15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara

on

  • 3,878 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,878
Views on SlideShare
3,878
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
209
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara 15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara Document Transcript

    • 1 INPUT i. Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK);ii. Faktor-faktor pembentukan FPK;iii. Elemen-elemen dalam FPK;iv. Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK; v. Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara; danvi. Rumusan/cadangan.
    • 2FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.1.0 PENGENALANIdea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan padatahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkajiPelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagaiFalsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannyadicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tigaideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan MalaysiaKetiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti danmengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anakmurid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara seperti berikut :
    • 32.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)2.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK)Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitufalsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal “falsafah” berasal daripada duaperkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakalaSophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tigapenjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahlifalsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagicetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin kearah perkembangan manusia. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkanfalasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item.Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 )meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaanpertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapatdiertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernasyang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum. Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin,educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. Definisi pemajmukanleksikal “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai“Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani,jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusiahidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan,kemanisan dan kepahitan”. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindaksebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafahmelibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).
    • 4 “Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yanguniversal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. FalsafahPendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yaknimetafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu)dan logik. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalammerealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negaraMalaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman daninspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luarinstitusi pendidikan.2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)FPK menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidangpendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat,dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhanyang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya,“...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi...”. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkanmasyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia. Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkinisecara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...”. Perkataan“berterusan” menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitusahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan
    • 5pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasake semasa. Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepadasemua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, “...bertujuan melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, ...”. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuankurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usahapendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arahmencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut. Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi KementerianPelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yangberkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadirujukan para guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah,lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru(FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.
    • 63.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)3.1 PengenalanPembentukan FPK merujuk variasi faktor yang perlu dipertimbangmemandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmukbangsanya. Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakarpendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul dikemudian hari.3.2 Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor; iaitu agama, sosial,politik, ekonomi, individu dan sejagat. Terminologi syumul berkenaan keenam-enam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut;3.2.1 Faktor agama Pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia.Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretankepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undangnegara. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK.Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan “...mewujudkaninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”.3.2.2 Faktor sosial Kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakatsetempat serta kebudayaannya. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung
    • 7kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama,hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yangstabil. Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu“...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranmasyarakat dan negara”.3.2.3 Faktor politik Ketiga, ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantasmempengaruhi dasar pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaummenjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara, DasarEkonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.3.2.4 Faktor ekonomi Keempat, ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dankemajuan negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapatmembantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan dayapengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demipenghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara.Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi, iaitu“...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”.3.2.5 Faktor individu Kelima, ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluanindividual seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaankendiri. Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputiaspek-aspek J-E-R-I (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelasterpampang di dalam ayat pertama FPK
    • 83.2.6 Faktor sejagat Keenam, ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visisedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegaramemberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahamanantarabangsa. Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikanantarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya,program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan danpendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang padatahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikandi Malaysia adalah satu usaha berterusan...” Keenam-enam faktor pembentukan FPK ini menjadi disiplin ke arahpembentukan peraturan yang menjadi prinsip yang seharusnya diamalkan parapendidik dan sebagainya.
