya, kesemua teori-teori yang ada dalam bidang-bidang pendidikan (sosiologi, psikologi) ini berguna bagi menerangkan sesuatu isu atau fenomena yang berlaku dalam sistem pendidikan, bermula daripada peringkat pembuat dasar (Kementerian Pelajaran Malaysia), sekolah sehinggalah dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam isu kajian yang dinyatakan di atas ‘Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan, melalui pendekatan dua teori sosiologi ini (Teori Fungsionalisme, Teori Pilihan Rasional), isu atau fenomena interaksi sosial pelajar di sekolah akan lebih difahami dengan lebih mendalam. Menurut Schaefer (2009), perspektif fungsionalisme menekankan setiap bahagian dalam masyarakat mempunyai fungsi tertentu yang harus dimainkan, agar kestabilan dapat di kekalkan. Maka melalui pendekatan teori ini, memberi pengkaji kefahaman, iaitu bagi memastikan interaksi pelajar dalam keadaan baik, guru dan sekolah harus memainkan peranan masing-masing. Apabila guru tidak memainkan peranannya khususnya untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan, atau pihak sekolah yang kurang komited menjalankan usaha mengeratkan interaksi dan pelajar yang tidak menunjukkan sikap positif bergaul dengan rakan berbeza etnik, maka berlakulah disfungsi mengikut kefahaman aliran teori fungsionalisme. Manakala, menurut teori pilihan setiap individu akan bertingkah laku berdasarkan rasionalnya dan faedah yang bakal di perolehi hasil tingkah laku tersebut, (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2010). Dalam kajian yang dinyatakan di atas, pelajar memilih untuk berinteraksi dengan rakan pelbagai etnik adalah atas pilihan sendiri, misalnya agar hubungan erat terjalin, untuk berbincang pelajaran dan sebagainya. Selain itu, pelajar tidak berinteraksi dengan etnik lain juga adalah atas pilihannya dan ianya mungkin disebabkan oleh sikap negatif yang terdapat dalam diri mereka seperti prejudis, stereotaip, perbezaan budaya dan lain- lain lagi. Dengan ini, dapatlah dirumuskan berdasarkan sesuatu teori, ianya menerangkan kenapa sesuatu isu atau fenomena itu berlaku. Ini kerana di persekitaran kita, akan terdapat pelbagai isu yang perlu difahami dan dijelaskan melalui penerangan berbentuk ilmiah, iaitu melalui penggunaan teori.
  60. 60.   51KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah 3. Membantu pengkaji meramalkan sesuatu pekara Menurut Wiersma dan Jurs (2005), selain daripada bersifat deskriptif, teori juga berupaya meramal sesuatu keadaan. Dengan ini, sesuatu teori yang baik akan membantu seseorang pengkaji meramal apakah keputusan yang bakal di perolehi. Oleh itu, berdasarkan pemahaman pengkaji terhadap teori-teori yang dikuasainya, ramalan atau andaian awal dapat di buat. Namun, menurut Amir Hasan Dawi (2006). untuk memastikan andaian awal yang di buat terhadap sesuatu fenomena adalah bertepatan atau sebaliknya, memerlukan satu penyelidikan untuk membuktikannya, Berikut antara contoh-contoh teori yang digunakan untuk meramal sesuatu pekara dalam bidang pendidikan. Jadual 4.1: Contoh teori dan ramalan berkaitan kajian Teori dan idea utamanya Ramalan berkaitan kajian Teori pembelajaran Slavin Ianya berkaitan dengan pembelajaran kumpulan koperatif Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Pembelajaran koperatif dapat meningkatkan interaksi positif antara pelajar. Teori pembelajaran sosial Bandura Pentingnya ‘modelling’ dalam pembentukan sikap seseorang individu Individu yang terdedah kepada rancangan televisyen bercorak ganas akan cenderung berkelakuan agresif di sekolah 4. Menjana dan menghasilkan penyelidikan baru Dengan adanya teori, pelbagai hipotesis atau andaian awal akan dibentuk terhadap isu yang berada di pesekitaran kita. Maka, akan muncullah pelbagai kajian yang bertitik tolak daripada konsep asas teori-teori ini. Akhirnya hasil dapatan kajian daripada penyelidikan baru ini akan menyumbang kepada informasi baru atau penemuan baru yang memberi manfaat kepada masyarakat. Berikut digambarkan dua isu kajian yang berbeza, tetapi menggunakan konsep dan idea teori yang sama, iaitu teori fungsionalisme.