    • 94.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)4.1 PengenalanBarisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara, iaitu RukunNegara, DEB dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empatcabang falsafah pendidikan, iaitu; metafizik, aksiologi, epistomologi dan logik.FPK mendukung 17 elemen yang diklasifikan sebagai satu aspek yangdipandang serius.4.2 Elemen-elemen FPK dan cabang rujukan falsafahBerikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabangfalsafah : Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafahBil. Cabang Elemen-elemen Implikasi Falsafah1 epistomologi pendidikan suatu usaha a. Pendidikan adalah suatu berterusan proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; b. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.2 metafizik perkembangan potensi a. Setiap individu telah diberkati individu Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam dan perlu dicungkil; b. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik.3 metafizik perkembangan individu a. Bakat, potensi dan kebolehan
    • 10 secara menyeluruh dan tidak boleh dikembangkan bersepadu secara berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; b. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek; iaitu J-E-R-I.4 epistomologi insan yang seimbang dan a. Keimbangan antara keempat- harmonis empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain; b. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.5 metafizik unsur intelek a. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan senantiasa berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang betul, b. Sangup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).6 epistomologi unsur rohani a. Menyedari dan percaya kepada Tuhan dan sentiasa bersyukur; b. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.7 aksiologi unsur emosi a. Mempunyai emosi yang matang dan stabil; b. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.8 logik unsur jasmani a. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; b. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.9 aksiologi kepercayaan dan kepatuhan a. Menyedari bahawa hukum dan kepada Tuhan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; b. Menyedari dan insaf bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya; c. Mengamalkan segala ajaran
    • 11 agama yang dianuti.10 epistomologi rakyat Malaysia yang berilmu a. Cintai ilmu pengetahuan; pengetahuan b. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; c. Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.11 logik rakyat Malaysia yang a. Mempunyai kecekapan dan berketerampilan kompetensi diri; b. Berpandangan jauh dan berinisiatif; c. Memupuk pembawaan diri yang baik.12 aksiologi rakyat Malaysia yang a. Mempunyai perwatakan diri berakhlak mulia yang baik; b. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.13 logik rakyat Malaysia yang a. Boleh dipercayai; bertanggungjawab b. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; c. Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.14 aksiologi rakyat Malaysia yang a. Berfikiran waras dan berjiwa berkeupayaan mencapai tenang; kesejahteraan diri b. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.15 logik rakyat Malaysia yang dapat a. Berusaha memupuk perpaduan memberi sumbangan rakyat bermediumkan sifat terhadap keharmonian dan toleransi, bertimbang rasa, kemakmuran masyarakat dan kekitaan, hormat-menghormati negara dan sebagainya; b. Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara.16 logik berkeupayaan mencapai a. Berdaya tahan fizikal dan kesejahteraan diri mental yang mantap; b. Berkebolehan mengharungi liku- liku hidup yang kian mencabar dari masa ke semasa.17 logik sumbangan terhadap a. Bersemangat patriotik; keharmonian dan b. Menjadikan Rukun Negara kemakmuran keluarga, sebagai amalan hidup. masyarakat dan negara
    • 12 Deduktifnya, sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalahberpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspekyang dipandang serius sewajarnya diberi penekanan.5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawabpara pentadbir sekolah, para guru, penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulumdi medium yang dinamakan ”sekolah”. Sekolah bertindak sebagai saranapenghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihakmemandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakaltiba suatu hari nanti. Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demipeangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapatdipraktik para murid. Tambahan lagi, pendidikan ditafsirkan di dalam FPKsebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para muridyang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara. Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompokmasyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dansenantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrahsemulajadi insan. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbanganterhadap kemakmuran variasi pihak. Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru;yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana –kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan, pelaksanaanaktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yangdisediakan di setiap sarana FPK.
    • 13 Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajiandemi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yangterkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya,kajian yang terlibat adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atausebaliknya, pemerhatian menerusi senarai semak, dan borang soal selidik yangdiedarkan kepada sampel guru secara rawak. Analisis para respondan dibuatmenerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi danperatusan.6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA6.1 PengenalanFPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikannegara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskantanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadisuatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinanpara pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalamkandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini;umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujukperhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmusains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjangkepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan danaktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yangterkandung dalam FPK.
    • 14 Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selarasdengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasiprogram bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakanpenyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiranyang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikanumum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalambidang vokasional dan teknologi. Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesionalketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkanperubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif sertaperubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran danPembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar). Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan.Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yangsesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajarberpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu,perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilaimurni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demipelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalamkalangan mereka. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yangseharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yangdihasratkan negara Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPKdiaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah?
    • 157.0 RUMUSANKolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak KementerianPelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perluditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yangdipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihakkhususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan.Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan bolehdiperbaiki dari semasa ke semasa.