  61. 61.   52 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian Rajah 4.2: Contoh tiga isu kajian yang berbeza berdasarkan aliran teori fungsionalisme Sebagai contoh, konsep asas dalam teori fungsionalisme ini bukan hanya boleh digunakan untuk mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di sekolah, namun ianya boleh digunakan untuk melihat aspek-aspek lain dalam sistem pendidikan. Sebagai contoh yang mudah, kajian diperingkat kelas untuk melihat komitmen guru dalam melaksana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR). Jika guru tidak berperanan sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu melaksanakan KSSR ini dengan bersungguh- sungguh, maka matlamat KSSR mungkin tidak tercapai. Selain itu, teori fungsionalisme ini boleh juga digunakan untuk menganalisis masalah devian atau salah laku di sekolah. Berlakunya devian di sekolah, mungkin disebabkan sikap sambil lewa pihak pengurusan disiplin untuk mengatasi masalah salah laku ini. Ini menunjukkan pihak pengurusan tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan ini juga merupakan satu disfungsi dalam sekolah. Rumusannya, dengan hanya memahami satu teori sebagai contoh, ianya boleh digunakan untuk membuat beberapa penyelidikan baru, seperti yang dibincangkan di atas. Konsep asas dalam teori fungsionalisme Kajian untuk melihat interaksi sosial pelajar pelbagai etnik Kajian untuk melihat komitmen guru dalam melaksana kurikulum baru sekolah rendah (KSSR). Kajian untuk melihat peranan pihak pentadbiran dalam mengatasi masalah salah laku. AKTIVITI 4.2 Secara berpasangan, kemukakan soalan-soalan di bawah kepada rakan sekelas anda: 1. Apakah itu teori? Berikan definisinya.
  62. 62.   53KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Masalah Kajian Setiap kajian dimulakan dengan mengenal pasti masalah untuk dikaji. Permasalahan merujuk kepada pekara atau fenomena yang ingin dikaji dan ianya di sampaikan dalam bentuk isu-isu yang menimbulkan persoalan-persoalan, (Amir, 2006). Dalam bidang pendidikan, pelbagai masalah yang memerlukan kajian-kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti puncanya dan apabila puncanya dapat di ketahui, maka pendekatan yang bersesuaian boleh di ambil. Menurut Creswell (2007) pula masalah kajian adalah sesuatu pekara yang perlu rasional dan ianya perlu diselidiki. Pada asasnya masalah kajian adalah sesuatu yang lebih kompleks, merangkumi pelbagai isu sama ada isu positif atau sebaliknya dan ianya memerlukan penyelidikan khusus. Menurut Amir (2006) lagi, masalah kajian bukan hanya terhad kepada pekara yang ‘bermasalah’ sahaja atau yang bersifat negatif, namun ianya boleh juga merangkumi aspek-aspek positif tentang sesuatu isu itu, misalnya faktor kejayaan sesebuah sekolah. Dalam proses mengenal pasti masalah yang bersesuaian, adalah perlu bagi setiap individu untuk mengenal pasti dan menilai masalah kajian yang dipilih. Ini kerana tidak semua masalah kajian tersebut sesuai untuk diuji atau sebaliknya. Kesimpulannya, masalah kajian yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu penting yang boleh dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan. Maka, sebagai individu yang ingin memulakan kajian, kita seharusnya lebih berfikiran kritis dan analitikal dalam memilih masalah kajian. Jadual berikut menggambarkan ciri-ciri masalah kajian yang baik. Jadual 4.2: Ciri-ciri masalah kajian yang baik Ciri-ciri masalah kajian yang baik Penerangan Boleh diselidiki Isu yang dipilih perlulah boleh dikaji, sesuai dan relevan. Pengutipan data boleh dibuat untuk mengkaji isu ini. Isu kajian penting dan menyumbang kepada bidang pendidikan Sesuatu isu yang ingin diselidiki perlulah menyumbang kepada penambahbaikan dalam bidang pendidikan. Ianya bukanlah sesuatu isu yang remeh dan tidak penting. Masalah kajian tersebut boleh dikembangkan Isu kajian yang dipilih boleh dikembangkan dan dikaji secara lebih mendalam oleh pengkaji-pengkaji akan datang.
  63. 63.   54 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian Isu kajian sesuai terhadap pengkaji Apa yang dimaksudkan sesuai dengan pengkaji adalah di mana, isu yang dipilih perlulah pekara-pekara yang diminati oleh pengkaji. Jika isu tersebut tidak diminati, maka kajian tidak dapat di selesaikan dengan cepat. Selain itu, pengkaji juga patut menimbangkan aspek lain seperti kemahiran yang dimiliki, sumber-sumber untuk menyiapkan kajian, kerana kesemuanya ini mempengaruhi proses menjalankan kajian nanti Isu kajian perlulah mempunyai nilai ‘etika’ Apa yang dimaksudkan dengan etika adalah isu yang dikaji tidak akan memberi kesan buruk pada responden kajian. Selain itu, isu kajian tidak boleh bertentangan dengan etika kajian. Sebagai contoh, dalam etika kajian, pekara yang perlu dipertimbangkan adalah aspek kerahsiaan butiran kajian, kebenaran daripada responden untuk menyertai kajian dan lain-lain lagi. Sumber yang Mencetuskan Idea Memilih Masalah Kajian Masalah kajian boleh diperolehi melalui pengalaman peribadi seseorang, isu yang berkaitan tempat kerja, tinjauan literatur, atas nasihat badan yang memberi dana dan sebagainya. Walau bagaimanapun, secara umumnya tidak ada satu strategi yang paling baik untuk mengenalpasti masalah kajian. Berikut antara beberapa sumber-sumber yang boleh mencetuskan idea dalam memilih topik atau masalah kajian yang ingin dilaksanakan. 1. Minat dan pengalaman pengkaji Idea untuk memilih masalah kajian mungkin juga bermula daripada rasa ingin tahu dan minat terhadap sesuatu pekara. Selain itu, pengalaman peribadi di persekitaran kita, sebagai contoh di tempat kerja, bilik kuliah, bilik darjah turut membantu mencetuskan idea-idea untuk menjalankan sesuatu kajian. Seorang guru mungkin menghadapi masalah seperti dilema pendekatan teknik pengajaran berkesan, pengurusan kelas, pencapaian peperiksaan yang lemah, masalah disiplin dan lain- lain lagi. Sementara pentadbir sekolah pula, mungkin berdepan dengan masalah komunikasi dengan guru atau staf, pengurusan jadual kerja, konflik dalam kalangan
  64. 64.   55KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah pelajar dan sebagainya. Kesemuanya ini boleh mencetuskan idea untuk menjalankan kajian. 2. Tinjauan literatur Menurut Creswell (2007), punca atau sumber yang paling baik untuk memilih masalah kajian adalah daripada literatur-literatur lepas. Ini kerana melalui bacaan pada kajian lepas, akan membantu pengkaji dalam memilih isu kajian yang relevan dan bersesuaian. Selain itu dapatan, kelemahan, kekangan serta cadangan yang terdapat daripada karya lepas dapat membantu pengkaji dalam merangka isu kajian yang lebih baik. Sebagai contoh, dalam mengkaji interaksi etnik di sekolah, sememangnya terdapat kajian yang dilakukan sebelum ini, namun relevan ianya perlu dilaksanakan, mungkin di sebabkan isu interaksi etnik ini ingin diterokai daripada perspektif berbeza serta menggunakan teori-teori yang berbeza. Dengan kata lain, karya-karya lepas sememangnya membantu dalam mencetuskan idea untuk memilih masalah kajian, namun segala kelemahan atau aspek-aspek yang belum dikaji pada karya lepas, boleh diperbaiki dalam kajian-kajian yang akan datang. 3. Mengaplikasi teori Setiap bidang seperti psikologi, mahupun sosiologi akan mempunyai pelbagai rangkaian teorinya tersendiri. Maka teori-teori ini juga merupakan sumber yang dapat memberi idea dalam memilih masalah kajian. Sebagai contoh, teori konflik aliran Weber menyatakan punca konflik dalam hubungan, bukan hanya disebabkan oleh faktor kelas tetapi oleh faktor-faktor lain seperti kuasa dan politik. Walaupun teori konflik berasal daripada bidang sosiologi, tetapi ianya boleh diaplikasi dalam pendidikan. Maka, berdasarkan teori ini, kajian boleh dibuat untuk mengenal pasti penyebab konflik antara guru-guru di sekolah.
  65. 65.   56 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian Perkaitan Teori dan Masalah Kajian Mungkin kita kurang menyedari adanya perkaitan antara masalah yang berada dalam di persekitaran kita dan teori yang dipelajari. Sememangnya terdapat pelbagai teori yang dipelajari dapat menerangkan masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Tips penting: Cara efektif untuk memilih topik kajian atau masalah kajian yang bakal dijalankan, adalah dengan membaca bahagian perbincangan dan kesimpulan sesuatu penyelidikan tersebut. Selain itu, bahagian terakhir peyelidikan dalam penulisan jurnal atau disertasi kebanyakannya mempunyai cadangan (recommendations) yang boleh membantu penyelidik untuk memilih masalah kajian yang bersesuaian. MARI BERFIKIR SEJENAK: Adakah anda ingin menjadi Mak Jemah (bukan nama sebenar) atau Professor Serba Tahu (bukan nama sebenar)? Profesor, budak-budak sekolah merokok sebab mereka seronok-seronok Berdasarkan teori pilihan rasional, segala perlakuan individu adalah atas pilihannya sendiri. Maka salah satu penyebab pelajar merokok adalah atas pilihannya sendiri, iaitu untuk keseronokan. AKTIVITI 4.3: Secara berpasangan atau berkumpulan, bincangkan dan kenalpasti beberapa isu atau masalah yang berlaku di sekeliling anda (aspek pendidikan), sama ada berdasarkan pengalaman anda, tinjauan literatur dan sebagainya. Bincangkan justifikasi kenapa masalah tersebut dipilih.
  66. 66.   57KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Apabila diamati perbualan antara dua watak di atas, ianya menggambarkan apabila individu mampu menguasai teori-teori yang berkaitan dengan bidang pengajiannya, maka adalah mudah baginya untuk menganalisis sesuatu fenomena atau masalah berdasarkan pendekatan teori. Sebagai contoh, dalam kes perlanggaran disiplin (merokok), sememangnya terdapat beberapa penyebab misalnya pengaruh rakan sebaya, keluarga dan media massa. Namun terdapat juga punca gejala merokok disebabkan sikap pelajar itu sendiri. Menurut Ritzer (2003), dalam teori pilihan rasional, fokus utama teori adalah pelaku, di mana setiap pelaku akan mempunyai tujuan tertentu untuk mencapai sesuatu. Pelaku juga akan memilih tingkah laku berdasarkan rasionalnya tersendiri. Maka, teori pemilihan rasional ini melihat sikap manusia adalah sebagai satu pilihan individu dirinya sendiri. Perkaiatan dengan kes di atas, pelajar tersebut merokok atas pilihannya sendiri, iaitu untuk tujuan keseronokan, dan dia tidak menghiraukan hukuman yang bakal di kenakan jika dia ditangkap oleh pihak sekolah. Maka teori pilihan rasional (rationale choice theory), berupaya membantu kita memahami kenapa berlakunya masalah merokok ini. Inilah dinamakan perkaitan antara teori (teori pilihan rasional) dan masalah kajian (punca pelajar merokok). Cuba anda perhatikan sekeliling anda, setiap pekara yang berlaku mempunyai penyebabnya yang tersendiri. Kadangkala penyebab berlakunya sesuatu pekara tidak boleh diketahui dengan hanya kita memerhati dan membuat andaian sahaja. Berkemungkinan andaian yang kita buat adalah tidak tepat atau sebaliknya. Maka adalah perlu kajian dijalankan dengan didasari oleh teori-teori yang bersesuaian. Sebagai contoh, teori-teori yang ada dalam bidang sosiologi memainkan peranan penting kerana ia menjelaskan fenomena dalam masyarakat, keadaan persekitaran sosial agar kita lebih memahaminya secara sistematik. “Sociological theories is a set of interrelated ideas that allow for systematization of knowledge of the social world, the explanation of that world and predictions about the future of the social world”( Ritzer, 2003, p. 5). Maka, bagi memahami sesuatu fenomena sosial dalam bidang pendidikan, teori sosiologi boleh digunakan untuk menganalisis serta memandu bakal-bakal
  67. 67.   58 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian pengkaji menjalankan kajian. Seperti dibincangkan di atas, dengan menggunakan teori pilihan rasional (teori sosiologi), ianya dapat memberi kefahaman mengenai masalah merokok. Namun, terdapat juga punca pelajar merokok, disebabkan oleh masalah pembelajaran. Apabila pelajar menghadapi masalah pembelajaran, dia tidak dapat memenuhi matlamat kecemerlangan akademik yang telah di tetapkan oleh sekolah, maka ini menyebabkan pelajar tersebut mengalami ketegangan, kekeliruan dan seterusnya mendorongnya melakukan devian (merokok). Maka teori yang berupaya menerangkan keadaan ini bukan lagi teori pilihan rasional, tetapi teori anomie. Teori Anomie merupakan teori sosiologi yang melihat bahawa punca terjadinya sesuatu masalah di sebabkan kekacauan norma dalam masyarakat. Kekacauan norma ini menghasilkan ketegangan dalam masyrakat dan akhirnya pelbagai masalah lain akan muncul, sebgai contoh devian (Azlina, 2010). Begitu juga dengan teori-teori dalam bidang lain, seperti psikolgi, di mana ianya boleh dikaitkan dengan isu yang terdapat dalam pendidikan. Sebagai contoh gaya kepimpinan (autokrasi, demokrasi, laissez-faire) dan perkaitannya hasil atau pencapaian sesuatu kumpulan yang ditadbir. Maka apabila kita memahami konsep gaya kepimpinan ini, ianya boleh di aplikasi dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, untuk melihat perkaitan gaya kepimpinan pengetua dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Mohd Majid (1990), penyelidik perlu pakar dalam bidang yang dikaji. Kepakaran adalah merangkumi penguasaan teori-teori yang wujud dalam bidang tersebut, kerana apabila penyelidik meguasai teori bidang itu, ini akan memudahkan proses kajiannya. Selain itu, apabila seseorang individu mahir dalam sesautu teori, maka dia adalah seorang pengkaji yang baik, (Bogdan dan Biklen, 1998). Kesimpulannya sebagai bakal pengkaji, adalah perlu bagi kita menguasai teori-teori yang ada dalam sesuatu bidang kerana ianya membantu kita melaksanakan kajian nanti.
  68. 68.   59KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Namun dalam mengaitkan teori dengan masalah kajian, adakah memadai dengan menggunakan satu teori sahaja? Atau adakah kita boleh menggunakan lebih daripada satu teori untuk menganalisis sesuatu masalah kajian tersebut? Pada asasnya tiada peraturan yang menetapkan berapa banyak teori yang boleh digunakan, namun pada kebiasaanya satu atau dua teori sudah memadai bagi membina kerangka konseptual untuk menganalisa sesuatu masalah kajian. Sila rujuk rajah 4.1 di atas. Kerangka konseptual ini menggunakan dua teori sosiologi (teori pilihan rasional, teori fungsionalisme) untuk memahami masalah kajian (interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan). Dengan menggunakan lebih daripada satu teori, lebih membantu memahami masalah kajian daripada dua perspektif yang berbeza. AKTIVITI 4.4 Masih dalam kumpulan yang sama. Kenalpasti teori-teori yang berkaitan bidang anda dan kaitkan dengan masalah kajian yang telah kumpulan anda pilih. Berikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan masalah kajian tersebut. Bentangkan dalam kelas untuk mendapat maklum balas (feedback) daripada pensyarah dan rakan sekelas anda mengenai masalah kajian anda. MARI BERFIKIR SEBENTAR: Apakah perkaitan cerita enam orang buta serta seekor gajah ini dengan teori dan masalah kajian?
  69. 69.   60 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian Setiap teori yang diutarakan oleh ahli sosiologi, psikologi, mahupun ahli-ahli dalam bidang lain akan mempunyai kekurangannya. Ini kerana setiap teori yang diutarakan hanya melihat sesuatu kejadian mengikut bahagian-bahagian tertentu dan bukannya secara holistik. Maka, kadangkala bagi memahami sesuatu masalah, ianya memerlukan beberapa teori bagi memahaminya secara menyeluruh. Ini seumpama seperti enam orang buta yang dibawa berjumpa seeekor gajah. Setiap seorang terpegang bahagian yang berbeza, iaitu ekor, kaki, gading, telinga, badan dan belalai gajah. Masing-masing mengambarkan gajah menurut bahagian yang dipegang. Namun, hakikatnya tiada sesorang pun yang mampu memberi gambaran yang sebenarnya mengenai gajah. Begitu juga dengan teori yang diutarakan oleh pelbagai tokoh, di mana ia tidak dapat mentafsirkan atau menggambarkan sesuatu fenomena secara terperinci, hanya dapat menganalisis sesuatu fenomena itu berdasarkan sudut-sudut tertentu sahaja. Inilah limitasi atau kelemahan sesuatu teori. Dengan ini, kadangkala untuk membantu kita memahami masalah atau fenomena tertentu, ianya memerlukan lebih daripada satu teori. RUMUSAN Apa sahaja bidang sama ada sains atau sains sosial, akan melibatkan penyelidikan bagi membuktikan sesuatu pekara, mengkaji suatu masalah/isu, menganalisis sesuatu kejadian, membuktikan teori yang telah sedia ada atau menghasilkan teori- teori baru. Maka, teori merupakan asas yang penting dalam membantu pengkaji memahami sesuatu isu, fenomena atau masalah di sekeliling kita dengan lebih terperinci dan berasas. Sememangnya terdapat perkaitan rapat antara teori dan masalah kajian dalam sesuatu penyelidikan kuantitatif mahupun kualitatif. Tanpa teori, agak sukar bagi kita untuk memahami sesuatu masalah kajian dengan lebih baik dan sistematik. Maka sebagai pengkaji kita perlu menguasai teori-teori dalam sesuatu bidang (cth: sosiologi, psikologi dan sebagainya) kerana tanpa penguasaan yang baik mana mungkin kita dapat menganalisa sesuatu masalah kajian dengan tepat dan analitik.
  70. 70.   61KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah ciri-ciri masalah kajian yang baik? Bincangkan. 2. Apakah masalah kajian dan apakah perkaitan teori dan masalah kajian? Bincangkan beserta contoh bersesuaian. RUJUKAN Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tg Malim: Quantum Books. Azlina Abdullah. (2010). Tema dan isu penyelidikan menangani gejala social pada dekad pertama abad ke 21 di Malaysia. Akademika 78 (Jan- April) 2010, pp 3- 14.Diaksesdaripadahttp://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKAD EMIKA78/akademika78%5B01%5DA4.pdf, pada 20 September 2012. Bogdgan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative research for education: An introduction to theory and methods. Bostan: Ally & Bacon. Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications. Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical Research: Planning and Design. New Jersey: Pearson Educational International and Prentice Hall. McMillan, J. H. & Schummacher, S. (2006). Research in education: Evidence based inquiry. Boston: Allyn & Bacon. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tg Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ritzer, G. (2003). Contemporary sociological theory and its classical roots: The basics. New York: Mc Graw Hill. Schaefer, R.T. (2009). Sociology: A brief introduction. New York: Mc Graw Hill. Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research.Boston: Ally And Bacon.
  71. 71.   62 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian Wiersma, W. (1986). Research methods in education: An introduction. Boston: Ally & Bacon. Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction. Boston: Ally & Bacon. Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2010). Ethnic boundary among students in malaysian primary schools and social interaction: A conceptual framework. Procedia Social and Behavioral Sciences 7(C), pp 82–91.

×